Anda di halaman 1dari 24

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah tidur di dalam kelas semasa proses p&p pada
waktu pagi bagi pelajar lelaki asrama peringkat menengah rendah.Kajian ini dijalankan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers,Mukah. Seramai 34 orang pelajar dari tingkatan
1 sehingga tingkatan 3 menjadi responden dalam kajian ini. Kaedah soal selidik digunakan
untuk memperoleh maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak
daripada pelbagai kaum dan agama. Rasional kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang menyebabkan responden mengantuk di dalam kelas. Seramai 34 orang pelajar
lelaki asrama dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 telah dipilih menjadi responden kajian
ini.Penganalisisan data yang dikumpul melalui borang soal selidik dan pemerhatian telah
dianalisis secara kualitif. Hasil data daripada kajian ini,akan memberi suatu gambaran yang
jelas tentang masalah tidur di dalam kelas bagi pelajar lelaki asrama menengah rendah. Kajian
ini diharapkan dapat memberi impak yang positif daripada semua pihak sekolah dan pelajar itu
sendiri.

BAB 1

1
PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan,tidur boleh didefinisikan sebagai keadaan tidak sedar dengan
mata terpejam.Manakala istilah ‘kaki tidur’ pula digunakan oleh orang Melayu sebagai orang
yang suka tidur.Penulisan ini berkisarkan tentang cara dalam mengatasi dan menangani
masalah pelajar yang dilabelkan sebagai ‘kaki tidur’ di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran.Tumpuan penuh daripada pelajar,memberikan kesan yang mendalam dalam
proses penyampaian p&p.Oleh yang demikian,bagi memastikan proses p&p dilaksanakan
dengan berkesan,perlu ada satu mekanisma dalam mengurus tingkah laku pelajar secara
spesifik di dalam kelas terutama pelajar yang dikategorikan sebagai ‘kaki tidur’.
Tidak ada satu pun kajian ataupun kaedah khusus dalam menentukan ciri-ciri seorang
yang dilabelkan sebagai ‘kaki tidur’.Seorang guru hanya dapat mengetahui ciri-ciri pelajar yang
dilabel sebagai kaki tidur berdasarkan pengalamannya.Pelajar yang dilabelkan ini mungkin
hanya dapat dikenal pasti selepas simptom mengantuk ataupun mudah untuk tidur semasa sesi
P&P dijalankan.Walau bagaimanapun,tingkah laku pelajar berkenaan dapat dijangkakan
ataupun diramal berdasarkan beberapa pemerhatian yang dibuat.Antaranya,mengantuk di
dalam kelas. Memang tidak dinafikan, inilah ciri yang paling jelas dapat dilihat oleh seseorang
guru bagi mengenali pelajar yang kaki tidur.Biasanya berlaku pada awal pagi dan waktu tengah
hari. Manakala bagi tahap kaki tidur yang serius ialah hampir keseluruhan waktu sama ada
siang hari.Kebanyakannya pelajar yang ‘kaki tidur’ biasanya berada dalam keadaan tidak aktif
atau pun lesu di dalam kelas.Taktik yang sering dilakukan oleh pelajar yang kaki tidur adalah
dengan menempatkan diri mereka di bahagian yang terhalang oleh penglihatan guru.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

2
Perlakuan pelajar yang tidur di dalam kelas merupakan satu masalah yang sering ditegur oleh
guru ketika proses p&p. Malah isu tidur ini juga sering disebut-sebut oleh pengetua dan
penolong kanan dalam perhimpunan. Seolah-olah isu tidur ini sebagai satu amalan pelajar
tanpa mengira tingkatan, kelas dan umur pelajar. Setiap hari rekod pelajar lelaki asrama yang
tidur semakin meningkat. Jika sikap pelajar yang suka tidur ini tidak diambil tindakan oleh pihak
guru maka pastinya akan menjejaskan prestasi dalam akademik dan menyebabkan pelajar
ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa sahsiah remaja semakin merosot.
Bagi pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah menyatakan beberapa persoalan yang menjadi
punca berlakunya masalah tidur di kalangan pelajar menengah rendah lelaki asrama.Antaranya
ialah apakah punca berlakunya masalah tidur dalam kalangan pelajar lelaki asrama, bagaimana
masalah tidur ini berlaku dan apakah langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan masalah
tidur di kalangan pelajar lelaki asrama.Di samping itu juga,pengkaji turut mengadakan sesi temu
bual bersama dengan pelajar menengah rendah seramai 34 orang.Melalui analisis ini,pengkaji
dapat membuat kesimpulan terhadap masalah tidur di kalangan pelajar menengah rendah
semasa P&P.

