Anda di halaman 1dari 4

SK ULU YAM BHARU, BATANG KALI SELANGOR

PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024


MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA

SLOT BENGKEL ADAB


HARI : KHAMIS
TARIKH : 23/3/2023
MASA : 8.40 9.20 PAGI
TAJUK : 7 ADAB MURID TERHADAP GURU YANG PERLU DIAPLIKASIKAN

Pada tahun ini sahaja kita sering mendengar isu permasalahan akhlak pelajar yang semakin
menjadi-jadi tidak kira di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah sehingga menjadi
topik utama akhbar dan berita.Terdapat banyak kes mengenai pelajar yang menumbuk,
menendang, mencalarkan kereta guru dan memeras ugut guru mereka yang memberi teguran
jika mereka melakukan kesilapan di dalam kelas dan mendenda mereka apabila mereka tidak
menyiapkan kerja rumah.

Oleh itu, disini terdapat beberapa adab yang patut dicontohi oleh semua murid terhadap guru.

1 – Memberikan Salam Kepada Guru


Jadi, untuk mengembalikan persekitaran pembelajaran yang mesra dan sentosa, budaya
memberi salam kepada guru perlu dibaja dalam diri setiap murid supaya dapat mewujudkan
suasana hormat- menghormati antara murid terhadap guru.

Di samping itu, salam juga merupakan antara sunnah yang sering dilakukan oleh baginda
Rasulullah S.A.W untuk merapatkan hubungan silaturahim.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W bersabda:

Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki,
orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada
kumpulan yang ramai, dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang
tua.Riwayat al Bukhari dan Muslim

2 – Jangan Banyak Bercakap

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai murid perlu mengelakkan bercakap-
cakap dengan teman di sebelah.

Hal ini demikian kerana sikap begitu akan menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan
yang sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyebabkan kita tidak
dapat memahami perkara yang diterangkan oleh guru.

Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru sedang mengajar di hadapan adalah sangat tidak
beradab menurut Islam.
3 – Jangan Bercakap Jika Tidak Ditanya

Ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, murid seharusnya
bercakap apabila perlu sahaja dan jangan bercakap selagi tidak disoal oleh guru.

Hal ini demikian kerana apabila seorang murid bercakap ketika tidak ditanya ia seperti kita
tidak beradab dengan orang yang telah mencurahkan ilmu kepada kita.

Kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap arahan guru kita sebagaimana yang telah
diperintahkan oleh Allah.

4 – Jangan Menyangkal Kata-Kata Guru

Adab yang perlu dititikberatkan oleh murid yang seterusnya ialah jangan sesekali
menyangkal kata-kata guru.

Hal ini demikian kerana apabila kita sebagai murid membantah setiap nasihat dan teguran
guru yang telah mencurahkan segala ilmunya, kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa
kita sendiri.

Contohnya, guru sedang menerangkan salah satu formula Matematik di dalam kelas,
kemudian kita menegur bahawa formula yang diajar oleh guru itu salah di hadapan kawan-
kawan sekelas, perkara ini akan menjatuhkan air muka guru yang mungkin menjejaskan
pekerjaannya sebagai guru.

5 – Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru

Selain itu, jangan kita berbisik dengan orang di sebelah ketika guru sedang menyampaikan
ilmu.

Hal ini demikian kerana perlakuan berbisik itu sangat tidak bagus dan dilarang di dalam
Islam sebagaimana hadith daripada Mas’ud r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;

“Jika kalian bertiga maka janganlah 2 orang berbicara atau berbisik berduaan
sementara yang ketiga tidak diajak sampai kalian bercampur dengan manusia kerana
hal ini akan membuat orang yang ketiga tadi bersedih”.Riwayat Imam Bukhari dan
Imam Muslim.

6 – Jangan Berburuk Sangka Kepada Guru

Di samping itu, antara adab yang perlu diamalkan oleh seorang murid terhadap guru ialah
jangan pernah berburuk sangka kepada guru.
Hal ini demikian kerana sikap itu tidak perlu ada dalam diri seorang murid kerana seorang
murid tidak berhak menilai dan menghukum setiap perlakuan gurunya.

7 – Berdiri Apabila Guru Bangun

Adab yang perlu dipraktikkan oleh murid yang seterusnya ialah berdiri apabila guru bangun.

Hal ini demikian kerana kedudukan seorang guru itu sangat tinggi di sisi Allah, maka bagi
seorang murid yang beradab kita patut berdiri ketika guru berjalan ketika masuk dan keluar
kelas kerana itu menandakan yang kita amat menghormati guru.

Contoh lainnya, jika kita terpaksa berselisih dengan guru untuk menggunakan laluan tertentu,
sebagai murid kita perlu dahulukan guru untuk menggunakan laluan tersebut.

Jika dilihat pada zaman sekarang, ada segelintir murid seolah-olah tidak kisah perihal bangun
menghormati guru masuk dan keluar kelas dan tidak kisah akan cara-cara menghormati guru
yang sepatutnya dipraktikkan jika berselisih dengan guru.

Kesimpulannya:

Sebagaimana yang diketahui umum, guru ibarat ibu bapa kita kerana mereka juga berusaha
keras mendidik, membimbing, dan mengajar kita menjadi insan yang berguna.

Jadi, jangan sesekali kita menyangkal kata-kata guru yang telah mencurahkan ilmu mereka
kepada kita.

Selain itu, sebagai murid kita haruslah mengelakkan daripada melakukan perkara yang
menunjukkan kita tidak beradab ketika di hadapan guru.

Disini jelaslah bahawa kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap arahan guru kita
sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Akhir kata, bukan hanya 7 adab ini sahaja yang perlu dicontohi oleh seorang murid, malah
terdapat banyak lagi adab-adab yang perlu dipraktikkan oleh seorang murid yang berjaya
kerana murid yang berjaya merupakan murid yang sangat menjaga adabnya ketika bersama
gurunya.

Ingatlah.. ADAB DULU BARU ILMU


ORANG BERADAB SUDAH PASTI BERILMU.
ORANG BERILMU BELUM TENTU BERADAB.

Anda mungkin juga menyukai