Anda di halaman 1dari 18

(1) Bandingkan maksud identiti korporat dan imej korporat

o Identiti korporat
- Bernstein (1984) : identiti korporat adalah jumlah keseluruhan tindakan yang dipilih oleh
syarikat untuk dikenali oleh semua publiknya
- Olins (1989) : identiti korporat melibatkan disiplin yang luas meliputi pengurusan,
komunikasi dan perlakuan
- Gunning (2003) : identiti korporat adalah bentuk-bentuk yang boleh dilihat iaitu
menifestasi fizikal sesebuah organisasi sepeti pejabat, bilik pameran, pakaian seragam dan
lain-lain
o Imej korporat
- Mackiewicz (1993) : imej korporat adalah keseluruhan organisasi, rancangan dan objektif
yang ingin dicapai merangkumi produk, perkhidmatan, gaya pengurusan, aktiviti
komunikasi dan lain-lain
- Ind (1992) : gambaran mudah khalayak terhadap organisasi melalui mesej yang diterima
secara kumulatif
- Worcester (1978) : imej korporat adalah hasil terakhir dari interaksi semua pengalaman,
kesan, fikiran, kepercayaan, perasaan dan lain-lain tentang sesuatu syarikat

(2) Kepentingan identiti korporat terhadap sesebuah orgnisasi


1. Kesan kepada pemikiran organisasi
- Bertindak sebagai pemangkin kepada pemikiran organisasi
- Platform untuk menjelaskan matlamat organisasi dan memberikan perkhidmatan terbaik
kepada pelanggan
2. Jaringan perhubungan yang baik
- Peniaga dan pengedar akan membuat pelaburan modal dalam syarikat yang mempunyai
imej positif
- Hubungan baik memudahkan aktiviti yang dijalankan
3. Mudah mengidentifikasi khalayak
- Imej korporat yang jelas akan dapat difahami dengan lebih mudah oleh engguna sasaran
4. Menjadikan nama syarikat terkenal
- Proses memperkenalkan produk baru lebih mudah jika sesuatu imej korporat yang
bersesuaian dengan syarikat berjaya dihasilkan
- Keyakinan pengguna terhadap organisasi dapat dinilai melalui gelagat pengguna yang terus
menggunakan perkhidmatan dan produk berdasarkan pengalaman lepas
5. Pemulihan keyakinan publik
- Dilakukan melalui usaha untuk merealisasikan objektif syarikat dan secara langsung akan
membawa kepada keuntungan syarikat
- Program yang meliputi semua lapisan masyarakat merupakan satu corak program yang
berkesan dan keyakinan pengguna terhadap produk atau perkhidmatan syarikat dapat
diperkukuhkan lagi
(3) 4 sub-fungsi komunikasi korporat
1. Strategi komunikasi
2. Hubungan media
3. Perhubungan awam
4. Laporan tahunan
5. Hubungan komuniti
6. Pengurusan isu
7. Budaya korporat
8. Hubungan buruh
9. Hubungan pelabur
10. Krisis dan kecemasan

(4) 2 kepentingan hubungan media korporat


1. Membantu proses memasarkan produk dan perkhidmatan sesebuah organisasi
2. Memberikan impak yang besar dalam pembentukan imej sesebuah organisasi
3. Membentuk pendapat umum yang positif berkenaan organisasi

(5) 5 nilai berita yang perlu diketahui dalam hubungan dengan pihak media
1. Masa
- Maklumat semasa yang releven atau memiliki kesan segera kepada pembaca
2. Luar biasa
- Luar biasa atau unik
3. Kesan
- Memberi impak yang signifikan kepda sesetengah atau keseluruhan pembaca
4. Minat ramai
- Mendedahkan sesuatu yang dramatik tentang keadaan atau kerektor manusia
5. Popular
- Maklumat atau berita tentang orang atau organisasi yang terkenal
6. Dekat
- Memberi kesan kepada orang yang dekat dengan kita

(6) 5 garis panduan hubungan media korporat


1. Bertindak dengan tepat
- Menyampaikan maklumat dan berita yang benar kepada pihak media
2. Memberikan perkhidmatan
- Memberikan media maklumat yang mempunyai nilai berita, menarik dan gambar yang
bersesuaian dengan masa dan sedia digunakan
3. Jangan merayu
- Taktik pujuk dan rayu tidak mampu mengubah nilai kualiti sesuatu berita
- Jangan minta salinan berita
- Jangan memaksa media menyiarkan berita tentang organisasinya
4. Jangan menarik balik berita yang telah dihantar
- Pengamal PR tidak mempunyai hak untuk menarik balik ssuatu berita atau mengarahkan
media tidak menyiarkan sesuatu maklumat
5. Jangan banjiri media
- Menyampaikan sesuatu berita ke bahagian yang sesuai

(7) Bagaimana pengurusan komunikasi krisis sewajarnya ditangani oleh pengurusan tertinggi
organisasi m/s 222
1. Pengurusan atasan mesti berada di hadapan dan menjadi pusat tumpuan
- Visi dan kepimpinan tidak boleh diserahkan kepada orang lain
- Perlu bersedia menghadapi publik ketika berlakunya krisis
2. Bertindak dengan segera
- 24 jam pertama adalah masa yang paling kritikal bagi sesuatu krisis
- Perlu bersedia dan bertindak dengan bijaksana
- Segala tindakan perlu berhati-hati dan mampu mengurangkan kesas krisis
3. Jangan membuat spekulasi terhadap fakta yang tidak diketahui

4. Jangan menjanjikan harapan


- Jangan sesekali menjanjikan harapan kepada publik tentang sesuatu perkara
- Kesilapan dalam kepimpinan adalah menjanjikan harapan yang tidak pasti
5. Bercakap dalam nada yang sama
- Perlu menyelaraskan mesej organisasi bagi memastikan keseragaman komunikasi dalaman
dan luaran
6. Berkomunikasi dengan semua pihak yang terlibat
- Perlu segera berkomunikasi dengan publik yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung
- Penggunaan media adalah cara yang baik
7. Menggunakan krisis sebagai peluang menonjolkan kepimpinan
- Walaupun menghadapi keadaan yang tidak menentu tetapi jika dirancang dengan baik ia
dapat membentuk imej pemimpin yang positif
8. Merancang masa depan
- Tindakan yang berhubung dengan publik dalam keadaan kecemasan
- Meningkatkan keyakinan umum terhadap syarikat sebagai rakan kongsi yang boleh
dipercayai

(8) Maksud stakeholder


- Individu atau kumpulan yang memiliki hubungan atau kepentingan dengan organisasi
- Memiliki kepentingan ke atas operasi syarikat
- Memasukkan pelanggan dan pekerja dalam senarainya
- Senarai stakeholder bergantung kepada misi dan fungsi organisasi yang merangkumi pembekal,
peminjam, rakan kongsi, komuniti tempatan, agensi kerajaan dan lain-lain
- Hubungan yang wujud biasanya bertimbal balas yang mana organisasi memiliki kepentingan
terhadap individu atau kumpulan dalam bentuk sumber atau pengaruh dalam menjelankan
perniagaan
(9) 5 objektif hubungan komuniti
1. Memaklumkan kepada komuniti tentang sesebuah organisasi seperti produk, kualiti produk,
keahlian organisasi, aktiviti yang dirancang dan sebagainya
2. Membetulkan salah faham serta memberi tindak balas terhadap pengkritik
3. Memenuhi kehendak komuniti
4. Memberitahu pekerja yang juga sebahagian daripada komuniti tentang dasar, matlamat dan
perancangan organisasi
5. Mengesan perhubungan di antara pihak komuniti dengan pihak pengurusan organisasi
6. Menyeimbangkan ekonomi komuniti dengan membekalkan perkakasan dan peralatan sokongan
untuk meningkatkan ekonomi mereka

(10) 3 keperluan hubungan dengan kerajaan oleh sesebuah organisasi dan berikan contoh yang
sesuai

(11) 3 strategi pengurusan jenama


1. Mengetahui dan mengambil kira faktor atu kriteria tertentu yang mendorong seseorang memilih
sesuatu produk dipasaran
- Kriteria yang perlu diambil kira :
1) Kebolehpercayaan dan kualiti yang tinggi
2) Penampilang yang stabil
3) Terkenal
4) Keselesaan dan ketersediaan
5) Hubungan harga dan nilai
6) Perkhidmatan pelanggan
7) pengiklanan
2. Mengambil tahu pesaing-pesaing mereka
- Perhatian kepada jenama pesaing dapat memberi kefahaman tentang kedudukan jenama
syarikat
- Mengetahui perbezaan yang wujud dengan jenama pesaing
- Pengguna memerlukan maklumat tentang jenama sebelum membuat pembelian
- Syarikat akan menyedari kebaikan, kekuatan dan kelemahan pesaing lain
3. Analisis model pelanggan
- Membantu jenama yang dimiliki oleh syarikat berkembang sesuai dengan kepercayaan dan
kehendak pelanggan
- Perubahan boleh dilakukan dengan meningkatkan imej, menukar kontrak jenama dan
mempertingkatkan nilai masa depan jenama tersebut
- Syarikat harus mengetahui keupayaan jenama di pasaran dan kemampuan menghadapi
persaingan
- Kepercayaan pelanggan merupakan faktor penting dalam meningkatkan keupayaan dan
perkembangan sesuatu jenama
(12) 3 contoh posisi jenama (tag line) yang bertujuan untuk menarik pelancong
1. Malaysia : Malaysia Truly Asia
2. Indonesia : Wonderful Indonesia
3. Singapore : Your Singapore
4. Brunei : A Kindom of Unexpected treasures
5. Korea : Imagine your Korea

(13) 2 fokus audit komunkasi korporat


1. Bentuk komunikasi antara individu, seksyen dan jabatan
2. Iklim komunikasi atau budaya korporat
3. Kanungan komunikasi iaitu dari segi kejelasan dan keberkesanan
4. Keperluan maklumat individu, seksyen dan jabatan
5. Sikap individu
6. Komunikasi bertulis dalam bentuk surat, memo dan laporan dalaman

(14) 4 tujuan audit komunikasi korporat


1. Mengenalpasti sejauh mana kelancaran sistem komunikasi
2. Mengenalpasti cara mengatasi masalah komunikasi semasa
3. Menilai amalan atau dasar komunikasi
4. Menilai tahap perhubungan antara organisasi

(15) 5 situasi yang mengkehendaki sesebuah organisasi menjalankan audit komunikasi dan berikan
contoh
1. Apabila wujud pengembangan organisasi
- Apabila operasi perniagaan semakin besar maka struktur organisasinya semakin kompleks
dan memerlukan ia distruktur semula
2. Apabila organisasi terlibat dalam proses penggabungan atau pengambilalihan oleh organisasi lain
- Penggabungan kebiasaanya adalah untuk meneruskan survival organisasinya
- Meningkatkan kekuatan dan memperoleh sinergi melalui penggabungan
- Penggabungan biasanya akan mengahadapi banyak masalah terutamanya menyesuaikan
kakitangan antara syarikat yang digabungkan tersebut dan membentuk misi dan visi yang
baru
- Audit diperlukan bagi memudahkan pengurusan organisasi
- Contoh : CIMB
3. Apabila terdapat dasar pengurangan kakitangan atau usaha peningkatan bilangan anggota kerja
- Keadaan ekonomi yang tidak menetu menyebabkan organisasi menilai semula
kelangsungan operasi
- Banyak organisasi mengambil langkah mengurangkan pekerja bagi mengurangkan kos
operasi
- Pengurangan pekerja menyebabkan peranan dan fungsi pekerja sedia ada bertambah
- Audit diperlukan bagi menilai keperluan organisasi untuk terus beroperasi dengan baik
- Contoh : MAS
4. Apabila terdapat perubahan fungsi dan tanggungjawab korporat
- Faktor persekitaran memaksa organisasi untuk berubah
- Globalisasi, persaingan, perkembangan teknologi dan budaya organisasi banyak menekan
organisasi untuk berubah
- Audit dilakukan agar organisasi dapat berfungsi seperti yang diinginkan
- Contoh :
1) CEO atau pengurusan atasan yang baru
2) Penguatkuasaan peraturan baru
3) Struktur organisasi baru
4) Persaingan baru
5) Penggabungan atau pengambilalihan baru
5. Sebelum organisasi berhadapan dengan masalah serius
- Masalah komunikasi dalam organisasi adalah maslah yang sukar
- Jika tidak diselesaikan menyebabkan organisasi berada dalam keadaan membimbangkan
- Kesan : banyak masa dan usaha terbuang
- Audit komunikasi menyediakan pemantauan yang akan membenarkan tindakan
pengawalan masalah komunikasi
6. Menyediakan garis panduan bagi mewujudkan satu polsis komunkasi formal
- Digunakan untuk membentuk polisi komunikasi dalam syarikat korporat
- Manual komunikasi krisis adalah garis panduan yang diwujudkan bagi menghadapi krisis
dalam syarikat
- Proses mengaudit dapat menghasilkan satu polisi yang baik bagi diimplementasikan dalam
suatu situasi

(16) 3 Faktor utama yang menentukan budaya korporat (9m) m/s 365
1. Komunikasi
- Komunikasi adalah pemindahan maklumat, idea, kefahaman dan perasaaan seseorang kepada
orang lain
- Seorang pengurus mestilah mahir berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat, idea, emosi,
tabiat dan dorongan
2. Motivasi
- Untuk membentuk dorongan dan galakan ke arah pekerja yang positif
- Contoh : pemberian ganjaran, kenaikan gaji, keselamatan pekerja dan menyediakan suasana
bekerja yang selesa
- Hukuman dan penalti juga disediakan sebagai peraturan dan menjadi alat kawalan supaya
mendorong pekerja berkelakuan baik
- Pendekatan psikologi juga diambil kira denagn memberi pertimbangan ke atas perkara yang
dapat membentuk peribadi pekerja secara positif
- Contoh : memberi keyakinan diri supaya mempunyai wawasan, yakin kepada potensi kerjaya,
menghapuskan sikap cepat berpuashati dan tabiat suka membuang masa
3. Kepimpinan
- Kepimpinan adalah suatu proses yang mempengaruhi kumpulan dalam keadaan dan masa yang
khusus yang dapat memberi perasaan kepada mereka untuk berusaha secara rela bagi mencapai
matlamat bersama
- Pengurus sebagai pemimpin perlu cuba mempengaruhi setiap pekerja dengan cara yang
berbeza.
- Pemimpin perlu ada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
- Pengalaman boleh membina asas kepercayaan dan tanggapan seseorang

(17) 4 Langkah penting dalam memperkenalkan budaya inovasi dalam organisasi (8m) m/s 371
1. Memastikan pengurus dan pekerja tahu apa itu inovasi dan bagaimana ia berlaku
2. Memastikan pekerja senior mengalu-alukan perubahan untuk kebaikan
3. Merangsang pengurus dan pekerja untuk berfikir dan bertindak secara inovasi
4. Benar-benar memahami pekerja dan keperluanya

(18) 4 Elemen yang menjadi pendorong kepada perubahan budaya korporat (8m) m/s 372
1. Pekerja
- Melalui latihan dan pengambilan
2. Prestasi
- Melalui latihan kemahiran
3. Kerja
- Melalui projek dan pusingan kerja
4. Kepercayaan
- Melalui latihan dan peningkatan komunikasi
5. Persekitaran
- Melalui perubahan struktur

(19) Maksud pendedahan media (5m) m/s 113


- Pendedahan media merujuk kepada agregat laporan berita berkaitan sesebuah syarikat dalam
jangka masa tertentu
- Pendedahan media memberi kesan kepada reputasi syarikat
- Pendedahan media terhadap aktiviti organisasi secara spesifik adalah salah satu faktor
perubahan imej korporat

(20) Bandingkan konsep reputasi dengan imej korporat dengan memberikan contoh yang jelas
(10m) m/s 110

Reputasi Korporat Imej Korporat


1. Ia adalah konsep yang unik 1.Mewujudkan kerjasama dan persepakatan
2. Ia mengambil masa untuk dicipta dan 2.Mengintegrasikan syarikat induk dan syarikat
diuruskan subsidiari
3. Terdpat hubungan 2 hala antara konsep 3.meningkatkan harga saham kerana harga
reputasi korporat dan imej korporat. saham yang tinggi akan meningkatkan imej
Reputasi korporat sangat bergantung syarikat
kepada imej harian yang dibentuk oleh
sesebuah organisasi berdasarkan gelagat
syarikat, komunikasi dan simbol pada
masa yang sama ia boleh mempengaruhi
imej harian individu yang berkepentingan
dalam firma
4. Menjelaskan tahap pemahaman syarikat 4.meningkatkan komunikasi dalaman
kepada syarikat lain organisasi
5. Individu yang berkepentingan dalam 5.meningkatkan tahap kesedaran korporat
organisasi mungkin berbeza pandangan melalui pendapat publik
mereka berkaitan reputasi berdasarkan
latar belakang ekonomi, sosial dan
peribadi

(21) Dimensi yang digunakan untuk mengukur imej korporat (5m) m/s105
1. Mempunyai sifat-sifat seperti barangan yang bermutu tinggi
2. Sistem pengurusan syarikat ayng cekap
3. Keuntungan yang diperolehi oleh organisasi
4. Terlibat dalam hal-hal kemasyarakatan
5. Tindak balas terhadap keperluan pengguna
6. Menjadi impian orang rami berkhidmat dengan syarikat berkenaan

