Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN EN ABDUL HALIM BIN ABD RAHMAN AMP

PENGARAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS


JABATAN TENAGA MANUSIA untuk MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN
SUKAN ILJTM WILAYAH UTARA 2007
30 APRIL 2007 (ISNIN), 4.45PTG, DKU ILP KEPALA BATAS
oleh Pn. Rodzidah Mohd Rodzi

Terima kasih tuan pengerusi majlis,


Yang Mulia saudara pengerusi majlis,
Yang Berhormat Datuk Roslan bin Saidin, Adun Pinang Tunggal,
Yang Berusaha Pengarah-pengarah ILJTM Wilayah Utara, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-
ketua Kontinjen.
Yang di hormati urus setia Kejohanan Sukan ILJTM Wilayah Utara 2007, kakitangan-
kakitangan ILJTM Wilayah Utara yang hadir.
Dif-dif jemputan,
Yang dikasihi pelatih-pelatih yang mewakili kontinjen masing-masing dan para hadirin
sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

MUKADIMAH

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnianya dapat
kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini dalam satu Majlis Penutup Kejohanan
Sukan ILJTM Wilayah Utara kali ke-6 ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Y.B. Datuk
Roslan bin Saidin, Adun Pinang Tunggal yang dapat meluangkan masa memeriahkan
majlis dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penutup Kejohanan Sukan ILJTM
Wilayah Utara 2007 kali ke-6 ini. Terima kasih Datuk.

Terima kasih juga kepada semua Pegawai dan kontingen-kontingen yang mewakili ILP,
ADTEC dan JMTI. Tidak lupa juga kepada dif-dif jemputan dan semua yang hadir ke
Majlis pada petang ini. Kehadiran dan sokongan hadirin amat bermakna kepada kami.

1
Y.B Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-Puan hadirin Sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
kontingen dan wakil ILJTM di atas komitmen dan semangat kesukanan yang telah
diberikan sepanjang Kejohanan berlangsung.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua Ahli Jawatankuasa kerana telah menganjurkan Kejohanan ini dengan
cemerlang dan sempurna sekali. Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan kepada pihak yang membantu secara langsung
atau tidak langsung.

Hadirin Sekalian,

Hari ini berakhirlah Kejohanan Sukan pada kali ini yang telah berlangsung selama 3 hari.
Kejohanan ini merupakan acara dwi tahunan yang dianjurkan secara bergilir-gilir oleh
ILJTM yang dipilih oleh Jawatankuasa ILJTM. Kejohanan Sukan pada kali ini disertai
oleh Kontigen negeri Wilayah Utara dengan jumlah peserta dan pegawai seramai kira-
kira 650 orang. Sebanyak 8 jenis acara telah dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola
Jaring, Bola Tampar, Sepaktakraw, Badminton, PingPong, Futsal dan Bowling.

Kira-kira 36 pingat telah dimenangi oleh para atlet. Sebanyak 12 Juara telah memenangi
pingat emas. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan
selepas ini saya ucapkan tahniah. Manakala kepada yang tidak berjaya jangan berputus
asa, kerana penyertaan anda sudah pun menjadi kebanggaan dan merupakan kejayaan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Saya berharap para hadirin selesa dan gembira atas usahasama dan perlaksaan oleh pihak
ILP Kepala Batas sepanjang Kejohanan ini berlangsung. Saya juga berharap para hadirin
membawa pulang pengalaman yang manis dan bermakna.

Hadirin sekalian,

Suasana bersukan merangsang kita berkomunikasi bersama-sama berkongsi kegembiraan


jika menang dalam permainan mahupun berkongsi perasaan pilu jika tertewas.
Kejohanan seumpama ini merupakan satu pendekatan yang disediakan oleh Jabatan bagi
mendukung matlamat kerajaan melahirkan pekerja-pekerja yang sentiasa cergas, cekap,
aktif, berdisiplin, berdaya maju dan berdaya tahan. Melalui sukan juga, Jabatan berharap
akan dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dan mengeratkan hubungan
integrasi berbilang kaum di negara ini.

2
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekelian.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada
semua atlet yang telah berjaya meraih pingat. Kepada Ketua Kontingen, tahniah saya
ucapkan di atas sokongan dan galakkan yang telah diberikan kepada setiap para atlet.
Syabas dan tahniah juga kepada semua urusetia yang telah bertungkus lumus menjayakan
Kejohanan ini.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Warahmatullah Hiwabarakatuh dan terima


kasih.

Anda mungkin juga menyukai