Anda di halaman 1dari 46

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN UMUM

Bab ini menerangkan secara keseluruhan tentang kajian yang ingin


dilaksanakan dan menghuraikan beberapa subtopik iaitu latar belakang kajian,
penyataan masalah, objektif kajian, tujuan projek, skop atau batasan projek, kelebihan
dan jangkaan perancangan projek dan ringkasan.

Dewasa ini, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh sektor awam mahupun
sektor swasta yang menuntut perubahan struktur dan peralihan paradigma bagi
memastikan kewujudan Sistem penilaian prestasi pekerja terus relevan dan dihormati.
Demi mencapai matlamat tersebut, prestasi pekerja perkhidmatan awam dan swasta
haruslah berada pada suatu tahap kecekapan dan keadilan kerja yang cemerlang.
Sebagai pekerja, mereka juga berharap keadilan daripada pengurus dari sesi kenaikan
pangkat, kenaikan gaji dan pemberian bonus.

Prestasi kerja didefinisikan sebagai satu proses dimana pengurus


bertanggungjawab memastikan aktiviti dan produktiviti pekerja selari dengan matlamat
organisasi (Neol, 2009). Menurut Spector (2003), prestasi kerja yang baik dapat
meningkatkan produktiviti organisasi yang mana secara langsung akan meningkatkan
ekonomi negara. Sebaliknya, pekerja yang kurang bermotivasi akan menyebabkan
kelemahan di dalam sistem pentadbiran sesebuah organisasi akibat kurangnya
komitmen sewaktu menjalankan tugas yang diberikan (Azlinda Jaini, 2013).

Sistem penilaian prestasi pekerja bermula sebagai satu kaedah ringkas untuk
keadilan pengagihan pendapatan bagi memastikan sama ada gaji atau pendapatan

1
yang diterima oleh seseorang pekerja itu adalah adil dengan pekerjaannya atau tidak.
Jika prestasi pekerja itu didapati kurang daripada ideal maka gaji akan dipotong, dan
jika prestasinya lebih baik daripada jangkaan penyelia maka gaji akan dinaikkan.

Pekerja adalah merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan organisasi


dalam persekitaran dan persaingan yang kompetitif (Yahya, 2012). Persaingan yang
sengit antara organisasi dan kekurangan kemahiran pekerja telah mendorong banyak
organisasi untuk menilai kembali peranan tenaga kerja serta meneliti kaedah
bagaimana pekerja ini boleh mengekalkan potensi untuk memenuhi permintaan
organisasi (Robbins 2001).

Menurut Maimunah Aminudin (1993) daripada kajian Siti Barokah Kasran (1999)
penilaian prestasi ialah satu penilaian yang sistematik tentang prestasi kerja pekerja.
Penilaian prestasi adalah satu kaedah yang perlu dilakukan oleh pihak atasan untuk
mendapatkan perbandingan prestasi dan kebolehan pekerja. Tujuan penilaian prestasi
adalah untuk membantu hubungan dua hala antara setiap penyelia terhadap orang
yang diselia bagi mencapai prestasi yang terbaik. Selain itu, menurut Poon (1994) pula
beranggapan bahawa setiap organisasi perlu menilai prestasi kerja setiap pekerjanya
dari semasa ke semasa untuk menentukan produktiviti dan sumbangan pekerja
terhadap organisasi serta mendorong mereka meningkatkan lagi produktiviti mereka.
Penilaian ini boleh dilakukan melalui proses penilaian prestasi. Seterusnya menurut
Kementerian Pendidikan New Zealand (1996) telah menyatakan peranan sistem
penilaian prestasi pekerja ini berdasarkan definisi yang diberikan iaitu:

“The process of identifying, evaluating and developing the work performance of


employees in the organizations, so that organizational goals and objectives are most
effectively achieved while at the same time benefiting employees in terms of
recognition, receiving for work needs and offering career guidance”.

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Pembangunan Sistem penilaian prestasi pekerja merupakan satu aplikasi yang


direkabentuk berdasarkan kajian terhadap teknik penilaian prestasi yang difokuskan
untuk menilai prestasi pekerja di Syarikat Tanjung Muara Enteprise di Cawangan
Seberang Perai. Kaedah-kaedah seperti borang penilaian terhadap pekerja tersebut
akan dianalisis untuk melihat apakah elemen-elemen yang perlu wujud dalam mereka

2
bentuk Sistem penilaian prestasi pekerja di Syarikat Tanjung Muara Enterprise di
Cawangan Seberang Perai.

Sistem yang akan dibangunkan secara offline dengan menggunakan Microsoft


Excel ini dijangka akan dapat membantu proses penilaian prestasi dilakukan dengan
cekap dan berkesan di Syarikat Tanjung Muara Enterprise di Cawangan Seberang
Perai.

Pelaksanaan Sistem penilaian prestasi pekerja Syarikat Tanjung Muara


Enterprise di Cawangan Seberang Perai masih diperingkat kajian. Oleh itu satu Sistem
penilaian prestasi pekerja perlu dibangunkan bagi memastikan proses penilaian
prestasi dilakukan dengan telus dan berkesan di Syarikat Tanjung Muara Enterprise di
Cawangan Seberang Perai.

Harapan masyarakat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan adalah tinggi dan


kegagalan dalam mendapatkan perkhidmatan yang cekap dan mesra akan
memberikan imej negatif terhadap prestasi organisasi awam mahupun swasta (Najib &
Halimah, 2009). Penyataan ini jelas menunjukkan prestasi kerja yang baik menjadi
tonggak utama di dalam organisasi dan sistem penilaian prestasi pekerja ini juga perlu
dibangunkan tanpa mengira perkhidmatan awam mahupun sektor swasta di Malaysia
atau di dunia.

1.3 PENYATAAN MASALAH


Terdapat beberapa penyataan masalah yang didapati oleh pembangun sistem
terhadap Syarikat Tanjung Muara Enterprise di Cawangan Seberang Perai di
Cawangan Seberang Perai ini antaranya ialah penilaian prestasi masih dilakukan
secara manual, ini menyebabkan proses capaian data, kemasikini data, kemasukan
data, penghapusan data dan penghasilan laporan menjadi sangat lambat dan kurang
berkesan. Secara tidak langsung ini akan menjejaskan keberkesanan pengurusan di
Syarikat Tanjung Muara Enterprise di Cawangan Seberang Perai.

Bahagian yang paling kritikal yang didapati di Syarikat Tanjung Muara


Enterprise di Cawangan Seberang Perai ialah bahagian pengurusan data pekerja.
Pengurus masih menggunakan sistem fail untuk menguruskan data pekerja di Syarikat
Tanjung Muara Enterprise di Cawangan Seberang Perai. Penilaian yang dibuat pada
penghujung tahun mendorong pengurus terlepas pandang kekuatan dan kelemahan
pekerja sepanjang bulan.

3
Oleh itu, kesan dari pemasalahan yang dinyatakan di atas, jika sistem penilaian
prestasi pekerja ini tidak dibangunkan atau tidak membantu pihak Syarikat Tanjung
Muara Enterprise di Cawangan Seberang Perai maka penilaian prestasi setiap pekerja
tidak dapat dikesan sekiranya berlaku bencana dengan itu Sistem penilaian prestasi
pekerja perlu dibangunkan untuk memastikan proses penilaian prestasi dilakukan
dengan telus dan berkesan.

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Sistem penilaian prestasi pekerja yang akan dibangunkan di Syarikat Tanjung


Muara Enterprise di Cawangan Seberang Perai mempunyai beberapa objektif yang
telah disenaraikan seperti berikut:

I.4.1 Mengenalpasti faktor berlakunya kemerosotan prestasi seseorang yang


menyebabkan masalah yang dihadapi tidak dapat dikenalpasti di Syarikat
Tanjung Muara Enterprise di Cawangan Seberang Perai.
I.4.2 Membangunkan satu Sistem penilaian prestasi pekerja yang boleh
mengatasi masalah semasa yang berkaitan dengan proses penilaian
prestasi di Syarikat Tanjung Muara Enterprise di Cawangan Seberang Perai.
I.4.3 Menghasilkan satu sistem yang direka bentuk supaya dapat menjimatkan
masa dan kos pengurus membuat penilaian.
I.4.4 Menghasilkan satu sistem yang cepat dan berkesan semasa membuat
penilaian terhadap pekerja.
I.4.5 Menghasilkan satu sistem yang dapat mengurangkan bebanan tugas
pengurusan.
I.4.6 Menyediakan satu aplikasi yang dapat menyelesaikan masalah pengurusan.

