Anda di halaman 1dari 6

CIAST CISCO NETWORKING ACADEMY

oleh Rodzidah Mohd Rodzi disediakan untuk Laporan Tahunan CIAST 2010

Tahun 2010 melakar satu sejarah buat CIAST apabila telah menjadi sebuah akademi
yang melaksanakan program latihan persijilan Cisco di bawah program ‘Cisco Networking
Academy’. Ia bertujuan untuk mewujudkan ‘pool of experts’ di kalangan pengajar dalam bidang
ICT disamping meningkatkan tahap kemahiran tenaga pengajar agar seiring dengan teknologi
ICT semasa yang berada di pasaran. Tenaga pengajar berpeluang melengkapkan diri dengan
Sijil Profesional di peringkat antarabangsa supaya mendapat pengiktirafan di peringkat yang
lebih tinggi. Ini dapat memastikan tenaga pengajar kemahiran berupaya menghasilkan keluaran
institut yang kompeten, berdaya saing dan sentiasa memenuhi kehendak pasaran dalam bidang
ICT.

1
Antara pelajar Batch Pertama Cisco, CIAST Local Academy

CIAST menawarkan kursus CCNA (Cisco Certified Network Associate) Discovery, Modul
1 sehingga 4 yang mengambil masa selama 1 bulan bagi setiap modul. Kursus ini bakal
menyediakan peserta kursus dengan asas dalam rangkaian komputer selaras dengan
perkembangan mendadak dunia IT dan keperluan tenaga kerja mahir yang kompetitif dalam
pasaran global. Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini layak untuk menduduki
peperiksaan persijilan CCNA. Kursus CCNA ini menyediakan peserta kursus ke arah persijilan
Cisco yang lebih tinggi seperti Cisco Certified Network Associate Security , Cisco Certified
Network Profesional (CCNP), Cisco Firewall Specialist dan Cisco Wireless LAN Support
Specialist.

2
Pelajar CIAST sedang mengikuti Cisco Training di Makmal Cisco, CIAST

Training Peralatan Cisco di Makmal Cisco, CIAST Shah Alam

3
Kurikulum latihan persijilan Cisco dibangunkan oleh profesional dari sektor industri dan
pendidikan yang bakal menyediakan pelajar dengan keperluan bidang teknologi maklumat
semasa. Kurikulum program persijilan Cisco dibangunkan secara menyeluruh dalam pelbagai
pilihan bahasa dan mendedahkan pelajar kepada teknik pembelajaran secara ’web based’,
persembahan multimedia, peperiksaan dan penilaian secara online dan latihan secara ’hands
on’.

‘Hands on Cisco Training’ kepada pelajar CIAST

Terdapat lebih 11,000 Cisco Networking Academy di seluruh dunia dan dianggarkan
hampir 1.6 juta pelajar telah mengikutinya dengan jaya dalam pelbagai kursus Cisco yang
ditawarkan. Di Malaysia, Cisco Networking Academy telah dilancarkan pada tahun 2001.
Sehingga kini terdapat hampir 10,000 pelajar dan lebih 4,000 graduan dalam program CCNA.
Melalui pendekatan pembelajaran secara e-learning, pelajar lebih didedahkan dengan teknik
pembelajaran kendiri, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan penguasaan dalam latihan
amali. Ini memberi ruang kepada pelajar- pelajar kemahiran untuk memperolehi Sijil
Profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi memasuki pasaran pekerjaan
tempatan dan antarabangsa. Secara tidak langsung, ianya membuka peluang pekerjaan yang

4
lebih luas kepada mereka dan sekaligus membantu mengurangkan jurang perbezaan tahap
kemahiran ICT dalam pasaran di Malaysia.

Cisco Model – Train The Trainer (Fasa 1) di Makmal Cisco Uitm, Shah Alam
(En. Sudirman, En. Muhammad, Pn. Rodzidah, En. Ropi, Cik Shadni dan Pn. Rosmaidah)

Bagi persediaan pelaksanaan program ini, satu kursus Cisco Model – Train The Trainer
(fasa 1) yang melibatkan seramai 9 orang tenaga pengajar dari CIAST telah diadakan selama
16 hari di UiTM Shah Alam dan UniKL, Kuala Lumpur mulai 29hb Oktober 2010 sehingga 9hb
Disember 2010 yang bertujuan menyediakan tenaga pengajar yang bakal mengendalikan
program latihan tersebut dengan kurikulum terkini serta kaedah pengajaran.

Kursus bagi fasa 2 pula akan dijalankan pada April sehingga Jun 2011. Dengan
wujudnya makmal latihan dan tenaga pengajar yang kompeten, usaha CIAST mencapai misi
iaitu membangunkan pengajar bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan
responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi. Disamping itu, dalam usaha untuk
memperkasakan tenaga pengajar dan mengarusperdanakan latihan kemahiran yang
merupakan salah satu agenda negara untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10),

5
pelaksanaan program latihan Persijilan Cisco System iaitu Cisco Certified Academy Instructors
(CCAI) dilihat dapat memberi impak yang besar terhadap usaha tersebut.

Cisco Tools Hands-on Training dilatih oleh Prof. Ruhani Ab Rahman,


di Makmal Cisco, Fakulti Kejuruteraan, Uitm Shah Alam

Disediakan oleh,
Rodzidah binti Mohd Rodzi
Program Pentauliahan Tenaga Pengajar
Pusat Latihan Pengajar dan Latihan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia.

Disemak oleh,
Saiful Amir bin Omar

Disunting oleh,
Hamimah binti Mamat & Rozita binti Ismail
Penyelaras & AJK Penerbitan CIAST

Disahkan oleh,
Tn. Hj. Ghazlan bin Ghazali
Pengarah CIAST

Anda mungkin juga menyukai