(22) Elemen reputasi korporat (5m)


1. Etika
- Perlakuan beretika, baik, nilai penghormatan dan nilai kebolehpercayan
2. Pekerja/tempat kerja
- Mempunyai pekerja yang berbakat, melayan orang dengan baik dan tempat kerja yang sesuai
3. Pencapaian kewangan
- Kedudukan kewangan yang kukuh, memiliki rekod keuntungan dan ada prospek berkmbang
4. Kepimpinan
- Pemimpin yang disukai oleh pengikut dan inovatif
5. Pengurusan
- Diurus dengan baik, memiliki kualiti pengurusan yang tinggi dan mempunyai wawasan yang
jelas untuk masa hadapan
6. Tanggungjawab sosial
- Mengiktiraf tanggungjawab sosial dan menyokong perkara baik
7. Fokus pelanggan
- Mengambil berat tentang pelanggan dan begitu komited teradap pelanggan
8. Kualiti
- Menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi
9. Kebolehpercayaan
- Yakin dengan produk dan perkhidmatannya, menyediakan perkhidmatan yang konsisten
10. Rayuan emosi
- Merasakan baik tentangnya dan menyeronokkan

(23) Takrifkan semula sistem hubungan pekerja dengan pengurusan menurut perspektif Islam
(10m)
- Hubungan pekerja dengan pengurusan dari perspektif Islam adalah terikat dalam satu acuan
yang dikenali sebagai hubungan sesama manusia (hablu min al-nass)
- Kesempurnaan ini hanya akan lahir setelah sempurna hubungannya dengan Allah (hablu minal
Allah)
- Pekerja dan pengurusan mestilah menganggap mereka sebagai saudara
- Pekerja dan pengurusan mestilah setaraf sekurang-kurangnya dalam keperluan asasi
- Masa dan tempoh bekerja mestilah dalam batas kemampuan manusia
- Pekerjaan harus dilakukan mengikut persetujuan bersama
(24) 5 sifat pekerja dan majikan yang baik berdasarkan teladan Rasulullah s.a.w (15m)
1. Siddiq (benar dan jujur)
- Siddiq bermaksud benar dan jujur
- Rasulullah s.a.w merupakan individu yang sentiasa berperilaku benar dan jujur dalam setiap
tindakan sepeti ucapan, keyakinan dan tindakan
- Allah s.w.t memerintahkan orang beriman sentiasa memiliki sifat ini dalam surah at-Taubah
ayat 119 :
١١٩ ‫ين‬ َّ ٰ ‫وا َم َع ٱل‬
َ ِ‫ص ِدق‬ ْ ُ‫وا ٱهَّلل َ َو ُكون‬
ْ ُ‫وا ٱتَّق‬ َ ‫ٰيَٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
ْ ُ‫ين َءا َمن‬
Maksudnya :
“wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama
irang-orang yang benar”.
- Pekerja dan majikan harus benar dan jujur dalam membuat keputusan yang bersifat strategi
- Perlu berlaku benar dan jujur kepada syarikat, pemegang saham, pelanggan, pesaing,
masyarakat dan sebagainya
- Contoh : ditonjolkan dalam bentuk kesungguhan, ketepatan masa dan janji, layanan, laporan,
akui kelemahan dan kekurangan
2. Amanah (berkreadibiliti, bertanggungjawab)
- Amanah bermaksud dipercayai, bertanggungjawab dan berkreadibiliti
- Allah s.w.t menyebutkan sifat orang-orang yang beruntung adalah orang yang memelihara
amanah seperti dalam surah al-Mu’minun ayat 8 :
َ ‫ين هُمۡ أِل َ ٰ َم ٰنَتِ ِهمۡ َو َع ۡه ِد ِهمۡ ٰ َر ُع‬
٨ ‫ون‬ َ ‫َوٱلَّ ِذ‬
Maksudnya :
“dan orang-orang yang memelihara amanah dan janjinya”
- Tanggungjawab pekerja dan majikan dalam menjalankan tugas dan kewajiban yang telah
diberikan
- Mewujudkan kepercayaan
3. Fatanah (bijaksana)
- Fatanah bermaksud intelektual, kecerdikan atau kebijaksanaan
- Ia merupakan strategi hidup seorang muslim
- Mengoptimumkan segala potensi yang telah diberikan oleh Allah
- Allah s.w.t memberi amaran keras kepada orang yang tidak menggunakan akalnya seperti
dalam surah Yunus ayat 100 :
١٠٠ ‫ون‬ َ ‫س َعلَى ٱلَّ ِذ‬
َ ُ‫ين اَل يَ ۡعقِل‬ َ ‫َويَ ۡج َع ُل ٱلر ِّۡج‬
Maksudnya :
“Allah menimpakan kemurkaan kepada irang yang tudak menggunakan akalnya”
- Mengiptimumkan semua potensi akal untuk mencapai tujuan dengan kreativiti dan inovasi
yang bermanfaat
4. Tabligh (menyampaikan)
- Tabligh bermaksud meyampaikan sesuatu dengan benar dan tepat
- Mampu menyampaikan visi dan misi yang benar dan tepat kepada khalayak sasaran seperti
pemegang saham, pelanggan dan sebagainya
- Hal ini dituntut oleh al-Quran seperti dalam surah al-Ahzab ayat 70 :
ْ ُ‫وا ٱهَّلل َ َوقُول‬
٧٠ ‫وا قَ ۡواٗل َس ِد ٗيدا‬ ْ ُ‫وا ٱتَّق‬ َ ‫ٰيَٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
ْ ُ‫ين َءا َمن‬
Maksudnya :
“wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan
yang benar”
5. Istiqamah (konsisten)
- Istiqamah bermaksud konsostensi
- Ianya merupakan suatu proses terus menerus
- Ianya ditampilkan dalam bentuk keteguhan, kesabaran, dan lain-lain sehingga mendatangkan
hasil

(25) 5 Objektif khusus yang disasarkan oleh organisasi korporat dalam periklanan korporat dan
advokasi (15m) m/s 247
1. Mencipta imej yang dimahukan oleh organisasi
- Meningkatkan keyakinan publik terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
- Berusaha untuk menjual produk, menarik pekerja, sokongan komuniti, menarik dan
mengekalkan pembekal dan pemegang saham
2. Membetulkan salah faham
- Memberikan fakta tentang polisi dan amalan yang dijalankan kepada publik untuk
memperbetulkan salah faham yang timbul
- Salah faham yang serius akan memberi kesan ke atas jualan dan keuntungan syarikat atau
sokongan kewangan
3. Mendapatkan dan mengekalkan pengedar yang berkualiti
- Mengiklankan produk di dalam akhbar dan majalah untuk menarik minat pengedar menjual
produk mereka
4. Merangsang minat pemegang saham dan komuniti kewangan
- Memberitahu pemegang saham dan komuniti kewangan tenatng kedudukan kewangan syarikat
5. Membina nama baik di kalangan komuniti setempat
- Memberitahu masyarakat setempat tentang lokasi kilang dan operasi yang dijalnkan
- Menjelaskan sumbangan mereka kepada kebajikan komuniti dan peranan yang diminkan bagi
mewujudkan peluang pekerjaan
- Membantu komuniti melalui cukai yang dibayar kepada kerajaan dan terus menyokong projek
yang berfaedah untuk komuniti
6. Menonjolkan nama baik di kalangan pengedar
- Mempersembahkan polisi, promosi dan pembangunan sesebuah syarikat
- Mendidik pedagang berhubung kaedah perdagangan yang efektif, pengurusan jualan, pameran,
susun atur kedai, kawalan stok, pengiklanan dan polisi kredit
7. Membina nama baik di kalangan pekerja
- Memberitahu pekerja tentang polisi syarikat, perancangan masa depan dan aktivit yang
dirancang
- Memberikan maklumat kepada pekerja tentang operasi syarikat dan mengurangkan khabar
angin bagi membentuk persefahaman lebih baik
8. Memberitahu dan memberi perkhidmatan kepada pengguna
- Menyalurkn maklumat kepada pengguna tentang sumbangan syarikat kepada kebajikan orang
ramai
9. Meningkatkan hubungan pekerja
- Mengekalkan pekerja dan memberithu komuniti tentang faedah, keadaan kerja dan polisi
pekerja bagi mengurangkan salah faham

(26) 2 Perbezaan ciri antara periklanan korporat dan periklanan produk dengan memberikan
contoh (10m)m/s 238
o Periklanan korporat
- Aktiviti promosi yang lebih memfokuskan imej kategori produk atau organisasi berbanding
jenama yang spesifik
- Ciri-ciri :
1. Mempunyai unsur mendidik, memberi maklumat, memberi kesan kepada publik tentang
kelebihan syarikat, fungsi syarikat, misi dan visi syarikat
2. Mempunyai maksud untuk membangunkan pendapat yang menguntungkan syarikat
dengan menekankan pada kecekapan pengurusan, perkembangan teknologi syarikat,
perkembangan produk dan lain-lain
3. Menonjolkan kestabilan syarikat untuk meningkatkan kewangan syarikat

o Periklanan produk
- Aktiviti promosi yang memfokuskan jualan barang dan perkhidmatan yang telah dikenal
pasti secara spesifik
- Ciri-ciri :
1. Mempunyai sasaran yang jelas
2. Mempunyai fokus kepada produk yang ingin dijual
3. Mempunyai daya penarik tertentu

(27) 3 fungsi komunikasi krisis yang perlu diambil perhatian (9m) m/s 209
1. menghentikan krisis dengan segera
- menyelamatkan organisasi daripada malapetaka yang besar
- jika dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan kerugian yang berpanjangan
2. menghadkan kemusnahan akibat krisis
- malapetaka yang berlaku merupakan suatu yang sukar dijangka
- jika krisis tidak ditangani dengan baik maka krisis yang berlaku akan melarat dan menjejaskan
operasi syarikat keseluruhan
- jika tindakan segera diambil, kemusnahan dapat dikurangkan dan kos pembinaan semula dapat
dijimatkan
3. menjaga kredibiliti orgnisasi
- komunikasi krisis adalah jambatan maklumat daripada organisasi kepada publik keseluruhan
- keadaan krisis tidak menentu dan maklumat amatlah terhad dan kadang kala publik
memperoleh maklumat dari sumber yang tidak sah
- ini menjejaskan usaha syarikat memulihkan imej mereka
- menjaga kredibiliti agar terus dihormati oleh publik

(28) 4 penyebab asas kepada krisis seperti yang dijelaskan oleh Institut for crisis management (ICM)
(8m) m/s 211
1. Kuasa Tuhan seperti ribut, gempa bumi, banjir dan sebagainya
2. Akibat masalah mekanikal seperti kebocoran paip gas yang akan membawa kepada malapetaka
3. Kesilapan manusia seperti kesilapan melakukan tindakan dan juga salah faham dalam komunikasi
yang kemudiannya menybabkan krisis
4. Akibat keputusan yang diambil oleh pengurusan dalam sesuatu perkara

