Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 3: IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL KEPADA GURU Seperti yang kita sedia maklum, murid-murid belajar melalui

pemerhatian dan peniruan ke atas tingkah laku individu lain dalam persekitaran mereka. Justeru itu, sebagai guru kita hendaklah memastikan yang mereka mengikut tingkah laku yang boleh membentuk sikap yang positif pada diri mereka. Guru harus memilih model yang mempunyai ketokohan yang dipandang tinggi, berwibawa, cekap, baik selaras dengan matlamat modeling untuk dijadikan tiruan atau contoh kepada murid-murid. Guru boleh menjadikan diri sendiri sebagai role model dengan bertindak sebagai penyampai maklumat yang cekap seterusnya menarik minat dan perhatian murid-murid di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, murid-murid akan mencontohi sikap guru tersebut melalui pemerhatian mereka. Selain itu segala tunjuk cara atau demostrasi guru hendaklah jelas serta menarik supaya pelajar dapat menirunya dengan mudah, tepat dan lancar. Sebagai contoh, guru menunjukkan cara bagaimana hendak membuat pukulan bola dalam permainan hoki. Sekiranya guru gagal memberikan tunjuk cara yang betul maka ianya akan memberikan kesan negatif kepada murid-murid untuk melakukan proses peniruan.Bukan itu sahaja, segala hasilan guru juga perlu berkualiti dan mempunyai mutu yang tinggi seperti kerja tangan, seni lukis, seni suara, karangan dan sebagainya. Untuk menyemai menyemai sikap-sikap positif di dalam kalangan murid-murid, guru perlu menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan

tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik. Situasi ini akan memberikan kesan yang positif kepada sikap murid itu sendiri. Sebagai contoh, guru hendak menyemai sikap menghormati orang tua ke dalam diri murid-muridnya. Justeru itu, kita sebagai guru terlebih dahulu perlu menyayangi murid-murid kita sebagai generasi muda yang perlu dibimbing. Secara tidak langsung, murid-murid akan lebih menghormati kita sebagai pendidik mereka.

Selain menggunakan diri sendiri sebagai model, guru juga boleh memilih model yang terdapat di dalam kelas itu sendiri. Sebagai contoh guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demostrasi dalam kelas atau di luar bilik darjah. Di dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani misalnya, tidak semua murid mahir di dalam satu-satu permainan seperti bola sepak. Kita sebagai guru, boleh memanipulasikan murid-murid yang sudah mahir dalam permainan bola sepak untuk menunjukkan demostrasi kepada rakan sebaya yang lain. Situasi ini akan memberikan motivasi kepada pelajar lain untuk mengikut perlakuannya. Begitu juga dengan penerapan nilai murni di dalam kalangan para pelajar. Guru boleh menjadikan murid-murid yang lebih berdisplin sebagai contoh atau ikutan yang terbaik kepada murid yang lain. Sebagai contoh, guru memuji murid yang sentiasa berpakaian kemas. Seterusnya, memaparkan hasilan kerja terbaik dalam kalangan murid juga merupakan langkah yang terbaik perlu dibuat oleh guru. Sebagai contoh, guru memilih karangan Ahmad yang merupakan karangan terbaik di dalam kelas 5 Jaya. Kemudian guru tersebut menanyangkan karangan tersebut kepada rakan-rakan Ahmad yang lain. Tindakan ini akan menyebabkan Ahmad akan terus berusaha dan merangsang murid lain untuk mengikut jejak Ahmad. Secara tidak langsung, akan timbul kesedaran murid lain untuk berusaha supaya hasil kerja mereka turut dipaparkan. Guru juga perlu bertindak untuk mengukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan. Sebagai contoh, guru memuji tulisan Kamal yang begitu kemas kemudiannya menayangkan hasilan tulisan itu di hadapan murid-murid yang lain. Sebagai guru, kita boleh melantik Kamal sebagai ketua kumpulan untuk dijadikan perangsang kepada murid yang lain supaya mengikuti perlakuannya. Selain itu, guru juga boleh menggunakan model yang sebenar untuk menunjukkan demostrasi atau tunjuk cara. Sebagai contoh tukang jahit untuk menunjukkan cara yang betul untuk membuat jahitan insang pari. Guru dikehendaki menyediakan simbolik-langkah kerja. Kemudian murid membaca langkah 1, manakala guru berperanan menerangkan langkah, sementara tukang jahit membuat jahitan secara praktik. Langkah demi langkah diteruskan sehingga selesai. Apabila selesai, murid akan membuat latihan jahitan insang pari tersebut. Manakala guru dan tukang

jahit akan mengawal selia dan membimbing mereka sepanjang proses menghasilkan jahitan itu. Bukan itu sahaja, pada zaman yang serba moden ini kita sebagai pendidik seharusnya peka dengan pengaruh-pengaruh media massa dan internet yang begitu luas berkembang kepada pelajar. Mereka seharusnya dibimbing oleh guru dengan menasihati mereka tentang jenis-jenis program yang harus dipilh dan yang harus ditolak. Hal ini penting untuk mengelakkan mereka menjadikan teknologi ini sebagai contoh atau ikutan mereka. Sebagai contoh, murid-murid di sekolah rendah misalnya mudah terpengaruh dengan rancangan-rancangan televisyen yang kebanyakkannya datang dari negara luar seperti rancangan gusti dan perang. Sekiranya tidak dikawal atau dinasihat oleh guru khususnya, mereka akan meniru sebahagian daripada adengan yang terdapat di dalam rancangan tersebut dan mengaplikasikannya kepada rakan sebayanya. Hal ini mendatangkan kemudaratan kepada murid itu sendiri dan juga persekitarannya. Selain itu, guru juga harus bertindak dengan menyediakan persekitaran sosial yang lebih kondusif agar modeling atau proses peniruan boleh berlaku dalam kalangan murid-murid. Kita sebagai guru seharusnya memberikan insentif, pengukuhan dan sokongan moral yang berterusan bertujuan untuk menggalakkan berlakunya

tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini. Interaksi yang baik antara guru dan murid adalah perlu di dalam menghidupkan suasana persekitaran sosial yang kondusif dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai