Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERGERAKAN SABAH BANK EMPLOYEE UNION DI SABAH : ISU DAN CABARAN

DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD AZMI BIN YUNUS BA11110194

L/O/G/O
www.themegallery.com

PENGENALAN Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk menyingkapkan sejarah penubuhan kesatuan sekerja terutamanya di sabah, iaitu sebelum dan selepas merdeka dari tahun 1940 hingga 1970. kajian ini dilakukan untuk melihat perjalanan kesatuan sekerja pada masa dahulu dan perjalanan mereka dalam membantu pekerja yang berkaitan dengan hak pekerja. Mumtaj hasan dan harlida abdul wahab (2003) menerangkan bahawa kesatuan sekerja merupakan elemen penting dalam hubungan industri. ianya merujuk kepada perbualan dalam kesatuan, pekerjaan atau industri tertentu yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi pekerja. Menurut wu min aun (1995) kesatuan sekerja ini merupakan sebuah pertubuhan yang mewakili pekerja atau ahli dalam persatuan untuk membela nasib mereka dan menjaga kepentingan ahli dalam kesatuan.

PERSOALAN KAJIAN Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keanggotaan kesatuan sekerja dari tahun 1940-1970? Apakah peranan kesatuan sekerja di Sabah pada tahun 1940-1970?

OBJEKTIF KAJIAN Mengkaji sejarah penubuhan dan pergerakan kesatuan sekerja di Sabah dari tahun 1940-1970. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keanggotaan kesatuan sekerja dari tahun 1940-1970. Mengkaji peranan kesatuan sekerja di Sabah pada tahun 1940-1970.

RASIONAL KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat betapa pentingnya kajian sejarah ini dijalankan terutamanya yang berkaitan dengan sejarah kesatuan sekerja. Dengan adanya kajian ini, masyarakat akan lebih berpengetahuan tentang sejarah dan ini akan membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat dan juga mengetahui sejarah Negara sendiri dan juga hal-hal berkaitan dengan sistem hubungan industri di Malaysia. Dalam Akta Kesatuan Sekerja (1959) seksyen 2 (1) telah mentakrifkan kesatuan sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang menjadi pekerja dimana tempat bekerjanya adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak mengikut mana yang berkenaan Peranan kesatuan sekerja di Sabah adalah untuk menjaga kebajikan ahli pekerja mereka yang telah menyertai kesatuan sekerja yang ditubuhkan oleh mereka. Mereka hanya akan menjaga kepentingan ahli mereka sahaja pada awal penubuhan kesatuan sekerja di Sabah (Dzurizah Ibrahim, 2000).

Sambungan.. Menurut Danny Wong (2002), kesatuan sekerja yang pertama di sabah adalah Junior Civil Service Union of North Borneo. Kesatuan ini memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja kayu balak kerana pada ketika itu Sabah kaya dengan hasil kayu balak. Tujuan utama kesatuan sekerja ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan ekonomi pekerja dan peningkatan taraf hidup pekerja. Menurut Dzurizah Ibrahim (2002), beliau menyatakan bahawa pelbagai faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan densiti keanggotaan kesatuan sekerja. Antara faktor-faktor tersebut ialah pengangguran, inflasi dan cara perniagaan, perubahan teknologi dan penstrukturan semula industri, pandangan kesatuan sekerja dan perilaku kerajaan terhadap kesatuan sekerja

Sambungan.. Kajian ini akan menilai peranan kesatuan sekerja sebagai pembela nasib pekerja akan dilihat dan dinilai sama ada kesatuan sekerja ini mampu untuk membela nasib pekerja dan juga ahli-ahli mereka dalam persatuan. Adakah kesatuan sekerja ini masih relevan untuk membela nasib pekerja dan ahli mereka ataupun kesatuan sekerja ini hanyalah suatu pertubuhan yang tidak mempunyai fungsinya? Ini semua akan terjawab dengan adanya kajian tentang kesatuan sekerja ini. Hal ini demikian kerana kesatuan sekerja dan penubuhan kesatuan sekerja hendaklah diketahui sebelum seseorang pekerja itu menyertai kesatuan sekerja.

METOD KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan, kaedah pengumpulan data dan analisis kandungan. Kaedah-kaedah ini adalah digunakan untuk mengumpul maklumat tentang kajian yang telah dijalankan terutamanya kajian yang berkaitan dengan sejarah. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menggunakan kaedah-kaedah ini untuk mengumpul data-data sejarah berkenaan dengan tajuk kajian yang dilakukan.

Kaedah kajian Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah pengumpulan data kualitatif. Data kualitatif diperoleh melalui kaedah temubual bersama responden dan juga analisis kandungan bagi mendapatkan maklumat tambahan yang berkaitan dengan kajian ini.

Teknik pengumpulan data Data diperoleh melalui analisis kandungan terhadap buku, jurnal, artikel, tesis dan surat khabar. Selain itu, maklumat juga diperolehi melaui internet dan juga jabatan-jabatan yang mempunyai maklumat berkaitan dengan sejarah penubuhan kesatuan sekerja di Sabah seperti Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Arkib Negeri. Kaedah analisis kandungan Menggunakan kaedah analisis kandungan dengan menganalisis maklumat yang terdapat dalam buku rujukan, surat khabar dan juga hasil-hasil pengkaji lain. Selain itu pengkaji juga memperolehi maklumat yang dikumpulkan melalui rujukan internet dan berjumpa dengan jabatan yang mempunyai maklumat dan data yang diperlukan oleh setiap pengkaji.

Intrumen kajian

temubual bersama responden


analisis kandungan Jurnal Tesis Buku rujukan Surat khabar Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Arkib Negeri.

SUMBANGAN KAJIAN

Memberi pengetahuan kepada masyarakat betapa pentingnya kajian sejarah ini dijalankan terutamanya yang berkaitan dengan sejarah kesatuan sekerja. Kajian ini juga dapat membantu menambahkan bahan bacaan dan koleksi sejarah untuk membantu para penyelidik yang akan membuat penyelidikan kelak. Memperjelas setiap pertubuhan kesatuan sekerja di Sabah dan juga sejauhmana pergerakan kesatuan dalam sistem hubungan industri di Malaysia kepada masyarakat. panduan pengkaji akan datang khususnya dalam memantapkan para ilmuan sarjana hubungan industri dan penubuhan kesatuan sekerja di Malaysia.

RUJUKAN Rujukan Abdul Aziz Yusof. 2002. Pengurusan Sumber Manusia : Konsep, Isu, dan Pelaksanaan. Edisi Pertama. Pearson, Prentice Hall. Edisi Pertama. Universiti Malaysia Sabah. Abdul Razak Omar dan Zainal Ariffin Ahmad. 1999. Perhubungan Industri di Malaysia. Penerbit : Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Balakrishnan Parasuraman. 2004. Malaysian Industrial Relations: A Critical Analysis. Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya. Selangor. Dzurizah Ibrahim. 2002. Peregerakan Kesatuan Sekerja Di Sabah : Era Pra dan Pasca Malaysia. Proceeding of The Sixth Biennial Borneo Research Conference, Sarawak, 10-14 Julai. Anjuran Umsarawak dan Sarawak Development Institute (Sarawak). UMS. 370-383. Mumtaj Hasan dan Harlida Abdul Wahab. 2003. Undand-Undang Pekerja: Untuk Pengurus . PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur.

Anda mungkin juga menyukai