(29) Perlaksanaan komunikasi krisis menurut pandangan Islam (8m) m/s 220
1. Dapatkan situasi yang terkawal
- Mengenalpasti masalah sebenar dan menetapkan strategi komunikasi
2. Mengumpul maklumat sebanyak mungkin
- Memahami masalah yang dihadapi
- Mengumpul sebanyak mungkin maklumat
- Jangan buat spekulasi terhadap fakta yang tidak diketahui
3. Membentuk pusat pengurusan krisis
- Dilakukan ditempat yang strategik dan boleh dihubungkan dengan pelbagai jenis sistem
komunikasi
- Pemimpin perlu kehadapan dan bersedia menghadapi publik ketika berlakunya krisis
- Berkomunikasi dengan publik yang terlibat secara langsung atau tidak langsung melalui media
yang bersesuaian
4. Berkomunikasi dengan pantas
- Komunikasi seharusnya tidak mewujudkan keadaan panik
- Menyampaikan maklumat sebenar secepat mungkin khususnya berkaitan harta dan nyawa
- Segala bentuk komunikasi perlu dilakukan secara berhati-hati dan mampu mengurangkan
kesan krisis
5. Buat perancangan untuk mengelakkan krisis lain
- Bekerjasama dengan pihak lain untuk mengelakkan krisis lain
- Penyelarasan mesej perlu dilakukan bagi memastikan keseragaman komunikasi dalaman dan
luaran agar tidak menimbulkan masalah lain
- Merancang masa depan

(30) Bincangkan konsep pekerjaan menurut Islam (10m)


1. Pekerjaan yang dilakukan mestilah halal dan bertepatan dengan syara’
2. Pekerjaan disertai dengan niat yang baik atau matlamat untuk mendapat keredhaan Allah
3. Pekerjaan dilakukan dengan tekun, cekap dan profesional
4. Penglibatan pekerjaan dengan prinsip-prinsip syara’ seperti amanah, bertanggungjawab dan adil
5. Pekerjaan tidak melalaikan pekerjanya dari kewajibannya kepada Allah dan lain-lain

(31) Prinsip-prinsip kemanusian, keadilan dan kesaksamaan dalam perlaksanaan hubungan


majikan dan pekerja (15m)
1. Sikap mujahadah
- Mujahadah bermaksud semagat dan keazaman yang nekad dalam melaksanakan kerja bagi
mencapai sasaran yang telah ditetapkan

2. Sikap muraqabah
- Muraqabah bermaksud penilitian dan perhatian bersungguh-sungguh dalm melaksanakan tugas
supaya ilmu dan syariat tidak bertentangan untuk mencapai kejayaan
3. Sikap muhasabah
- Muhasabah bermaksud penilaian yang dibuat terhadap pekerjaan yang dilakukan dari pelbagai
aspek
4. Penghayatan jemaah
- Penghayatan jemaah bermaksud majikan dan pekerja menghidupkan semangat dan budaya
kerja secara kolektif untuk kepentingan organisasi
- Perlu diikuti dengan amalan syura
5. Penghayatan ukhuwah
- Ukhuwah bermaksud setiap anggota dalam organisasi adalah saudara
- Setiap individu mempunyai tanggungjawab terhadap saudaranya yang lain dalam
melaksanakan tugas
6. Penghayatan ta’awun
- Bantu-membantu dan lengkap-melengkapi dalam melaksanakan tugas organisasi

(32) 4 peringkat hubungan pelabur (12m) m/s180


1. Kesahan
- Pegawai perhubungan pelabur akan memastikan semua aliran informasi adalah sah di sisi
undang-undang yang mengikut garis panduan tertentu
2. Kredibiliti
- Semua informasi yang disampaikan oleh organisasi adalah benar dan boleh dipercayai dan ia
akan dapat mewujudkan atmosfera kreadibiliti
3. Kemudahan
- Mewujudkan kemudahan kepada pelabur dan bukan sahaja menghasilkan kepercayaan pelabur
terhadap organisasi tetapi boleh memahami dengan lebh mendalam proses serta perkembangan
syarikat seperti strategi perniagaan, matlamat dan sebagainya
4. Sokongan saham
- Organisasi dapat menunjukkan maklumat mengenai nisbah pendapatan atau harga paling
maksimum yang terdapat pada saham syarikat kepada pelabur

(33) Sarankan dimensi baru dalam menjaga hubungan baik dengan pelabur yang boleh diamalkan
oleh sesebuah organisasi berpandukan al-Quran dan Hadis (8m) m/s183
1. Mengadakan mesyuarat untuk menganalisis saham syarikat
2. Mengukuhkan komunikasi dengan penganalisis saham
3. Mensasarkan pelabur institusi termasuk dana amanah
4. Sedia membantu membetulkan jangkaan pasaran

(34) 2 jenis pelabur (5m)


1. Pelabur runcit (retail investor)
- Melabur atas kapasiti individu atau bagi pihak individu atau syarikat
- Pelabur ekuiti penuh
2. Pelabur institusi (Institutional investor)
- Modal dan ekuiti persendirian yang berfungsi sebagai pelaburan yang kolektif bagi pihak
individu, syarikat, insurans dan lain-lain
- Membuat pelaburan secara langsung atau melalui tawaran pelaburan
(35) Ciri organisasi korporat (5m) m/s 84
1. Komunikasi dan identiti yang visual
2. Perlakuan
3. Budaya korporat
4. Kondisi pasaran
5. Organisasi, keluaran dan perkhidmatan

(36) Definisi komunikasi korporat dan peranannya dalam sesebuah organisasi (10m) m/s 4 & 56
o Definisi
- Van Riel (1992) : komunikasi korporat ialah proses pengurusan strategik yang mana organisasi
berkomunikasi dengan pelbagai khalayak untuk memperoleh manfaat bersama dan dan
meningkatkan peluang bersaing
- Goodman (2000) : komunikasi korporat ialah usaha keseluruhan organisasi berkomunikasi
secara berkesan dan menguntungkan
- Argenti (1998) : komunikasi korporat merupakan cara organisasi berkomunikasi dengan
pelbagai kumpulan manusia
- Yamauchi (2001) : komunikasi korporat adalah segala aktiviti yang dilakukan dalam sebuah
syarikat yang melibatkan komunikasi semua pihak bagi menjayakan matlamat syarikat
o Peranan
- Menyediakan laporan tahunan
- Mengawal krisis
- Menjalinkan hubungan baik dengan pekerja
- Menggunakan teknologi terkini dalam menyampaikan maklumat
- Mewujudkan hubungan baik dengan pihak media
- Merangka polisi dan strategi organisasi
- Mengamalkan perhubungan awam

