Anda di halaman 1dari 20

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

KPF3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:


FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK
Perkembangan Latihan Perguruan Di Malaysia

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

MUHAMMAD BAHARUDDIN

NO. MATRIK

PROGRAM

D20131064454

AT41-PENDIDIKAN

BIN SAMSUDDIN

KUMPULAN KULIAH: GROUP I


PENSYARAH: DR. NORILA BINTI MD SALLEH

MORAL

Bil

Isi kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Sejarah latihan perguruan Sebelum Merdeka dan

Muka surat

Pra Merdeka
2.1 Sekolah Inggeris
2.2 Sekolah Melayu

2-5

2.3 Sekolah Tamil


2.4 Sekolah Cina
2.4.1 Peringkat Pertama
2.4.2 Peringkat Kedua
2.4.3 Peringkat Ketiga
3

3.0 Penubuhan Maktab-Maktab Latihan Perguruan


3.1 Maktab Melayu di Singapura 1878 (The Malay High School)
3.2 Maktab Latihan Melayu Melaka 1898/1935 dan Maktab Latihan

5-8

Melayu Matang 1913


3.3 Maktab Perguruan Sultan Idris 1922
3.4 Perkembangan dan Perubahan Maktab Perguruan Pada Abad 21
4

4.0 Pembaharuan Dalam Pendidikan Latihan Perguruan


4.1 Sistem latihan perguruan yang terkandung dalam Laporan Penyata
Razak

8-9

4.2 Perkembangan latihan perguruan dalam Laporan Penyata Rahman


Talib
4.3 Sistem Gabungan Latihan Guru Bagi sekolah menegah dan rendah
5

5.0 Penambahbaikan latihan perguruan mengikut Arus Pendidikan


Negara Malaysia
5.0 Menambah Latihan Perguruan
5.2 Latihan Dan Pelajaran dalam Perkhidmatan

10-12

5.3 Meninggikan Kelayakan Masuk Maktab


5.4 Menggunakan Alat Pandang Dengar
6

6.0 Cadangan memperkukuh Latihan Perguruan


6.1 Memantapkan latihan perguruan
6.2 Memperkasakan Bahasa Inggeris

12-14

6.3 Mempertingkatkan Profesionalisme


6.4 Proses Komunikasi

7.0 Kesimpulan

15

Rujukan

Peta Minda

16

1.0 Pengenalan
Latihan bermaksud didikan untuk menjadikan seseorang guru itu mahir. Manakala menurut
Awang Had (1996), maksud perguruan pula adalah satu proses untuk seseorang menjadi guru.
Penggunaan istilah perguruan bermula pada tahun 1981 sebelum ia digantikan dengan
pendidikan guru. Kedua-dua gabungan perkataan latihan perguruan akan membawa kepada
proses pendidikan dalam melahirkan guru yang berkemahiran dalam pelbagai bidang. Usahausaha ke arah itu menuntut suatu pendidikan dan latihan yang cukup dan canggih untuk
menyebarkan pengetahuan dan kemahiran ke seluruh masyarakat. Latihan perguruan merupakan
aset terpenting bagi kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan kerana kemahiran yang
mencukupi seseorang guru dapat membentuk muridnya menjadi seorang yang berguna kepada
masyarakat dan negara. Hal ini kerana, kemahiran profesional seseorang guru bergantung kepada
keupayaannya dalam menggunakan ilmu pengetahuan dan dengan itu membentuk sikap dan nilai
yang betul.
Pada abad ke 19, British telah menjajah di Tanah Melayu dan menerapkan sistem pelajaran
sekular diperkenalkan bertujuan mengajar kemahiran bagi tujuan ekonomi dan sosial yang
berkembang di benua Eropah. Sistem pelajaran ini menggunakan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Melalui penubuhan sekolah vernakular
Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil telah berkembang pesat maka bilangan sekolah dan
keperluan tenaga guru perlu bertambah bagi mengajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab itu,
penjajah British mula menyedari bahawa kemahiran guru memainkan peranan penting dalam
pelajaran Inggeris dan sekolah vernakular dapat berkembang.
Selepas merdeka pada tahun 1957, perkembangan bidang pendidikan yang begitu pesat telah
menjadikan peranan guru sangat mencabar. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan
inisiatif bagi memberi kemahiran melalui latihan perguruan dengan mendedahkan kaedah dan
teknik pengajaran kepada setiap bakal guru menerusi maktab-maktab atau pusat-pusat pengajian
untuk menyesuaikan bakal guru apabila berada dalam bilik darjah kelak. Oleh hal yang
demikian, Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diwujudkan bertujuan memberi arah tuju dalam
memperkembangkan masyarakat agar hasrat yang dicita-citakan tercapai. Tindakan ini telah
menyebabkan guru menjalani latihan perguruan yang sama (EPRD,1968: 20).

2.0 Sejarah latihan perguruan Sebelum Merdeka dan Pra Merdeka


Sistem pendidikan yang pertama yang diasaskan oleh penjajah British adalah sistem
pendidikan vernakular. Sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu.
Kerajaan British telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam bidang pendidikan yang telah
menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam sistem pendidikannya ialah Sekolah
Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Latihan perguruan semasa zaman vernakular menggunakan
bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru-guru diambil dari negara asal
untuk mengajar mengikut sukatan pembelajaran di negara masing-masing. Lazimnya, guru
dilatih untuk mengajar kemahiran 3m asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Murid-murid
hanya belajar di peringkat sekolah rendah dan tidak dilaksanakan hingga ke peringkat menengah
kerana British bimbang mereka akan menjadi cerdik akan menyebabkan berlakunya penentangan
kepada pihak British.
2.1 Sekolah Inggeris
Kelas-kelas Normal mula ditubuhkan oleh pemerintah British untuk melatih guru-guru
tempatan kerana guru berasal dari England tidak mencukupi. Pada tahun 1905 latihan ini
dimulakan di Kuala Lumpur oleh Howard Tayte di Victoria. Latihan ini terbahagi kepada dua
jenis iaitu latihan guru sekolah rendah dan sekolah menengah dan latihan ini diteruskan
hingga menjelang merdeka. Kelayakan Masuk ialah kelulusan mata pelajaran Inggeris dalam
Senior Cambridge (SC) dan dua atau tiga mata pelajaran berpangkat kepujian. Latihan
perguruan ini pada asalnya memakan masa hanya dua tahun tetapi selepas tahun 1925,
latihan itu diperpanjang selama tiga tahun. Selepas peperangan dunia kedua, latihan dibuat
secara pos melalui kerajaan Malaya pernah menghantar orang-orang Melayu untuk menerima
latihan perguruan di Universiti Hong Kong antara 1918-1928 selama 10 tahun. Apabila
maktab Raffles ditubuhkan pada tahun 1928, maka guru-guru pun diberi latihan di sini.
Semasa Malaya berada dalam keadaan darurat pada tahun 1938-1955 pegawai pelajaran
Inggeris enggan datang berkhidmat di sini, ini mengakibatkan kekurangan guru di sini. Oleh
itu, kerajaan Malaya terpaksa mengadakan maktab sementara di Kirby di Liverpool untuk
menghasilkan guru-guru bahasa Inggeris bagi sekolah menengah dan rendah dan maktab
Brinsford Lodge di Wolverhampton demi menghasilkan guru sekolah menengah Inggeris.

Pada tahun 1964, Maktab Perguruan Malaya (MTC) ditubuhkan di Pulau Pinang dengan itu
tamatlah kedua-dua maktab sementara di England.
2.2 Sekolah Melayu
Sebelum merdeka pelajaran Melayu hanya diadakan setakat darjah enam sahaja. Beberapa
negeri terdapat darjah tujuh tetapi belum ada sekolah menengah untuk kelulusan akademik.
Kebanyakan guru yang mengajar pada masa itu hanya lulusan darjah enam dan tujuh. Guru
pada masa itu mendapat latihan melalui sistem guru pelatih iaitu bekerja sebagai guru
sementara di sekolah, mereka juga menyertai kelas latihan selama tiga tahun. Apabila mereka
tamat latihan mereka akan mendapat guru bersijil dan jika mereka gagal mereka menjadi
guru tidak bersijil. Guru lelaki yang bersijil akan dihantar melanjutkan pelajaran di Maktab
Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim untuk menerima latihan lanjutan sementara guru-guru
perempuan pula dihantar ke Maktab Perguruan Perempuan di Melaka untuk mendapat latihan
perguruan selama dua tahun. Manakala, guru pelatih yang gagal untuk memasuki maktab,
mereka diberikan latihan sambilan di tempat-tempat masing selama tiga tahun.
2.3 Sekolah Tamil
Semasa zaman pemerintahan British, sekolah Tamil di Malaya tidak banyak bilangannya,
dan bilangan murid juga tidak ramai. Pelajaran di sekolah Tamil adalah sama dengan di
sekolah Melayu kerana murid-murid belajar hingga darjah enam sahaja. Disebabkan belum
diadakan kelas latihan perguruan, maka guru-guru dibawa masuk dari India Selatan hingga
tahun1937. Oleh hal demikian, kerani-kerani estet dan pembantu-pembantu klinik diambil
juga sebagai guru sambilan untuk mengajar di sekolah-sekolah Tamil. Pada tahun 1941 iaitu
menjelangnya Perang Dunia Kedua , kelas-kelas hujung minggu diadakan selama tiga tahun
yang diajarkan kepada murid darjah enam sekolah rendah. Pada tahun itu juga, terdapat lebih
kurang tiga ratus orang guru-guru India menyertai kelas tersebut. Selepas kejatuhan Malaya
dan kemudiannya sebab perang dunia kedua kelas latihan tersebut dihentikan.
2.4 Sekolah Cina
Sistem pelajaran Cina tidak dianggap sebagai pelajaran orang Melayu kerana pada ketika itu
orang Cina dan India dianggap sebagai sementara sahaja. Sebelum perang dunia kedua, guru
3

sekolah Cina adalah didatangkan dari tanah besar Cina. Bilangan dan mutu guru-guru adalah
mencukupi, jadi tidak diperlukan latihan perguruan di sini. Selepas perang dunia kedua,
bilangan sekolah bertambah dan peraturan-peraturan imigresen dikenakan, maka timbullah
keadaan kekurangan guru. Oleh sebab itu, latihan perguruan di mulakan bagi menampung
kekurangan guru. Latihan ini mengandungi tiga peringat iaitu peringkat pertama (19461947), peringkat kedua (1948-1955) dan peringkat ketiga (1956-1972).
2.4.1 Peringkat pertama (1946-1947)
Latihan perguruan Cina yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dan dua buah di Negeri
Perak iaitu Simplified (Simplified Normal Training Course), yang mengandungi tiga buah
kelas. Pada tahun 1947, kerajaan telah membuka kelas latihan yang sama di Selangor dan di
Negeri Sembilan. Sebanyak 207 orang guru dari lepasan sekolah Cina. Oleh sebab kelas
Simplified ini dibuka untuk menampung kekurangan guru-guru yang layak bagi sekolah
China, maka terpaksalah mengambil calon calon lepasan sekolah menengah rendah dan di
tugas sebagai guru sementara serta diberi peluang menyertai kursus profesional Simplified.
Oleh sebab kelas tidak dapat memuaskan pihak Inggeris maka ia ditamatkan pada tahun
1947.
2.4.2 Peringkat kedua (1948-1955)
Pada tahun 1948 telah berlakunya pemberontakan bersenjata oleh komunis dan Malaya pada
masa itu diisytiharkan darurat. Pihak militer Inggeris memindahkan penduduk kampung dan
tertubuhlah perkampungan baharu dan di bandar-bandar. Maka tertubuhlah sekolah baru dan
bilangan murid juga bertambah. Oleh sebab, keperluan kepada guru guru sangat dirasakan
dalam menampung keperluan itu, maka kerajaan mengambil langkah untuk menubuhkan
kursus latihan perguruan hujung minggu (week-end Teacher Training Course) bagi melatih
guru-guru di sekolah China. Terdapat ramai guru yang bertugas di kampung baru dan mereka
mempunyai kekangan untuk berulang alik untuk menghadiri kelas tersebut, maka kelas
tersebut ditukar dengan kursus latihan guru dalam masa cuti (Vacation Teacher Training
Course).
Selain itu juga, kerajaan telah membuka kelas latihan Perguruan Senior Normal sepenuh
masa kerana pengambilan untuk Kelas Senior Normal adalah tidak rasmi. Maka, pada tahun
4

1948-1955, bekalan guru di sekolah China adalah bergantung pada kedua-dua jenis guru
lepasan Senior Normal dan guru kursus latihan dalam masa cuti sekolah. Dalam rancangan
pengembangan pendidikan, sebuah maktab ditubuhkan di Pulau Pinang iaitu maktab
perguruan Green Lane. Bakal-bakal guru yang menyertai kursus di situ kebanyakan terdiri
daripada penuntut-penuntut lepasan sekolah itu sendiri. Bahagian sekolah menengah
kemudiannya ditamatkan dan bangunan sekolah itu ditukar menjadi Maktab perguruan
sepenuhnya.
2.4.3 Peringkat ketiga (1956-1972)
Berdasarkan laporan Razak tahun 1956, calon-calon guru sekolah rendah haruslah
mempunyai enam tahun pelajaran di sekolah rendah dan tiga tahun pelajaran di sekolah
menengah serta lulus kursus profesional perguruan. Maka pada tahun 1957, pihak kerajaan
mengumumkan peraturan-peraturan baru pendaftaran guru-guru iaitu selain daripada
kelulusan akademik, seseorang calon guru tetap hendaklah mempunyai kelulusan profesional
perguruan. Setelah itu, maktab perguruan dimulakan di semua negeri pada tahun 1957.
Kursus tersebut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris,
Cina dan Tamil. Semua guru pelatih diwajibkan mempelajari bahasa Melayu di samping
memakai bahasa pengantar sendiri. setelah bermulanya sistem ini maka latihan perguruan
kelas Senior Normal China terus diberhentikan pada tahun itu juga.
3.0 Penubuhan Maktab-Maktab Latihan Perguruan
3.1 Maktab Melayu di Singapura 1878 (The Malay High School)
Maktab Melayu yang pertama ditubuhkan di tanah Melayu untuk melatih guru adalah pada
tahun 1878 di Singapura ataupun dipanggil juga sebagai The Malay High School. Maktab ini
ditubuhkan di Istana Lama, Teluk Belanga, yang telah melatih seramai 10 orang iaitu seramai
10 orang kumpulan yang pertama bagi mengajar di sekolah di negeri-negeri selat. Pada tahun
!895 seramai 95 orang guru berjaya dilatih sebelum ditutup pada tahun 1895. Kemudian
pusat latihan guru Melayu ini berpindah ke Teluk Ayer kerana wabak beri-beri telah menular
di pusat latihan tersebut. Guru-guru dilatih dari segi persiapan, penyediaan di sekolahsekolah Vernakular Melayu. Penjajah British telah mengambil guru yang berpengetahuan
agama Islam untuk mengajar di sekolah-sekolah vernakular.
5

3.2 Maktab Latihan Melayu Melaka 1898/1935 dan Maktab Latihan Melayu Matang
1913
Maktab Melayu Melaka mula ditubuhkan pada tahun 1898 dalam mengatasi pelbagai
kelemahan dalam pengajaran di sekolah-sekolah vernakular. Semua masalah ini dapat diatasi
dengan guru harus mengikuti kursus selama dua tahun. Mata pelajaran yang diajarkan kepada
guru adalah bahasa Melayu, senaman dan sebagainya di dalam kurikulum perguruan.
Menurut R.J Wilkinson kesusasteraan Melayu sesuai dijadikan subjek penting di maktab
Melaka ini. Oleh sebab itu, ramai guru-guru yang berjaya dilatih dalam bidang kesusasteraan
Melayu. Pada tahun 1935 pula ditubuhkan Women Teachers Training College di Melaka.
Maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah
Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Seterusnya, pada tahun 1913 tertubuhnya Maktab
Latihan Melayu Matang di Perak bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat untuk
berkhidmat dalam profesion perguruan melalui kenaikan gaji. Latihan yang dilakukan di
maktab ini banyak melahirkan guru yang cekap melalui latihannya.
Pada tahun 1922, kedua-dua maktab ini ditutup dan semua guru pelatih dipindahkan ke
Maktab Perguruan Sultan Idris. Pelajar-pelajar lepasan sekolah rendah kebangsaan
berpeluang mengikuti kurikulum latihan perguruan yang tertumpu kepada pengetahuan asas
keguruan serta mengajar secara sambilan dan menghadiri kursus pada hujung minggu.
Mereka juga perlu menduduki peperiksaan dinamakan Darjah Pelatih selama tiga tahun. Bagi
guru pelatih yang tidak berjaya dalam peperiksaan tahun ketiga akan mengajar tetapi tidak
memperolehi sijil dan bagi yang berjaya, mereka akan melanjutkan pelajaran di maktab
perguruan selama dua tahun di Maktab Perguruan Sultan Idris atau Maktab Perguruan
Melayu Melaka.
3.3 Maktab Perguruan Sultan Idris 1922
Bermula tahun 1922 Maktab Perguruan Sultan Idris ataupun dipanggil sebagai Sultan Idris
Training College telah ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak. Penubuhan Maktab ini
bermulanya suatu era yang menyemarakkan lam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu.
Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan Inggeris juga tidak dilupakan untuk mencapai
6

kedudukan tinggi dalam masyarakat dan pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar amat ditekankan. Kumpulan pertama yang dihantar ke maktab ini adalah daripada
penuntut Maktab Perguruan Matang untuk menerima lanjutan latihan selama setahun atau
dua tahun bergantung kepada tempoh mereka yang telah menerima latihan di maktab-maktab
sebelumnya. Pada bulan Mac 1924, Maktab Perguruan Sultan Idris telah berjaya
mengeluarkan guru yang terlatih seramai 58 orang dan jumlah ini meningkat dari setahun ke
setahun. Dalam era ini jugalah berkembangnya peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu.
Pada masa ini, Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) telah menjadi ketua pejabat karangmengarang. Tugas yang dijalankan di Pejabat Karang-Mengarang ialah menterjemah surat
rasmi kerajaan, menerbitkan buku teks dalam Bahasa Melayu dan buku- buku tambahan yang
digunakan di sekolah-sekolah.
3.4 Maktab Malayan Teachers Training College, Kirkby, Liverpool, England 1951
Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil alih sebuah pusat latihan guru British untuk
melatih guru Tanah Melayu di England. Hasrat penubuhan maktab ini adalah untuk
melahirkan tenaga pengajar yang mantap dari segi latihan guru dan fasih dalam berbahasa
Inggeris. Pada tahun 1962, maktab ini telah ditutup kerana kerajaan Britain telah mengambil
semula tapak maktab ini. Pada tahun itu juga maktab ini telah berjaya melatih 1500 guru
yang mahir dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, pada tahun 1955, tertubuhnya maktab
Malaysian Teacher Training College (MTT), Brinsford Lodge, Wolverhampton, di England
lanjutan kepada penubuhan Maktab Malayan Teachers Training College.
3.5 Perkembangan dan Perubahan Maktab Perguruan Pada Abad 21
Perkembangan maktab perguruan di Malaysia berlaku dengan pesat apabila ia dinaik taraf
dan

mengalami perubahan besar pada abad ke 21. Bermula tahun 2004, 27 maktab

perguruan dan satu English Language Teaching Centre telah ditubuhkan. Nama maktab
perguruan kemudiannya telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas ia dinaik taraf.
Pada tahun 2005, Para Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan untuk
dinaiktarafkan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dapat menganugerahkan kepada
guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005. Seterusnya,
Pengisytiharan ini telah memberikan perubahan besar kepada institusi perguruan dengan
7

bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program


Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) pada tahun 2006.
Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan pra perkhidmatan yang boleh memberi guru
pelatih pengiktirafan ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus
Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
dan B.Ed TESL. Oleh hal demikian, pada tahun 2008 Pindaan Akta Pendidikan 1996 yang
membenarkan maktab perguruan dinaiktarafkan ke (IPGM) telah diluluskan oleh dewan
rakyat pad 25 Ogos 2008. Pada tahun 2009, Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato Hishamuddin
Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia
dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Penubuhan (IPGM) ini
bertujuan untuk melatih guru-guru berkualiti, bertanggungjawab, mahir serta ingin
memartabatkan profesion perguruan supaya tercapai sasaran pada tahun 2010

untuk

melahirkan semua guru yang berijazah di sekolah menengah dan 50% di sekolah rendah.
4.0 Pembaharuan Dalam Pendidikan Latihan Perguruan
4.1 Sistem latihan perguruan yang terkandung dalam Laporan Penyata Razak
Laporan Penyata Razak ditubuhkan bertujuan membuat satu sistem pelajaran yang dapat
diterima oleh semua masyarakat. Dalam aspek pendidikan perguruan, jawatankuasa ini
mencadangkan perubahan, pelaksanaan serta perluasan latihan perguruan. Di samping itu
juga, guru-guru ditegaskan mempunyai bukan sahaja kelayakan akademik tetapi latihan
profesional perguruan untuk didaftarkan untuk mengajar. Bermula pada tahun 1957-1972
latihan perguruan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan yang pertama, Maktab
Perguruan Harian yang menghasilkan guru-guru sekolah rendah harus mempunyai kelayakan
akademik yang paling minimum ialah tiga tahun di sekolah menengah, memiliki Sijil Rendah
Pelajaran (LCE) dan mendapat latihan perguruan selama tiga tahun. Kemudiannya
dilanjutkan menjadi lima tahun pelajaran di sekolah menengah serta memiliki Sijil Senior
Cambridge atau kelayakan yang sama dan menerima latihan perguruan selama dua tahun.
Kumpulan kedua pula, Maktab perguruan yang menghasilkan guru sekolah menengah
rendah. Kelayakan masuk adalah lima tahun pelajaran sekolah menengah dan mempunyai
Sijil Senior Cambridge atau Sijil Federation of Malaya Certificate of Education. Sesudah
8

lulus guru dihantar mengajar di tingkatan satu hingga tiga. Kumpulan ketiga, Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya yang menghasilkan guru sekolah menengah atas dan tingkatan
enam. Kelayakan masuk ialah Ijazah dari Universiti dan setahun latihan perguruan untuk
mendapatkan Diploma Pendidikan. Latihan perguruan ini dibahagikan mengikut kumpulan
bertujuan bukan sahaja membezakan guru dari kelayakan akademik dan tempoh profesional
tetapi juga dari segi gaji, tugas serta layanan yang mereka dapat.
4.2 Perkembangan latihan perguruan dalam Laporan Penyata Rahman Talib
Dalam Laporan Penyata Rahman Talib 1960, cadangan cadangan dalam pembaharuan yang
berkait rapat dengan perkembangan latihan perguruan. Antaranya tiga cadangan yang
dikemukakan iaitu yang pertama, umur untuk berhenti sekolah bagi seseorang kanak-kanak
dinaikkan kepada lima belas tahun dengan tertubuhnya sekolah jenis baharu yang dinamakan
sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan. Penubuhan sekolah ini bertujuan memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk menyambungkan pelajaran selama tiga tahun lagi selepas tamat
pengajian di sekolah rendah. Cadangan kedua, pada tahun 1962, pelajaran percuma
diwujudkan bagi semua aliran sekolah-sekolah rendah. Cadangan yang ketiga adalah
mengukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan lebih luas. Oleh sebab ketiga-tiga
cadangan tersebut, permintaan guru sekolah menengah semakin meningkat dan kerajaan
terpaksa menubuhkan Maktab Perguruan Daerah bagi melatih bakal-bakal guru yang
mempunyai Sijil Senior Cambridge (SC) atau Sijil Federation of Malaya Certificate of
Education yang pada waktu itu menjadi guru sementara. Kursus ini hanya diadakan dari
tahun 1965 hingga 1968.
4.3 Sistem Gabungan Latihan Guru Bagi sekolah menengah dan rendah
Pada tahun 1973, Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pelajaran telah mengadakan sistem
latihan perguruan yang bergabung dalam menghapuskan jurang perbezaan antar dua
kumpulan guru ini. Sistem ini dilaksanakan di sembilan buah maktab perguruan Malaysia
Barat. Kelayakan masuk di dalam sistem latihan tersebut adalah mempunyai Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mestilah tidak melebihi tiga puluh tahun. Tempoh latihannya pula, dua
tahun penuh masa disertai oleh latihan mengajar dan pemerhatian. Guru pelatih harus
menjalani waktu kuliah dan tutorial tiga puluh tiga jam seminggu di samping bakal-bakal
9

guru itu mesti menyertai kegiatan kokurikulum. Guru juga diberikan elaun sebanyak $150.00
setiap bulan dan tidak dikenakan yuran bagi mengikuti semua latihan. Dari segi susunan
latihan pula, semua pelatih-pelatih didedahkan kepada mata pelajaran yang mementingkan
prinsip dan amali pendidikan bagi darjah empat hingga tingkatan satu. Mereka juga perlu
mengikuti kuliah-kuliah teknik dan kaedah mengajar. Pada masa itu, mereka dibahagikan
mengikut dua kumpulan iaitu kumpulan A bagi kursus prinsip-prinsip pendidikan, psikologi
pembelajaran dan teknik-teknik mengajar yang khas bagi darjah satu hingga tingkatan 3.
Manakala, kumpulan B mengikuti kursus-kursus yang tersebut, khas bagi kelas peralihan
hingga tingkatan tiga. Walaupun menghadapi pelbagai masalah namun, Kementerian
Pelajaran telah menyambut cabaran itu dengan mengambil beberapa langkah demi mengatasi
masalah itu.

5.0 Penambahbaikan latihan perguruan mengikut Arus Pendidikan Negara Malaysia


Sejak merdeka, banyak langkah-langkah kerajaan untuk meninggikan mutu pelajaran di negeri
ini. Pada zaman vernakular pelajaran Melayu hingga ke peringkat sekolah rendah sahaja tetapi
kini sudah ada sekolah-sekolah menengah Melayu, tingkatan enam, dan universiti-universiti
tempatan yang bahasa pengantarnya daripada bahasa Melayu (bahasa Melayu). Dahulunya
Malaysia hanya mempunyai sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura. Sekarang ini
Malaysia mempunyai banyak universiti dan maktab perguruan seperti Universiti Malaya,
Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya.
5.1 Menambah Latihan Perguruan
Oleh sebab, bilangan penduduk, sekolah dan murid bertambah ramai, sudahlah wajarlah bagi
negara ini melatih lebih ramai lagi bilangan guru demi menampung keperluan ini. Walaupun
negara Malaysia pada tahun 1981, mempunyai lebih kurang 100,000 orang guru yang sedang
berkhidmat di sekolah tetapi jika dikira dari segi nisbah, kita seharusnya menambah guru
seramai 120,000. Nisbah guru kepada kelas 1:2 bagi sekolah rendah dan 1:4 bagi sekolah
menengah. Dengan kadar nisbah tersebut maka agak susah bagi guru menghasilkan
pengajaran yang bermutu seperti yang dikehendaki. Di samping itu, dengan adanya bilangan

10

guru sementara tanpa latihan profesional maka ternyatalah bahawa nisbah guru yang
berkelayakan dengan kelas amat tidak memuaskan.
Menurut Laporan Rancangan Malaysia Ketiga (1975-1980) Malaysia dewasa ini mempunyai
25 buah maktab perguruan, iaitu sebanyak 19 buah di semenanjung Malaysia, Tiga buah di
Sarawak dan tiga buah di Sabah. Tiap-tiap tahun seramai 25,440 orang guru mendapat
latihan profesional perguruan dari maktab-maktab tersebut. Perkara yang berkaitan
kemudahan dan kelengkapan bagi latihan perguruan, telah mengumumkan bahawa
Kementerian Pelajaran sedang mengambil tindakan untuk melengkapkan semua maktab
perguruan dengan kemudahan yang diperlukan. Ucapan ini diutuskan oleh Yang Berhormat
Dato Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia, dalam ucapan pembukaan rasmi seminar
penilaian kurikulum maktab-maktab perguruan di Pulau Pinang pada bulan Mac 1979. Selain
itu, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga, Maktab Perguruan Sungai Petani, Maktab
Perguruan Ipoh, Maktab Perguruan Kuantan, dan Maktab Perguruan Terengganu telah
dibina.
5.2 Latihan Dan Pelajaran dalam Perkhidmatan
Pada zaman perkembangan pengetahuan yang amat pesat, guru yang telah mendapatkan
latihan profesional dan telah berkelayakan harus belajar secara sendiri setiap masa untuk
mencari pengetahuan tambahan dan kemahiran baru, nescaya tidak akan ketinggalan dalam
perkembangan profesional profesion mereka. Sewaktu menjalankan tugas, ramai guru yang
dinaikkan pangkat atau ditukar jawatan untuk mengambil alih tempat sebagai ketua jabatan,
guru kanan dan guru besar. Dengan itu mereka harus menyertai kursus-kursus dalam
perkhidmatan yang berhubung rapat dengan jawatan baru mereka untuk menambah
pengetahuan dan kemahiran mereka. Kebelakangan ini di negara-negara maju di barat kursus
dalam perkhidmatan guru amat dititikberatkan. Kursus dalam perkhidmatan sangatlah
penting dan harus diberikan, James Report Britain. Laporan tersebut mencadangkan buat
setiap tujuh tahun seorang guru seharusnya diberi peluang bercuti bergaji selama tiga bulan
untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan demi memperoleh teknik baru untuk
memperbaiki pengajaran mengajar dan mutu pelajaran mereka. Pusat-pusat latihan guru sama
ada maktab, universiti haruslah memberi kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang
terlatih supaya dapat mempertinggikan mutu pelajaran di negara ini.
11

5.3 Meninggikan Kelayakan Masuk Maktab


Kerajaan dan orang ramai sangat memandang rendah terhadap mutu pelajaran dan kesan
pengajaran, oleh itu adalah wajar bagi mereka meminta guru yang baik. Meninjau kepada
tahun pertama sesudah merdeka, seorang individu yang telah menerima sembilan tahun
pelajaran sekolah rendah dan menengah dan mempunyai SRP/LCE sudah boleh memohon
masuk ke maktab perguruan dan dilatih menjadi seorang guru terlatih. Sepuluh tahun
kemudiannya, pada tahun 1967, kelayakan minimum untuk memasuki maktab perguruan
dinaikkan kepada kelulusan SC/MCE/SPM. Terdapat juga pelatih-pelatih yang berada di
maktab perguruan, yang mempunyai sijil penuh HSC/STPM. Kini, seseorang pelatih harus
mempunyai Ijazah untuk memohon jawatan sebagai guru dan pelatih juga perlu memasuki
kursus KPLI untuk mendapat latihan kursus lanjutan sebelum menjadi guru.
5.4 Menggunakan Alat Pandang Dengar
Dengan muncul alat kemajuan sains dan elektronik maka teknologi baru telah digunakan di
dalam latihan perguruan. Antara alat yang telah digunakan ialah projektor-projektor filem
sisipan dan Filem sine, radio, pita rakaman video dan mesin perakam video dan televisyen
(TV). Maktab perguruan sudah mula menggunakan kamera televisyen , perakam pita video
dan pita rakaman video untuk merakamkan sesi pengajaran mikro dan menilai atau
menganalisis teknik-teknik mengajar guru-guru pelatih. Di makmal bahasa pula terdapat alat
rakaman penyiaran dan sebagainya untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran bahasa.
6.0 Cadangan memperkukuh Latihan Perguruan
6.1 Memantapkan latihan perguruan

Bakal guru harus diberikan penekanan kepada mereka supaya institusi perguruan akan
menjadi lebih mantap apabila mereka sudah menjadi guru. Latihan yang sewajarnya dapat
membantu mereka menambahkan keyakinan mereka untuk menghadapi cabaran menjadi
seorang guru yang proaktif dan kreatif. Dasar kerajaan juga menuntut pada para bakal
pendidikan supaya mereka mendapatkan latihan yang terbaik semasa pengajian mereka. Hal
ini dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu memartabatkan
profesion keguruan dengan memfokuskan terhadap memantapkan latihan perguruan. Oleh
12

itu, guru-guru perlu dilatih dengan lebih baik seperti melatih mereka dengan penggunaan ICT
dalam pengajaran mereka. Pihak Universiti perlu mengadakan satu kelas tentang penggunaan
ICT kerana ini membantu bakal guru untuk menguasai dan memperbaiki kelemahan mereka
dalam IT. Menurut Mahathir (1997), kita mesti berupaya menggunakan teknologi sebagai
saluran untuk memperbaiki kerja kita dan kualiti hidup kita. Hal ini kerana bakal guru
biasanya menghabiskan waktu pengajian mereka hanya dengan melakukan perkara yang
tidak berfaedah. Mereka hanya cenderung ke arah melakukan keseronokan seperti tamat
kuliah mereka akan melepak dan tidur. Oleh itu, kelas ICT mampu memberikan mereka
sedikit sebanyak panduan tentang ICT. Sistem latihan perguruan perlu diperbaiki lagi dan
menambahkan lagi latihan kepada para bakal pendidik.

6.2 Memperkasakan Bahasa Inggeris

Seperti yang kita sedia maklum, bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua yang terpenting
selepas bahasa Melayu kerana ia wajib dipelajari kerana ia bahasa komunikasi dan bahasa
ilmu di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa. Guru pelatih harus melengkapkan diri
mereka dengan kemahiran bahasa ini supaya mereka tidak ketinggalan di belakang. Melalui
penguasaan bahasa Inggeris ini juga, guru pelatih dapat mengembangkan lagi ilmu peringkat
di peringkat luar negara. Menurut Juhaili Bujang (2010), perkembangan pesat negara ke arah
negara maju berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan bahasa Inggeris
sangat relevan sekiranya kita ingin bersaing di pentas global. Dengan adanya guru terlatih,
para calon guru dapat menggunakan kaedah terbaik dalam usaha menerapkan bahasa Inggeris
kepada pelajar kerana kerajaan menaruh keyakinan agar penguasaan bahasa Inggeris
meningkat di kalangan pelajar. Dalam mencapai matlamat ini, guru pelatih harus melakukan
lonjakan berganda untuk mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang
mampu menguasai bahasa Inggeris dengan kompeten dan baik terletaknya di bahu warga
pendidik. Penguasaan Bahasa Inggeris ini harus bergerak seiring penguasaan bahasa Melayu.

6.3 Mempertingkatkan Profesionalisme


Sebagai seorang calon pendidik yang bertanggungjawab, pelatih harus menyedari bahawa
tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui
13

negara ini. Oleh hal yang demikian, mereka perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan
mengenai method-method pendidikan harus diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk
para guru pelatih dalam mendepani cabaran serta tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum mengikut arus perkembangan global. Para calon guru pelatih hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
kuliah dengan mengaplikasikan ilmu yang mereka belajar di dalam bilik darjah kelak.
Sehubungan dengan itu, pelatih guru harus memanfaatkan ilmu semasa di maktab ataupun di
universiti. Sebagai contoh, para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun
Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri
penting bagi seseorang calon guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi mereka
dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Menurut Rohani Abdul
Hamid (1998) memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha
kerajaan, maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada
budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran.
6.4 Proses Komunikasi
Seseorang guru pelatih harus mempunyai teknik komunikasi yang baik dalam memberi
pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Mereka harus memantapkan dari segi kaedah
penyampaian dengan maksimum melalui bantuan alat bantu mengajar. Menurut Abdullah
dan Ainon, (1999), komunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan
murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya. Apabila guru menyampaikan pengetahuan dan
pengalaman kepada anak muridnya. P&P yang menarik dapat mempertingkatkan minat
belajar terhadap pelajar. Oleh hal yang demikian, guru pelatih harus mempersiapkan dengan
memanfaatkan ilmu dan berlatih untuk berkomunikasi dengan baik supaya ketika mengajar
Pembelajaran yang diajarkan oleh guru dapat diterima oleh pelajar. maktab dan universiti
hendaklah meletakkan syarat yang sesuai bagi seseorang pelatih yang tidak dapat
berkomunikasi dengan baik harus menghadiri kursus kemahiran komunikasi kerana proses
komunikasi ni antara tunjang kepada proses P&P yang baik. Keberkesanan pengajaran
bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif
pembelajaran Clarke dan Cutler (1990). Ironinya, proses komunikasi amat penting dalam
melatih guru untuk melaksanakan P&P dengan baik.

14

7.0 Kesimpulan
Latihan perguruan amat penting bagi melahirkan guru yang kompeten dan kreatif supaya dapat
mendidik pelajar dengan kaedah P&P yang berkesan. Antara tugas yang telah diberikan kepada
Bahagian Latihan Guru di Malaysia ialah melatih dan membekalkan cukup bilangan guru yang
berkelayakan dan menampung keperluan-keperluan sekolah, memaju, menjaga dan meninggikan
mutu pengajaran. Kedua-dua matlamat ini melalui tiga unsur iaitu keperibadian pensyarah, mutu
pelatih dan kandungan kursus. Apabila dilihat daripada sistem latihan dahulu, kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran telah berusaha dengan giat untuk membuat sumbangan yang besar
terhadap kemajuan Latihan Perguruan di negara ini.
Maktab-maktab perguruan ditubuhkan untuk menampung kekurangan guru pada waktu itu. Ini
dapat dilihat pada zaman pemerintahan British yang memerlukan perkhidmatan guru yang ramai
dalam menampung kekurangan guru di sekolah-sekolah vernakular. Penubuhan maktab dan
universiti yang banyak telah memberi latihan kepada guru tentang aspek persediaan guru untuk
mengajar. Pada abad ke 12, banyak maktab yang dinaiktarafkan dan ditukar nama sebagai
Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) untuk memberi pengiktarafan kepada guru melalui
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL. Ini menunjukkan kerajaan
komited dalam perubahan pendidikan kepada guru dalam melahirkan guru yang berkualiti
kepada masyarakat.
Kemajuan yang dicapai dan langkah-langkah positif dalam memperkembangkan latihan
perguruan yang menunjukkan perkembangan yang positif dan dinamik. Segala usaha yang telah
dirancang dan dilaksanakan maka tidak dapat dinafikan bahawa prospek perguruan pada masa
akan datang amatlah cerah dan mengalakkan. Oleh itu, perkembangan latihan perguruan sejak
zaman pemerintahan British hinggalah ke hari ini menunjukkan kerajaan sangat komited dalam
melihat perubahan pendidikan kepada guru agar guru ini dapat melahirkan insan yang bersahsiah
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Usaha dalam menjayakan bukanlah
terletak kepada bahu kerajaan sahaja tetapi bakal guru harus berpimpin tangan dalam menyahut
seruan kerajaan dalam mempertingkatkan mutu latihan dengan belajar sepanjang hayat agar guru
di Malaysia tidak ketinggalan dengan arus perkembangan global.

15

Rujukan
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (2000). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributor Sdn Bhd.
Awang Had bin Salleh, (1996)Education and National Development : Agenda For Action
Mimeograph, August 1.
Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, (1997). Koleksi Ucapan Mahathir 1996, Kuala
Lumpur.
Cadangan Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan Untuk Maktab-Maktab Perguruan Rendah dan
Menengah, Kementerian Pelajaran, Malaysia, 1971. (Mimeograph).
Jawatankuasa Mengkaji Tujuan Tujuan Latihan Perguruan, May (1971) Tujuan Am Tertentu
Latihan Perguruan di Malaysia, (General Aims Of Teacher Education in Malaysia),
Kementerian Pelajaran, Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (1960), Report of education review committee.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (1968). Report of the royal commission on the teaching
services, West Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). Dasar MBMMBI. Diperoleh dari
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1313055000.pdf.
Lee Chee Ying, (1970). A Study of the balance between academic and professional and
professional education between theory and practice in the preparation of primary school
teacher in Malaysia. A.I.T.E (Unesco) University of the Philippines.

16

Peta Minda

Penubuhan Maktab-Maktab Latihan Perguruan

Cadangan memperkukuh Latihan

1. Maktab Melayu di Singapura 1878 (The Malay


High School)

Perguruan

2. Maktab Latihan Melayu Melaka 1898/1935


dan Maktab Latihan Melayu Matang 1913

1. Memantapkan latihan perguruan

3. Maktab Perguruan Sultan Idris 1922

2. Memperkasakan Bahasa Inggeris

4. Perkembangan dan Perubahan Maktab


Perguruan Pada Abad 21

3. Mempertingkatkan Profesionalisme
4. Proses Komunikasi

Perkembangan
Latihan Perguruan Di
Malaysia

Penambahbaikan latihan perguruan


mengikut Arus Pendidikan Negara
Malaysia
1. Menambah Latihan Perguruan
2. Latihan Dan Pelajaran dalam
Perkhidmatan
3. Meninggikan Kelayakan Masuk Maktab
4.Menggunakan Alat Pandang Dengar

Sejarah latihan perguruan


Sebelum Merdeka dan
Pra Merdeka
1.Sekolah Inggeris
2. Sekolah Melayu
3.Sekolah Tamil
4.Sekolah Cina
4.1 Peringkat Pertama
4.2 Peringkat Kedua
4.3 Peringkat Ketiga
17

Pembaharuan Dalam
Pendidikan Latihan Perguruan
1. Sistem latihan perguruan
yang terkandung dalam
Laporan Penyata Razak
2.Perkembangan latihan
perguruan dalam Laporan
Penyata Rahman Talib
3. Sistem Gabungan Latihan
Guru Bagi sekolah menegah
dan rendah

Anda mungkin juga menyukai