1.5 TUJUAN PROJEK

Secara umumnya, terdapat beberapa tujuan yang dikenalpasti dapat membantu


membangunkan projek ini supaya pengurusan syarikat dapat mengenal pasti prestasi
kerja dalam kalangan warga kerja Syarikat Tanjung Muara Enterprise di Cawangan
Seberang Perai.Tujuan pembangunan sistem penilaian prestasi pekerja ini adalah
seperti berikut:

I.5.1 Membangunkan satu sistem pengurusan yang efisyen.

4
I.5.2 Pengurus dapat menilai prestasi pekerja dengan lebih tepat.
I.5.3 Menjimatkan masa pengurus dalam memantau dan menilai pekerja.
I.5.4 Memudahkan majikan mencari maklumat demografik pekerja.
I.5.5 Dapat mengkaji kemerosotan prestasi pekerja dan membuat
penambahbaikkan
I.5.6 Membantu pekerja meningkatkan prestasi kerja mereka.

1.6 SKOP / BATASAN PROJEK

Terdapat beberapa batasan atau limitasi dalam projek ini. Pertama ialah
kecekapan dan pengetahuan ICT seseorang pengurus. Pengurus yang tidak cekap
akan menghadapi masalah dalam mengendalikan sistem ini, ia disebabkan sistem yang
dibangunkan ini memerlukan pengetahuan yang agak tinggi antaranya adalah
pengetahuan untuk memasukkan maklumat demografi pekerja dan skala penilaian
pekerja. Oleh itu, pembangun sistem perlu membantu pengurus langkah demi langkah
untuk membuat penilaian dan pembangun sistem perlu berhubung dengan pengurus
sekirannya terdapat beberapa perkara yang pengurus tidak dapat lakukan seperti kata
laluan yang perlu melindungi sistem tersebut.

Kedua ialah responden projek ini hanya terdiri daripada pekerja Syarikat
Tanjung Muara Enterprise di Cawangan Seberang Perai sahaja manakala pekerja-
pekerja daripada cawangan lain tidak dapat dijadikan responden kerana ianya diluar
kawasan ataupun berada ditempat yang jauh. Terdapat beberapa kekangan yang
menyebabkan pembangun sistem tidak memilih cawangan lain antaranya adalah
pengangkutan, pembangun sistem tidak mempunyai pengangkutan yang sesuai untuk
ke cawangan yang lain. Selain itu, kekangan masa juga turut menjadi masalah
terhadap pembangun sistem kerana pembangun sistem masih perlu memberi perhatian
cukup terhadap kuliah dan perkara sekeliling kolej.

Oleh itu, pembangun sistem berharap agar pembangun sistem seterusnya


dapat menyelesaikan masalah skop atau Batasan ini.

5
1.7 KELEBIHAN PROJEK

Terdapat beberapa kelebihan projek yang pembangun nyatakan antaranya


adalah yang pertama, sistem penilaian prestasi pekerja ini selamat digunapakai oleh
pengurusan, sistem ini tidak berbahaya kerana ianya tidak memerlukan sebarang alat
yang dapat membahayakan pengurusan penilaian dijalankan. Seterusnya, sistem ini
dapat menyimpan data dalam jumlah yang banyak kerana sistem ini menggunakan
Microsoft Excel dimana ia boleh menyimpan beribu- ribu data yang tak terkira. Sistem
ini juga lebih sistematik.

Disamping itu, sistem ini boleh digunakan dimana-mana sahaja kerana


pengurus Syarikat Tanjung Muara Enterprise di cawangan Seberang perai ini
mempunyai tanggungjawab tehadap tiga tempat iaitu di Kolej Vokasional Nibong Tebal,
Kolej Vokasional Seberang Perai dan Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal.
Sistem ini dapat memudahkan pengurus untuk membuat penilaian dimana ia berada.

Akhir sekali, sistem ini dapat membezakan antara pekerja yang cemerlang dan
pekerja yang bermasalah dari segi prestasi kerja mereka. Sistem tersebut akan
memberi catatan pada laporan penilaian seseorang pekerja sekiranya markah pekerja
tersebut tertera dengan itu pengurus dapat menyelesaikan masalah tersebut jika
terdapat pekerja yang bermasalah.

1.8 JANGKAAN PROJEK

Jangkaan projek adalah jangkaan yang diperolehi daripada pembangun sistem


tersendiri. Pembangun sistem menjangkakan bahawa sistem ini mempunyai tahap
keselamatan yang tinggi, kerana dilengkapi dengan kata laluan. Kemudian pembangun
sistem juga berhasrat supaya tahap kerahsiaan data terjamin. Seterusnya, sistem ini
dapat diguna pakai buat tempoh yang lama dan akhir sekali sistem ini dapat mencapai
tahap professional seperti sistem penilaian prestasi pekerja yang lain.

1.9 PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK


Perancangan pelaksanaan projek ini dilaksanakan mengikut peringkat.
Peringkat yang dinyatakan ini telah dibahagikan kepada dua carta iaitu carta alir dan
carta gantt perancangan dan perlaksanaan projek dalam membangunkan sistem
penilaian prestasi pekerja.

6
1.9.1 CARTA ALIR PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK

MERANCANG

MENGANALISIS

REKABENTUK

TIDAK
IMPLIMENTASI

YA

SISTEM

Rajah 1 Menunjukkan Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Projek.

1.9.2 CARTA GANTT PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROJEK

Rajah 2 Menunjukkan Carta Gantt Perancangan Dan Pelaksanaan Projek

7
CARTA GANTT PERANCANGAN
FEBRUARI MARCH APRIL MAY JUNE JULY OGOS SEPTEMBER OKTOBER
AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
PERSEDIAAN PERBINCANGAN                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MENGENALPASTI TAJUK PROJEK                                                                        
KERTAS KERJA                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MENGENALPASTI MASALAH                                                                        
MENGENALPASTI KELEMAHAN                                                                        
MENCARI PENYELESAIAN                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MENGENALPASTI PERISIAN YANG
INGIN DIGUNAKAN                                                                        
MELAKAR PROJEK                                                                        
MEMBENTUK PROJEK                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MENGUJI PROJEK                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MEMBUAT PENAMBAHBAIKKAN                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
PENULISAN LAPORAN PROJEK                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
PERSIAPAN SLAID PERSEMBAHAN
PROJEK                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
PERSEMBAHAN AKHIR PROJEK PADA
JABATAN @ PENYELIA                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
JILID LAPORAN PROJEK                                                                        

8
9
CARTA GANT PERLAKSANAAN
FEBRUARI MARCH APRIL MAY JUNE JULY OGOS SEPTEMBER OKTOBER
AKTIVITI 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
PERSEDIAAN PERBINCANGAN                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MENGENALPASTI TAJUK PROJEK                                                                        
KERTAS CADANGAN                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MENGENALPASTI MASALAH                                                                        
MENGENALPASTI KELEMAHAN                                                                        
MENCARI PENYELESAIAN                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MENGENALPASTI PERISIAN YANG
INGIN DIGUNAKAN                                                                        
MELAKAR PROJEK                                                                        
MEMBENTUK PROJEK                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MENGUJI PROJEK                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
MEMBUAT PENAMBAHBAIKKAN                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
PENULISAN LAPORAN PROJEK                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
PERSIAPAN SLAID PERSEMBAHAN
PROJEK                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        
PERSEMBAHAN AKHIR PROJEK
PADA JABATAN @ PENYELIA                                                                        
PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA                                                                        

10
JILID LAPORAN PROJEK                                                                        

11
1.10 RINGKASAN

Secara keseluruhannya, bab ini memberikan gambaran awal tentang projek


yang akan dibangunkan. Objektif projek menerangkan tentang matlamat yang ingin
dicapai semasa pembangunan projek. Projek yang akan dibangunkan adalah
berdasarkan permasalahan yang timbul sebagaimana yang dihuraikan dalam
penyataan masalah.

Pernyataan masalah yang timbul perlu diselesaikan agar dapat membuktikan


bahawa objektif yang ditetapkan dapat dicapai. Akhir sekali, kepentingan projek
dikenalpasti agar dapat memberi nilai terhadap pengguna dan organisasi yang terlibat.

12
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Bab ini akan membincangkan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan
prestasi kerja. Kandungan sorotan karya ini meliputi kajian dan penulisan terdahulu
berkaitan ciri personaliti yang mempunyai hubungan dengan prestasi kerja. Teori-teori
dan model yang diguna pakai dapat dijadikan panduan bagi menyokong hasil dapatan
kajian.

2.1 PENGENALAN

Dalam membincangkan permasalahan yang telah di ketengahkan iaitu Sistem


penilaian prestasi pekerja, kebanyakan kajian – kajian yang lepas adalah mengenai
penilaian prestasi manakala, bagi kajian literatur yang menyentuh mengenai sistem
penilaian prestasi pekerja adalah sukar untuk di perolehi. Rujukan melalui kajian –
kajian literatur adalah dari kajian – kajian tempatan dan luar negara. Di antara sub topik
yang akan di bincangkan di dalam bab ini adalah literatur yang dikaji dalam laman
sesawang.

Selain itu, penilaian prestasi bermaksud sistem formal semakan dan penilaian
berkala ke atas prestasi kerja individu atau kumpulan (Mondy, R. W., Noe, R.M &
Premeaux, S.R,2002). Penilaian prestasi ditakrifkan sebagai apa jua prosedur yang
melibatkan penetapan piawaian kerja, penilaian prestasi sebenar pekerja berbanding
piawaian dan pemberian maklum balas kepada pekerja (Dessler, G., 2003). Prosedur
ini bertujuan untuk memotivasikan pekerja bagi mengurangkan jurang perbezaan
prestasi atau terus meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik.

13
Seterusnya, prestasi kerja merujuk kepada tanggungjawab dan tugas yang
perlu dilakukan oleh seseorang sebagai tugasan individu (Dzulizzi, 2011). Manakala
Phalestie (2007) mengemukakan bahawa prestasi merupakan tingkat keberhasilan
yang dicapai seseorang untuk mengetahui sejauh mana seseorang mencapai prestasi
yang diukur atau dinilai. Ini selari dengan pendapat Hardani Widhiastuti (2002) yang
menyatakan bahawa prestasi adalah suatu hasil yang dicapai seseorang setelah ia
melakukan suatu kegiatan.

Menurut Lawler & Porter (1967) prestasi kerja adalah pencapaian kerja yang
diperoleh seseorang dari perbuatan atau hasil yang bersangkutan. Dalam lingkup yang
lebih luas, Jewell & Siegall (1990) mendapati bahawa prestasi merupakan hasil sejauh
mana anggota organisasi telah melakukan pekerjaan dalam rangka memuaskan
organisasinya.

Kajian seterusnya adalah, pembangunan Sistem penilaian prestasi pekerja


adalah satu sistem yang direka bentuk untuk menjadikan pengurusan Syarikat Tanjung
Muara Enteprise di Cawangan Seberang Perai lebih cekap dan berkesan. Organisasi
yang hendak mencapai objektifnya hendaklah menguruskan pengurusannya dengan
cekap dan berkesan. Antara pengurusan tersebut, pengurus merupakan yang paling
penting kerana tanpa pengurus ini, pekerja-pekerja tidak dapat dinilai dan
meningkatkan prestasi mereka dengan pantas, cekap dan berkesan.

Menurut Broderick, R. & Boudreau, J.W., (1992), Sistem penilaian prestasi


pekerja akan dapat menyumbangkan ke arah pencapaian tiga objektif utama iaitu
penjimatan kos, peningkatan perkhidmatan dan inovasi. Menurutnya Sistem penilaian
prestasi pekerja didefinisikan sebagai gabungan pangkalan data, aplikasi komputer,
perkakasan dan perisian yang digunakan untuk mengumpul, merekod, menyimpan data
untuk pengurusan.

Kajian lepas yang ketiga adalah kajian lepas berkenaan borang soal selidik
daripada pengakaji Zainab Aman dan Khairunnisa Abd Shukor mendapati telah
menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik kajian ini dibahagi kepada 5
bahagian iaitu bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D, dan Bahagian E.
Pada bahagian A pengkaji menggunakannya untuk mendapatkan demografi seseorang
pekerja. Pada bahagian B, C, D dan E pengkaji menggunakan skala likert. Instrument
yang digunakan oleh pengkaji telah diubahsuai mengikut objektid dan kehendak kajian.

14
Kajian daripada pengkaji Zainab Aman dan Khairunnisa Abd Shukor
pembangun telah mengubahsuai beberapa bentuk soal selidik seperti menggunakan
Bahagian A untuk demografi responden dan Bahagian B untuk Instrument yang hendak
dinilai untuk diberikan kepada seseorang responden.

Kajian literatur keempat adalah individu yang bertanggujawab menjalankan


penilaian prestasi di syarikat tanjung muara enteprise di cawangan seberang perai.
Proses penilaian prestasi boleh dilakukan oleh pengurus yang berkelayakan di dalam
organisasi. Terdapat seorang individu yang boleh menilai prestasi seseorang
kakitangan di dalam organisasi. Individu yang bertanggungjawab menjalankan
penilaian perestasi (Mohd Hizam Hanafiah & Zafir Mohd Makhbul. 2002)

Pengurus adalah individu yang paling biasa menjalankan penilaian prestasi


terhadap pekerjanya. Pengurus yang berada diperingkat yang lebih tinggi lebih mudah
melihat prestasi pekerja di bawah pengurusannya. Ini membolehkan penilai membuat
penilaian yang lebih tepat kerana dia bekerja bersama–sama dengan orang yang
dinilai. Pengurus juga boleh menentukan secara tepat bentuk maklum balas yang
bersesuaian dengan pekerja yang dinilainya sama ada pekerja terbabit perlu
menghadiri program latihan dan pembangunan, mendapat kenaikan pangkat atau pakej
pampasan yang lebih menarik.

Rajah 3 Menunjukkan Lambang Aplikasi Microsoft Excel

Kajian literature yang terakhir ini telah diringkaskan oleh pembangun setelah
membuat rujukan pada buku ilmiah yang bertajuk Aplikasi Microsoft Excel. Pengertian
Microsoft excel adalah Program aplikasi pada Microsoft Office yang digunakan dalam
pengolahan angka (Aritmatika). Microsoft Excell sangat membantu kita dalam
menyelesaikan permasalahan yang mudah sampai dengan yang rumit dalam bidang
administratif khususnya. Microsoft Excel adalah aplikasi pengolah angka yang
dikeluarkan oleh Microsoft Corporation. 

15
Microsoft Office Excel memang terkenal dengan penggunaan rumus-rumus atau
formula dalam lembar kerjanya. Penggunaan rumus yang efektif akan memudahkan
Anda dalam membuat laporan pekerjaan dengan menggunakan MS Excel. Formula
atau rumus MS Excel adalah keunggulan tersendiri untuk aplikasi ini, dengan
kemampuannya dalam mengolah data melalui perhitungan matematik yang sangat
bagus fungsinya.

16
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian bagi mendapatkan


hasil kajian yang terbaik dan boleh dipercayai. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam
kajian ini adalah bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bab ini, menjelaskan
metodologi yang digunakan oleh pembangun sistem untuk menyempurnakan projek ini
iaitu pembangunan sistem, pengumpulan data projek, proses pembangunan projek,
formula dan fungsi yang digunakan untuk menghasilakn sistem dan cara penggunaan
sistem.

Proses pembangunan sistem penilaian prestasi pekerja meliputi pelbagai


kaedah untuk menjadikan sesuatu sistem lengkap dan komprehensif, semua elemen–
elemen yang berkaitan dengan pembangunan sistem tersebut perlu diambil kira. Ini
termasuklah pengumpulan data, kaedah pembangunan sistem, kekuatan dan
kelemahan dan ringkasan metodologi.

Satu kaedah yang komprehensif diperlukan untuk mendapatkan maklumat dan


membangunkan sistem yang baik dan bermutu. Oleh itu, sebelum membangunkan
sistem hendaklah mengikut beberapa kaedah yang ditetapkan oleh pebangun boleh
merujuk pada rajah 1 (carta alir perancangan pelaksanaan projek) dan rajah 2 ( carta
gantt perancangan dan pelaksanaan projek).

Dengan mempraktikkan satu cara atau metodologi yang sama, piawaian


perisian dapat diwujudkan, sistem dapat dikawal dan kerja penyelenggaraan di masa

17
hadapan menjadi mudah ditangani. Untuk mencapai objektif tersebut maka
penggunaan paradigma, kaedah, teknik serta alatan yang sesuai diperlukan.

Pemilihan metodologi yang sesuai adalah amat penting untuk memastikan


projek dapat berjalan dengan lancar dan mengikut keperluan dan spesifikasi pengguna.
Terdapat pelbagai kategori metodologi yang boleh digunakan, antaranya adalah fasa
rekabentuk yang mempunyai beberapa kriteria iaitu senibina sistem dan rekabentuk
antaramuka.

FASA
REKABENTUK

SENIBINA
SISTEM

REKABENTUK
ANTARAMUKA

Rajah 4 Menunjukkan Fasa Rekabentuk Projek

Bagi pembangunan projek Sistem penilaian prestasi pekerja di Syarikat Tanjung


Muara Enteprise di Cawangan Seberang Perai metodologi yang digunakan selepas
membuat pemerhatian dan mendengar aduan pelanggan secara dua hala pembangun
sistem telah membuat beberapa fasa yang perlu diikuti antarnya adalah daripada fasa-
fasa yang terpilih iaitu fasa perancangan dilakukan adalah untuk pembangun sistem
berbincang berkenaan projek yang perlu dihasilkan, kemudian fasa Analisa pembangun
sistem menganalisis borang penilaian pekerja yang telah diedar kepada pengurus dan
borang soal selidik juga telah diberikan kepada 30 responden.

Seterusnya, fasa rekabentuk, adalah fasa yang merumitkan untuk membuat


pelan rekabentuk sistem yang ingin dihasilkan dan fasa implimentasi adalah untuk
mencuba sama ada sistem yang dihasilkan dapat digunapakai oleh pengurus Syarikat
Tanjung Muara Enteprise di Cawangan Seberang Perai ataupun tidak. Akhir sekali,
fasa sistem adalah fasa yang terakhir dimana pembangun sistem telah menghasilkan
satu sistem penilaian prestasi pekerja yang telah diterima oleh pengurus syarikat
tersebut dan tiada masalah yang perlu melakukan penambahbaikkan.

18
3.2 PEMBANGUNAN SISTEM

Metodologi pembangunan sistem menyediakan satu set teknik yang boleh


digunakan untuk aktiviti-aktiviti perlaksanaan rekabentuk projek. Teknik-teknik ini
biasanya berbentuk grafik untuk memodelkan sistem bagi memudahkan pembangun
sistem memahami perjalanan proses kerja keseluruhan sistem yang dibangunkan. Bagi
metodologi rekabentuk berstruktur, ia dilaksanakan mengikut langkah demi langkah,
iaitu setelah selesai satu fasa, maka fasa seterusnya dimulakan seperti yang
diterangkan pada pengenalan metodologi perengan akhir.

Metodologi pembangunan sistem seterusnya adalah pembangunan sistem


menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Bagi metodologi Pembangunan Aplikasi
Microsoft Excel mudah digunakan kerana ianya adalah secara offline. Dengan
menggunakan aplikasi ini pembangun sistem dapat memperbaiki dan meningkatkan
lagi kelemahan dan kekurangan sistem dari semasa ke semasa pada fasa
implimentasi.

Setelah melihat kedua-dua metodologi ini, Pembangunan Aplikasi Microsoft


Excel adalah lebih sesuai untuk digunakan bagi tujuan projek pembangunan Sistem
penilaian prestasi pekerja di Syarikat Tanjung Muara Enteprise di Cawangan Seberang
Perai.

3.3 PENGUMPULAN DATA PROJEK

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data projek adalah pemerhatian


dari pengurus yang menggunakan borang penilaian pekerja, dari segi pemerhatian
pengurus mendapati bahawa kerjasama antara pekerja dalam menghasilkan sesuatu
tugas amatlah dititkberatkan kerana sesuatu tugas memerlukan penyelesaian yang
cepat dan teratur. Oleh itu, pemerhatian yang dilaksanakan oleh pegurus pada pekerja
Syarikat Tanjung Muara Enteprise di Seberang Perai didapati sangat memuaskan
dalam kerjasama antara sesama pekerja.

Seterusnya, temubual juga telah dilakukan bagi menyokong lagi pembangunan


sistem penilaian prestasi pekerja ini. Temubual merupakan salah satu proses untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pertama sekali, responden akan ditemubual
mengikut kriteria yang tercatat pada borang soal selidik tersebut. Melalui kaedah ini,

19
pembangun sistem dapat mengetahui gambaran keseluruhan mengenai aspek yang
dikaji. Berdasarkan temubual yang dibuat pada responden dari Syarikat Tanjung Muara
enterprise di Cawangan Seberang Perai masih mempunyai masalah dalam penilaian
prestasi pekerjanya antaranya kebanyakkan pekerja dalam aspek kebolehan dalam
mencipta idea baru kurang memuaskan.

Selain itu, kaedah borang soal selidik sistem dibuat kepada beberapa
responden yang terpilih. Para responden dikatogerikan kepada pengurus, penyelia dan
beberapa pensyarah kolej mahupun pensyarah luar kolej. Setiap pemberian borang
akan diberikan penerangan yang teliti dan masa secukupnya bagi menjawab segala
soalan yang ditujukan. Segala maklumat yang diberikan responden bertujuan untuk
mengumpul maklumat bagi pembangun sistem boleh membuat penambahbaikkan dari
semasa ke semasa.

Akhir sekali, perbincangan antara pembangun sistem dengan pengguna adalah


penting untuk mendapatkan kualiti sistem yang terbaik. Mungkin pandangan dan
pemahaman daripada pembangun sistem berlainan dengan apa yang disampaikan
atau dimaksudkan oleh pengguna. Jadi, melalui perbincangan dapat memperjelaskan
lagi kekeliruan yang dihadapi oleh kedua-dua belah pihak terhadap sistem yang
dihasilkan tersebut.

3.4 PROSES PEMBANGUNAN PROJEK

Pembangunan projek Sistem penilaian prestasi pekerja di Syarikat Tanjung


Muara Enteprise di Cawangan Seberang Perai dibangunkan berdasarkan fasa-fasa
yang terpilih. Fasa-fasa yang terdapat di dalam metodologi ialah:

R
C
G
IF
S
A
E
T
M
L
P
N
K
B
U

PEMBANGUNAN
PROJEK

20
Rajah 5 Menunjukkan Fasa Pembangunan Projek

3.4.1 FASA PERANCANGAN

Fasa ini melibatkan aktiviti perancangan dan perbincangan sebelum memulakan


sesuatu projek. Dalam fasa ini, tumpuan diberikan kepada menganalisis situasi
organisasi, menakrifkan masalah dan kekangan, menakrifkan objektif, menakrifkan
skop bagi sistem yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Bab Satu.

Selain itu, fasa ini juga melibatkan proses pengumpulan maklumat dan kajian
terhadap sistem secara keseluruhan yang mana ia merupakan aktiviti yang penting
bagi memastikan sistem yang akan dibangunkan dapat memenuhi kehendak pengguna
dan mencapai objektif projek.

Perancangan yang rapi juga telah dilakukan dengan menggunakan Carta Gantt
bagi memastikan tempoh untuk melaksanakan setiap fasa dan tugas tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan.

3.4.2 FASA ANALISA

Hasil dapatan yang terlibat di dalam fasa analisis ini ialah perbincangan dengan
pengurus yang akan menggunakan sistem. Tujuan fasa analisis sistem ialah untuk
memahami keperluan projek dan menentukan keperluan sistem yang akan
dibangunkan.

Pada fasa ini, setiap keperluan sistem dikenal pasti dan dianalisis. Kajian
keperluan pengguna, keperluan sistem dan keperluan organisasi dilakukan bagi
mengenalpasti cara terbaik untuk menyelesaikan kaedah yang sedia ada. Fasa ini juga
bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat.

3.4.3 FASA REKABENTUK

Rekabentuk sistem yang akan dibina adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria
seperti di bawah:

3.4.3.1 SENIBINA SISTEM

Senibina sistem menerangkan tentang perkakasan, perisian dan kemudahan


rangkaian yang akan digunakan. Pemilihan jenis perkakasan berkait rapat dengan

21
keupayaan pembangunan dan perlaksanaan sistem kelak. Bagi melaksanakan sistem
ini, keperluan perkakasan komputer adalah penting.

Jadual dibawah menunjukkan jenis-jenis perkakasan, perkakasan yang


diperlukan ia merupakan keperluan minima bagi memastikan pembangunan dan
perlaksanaan mengikut masa yang telah ditetapkan dan memenuhi keperluan
pengguna.

PERKAKAS

PEMPROSESAN KOMPUTER PERIBADI


PENDRIVE (semua jenis gb boleh digunakan)
MESIN PENCETAK

Jadual 1 Menunjukkan Senarai Perkakasan Yang Digunakan Untuk Membuat Projek


Tersebut.

Seterusnya, bagi melaksanakan sistem ini, perisian yang sesuai juga perlu dalam
membangunkan sistem. Pemilihan perisian adalah bergantung kepada kesesuaian dan
keperluan sistem. Jadual di bawah menyenaraikan perisian yang diperlukan dalam
membangunkan sistem ini.

PERISIAN SPESIFIKASI

GOOGLE CHROME MENCARI BAHAN BAHAN

MICROSOFT EXCEL MEMBANGUNKAN SISTEM

MICROSOFT POWER POINT PEMBENTANGAN PTA


Jadual 2 Menunjukkan Perisian Dan Spesifikasi Untuk Membangunkan Projek
Tersebut.

3.4.3.2 REKABENTUK ANTARAMUKA

Rekabentuk antaramuka menunjukkan bagaimana mereka bentuk antara muka


suatu sistem. Contohnya seperti kaedah navigasi menggunakan menu atau butang
dapat memudahkan pengurus mencari halaman atau “sheet” yang diingini.

22
Seterusnya Rekabentuk antaramuka ini dilakukan untuk memudahkan
pembangun sistem membuat satu sistem yang mudah digunakan dan dapat difahami
oleh pengurus. Contohnya, sekiranya pembangun sistem tidak membuat rekabentuk
mengikut langkah yang sepatutnya ia akan mengngelirukan pengurus yang tidak mahir
dengan penggunaan aplikasi Microsoft Excel selain itu Sistem penilaian prestasi
pekerja ini tidak dapat mencapai objektif projek yang ditetapkan.

3.4.4 FASA IMPLEMENTASI

Bagi sistem ini, terdapat proses implementasi, iaitu jika terdapat sebarang
perubahan atau masalah pada rekabentuk sistem setelah proses implementasi
dijalankan masih boleh diubah dan dibetulkan. Contohnya, sekiranya pengurus ingin
menambah nama pekerja maka pembangun sistem dapat membantu dengan
memperbanyakan tempat kosong untuk pengurus mengisi nama pekerja.

Seterusnya, sekiranya tiada sebarang perubahan implementasi sistem akan


terus menghasilkan sistem sebenar dan ia diberi terus kepada syarikat tersebut tanpa
perlu mengubah mana-mana “column” untuk membuat penambahbaikkan.

3.4.5 FASA SISTEM

Fasa sistem merupakan kaedah terakhir yang dilaksanakan di dalam model ini.
Pada fasa ini, sistem sebenar dihasilkan mengikut keperluan pengguna. Sistem yang
terhasil akan menjalani proses pengujian bagi memastikan sistem yang dihasilkan
memenuhi kriteria yang dikehendaki. Setelah pengujian berjaya dijalankan, sistem akan
dapat digunakan oleh pengguna.

3.5 FORMULA DAN FUNGSI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN

SISTEM

Sistem yang dihasilkan ini menggunakan Microsoft excel dimana ia terkenal

dengan operasi matematik daripada formulanya. Formula dan fungsi yang digunakan

tidaklah terlalu susah untuk difahami dan ianya berhasil menjadikan satu sistem yang

efisen dan pembangun sistem dapat mempelajari satu demi satu formula matematik

pada Microsoft excel tersebut. Antara formula yang sering digunakan adalah seperti

berikut:

23
Jadual menunjukkan formula dan fungsi yang digunakan pada sistem penilaian prestasi

pekerja.

FORMULA FUNGSI
Untuk melakukan perjumlahan sekumpulan data pada
=SUM (range sel)
satu range
=MAX (range sel) Untuk mencari nilai maksimum(terbesar)
=MIN (range sel) Untuk mencari nilai minimum (terkecil)

=COUNT (range sel) Untuk menghitung jumlah data dari range yang kita pilih

=IF (logical_text; Value_if_true; Untuk mengecek apakah nilai yang kita gunakan
Value_if_false) memenuhi syarat atau tidak
=VLOOKUP Untuk pembacaan suatu table secara vertikal

Jadual 3 menunjukkan formula dan fungsi yang digunakan pada sistem penilaian
prestasi

3.6 CARA PENGGUNAAN SISTEM

Cara-cara pengunaan sistem adalah seperti berikut:

24
Gambar diatas menunjukkan pengguna perlu mencari sistem penilaian prestasi pekerja
di tempat yang disimpan dan tekan pada file sistem tersebut.

Paparan muka depan sistem dibentuk dan pengguna hanya perlu tekan pada button
yang ingin dipilih.

Gambar diatas menunjukkan sheet yang pertama, pengguna hanya perlu memasukkan
maklumat kendiri pekerja pada sheet profil ini. Pengguna perluah mengguna kan huruf
besar bagi melaraskan font dan size yang dihasilkan pada sistem ini. Hanya tekan caps
lock pada keyboard dan pengguna boleh teruskan menaip maklumat pekerja.

25
Gambar ini menunjukkan sheet yang kedua, sheet kedua ini pengguna hanya perlu
membuat penilaian terhadap pekerja syarikat anda.

Pada sheet kedua pengguna hanya perlu tarik kebawah untuk melihat statistic prestasi
pekerja pada setiap kriteria yang dinilai.

26
1

Pada sheet ketiga ini mempunyai laporan bagi setiap pekerja pengguna hanya perlu
mencari nama pekerja yang diingini pada kolumn yang pertama kemudian akan tertera
markah penilaian pada kolumn kedua. Seterusnya pengguna hanya tekan pada kolum
ketiga iaitu koumn cetak untuk mencetak laporan setiap pekerja.

Pada sheet keempat ini, pengguna boleh mendapati atau melihat bilangan pekerja
yang memerlukan penambahbaikan ataupun cemerlang bagi setiap kriteria yang dinilai.

27
Simbol pangkah

Pada sheet yang terakhir pengguna boleh melihat rumusan keseluruhan sistem.
Setelah selesai membuat penilaian pengguna hanya perlu tekan kolumn yang pertama
iaitu kolumn utama ataupun pengguna hanya perlu tekan pada simbol pangkah

Setelah pengguna tekan pada simbol pangkah untuk log out. Pengguna perlu tekan
save terlebih dahulu untuk menyimpan data baru. Selesai sudah cara pengguna sistem
penilaian prestasi pekerja ini.

28
3.7 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Kekuatan yang dapat dilihat dalam Sistem penilaian prestasi pekerja ini adalah:-

i. Setiap penilaian yang dilaksanakan, adalah sulit atau rahsia. Oleh itu, unsur

berat sebelah (bias) dalam proses penilaian dapat dikurangkan.

ii. Menjadikan proses pengambilan maklumat dan penilaian lebih mudah

diuruskan dan dijalankan. Seterusnya menjadikan proses tersebut lebih

sistematik. Penggunaan Aplikasi Microsoft Excel ini membolehkan data-data

maklumat dan penilaian disimpan dan dikemaskini dengan mudah.

iii. Aplikasi yang diterapkan dalam sistem ini membenarkan maklumat

disebarkan dengan lebih konsisten, pantas dan efektif. Pengurus Syarikat

Tanjung Muara Enteprise Di Cawangan Seberang Perai dapat

mengemaskini maklumat ini dari semasa ke semasa. Apa yang diperlukan

adalah, pengguna masukan kata laluan ke dalam sistem untuk

mengemaskini maklumat pekerja tersebut.

iv. Selain daripada itu, dengan bilangan pekerja yang ramai, dilihat adalah perlu

untuk membangunkan sistem ini menggunakan Aplikasi Microsoft Excel ini

sebagai satu mekanisma penilaian prestasi.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat kelemahan di

dalam sistem ini. Sistem ini hanya boleh diguna pakai pada satu komputer yang dipilih

saja kerana ianya aplikasi yang tersendiri iaitu sistem versi offline dan tidak boleh

diakses dimana mana tempat seperti laman sesawang yang memerlukan versi online

untuk mengakses maklumat.

29
3.6 RINGKASAN

Secara kesimpulannya, keseluruhan bab ini menerangkan tentang bagaimana


pembangunan projek Sistem penilaian prestasi pekerja pada Syarikat Tanjung Muara
Enteprise di Cawangan Seberang Perai dibangunkan.

Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah dari segi
keperluan perkakasan dan perisian yang sesuai untuk membuat sistem dengan mudah
dan dapat difahami oleh pengurus Syarikat Tanjung Muara Enteprise di Cawangan
Seberang Perai.

30
BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN
Dapatan dan analisa projek dari segi teori atau penulisan berhubung pada fungsi dan
kegunaan sistem serta kendalian sistem yang berkaitan dengan bidang projek. Di
samping itu, ia perlu menerangkan hasil atau keputusan yang diperolehi selepas
melaksanakan sesuatu projek samaada berfungsi dengan baik ataupun tidak.

4.2 SENARAI ALAT PENGUJIAN

Pengujian adalah proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian
pekerja yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk
menentukan pencapaian pekerja dalam sesuatu tugas. Antara alat pengujian adalah
satu Sistem penilaian prestasi pekerja dan borang soal selidik sistem. Borang soal
selidik sistem diberi kepada beberapa responden yang terpilih untuk mendapatkan
maklum balas berkenaan sistem samada berjaya dihasilkan ataupun masih
memerlukan penambahbaikan.

4.3 KAEDAH PENGUJIAN

Pada permulaan pengujian, pembangun sistem telah mengedarkan borang soal


selidik kepada 30 responden iaitu pekerja Syarikat Tanjung Muara Enterprise
Cawangan Seberang Perai untuk mendapatkan maklumat keseluruhan mengenai
aspek yang dikaji. Hasil analisis daripada borang soal selidik, pembangun sistem dapat
mengumpul data-data pekerja ke dalam sistem tersebut.

31
Seterusnya, setelah selesai pengumpulan data 30 orang responden pekerja
Syarikat Tanjung Muara Enterprise Cawangan Seberang Perai pembangun sistem
teruskan lagi dengan memberi sistem kepada 5 orang responden lain yang terpilih
antaranya pengurus, penyelia asrama dan pensyarah kolej Vokasional Nibong Tebal
ataupun pensyarah luar kolej. Sistem yang telah diedarkan kepada 5 orang responden
yang terpilih ini telah disediakan dengan borang soal selidik sistem. Kesemua 5 borang
yang dihantar telah dikembalikan semula pada tempoh yang ditetapkan dan hasil
keberkesanan Sistem penilaian prestasi pekerja ini boleh diperolehi melalui borang soal
selidik sistem tersebut.

Projek sistem ini menggunakan Skala Pengkadaran Grafik. Skala Pengkadaran


Grafik (graphic rating scales) kaedah ini pengurus akan menentukan titik perkadaran di
antara skala yang mengandungi lima titik. sebagai contoh, katakan factor disiplin akan
dikira satu ia akan dinilai paling tidak memuaskan dan lima akan dinilaikan sebagai
sangat memuaskan. Oleh itu perbandingan antara pekerja lebih mudah
dikenalpastidengan mengira jumlah mata yang Berjaya dikumpulkan oleh semua
pekerja.

4.4 CADANGAN YANG DIDAPATI DARIPADA BORANG SOAL SELIDIK SISTEM


OLEH PENGGUNA

Pengujian penerimaan pengguna merupakan pengujian untuk melihat interaksi


diantara pengguna iaitu 5 responden yang mewakili pensyarah kolej mahupun
pensyarah luar kolej. Ianya telah dilaksanakan dengan memberi borang soal selidik
sistem kepada pengguna. Pengguna juga diberi kesempatan menggunakan dan
menguji sistem bagi memberi pendapat mereka. Terdapat dua peringkat dalam
pengujian ini iaitu pengujian alfa dan pengujian beta. Pengujian alfa merupakan
pengujian dengan menggunakan data palsu manakala pengujian beta merupakan
pengujian menggunakan data sebenar dan di bawah pemerhatian pembangun sistem
bagi tujuan keselamatan data.

Hasil daripada pengujian ini, sistem dapat diperbaiki bagi memenuhi kehendak
pengguna. Diantara mekanisma yang dapat diperbaiki adalah seperti penyimpanan
data yang boleh disimpan tanpa menggunakan sistem manual dengan menggunakan
fail. Akan tetapi, pengujian sistem ini sepatutnya dilaksanakan dengan lebih lama agar

32
sistem dapat diperbaiki dengan lebih baik. Lampiran 1 menunjukkan contoh borang
soal selidik sistem yang telah dilaksanakan.

Senarai kriteria yang merangkumi dalam keputusan pengujian adalah seperti


berikut :

4.4.1 KEBOLEHGUNAAN, pengujian kebolehgunaan melihat pendapat


pengguna terhadap sistem secara keseluruhan dari aspek ramah
pengguna, adakah sistem mudah digunakan, kejelasan penggunaan
sistem dan bantuan pengguna yang disediakan di dalam sistem.
4.4.2 KEGUNAAN SISTEM, Pengujian kegunaan sistem ini bertujuan melihat
pendapat pengguna terhadap kebolehan sistem menilai proses penilaian
prestasi.
4.4.3 TINDAK BALAS SISTEM, Pengujian tindak balas sistem bertujuan
melihat pendapat pengguna terhadap tempoh tindak balas sistem
terhadap data yang dimasukkan dan dijanakan oleh sistem.
4.4.4 KEPUASAN KESELURUHAN, bertujuan melihat pendapat pengguna
terhadap keberkesanan sistem memberi maklumat dan menjana
keputusan permohonan.
4.4.5 KESELAMATAN, bertujuan melihat pendapat pengguna terhadap
keselamatan data-data yang dimasukkan oleh pengguna untuk dinilai
dan dijana oleh sistem.

: Kriteria tersebut perlu diubah dan pembangun perlu memikirkan


0%- 10%
jalan penyelesaian.

: Kriteria tersebut kurang memuaskan dan beranggapan sistem


11% - 20%
ini perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi
21% - 30% : Kriteria tersebut sederhana dan perlu penambaikkan.
31%- 40% : kriteria tersebut perlu dikemaskini.
: Kriteria tersebut sangat bagus dan pembangun tidak perlu untuk
41%- 50%
membuat penambahbaikan.
Senarai peratus yang merangkumi pada setiap kriteria dalam keputusan pengujian
adalah seperti berikut :

Jadual 4 menunjukkan senarai peratus yang merangkumi pada setiap kriteria


dalam keputusan pengujian

33
Seterusnya, keputusan daripada pengujian yang telah dilaksanakan tersebut
didapati purata kepuasan pengguna terhadap Sistem penilaian prestasi pekerja adalah
memuaskan. Jadual dibawah menunjukan Skala yang diperolehi daripada kajian sistem
adalah seperti berikut:

1-Tidak 2- Kurang
3-Memuaskan 4-Baik 5-Sangat Baik
Memuaskan Memuaskan
Jadual 5 menunjukkan menunjukan Skala yang diperolehi daripada kajian sistem

KRITERIA KEPUTUSAN
CARA
BIL NAMA PENGGUNA PENGUJIAN
PENGUJIAN
1 2 3 4 5

Cik Nor Zilaniza Binti Abdollah


1. Secara Alfa 4 3 5 4 5
Zawawi

2. Siti Hasanah Binti Mohd Noor Secara Alfa 4 4 5 4 5

3. Encik Mohd Faiz Bin Ismail Secara Alfa 4 4 5 4 3

4. Puan Rozaini Binti Syukrie Secara Alfa 4 4 4 4 3

5. Puan Nurul Azima Binti Zakaria Secara Beta 4 3 4 4 4

PURATA 40% 36% 46% 40% 40%

Jadual 6 Menunjukkan Hasil Purata Setiap Kriteria Daripada Borang Soal Selidik
Sistem

Data diatas menunjukkan empat kriteria tidak perlu diubahsuai atau dibuat
penambahbaikkan manakala kriteria kedua kegunaan sistem perlu dikemaskini supaya
lebih menarik.

Seterusnya, ada beberapa cadangan yang telah dikenalpasti oleh pembangun


untuk membuat penambahbaikkan pada sistem tersebut antaranya cadangan daripada

34
pengurus/penyelia adalah pada sheet instrument yang terdapat pada sistem
penyelia/pengurus mencadangkan supaya pembangun dapat membuat satu “column”
untuk kebersihan diri dan etika pemakaian pengendalian makanan. Selain itu, pada
“column” profil yang terdapat pada sistem juga penyelia/pengurus memberi cadangan
supaya menambahkan tentang status suntikan Thyphoid II, umur dan tarikh tamat
suntikan.

Disamping itu, cadangan daripada 5 responden yang terpilih untuk menguji


sistem ini juga telah memberi beberapa candangan yang dapat membuat
penambahbaikkan antaranya adalah menambah butang cetak pada laporan bulanan
pekerja kemudian menukar warna yang lebih formal atau kaporat pada setiap
instrument yng terdapat pada sistem tersebut. Cadangan penambahbaikkan ini
dilakukan sacara perbincangan antara pembangun sistem dan responden. Pembangun
sistem berharap agar cadangan yang telah dikenalpasti ini dapat menjayakan sistem ini
mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pembangun sistem.

4.5 PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa perbezaan antara sebelum dan selepas penambahbaikan


yang telah dilakukan selepas sesi analisis sistem kepada responden-responden dan
pengurus/penyelia. Terdapat beberapa perubah yang telah diubahsuai pada sistem
antaranya adalah seperti berikut:

35
PERKARA YANG
SEBELUM PENGUJIAN HASIL PENGUJIAN
DIUJI

UTAMA SISTEM

Telah melakukan penambahbaikkan pada muka utama


Tiada muka utama sistem
sistem

KEMASUKAN AHLI
BARU

Telah dikemaskini dan kini boleh menambah ahli pekerja


Hanya terhad pada 25 orang pekerja sahaja yang baru

36
ANTARAMUKA
PENGGUNA

Antaramuka pengguna telah dikemaskini dengan butang

Tiada butang utama antaramuka pengguna utama

TINDAK BALAS
SISTEM
(dari aspek laporan
penilaian prestasi
kerja )

Tidak menyatakan apa- apa item yang perlu diletakkan Telah menghasilkan item-item yang perlu ada untuk melihat
pada laporan pekerja laporan pekerja yang dikehendaki

37
Kegunaan warna

Kegunaan warna yang tidak sesuai untuk pembangunan Telah membuat penambahbaikkan sistem dar segi

sistem pemilihan warna yang lembut dan sesuai untuk sistem

KESELAMATAN
SISTEM

Keselamatan data tidak terjamin

Keselamatan telah disetkan dengan kata laluan

Jadual 7 Menunjukkan Hasil Sebelum Dan Selepas Penambahbaikkan Sistem Dilakukan

38
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan pencapaian yang diperolehi hasil projek yang telah
dilaksanakan, sistem yang dibangunkan mempunyai cabaran dan kekangan yang
dihadapi serta harapan yang diletakkan pada projek ini. Memang tidak di nafikan
bahawa setiap pembangunan projek sistem penilaian prestasi pekerja akan
menghadapi kekangan dan cabaran disepanjang pelaksanaan sistem. Kekangan
utama yang dikenalpasti dalam penghasilan projek ini adalah dari segi masa.

5.2 LIMITASI DAN KEKANGAN

Terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh pembangun

sistem untuk membangunkan projek ini iaitu:

i. Kekangan dari segi tumpuan kerja dari Pihak Syarikat Tanjung Muara

Enteprise di Cawangan Seberang Perai.

ii. Kekangan dari segi masa. Masa yang diperuntukan untuk melaksanakan

fasa analisis dan rekabentuk sistem agak singkat.

iii. Kekangan dari segi kemahiran pembangun sistem dalam

pengaturcaraan.

Kekangan yang dikenalpasti ini sebenarnya tidak akan menjejaskan

keberkesanan sistem baru. Ini adalah kerana kekangan tersebut merupakan

39
kekangan teknikal dan boleh diperbaiki. Cabaran di dalam membangunkan sistem

baru ini adalah menyediakan sebuah sistem yang membenarkan:-

i. Pengguna dapat melakukan proses penilaian prestasi melalui aplikasi

yang dipilih dengan mudah, cepat dan tidak membebankan pengguna

ii. Pengguna dapat melihat prestasi kerja mereka melalui internet untuk

mengetahui sama ada mereka layak ataupun tidak untuk memohon

kenaikan pangkat.

iii. Data-data penilaian prestasi dapat disimpan di dalam pangkalan data

untuk memudahkan ianya diurus dan dicapai apabila diperlukan.

iv. Memaparkan maklumat dengan cepat secara grafik untuk mudah

difahami.

5.2 KAJIAN PERBANDINGAN

Aplikasi berasaskan offline yang diterapkan dalam sistem ini membenarkan

maklumat disebarkan dengan lebih konsisten, pantas dan efektif. Pengguna sistem

dapat mengemaskini maklumat ini dari masa ke semasa bagi memastikan maklumat

terkini sampai padanya. Selain daripada itu, dengan bilangan pekerja yang ramai,

dilihat adalah perlu untuk membangunkan sistem ini menggunakan Microsoft Excel

sebagai satu mekanisma penilaian prestasi.

Kajian perbandingan telah dikenalpasti oleh pembangun sistem antara

proses penilaian prestasi dilakukan secara manual dan menggunakan sistem

penilaian prestasi pekerja yang dihasilkan oleh pembangun sistem tersebut terdapat

beberapa perbezaan antaranya adalah seperti berikut:

40
SISTEM PENILAIAN PRESTASI
SECARA MANUAL
PEKERJA

 Memerlukan fail  Hanya memerlukan komputer


PROSES
 Perlu menyemak sehelai atau laptop dan pendrive
MENGISI demi sehelai kertas untuk  Hanya tekan pada profil untuk
mencari nama yang mencari nama yang
MAKLUMAT
dikehendaki dikehendaki.

Mengambil masa yang agak Mengambil masa yang agak singkat

lama untuk mengenalpasti untuk mengenalpasti masalah

masalah pekerja syarikat pekerja syarikat tersebut pada


PENYEBARAN
tersebut dengan penggunaan fail “sheet” graft.
MAKLUMAT
yang memerlukan masa yang

agak Panjang untuk menyemak

nama demi nama

MENYELESAIKA

N PROSES

MAKLUMAT 3 minit 45 saat 1 minit 09 saat

PEKERJA DARI

SEGI MASA (min)

Jadual 8 Menunjukkan Perbezaan Penilaian Prestasi Secara Manual Dan Sistem

5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

41
Hasil daripada dapatan kaji selidik Sistem penilaian prestasi pekerja
terhadap prestasi warga pekerja Syarikat Tanjung Muara Enteprise di cawangan
Seberang Perai mendapati masih ada lagi penambahbaikkan yang perlu dilakukan.
Sehubungan itu, pembangun mencadangkan projek seperti ini boleh dikembangkan
lagi dengan mengambil kira perkara-perkara seperti berikut:

1. Memperluaskan populasi kajian kepada semua Syarikat Tajung Muara di


cawangan lain ataupun agensi dan jabatan lain. Selain itu, projek Sistem
penilaian prestasi pekerja seperti ini juga boleh dijalankan di lain-lain
syarikat dalam mengenal pasti tahap prestasi kerja organisasi masing-
masing termasuk menilai keseluruhan prestasi perkhidmatan awam.
2. Projek ini hanya tertumpu kepada kumpulan perkhidmatan Pengurusan
Profesional dan Pelaksana sahaja. Oleh itu, dicadangkan agar kajian
seumpama ini dapat diperluaskan lagi sehingga kepada pihak pengurusan
atasan juga.

5.4 HASIL DAN SUMBANGAN PROJEK

Objektif kajian yang telah ditetapkan pada bab 1 adalah seperti berikut:

i. Membina Sistem penilaian prestasi pekerja yang dapat membantu


meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengurusan di
Syarikat Tanjung Muara Enteprise di Cawangan Seberang Perai.
ii. Mengenalpasti kesesuaian penggunaan teknik Skala Perkadaran
Bergrafik di dalam menilai penilaian prestasi staf di Syarikat Tanjung
Muara Enteprise di Cawangan Seberang Perai.
iii. Membangunkan satu Sistem penilaian prestasi pekerja yang boleh
mengatasi masalah semasa yang berkaitan dengan proses penilaian
prestasi di Syarikat Tanjung Muara Enteprise di Cawangan Seberang
Perai.

Sejauh mana objektif-objektif di atas dicapai akan dinilai berdasarkan


pencapaian-pencapaian yang telah diperolehi disepanjang pembangunan projek
sebagaimana berikut:

i. Teknik penilaian prestasi yang biasa diamalkan di dalam organisasi


telah dilakukan bagi memenuhi objektif projek yang pertama.
ii. Daripada hasil projek yang dijalankan, didapati teknik Skala
Perkadaran Bergrafik bersesuaian dengan rangka projek untuk
memenuhi objektif projek yang kedua.

42
iii. Sistem penilaian prestasi pekerja secara Aplikasi bagi Syarikat
Tanjung Muara Enteprise di Seberang Perai telah dibangunkan bagi
memenuhi objektif projek.

5.5 KESIMPULAN

Setiap projek yang dilakukan mempunyai kepentingan dan objektifnya


tersendiri. Begitu juga dengan projek ’Sistem penilaian prestasi pekerja’ ini.
Walaupun banyak kelemahan yang dikenalpasti tetapi objektif untuk projek ini
berjaya dicapai.
Berdasarkan hasil analisa reka bentuk dalam mencipta dan menyiapkan
projek ini, didapati bahawa projek yang direka ini dapat memberi manfaat
kepada negara di mana ia dapat membantu mengurangkan masalah organisasi.
Dengan terciptanya projek ini, ia sekurang- kurangnya ia dapat
membantu rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan untuk menilai pekerja
memandangkan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu serta harga
barangan yang melambung tinggi. Selain itu, didalam sistem ini internet tidak
diperlukan memandangkan ianya boleh dilakukan sacara offline sahaja.Dengan
ini pengurus dapat menyelesaikan masalah pekerjanya dengan mudah dan
dapat meningkatkan prestasi pekerja di organisasi Syarikat Tanjung Muara
Enteprise Cawangan Seberang Perai.
Akhir projek ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhya, diterima dan
digunapakai dan sesuai dengan perkembangan teknologi di zaman ini serta
hasil yang didapati dari projek ini dapat memenuhi kehendak semua pengguna.

43
RUJUKAN

On-Line Internet
Siti barokah kasran (1999). Hubungan Antara Penilaian Prestasi Dan Prestasi Kerja
Di buku Dan Telekom, Kuching.Retrieved August 21,2017, from World Wide Web:
file:///F:/System%20Volume%20Information/Drive/kerja%20yang%20betul
%20betul/pta/11410014_Bab_2%20(1).pdf.

Erik Melvin Yunus (2000). Hubungan di antara prestasi budaya organisasi dengan
prestasi kerja. Retrieved August 21, 2017, from World Wide Web : file:///F:/System
%20Volume%20Information/Drive/kerja%20yang%20betul%20betul/pta/Hubungan
%20di%20antara%20persepsi%20budaya%20organisasi%20dengan%20prestasi
%20kerja%20satu%20tinjauan%20di%20kalangan%20pekerja%20di%20Sabah
%20electricity%20Sdn.%20Bhd..pdf

Sohime Ahmad dan Abu Daud Silong (1996). Keberkesanan penilaian prestasi kerja
di kalangan kakitangan perkeranian. Retrieved August 21, 2017, from World Wide
Web: file:///F:/System%20Volume%20Information/Drive/kerja%20yang%20betul
%20betul/pta/Keberkesanan_Penilaian_Prestasi_Kerja_di_Kalangan.pdf

Buku
Johar Arifin,(2016). Microsoft Office Excel 2016 untuk Profesional.Indonesia: Basic
Book

44
LAMPIRAN 1
BORANG BORANG SOAL SELIDIK SISTEM

TAJUK : KAJIAN TENTANG ANALISIS SISTEM PENILAIAN PRESTASI


PEKERJA PEKERJA

CATATAN :

1. Kajian ini adalah untuk mengkaji sistem penilaian prestasi pekerja.


2.Segala kerjasama dan sokongan anda amatlah diharapkan

Terima Kasih

Yang Benar

(NURFATIHA BINTI ARIS)


Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran
Kolej Vokasional Nibong Tebal

BAHAGIAN A –

NAMA :

UMUR :

PENILAI: ( )PENYELIA/PENGURUS

( ) PENSYARAH KOLEJ

( ) PENSYARAH LUAR

BIL PERKARA YANG DINILAI PANDANGAN/ CATATAN

45
PENDAPAT
1 2 3 4 5
KEBOLEHGUNAAN, pengujian kebolehgunaan melihat
pendapat pengguna terhadap sistem secara keseluruhan
1. dari aspek ramah pengguna, adakah sistem mudah
digunakan, kejelasan penggunaan sistem dan bantuan
pengguna yang disediakan di dalam sistem
KEGUNAAN SISTEM, Pengujian kegunaan sistem ini
2. bertujuan melihat pendapat pengguna terhadap
kebolehan sistem menilai proses penilaian prestasi.
TINDAK BALAS SISTEM, Pengujian tindak balas sistem
bertujuan melihat pendapat pengguna terhadap tempoh
3.
tindak balas sistem terhadap data yang dimasukkan dan
dijanakan oleh sistem.
KEPUASAN KESELURUHAN, bertujuan melihat
4. pendapat pengguna terhadap keberkesanan sistem
memberi maklumat dan menjana keputusan permohonan.
KESELAMATAN, bertujuan melihat pendapat pengguna
5. terhadap keselamatan data-data yang dimasukkan oleh
pengguna untuk dinilai dan dijana oleh sistem.

JUMLAH

BAHAGIAN B- Sila nyatakan tahap kepuasan anda pada skala 1 hingga 5 dalam
setiap kenyataan di bawah dengan tanda (√) di petak yang berkenaan.

1-Tidak Memuaskan 2- Kurang Memuaskan 3-Memuaskan 4-Baik

5-Sangat Baik

46

Anda mungkin juga menyukai