(37) Pengaruh teknologi terhadap budaya korporat dengan memberikan contoh (10m) m/s 356
1. Melancarkan perjalanan organisasi
2. Memberi kesan kepada agihan tugas
3. Memberi kesan kepada pengambilan dan latihan pekerja
4. Mencorak komunikasi pengurusan
5. Memudahkan pengurusan dan urusniaga

(38) Definisi lain CSR (4m)


- Howard R. Bowen (1953) : CSR adalah suatu kewajiban atau tanggung jawab sosial dari
perusahaan berdasarkan kepada keselarasan dengan tujuan objektif dan nilai-nilai dari suatu
masyarakat.
- Salem Sheikh : CSR merupakan tanggung jawab perusahaan yang bersifat sukarela atau
berdasarkan undang-undang dan mempunyai tujuan untuk menunjukan sifat kepedulian sebuah
perusahaan terhadap masyarakat
(39) Kepentingan utama CSR oleh sesebuah organisasi (15m)
1. Menghasilkan peningkatan jualan produk dan perkhidmatan
- Respon positif pengguna terhadap CSR
2. Membuka pasaran baru
- Syarikat yang berjaya mencari untuk menangani rakyat termiskin di dunia telah membantu
mengurangkan kemiskinan disamping meningkatkan ekonomi negara tersebut
- Contoh : Aravind Eye Hospital di India telah menjalankan 200 000 pembedahan katarak setiap
tahun. Hospital ini telah memperoleh keuntungan sebanyak USD 46.5 billion pada tahun 2001
– 2002. Keadaan ini secara tidak langsung mengembalikan pulangan kepada ekonomi India
dengan menambahkan bilangan tenaga buruh dan sekaligus memperoleh pendapatan.
3. Meningkatkan imej organisasi
- Contoh : syarkat Samsung bukan sahaja menderma kepada mangsa tsunami di Pulau Pinang
malah menghantar beberapa orang staff membantu mangsa tsunami yang trauma dengan
kejadian tersebut. Hal ini menonjolkan keprihatinan dan sedia membantu. Hal ini merupakan
imej yang positif terhadap syarikat tersebut. Ianya memudahkan syarikat melakukan promosi
produk mereka.
4. Meningkatkan reputasi organisasi
- Meningkatkan reputasi sesebuah organisasi dan mampu meningkatkan hubungan baik antara
organisasi dengan bank, pelabur dan kerajaan
- Penglibatan dalam CSR mampu mempengaruhi keputusan pelaburan yang dibuat oleh bank
dan institusi kewangan
5. Memastikan kemandirian dan kelangsungan organisasi
- Meningkatkan prestasi syarikat dan membntu pertumbuhan syarikat untuk berkembang dengan
lebih pesat

(40) Perbezaan penjenamaan korporat dan penjenamaan produk (10m) m/s263


o Penjenamaan korporat
1. Berfungsi dengan rayuan yang lebih meluas sebagai pertemuan antara organisasi dengan
pemegang berkepentingan (stakeholder)
2. Perancangan sistematik dan proses pelaksanaan ciptaan serta pengkelasan suatu reputasi yang
dikehendaki syarikat
3. Dianggap sebagai alat untuk menghantar isyarat kepada publik yang diterjemahkan melalui
perlakuan, komunikasi dan simbolesme
4. Mewakili atau menonjolkan identiti organisasi
5. Mengukuhkannya dengan mencipta hubungan dengan publik

o Penjenamaan produk
1. Disasarkan kepada kumpulan pelanggan dan melalui pendekatan produk yang betul
2. Releven kepada pelanggan sebagai golongan yang mempunyai kepentingan
3. Berfungsi untuk mengenalpasti dan membezakan antara produk pengeluar dan pesaing
4. Mempengaruhi kebolehpercayaan pelanggan
5. Ditonjolkan melalui logo, nama, simbol dan sebagainya

o Perbezaan secara umum


- Fokus strategik, pengurusan dan stratgi korporat syarikat, komunikasi korporat dan budaya
korporat
(41) Kepentingan penjenamaan semula korporat terhadap kelangsungan perniagaan sesebuah
organisasi beserta contoh (15m)
1. Perubahan misi dan objektif perniagaan
- Perubahan struktur organisasi perlu dijenamakan semula agar selari dengan aktiviti perniagaan
2. Jenama sedia ada yang mengelirukan
- Boleh mengelirukan dan memberi persepsi yang bercampur-campur dalam kalangan pelanggan
- Penjenamaan mengurangkan kekeliruan
- Contoh : DIGI suatu masa dahulu dikendalikan oleh syarikat Mutiara Telecom. Oleh itu, nama
syarikat dan produk yang ditawarkan adalah berbeza. Ini mengakibatkan pengguna keliru
dengan jenama syarikat. Untuk mengelakkan salah faham, syarikat telah mengambil langkah
yang proaktif dengan mnyelaraskan nama syarikat dengan nama perkhidmatan. Kini DIGI
digunakan sebagai nama syarikat dan perkhidmatan.
3. Perubahan imej yang lebih dinamik
- HSBC telah melakukan penjenamaan semula bagi menonjolkan imej sistem perbankan yang
bersifat lebih global
- Ianya sebagai langkah awal bagi menyaingi pesaing yang bakal memasuki pasaran seluruh
dunia
4. Persaingan dalam industri
- Kebiasaanya kitaran hidup produk tidak kekal lama kerana persaingan dengan produk yang
baru memasuki pasaran
- Perlu penjenamaan semula apabila entiti perniagaan merasakan perlu dilakukan bagi
menonjolkan imej baru dan dinamik
- Proton melakukan penjenamaan semula akibat persaingan. Globalisasi menyebabkan proton
menilai posisi syarikat dalam pasaran. Proses globalisasi telah banyak menjejaskan pasara
kereta di pasaran domestik dan antarabangsa. Justeru itu, proton telah mengubah logo yang
sebelum ini bercirikan tempatan kepada yang lebih global. Harimau dijadikan ikon baru
menonjolkan ciri-ciri yang hebat, berani dan mampu bersaing.
5. Pengambilan dan penggabungan dua atau lebih organisasi korporat
- Meninjolkan imej yang kukuh selepas penggabungan
- CIMB bank adalah hasil gabungan bank Bumiputera-Commerce dan Southern Bank
6. Penajaan dan kerjasama penjenamaan
- Hubungan jenama korporat publik yang dimiliki dan dikawal oleh organisasi yang berbeza
- Setiap rakan kongsi dalam kerjasama jenama memiliki nilai teras mereka yang tersendiri
- All Black merupakan kelab sukan ragbi dari New Zealand menjalinkan kerjasama dengan
Adidas. Pada tahun 1999 New Zealand Rugby Union (NZRU) telah memberi hak penajaan
kepada Adidas. NZRU memperoleh manfaat kewangan dan berpeluang membina hubungan
dengan Adidas yang akan turut membawa jenama All Black ke pasaran global. Adidas pula
mendapat manfaat dengan menjual lebih banyak barangan berkaitan dengan ragbi. Kerjasama
ini menjadikan jenama All Black sebagai alat untuk mencapai perkembangan itu.

(42) Definisi reputasi korporat dengan imej korporat (5m) m/s 96 & 106
o Reputasi korporat
- Winfrey (1989) : reputasi korporat adalah persepsi individu atau kumpulan terhadap
keberkesanan korporat
- Miles (1980) : reputasi korport adalah kebolehan organisasi mengurangkan ketidakpuasan hati
terhadap organiasi
- Gotsi dan Wilson (2001) : reputasi korporat adalah penilaian keseluruhan individu
berkepentingan terhadap syarikat sepanjang masa
o Imej korporat
- Mackiewicz (1993) : imej korporat adalah keseluruhn organisasi, rancangan dan objektif yang
ingin dicapai
- Ind (1992) : imej korporat adalah gambaran mudah publik terhadap organisasi melalui mesej
yang diterima secara kumulatif
- Worcester (1978) : imej korporat adalah hasil terakhir dari interaksi semua pengalaman, kesan,
fikiran, kepercayaan, perasaan dan pengetahuan orang ramai tenhadap sesuatu syarikat

(43) 3 sebab audit komunikasi dijalankan (9m) m/s 380


1. Mendiagnosis
- Audit adalah teknik mendiagnosis
- Jawapan kepada apakah ciri-ciri sesebuah orgnisasi
- Menghasilkan sesuatu yang baik untuk survival organisasi
- Direkabentuk melalui pemerhatian yang sistemtik berkaitan bidang komunikasi yang difikirkan
penting
2. Penilaian
- Setiap audit akan membndingkan perkara yang patut dilakukan oleh organisasi dan ianya mesti
mempunyai standart, bertujuan dan bermatlamat
- Kadang-kala tahap pencapaian organiasi bertentangan dengan apa yang dimahukan organisasi
3. Kawalan
- Audit bagi mengenalpasti kekuatan yang diperlukan untuk dikuatkuasakan semula dan
kelemahan mesti diperbetulkan
- Maklum balas akan memberikan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan tindakan yang
boleh menghubungkan apa yang diinginkan

(44) 5 elemen yang menjadi fokus utama dalam audit komunikasi korporat sesebuah organisasi
(16m) m/s 394
1. Identiti korporat
- Merangkumi banyak perkara menjadi subjek utama untuk dinilai
- Model identiti korporat dijadikan instrumen dalam mengukur kekuatan sesebuah organisasi
2. Hubungan media korporat
- Melibatkan pihak luar organisasi
- Hubungan media mampu meningkatkan imej organisasi
- Penilaian terhadap hubungan dengan media yang telah terbentuk perlu dilakukan
3. Hubungan komuniti
- Hubungan kemasyarakatan
- Komuniti merupakan sebahagian daripada publik luaran yang bakal menentukan kelangsungan
sesebuah organisasi
4. Komunikasi krisis
- Sesuatu yang tidak boleh dielakkan
- Audit ini dapat mengenalpasti punca dan kesan utama sesuatu krisis
- Keputusannya boleh dijadikan kayu ukur kepada program selanjutnya
5. Pengiklanan dan penjenamaan korporat
- Menilai sejauh mana pengiklanan korporat boleh mempengaruhi publik untuk menggunakan
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
- Menilai jenama yang digunakan sesuai dengn golongan sasaran atau tidak
6. Budaya korporat
- Memberi kesan kepada persekitarn organisasi
- Terbentuk melalui sejarah yang panjang
- Budaya korporat yang terbentuk menonjolkan imej yang baik
- Menilai sama ada budaya tersebut sesuai atau tidak
7. Hubungan pelabur
- Publik yang paling penting
- Pelabur akan menentukan umlah modal yang bakal diperoleh
- Ketidakyakinan pelabur akan mngakibatkan saham syarikat tidak popular dan sukar
memperoleh modal tambahan untuk membesarkan syarikat
- Menilai kehendak dan matlamat pelabur agar selari dengan progrm organisasi
8. Penggunaan terknologi
- Untuk terus bersaing, organisasi korporat terpaksa mengikut perkembangan teknologi supaya
tidak ketinggalan
- Perubahan teknologi memberi impak besar kepada organisasi
- Bagi memastikan teknologi yang dimiliki terus kompetitif, audit teknologi perlu dijalankan
bagi mengetahui sejauh manakah kedudukan mereka berbanding syarikat pesaing

Anda mungkin juga menyukai