Anda di halaman 1dari 3

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL KEPADA BAKAL GURU Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura

sememangnya memberi beberapa implikasi kepada kita, terutamanya sebagai seorang guru dan bakal pendidik. Pertamanya adalah daripada unsur pembelajaran utama teori ini sendiri yang menekankan kepada aspek pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Guru sememangnya berperanan sebagai role model kepada pelajar. Segala tindak tanduk, percakapan dan perbuatan kita sentiasa menjadi tumpuan murid. Justeru, sebagai seorang bakal guru kita perlulah menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani. Sebagai seorang bakal guru yang pastinya akan berhadapan dengan pelbagai tingkah laku murid, kita perlu menyedari bahawa teknik modeling

merupakan satu alternatif yang berupaya untuk membentuk tingkah laku yang baru. Justeru, dalam melaksanakan sesuatu dan memupuk modeling dalam diri murid-murid, guru perlu memastikan dalam sesi pembelajaran tersebut wujudnya empat unsur utama dalam teori ini. Pertamanya pemerhatian melalui model atau tingkah laku yang ditiru, pengekalan tingkah laku tersebut dalam ingatan, reproduksi tingkah laku tersebut dan motivasi atau peneguhan yang berlaku. Selain itu, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, penyampaian seorang guru juga hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar. Bagi mengajar sesuatu kemahiran yang betul, guru sendiri

haruslah menggunakan cara pendekatan yang betul kepada pelajar. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. Misalnya dalam menghasilkan alat bantu mengajar yang sesuai kepada pelajar. Demonstrasi guru sendiri hendaklah jelas, mudah dan menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat. Hal ini juga membantu agar proses pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar.

Di samping itu itu, guru juga boleh melaksanakan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Dalam hal ini, guru sendiri bertanggungjawab untuk mendedahkan murid-murid kepada pelbagai jenis model. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan model yang mempunyai kecerdasan yang tinggi misalnya murid yang yang cemerlang dalam pelajaran sebagai model kepada murid yang lain untuk ditiru. Paparkan hasil kerja terbaik model tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti model berkenaan.
.

Tidak ketinggalan, teori pembelajaran sosial ini juga dapat membantu dan menunjukkan tingkah laku yang baik

guru dalam mengajar nilai murni

kepada pelajar. Misalnya beri peluang kepada pelajar untuk bermain dengan teknik simulasi atau main peranan dalam sesuatu watak bersejarah. Hal ini dapat mendedahkan mereka dan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai nilai murni tersebut. Sebagai seorang guru juga, kita hendaklah sentiasa membimbing dan menerangkan kepada murid tentang konsekuen berhubung satu-satu jenis tingkah laku. Hal ini penting seperti agar tingkah laku yang sesuai dapat ditingkat dan dikekalkan, manakala tingkah laku yang tidak diingini akan dihapuskan. Di samping itu, guru perlu menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar proses modeling boleh berlaku. Memetik kata-kata Choong Lean Keow dalam bukunya yang berpendapat bahawa insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberikan bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid. Sememangnya murid akan sentiasa menunjukkan tingkah laku yang diingini sekiranya mereka memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab guru dalam memberikan peneguhan atau ganjaran yang sesuai berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan. Persekitaran yang selesa dan kondusif juga harus dititikberatkan agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai