Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1

Huraikan perbezaan antara kaedah simulasi dan kaedah tunjuk cara dalam
pengajaran Pendidikan Moral.
Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang berkaitan dengan masalah sosial
telah berlaku di negara kita dan masalah ini semakin berleluasa. Secara
umumnya, masalah sosial ini dikaitkan dengan perlakuan negatif yang dilakukan
oleh seseorang atau sekumpulan individu kerana kekurangan nilai-nilai murni
dalam dirinya. Oleh itu, dalam usaha mencapai matlamat bagi membentuk insan
yang harmonis, luhur dan mulia, nilai-nilai murni perlu diterapkan ke dalam
matapelajaran pendidikan moral melalui kaedah, teknik, pendekatan dan strategi
pengajaran agar para pelajar dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
murni tersebut sejak kecil lagi.
Dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Moral, strategi pengajaran
yang kerap digunakan ialah kaedah simulasi dan juga kaedah tunjuk cara.
kedua-dua strategi pengajaran ini macam serupa tetapi tidak. Kaedah simulasi
dapat didefinisikan sebagai satu situasi pembelajaran dalam keadaan yang
terkawal dan sengaja diwujudkan menyerupai dengan situaisi yang sebenar. Ia
membawa tujuan untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep
atau pengetahuan tertentu ketika menjalankan latihan menyelesaikan satu
masalah yang ditimbulkan. Hal ini dapat dibuktikan melalui simulasi dalam bilik
darjah yang digunakan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti
lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan
mengemukakan cara penyelesaian bagi sesuatu masalah yang telah
dikemukakan atau ditimbulkan.
Kaedah tunjuk cara pula merupakan satu kaedah yang telah lama
digunakan di sekolah. kaedah ini boleh didefinasikan sebagai satu kaedah
mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu kepada murid atau sekelompok
murid. Kaedah ini melibatkan guru menunjuk cara sesuatu proses, produk
dengan langkah-langkah yang sistematik dan jelas. Ia berfungsi sebagai satu
cara untuk membiasakan murid dengan sesuatu prosedur yang perlu diikuti oleh
mereka ketika melakukan sesuatu aktiviti. kaedah ini amat berkesan dalam
menunjukkan murid-murid bahawa mereka benar-benar memahami apa yang
dipelajari.
Dalam kaedah simulasi, terdapat dua jenis simulasi yang biasa digunakan
dalam aktiviti pembelajaran mata pelajaran pendidikan moral, iaitu sosiodrama
dan main peranan. Sosialdrama merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik.
Aktiviti lakonan dalam sosiodrama adalah berdasarkan sesuatu cerita yang
menggambarkan sesuatu situasi atau isu yang berkonflik, mempunyai
perwatakan yang menentang nilai sosial. situasi yang berkonflik ini akan
mengajar murid-murid berfikir tentang cara-cara menyelesaikan masalah. Murid-
murid juga diajar untuk menyatakan sikap, perasaan mereka dalam pengajaran
pendidikan moral. keadaan ini akan membangkitkan semangat murid-murid
untuk menjiwai babak.
Jenis kedua simulasi ialah main peranan. Main peranan ialah lakonan
spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip.
Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan kepada situasi atau masalah yang timbul.
Contohnya guru pendidikan moral memberikan satu situasi seperti di dalam bas
dan murid-murid kemudian membayangkan situasi yang timbul, kemudian
melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan.
Kaedah tunjuk cara pula terdapat tiga jenis. Yang pertama ialah model
hidup. Model hidup bermaksud model yang sebenar dan biasanya digunakan
untuk melakukan demo atau tunjuk cara untuk sesuatu perkara. Model hidup
termasuklah tunjuk cara oleh guru ataupun mirid yang telah menguasai
kemahiran. contohnya dalam pengajaran pendidkan moral, guru ingin mengajar
kekemasan diri, guru boleh menjadikan dirinya sebagai model ataupun memilih
murid yang berpakaian kemas sebagai model hidup kepada kelas. Jenis kedua
ialah model simbolik, jenis ini mempunyai tunjuk cara yang dilakukan
berdasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru.
Contohnya guru menggunakan kata-kata yang baik dalam pengajaran moral
untuk menyeru murid-murid menghargai masa. Jenis ketiga ialah model persepsi.
Model ini menunjukkan satu proses atau aktiviti dengan bantuan peralatan
seperti video ataupun slide. Kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan manakala
yang tidak diingini diketepikan.
Terdapat banyak tujuan bahawa kaedah simulasi dijalankan dalam
pengajaran pendidikan moral. Tujuan yang pertama adalah membolehkan murid
menguasai sesuatu kemahiran contohnya berdikari, Melalui simulasi sesuatu
situasi, murid-murid dapat mempelajari kepentingan berdikari dan juga
menguasainya serta diaplikasikan pada kehidupan. Selain itu, kaedah simulasi
dalam pengajaran pendidikan moral juga bertujuan untuk membina pemikiran
yang analitis dan kirits. Hal ini demikian kerana guru akan mengemukakan
sesuatu situasi dan murid-murid dikehendaki memikirkan cara penyelesaian bagi
situasi tersebut. Contohnya guru mengemukakan situasi mengenai kebersihan
alam sekitar dan murid-murid dikehendaki untuk berfikir secara kritis.
sehubungan itu, kaedah simulasi dalam pengajaran moral juga dapat membina
sikap positif dalam kalangan murid. Guru mengemukakan sesuatu isu dan
melakukan simulasi, murid-murid dapat memperhatikan simulasi tersebut
mempelajari nilai-nilai positif yang terkandung dalam situasi tersebut. Di samping
itu, kaedah simulasi juga dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran, ia boleh
menjadikan p&p menyeronokan dan pada masa yang sama murid dapat
mempelajari sesuatu.
Dalam ciri-ciri kaedah tunjuk ajar pula, terdapat empat ciri iaitu melihat
kemahiran, penglibatan murid, peluang untuk mendengar dan melihat dan kaitan
teori dan praktikal. Dalam ciri pertama iaitu melihat kemahiran, guru akan
memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada muridnya. ini bermakna guru akan
memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara
ini, murid akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidak
hanya mendengar sebaliknya melihat dan melalui sendiri. Ciri kedua ialah
penglibatan murid, guru boleh melibatkan murid dalam aktiviti pratikal dalam
pengajaran pendidikan moral . Murid baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar
yang lain. Disamping mendedah murid dengan realiti sebenar, bakat murid dapat
dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti. Ciri ketiga ialah peluang untuk
mendengar atau melihat. Guru perlulah memastikan setiap murid tidak tercicir
daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Guru boleh
membahagikan murid mengikut kumpulan-kumpulan kecil sekiranya bilangan
murid adalah ramai. Ciri yang terakhir ialah berkaitan dengan teori dan praktikal.
kaedah ini berkesan kerana murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara
teori dan pratikal. Pada kaedah ini, murid perlu diberi perhatian dan ini bertujuan
supaya murid tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi
mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran murid membuat aktiviti.
Terdapat kebaikan dan kelemahan antara kaedah simulasi dan kaedah
tunjuk cara dalam pengajaran pendidikan moral. Kelebihan antara kaedah
simulasi ialah ia memberi peluang kepada murid-murid, contohnya guru
mengemukakan satu situasi dan meminta murid untuk melakukan lakonan
dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian bagi situasi yang
dikemukakan. Ini memberi peluang pada murid untuk melibatkan diri dalam
pengajaran dan pembelajaran pengajaran pendidikan moral. Selain itu, kelebihan
kaedah simulasi juga dapat mempertingkatkan kemahiran bertutur, hal ini kerana
ketika murid berlakon sesuatu situasi maka mereka boleh mempertingkatkan
kemahiran bertutur dengan rakan lain. Contohnya guru mengemukakan satu
situasi di bas dan murid perlulah bertutur seperti mereka berada dalam bas
tersebut.
Sehubungan itu, kaedah simulasi dalam pengajaran pendidikan moral
dapat menyediakan murid untuk situasi yang sebenar, hal ini demikian kerana
kaedah simulasi adalah satu situasi yang diwujudkan serupa dengan situasi
sebenar. Contohnya guru mengemukakan satu situasi membeli makanan di
kantin dan melakukan simulasi, murid-murid akan berupaya mempelajari nilai-
nilai yang berada dalam situasi tersebut seperti menjaga kebersihan dan beratur
ketika membeli makanan. Di samping itu, kaedah simulasi turut membantu
meningkatkan interaksi dan hubungan yang sihat antara murid dengan murid dan
murid dengan guru. Guru boleh mengemukakan satu situasi dan meminta murid
untuk melakukan simulasi, dalam simulasi tersebut, murid-murid dan guru boleh
sama-sama mengambil bahagian untuk menjayakan simulasi tersebut. Oleh itu,
interaksi dan hubungan yang sihat akan terjadi. Kaedah simulasi juga boleh
mengubah sikap negatif seseorang dengan membolehkan mereka merasai
situasi tersebut dengan lebih dekat. Mereka mengambil bahagian dalam simulasi
tersebut dapat merasai perasaan yang berada dalam situasi tersebut dan
mengubah tangkapan dan sikap negatifnya.
kelebihan kaedah tunjuk cara dalam pengajaran Pendidikan Moral ialah
memberikan peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang
hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Contohnya guru
mempekenalkan rutin harian yang baik kepada murid-murid, para murid
hendaklah mempelajari memperbetulkan rutin harian mereka mengikut prosedur
yang telah ditunjukkan oleh guru. Selain itu, kaedah ini juga membuat murid
menguasai konsep dan prinsip dengan mudah. Guru dapat memperkenalkan
sesuatu prinsip atau konsep yang baik ataupun positif kepada murid-murid dan
mereka dapat menguasai dengan capat. Kaedah tunjuk cara ini juga dapat
meningkatkan ingatan murid terhapda langkah-langkah sesuatu perkara.
Contohnya guru memperkenalkan langkah-langkah untuk menghasilkan rutin
harian yang baik dan ini dapat meningkatkan ingatan murid tentang langkah-
langkah menghasilkan rutin harian yang baik seperti merancang sebelum
melakukan.
kelebihan yang seterusnya ialah meningkatkan keyakinan murid untuk
menjalankan sesuatu aktiviti. Hal ini dapat dilihat melalui guru menjadikan
seseorang murid sebagai model hidup, ini akan meningkatkan keyakinan murid
untuk meneruskan usahanya dan juga memotivasikan murid-murid lain.
Sehubungan itu, kaedah ini juga membolehkan murid mencontohi sesuatu
perlakuan dengan lebih mudah. Hal ini dapat dibuktikan ketika guru ingin
mendemostrasikan cara berpakaian yang kemas, guru dapat menjadi model
hidup kepada perkara tersebut ataupun memilih murid yang sesuai bagi menjadi
model hidup. Ini membolehkan murid-murid lain mendapat konsep dan
mencontohi perlakuan yang positif dengan lebih mudah.
Kelemahan kaedah simulasi adalah murid akan berasa gelisa kerana
mereka tidak pernah berlakon dalam situasi tersebut, ini akan menganggu
kelancaran P&P dalam kelas. Selain itu, pelakon yang tidak baik akan
menimbulkan suasana bising kerana murid lain akan memberi komen atau
mengejek mereka dan menjadikan suasana kelas bising dan huru hara.
kelemahan kaedah simulasi juga termasuklah pengalaman hanyalah wujud pada
murid yang selalu berlakon, kepada mereka yang jarang melibatkan diri dalam
melakukan simulasi maka mereka tidak akan memperoleh pengalaman.
Sehubungan itu, kaedah ini memerlukan persediaan yang rapi dan sukar
membuat ramalan kerana ia bergantung kepada reaksi murid pada masa
tersebut. persediaan yang rapi seperti menyediakan alatan sekiranya diperlukan
ataupun memastikan tempat melakukan simulasi adalah sesuai supaya tidak
berlaku kemalangan.
Kelemahan kaedah tunjuk cara dalam pengajaran pendidikan moral
adalah kurang berbanding dengan kaedah simulasi yang sukar dijangka. Kaedah
tunjuk cara bukannya sesuai untuk semua tajuk atau kemahiran yang terdapat
dalam sukatan pelajaran Pendidikan moral. Oleh itu, guru haruslah bijak memilih
topik yang sesuai supaya tidak mengganggu P&P berjalan.
Kesimpulannya, kaedah simulasi dan kaedah tunjuk cara dalam
pengajaran pendidikan moral merupakan dua kaedah pengajaran yang berbeza
dan masing-masing mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Selain itu, kedua-dua
kaedah ini masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.
Oleh itu sebagai seorang guru, kita haruslah bijak memilih kaedah yang sesuai
untuk diaplikasikan dalam pengajaran pendidikan moral supaya ia dapat
memanfaatkan murid-murid dan membolehkan mereka mempelajari dengan
lebih efektif.

Anda mungkin juga menyukai