Anda di halaman 1dari 29

1.

0 Pengenalan

Teori merupakan prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu
pengetahuan. Manakala pembelajaran didefinisikan suatu perubahan dalam diri individu hasil
daripada pengalaman (Slavin, 1991). Manusia mula belajar apabila dilahirkan dan semua
pembelajarannya hasil daripada pengalaman. Pembelajaran boleh berlaku secara sengaja atau
tidak sengaja. Manakala teori pembelajaran pula merupakan upaya untuk mendeskripsikan
bagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita semua memahami proses pemikiran yang
kompleks dari belajar. Ada 4 prinsip yang berkait dengan teori pembelajaran iaitu :

i. Terdapat banyak kecenderungan cara pembelajaran pelajar dan kecenderungan ini sudah
dimiliki oleh pelajar sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.
ii. Adanya struktur pengetahuan iaitu :
a. Struktur pengetahuan mestilah mampu membawa suatu informasi yang sangat luas
b. Struktur tersebut mestilah mampu membawa pelajar kepada perkara yang baru,
melebihi informasi yang guru akan jelaskan
c. Struktur pengetahuan mestilah mampu meluaskan skop pemikiran pelajar dan
mengkombinasikannya dengan ilmu-ilmu lain.
iii. Hubungan yang bersifat optima. Perlu adanya hubungan yang mudah tentang sesuatu
yang akan diajarkan oleh guru agar murid lebih mudah memahami informasi tersebut.
iv. Penghargaan dan hukuman.

Bagaimana guru dapat membantu pelajar menumpukan perhatian dan proses pemikiran
mereka agar dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang cekap ? Oleh yang demikian,
ada tiga perspektif utama dalam teori pembelajaran, iaitu Behaviorisme, Kognitivisme, dan
Konstruktivisme. Pada dasarnya teori pertama dilengkapi oleh teori kedua dan seterusnya,
sehingga ada variasi, gagasan utama, ataupun tokoh yang tidak dapat dimasukkan dengan jelas
termasuk yang mana, atau bahkan menjadi teori tersendiri. Namun hal ini tidak perlu kita
perdebatkan. Yang lebih penting untuk kita pahami adalah teori mana yang baik untuk diterapkan
pada kawasan tertentu, dan teori mana yang sesuai untuk kawasan lainnya. Pemahaman sebegini
penting untuk dapat meningkatkan kualiti pembelajaran.

1
2.0 Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sabagai faktor


yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli - ahli behaviorisme melihat perhubungan antara
persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan
dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud.
Mereka berpendapat kecenderungan - kecenderungan tingkah laku termasuk tret - tret, bakat,
nilai - nilai, kepercayaan, aspirasi dan lain - lain adalah dipelajari.

Antara andaian ahli Behaviorisme ialah tingkah laku boleh diperhatikan, diukur dan
dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan
dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dan
melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalu ganjaran dan dendaan. Ahli - ahli
Behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan
proses pembelajaran.

2.1 Pelaziman Klasik Pavlov

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa
sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah
apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Pembelajaran boleh berlaku akibat
kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu
rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana
perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di
namakan pelaziman klasik.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka
murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan
mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa
pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas.
Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan
pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,

2
mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang
dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa.

2.1.1 Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Konsep ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov, seorang fisiologis berbangsa Russia. Konsep
ini melibatkan pemasangan antara rangsangan nutral dengan rangsangan yang akan menimbulkan
gerak balas tertentu sehingga rangsangan yang sebelumnya bersifat nutral itu berupaya
menghasilkan gerak balas.

Pavlov telah menggunakan anjing untuk mejelaskan konsep pelaziman klasik ini. Beliau
mendapati bahawa pengeluaran air liur anjing akan bertambah apabila beliau meletakkan
makanan ke dalam mulutnya. Jumlah pengeluaran air liur anjing kemudiannya diukur. Pavlov
kemudiannya mendapati bahawa anjing - anjing tersebut turut mengeluarkan air liur apabila
mereka ternampak penjaga - penjaga mereka yang membayangkan seolah - olah mereka akan
diberi makan. Penemuan ini membawa kepada pengumpulan data bagi pelaziman klasik.

Pavlov kemudiannya memperkenalkan beberapa konsep. Beliau menjelaskan bahawa


reaksi spontan atau refleks anjing (pengeluaran air liur) ialah gerak balas tidak terlazim terhadap
rangsangan semula jadi. Makanan ialah rangsangan tidak terlazim. Ia membawa kepada gerak
balas tidak terlazim (pengeluaran air liur). Rangsangan yang pada asalnya bersifat nutral, apabila
dipasangkan berulang - ulang kali dengan rangsangan tidak terlazim disebut rangsangan terlazim.

3
2.1.2 Proses pelaziman klasik boleh digambarkan seperti yang berikut :

Sebelum 1. Makanan pengeluaran air liur

Pelaziman (rangsangan tidak terlazim) (gerak balas tidak terlazim)

2. Bunyi loceng tiada pengeluaran air liur

(rangsangan terlazim)

Tahap 3. Makanan dan bunyi loceng pengeluaran air liur

pelaziman (dipasangkan berkali - kali)

(Rangsangan tidak terlazim) + (gerak balas tidak terlazim)

Selepas 4. Bunyi loceng pengeluaran air liur

pelaziman (rangsangan terlazim) (gerak balas terlazim)

Rajah menunjukkan Uji Kaji Pelaziman Klasik Pavlov

Pavlov juga menyatakan bahawa gerak balas terlazim akan akhirnya terhapus jika peneguhan
(rangsangan terlazim) tidak diberikan. Ini dikenali sebagai pupusan.

Pemulihan spontan pula berlaku apabila rangsangan terlazim diberi semula secara tiba - tiba akan
menimbulkan gerak balas terlazim (walaupun tiada peneguhan diberikan).

2.1.3 Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov

i. Penguasaan

Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru
berlaku berperingkat - peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh
penguasaan berkenaan.

4
ii. Generalisasi (penyeluruhan)
Dalam eksperimennya, Pavlov juga menggunakan bunyi loceng yang berlaianan nada,
tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme
yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti
loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun
rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan
perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan
atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

iii. Diskriminasi
Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar loceng anjing nada bunyi loceng anjing
itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi
loceng yang asal, anjing berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara
rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.
Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan
tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.

iv. Penghapusan
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak
terlazim (makanan), lama - kelamaan organisme itu tidak bergerak balas. Iaitu, gerak
balas berperingkat - peringkat terhapus.

2.2 Latar Belakang Pavlov

Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia


bernama Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan
secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji
bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme.
Pavlov mengasaskan kajiannya pada hukum perkaitan’
(Law of Association) yang diutarakan oleh ahli falsafah
Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini,
sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini

5
organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat
sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau
seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.

2.3 Pelaziman Operan

Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama:

a)  PENEGUHAN (reinforcement) yang terbahagi kepada

   PENEGUHAN POSITIF dan PENEGUHAN NEGATIF.

b) DENDA (punishment)

 Peneguhan Positif (Positive Reinforcement)

Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan
berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif.

Contoh:-

1. Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkah
laku itu dengan harapan mendapat makanan.
2. Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang
tingkahlaku itu.
3. Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja
itu akan mengulang kelakuan berkenaan?

Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau
token (seperti markah ujian).

 Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)

Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh
menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan
Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau
mengurangkan keadaan yang negatif.

6
Contoh:-

1. Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan
kejutan elektrik.
2. Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar
anaknya memekik-pekik

 Denda (Punishment)

Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku
yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan.

Contoh:-

Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, mengentikan
keseronokkan).

2.3.1 Pembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operan (Shaping Behaviour)

Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan'


(shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada
tingkahlaku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia
bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan
tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi. Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk
mengawal tingkah laku orang.

Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan
rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-
pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus
berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa
dalam kelas ketawa apabila diberjenaka.

Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi bagaimana
penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini telah menyebabkan
pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas.

7
2.3.2 Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)

Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa cara
peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah hubungan di antara cara
peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran? Jadual Peneguhan yang diperkenalkan
oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mencadangkan dua cara peneguhan,
iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable
Reinforcement).

Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme menerima
ganjaran atau peneguhan.

Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau masa
tertentu. Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa.

Menurut Nisbah

a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas
berlaku. m.s. nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang wujud 1 peneguhan berikan.

b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak
balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. m.s. kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam
keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.

Menurut Masa

a) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang
ditetapkan. m.s. jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikan kepada
gerak balas yang wujud selepas 1 minit. b) Masa berubah ('variable interval') ialah apabila
peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan
berbeza mengikut gerak balas yang wujud.

8
2.4 Latar Belakang Skinner

Skinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan


didedahkan kepada penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun
1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang
psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan
berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of
Organisms ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan seorang
budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan
dibelanja makan ais krim.

B.F. Skinner (1904 - 1990) berkebangsaan Amerika dikenal sebagai tokoh behavioris dengan
pendekatan model instruksi langsung dan meyakini bahwa perilaku dikontrol melalui proses
operant conditioning. Di mana seorang dapat mengontrol tingkah laku organisme melalui
pemberian reinforcement yang bijaksana dalam lingkungan relatif besar. Dalam beberapa hal,
pelaksanaannya jauh lebih fleksibel daripada conditioning klasik. Gaya mengajar guru dilakukan
dengan beberapa pengantar dari guru secara searah dan dikontrol guru melalui pengulangan dan
latihan.

Skinner membuat eksperimen sebagai berikut :

Dalam laboratorium Skinner


memasukkan tikus yang telah dilaparkan
dalam kotak yang disebut “skinner box”,
yang sudah dilengkapi dengan berbagai
peralatan iaitu tombol, alat pemberi
makanan, penampung makanan, lampu
yangdapat diatur nyalanya, dan lantai
yanga dapat dialir listrik. Kerana
dorongan lapar tikus berusaha keluar
untuk mencari makanan. Selama tikus
bergerak kesana kemari untuk keluar dari kotak, tidak sengaja ia menekan tombol, makanan
keluar. Secara terjadi diberikan makanan secara bertahap sesuai peningkatan perilaku yang

9
ditunjukkan si tikus, proses ini disebut shapping.
Berdasarkan berbagai percubannya pada tikus dan burung merpati Skinner mengatakan bahawa
unsur terpenting dalam belajar adalah penguatan. Maksudnya adalah pengetahuan yang terbentuk
melalui ikatan stimulus respon akan semakin kuat bila diberi penguatan. Skinner membagi
penguatan ini menjadi dua iaitu penguatan positif dan penguatan negatif. Bentuk bentuk
penguatan positif berupa hadiah, perilaku, atau penghargaan. Bentuk bentuk penguatan negatif
antara lain menunda atau tidak memberi penghargaan, memberikan tugas tambahan atau
menunjukkan perilaku tidak senang.

Beberapa prinsip Skinner antara lain :

 Hasil belajar harus segera diberitahukan kepada siswa, jika salah dibetulkan, jika benar
diberi penguat.

 Proses belajar harus mengikuti irama dari yang belajar.

 Materi pelajaran, digunakan sistem modul.

 Dalam proses pembelajaran, tidak digunakan hukuman. Untuk itu lingkungan perlu
diubah, untuk menghindari adanya hukuman.

 Dalam proses pembelajaran, lebih dipentingkan aktifitas sendiri.

 Tingkah laku yang diinginkan pendidik, diberi hadiah, dan sebaiknya hadiah diberikan
dengan digunakannya jadual variabel Rasio reinforcer.
 Dalam pembelajaran digunakan shaping.

2.5 Perbezaan antara Pelaziman Operan dengan Pelaziman Klasik

Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitaran. Misal kata,
anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan
makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai plihan

10
untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang
diberikan.

3.0 Teori Pembelajaran Kognitivisme

Pendekatan kognitif menekankan kepada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima
diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada
dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil
pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif
menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak
kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada
bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan
minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah
dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila
menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea
kita sebelum ini adalah salah atau negatif.

Teori perkembangan kognitif Piaget adalah salah satu teori yang menjelaskan bagaimana
kanak-kanak beradaptasi dan menginterpretasikan objek dan kejadian-kejadian sekitarnya.
Bagaimana kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi dari objek-objek seperti mainan,
perabot, dan makanan serta objek-objek sosial seperti diri, orangtua dan teman. Bagaimana cara
kanak-kanak mengelompokan objek-objek untuk mengetahui persamaan-persamaan dan
perbezaan-perbezaannya, untuk memahami penyebab terjadinya perubahan dalam objek-objek
dan perisiwa-peristiwa dan untuk membentuk perkiraan tentang objek dan peristiwa tersebut.
 
            Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif, yang berkelakuan
seperti saintis muda dan memperkembangkan teori masing-masing berkaitan dengan cara dunia
berfungsi serta bersedia membuktikan teori mereka didalam menyusun pengetahuannya
mengenai realiti. Kanak-kanak tidak pasif menerima informasi. Walaupun proses berfikir dalam
konsepsi kanak-kanak mengenai realiti telah dimodifikasi oleh pengalaman dengan dunia

11
sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalam menginterpretasikan informasi yang
mereka perolehi melalui pengalaman, serta dalam mengadaptasikannya pada pengetahuan dan
konsepsi mengenai dunia mereka.
 
Piaget sangat berminat untuk mengetahui cara manusia memperoleh pengetahuan iaitu
apa sahaja yang disebut epistemologi. Piaget mencadangkan bahawa dalam hayat manusia,
mereka akan melalui 4 peringkat pemerolehan pengetahuan yang berbeza. Bayi memperoleh
pengetahuan melalui pengalaman deria mereka iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa,
dan bau. Kanak-kanak tadika memperoleh pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri
berkenaan dunia. Kanak-kanak yang lebih tua mula mengaplikasi peraturan-pertauran logik untuk
memahami cara dunia berfungsi. Remaja dan orang dewasa berada pada peringkat mereka boleh
mengaplikasi logik kepada situasi hipotetikal dan juga kepada situasi sebenar.

Piaget percaya bahawa pemikiran anak-anak berkembang mengikut tahap yang terus
bertambah kompleks. Menurut teori perkembangan Piaget, setiap individu akan melalui satu
perubahan kualitatif yang bersifat invariant, selalu tetap, tidak melompat atau mundur. Perubahan
kualitatif ini terjadi kerana tekanan biologis untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan serta
adanya pengorganisasian struktur berfikir. Untuk menunjukan struktur kognitif yang mendasari
pola-pola tingkah laku yang organisasi, Piaget menggunakan istilah organisasi dan adaptasi.
Dengan kedua komponen ini bererti bahawa kognisi merupakan sistem yang selalu diorganisasi
dan diadaptasi, sehingga berkemungkinan individu beradaptasi dengan lingkungannya.

Untuk menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana 2 proses utama dalam pembelajaran iaitu
ORGANISASI dan ADAPTASI, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama :

12
i. Skema - Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru
ii. Asimilasi - Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada
iii. Akomodasi - Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru
iv. Keseimbangan - Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam
keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.

            Skema (struktur kognitif) adalah proses atau cara mengorganisasi dan memberi tindak
balas dengan perbagai pengalaman. Dengan kata lain, skema adalah suatu pola sistematik dari
tindakan, tingkahlaku, pemikiran, dan strategi penyelesaikan masalah yang memberikan satu
kerangka pemikiran dalam menghadapi berbagai tentangan dan jenis situasi. Skema tidak statik
tetapi sentiasa berubah menurut perkembangan intelektual dan pengalaman. Ia diandaikan seperti
konsep atau kategori berkenaan sekumpulan objek,peristiwa atau sifat atau ciri. Misalnya orang
dewasa memiliki banyak skema manakala bilangan skema pada bayi terhad dan bertambah
apabila membesar.

Adaptasi (struktur fungsional) adalah sebuah istilah yang digunakan oleh Piaget untuk
menunjukkan pentingnya pola hubungan individu dengan lingkungannya dalam proses
perkembangan kognitif. Menurut Piaget, adaptasi ini terdiri dari dua proses yang saling
melengkapi, iaitu asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi dari sudut biologi adalah integrasi antara elemen-elemen eksternal (dari luar)
terhadap struktur yang sudah lengkap pada organisme. Asimilasi ialah proses kognitif yang
membolehkan individu mengintegrasikan pengalaman baru denga skema sedia ada. Proses
asimilasi ini didasarkan atas kenyataan bahawa setiap saat manusia selalu mengasimilasikan
informasi-informasi yang sampai kepadanya, kemudian informasi-informasi tersebut
dikelompokan kedalam istilah-istilah yang sebelumnya telah mereka ketahui. Misalnya, seorang
kanak-kanak nampak kucing dan diberitahu itulah kucing. Apabila kanak-kanak tersebut nampak
arnab, kanak-kanak itu menyebut kucing. Maka inilah asimilasi iaitu maklumat diserap tanpa
dibuat ubahsuai.
 

13
Akomodasi adalah menciptakan langkah baru atau memperbaharui atau menggabung-
gabungakan istilah lama untuk menghadapi sesuatu yang baru. Akomodasi kognitif bererti
mengubah struktur kognitif yang telah sedia ada untuk disesuaikan dengan objek stimulus
eksternal. Maka, jikalau pada asimilasi terjadi perubahan pada objeknya, maka pada akomodasi
perubahan terjadi pada subjeknya, sehingga ia dapat menyesuaikan diri dengan objek yang ada
diluar dirinya. Struktur kognitif yang sudah ada dalam diri seseorang mengalami perubahan
supaya sesuai dengan rangsangan-rangsangan objeknya. Misalnya, (sambungan seperti contoh
asimilasi) sekiranya orang dewasa melihat kanak-kanak tersebut menyebut kucing apabila
melihat arnab, maka hendaklah diperbetulkan dan memberitahu perbezaan antara kucing dan
arnab.
 
Piaget mengemukakan bahawa setiap organisme yang mempunyai penyesuaian (adaptasi)
dengan pengalamannya harus mencapai keseimbangan (ekuilibrium), iaitu antara pengalaman
(asimilasi) dan pengalaman (akomodasi). Agar terjadi ekuilibrasi antara individu dengan
pengalaman, maka peristiwa-peristiwa asimilasi dan akomodasi harus terjadi secara terpadu dan
bersama-sama. Misalnya, apabila kanak-kanak mendapat maklumat baru, terjadi
ketidakseimbangan dalam pemikirannya. Maka untuk mendapat semula keseimbangan, kanak-
kanak perlu membuat organisasi atau adaptasi pada skemata iaitu struktur kognitif yang
mengorganisasikan dan mengintegrasikan semua pengalaman kita.

3.1 Perkembangan Kognitif Pada Setiap Masa Menurut Piaget

3.1.1 Perkembangan Masa Bayi (Sensorimotor : 0 hingga 2 tahun)


 
Peringkat awal perkembangan kanak-kanak banyak bergantung kepada kemahiran organ
deria untuk mereka bergerak dan bertindak. Pada peringkat ini, kanak-kanak banyak mengunakan
deria motor seperti memegang dan menghisap untuk berinteraksi dan memahami alam
sekitarnya.  Kanak-kanak ini juga masih belum tahu kewujudan sesuatu objek.  Ini bermaksud
apabila suatu objek seperti bola yang pernah dilihat oleh kanak-kanak tersebut lalu disimpan,
maka kanak-kanak tersebut akan beranggapan bola itu sudah tidak ada lagi.

3.1.2 Perkembangan Masa Kanak-Kanak Awal (Praoperasi : 2 hingga 7 tahun)

14
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek
yang dilihatnya. Contohnya, kanak-kanak yang mahukan seperti kasut yang dipakai oleh
kawannya akan menggunakan perkataan ‘kasut’ untuk mewakili ‘kasut’ yang sebenar kanak-
kanak itu inginkan seterusnya memberitahu kepada ibu bapanya. Kanak-kanak mula berbahasa
dan bertutur tetapi pertuturannya bersifat egosentrik iaitu topik perbualan berkisar tentang
dirinya. Kanak-kanak ini juga enggan berinteraksi dengan orang lain dan sukar menerima
pendapat orang lain. Kanak-kanak pada tahap ini juga belum memperoleh konsep pengekalan. 
Misalnya, dua biji gelas yang diisi air dengan isi padu yang sama dalam bentuk yang tidak sama
saiznya.  Mereka sebenarnya masih belum dapat membezakan isi padu air itu  adalah sama dan
mengatakan gelas yang lebih tinggi pasti mempunyai isi padu air yang lebih banyak.

3.1.3 Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-Kanak (Operasi Konkrit : 7 –


12 tahun)

Kanak-kanak pada tahap ini hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang
melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit.  Mereka sudah boleh menerima pendapat orang.
Sebagai contoh pada aktiviti pembelajaran secara berkumpulan (group discussion), mereka dapat
bertoleransi ketika menyelesaikan sesuatu tugasan dan memberikan pandangan secara rasional.

3.1.4 Perkembangan Masa Remaja (Operasi Formal : 12 tahun ke atas)

Pemikiran secara abstrak mula terbentuk.  Mereka sudah boleh menggunakan  prinsip-
prinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak serta membentuk hipotesis ketika
menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh di peringkat sekolah, dalam aktiviti
pembelajaran, guru akan memberi bantuan dengan memberi bimbingan dan memberitahu sama
ada apa yang difikirkan oleh pelajarnya betul atau tidak tentang sesuatu permasalahan dan
penyelesaian contohnya matapelajaran fizik ada menggunakan pembuktian hukum arus dan
hukum voltan Kirchoff.

3.2 Kelebihan Dan Kekurangan Teori Pembelajaran Kognitif

Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang
Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat

15
perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema.
Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan
metodologi yang digunakan. Kelebihan menggunakan teori ini adalah :
 Menjadikan pelajar lebih kreatif dan kritis.
 Membantu pelajar memahami bahan belajar secara lebih mudah

Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu
menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang
mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan
oleh Piaget.Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan
kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya
memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah
yang memerlukan set operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang


terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat
menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Dari
segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian
Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah
diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang
saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

3.3 Latar Belakang Jean Piaget 1896 – 1980

Jean Piaget dilahirkan pada 9 september 1896.


Beliau dilahirkan di Neuchatel (Switzerland). Beliau
merupakan anak pertama kepada pasangan Aurthur
Piaget dan Rebecca Jacen yang suka berdikari dan
berminat tentang ilmu alam. Bapanya merupakan
seorang professor sastera pada zaman pertengahan.
Pada usia 10 tahun beliau menulis notis pendek
berkenaan dengan pipit yang albino “albino

16
sparrow”. Jean Piaget sangat berminat dalam bidang moluska. Sewaktu kecil beliau bercita-cita
untuk menjadi seorang Moluskalogis yang terkenal.

Setelah tamat sekolah menengah beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang sains
persekitaran di Universiti Neuchatel. Di universiti tersebut beliau memperoleh Ph.D. pada umur
21 tahun. Dalam tempoh tersebut juga beliau menerbitkan dua buah artikel berkenaan dengan
falsafah. Beliau berminat terhadap bidang psikoanalisis di Universiti Zurich. Beliau
meninggalkan Switzerland untuk ke Perancis dan bekerja selama setahun di Ecole de’ Larue de la
Grange-aux-Belles, sebuah institut pendidikan bagi pelajar lelaki. Di sana beliau memulakan
kajian dan eksperimen berkenaan kognitif. Di sana juga beliau telah menyelaraskan kajian tahap
kecerdikan dan melakukan eksperimen pertama mengenai perkembangan kognitif.

Pada tahun 1921 beliau menjadi pengarah pendidikan di Institut J-J Rousseau yang
terletak di Geneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for
Psychologist." Pada tahun 1923 beliau berkahwin dengan Valentine Chatenay dan dikurniakan
tiga orang Jacqualine, Lucienne dan Laurent yang menjadi bahan uji kaji beliau sejak usia anak-
anak beliau masih kecil antara tahun 1925 dan 1931. Anak–anak beliau juga menjadi bahan uji
kaji untuk ujian perkembangan bahasa kanak-kanak. Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan
salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan
banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk
ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil
jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola
perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan
yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk
bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan
kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan
kepada perkembangan kognitif kanak-kanak

Bagaimanapun pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi lain terutama ahli
psikologi behavioris apabila dia cuba menerangkan peristiwa-peristiwa mental (mental events).
Dia sungguh tertarik dengan cara siput atau ‘molluska’ menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran. Menggunakan idea daripada biologi dia mencadangkan bahawa pembelajaran

17
adalah hasil daripada dua proses utama iaitu ‘organisasi’ dan ‘adaptasi’. Beliau melakukan
banyak eksperimen dan melahirkan beberapa teori serta menjawat beberapa jawatan dan
menerima beberapa anugerah. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84
tahun, 1981.

3.4 Fenomena Celik Akal ('Insight')

Wolfgang Kohler, seorang perisik Jerman semasa Perang Dunia I, yang


bertempat di Tenerife, Afrika Barat mengkaji tingkahlaku cimpanzi
menyelesai masalah. Hasil kajiannya ditulis dalam buku betajuk The
Mentality of Apes (1925).

Eksperimen 1: Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkat. Pisang


digantung daripada bumbung sangkar. Di dalam sangkar terdapat
beberapa kotak berlainan saiz. Mula-mula haiwan itu melompat-lompat
untuk mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usaha-
usaha itu tidak membawa hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah memikir cara untuk
mendapatkan pisang itu. Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus menyusun kotak-kotak
itu untuk dijadikan sebagai tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang itu.

Haiwan itu dikatakan telah memperolehi 'CELIK AKAL' untuk berindak sedemikian. Adakah
fenomena seperti ini pernah berlaku kepada anda?

18
Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah:

i. Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi


ii. Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah berdasarkan
pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan seperti kotak
dan pisang dalam situasi yang dihadapinya.

Menurut Kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu mendapat
pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan memerhatikan pertalian
tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara menyeluruh. Mereka juga
berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang dipercayai
adalah lebih pintar berbanding dengan haiwan lain.

4.0 Teori Pembelajaran Kontruktivisme

Kontruktivisme adalah proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan


disusun dalam minda manusia. Ciri-ciri kontruktivisme telah lama digunapakai dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah dan universiti tetapi teori ini tidak terlalu
ditekankan dalam pembelajaran. Mengikut kefahaman kontruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah

19
tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang sempurna. Pelajar perlu
membentuk sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah suatu hasil yang diperolehi oleh seorang pelajar itu sendiri dan guru
tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran seseorang pelajar itu tidak akan menghadapi realiti yang
wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui oleh pelajar adalah realiti yang
dibina sendiri. Sebenarnya, seorang pelajar telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
dapat membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Para guru boleh membantu para pelajar dalam membina konsep atau pengatahuan baru
dengan mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Selalunya, apabila
maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, kemudian kerangka yang baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengatahuan dapat dibina dan
proses ini dinamakan kontruktivisme. Beberapa ahli kontruktivisme yang terkemuka berpendapat
bahawa pembelajaran yang bermakna akan bermula dengan pengetahuan atau pengalaman yang
sedia ada pada seseorang pelajar itu.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa setiap pelajar yang berakal mempunyai idea
tersendiri dalam semua perkara, dapat membezakan yang perkara yang betul mahupun salah. Jika
kefahaman ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan mereka
terhadap sesuatu perkara akan kekal walaupun dalam bilik peperiksaan pelajar ini mungkin akan
memberi jawapan yang dikehendaki oleh gurunya, walhal pelajar ini tahu tentang kebenarannya.

John Dewey telah memperkuatkan lagi teori kontruktivisme ini dengan menyatakan
bahawa pendidik yang cekap seharusnya dapat melaksanakan dan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran sebagai satu proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau
juga menekankan tentang kepentingan penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dalam kontruktivisme, fungsi sebagai guru akan berubah dalam teknik pengajaran
dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan, dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh,
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid dapat bertukarkan
ke pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada kejayaan murid dalam mebina skema

20
pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan
penyelidikan daripada pembinaan model dan dari penglihatan guru kepada pembelajaran sesuatu
konsep daripada kaca mata seseorang pelajar itu.

Selain itu, teori ini menganggap setiap individu melihat dirinya secara aktif dalam
pembelajaran ilmu pengetahuan berlandaskan konstruktivisme, dan bukan menerimanya secara
pasif. Proses ilmu konstruktivisme mengandungi ciri perkembangan serta evolusi, jadi ianya
bukan tetap tetapi sering berubah-ubah. Mengikut teori ini juga, ilmu pengetahuan tidak
digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya, ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan
dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu mengikut teori ini, di dalam
sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak
serupa.

4.1 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Dalam Kontruktivisme

Konstruktivisme merupakan pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


mencantumkan maklumat baru dengan pengatahuan yang sedia ada oleh seseorang pelajar.
Tokoh kontruktivisme menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea
yang diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar itu sendiri. Dalam teori pembelajaran
kontruktivisme terdapat prinsip-prinsip pembelajaran yang tertentu. Antara prinsip-prinsipnya
ialah, pembelajaran merupakan satu aktiviti atau proses yang aktif dalam diri seseorang pelajar
itu. Sebagai contoh, seorang pelajar itu akan menggunakan input derianya untuk membina makna
tentang sesuatu perkara. Cara penerimaan dalam pembelajaran yang berlaku juga bukannya
secara pasif.

Selain itu, prinsip yang seterusnya ialah, pelajar belajar untuk belajar semasa belajar. Hal
ini menunjukkan bahawa pelajar akan balajar secara berterusan untuk lebih mengetahui tentang
hal yang telah diketahui dengan lebih mendalam atau lebih difahami ia terdiri daripada membina
makna dan sistem-sistem makna. Prinsip yang seterusnya, para guru boleh menyediakan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan para pelajar menggunakan pemikiran sendiri selain menjalankan
tindakan-tindakan fizikal dan pengalaman-pengalaman hands-on.

21
Lain-lain prinsip yang ditekankan dalam teori pembelajaran kontruktivisme juga adalah,
setiap pembelajaran yang berlaku adalahs suatu aktiviti sosial. Ini menunjukkan yang pelajar
perlu melibatkan diri dengan berinteraksi dengan orang lain seperti guru, rakan-rakan, dan ramai
lagi bagi membantu mengukuhkan lagi pembelajarannya. Prinsip lain yang terdapat dalam teori
ini ialah, pembelajaran yang berlaku keatas diri seseorang pelajar itu perlu mengambil masa yang
lama, dan tidak boleh diperolehi dengan segera.

Tujuan guru sebagai ahli kontruktivisme adalah supaya pembelajaran dapat berlaku dalam
konteks yang pelbagai dan bermakna dapat keprihatinan refleksi dan pemikiran kritis. Bagi
mencapai semua matlamat ini, guru sepatutnya memilih jenis-jenis aktiviti billik darjah yang
dapat membantu pelajar dalam membina apa jua yang mereka lakukan. Sebagai contoh, seorang
guru mungkin menggunakan kerja projek untuk menggalakkan motivasi dan pemikiran kritis di
kalangan pelajar.

4.2 Latar Belakang Lev Vygotsky (1896-1934)

Vygotsky lahir di Rusia pada tahun yang sama seperti tokoh


pembelajaran Jean Piaget.   Vygotsky tidak terlatih dalam ilmu
tetapi tidak mendapat gelar sarjana hukum dari Universiti
Moscow. Dia meneruskan untuk kajian literatur dan linguistik dan
menjadi gelaran Ph.D. buku beliau menulis tentang psikologi seni.
Untuk memahami teori Vygotsky, adalah penting untuk melihat
persekitaran politik waktu itu.   Vygotsky mula bekerja dalam
psikologi tidak lama selepas revolusi Rusia, di mana Marxsisme
menggantikan kerajaan Tsar. Falsafah baru dari Marxsis
menekankan sosialisme dan kolektif.   Individu diharapkan untuk
mengorbankan tujuan peribadi mereka dan prestasi untuk perbaikan masyarakat yang lebih luas.
kejayaan setiap individu dipandang sebagai mencerminkan kejayaan budaya. Marxsis juga
menempatkan penekanan pada sejarah, percaya pada setiap budaya apapun dan boleh difahami
hanya melalui pemeriksaan idea-idea dan peristiwa yang telah membentuk.

22
Vygotsky menggabungkan elemen-elemen dalam model tentang pembangunan manusia
yang telah disebut sebagai pendekatan sosial budaya. Baginya, pembangunan individu adalah
hasil daripada budaya pembangunan. Kemampuan ini telah difahami untuk mengembangkan
melalui interaksi sosial dengan orang lain terutama orang tua dan kerana itu mewakili ia
pengetahuan bersama budaya. Dia menyatakan setiap fungsi dalam budaya perkembangan kanak-
kanak yang muncul dua kali iaitu pertama, antara orang-orang (interpsychological) dan kemudian
di dalam anak (intrapsychological).   Hal ini berlaku sama ada untuk perhatian sukarela, ke
memori logik, dan pembentukan idea.   Semua fungsi yang lebih tinggi berasal sebagai hubungan
yang sebenarnya antara individu (Vygotsky, 1978, hal.57).    

Kemampuan mental dan proses yang sama yang dilihat dari segi susunan peristiwa sejarah
yang dihasilkan mereka.   Sedangkan Piaget percaya itu proses kognitif anak-anak semua
mengikuti pola yang sangat serupa tahap, Vygotsky melihat kemampuan intelektual yang jauh
lebih khusus dengan budaya di mana anak itu dipelihara (vasta, R., Haith, MM, Miller,
SA, 1995) .   Budaya dapat mencipta dua sumbangan untuk perkembangan intelektual kanak-
kanak.   Pertama, kanak-kanak memperoleh banyak pemikiran mereka (pengetahuan) dari
itu.   Kedua, kanak-kanak memperoleh proses atau cara berfikir mereka (alat-alat adaptasi
intelektual) dari budaya sekitarnya.   Oleh itu, budaya dapat memberikan kanak-kanak lebih
memahami apa yang harus difikir dan bagaimana berfikir.

4.3 Latar Belakang Jerome Bruner

Bruner dilahirkan di New York City dan kemudian dididik di Duke


University dan Harvard (dari mana ia dianugerahkan gelaran PhD
pada tahun 1947). Selama Perang Dunia II, Bruner bekerja sebagai
seorang psikologi sosial menjelajah publik propaganda dan sikap
sosial bagi perisikan Tentera Darat Amerika Syarikat. Setelah
memperolehi gelaran PhD, beliau menjadi ahli fakulti, berkhidmat
sebagai profesor psikologi, serta menjadi rakan pengasas dan
pengarah Pusat Pengajian Kognitif.

Awal tahun 1940-an, beliau memperkenalkan tentang cara-


cara keperluan, motivasi, dan harapan (atau 'mental set') untuk mempengaruhi persepsi,bersama

23
Leo dengan Postman yang bekerja dengan Bruner Jerome. Kadang-kadang beliau digelar sebagai
'New Look'. Mereka menjelajah persepsi dari orientasi fungsional (sebagai terhadap suatu proses
untuk memisahkan dari dunia sekitarnya). Selain karya ini, Bruner mula melihat peranan strategi
dalam proses kategori manusia, dan lebih umum, perkembangan kognitif manusia. Perhatian
dengan psikologi kognitif menyebabkan kepentingan tertentu dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak dan bentuk yang sesuai tentang pendidikan.

Dari akhir 1950-an pada Jerome Bruner telah tertarik kepada sekolah di Amerika Syarikat
- dan dijemput untuk memimpin pertemuan hari berpengaruh sepuluh ulama dan pendidik di
Woods Hole di Cape Cod tahun 1959 (di bawah naungan National Academy of Sciences dan
Nasional Science Foundation). Salah satu hasilnya adalah buku Bruner's mercu tanda Proses
Pendidikan (1960). Ini menunjukkan beberapa tema kunci dari pertemuan itu merupakan faktor
penting dalam pembentukan pelbagai program pendidikan dan percubaan pada 1960-an. Jerome
Bruner kemudian bergabung dengan sejumlah panel dan jawatankuasa (termasuk Presiden Panel
Penasihat Pendidikan). Pada tahun 1963, beliau menerima Distinguished Scientific Award dari
American Psychological Association, dan pada tahun 1965, beliau telah menjawat sebagai
presiden.

Jerome S. Bruner juga telah terlibat dalam reka bentuk dan pelaksanaan projek Macos
yang berpengaruh (yang berusaha untuk menghasilkan gambar kurikulum yang komprehensif
pada ilmu-ilmu perilaku). Kurikulum terkenal bertujuan untuk mengatasi tiga soalan iaitu: yang
pertama, apakah yang unik tentang makhluk manusia? Yang kedua, bagaimana mereka menjadi
seperti itu? Dan yang ketiga, bagaimana mereka boleh membuat begitu? (Bruner 1976: 74).

Pada tahun 1960 Jerome Bruner mengembangkan teori pertumbuhan kognitif.


Pendekatannya (berbeza dengan Piaget) kelihatan dan pengalaman faktor persekitaran yang
disyorkan oleh Bruner bahawa kemampuan intelektual dibangunkan secara berperingkat melalui
langkah demi langkah dalam perubahan untuk berfikir. Bruner semakin dipengaruhi oleh para
penulis seperti Lev Vygotsky dan ia mulai bersikap kritis terhadap fokus intrapersonal yang telah
diambil, dan kurang perhatian pada konteks sosial dan politik. Pada awal 1970-an Bruner
meninggalkan Harvard untuk mengajar selama beberapa tahun di Universiti Oxford. Di sana
beliau membuat kajian dalam badan bayi dan memulakan siri eksplorasi bahasa kanak-kanak.
Kemudian beliau ke Harvard sebagai pensyarah tamu pada tahun 1979 dan dua tahun kemudian,

24
beliau telah menjadi staf pengajar di Sekolah baru untuk Penyelidikan Sosial di New York
City. Beliau menjadi seorang yang berfikiran kritis dari revolusi kognitif dan mula berdebat
untuk membina sebuah psikologi budaya.

5.0 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran

5.1 Implikasi Teori Behaviorisme

Menurut teori pelaziman, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan
tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson
melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke atas
anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau
keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan
keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.
Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan oleh
para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P
ialah gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk
melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia
ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin
mengajarkan perkataan “bola” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan
tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad
perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut.

Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan
buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid-
murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh
yang berkaitan.Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk
mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya, memberikan
penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder
untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu
gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran.

25
Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru
memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan
dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia
ada dihilangkan.

5.2 Implikasi Teori Kognitivisme

Jean Piaget merupakan individu bertanggungjawab yang telah melakukan teori ini.
Menurut beliau, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah-ubah melalui
empat peringkat, peringkat deria motor (0-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-12
tahun) dan operasi formal (selepas 12 tahun). Teori ini juga menekankan lima konsep asas iaitu
skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi.
Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses P&P. Menurut teori
tersebut, isi kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-
kanakcontohnya mudah kepada sukar dan yang paling relevan adalah daripada konkrit kepada
abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada kasar
kepada halus. Contohnya, untuk mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan
memberi contoh yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu. Selain daripada itu, guru
seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam proses P&P yang bertugas sebagai penyusun
maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan
pelajaran lepas.

Seterusnya, guru harus sedar bahawa ada murid yang berada dalam mod pembelajaran
yang berbeza dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses P&P. sebagai
contoh, jika terdapat murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran
yang berlangsung, guru perlu memikirkan cara yang menarik, bagi menarik minat mereka.
Seperti kanak-kanak yang mengalami masalah daya tumpuan yang singkat, guru perlu lebih peka
dalam penyediaan rancangan pengajaran. Jika murid-murid sudah menguasai konsep terdahulu,
guru tersebut perlulah meningkatkan tahap pembelajaran kepada sifat egosentrik.

26
Kanak-kanak sebenarnya mempunyai keupayaan jika diberi pendedahan secara sistematik
Sebagai contoh, jika murid sudah mampu menguasai operasi tambah dan tolak dalam subjek
matematik, guru perlu mempertingkatkan pengajaran kepada operasi darab dan bahagi yang lebih
mencabar. Pada masa tersebut, pemikiran mereka akan terus berkembang.

5.3 Implikasi Teori Kontruktivisme

Teori ini berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi
dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara tokoh yang bertanggungjawab
memperkanalkan teori ini adalah Lev Vigotsky dan Jean Piaget, selain daripada itu J.Bruner juga
merupakan tokoh teori pembelajaran kontruktivisme. Melalui hujah- hujah yang dikemukakan,
dapatlah disimpulkan bahawa, implikasi teori ini dalam P&P ialah peranan guru merupakan
pembimbing, pemudah cara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang
mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi pelajaran hendaklah sesuai
dengan kebolehan pelajar.

Contohnya, jika pelajar tidak mampu menguasai sesuatu topik, guru perlu mengubah
pendekatan yang lebih mudah difahami oleh murid tersebut. Selain daripada itu juga, penilaian
tradisi tidak sesuai lagi digunakan dan bentuk serta alat penilaian terhadap tahap pembentukan
ilmu hendaklah dibentuk oleh guru dan murid bersama- sama. Hal ini bermaksud, penilaian
seperti peperiksaan dan ujian bukanlah peratusan atau kemahiran sebenar murid- murid. Guru
seharusnya menyediakan penilaian lain secara berterusan bagi menentukan tahap sebenar anak
didiknya.

Menurut J.Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif, iaitu pelajar memperolehi suatu
idea baru melalui pengetahuan semasa ataupun lepas. Guru seharusnya menyediakan
pembelajaran yang sesuai dengan keadaan kanak-kanak, berdasarkan pengalaman yang mereka
lalui. Contohnya guru itu mengajar pengenalan kepada binatang, jika kanak-kanak itu tinggal
dikawasan kampung, seharusnya guru memberi pengajaran tentang binatang yang terdapat di
sekeliling mereka agar mereka berminat dengan pengajaran itu, apabila sebaliknya kanak-kanak

27
akan tertanya-tanya dengan rupa dan bentuk asal binatang itu. Begitu juga bagi kanak-kanak yang
berada di bandar.

6.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang boleh dilihat
dari segi konsep psikologi yang wujud pada dahulu dan sekarang. Konsep- konsep ini
mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dipraktikkan mengikut keadaan. Dalam pada itu, ahli-
ahli psikologi telah menggunakan pelbagai jenis pendekatan untuk menerangkan konsep yang
mereka kemukakan dalam usaha untuk mengkaji tentang tingkah laku manusia dengan lebih
mendalam.

28
Rujukan

Jas Laile Suzana Jaafar (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak - Kanak Dan

Remaja. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd.Shukor, Ramlah Janta,

Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan Perkembangan

Pelajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

www.sribd.com

29

Anda mungkin juga menyukai