Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Anak boleh diibaratkan seperti sehelai kain putih bermula dari peringkat bayi lagi. Maka, ibu bapa merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam mencorakkan kain putih tersebut disebabkan ibu bapa adalah teras bagi sesebuah keluarga dan mereka juga merupakan agen sosialisasi dalam kehidupan anak-anak mereka (Atan Long, 1978). Ibu bapa hendaklah menjadi contoh terbaik atau role model kepada anak-anak memandangkan mereka menjadi rujukan anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini disahkan oleh Collins dan rakan (Collins et al., 2000) yang mengatakan tingkah laku mereka secara tidak langsung akan menjadi ikutan anakanak dari kecil sehingga menjadi dewasa kelak. Pendidikan merupakan perkara yang sangat penting dalam menentukan hala tuju seseorang di dunia ini, tanpa pendidikan yang baik maka kemajuan dalam menghasilkan sesuatu yang dibanggakan tidak akan dapat dihasilkan. Pendidikan yang baik hanya akan berlaku sekiranya pembelajaran itu digarap dengan penuh nilai dan manfaat . Pembelajaran merupakan kegiatan yang bergantung kepada kemahiran kognitif. Ahli psikologi seperti Mace (1976) berpendapat kita boleh membezakan mekanisme otak yang digunakan dalam pembelajaran dengan faktor yang menggerakan mekanisme tersebut. Faktor yang menggerakan mekanisme tersebut dipanggil dorongan dan sikap, sementara mekanisme pembelajaran dipanggil kemahiran pembelajaran. Adalah menjadi harapan setiap pelajar yang berada di sekolah untuk mencapai kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Kejayaan dalam bidang akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika pelajar memperoleh cara atau strategi belajar yang berkesan. Pelbagai faktor penyumbang kepada kejayaan pelajar seperti kecerdasan intelek, daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi belajar yang mantap . Namun, pada masa kini, senario dimana ramai pelajar mempunyai prestasi yang rendah dan kurang baik semakin rancak dan hangat diperkatakan oleh media massa dan menjadi perbahasan utama oleh ahli-ahli yang menentukan hala tuju pendidikan negara. Ramai pelajar yang kurang menunjukkan prestasi yang baik malahan ada di antara mereka mengisi ruang tercorot dalam carta pelajar-pelajar yang

bermasalah. Pentingnya pendidikan yang menggalurkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar intipati utama pendidikan itu mampu diserap secara menyeluruh oleh para pelajar tanpa adanya benteng yang menghalang mereka untuk melakukan hal yang sedemikian. Ramai pelajar yang bermasalah ini mempunyai alasan terhadap kemerosotan mereka dan hakikat yang dapat dilihat adalah rata-rata pelajar yang mempunyai prestasi yang rendah adalah mereka yang mempunyai catatan sosial yang tidak baik yakni lebih terdedah kepada pelaku gejalan sosial yang semakin meruncing pada masa kini. 1.1 Pelajar berprestasi rendah

Kegagalan dalam dunia pendidikan merupakan satu tamparan hebat kepada mereka yang bertungkus lumus memartabatkan pengajaran dan pembelajaran ikhlas dan prihatin kepada pelajar. Ini sudah pastinya memberikan kekecewaan kepada mereka kerana hasrat dan tujuan adalah untuk melahirkan pelajar yang berjaya. Kegagalan dalam duni pendidikan bersangkut paut dengan pelajar yang mempunyai prestasi yang rendah. Pelajar yang mempunyai prestasi yang rendah sangat-sangat mempengaruhi graf kenaikan dunia pendidikan sama ada menaik atau pun menurun. Tingkah laku sememangnya sangat mempengaruhi seseorang pelajar itu sama ada berkelakuan baik ataupun sebaliknya. Tingkah laku menurut ( Bear, Wolf and Risley, 1968 ) adalah sebuah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seseorang individu. Disamping itu juga, pelajar yang mempunyai prestasi yang rendah juga disebabkan faktor kesihatan dan baka. Pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran juga merupakan pelajar yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran . Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut

1. 2. 3. 4.

Kebolehan kognitif dan kemahiran perkembangan ( developmental skills ) Tingkahlaku sosial / perkembangan sosial Penguasaan bahsa lisan/pertuturan Penguasaan membaca dan kemahiran matematik

Terdapat juga ciri-ciri pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran dari segi kesihatan dan keupayaan fizikal dan mental. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

a. Ciri-ciri fizikal Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b. Ciri-ciri intelek Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi pelajar bermasalah pembelajaran tidak sama dengan pelajar biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

c. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanakkanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

1.2

Faktor pelajar berprestasi rendah

Pelajar yang mempunyai prestasi yang rendah juga disebabkan oleh faktor diri sendiri. Minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran itu. Jika pelajar meminati suatu mata pelajaran maka ia akan menunjukkan sikap serius dan akan mempelajarinya sebaik mungkin. Biasanya pelajar akan memperoleh prestasi yang maksima. Sebaliknya, jika pelajar kurang meminati subjek tersebut maka pelajar itu akan menunjukkan sikap malas dan bosan apabila berada dalam sesi P & P. Apabila hal ini berlaku, pelajar tersebut tidak akan dapat menerima ilmu dengan baik dan pengetahuannya juga tidak akan berkembang. Motivasi merupakan hal-hal yang mendorong pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan. Semangat dan keinginan belajar ini akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk memperoleh prestasi pembelajaran yang maksima. Jika motivasi belajar pelajar rendah, maka sudah tentu keinginan dan juga kesediaan mereka untuk menuntut ilmu tidak akan wujud , maka dengan inilah lahirnya prestasi pelajar yang rendah ekoran kegagalan dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan . Konsentrasi belajar merupakan pusat yang akan menentukan keterbukaan sesorang pelajar itu untuk menuntut ilmu. Konsentrasi belajar menjadi modal utama untuk menumpukan pelajaran dengan sepenuh perhatian. Dengan adanya konsentrasi belajar, maka pelajar tidak akan melakukan benda yang lain malah akan focus terhadap proses P & P. Jika konsentrasi belajar tidak wujud, maka sia-sialah pelajar menuntut ilmu kerana saluran untuk menyerap ilmu pengetahuan itu telah gagal diaplikasikan. Cita-cita adalah sangat penting buat seseorang pelajar. Dengan adanya cita-cita, maka kesungguhan belajar demi mencapai hasrat dan objektif hidup itu akan wujud. Untuk apa pelajar belajar? Pertanyaan ini sederhana tapi kadang-kadang pelajar tidak tahu memberikan jawapan yang sepatutnya. Padahal cita-cita merupakan harapan untuk meraih sesuatu yang diinginkan. Dengan adanya cita-cita maka siswa akan berusaha untuk meraih prestasi belajar yang tinggi. Tanpa cita-cita maka tujuan utama

akan lari dan keinginan belajar juga akan hilang seterusnya prestasi pelajar akan menurun dalam pembelajaran. Faktor yang seterusnya yang turut mempengaruhi tahap presatsi pelajar juga ialah faktor keluarga. Kurangnya perhatian ibu bapa terhadap prestasi akademik anakanak mereka , kesibukan dalam kerjaya dan keghairahan mencari kemewahan dan kekayaan hidup membuatkan ibu bapa mengabaikan perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya diberikan kepada anak-anak . Kebanyakan isu pelajar tercicir rata-ratanya berasal daripada golongan kaya. Dalam mengejar kehidupan duniawi, ibu bapa lupa akan tanggungjawab mereka yang sebenarnya iaitu perhatian terhadap anak-anak. Oleh itu, ramai pelajar yang menjadi pelakon dalam kancah gejala sosial pada masa kini ekoran kegagalan ibu bapa mengatur kehidupan anak mereka. Isu ketidakprihatinan ibu bapa ini juga mungkin disebabkan oleh tahap pendidikan mereka yang rendah sehingga menyebabkan mereka tidak megambil serius akan isu pendidikan anak-anak mereka. Taraf pendidikan ibu bapa yang rendah mengakibatkan mereka tidak tahu tentang perkembangan sekolah dan pendidikan anak-anak memandangkan mereka tidak tahu akan selok belok pendidikan. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan juga menyebabkan prestasi pelajar rendah. Ini disebabkan oleh keegoan dan kesombongan yang ada pada mereka yang hanya mengharapkan pihak sekolah untuk meninjau dan memerhatikan prestasi anak mereka walhal hubungan ibu bapa dan sekolah perlu diwujudkan memandangkan kedua-dua pihak ini yang akan menentukan masa depan anak-anak pada masa akan datang. Kegagalan institusi pendidikan khususnya guru dalam membimbing dan mendidik para pelajar turut menyumbang kepada kelemahan prestasi akademik pelajar. Terdapat sebahagian guru yang berpandangan sempit serta pasif terhadap pelajar mereka sehingga menyebabkan pelajar rasa terasing dan tersinggung. Antaranya, sikap guru yang hanya mengambil berat terhadap pelajar cemerlang berbanding pelajar yang sederhana dan rendah pencapaiannya. Oleh itu, pelajar yang merasa terabai mempunyai konsep kendiri yang rendah, tidak bermotivasi untuk belajar dan terus ketinggalan dalam pencapaian akademik. Kegagalan institusi pendidikan dalam konteks guru, Kelemahan guru dalam membimbing pelajar dengan kaedah yang sesuai juga dilihat menjadi punca kelemahan akademik pelajar. Kelemahan guru sebagai pembimbing utama pelajar dan kurangnya pendedahan pengetahuan dan pengalaman merupakan antara faktor

keciciran pelajar . Punca kelemahan prestasi akademik pelajar turut dikaitkan dengan premis, iaitu dalam konteks ini merujuk kepada sekolah. Kepimpinan, pengurusan strategik, iklim serta persekitaran sekolah. Prasarana Sekolah yang tidak dapat mengaut keinginan pelajar untuk belajar akan menyebabkan pelajar kurang berminat dengan suasana dalam sesi P & P. Prestasi pelajar juga berkesinambungan dengan kepimpinan dan pengurusan strategik sekolah. Pengurusan strategik melibatkan pengurusan jangkaan dan masa hadapan. Organisasi pendidikan seharusnya mempunyai pengurusan yang kental dari segi menganalisis persekitaran luaran, kepimpinan manusia, struktur, teknologi, dan sebagainya agar dapat mewujudkan perancangan berkesan ke atas pemartabatan sistem pendidikan disekolah.

1.3

Implikasi pelajar berprestasi rendah

Kegagalan seseorang pelajar dalam dunia pendidikan sememangnya merupakan sesuatu yang sangat mendukacitakan dan dapat menggambarkan kegagalan system pendidikan disekolah. Pelajar yang berprestasi rendah akan memberikan kesan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara itu sendiri. Pertama, aspek diri dimana implikasi daripada prestasi yang rendah yang ditunjukkan pelajar akan menyebabkan perkembangan akademik pelajar tidak akan dapat dicapai. Tujuan utama pelajar belajar belajar adalah untuk mencapai kejayaan dan perkembangan dalam akademik, namun, sekiranya prestasi pelajar senantiasa berada pada tahap yang rendah, matlamat dan objektif ini tidak akan pernah tercapai. Kesan terhadap diri yang seterusnya ialah akan lahir pelajar yang bermasalah disiplin dan penyumbang kepada gejala sosial. Pelajar yang lemah dan berprestasi rendah akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif kerana kurang kesedaran mengenai nilai-nilai yang positif. Pelajar yang lemah akan terjerumus ke lembah sosial yang memudaratkan kerana keciciran mereka disekolah menyebabkan mereka mengambil langkah dan jalan pintas supaya tidak berasa tertekan. Kedua, aspek keluarga dimana lahirnya pelajar berprestasi rendah akan menyebabkan keluarga dipandang rendah dan dipulaukan . Kebanyakan masyarakat pada hari ini memilik pemikiran yang sangat pasif dan cetek . Lahirnya seseorang anak yang berprestasi rendah dalam sesebuah keluarga akan menyebabkan keluarga

itu dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Keluarga itu juga tidak diangkat sebagai keluarga yang perlu dihormati kerana tidak memberi kepentingan kepada mereka. Maka dengan ini, tidak hairanlah keruntuhan institusi rumah tangga semakin banyak berlaku disebabkan salah faha dan juga sikap pentingkan diri sendiri. Pelajar yang lemah juga akan terlibat secara tidak langsung dalam gejalan sosial yang semakin berleluasa. Keluarga akan menjadi susah dan porak peranda kerana anak mereka yang lemah prestasinya melakukan kegiatan yang tidak bermoral. Ketiga, implikasi terhadap sekolah apabila lahirnya pelajar yang berprestasi rendah ialah sekolah tersebut akan gagal mencapai target dan matlamat pendidikan dalam memastikan para pelajarnya lulus dan memperolehi keputusan yang baik dalam pembelajaran. Disamping itu juga, sekolah akan mengalami kemerosotan dalam pencapaian akademik hanya disebabkan pelajar yang berprestasi rendah ini dan akan menyebabkan sekolah tersebut tersenarai di dalam senarai sekolah yang tercorot. Pelajar yang berprestasi rendah juga akan menyebabkan gejala sosial berlaku di dalam sekolah seperti ponteng kelas , buli, melepak, meroko, vandalism dan sebagainya. Keempat, kesan terhadap negara apabila lahirnya golongan pelajar yang berprestasi rendah ialah kegagalan negara dalam mencapai matlamatnya dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan seimbang. Negara juga akan turut kehilangan golongan pelapis masa hadapan kerana kualiti yang dipersembahkan tidak menepati tuntutan yang diharapkan. Pelajar lemah dan berprestasi rendah akan melakukan gejala sosial dan dengan ini negara juga akan terpaksa menanggung perbelanjaan dalam menyediakan pusat pemulihan dan penempatan sementara untuk pelajar yang terlibat dalam jenayah sosial. Negara terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki alat kemudahan awan seperti tandas awam, pondok telefon, taman permainan dan sebagainya kerana aktiviti vandalisma dan merosakkan harta benda awam yang dilakukan pelajar yang tercicir ini.

1.4

Kesimpulan

Pelajar yang mempunyai prestasi pembelajaran yang rendah dan mempunyai tahap kognitif yang tidak memuaskan akan menyebabkan banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak dalam memastikan isu ini tidak memudaratkan dan merebak. Namun, isu kelemahan pelajar dalam akademik sememangnya telah

memberi tamparan hebat kepada guru khusunya kerana guru dan sekolah merupaka asset utama dalam menentukan dan membentuk nilai dan hala tuju sesorang pelajar. Oleh hal sedemikian, proses perancangan yang berkesan, penelitian terhadap nilainilai positif, pemartabatan kandungan kurikulum sekolah dan pembaikan, serta peranan keluarga dan masyarakat perlulah diimplementasikan agar wujudnya pelajar yang mempunyai keseimbangan dalam semua aspek kehidupan sesuai dengan tuntutan falsafah pendidikan kebangsaa.

Rujukan 1. http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/14/punca-punca-dan-cara-cara-mengatasimasalah-disiplin-pelajar/ 2. http://www.slideshare.net/iznyatikah/5-masalah 3. http://www.matrapendidikan.com/2013/08/faktor-berpengaruh-prestasi-belajar.html 4. http://jalurilmu.blogspot.com/2011/10/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html 5. http://www.slideshare.net/selva62/tingkahlaku-bermasalah-15202311 6.http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.com/p/kanak-kanak-bermasalahpembelajaran.html 7.http://lisazadora.blogspot.com/2012/07/murid-murid-bermasalah-pembelajaran.html 8.http://jpn.moe.gov.my/jpnmelaka/upkhas/index.php/en/site-map/masalahpembelajaran 9. http://chujuaik.blogspot.com/2012/12/cara-mengesan-murid-murid-yang.html 10.http://zueinsdagreat.blogspot.com/2012/04/kanak-kanak-bermasalahpembelajaran.html

Anda mungkin juga menyukai