1.2 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini amat penting kerana melalui kajian ini, kita dapat merumuskan punca-punca yang
menyebabkan berlakunya masalah tidur di kalangan pelajar menengah rendah lelaki asrama
semasa P&P.Melalui kajian ini juga,kita akan mendapat gambaran tentang masalah tidur di
kalanagn pelajar menengah rendah dan ini boleh memberi input kepada pelbagai pihak
khususnya para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mencari cara penyelesaian bagi permasalahan tidur di kalangan pelajar lelaki
asrama.

i) Kepada Pelajar

3
Menyatakan kepada pelajar betapa pentingnya P&P pada waktu pagi. Para pelajar boleh
bertanya kepada guru sekiranya pelajar memberi tumpuan semasa P&P pada waktu pagi
terutamanya pelajar menengah rendah.

ii) Kepada Guru

Memberi kesedaran kepada guru bahawa betapa pentingnya menangani masalah tidur di
dalam kelas terutamanya pelajar menengah rendah. Para guru perlu faham bahawa pelajar
menengah rendah mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan, jika mereka sukar
berhubung dengan orang lain, maka segala informasi terkini akan ketinggalan.

iii) Kepada Pihak Sekolah

Menyatakan kepada pihak sekolah serta pentadbir tentang pentingnya P&P pada waktu
pagi kepada pelajar terutamanya pelajar lelaki asrama. Pihak pentadbir perlu prihatin
dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar jika mereka tidak tidur dalam kelas.

1.3 OBJEKTIF

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tentang masalah tidur di kalangan pelajar lelaki
asrama menengah rendah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3.Secara terperincinya,objektif
kajian adalah seperti berikut ;

a) Mengenal pasti kesan masalah tidur di kalangan pelajar lelaki menengah rendah di
asrama.

b) Mencadangkan langkah mengatasi masalah tidur di kalangan pelajar lelaki asrama.

c) Mencadangkan cara yang baik bagi menggelakkan pelajar tidur dalam kelas.

d) Mengenal pasti masalah berlakunya tidur di dalam kelas bagi menengah rendah.

e) Mengenal pasti hubung kait tidur di dalam kelas dengan prestasi akademik pelajar.

4
1.4 Persoalan Kajian

Berikut merupakan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam kajian ini:

a) Apakah yang menyebabkan sering berlakunya tidur di dalam kelas?

b) Apakah sebab pelajar menengah rendah suka tidur di dalam kelas semasa P&P?

c) Wajarkan para pelajar harus tidur pada seisi P&P pada waktu pagi?

1.5 BATASAN KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tindakan kepada sekelompok pelajar pelajar menengah rendah
bagi pelajar lelaki asrama sahaja. Kajiian ini melibatkan 34 orang pelajar asrama menengah
rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3. Borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk diisi.
Pelajar-pelajar ini kini menuntut di SMK Three Rivers, Mukah. Batasan kajian hanya berkaitan
faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar tidur ketika p&p di dalam kelas.

BAB 2

5
SOROTAN KAJIAN

2.0 PENGENALAN

Pengkajian tentang permasalahan pelajar di dalam pelajaran sememangnya telah banyak


diadakan. Tabiat tidur di dalam kelas belum banyak dikaji oleh para pengkaji.

2.1 KAJIAN PENGKAJI TENTANG TIDUR DALAM KALANGAN PELAJAR

Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruh
tingkah laku pelajar malah juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan penyumbangan kepada
akademik seseorang pelajar tanpa mengira peringkat umur.
Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya susun atur yang dibuat sebaik mungkin maka
hasilnya adalah positif sekiranya tidak maka hasilnya adalah negatif. Saya yakin sebagai
seorang guru sememangnya mahukan sesuatu yang baik,sempurna dan positif dalam setiap
perangkaan yang dibuat tetapi adakalanya apa-apa yang dibuat itu terpaksa mengalami
kegagalan di sebabkan masalah-masalah yang di dapat dielakkan. Seperti masalah yang saya
nyatakan di atas memang adalah suatu masalah yang pada mata kasarnya tiada
penyelesaiannya kerana bilangan pelajar dan ruang bilik darjah memang
tetap dan tidak boleh diubah-ubah.

Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap sejuta orang dewasa oleh Universiti
California, San Diego mendapati bahawa orang yang paling panjang umurnya melaporkan diri
mereka tidur selama enam hingga tujuh jam setiap malam. Satu lagi kajian mengenai tempoh
tidur dan risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil sedemikian.

6
Kajian-kajian lain pula mendakwa bahawa "tidur melebihi 7 hingga 8 jam sehari sering
dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini membayangkan puncanya
mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat sosioekonomi yang turut berkorelasi
dalam statistik. Pernah difikirkan bahawa korelasi antara tidur lebih singkat dan pengurangan
risiko kematian hanya berlaku dengan sesiapa yang bangun selepas kurang tidur secara
semula jadi berbanding sesiapa yang memakai jam loceng.

Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa tidur selama


lapan hingga sembilan jam bagi manusia dewasa adalah optima serta tidur yang mencukupi
adalah bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta
kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko kemalangan. Satu kajian yang dijalankan
di Sekolah Perubatan Universiti Pennsylvania pada tahun 2003 menunjukkan bahawa prestasi
kognitif menyusut jika tidur kurang daripada lapan jam.

Hal ini disebabkan, hormon cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan
pada waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam. Justeru, melemahkan
konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam di samping membebankan jantung
mereka. Kerehatan yang cukup dapat menyihatkan badan, sekali gus meningkatkan produktiviti.
Tidur penting bagi kelancaran proses metabolisme karbohidrat di dalam badan.

Satu kajian dilakukan di Universiti Chicago melibatkan beberapa orang lelaki yang
diizinkan tidur hanya untuk 4 jam pada setiap malam selama 6 malam berturut- turut. Tidur yang
cukup memantapkan kecergasan minda. Pakar tidur, Colonel Gregory Belenky, mengkaji kesan
kurang tidur atas tentera-tentera yang mengendalikan peralatan canggih ketenteraan. Beliau
mendapati, fungsi otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan,
perancangan dan konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang tidak dapat tidur dengan
cukup dan otak akan mengambil masa yang lama bagi pulih seperti sedia kala.

Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga berlaku semasa tidur.
Namun, mereka yang suka tidur lewat, sebagai contoh pelajar yang mengulang kaji pelajaran
sehingga lewat malam, mengganggu proses menyimpanan maklumat. Menurut Penolong
Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan Untuk Pusingan Biologi, mengulang kaji
pelajaran sehingga lewat malam menjejaskan pusingan biologi seseorang dan ini menjejaskan
fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca, di samping menyebabkan keletihan
pada waktu yang tidak menentu di siang hari.
7
Beberapa kajian telah dibuat oleh beberapa intitusi pendidikan di luar negara seperti ‘
Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika syarikat mendapati, tidur seseorang bergantung kepada
usia dan aktiviti yang dijalankan di sepanjang hari. Ini bermakna seorang pelajar di peringkat
remaja perlu tidur sekurang-kurangnya 9-10 jam sehari bagi mendapatkan kecergasan yang
optimum disiang hari. Malangnya ramai remaja tidak cukup tidur kerana berjaga pada malam
hari kerana melakukan aktiviti berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran sehinggalah aktiviti
yang tidak bermanfaaat seperti berbual-bual kosong bersama rakan, menonton televisyen dan
sebagainya.

BAB 3

METODOLOGI

3.0 PENGENALAN
8
Bahagian ini membincangkan bagaimana kaedah atau metodologi kajian ini dijalankan. Aspek
ini merangkumi bentuk kajian, sampel atau kumpulan sasaran, lokasi atau tempat di mana
kajian ini dijalankan, prosedur, teknik mengumpul dan mendapatkan data dan juga analisis data
ini.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini telah mengumpul maklumat data daripada soal selidik dan pemerhatian terhadap
responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berada dalam Tingkatan 1 sehingga
Tingkatan 3. Soal selidik terdiri daripada beberapa bahagian iaitu bahagian pertama berkenaan
maklumat diri responden dan bahagian kedua tentang masalah tidur dikalangan pelajar lelaki
asrama menengah rendah.Keadaan ini telah menyebabkan masalah tidur ini berlaku di
kalangan pelajar.Apakah keburukan dan kebaikan tidur pada waktu persekolahan.

3.1.1 Persampelan

Sampel kajian terdiri daripada pelajar lelaki asrama tingkatan 1,2 dan 3 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Three Rivers, Mukah, Sarawak. Untuk memperoleh data-data kajian, seramai 34
orang responden dipilih secara rawak yang terdiri dari pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 yang terdiri
daripada 34 orang lelaki pelajar asrama.
9
3.1.2 Tempat Kajian

Kajian ini hanya dilaksanakan di kalangan pelajar lelaki asrama sekolah menengah di bahagian
Mukah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers, Mukah. Sekolah ini dipilih kerana
sampel pelajar asrama menengah rendah yang dikehendaki memenuhi borang soal selidik yang
diperlukan untuk kajian ini.Jumlah responden ialah seramai 34 orang bagi pelajar lelaki asrama
menengah rendah.

3.1.3 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengenal pasti masalah tidur di kalangan
pelajar asrama menengah rendah. Satu set borang soal selidik yang telah disediakan
berdasarkan soalan kajian ini untuk dijawab oleh pelajar tingkatan 1,2 dan 3.Data yang
diperoleh dianalisis dan dikira menggunakan pengiraan biasa.

3.1.4 Prosedur penggumpulan data

Sebelum proses pengumpulan sampel kajian dijalankan, persetujuan daripada para responden
hendaklah diperoleh terlebih dahulu. Para responden diberi penerangan tentang perancangan,
dan perjalanan kajian yang akan dilaksanakan.Borang soal selidik akan diagihkan kepada
responden yang telah dipilih secara rawak. Ketika mengisi borang soal selidik responden akan
diberi penerangan sedikit sebanyak maklumat yang harus dilakukan oleh responden.

3.1.5 Analisis data

Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui dapatan soal selidik yang telah dijawab oleh
responden.Untuk mengumpul data kajian ini,beberapa orang pelajar asrama mewakili kelas
masing-masing dari tingkatan 1,2 dan 3 telah membantu dalam menjalankan kajian ini dengan
kebenaran daripada pihak sekolah. Data-data yang dikumpul melalui soal selidik akan dianalisis
secara kuantitatif untuk melihat deskripsi. Jadual dan rajah digunakan untuk menunjukkan
dapatan kajian tentang masalah tidur di kalangan pelajar asrama lelaki menengah rendah.Data-
data yang dikumpul melalui 10borang selidik terhadap responden tersebut juga akan dianalisis
10
untuk melihat kekerapan pelajar yang tidur di dalam kelas semasa sesi pagi.Kajian soal selidik
ini dilakukan dengan harapan untuk menghasilkan satu jawapan kepada soalan masalah yang
menyebabkan pelajar lelaki asrama selalu tidur dalam kelas semasa P&P.

3.1.6 Prosedur Kajian

BI TINDAKAN ATAU AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN


L
1 Taklimat tentang penyelidikan tingkatan 6 30 September 2010
2 Pemilihan tajuk 9 Oktober 2010
3 Cari bahan 14 Disember 2010
4 Menghasilkan kajian 10 Januari 2011
5 Mengedit kajian 16 April 2011
6 Menghantar kajian 20 April 2011
7 Kolokium 20 April 2011

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN

Hasil kajian diperoleh melalui maklum balas borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar
asrama. Dapatan kajian ini telah dianalisis untuk melihat peratus dan bilangan pelajar yang tidur
semasa P&P.Jadual dan rajah digunakan untuk memaparkan dapatan kajian ini.

11
4.1 ANALISIS RESPONDEN

JADUAL 1: RESPONDEN BERDASARKAN TINGKATAN

JUMLAH BANGSA

TINGKATAN RESPONDEN

IBAN MELANAU

1 18 9 9

2 10 6 4

3 6 3 3

Jumlah 34 orang 18 16

Data dalam jadual menunjukkan bahawa jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini ialah
seramai 18 orang dari tingkatan 1 manakala seramai 10 orang dari tingkatan 2 dan 6 orang dari
tingkatan 3.Seramai 9 orang dari tingkatan 1 yang berbangsa Iban dan 9 orang berbangsa
Melanau. Bagi tingkatna 2 pula seramai 6 orang responden berbangsa Iban dan 4 orang
berbangsa Melanau. Responden dari tingkatan 3 pula terdiri daripada 3 orang berbangsa Iban
dan 3 orang berbangsa Melanau.

4.1 ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

JADUAL 2: SOALAN SOAL SELIDIK DAN ANALISIS

12
BIL SOALAN YA TIDAK

1 Adakah anda suka tidur di dalam kelas? 16 18

2 Adakah cara guru yang mengajar menyebabkan anda 20 14


mengantuk?

3 Subjek apakah yang menyebabkan anda mengantuk? 22 12

4 Adakah suasana di dalam kelas yang kurang menyenangkan 10 24


menyebabkan anda mengantuk?

5 Pada waktu bilakah anda sering mengantuk? 9 25

6 Adakah anda suka tidur lewat pada waktu malam? 26 8

7 Adakah aktiviti kokurikulum yang menyebabkan anda mengantuk 19 15


di dalam kelas?

8 Adakah persekitaran asrama yang kurang menyenangkan 11 23


menyebabkan anda kurang selesa untuk tidur pada waktu
malam?

9 Apakah aktiviti yang dilakukan oleh anda pada waktu malam 22 12

13
menyebabkan anda tidur lewat?

10 Adakah dengan adanya banyak kerja rumah membuatkan anda 34 0


tidur lewat dan mengantuk di dalam kelas pada waktu P&P?

11 Adakah anda suka tidur sebelum waktu rehat? 29 5

12 Adakah anda suka tidur selepas waktu rehat? 27 7

13 Adakah bangun terlalu awal menyebabkan anda suka tidur di 20 14


dalam kelas semasa P&P?

14 Adakah waktu yang diperuntukkan dalam P&P terlalu panjang 34 0


menyebabkan anda bosan dan mengantuk?

15 Adakah dengan mendengar sahaja tanpa menjawab soalan 20 14


semasa belajar menyebabkan anda rasa mengantuk di dalam
kelas?

Semasa P&P bermula,anda tidak bersemangat pagi itu


menyebabkan anda rasa mengantuk dalam kelas?
16 15 19

17 Adakah dengan membaca buku tesk yang tebal menyebabkan 17 17


anda bosan dan mengantuk di dalam kelas?

14
18 Adakah guru yang mengajar itu kurang ceria bila mengajar 9 25
menyebabkan anda mengantuk?

Analisis Borang Soal Selidik

Data dapatan daripada soal selidik menunjukkan bahawa seramai 16 orang pelajar mengatakan
bahawa mereka suka tidur di dalam kelas.Ini disebabkan mereka tidak minat subjek yang di ajar
pada ketika itu.Seramai 18 orang pelajar yang tidak suka tidur dalam kelas kerana mereka takut
akan ketinggalan mata pelajaran yang diajar pada ketika itu.Seramai 20 orang pelajar
mengatakan YA bahawa guru yang mengajar menyebabkan mereka mengantuk dalam kelas
disebabkan cara guru yang mengajar kurang menarik perhatian mereka.Seramai 14 orang
pelajar yang mengatakan TIDAK kerana masa yang ditetapkan amatlah penting.Seramai 22
orang telah mengatakan subjek matematik menyebabkan mereka tidur dalam kelas.Hal ini
kerana segelintir mereka tidak suka subjek matematik.Seramai 14 orang pelajar tidak suka tidur
kerana mereka dapat bertanya kepada guru jika tidak memahami soalan.Seramai 10 orang
pelajar mengatakan suka tidur dalam kelas.Ini kerana terdapat beberapa kelas yang kurang
bersih menyebabkan mereka tiada semangat untuk belajar.Seramai 24 orang pelajar
mengatakan kebersihan bukan halangan untuk belajar.

15
4.2: FAKTOR-FAKTOR PELAJAR TIDUR DI DALAM KELAS

4.2.1 FAKTOR GURU

Faktor guru merupakan antara penyebab pelajar tidur di dalam kelas. Mereka
mengatakan bahawa terdapat guru yang mengajar dengan cara yang membosankan. Apatah
lagi suara yang lembut dan tidak jelas didengar. Hal ini menyebabkan pelajar terus terlena
kerana seolah-olah suara guru mendodoikan. Apatah lagi apabila masa pengajaran pada waktu
tengah hari dengan cuaca yang begitu panas juga menyebabkan pelajar cenderung untuk
mengantuk.Selain itu,bagi guru yang kurang tegas juga menyebabkan pelajar berani untuk tidur
di dalam kelas.

4.2.2 FAKTOR PERSEKITARAN KELAS

Keadaan kelas yang tidak terurus dengan baik menjejaskan minat untuk belajar. Pelajar
mengatakan ada kelas yang berbau dan tiada hiasan yang boleh menarik pandangan
mereka.Kelas yang kurang bersih juga menyebabkan pelajar tidak ada semangat untuk belajar
di dalam kelas.Pelajar juga mengatakan ada kelas yang tidak mempunyai kipas yang
16
mencukupi menyebabkan mereka tidak bersemangat untuk belajar.Ada juga pelajar yang
mengatakan bahawa kelas terlalu sunyi disebabkan membuat latihan.

4.2.3 FAKTOR MASA MATA PELAJARAN

Terdapat juga responden yang mengatakan faktor masa mata pelajaran diajar juga
menyebabkan mereka mengantuk dan tertidur. Waktu tengah hari merupakan waktu kemuncak
apatah lagi apabila mencecah pukul 12 tengah hari. Waktu ini amat menyukarkan pelajar untuk
menahan daripada mengantuk.Di samping itu,pelajar juga suka tidur selepas waktu rehat
kerana mereka rasa terlalu kenyang.

4.2.4 FAKTOR MINAT TERHADAP MATA PELAJARAN

Minat amat penting dalam pembelajaran. Terdapat pelajar yang berminat pada mata pelajaran
tertentu sahaja. Apabila masa p&p mata pelajaran yang mereka tidak minati, maka mereka
akan mengambil tindakan untuk tidur. Keadaan ini lebih teruk lagi apabila masa mata pelajaran
tersebut ialah 80 minit.Hal ini akan menyebabkan mereka ketinggalan mata pelajaran yang di
ajar pada ketika itu.Keadaan ini akan menyebabkan prestasi pelajar itu akan merosot bagi
subjek-subjek yang mereka tidak minati.

17
4.2.5 FAKTOR BEBANAN KERJA RUMAH

Kerja rumah sememangnya tugasan yang sinonim dengan pelajar. Latihan perlu dibuat untuk
mendedahkan pelajar kepada soalan peperiksaan sebenar dan sebagai latih tubi bagi
menyediakan pelajar berdepan dengan soalan peperiksaan awam. Malah secara tidak langsung
sebagai ulang kaji. Namun terdapat pelajar yang mengatakan mereka terlalu banyak latihan
menyebabkan mereka terpaksa menyiapkan tugasan sehingga terpaksa tidur lewat. Kesannya
pada paginya, mereka sudah berada dalam keadaan mengantuk kerana tidak dapat menahan
mata.Ada juga yang terpaksa bangun awal pagi gara-gara hendak menyiapkan kerja rumah
yang belum di siapkan.Kesanya,mereka akan mengantuk semasa p&p waktu pagi disebabkan
lewat tidur pada waktu malam.

4.2.6 FAKTOR PENGLIBATAN DALAM KOKURIKULUM

Malah terdapat juga responden yang mengatakan keaktifan mereka dalam kegiatan
kokurikulum terutamanya kerana mereka menjalani latihan yang intensif . Ini menyebabkan
mereka berada dalam keadaan yang letih. Malah ada juga yang terpaksa membuat persediaan
untuk pertandingan seperti berbahas dan pelbagai aktiviti lain.Keadaan ini menyebabkan
mereka tidur lewat dan tidak mempunyai masa tidur yang mencukupi.Di samping itu,bagi
mereka yang melakukan latihan untuk satu-satu pertandingan dan ini memerlukan latihan yang
banyak sebelum bertanding.Ini akan menyebabkan mereka letih dan mengantuk ketika dalam
kelas.
18
BAB 5

PERBINCANGAN

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini adalah untuk mengkaji masalah tidur di kalangan pelajar lelaki asrama menengah
rendah.Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor pelajar tidur
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh para pelajar Tingkatan 1,2 dan 3
yang sering tidur semasa P&P dijalankan.

Daripada hasil dapatan kajian yang telah dianalisis,jelas sekali bahawa tidur semasa P&P
adalah memberi impak kepada pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki
peperiksaan PMR pada tahun ini. Seperti yang kita sedia maklum, pelajar Tingkatan 3
merupakan abang kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 di sekolah. Majoriti responden yang tinggal
di asrama memberi alasan bahawa mereka terlalu banyak kerja rumah sehingga lewat tidur
malam. Hal ini menyebabkan mereka sering mengantuk dalam kelas.

Di samping itu, majoriti pelajar memberi alasan bahawa mereka kurang tidur menyebabkan
sering mengantuk dalam kelas pagi. Sesetengah pelajar yang suka tidur di dalam kelas
merupakan pelajar yang lewat tidur malam. Contohnya,apabila pelajar asrama belajar pada
waktu malam ada ramai pelajar menengah rendah kurang belajar dengan betul. Jadi ramai
yang bermain-main semasa belajar malam.Malah ada segelintir pelajar asrama menengah

19
rendah yang bermain pada lewat malam dan mengantuk pada keesokan harinya.Seharusnya
mereka hendaklah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Dengan melakukan kajian ini, hasil dapatannya menunjukkan bahawa masalah tidur di
kalangan pelajar lelaki asrama di sekolah amat penting untuk dibanteras kerana pelajar
merupakan tonggak negara.

BIBLIOGRAFI

1. Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya
Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM.
2. Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey
Enterprise.

3. Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Erwin Tripp (1994).

4. Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

5. Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa
Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa.
11 : 1071 - 1080.

6. Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains


Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah
Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

7. Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :
Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. 23

20
LAMPIRAN 1

Borang Soal Selidik Tentang Masalah Tidur

Bagi Menengah Rendah:

Tingkatan:1 [ ] 2 [ ] 3 [ ]

1. Adakah anda suka tidur di dalam kelas?


YA( ) / TIDAK( )
Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
2. Adakah cara guru yang mengajar menyebabkan anda mengantuk?

YA( ) / TIDAK( )

Nyatakan kenapa?

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
3. Subjek apakah yang menyebabkan anda mengantuk?

21
Nyatakan kenapa?

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
4. Adakah suasana di dalam kelas yang kurang menyenangkan menyebabkan anda
mengantuk?
YA( ) / TIDAK( )
Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
5. Pada waktu bilakah anda sering mengantuk?
Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
6. Adakah anda suka tidur lewat pada waktu malam?
YA( ) / TIDAK( )
Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
7. Adakah aktiviti kokurikulum yang menyebabkan anda mengantuk di dalam kelas?
YA( ) / TIDAK( )

Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
8. Adakah persekitaran asrama yang kurang menyenangkan menyebabkan anda kurang
selesa untuk tidur pada waktu malam?
YA( ) / TIDAK( )

Nyatakan kenapa?

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
9. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh anda pada waktu malam menyebabkan anda tidur
lewat?

22
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
10. Adakah dengan adanya banyak kerja rumah membuatkan anda tidur lewat dan
mengantuk di dalam kelas pada waktu P&P?
YA( ) / TIDAK( )
Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
11. Adakah anda suka tidur sebelum waktu rehat?
YA( ) / TIDAK( )
Natakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
12. Adakah anda suka tidur selepas waktu rehat?
YA( ) / TIDAK( )
Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
13. Adakah bangun terlalu awal menyebabkan anda suka tidur di dalam kelas semasa
P&P?
YA( ) / TIDAK( )
Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
14. Adakah waktu yang diperuntukan dalam P&P terlalu panjang menyebabkan anda bosan
dan mengantuk?
YA( ) / TIDAK( )
Nyatakan kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
15. Adakah dengan mendengar sahaja tanpa menjawab soalan semasa belajar
menyebabkan anda rasa mengantuk di dalam kelas?
YA( ) / TIDAK( )
Nyatakan sebabnya?

23
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
16. Semasa P&P bermula,anda tidak bersemangat pagi itu menyebabkan anda rasa
mengantuk dalam kelas?
Kenapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
17. Adakah dengan membaca buku tesk yang tebal menyebabkan anda bosan dan
mengantuk di dalam kelas?
Mengapa?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
18. Adakah guru yang mengajar itu kurang ceria bila mengajar menyebabkan anda
mengantuk?
YA( ) / TIDAK( )
Beri sebab?
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------

≈TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA≈

24

Anda mungkin juga menyukai