Anda di halaman 1dari 4

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi

sekalian/ saya nama saya marissa qaireen binti m hisham dari kelas 1 marigold/ Tajuk
pengucapan awam saya pada hari ini ialah mengenaicara-cara menghormati guru
Dalam era globalisasi kini /memang kita dapat menyaksikan bahawa adab
menghormati guru di sekolah semakin dilupakan. Semasa kita berada di sekolah, gurulah
yang menjaga dan mendidik kita. Guru seumpama ibu bapa kepada kita sepanjang masa kita
berada di sekolah. Kerana peranan yang sebegini besar/ maka guru amat perlu dihormati
sepanjang masa.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Salah satu caranya
adalah dengan mengucapkan salam ketika kita bertemu dengan guru. Seorang guru akan
merasa senang hati apabila murid-murid mengucapkan salam dan mendoakan
kesejahteraanya. Setiap guru mempunyai matlamat untuk melihat anak didiknya menjadi
manusia yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Seterusnya, sikap tekun belajar dan mendengar dengan teliti setiap ajaran
guru ketika berada di dalam kelas juga merupakan satu cara untuk menghormati guru. Guru
akan berasa bahagia dan dihargai apabila kita mendengar dengan teliti ketika mereka
mengajar. Guru pasti akan mengajar kita dengan penuh kesungguhan.. Tambahan pula,
Murid yang bersopan santun dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah kerana guru tidak perlu memikirkan cara untuk menguruskan sahsiah
anak murid mereka.

Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara bersikap sopan
santun dan berbudi bahasa ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru. Murid
yang berbudi bahasa dan bersopan santun juga akan lebih disayangi oleh guru. Sekiranya
kita bersikap biadap ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru, sudah pasti akan
membuatkan guru berasa terhina dan tidak dihormati. Pada masa yang sama, para pelajar
sewajarnya menjaga kebersihan dan kebajikan kawasan sekolah sebagai tanda menghormati
guru-guru. Misalnya bilik darjah yang ceria dan bersih dapat memberikan keselesaan kepada
guru dan juga pelajar sendiri untuk menghadiri proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian kita hendaklah menjaga kelakuan kita dan mematuhi
peraturan sekolah Di samping itu, jika kita melakukan kesilapan atau terlupa menyiapkan
tugasan yang diberi oleh guru, kita hendaklah memohon maaf. Sebagaimana kita di rumah,
sekiranya kita tersilap maka kita meminta maaf daripada ibu bapa kita. Murid yang meminta
maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan akan membuatkan guru berasa senang hati dan
berasa lebih dihargai. Justeru, sekiranya Murid mematuhi peraturan sekolah dan arahan
guru/ ia dapat membantu memudahkan urusan guru. Peribahasa Melayu ada berkata, masuk
telinga kanan keluar telinga kiri yang bermaksud nasihat yang diberi tidak didengari dan
diamalkan. Sikap negatif ini perlu dielakkan teruatamnya dalam kalangan Murid kerana
umur mereka baru setahun jagung berbanding guru-guru.

Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati guru.
Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa menghormati guru-guru kita kerana mereka
telah menjalankan tanggungjawab mereka mendidik kita menjadi seorang yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara.
Pendahuluan
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa
adab menghormati guru di sekolah semakin dilupakan. Semasa kita berada di sekolah,
gurulah yang menjaga dan mendidik kita. Guru seumpama ibu bapa kepada kita sepanjang
masa kita berada di sekolah. Kerana peranan yang sebegini besar/ maka guru amat perlu
dihormati sepanjang masa. Namun, mutahir ini budaya tersebut seolah-olah di terbalikkan
apabila guru-guru dipersalahkan kerana menghukum pelajar disekolah akibat melanggar
perturan dan sebagainya. Guru diibaratkan lilin yang membakar diri demi menunjukkan
cahaya atau jalan yang betul kepada kita. Oleh itu, setiap individu yang mempunyai profesion
sebagai guru hendaklah dihormati atas jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan demi
mendidik anak bangsa. Mari kita bincangkan cara-cara untuk menghormati guru-guru sebagai
seorang pelajar mahupun bekas pelajar.

