Anda di halaman 1dari 2

Cadangan masa menjawab Bahagian C - 20 minit

Membuat Ulasan
Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
Tidak kurang 50 patah perkataan atau tidak melebihi 50 patah perkataan.

Cara Menjawab Soalan
Baca dan fahami situasi.
Gariskan kata kunci dalam soalan.
Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan
Contoh:
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu
ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke
sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca
buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia
akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria
Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikan
Bangun awal pagi disiplin diri
Menolong ibu di dapur
Bersarapan bersama kasih sayang
Bersalam menghormati orang tua
Rajin / tidak suka membuang masa
Suka kepada kebersihan



Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu
perenggan.
S. 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat
bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak
tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka
telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu
bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah
rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu
tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

S. 2
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu
majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga
orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga,
memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan
penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik
Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada
adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana
dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.

S. 3
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak
kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia
asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah
mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam
kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui
bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda
oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada
Jamil.

Anda mungkin juga menyukai