Anda di halaman 1dari 9

3.

PUNCA MASALAH Ponteng sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang sering kali dilakukan oleh

pelajar sekolah setiap hari. Ponteng sekolah didefinisikan sebagai perbuatan yang menjauhkan diri daripada sekolah tanpa keizinan guru atau ibubapa (Mohd. Nor Bin Long, 1982,2). Begitu juga dengan ponteng kelas juga adalah masalah yang dianggap sebagai suatu penyakit berjangkit. Selain itu, ada juga pelajar yang ponteng hati iaitu berada dalam bilik darjah tetapi hati dan fikirannya tidak di sana, sebaliknya hanya menunggu loceng waktu akhir untuk keluar sekolah. Ponteng sekolah atau menuang kelas adalah tindakan seseorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu yang sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Banyak sebab diperkatakan tentang mengapa seseorang melanggar peraturan dan undang undang sekolah. Punca punca itu diakibatkan oleh peribadi murid itu sendiri, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya. Apabila kita membincangkan masalah ponteng di kalangan pelajar, kita tidak boleh lari daripada mengaitkannya dengan faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng. Faktorfaktor ini saling berkait dan melengkapi untuk membentuk satu keadaan yang unik. Faktorfaktor ini dikupas satu per satu untuk melihat kesannya terhadap pembentukan masalah tingkah laku ponteng dalam kalangan pelajar. 3.1 Peribadi Murid Faktor sikap pelajar merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Pelajar pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sikap yang negatif terhadap sekolah dan pelajaran. Sikap seseorang terhadap sesuatu rangsangan luar boleh mempengaruhi tingkah laku tertentu. Sikap boleh juga menjadi satu pengaruh yang penting kepada individu. Ia bertindak sebagai sebab dan akibat kepada tingkah laku. Ia merupakan perkara peribadi dan berkaitan dengan perasaan dengan pengalaman individu. Sebagai contoh , sikap malas iaitu orang yang tidak mengerti dengan jelas matlamat dan citacita hidup. Sifat ini boleh membunuh masa hadapan. Ekoran dari sifat inilah seseorang itu mempunyai kesamaran dalam objektif hidupnya. Mereka tidak mempunyai motivasi untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak penting dan mereka lebih rela tidur daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau mengulangkaji pelajaran.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa pelajar pelajar di dalam sesebuah kelas biasanya mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, fizikal, minat, bakat dan sebagainya. Oleh kerana itu, ada pelajar yang boleh belajar dengan cepat, dan ada pula yang hanya boleh memahami sesuatu konsep atau kemahiran sahaja selepas diberikan pendidikan dan tunjuk ajar. Ada individu yang sukar menerima kegagalan. Kegagalan boleh membawa frustrasi kecuali individu boleh yang pahit Pelajar pelajar yang yang mempunyai I.Q. yang rendah akan bertindak melulu dengan menganggap diri mereka tidak cerdik dan tidak setanding dengan rakan rakan mereka yang lain akan mendorong mereka memonteng kelas. Mereka akan gagal sehingga mempengaruhi pencapaian. Dengan ini wujudlah peneguhan negatif dalam diri mereka. Punca berlakunya ponteng di kalangan pelajar sekolah mungkin kerana perasaan ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan tanpa mengira kesan baik atau buruknya daripada perbuatan tersebut. Mengikut laporan daripada guru disiplin dan juga guru kanseling, pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai personaliti tidak baik dan perbuatan mereka itu tidak dapat diterima. Daripada dapatan kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar tidak akan hadir ke sekolah jika kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak dapat disiapkan. Ini menunjukkan mereka sememangnya tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran mereka. Dikalangan pelajar-pelajar ponteng ini masih tidak faham akan objektif mereka pergi ke sekolah. Mereka datang ke sekolah semata-mata untuk bersuka-suka dan menganggap tidak datang sekolah tidak akan merugikan mereka. Ini dapat dibuktikan dengan hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan nilai min sebanyak 3.78 yang menyatakan mereka tidak berminat untuk belajar. Jika keadaan ini berlarutan akan menjejaskan masa depan mereka untuk menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan serta berketrampilan. Jelas menunjukkan pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan sebagai menunaikan tanggungjawab tetapi hanya untuk memenuhi masa lapang mereka. Sekiranya pelajar masih meneruskan sikap yang sedemikian lambat laun akan merugikan mereka. Dalam hal ini ibu bapa serta guru hendaklah menyedarkan mereka tentang kepentingan pendidikan dalam menempuh cabaran hidup pada masa akan datang.

3.2

Keluarga Dalam kehidupan harian, ibu bapa ialah orang yang paling dekat dengan anak

anak mereka. Keadaan keluarga pelajar yang selalu ponteng boleh dibahagikan kepada beberapa golongan. Golongan yang pertama ialah keluarga yang tidak menghiraukan persekolahan anak anak mereka. Ibu bapa terlampau sibuk dengan kerja dan selalu sahaja tidak berada di rumah. Mereka tidak ada masa untuk memberi galakan dan pergerakan ke arah pembelajaran anak anak mereka. Mereka lebih mementingkan wang ringgit serta status dalam masyarakat Golongan yang kedua ialah ibu bapa yang mampu tetapi mementingkan terlampau mementingkan kejayaan anak mereka. Mereka tidak menghiraukan kebolehan anak anak mereka. Mereka hanya inginkan kejayaan. Jadi ramailah pelajar yang dibebankan dengan pelajaran tambahan di rumah. Ibu bapa yang berada ini mampu menggaji guru luar untuk mengajar anak mereka di rumah untuk menambahkan pengetahuan pelajar itu, sehinggakan masa untuk bermain anak anak sudah tidak ada lagi. Pelajar akan berasa terkongkong lalu berniat untuk memonteng dalam kelas kerana jemu belajar dan terus bermain dengan rakan mereka. Satu lagi golongan ialah ibu bapa yang tidak mampu membeli buku, alat alat, dan pakaian sekolah anak anak mereka. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977) menyatakan salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa tidak mampu membeli perkakasan sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah. Apabila berada di sekolah, anak anak ini akan merasakan bahawa diri mereka selalu sahaja ketinggalan dalam pelajaran disebabkan kekurangan ini. Kerja di rumah tidak dapat dilakukan kerana tiada buku rujukan atau kamus bahasa Inggeris serta alat tulis yang mengcukupi. Tambahan pula, keadaan di rumah juga tidak sesuai untuk pembelajaran kerana tempat untuk belajar tidak ada, manakala adik beradik yang ramai serta bising dan mengganggu,dan anak anak mereka ini selalu sahaja disuruh untuk menjalankan berbagai bagai jenis urusan yang sepatutnya seorang ibu atau ayah itu perlu buat tetapi dipindahkan kepada anak mereka. Keluarga yang datang daripada latar belakang keluarga yang bertaraf sosioekonomi yang sederhana iaitu pendapatan antara RM 1000 hingga RM 3000 bekerja di kilang-kilang dan bekerja sebagai buruh kasar. Dengan pendapatan yang tidak seberapa ini kemungkinan menyebabkan ibu bapa kurang memberi penekanan

terhadap persekolahan anak-anak mereka tidak dapat memberikan duit poket yang mencukupi untuk berbelanja di sekolah. Mutalib (1986) menyatakan bahawa saiz keluarga ada hubungan dengan kehadiran pelajar ke sekolah. Keluarga besar didapati mengalami masalah kesulitan wang dan aspek sosiologi yang tidak teratur. Mereka lebih mementingkan keperluan asas anak-anak seperti makanan, pakaian dan sebagainya. Kegiatan ponteng sekolah adalah disebabkan sosio-ekonomi keluarga pelajar yang rendah di mana pelajar berkenaan terpaksa ponteng sekolah bagi menolong ibu bapa mereka untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Taraf ekonomi keluarga mereka yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang. Inilah yang sering terjadi, kesalahan dalam kesalahan, kesesatan dalam kesesatan. Oleh sebab kedudukan ekonomi yang rendah inilah, maka ibu bapa sibuk berusaha untuk mengcukupkan perbelanjaan harian menyebabkan tanggungjawab terhadap anak terabai. Selain itu, ada juga ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka pada anak-anak. Sebaliknya, mereka menyerahkan tanggungjawab menjaga anakanak mereka pada orang gaji. Ada juga ibu bapa yang mengalami masalah di tempat kerja terbawa-bawa masalah ke rumah sehingga anak remaja yang bergelar pelajar ini merasakan diri mereka tidak disayangi dan tidak dititikberatkan oleh ibu bapa mereka. Lantaran itu, mereka mengambil jalan singkat lari daripada masalah ini dengan memonteng sekolah mahupun kelas. Terdapat juga daripada ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik terhadap anak anak . oleh itu, anak akan terikut dengan sikap dan perbuatan ibu bapa tentang nilai nilai yang baik dan buruk. Malah, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pencapaian anak dengan meletakkan tanggungjawab penuh ke atas pihak sekolah dan guru. Dalam pada itu, ibu bapa yang tidak sehaluan atau sefahaman di rumah juga boleh menyebabkan anak tidak berasa aman untuk menghuni di rumah tersebut. Oleh itu, pertengkaran selalu berlaku dan isteri suka berleter meyebabkan anak anak lebih tertekan terhadap situasi begini di rumah. Di dalam kelas keesokannya, mereka berasa serabut lalu meninggalkan kelas yang sedang diajar oleh guru dengan mengunci diri di dalam tandas atau melompat pagar

sekolah untuk mencari ketenangan mereka untuk menghilangkan serta tidak ingin memikirkan masalah yang berlaku di rumah. Menurut Fazilah Kamsah (1993), ibu bapa berperanan sebagai penjaga, pendidik, pemimpin, pengasuh, penasihat dan kaunselor dari segi fizikal, mental dan rohani anak-anak. Pembentukan diri anak anak bermula di rumah, suasana rumahtangga yang tidak harmoni, tanpa perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya dari ibu bapa akan mendorong anak anak mencari kebahagiaan di luar rumah bersama sama rakan sebaya. Walaupun kewangan menjadi agenda utama pada era ini, ibu bapa harus juga memikirkan tentang kehidupan harian anak-anak sama ada dirumah atau pun di sekolah. Sungguhpun demikian ibu bapa perlu perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak yang kian meningkat remaja supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Sekiranya perhatian yang lebih diberikan kepada anak-anak, kemungkinan besar perbuatan ponteng sekolah tidak berlaku. Kesan daripada ponteng sekolah ini boleh membawa kepada perbuatan yang lebih teruk. 3.3 Sekolah Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah ponteng pelajar secara tidak langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok dan bunga-bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat permainan dan perpustakaan. Sekolah juga dengan sendirinya menyebabkan murid murid itu ponteng. Bukan itu sahaja, keadaan pembelajaran, rancangan sekolah serta guru guru juga menyebabkan pelajar ponteng. Dari segi poembelajaran, kelas kelas kebanyakannya penuh sesak. Sebagai contoh lebih daripada 50 orang pelajar dimuatkan dalam satu kelas. Kelas kelas juga kebanyakannya tidak mempunyai kipas angin. Jadi, suasana tempat belajar itu amatlah sesak dan panas. Dinding yang kotor, kerusi meja yang patah serta bercalar calar pula memburukkan lagi suasana yang tidak selesa. Oleh yang demikian, pelajar selalu gelisah dan tidak tertarik ke arah pembelajaran. Kekurangan kemudahan yang terdapat di sekolah seperti alat mengajar, kekurangan buku teks, bilik darjah dan lainlain lagi menjadi penghalang kepada pengajaran yang berkesan. Kekurangan ini menjadi salah satu sebab pelajar tidak mempunyai minat terhadap sekolah dan terlibat

dalam kegiatan yang melanggar disiplin. Keadaan ini dipanjangkan lagi dengan waktu persekolahan yang diadakan pada sebelah petang atau sesi petang khususnya bagi pelajar tingkatan satu yang baru mula menjejakkan kaki di alam sekolah menengah dan dalam proses mengenal erti remaja. Pada sebelah petang ini murid paling lemah moralnya dan keinginan belajar mereka sangatlah tipis. Berikutnya ialah perbezaan antara budaya sekolah dengan rumah murid yang membawa kepada kecelaruan antara fahaman murid terhadap peraturan sekolah. Keadaan fizikal kelas yang gelap dan pengitaran udara yang tidak baik menyebabkan murid berasa mengantuk serta sukar memberi tumpuan terhadap penerangan guru di depan. Persekitaran sekolah yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan kurang berdisiplin dalam diri pelajar kerana pelajar akan menentang kawalan ketat ini dan berbagai bagai kelakuan lain selain daripada ponteng kelas atau sekolah. Persekitaran sekolah dan suasana belajar yang tidak sesuai akan menggalakkan kes ponteng dalam kalangan murid yang lemah pencapaian akademik mereka kerana ini akan mengurangkan lagi motivasi mereka untuk belajar. Rancangan sekolah yang menekan ke arah sains dan teknologi menyebabkan ramai pelajar dimasukkan ke dalam kelas kelas yang tidak mereka sukai. Di sana mereka terpaksa mempelajari perkara perkara yang mereka tidak sukai dan sukar untuk difahami. Ramai pelajar yang mempunyai minat serta kebolehan dalam bidang bidang lain tidak diberi peluang serta kebebasan untuk memilih minat mereka. Pemilihan ditentukan oleh keputusan peperiksaan awam. Kedudukan sekolah yang agak jauh menjadi masalah kepada pelajar dari segi pengangkutan. masalah pengangkutan seperti bas yang lambat, tidak datang dan sering rosak menjadi alasan kepada pelajar untuk ponteng sekolah. Keadaan ini menjadi lebih ketara lagi apabila kedudukan sekolah berada di kawasan bandar dan laluan jalan raya yang sibuk. Mungkin tidak menjadi masalah kepada pelajar yang mempunyai pengangkutan sendiri, tapi kepada pelajar yang kurang berkemampuan, masalah kenderaan menjadi salah satu faktor ketidakhadiran ke sekolah. Peperiksaan menjadi tumpuan utama pihak sekolah. Kejayaan satu satu sekolah dan seseorang guru itu diukur daripada kejayaan pelajar mereka. Sebagai contoh dalam peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peratus

kelulusan pelajar di dalam peperiksaan menjadi kayu ukur untuk sekolah itu mendapat pengiktirafan sebagai sekolah yang terbaik atau sebaliknya. Misalnya dalam subjek matematik, pencapaian yang rendah dalam peperiksaan matematik kerana gagal memahami dan menyelesaikan masalah matematik menyumbang kepada risiko pelajar untuk ponteng kerana sudah tidak berminat lagi untuk belajar matematik dengan kaedah yang sesuai. Mata pelajaran yang membebankan menyebabkan pelajar tidak dapat menyiapkan kerja rumah dengan baik. Jika kerja tidak siap, perasaan takut untuk ke sekolah mulai wujud, perasaan benci kepada guru mata pelajaran pun mulai timbul. Keinginan untuk ke sekolah sudah mulai berkurangan. Tumpuan kepada mata pelajaran tersebut mula berubah dan tidak lagi berminat untuk belajar. Selain itu, pihak sekolah juga meneruskan pelajaran tanpa menentukan kefahaman murid. Ini ialah kerana sukatan pelajaran mesti dihabiskan dalam satu satu tahun itu, kalau tidak pihak akan mengambil tindakan disiplin terhadap sekolah yang gagal menghabiskan sukatan kepada pelajar. 3.4 Persekitaran Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Akhirnya murid murid suka ponteng kerana adanya tempat tempat yang lebih menarik berhampiran dengan rumah atau sekolah, seperti tempat membeli belah yang besar, taman taman persiaran yang indah, pusat pusat hiburan yang lebih menarik. Ada pula pelajar yang pernah bekerja dan menerima gaji. Jadi, sungguhpun gaji mereka kecil mereka lebih berminat bekerja daripada pergi ke sekolah. Mereka tidak menaruh kepercayaan lagi terhadap pelajaran sebagai pemimpin masa depan. Remaja dan masyarakat merupakan kelompok yang membentuk satu-satu komuniti. Mereka tidak berada di dalam ruang yang sepi. Mereka akan berinteraksi dengan komuniti di persekitaran. Persekitaran yang baik dan damai akan melahirkan pelajar yang sejahtera dan baik dalam perkembangannya. Namun begitu, persekitaran yang sesak seperti kawasan setinggan dalam sesebuah bandar, cenderung untuk mewujudkan kegiatan jenayah. Kawasan tersebut akan membuka peluang yang meluas kepada pelajar untuk mempelajari tingkah laku ganas melalui pendedahan

daripada masyarakat. Kawasan persekitaran tempat tinggal yang tidak kondusif untuk pembesaran dan perkembangan diri pelajar. Sebagai contoh kawasan penempatan seperti kampung baru, setinggan, rumah pangsa penempatan terancang seperti FELDA turut mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan tidak bermoral. Keadaan rumah pangsa yang sempit, bising dan tidak selesa menyebabkan golongan pelajar lebih suka melepak dan berke1iaran di luar rumah. Persekitaran sedemikian tidak tersusun dengan baik dan menjadi bertambah porak peranda apabila organisasi sosial dan budaya tidak dapat mengendalikan masalah-masalah yang wujud di dalam persekitaran itu dengan efektif. Organisasi sosial yang bermasalah akan membataskan sokongannya terhadap individu dan keluarga yang memerlukan khidmat mereka. Kesulitan-kesulitan ini akan memberi kesan yang negatif kepada pelajar di dalam perkembangan mereka. Perkembangan yang negatif menyebabkan pelajar cenderung untuk terlibat dengan ponteng sekolah atau kelas. 3.5 Media Massa Media massa yang melibatkan media elektronik dan media cetak sedikit sebanyak telah menyumbang kepada gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Pengaruh luar, media massa dan sebagainya mempunyai daya tarikan yang kuat dalam membentuk perbuatan ponteng dalam kalangan pelajar. Segala gambaran dan cara melakukan perbuatan salah laku pelajar boleh diperoleh melalui pembacaan dari akhbar, majalah, buku dan juga internet. Pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang semakin banyak juga turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Pengusaha tempat hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan soal sosial dan etika juga bertanggungjawab terhadap gejala yang membimbangkan tersebut. Pelajar yang ponteng dan akan berkumpul di pusat hiburan, mereka melakukan pelbagai perkara di dalam pusat hiburan seperti minum minuman keras, berjoget dan sebagainya yang akan memberi peluang terjadinya perkara keruntuhan moral yang lebih teruk lagi. Sebanyak 70% daripada filem yang ditayangkan di televisyen merupakan filem yang memaparkan adegan-adegan yang ganas dan perkara ini berkait rapat dalam perlakuan agresif dan salah laku yang dilakukan oleh pelajar. Rancangan yang disiarkan 24 jam sehari dari pelbagai stesen televisyen dengan filem ganas dan

menyeramkan, berunsur sek dapat mencerna personaliti pelajar yang kurang belajar. Pelajar lebih suka menonton TV atau video hingga larut malam daripada mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja yang berfaedah. Ini menyebabkan pelajar bangun lewat dan ponteng kelas. Pelajar lebih cenderung untuk meniru dan menunjukkan tingkah laku yang salah apabila menonton kelakuan agresif di televisyen. Mereka cuba untuk meniru tingkah laku yang disiarkan di dalam iklan kerana perkara tersebut telah memberi pengaruh yang besar dalam membentuk tabiat pelajar. Buku dan majalah yang menerangkan tentang jenayah dan cara bagaimana jenayah tersebut dilakukan turut mempengaruhi pelajar untuk meniru cara yang dianggap hebat dilakukan di sekolah kerana menganggap diri mereka sudah dewasa. Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng. Para pelajar yang tidak dapat mengawal diri mereka akan terikut-ikut dengan bahan penulisan di dalam buku dan majalah serta akan dijadikan panduan oleh mereka untuk melakukan perbuatan ponteng dengan berani tanpa segan silu kepada orang di sekelilingnya. Secara tidak langsung, dapat dilihat bahawa media massa juga turut mempengaruhi pelajar dalam melakukan perbuatan ponteng.

Anda mungkin juga menyukai