Isi 1 Kesopanan dan kesusilaan merupakan rukun


kelima dalam Rukun Negara. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita sewajarnya
memegang pada rukun negara dalam menjalani rutin harian kita. Para pelajar pula digalakkan
untuk sentiasa bersopan santun apabila berkomunikasi dengan guru-guru. Sebagai contoh,
pelajar hendaklah menyapa guru dengan panggilan cikgu, serta menggunakan nada yang
rendah dan jelas. Apabila kita bersopan santun dengan guru kita, mereka pasti akan berasa
lembut hati dan melayan kita dengan penuh rasa sayang dan ikhlas untuk mendidik kita.
Tambahan pula, pelajar yang bersopan santun dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah kerana guru tidak perlu memikirkan cara untuk
menguruskan sahsiah anak murid mereka.

Isi 2 Selain itu,


guru-guru seharusnya dihormati oleh para pelajar dengan cara mematuhi peraturan sekolah.
Hal ini demikian kerana pelajar pada masa kini sukar untuk mematuhi arahan dan peraturan
yang mudah seperti beratur dan tidak membuat bising. Keadaan ini merupakan satu beban
yang telah ditambah ke bahu para guru untuk menguruskan sahsiah pelajar. Justeru, sekiranya
para pelajar mematuhi peraturan sekolah dan arahan guru ia dapat membantu memudahkan
urusan guru terbabit. Peribahasa Melayu ada berkata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri
yang bermaksud nasihat yang diberi tidak didengari dan diamalkan. Sikap negatif ini perlu
dielakkan teruatamnya dalam kalangan pelajar kerana umur mereka baru setahun jagung
berbanding guru-guru.
Isi 3 Pada masa yang sama, para pelajar
sewajarnya menjaga kebersihan dan kebajikan kawasan sekolah sebagai tanda menghormati
guru-guru. Misalnya bilik darjah yang ceria dan bersih dapat memberikan keselesaan kepada
guru dan juga pelajar sendiri untuk menghadiri proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara
ini sedikit sebanyak membantu guru untuk berasa selesa dalam menjalankan tugas mereka.
Para pelajar juga dapat memberikan tumpuan yang lebih kerana keadaan di dalam bilik darjah
yang kondusif. Kesannya, aktiviti pembelajaran yang lebih seronok dapat dilakukan dan
menarik perhatian kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar untuk sentiasa menghadiri kelas
atau sekolah. Nilai kebersihan dan ambil berat terhadap kebajikan ini bukanlah merupakan
tanggungjawab penuh seorang guru tetapi ia adalah amanah setiap ibu bapa yang dikurniakan
zuriat untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Isi 4 Akhir sekali, cara untuk menghormati guru adalah


dengan memberikan kejayaan akademik atau kokurikulum kepada mereka. Apabila kita
berjaya mendapatkan keputusan cemerlang atau memenangi sebuah pertandingan yang
disertai, ia pasti dapat memberikan kelegaan dan perasaan gembira kepada mereka. Dengan
mengharumkan nama sekolah, guru akan berasa bangga kerana tunjuk ajar mereka berjaya
menghasilkan pelajar yang berjaya sama ada dalam akademik atau bidang-bidang lain. Bagi
bekas pelajar pula, kejayaan dalam hidupan juga mampu menjadi salah satu cara
menghormati jasa guru-guru yang telah mengerah tenaga mengajar kita di waktu muda
dahulu. Intihannya, setiap guru mempunyai matlamat untuk melihat anak didiknya menjadi
manusia yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Penutup Kesimpulannya, pelbagai cara yang boleh


diamalkan oleh para pelajar dalam menghormati guru-guru di sekolah. Hormat merupakan
satu nilai asas kehidupan yang wajar diamalkan oleh setiap individu. apabil kita menghormati
seseorang nescaya orang akan membalas hormat tersebut kepada kita. Pengorbanan dan jasa
yang telah dilakukan oleh para guru wajar diberi penghargaan dan penghormatan kerana
pendidikan adalah tunjang kepada kehidupan seseorang. Persis kata peribahasa, harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga kita menjadi tauladan
kepada generasi hari ini dalam menunjukkan bahawa menghormati guru akan memberikan
manfaat yang banyak tanpa kita sedari.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghormati-guru.html

Anda mungkin juga menyukai