Anda di halaman 1dari 3

"Transformasi Pendidikan" Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, salam 1 Malaysia !

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, kombinasi dif-dif kehakiman, saudari penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan negara ! Justeru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya. "Transformasi Pendidikan" Sebelum Tirai membuka bicara, sebelum bait kata melontar idea, terlebih dahulu izinkan saya menghuraikan definisi tajuk pidato saya secara konseptual dan holistik. Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud transformasi sebagai perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan), manakala perkataan pendidikan pula membawa maksud ilmu. Maka, marilah sama-sama kita menilai potensi ilmu dalam menerangi kehidupan manusia. Sidang dewan yang dikasihi sekalian, Hayatilah citra bicara perdana, lontaran isi saya yang pertama Sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu diubah bagi memastikan pembangunan insan seimbang dapat dilaksanakan. Perkara ini (pembangunan seimbang) bukanlah perkara baru kepada sistem pendidikan negara tetapi sebelum ini hanyalah teori di atas kertas semata-mata. Perkara ini sudah lama tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang menyebut Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Merujuk kepada muka hadapan akhbar berita harian bertarikh 15 Disember 2008 yang bertajuk Rombakan Subjek Akademik, kerajaan melalui kementerian pelajaran bersetuju untuk membuat transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah iaitu dengan menggugurkan beberapa subjek. Beberapa subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan diperkenalkan. Subjek baru ini yang lebih bersifat praktikal bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar secara menyeluruh, adil dan tidak hanya bergantung kepada peperiksaan semata-mata. Secara peribadi, transformasi sebegini amatlah diperlukan dalam sistem pendidikan negara ini. Sidang saksi yang bervisi, Menyingkap fokus saya yang kedua, Transformasi sistem pendidikan yang sedang diusahakan Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 perlu terus maju seiring dengan dasar transformasi negara. Pendidikan masa kini perlu diberi perhatian memandangkan kerajaan kini mengatur langkah membangunkan negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). "Dalam usaha untuk memenuhi aspirasi kita yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Negara memerlukan transformasi dalam keseluruhan sistem pendidikan dan perlu meningkatkan pencapaian semua pelajar. "Perubahan yang dimaksudkan bukan hanya sekadar menambah bilangan kakitangan serta kemudahan, tetapi sekarang kita perlu memahami dan meningkatkan dinamik proses pembelajaran. Pendidikan bukan hanya satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia merupakan penyumbang utama kepada pembangunan modal sosial dan ekonomi sesebuah negara.

Ia jelasnya, menggalakkan kreativiti dan memupuk inovasi, menyediakan para belia dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Sidang hadirin yang penuh intelektual, Kita sebagai anak bangsa haruslah menghargai identiti unik negara sebagai rakyat Malaysia. "Transformasi sistem pendidikan bukan satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita akan menghadapi beberapa cabaran. Namun, yakinlah bahawa bukan sahaja kerajaan dan Kementerian Pelajaran yang komited untuk mencapai matlamat ini, malah saya juga secara peribadi memegang teguh komitmen ini. "Daripada ibu bapa kepada masyarakat tempatan dan sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dan kepentingan peribadi dalam memastikan sistem pendidikan kita diperbaiki, Semua lapisan masyarakat perlu memahami dengan jelas usaha yang dirangka dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pentingnya transformasi sistem pendidikan negara. Kementerian juga menyasarkan pembangunan pelajar antara lain berpengetahuan, mahir berfikir dan memimpin, dwibahasa, etika serta identiti nasional sebagai persiapan bersaing di peringkat global. Ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih berdaya saing, jati diri yang kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai sejagat. Kesimpulannya, transformasi pendidikan bukan hanya satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia merupakan penyumbang utama kepada pembangunan modal sosial terutamanya di bidang pendidikan dan juga ekonomi sesebuah negara.. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai