Anda di halaman 1dari 7

JUDUL

Program Matematik Cemerlang Modal Insan Gemilang


Nama Penulis
Shazlinawati Binti Abd. Rahman, Yap Mee Ying, Chan Shook Ping, Lee Wan Xing
NAMA SEKOLAH
SJK(C ) Ave Maria Convent
Jalan Chung Type Phin,
30250 Ipoh.
ABSTRAK
Kajian

aktiviti

ini

dijalankan

bertujuan

untuk

menilai

tahap

perlaksanaan

pengintegrasian persekitaran maya dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik


di sekolah ini. Secara keseluruhannya, proses pembelajaran dan pengajaran secara
maya yang telah dilaksanakan di sekolah ini telah berjaya meningkatkan kualiti
pembelajaran murid kerana melalui perisian komputer dalam darjah yang telah
dilaksanakan ini ia dapat merealisasikan potensi murid sepenuhnya.
Melalui aktiviti yang dijalankan, pembelajaran dan pengajaran secara maya dengan
penggunaan software seperti Self Assessment Learning-ZOOM A, E-Library, dan
Smart Board serta LCD Projector yang telah digunapakai di sekolah ini sejak
beberapa tahun yang lalu sangat berupaya membantu mencapai kualiti pengajaran
dan pembelajaran subjek Matematik ke tahap paling baik serta berupaya
membangunkan kemahiran murid ke tahap yang lebih tinggi merangkumi aspek
pemikiran kritikal, analisis dan saintifik dalam kalangan murid.
Selain sebagai alat bantu mengajar, pengintegrasian pembelajaran dan pengajaran
maya di sekolah ini juga mampu menjadikan proses pendidikan sebagai satu
pengalaman yang menyeronokkan di samping membantu para murid memahami
sesuatu konsep Matematik dengan cepat dan mudah.
Matlamat utama penyediaan dan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di sekolah ini adalah untuk melibatkan murid dalam proses pembelajaran
yang lebih bermakna dan bukannya untuk menggunakan teknologi semata-mata.

Pemantauan dan bimbingan daripada guru amatlah penting bagi menjamin proses
perlaksanaan dan pengintegrasian pembelajaran dan pengajaran maya ini berkesan,
efektif dan berbaloi dilaksanakan di sekolah ini.
ISU/CABARAN/REFLEKSI/PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG LALU
Walaupun penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran sudah lama
diperkenalkan, masih terdapat segelintir guru yang memandang kaedah ini secara
sambil lewa. Inilah situasi yang belaku di kebanyakan sekolah yang mempunyai
kelengkapan perisian pengkomputeran yang disediakan oleh pentadbir sekolah. Hal
ini berlaku disebabkan guru lebih selesa mengunakan kaedah pembelajaran secara
tradisional dan berasakan penggunaan ICT sesuatu yang tidak perlu.
Namun bagi guru-guru di sekolah ini, situasi ini berbeza kerana guru-guru di sekolah
ini berpendapat penggunaan ICT terutamanya dalam mata pelajaran Matematik
amat

digalakkkan

bagi

melaksanakan

pelbagai

aktiviti

seperti

latih

tubi,

tutorial,ulangkaji, pemulihan, pengayaan, simulasi, pengiraan, permainan dan alat


bantu mengajar.
Sebagai contoh, penggunaan papan Smart Board yang terdapat di seluruh kelas
Tahun

berupaya

meningkatkan

kemahiran

dan

kecekapan

guru

dalam

penyampaian subjek Matematik sehinggakan guru menjadi lebih efisyen dan


berkeyakinan dalam penyampaiannya. Selain itu, masa mengajar dan membina
soalan dapat dikurangkan sebaliknya kualiti pemahaman murid dapat ditingkatkan.
Sebagai satu medium yang bersifat efektif dan berinovasi, amalan terbaik dalam
usaha mengaplikasikan pembelajaran maya ini amat memerlukan ketekunan dan
komitmen yang tinggi dikalangan pelaksana hakiki iaitu guru demi mencapai objektif
yang diharapkan. Ini adalah selaras dengan anjakan ke-7

Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti


pembelajaran di Malaysia.
KAEDAH/APLIKASI/PERISIAN/PLATFORM YANG DIGUNAKAN
Antara kaedah, aplikasi,perisian dan platform yang digunakan di sekolah ini
termasuklah software dan perisian dalam bilik darjah yang berteraskan ICT dengan

berbantukan LCD projector, perisian Self Assessment Learniang-ZOOM A, Program


Frog-VLE, E-Library dan Papan Smart Board.
OBJEKTIF
1. Meningkakan keupayaan murid mempelajari subjek Matematik secara lebih
cekap dan dapat menguasai subjek ini sehingga ke tahap yang cemerlang.
2. Mengoptimumkan

kemahiran

guru

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dalam subjek Matematik secara lebih komited berasaskan ICT.


3. Mencapai peningkatan yang tertinggi dalam peratus pencapaian subjek
Matematik di peringkat daerah dan negeri.
SASARAN
Secara keseluruhannya, proses pembelajaran dan pengajaran maya yang
dilaksanakan di sekolah ini adalah disasarkan kepada semua murid merangkumi
murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Dengan ini diharapkan semua murid akan mendapat
manfaat daripada perlaksanaan persekitaran pembelajaran maya yang dijalankan di
sekolah.
TINDAKAN
Antara tindakan yang telah diambil untuk melaksanakan konsep pengintegrasian
maya di sekolah ini khususnya dalam subjek Matematik adalah seperti penggunaan
perisian dalam darjah, Frog-VLE, progarm Self Assessment Learning-ZOOM A,
Smart Board dan LCD Projector.
Secara keseluruhannya, kaedah, perisian dan aplikasi yang digunakan pada masa
ini adalah berteraskan soalan atas talian dan menggunakan software yang
dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penggunaan Smart Board pula
adalah satu program smart learning yang disediakan khusus untuk murid-murid
Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Bagi aplikasi Frog-VLE pula, guru-guru berperanan sebagai mentor dan penyedia
soalan-soalan latih-tubi tambahan untuk memberi galakan kepada murid-murid
meneruskan pembelajaran di luar waktu persekolahan. Kaedah ini adalah satu

latihan tambahan untuk murid-murid meningkatkan kemahiran mereka dalam


menjawab soalan.
Selain daripada perisian yang digunakan, sekolah ini juga menyediakan kelas dan
latihan khas yang khusus untuk subjek Matematik ini. Kelas dan latihan khas yang
dikenali sebagai Mathematics Olympiad ini dilaksanakan di sekolah di mana muridmurid dilatih untuk menjawab contoh-contoh soalan tahun lepas oleh jurulatih khas.
Dengan mengaplikasikan proses pembelajaran dan pengajaran berteraskan ICT,
langkah ini dapat membantu dan memandu murid-murid ke arah cara belajar
bersistematik. Ini juga dapat mendedahkan murid kepada platform pembelajaran dan
pengajaran yang pelbagai dan bervariasi.
KOS
Untuk menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran secara maya di sekolah ini,
kos untuk penyediaan peralatan ICT adalah amat tinggi.

Untuk itu, selain

pembiayaannya ditanggung oleh pihak sekolah, tajaan daripada beberapa pihak


tertentu seperti pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurus
Sekolah amat dihargai.
Selain daripada kos untuk penyediaan peralatan ICT, murid-murid juga perlu
menanggung bersama sebahagian yuran untuk mengikuti kelas dan latihan khas
Mathematics Olympiad.

Latihan khas ini khusus untuk murid yang bakal akan

menyertai sebarang pertandingan Matematik di pelbagai peringkat pertandingan.


Impak
1. Analisis Keputusan Matematik UPSR Tahun 2011 - 2013
Tahun Bil
A
B
C
Jumlah
%
D
E

Jumlah

2011

355

307

30

16

353

99.4

0.6

2012

368

315

44

367

99.7

0.3

2013

336

276

43

15

334

99.4

0.6

2. World Mathematics Invitational (WMI)


Tahun
Peringkat
Tempat
2014

Antarabangsa

Taiwan

Tahun
5

Pencapaian
2 Kepujian

3. Asia International Mathematical Olympiad Open Contest (AIMO)


Tahun
Peringkat
Tempat
Tahun
Pencapaian
2012

Antarabangsa

Hong Kong

1 Perak
2 Gangsa
2 Kepujian

2013

Antarabangsa

Taiwan

2 Gangsa
1 Kepujian

4. International Mathematics Contest (IMC)


Tahun
Peringkat
Tempat
Tahun
2013

Antarabangsa

Singapore

4, 5, 6

Pencapaian
2 Gangsa
3 Kepujian

2014

Antarabangsa

Singapore

3,4,5,6 1 Gangsa
11 Kepujian

5. Pertandingan Matematik Persatuan Kar Ying


Tahun
Peringkat
Tempat
Tahun

Pencapaian

2012

Kebangsaan

Ipoh

1 Sagu hati

2013

Kebangsaan

Ipoh

1 Gangsa
3 Sagu hati

2014

Kebangsaan

Ipoh

1 Tempat keempat
3 Sagu hati

6. Singapore Asia Pacific Mathematical Olympiad For Primary School


Tahun
Peringkat
Tempat
Tahun
Pencapaian
2012

Negeri

SM Pooi Lam

Tempat Ketiga
(Kumpulan)
2 Kepujian

Individu

1 Sagu hati
2013

Negeri

SM Pooi Lam

Johan
(Kumpulan)
2 Kepujian

Individu

1 Sagu hati
2014

Negeri

SM Pooi Lam

Johan
(Kumpulan)
1 Kedua

Individu

1 Sagu hati

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Untuk memastikan semua murid memperoleh manfaat daripada proses
pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT ini, pihak sekolah akan menyediakan
papan Smart Board di semua kelas menjelang tahun 2016.
2. Program Self Learning Zoom A akan melibatkan murid-murid Tahun 5 juga
sebagai langkah pendedahan dan persediaan ke era pembelajaran yang lebih
kompetitif.
3. Soalan-soalan penilaian subjek Matematik wajib disediakan dengan lebih
berunsurkan High Order Thinking Skill (HOTS) atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Disyorkan sekurang-kurangnya 30% soalan KBAT setiap kali penilaian
dijalankan.
4. Liputan pencapaian internet akan diperluaskan ke blok bangunan bilik darjah
Tahun 6 supaya pembelajaran dan pengajaran ICT sepenuh.

Melalaui cadangan-cadangan ini, peningkatkan kualiti pemahaman dan IQ murid ke


tahap yang lebih tinggi mampu mencapai kecemerlangan dalam subjek Matematik
di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai