Anda di halaman 1dari 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/335200818

Tahap Kemahiran Sosial Murid-Murid Autisme Bagi Program Pendidikan Khas


Integrasi Bermasalah Pembelajaran - Saiful Azam

Thesis · September 2015

CITATIONS READS
0 15,985

1 author:

Saiful Azam
Ministry of Education, Malaysia
3 PUBLICATIONS   4 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Saiful Azam on 26 October 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/335200818

Tahap Kemahiran Sosial Murid-Murid Autisme Bagi Program Pendidikan Khas


Integrasi Bermasalah Pembelajaran - Saiful Azam

Thesis · September 2015


DOI: 10.13140/RG.2.2.31418.13762

CITATIONS READS

0 4,816

1 author:

Saiful Azam
Ministry of Education, Malaysia
2 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Saiful Azam on 16 August 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Tahap Kemahiran Sosial Murid-Murid AutismeBagi
Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran
Saiful Azam Khoo Bin Abdullah1, Aliza Alias2
1
Sekolah Kebangsaan (1) Tengku Bendahara Azman
2
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kemahiran sosial murid-murid autisme di enam buah sekolah
rendah di daerah Klang, Selangor. Kajian ini dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan
kemahiran sosial kanak-kanak autisme supaya intervensi yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran sosial
mereka dapat dirancang dan dilaksanakan. Kemahiran sosial yang dikaji adalah kemahiran interaksi
sosial; kemahiran penyesuaian diri; memulakan perhubungan; dan penglibatan di dalam bilik darjah.
Kajian ini juga mengkaji hubungan antara tempoh persekolahan dengan bilangan adik beradik terhadap
tahap kemahiran sosial mereka. Kajian ini menggunakan senarai semak yang diisi oleh guru dan dapatan
kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif secara min dan analisis inferensi secara kolerasi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid autisme mempunyai tahap kemahiran sosial yang
rendah di sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran
sosial dengan bilangan adik beradik dengan tempoh persekolahan. Ini menunjukkan bahawa tahap
kemahiran sosial murid-murid autisme meningkat setelah lama mengikuti persekolahan. Oleh sebab itu,
guru perlu menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid autisme bagi
meningkatkan tahap kemahiran sosial mereka di sekolah.

Kata kunci: tahap kemahiran sosial murid-murid autisme, kemahiran interaksi sosial, penyesuaian diri,
memulakan hubungan, penglibatan dalam bilik darjah.

1. Pengenalan

Autism Spectrum Disorder (ASD) yang juga dikenali sebagai ‘Autisme’ adalah satu kecelaruan
perkembangan yang menjejaskan perkembangan seseorang individu khususnya dalam interaksi sosial dan
kemahiran komunikasinya [1]. Kekurangan aspek perkembangan yang mereka alami dari segi kemahiran
sosial menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Majoriti daripada
kanak-kanak autisme menghadapi kesukaran untuk mengikut proses pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas aliran perdana kerana mereka sukar untuk menjalinkan hubungan sosial seperti berinteraksi
dengan guru dan rakan sekelas [2]. Kanak-kanak autisme ini tidak menunjukkan minat untuk bercampur
gaul dengan kanak-kanak lain. Mereka juga tidak meniru perbuatan orang di sekeliling mereka serta tidak
memberikan respon apabila nama mereka dipanggil. Bagi masyarakat yang tidak mengenali kanak-kanak
autisme, kanak-kanak ini sering dilabel sebagai suka menyendiri, sombong dan berada di dalam dunia
mereka sendiri.

Jika dilihat dari segi kekurangan aspek komunikasi, sebahagian besar dari kanak-kanak autisme
mempunyai kekurangan dari segi komunikasi ekspresif [3]. Kanak-kanak autisme ini berkomunikasi
melalui tingkah laku yang tidak konvensional seperti bersikap agresif, mengamuk dan mencederakan diri
mereka sendiri [4]. Kanak-kanak autisme ini juga lazimnya tidak tahu memulakan atau melibatkan diri
dalam komunikasi dan juga tidak mampu mempamerkan emosi sebenar mereka ketika berkomunikasi.
Kanak-kanak autisme turut kurang cekap dalam menarik perhatian rakan sebayanya untuk berinteraks.
Apabila berkomunikasi, mereka kurang selesa bertentang mata dengan rakan ketika berkomunikasi
menyebabkan mereka tidak berupaya mengikuti perbualan rakan sebayanya. Justeru itu, mereka tidak
dapat memahami ekspresi wajah rakan ketika berkomunikasi dan sering memberikan tindak balas yang
salah [5].

2. Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan
interpersonal yang efektif [6]. Kemahiran sosial merupakan asas untuk kehidupan yang lebih berjaya.
Kebiasaannya, seseorang kanak-kanak akan mempelajari kemahiran sosial melalui perbualan bersama
orang lain dan juga mengambil giliran. Oleh itu, perkembangan kemahiran sosial adalah penting untuk

129
menentukan kualiti hidup setiap individu. Kecekapan dalam kemahiran sosial membolehkan seseorang
individu untuk membina perhubungan yang positif serta mengurangkan atau menghapuskan yang sifat
negatif [7].

3. Isu Berkaitan Kemahiran Sosial Kanak-Kanak Autisme

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran terutamanya kanak-kanak autisme mempunyai kekurangan dalam


kemahiran sosial berbanding murid biasa yang lain. [8] menyatakan bahawa masalah dalam kefungsian
sosial menjadi ciri utama dalam kalangan kanak-kanak autisme. Terdapat 4 komponen sosial utama yang
sering dikaitkan dengan kanak-kanak autisme ini iaitu kemahiran interaksi, kemahiran penyesuaian diri,
kemahiran memulakan perhubungan dan penglibatan diri dalam bilik darjah.

a. Kemahiran Interaksi

Kanak-kanak autisme kurang cekap dalam menarik perhatian rakan sebayanya untuk berinteraksi
dengannya. Ketiadaan eye contact ketika berkomunikasi menyebabkan mereka tidak berupaya mengikuti
perbualan rakan sebayanya. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami ekspresi orang lain dan
sering memberikan tindak balas yang salah. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu, mereka lebih
gemar menarik tangan orang dewasa daripada menunjuk barang yang diingini. Malah, sesetengah kanak-
kanak autistme boleh menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat namun tidak berupaya
mengaplikasikannya. Sesetengah kanak-kanak autisme tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan
mereka sendiri dan memerlukan satu sistem komunikasi yang berkait dengan pengalaman, persekitaran
dan interaksi mereka dengan orang dewasa [9].

b. Kemahiran Penyesuaian Diri

Dalam kajian [10] menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan, fizikal,
terencat akal, emosi, dan berpencapaian rendah dalam pelajaran tidak diterima oleh rakan sebaya mereka
daripada golongan murid yang bernasib baik. Murid yang mempunyai masalah personaliti, pertuturan,
dan kecacatan ringan sering membuatkan mereka sukar diterima oleh rakan-rakan mereka. Kemahiran
memberi pujian ini merupakan asas untuk belajar dan memahami kesalingan sosial dalam persahabatan
[11]. Kemahiran ini penting bagi kanak-kanak autisme untuk menunjukkan perasaan suka terhadap isu-isu
yang diminati oleh orang lain dan sekaligus dapat menyesuaikan diri dalam hubungan persahabatan
tersebut. Bermain dan beriadah juga merupakan satu kemahiran penting bagi membolehkan kanak-kanak
autisme menyesuaikan diri dengan rakan. Aktiviti bermain dalam kumpulan atau berpasukan adalah sukar
bagi kanak-kanak autisme kerana kurangnya kefahaman sosial yang melibatkan interaksi sosial, kiu-kiu
sosial dan sentuhan fizikal [12].

c. Kemahiran Memulakan Perhubungan

Kecekapan sosial ialah darjah kebolehan kognitif dan kehendak untuk terlibat secara aktif dalam program
percantuman memberi kesan terhadap kejayaan program ini. Kemahiran memulakan perhubungan antara
rakan sebaya adalah penting di mana sikap pelajar berkeperluan khas khususnya kanak-kanak autisme di
dalam aktiviti kumpulan rakan sebaya menentukan keberkesanan proses sosialisasi [13]. Namun, kanak-
kanak autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak
menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil
mereka. Hal itu menyebabkan mereka sukar untuk memulakan sesuatu perhubungan.

d. Penglibatan diri dalam bilik darjah

[14] menyatakan bahawa murid-murid seharusnya digalakkan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran
yang dijalankan dan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran. Penglibatan secara aktif adalah penting bagi membolehkan seseorang murid menguasai
pelbagai kemahiran sosial disamping meningkatkan keupayaan kognitif, emosi dan sebagainya.Murid-
murid autisme juga menghadapi masalah tingkah laku, ciri-ciri penghargaan kendiri yang rendah,
kemahiran interaksi sosial yang lemah, kurang motivasi dan perkembangan kemahiran asas akademik
yang lemah. Oleh kerana itu, murid-murid autisme kelihatan seperti tidak mahu melibatkan diri dalam
proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

130
4. Objektif Kajian

Merujuk kepada tujuan kajian tersebut, secara terperinci objektif kajian ini adalah untuk :

i. Mengenal pasti tahap kemahiran sosial dalam kalangan murid-murid autisme di sekolah-
sekolah
ii. Mengenal pasti hubungan antara tempoh persekolahan dengan tahap kemahiran sosial murid-
murid autism
iii. Mengenal pasti hubungan antara bilangan adik beradik dengan tahap kemahiran sosial murid-
murid autisme

5. Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Dalam kajian
ini, data dikumpul melalui kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen berbentuk senarai semak
yang diisi oleh guru pendidikan khas di enam buah sekolah terpilih di Klang, Selangor yang mengajar
murid autisme. Data ini diisi oleh guru berdasarkan pemerhatian terhadap kanak-kanak autisme yang
dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen berbentuk senarai semak digunakan kerana ia senang ditadbir,
data mudah dikutip dan dianalisis. Pemerhatian merupakan alat utama untuk mengumpul data secara
kuantitatif dalam kajian ini.

Set senarai semak ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
merupakan maklumat latar belakang responden manakala bahagian B adalah berkenaan pemerhatian guru
terhadap kemahiran sosial murid-murid autisme sebanyak 45 item. Kemahiran sosial murid-murid
autisme yang diperhatikan adalah dari aspek kemahiran interaksi murid-murid autisme, kemahiran
penyesuaian diri, dan kemahiran memulakan perhubungan dengan rakan sebaya serta aspek penglibatan
murid-murid autisme dalam bilik darjah.Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat dan
keterangan terhadap kemahiran sosial murid-murid autisme dari segi kemahiran interaksi, kemahiran
penyesuaian diri, kemahiran memulakan perhubungan dan juga penglibatan murid-murid autisme iaitu
melalui kemahiran bilik darjah.

6. Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Kajian ini melibatkan seramai 40 orang murid autisme dalam Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di enam buah sekolah di daerah Klang, Selangor. Profil demografi
kajian dipaparkan secara terperinci seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Profil demografi sampel kajian


Demografi Kekerapan Peratusan
Bilangan adik beradik
Tiada 4 10.0%
1 2 5.0%
2 11 27.5%
3 14 35.0%
4 7 17.5%
5 2 5.0%
Tempoh bersekolah
1 Tahun 7 17.5%
2 Tahun 13 32.5%
3 Tahun 7 17.5%
4 Bulan 9 22.5%
4 Tahun 2 5.0%
6 Tahun 2 5.0%
7 Tahun 7 17.5%

a. Tahap Kemahiran Sosial Dalam Kalangan Murid-Murid Autisme Di Sekolah

Hasil analisis data, tahap kemahiran sosial kanak-kanak autisme ini dapat ditentukan berdasarkan min.
Jadual 2 menunjukkan tahap kemahiran sosial murid autisme tersebut.

131
Jadual 2 : Tahap kemahiran sosial murid-murid autisme
No Kemahiran sosial Bil.Responden dan Peratusan
Rendah Sederhana Tinggi
(1.00 - (2.34-3.66) (3.67-
2.33) 5.00)
1 Kemahiran Interaksi 31 9 (22.5%) -
(77.5%)
2 Kemahiran 27 13 (32.5%) -
Penyesuaian Diri (67.5%)

3 Kemahiran 29 11 (27.5%) -
Memulakan (72.5%)
Perhubungan

4 Kemahiran bilik darjah 29 11 (27.5%) -


(72.5%)
Keseluruhan 29 11 (27.5%) -
(72.5%)

Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa tahap kemahiran sosial murid-murid autisme
berada di tahap yang sederhana dan rendah sahaja kerana tidak ada murid yang menunjukkan tahap
kemahiran sosial yang tinggi.Daripada 4 kemahiran sosial utama kanak-kanak autisme ini, seramai 27
orang (67.5%) murid mempunyai kemahiran penyesuaian diri pada tahap rendah dan seramai 13 orang
(32.5%) murid berada pada tahap sederhana. Murid autisme lemah dalam kemahiran penyesuaian diri ini
kerana mereka kurang berinteraksi dengan rakan sebaya dan lebih suka menyendiri. Oleh sebab itu,
mereka seharusnya diberi galakan untuk berinteraksi dengan rakan disekeliling terutamanya semasa
dalam proses pembelajarannya. Ini bertepatan dengan kajian oleh [15] yang menyatakan bahawa kanak-
kanak autisme ini akan memperoleh banyak manfaat melalui interaksi dengan rakan sebaya mereka.
Dengan adanya interaksi ini, ia akan membolehkan kanak-kanak autisme untuk membina keyakinan diri
seterusnya dapat cepat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dan persekitaran.

Seterusnya diikuti oleh kemahiran memulakan perhubungan, seramai 29 orang (72.5%) murid
mempunyai kemahiran memulakan perhubungan pada tahap rendah dan seramai 11 orang (27.5%) murid
berada pada tahap sederhana. Murid autisme ini mempunyai limitasi dalam penggunaan bahasa dalam
komunikasi menyebabkan mereka tidak tahu untuk memulakan sesuatu perbualan dan hubungan dengan
rakan-rakan lain. Kenyataan ini disokong oleh kajian [16] yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisme
sering berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, imaginasi
dan seterusnya menggunakan pemikiran secara abstrak. Lantaran, mereka tidak tahu untuk memulakan
sesuatu hubungan dengan berkesan.Kemahiran penglibatan dalam bilik darjah pula menunjukkan seramai
29 orang (72.5%) murid mempunyai kemahiran penglibatan dalam bilik darjah pada tahap rendah dan
seramai 11 orang (27.5%) murid berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menyokong hujah dari [17]
yang menyatakan bahawa murid-murid autisme menghadapi pelbagai kekurangan dalam aspek
komunikasi yang sekaligus menjadikan mereka kurang mahu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
dalam bilik darjah.

Akhir sekali merupakan kemahiran interaksi iaitu seramai 31 orang (77.5%) murid mempunyai kemahiran
interaksi pada tahap rendah dan seramai 9 orang (22.5%) murid berada pada tahap sederhana. Kelemahan
dari aspek bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisme ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi
dengan rakan-rakan disekeliling mereka. Ini selari dengan hujah [18] yang menyatakan bahawa murid
autisme mempunyai kelemahan dalam aspek komunikasi. Antara sebabnya adalah di mana murid autisme
ini gagal menunjukkan isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa komunikasi. [19] dalam
kajiannya juga menyatakan bahawa kanak-kanak autisme sering tidak menunjukkan tindak balas apabila
diajak bertutur ataupun apabila mereka dipanggil.Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa
kemahiran sosial dalam kalangan murid-murid autisme di sekolah berada pada tahap yang rendah iaitu
seramai 29 orang (72.5%) murid mempunyai kemahiran sosial pada tahap rendah dan seramai 11 orang
(27.5%) murid berada pada tahap sederhana. Dapatan ini dapat membuktikan bahawa masalah dalam
kefungsian sosial merupakan antara ciri utama dalam kalangan kanak-kanak autisme [20].

b. Hubungan Antara Kemahiran Sosial Dengan Bilangan Adik Beradik

Bilangan adik beradik yang ramai mempengaruhi perkembangan sosial seseorang kanak-kanak autisme.
Mereka yang mempunyai adik beradik yang ramai akan mempunyai tahap kemahiran sosial yang lebih
tinggi berbanding mereka yang mempunyai bilangan adik beradik yang sedikit. Ini adalah kerana mereka

132
lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan adik beradik yang ramai di dalam rumah masing-masing.
Jadual 3 menunjukkan hubungan antara tahap kemahiran sosial murid autisme dengan bilangan adik
beradik mereka.

Jadual 3 : Hubungan kolerasi antara kemahiran sosial dengan bilangan adik beradik

Hubungan Bilangan adik beradik Interpretasi


r Sig.
Interaksi 0.557*** 0.000 Tinggi
Penyesuaian Diri 0.369* 0.019 Sederhana
Memulakan Perhubungan 0.461** 0.003 Sederhana
Penglibatan DalamBilik 0.379* 0.016 Sederhana
darjah

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
kemahiran sosial kanak-kanak autisme dengan bilangan adik beradik mereka. Dapatan kajian ini
menyokong kajian [21] yang menyatakan bilangan adik beradik di rumah lebih mempengaruhi kemahiran
sosial kanak-kanak autisme berbanding dengan suasana persekitaran yang lain. [22] juga menyatakan
dalam kajiannya bahawa adik beradik memainkan peranan yang penting untuk membentuk perkembangan
sosial yang diingini kepada kanak-kanak autisme.

c. Hubungan Antara Kemahiran Sosial Dengan Tempoh Persekolahan

Tempoh persekolahan memainkan peranan dalam perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak autisme.
Semakin lama kanak-kanak autisme itu telah mengikuti sesi persekolahan, penguasaan kemahiran sosial
mereka akan meningkat lebih baik dari semasa ke semasa. Jadual 4 menunjukkan hubungan antara tahap
kemahiran sosial murid autisme dengan tempoh persekolahan mereka.

Jadual 4 : Hubungan kolerasi antara kemahiran sosial dengan tempoh persekolahan

Hubungan Tempoh persekolahan Interpretasi


r Sig.
Interaksi 0.787*** 0.000 Sangat tinggi
Penyesuaian Diri 0.656*** 0.000 Tinggi
Memulakan Perhubungan 0.744*** 0.000 Sangat tinggi
Penglibatan Dalam Bilik 0.617*** 0.000 Tinggi
darjah

Menerusi dapatan kajian secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara kemahiran sosial dengan tempoh persekolahan. Dapatan ini menyokong kajian oleh [23]
yang menyatakan bahawa pelajar autisme di sekolah menengah dan peringkat lebih tinggi menunjukkan
tahap kemahiran sosial yang lebih tinggi berbanding murid autisme di sekolah rendah. Ini adalah kerana
mereka yang sudah dewasa lebih mudah mengekalkan dan mengaplikasikan kemahiran sosial yang diajar
berbanding dengan mereka yang masih di sekolah rendah.

7. Implikasi Dapatan Kajian

Bagi kanak-kanak autisme, penguasaan kemahiran sosial adalah sangat agar mereka dapat berkomunikasi
dengan ahli keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. Maka, hasil daripada kajian ini dapat memberikan
pelbagai maklumat dan implikasi yang positif kepada golongan yang berkait secara langsung atau tidak
langsung dalam pendidikan kanak-kanak autisme ini seperti ibu bapa, guru, pihak sekolah, Jabatan
Pendidikan Khas dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebagai contohnya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran sosial kanak-kanak autisme ini
berada di tahap yang rendah. Maka, guru perlu didedahkan dengan pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran untuk mengajar kanak-kanak autisme ini dengan lebih efektif bagi mempertingkatkan
kemahiran sosial mereka melalui kursus latihan dalam perkhidmatan atau lain-lain kursus yang berkaitan.
Kanak-kanak perlu melalui pengalaman-pengalaman sosial dan interaksi-interaksi sosial bagi
mempelajari kemahiran sosial dengan baik [24]. Pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan
kemahiran asas sosial juga hendaklah dijalankan dalam persekitaran yang berbeza seperti di dalam dan di

133
luar kelas. Contohnya, ketika aktiviti kokurikulum dan lain-lain supaya generalisasi dapat dibuat dalam
persekitaran yang lain.

Selain itu, pihak yang berkaitan seperti Bahagian Pendidikan Khas dan Kementerian Pendidikan
Malaysia harus melakukan beberapa pengubahsuaian terutamanya dalam meningkatkan dan menambah
baik sistem pendidikan yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran sosial murid-murid autisme ini.
Badan Bukan Kerajaan juga boleh merangka atau mengubahsuai kurikulumnya supaya pengajaran lebih
berfokuskan kepada peningkatan tahap kemahiran sosial kanak-kanak autisme ini.

8. Kesimpulan

Kemahiran sosial kanak-kanak autisme adalah berbeza-beza dan pelbagai. Kanak-kanak autisme
sememangnya mempunyai defisit dalam memahami dan menggunakan kemahiran sosial dengan efektif
[25]. Kelemahan mereka dalam aspek kemahiran sosial ini menyukarkan mereka untuk mengikuti proses
pembelajaran dan seterusnya menjejaskan kualiti kehidupan seharian mereka. Oleh itu, intervensi perlu
dilaksanakan bagi membantu kanak-kanak autisme meningkatkan kemahiran sosial mereka agar mereka
lebih berpeluang berkomunikasi dan berinteraksi seperti kanak-kanak biasa yang lain.

Rujukan

[1] Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar, dan Norani Salleh (2010). Tahap
latihan, pengetahuan dan keyakinan guru-guru pendidikan khas tentang autisme. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 35 (1). pp. 19-26.
[2] Hansburry, M. (2005). Educating pupils with autistic spectrum disorders; a practical guide. London
: Paul Chapman Publishing.
[3] Mitchell, S., Brian, J., & Zwaigenbaum, L. (2006). Early language and communication development
of infants later diagnosed with autism spectrum disorder. Journal Of The Society For Developmental
And Behavioral Pediatrics, 27: S69–S78.
[4] Wetherby, A., Woods, J., & Allen, L., 2004. Early indicators of autism spectrum disorders in the
second year of life. The Journal of Autism and Developmental Disorders,34:473–493.
[5] Harris, S. L. (2004). Autism intervention. Encyclopedia on early childhood development. Montreal,
Quebec. Centre Of Excellence For Early Childhood Development
[6] Loveland, K. A., Pearson, D. A., Tunali-Kotoski, B., Ortegon, J., & Gibbs, M. C. (2001). Judgments
of social appropriateness by children and adoles-cents with autism. Journal of Autism and Develop-
mental Disorders, 31, 367–376.
[7] Kaili Chen & Bullock, L.M. (2004). Social skills intervention for students with emotional/
behavioral disorders aged six through 12 years: a combination of a literature-based curriculum and
telecommunications. Emotional and Behavioral Difficulties, 9(2), 223-238.
[8] Roger, S.J., (2000). Interventions that facilitate socialization in children with autism. Journal of
Autism and Developmental Disorders, 30, 399-409.
[9] Light, J., dan Drager, K. (2007). AAC Technologies For Young Children With Complex
Communication Needs: State Of Science And Future Research Directions. Augmentative and
Alternative Communication, 23 (3): 204 – 216.
[10] Garguilo, R.M., (2006). Special education in contemparary society. (2nd ed). USA: Thomson
Wadsworth.
[11] Apple, A.L., Billingsley, F., & Schwartz, I.S. (2005). Effect of video modeling alone and with self-
management on compliment-giving behaviors of children with high-functioning ASD. Journal of
Positive Behavior Intervention, 7(1) 33-46.
[12] Terpstra, J.E., Higgins, K., & Pierce, T. (2002). Can I play? Classroom based intervention for
teaching play skills to children with autism. Focus On Autism And Other Development Disabilities,
17(2): 119-128.
[13] Strain, P.S., & Hoyson, M. (2000). The evolution of social skill intervention. Probable keys to
sustainable effects. Topic in Early Childhood Special Education, 20: 116-122.
[14] Ganz, J.B., Kaylor, M., Bourgeois, B., & Hadden, K. (2008). The impact of social scripts and visual
cues on verbal communication in three children with autism spectrum disorders. Proquest
Educational Journals 23 (2): 79 – 94.
[15] Julia Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007). Perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan
khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
[16] Mancil, G.R., & Boman, M. (2010). Functional communication training in the classroom: a guide
for success. Preventing School Failure, 54 (4): 238 – 246.

134
[17] Ledford, J. R., Gast, D. L., Luscre, D., & Ayers, K. M. (2007). Observational and incidental learning
by children with autism during small group instruction. Journal of Autism and Develop- mental
Disorders, 38, 86–103.
[18] Bregman, J. D. dan Higdon, C. (2012). Definitions and clinical characteristics of autism spectrum
disorders. Educating Students with Autism Spectrum Disorders : Research-Based Principles and
Practices. 13 –45.
[19] Paul, R. (2009). Talk to me : issues in acquiring spoken language for young children with autism
spectrum disorders. ProQuest Health and Medical Complete, 14 (14): 10 –13.
[20] Razhiyah, K. A. (2008). Apa itu autisme? Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd
[21] Samuel L. Odom (2006) sibling-mediated social interaction intervention for young children with
autism. Topics in Early Childhood Special Education Summer 2006 vol. 26 no. 2 106-123.
[22] Schreier, A. (2010). Sibling interactions: the role of older siblings in the social and communication
development of children with autism spectrum disorders. Child Development, Vol. 56: 448-461.
[23] Bellini, S., Peters, J., Benner, L., & Hopf, A., (2007). A meta-analysis of school-based social skills
interventions for children with autism spectrum disorders. Journal of Remedial and Special
Education, 28(3), 153-162.
[24] Frankle, J., & Geist, E.A. (2003). The effects of teaching play strategies on social interaction for
child with autism: a case stdy. Journal of Research in Childhood Education. 18(2): 125-140.
[25] Adams, L., Gourousis, A., Van Lue M., & Waldron, C. (2004). Social stories intervention :
improving communication skills in a child with an autism spectrum disorder. Focus on Autism and
Other Developmental Disabilities, 19(2): 87-94.

135

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai