Anda di halaman 1dari 4

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)

Pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning) adalah


pembelajaran yang menyuntik sifat ingin tahu dan membuat penilaian dalam diri
pelajar. Pembelajaran Berasaskan Masalah adalah aktiviti pembelajaran yang
dimulakan dengan mengenalpasti masalah. Kemudian, pelajar mencari punca-punca
masalah itu berlaku. Dalam mencari punca, pelajar perlu memahami tajuk dan
senario terlebih dahulu. Kemudian maklumat yang diperoleh serta punca-puncanya
dinilai untuk diketengahkan. Seterusnya pelajar membentangkan punca-punca
utama dengan jelas. Pembentangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti
peta minda, flyers, powerpoint, buku mini, wawancara, pantun, sketsa,
dialog,laporan, perbualan, kartun dan sebagainya. 

Objektif PBM

a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan


belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran
kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam
pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian
terhadap kemajuan profesionalisme.
d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan
kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif.

Contoh Masalah di sekolah :

Masalah disiplin dikalangan murid-murid di sekolah menengah.

Aktiviti:

1. Pelajar mencari punca-punca masalah disiplin dikalangan murid-murid sekolah.


2. Pelajar memilih beberapa punca-punca utama dan cara untuk mereka mengatasi
masalah tersebut.
3. Pelajar membuat laporan dan pembentangan serta ada sesi soal jawab.
PROSES PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)

a. Pembentukan Kumpulan
Pada peringkat awal, pensyarah meminta pelajar membentuk
kumpulan masing-masing. Dalam proses penentuan ahli
Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah... / 105
kumpulan, pensyarah memberi autonomi kepada para pelajar
untuk menentukan kumpulan dan ahli kumpulan masing-masing.
Walau bagaimanapun, pensyarah sendiri yang menetapkan had
bilangan ahli sesebuah kumpulan. Hal ini bertujuan memberikan
peluang kepada pelajar memilih sendiri rakan-rakan mereka
yang boleh bekerjasama dalam melaksanakan tugasan mereka.
Pemilihan ahli kumpulan secara autonomi ini turut dipersetujui
dan disukai oleh para pelajar. Para pelajar menyatakan penentuan
sendiri ahli kumpulan masing-masing, dapat memudahkan mereka
melaksanakan tugasan yang diberikan. Petikan temu bual berikut
merupakan maklum balas yang diberikan oleh pelajar
a. Pembentukan Kumpulan

Pada peringkat awal, pensyarah meminta pelajar membentuk kumpulan masing-masing.


Dalam proses penentuan ahli Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah,
pensyarah memberi autonomi kepada para pelajar untuk menentukan kumpulan dan ahli
kumpulan masing-masing. Hal ini bertujuan memberikan peluang kepada pelajar memilih
sendiri rakan-rakan mereka yang boleh bekerjasama dalam melaksanakan tugasan mereka.

Pemilihan ahli kumpulan secara autonomi ini turut dipersetujui dan biasanya disukai oleh
para pelajar. Para pelajar menyatakan penentuan sendiri ahli kumpulan masing-masing,
dapat memudahkan mereka melaksanakan tugasan yang diberikan.

b. Mengenal Pasti Masalah

Pada peringkat yang kedua, setelah pembentukan ahli kumpulan selesai, pensyarah
memberikan kebebasan kepada pelajar mengenalpasti senario dan masalah. Dalam aktiviti
PBM, para pelajar dikehendaki mengenalpasti satu masalah atau situasi sebenar dan para
pelajar diminta untuk menyelesaikannya.

Setiap kumpulan mempunyai senario permasalahan yang berbeza. Dalam aktiviti ini, para
pelajar diminta membincangkan isu/ masalah yang dikenalpasti. Para pelajar boleh
memainkan peranan yang berbeza dan perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai
sumber untuk menyelesaikan isu yang ditimbulkan.

c. Menjana Idea Dan Merancang Pelan Tindakan

Seterusnya, setelah pensyarah memberikan arahan tugasan kepada pelajar, pelajar


diberikan tempoh masa selama satu minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Pelajar perlu menjana idea dan merancang pelan tindakan masing-masing untuk mencari

maklumat, sama ada melalui kaedah lapangan, temu bual atau membuat rujukan daripada
sumber seperti buku, jurnal, internet ataupun daripada organisasi-organisasi tertentu
d. Pembentangan

Akhirnya, pada peringkat akhir pelaksanaan PBM, pelajar perlu membentangkan dapatan
mereka. Setiap kumpulan pelajar diberi masa selama 30 minit untuk membentangkan
dapatan tugasan mereka sama ada dalam bentuk perdebatan ataupun perbahasan. Dalam
aktiviti ini, para pelajar perlu menyampaikan maklumat yang telah diperoleh kepada para
pelajar lain dan perlu mempertahankan hujah masing-masing. Sesi soal jawab antara

pelajar dan kumpulan yang membentang turut diadakan. Di samping itu, pada akhir sesi,
pelajar bersama dengan pensyarah sama-sama membuat kesimpulan tentang isu dan topik
yang dibincangkan

Problem Based Learning Cycle


Problem Solving Cycle

Anda mungkin juga menyukai