Anda di halaman 1dari 35

MODUL SEJARAH

KERTAS 3 SPM 2020


1249/3

TEMA UMUM :
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang
pernah diketahui oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga
menandakan bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang
besar terhadap dunia.

Jangan lalai menuntut ilmu, kerana diri merasa kaya atau mampu atau berkedudukan
tinggi. Kerana bertambah tinggi kedudukan bertambah banyak persoalan yang dihadapi,
dan bertambah pentinglah ilmu. – HAMKA, Lembaga Hidup.
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


Terangkan situasi politik di Eropah pada abad ke 19 sehingga
awal abad ke 20/
1 5
Nyatakan/ Jelaskan/Terangkan tentang konflik antarabangsa/
Apakah yang anda faham tentang konflik antarabangsa

Huraikan/ Mengapakah/ Terangkan/ Bincangkan faktor-faktor/


2 punca/ sebab yang menyebabkan berlaku Perang Dunia 5–6
Pertama
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan peristiwa/ Faktor segera
3 6
Perang Dunia Pertama.

4 Kesan Perang Dunia Pertama 7

Huraikan/ Mengapakah/ Terangkan/ Bincangkan faktor-faktor/


punca/ sebab yang menyebabkan berlaku Perang Dunia
5 7–8
Kedua
Perang Dunia Kedua

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan/ implikasi/


6 impak Perang Dunia Pertama dari segi politik dan ekonomi di 9
Eropah ?
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan/ implikasi/
impak Perang Dunia Kedua dari segi politik dan ekonomi di
7 Eropah ? 9

8 Apakah maksud blok dunia 10

9 Apakah maksud Perang Dingin 10

Jelaskan/Huraikan/Terangkan kesan Blok Dunia dan Perang


10 10
Dingin terhadap masyarakat dunia. Beri penjelasan anda.

Apakah perbezaan/ Bandingkan ideologi antara Blok Kapitalis


11 11
dan Blok Komunis

Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan latar belakang pembentukan


12 11 – 13
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Mengapakah PBB gagal dalam usaha mengembalikan


13 12 – 13
keamanan dunia pada masa kini.

2
BIL PERKARA MUKA SURAT
PBB telah berjaya mengembalikan keamanan dan
14 kesejahteraan dunia. 13 – 14
Bincangkan

15 Faedah yang diterima Malaysia sebagai anggota PBB 14

Peranan Malaysia dalam PBB untuk membantu


16 15
menyelesaikan konflik antarabangsa
(a) Apakah yang akan berlaku sekiranya peperangan dapat
dielakkan?
17 15 – 19
(b) Ramalkan situasi dunia sekiranya berlaku Perang Dunia
Ketiga

Punca/ Sebab /Faktor/ Isu yang menyebabkan berlaku konflik


18 19
atau perang pada masa akan datang.

(a) Cabaran / rintangan / halangan yang dihadapi oleh


pemimpin negara untuk mengukuhkan kerjasama dengan
negara-negara lain.
(b) Cabaran luar yang boleh menggugat keselamatan negara
19 20 – 22
Jelaskan cabaran luar yang telah menggugat keselamatan/
keamanan negara kita.
(c) Cabaran yang dihadapi Malaysia pada abad ke-21 dalam
mengekalkan keamanan Negara

(a) Cadangkan langkah/strategi/cara/tindakan/usaha yang


perlu dilakukan oleh pemimpin negara untuk mengukuhkan
kerjasama dengan negara-negara lain
Cadangkan langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan
dengan negara-negara luar.

20 (b) Cadangkan langkah/ strategi/cara/tindakan/usaha untuk 22 – 23


mengukuhkan keselamatan negara
Cadangkan langkah/strategi/ cara/tindakan/ usaha Malaysia
dalam mengekalkan keamanan negara.

Sebagai individu yang cintakan keamanan, kemukakan


cadangan anda untuk mengelakkan peperangan.

Apakah langkah-langkah untuk menghalang peperangan


masa kini.
21 24 – 25
Cadangkan langkah-langkah menjadikan Malaysia sebuah
negara bebas daripada konflik antarabangsa

3
BIL PERKARA MUKA SURAT
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Malaysia untuk
mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain.
Sejauh manakah usaha tersebut memberi manfaat/
kepentingan/ faedah/ kebaikan/ sumbangan/ kesan positif
kepada negara kita?
22. 25
Hubungan Malaysia dengan negara luar banyak memberi
keuntungan kepada negara kita. Buktikan.
Jelaskan kepentingan hubungan luar Malaysia dalam
memajukan negara.

Sejauhmanakah Malaysia berperanan dalam menyelesaikan


konflik antarabangsa?
23 26
Buktikan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam usaha
mewujudkan keamanan dunia.
Kesan sekiranya Malaysia tidak menjalin hubungan baik
24 27
dengan negara lain.
25 Peperangan masih berlaku abad ini. Buktikan 27 – 28
.(a) Malaysia mengamalkan dasar yang menekankan
pemeliharaan keamanan dunia. Berikan penjelasan anda.
26 28 – 29
Jelaskan peranan Malaysia bagi mengekalkan keamanan
dunia.
Keadaan politik sering bergolak ketika ini. Bincangkan kesan
27 29 – 30
terhadap masyarakat sesebuah negara.

Kerajaan hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran untuk


28 meningkatkan ekonomi negara. Cadangkan strategi yang 30 – 31
boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut

(a) Huraikan iktibar yang anda peroleh daripada kajian anda


terhadap konflik antarabangsa
29 31 – 33
(b) Jelaskan iktibar yang diperoleh apabila negara bebas
daripada konflik antarabangsa.

Suasana dunia hari ini masih selamat dan aman untuk


30 33 – 34
didiami. Beri ulasan anda.

Rumusan tentang konflik peperangan dunia (nilai,


pengetahuan, patriotisme, harapan)
31 35
Rumusan tentang konflik antarabangsa yang meninggalkan
pelbagai kesan.

4
TEMA UMUM :
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang
pernah diketahui oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga
menandakan bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan
kesan yang besar terhadap dunia.

1. Terangkan situasi politik di Eropah pada abad ke 19 sehingga awal abad


ke 20/
Nyatakan/ Jelaskan/Terangkan tentang konflik antarabangsa/
Apakah yang anda faham tentang konflik antarabangsa

Konflik merupakan keadaan bertentangan di antara individu atau kumpulan


dalam sesebuah masyarakat. Konflik juga merujuk kepada suatu proses sosial
melibatkan dua pihak. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua merupakan
konflik antarabangsa yang berlaku pada abad ke 20. Konflik ini telah meninggalkan
kesan besar terhadap sejarah dunia. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia
Kedua telah membawa kepada Perang Dingin yang mana ia meninggalkan kesan
terhadap politik antarabangsa termasuklah Malaysia. Dalam menangani cabaran-
cabaran ini terbentuklah kerjasama antarabangsa dan serantau bagi mencari
persefahaman politik dan ekonomi.

2. Huraikan/ Mengapakah/ Terangkan/ Bincangkan faktor-faktor/ punca/


sebab yang menyebabkan berlaku Perang Dunia pertama

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.
Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan
negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Perikatan Kuasa Tengah atau Triple Alliance dibentuk pada tahun1882 dan
dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali. Perikatan ini kemudianya disertai
oleh Turki dan Bulgaria. Pakatan Bertiga atau Triple Entente terdiri daripada negara
Britain, Perancis dan Rusia yang dibentuk pada tahun 1907. Pakatan ini
kemudiannya disertai oleh Jepun dan Itali.

5
Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut
peluang ekonomi. Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah
telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar, contohnya,
Jerman dan Itali.

Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain,
Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan.
Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang
bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19
dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku dalam kalangan kuasa Eropah ini
akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan
pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah dan untuk
memasarkan barangan siap mereka.

Menjelang awal abad ke-20, negara Eropah mempunyai dua pakatan, iaitu
Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan antara kedua-dua pakatan
ini mula mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada ketika itu. Faktor
segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke
Franz Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang
pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria dengan sokongan Jerman telah
mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914. Serbia pula disokong
oleh sekutunya Rusia dan Perancis. Serangan Jerman terhadap Perancis melalui
negara berkecuali, iaitu Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain. Negara
Britain yang sememangnya bermusuhan dengan Jerman turut campur tangan dalam
peperangan ini. Britain kemudiannya meminta bantuan Amerika Syarikat. Serangan
Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat turut melibatkan negara tersebut
dalam peperangan ini.

3. Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan peristiwa/ Faktor segera Perang Dunia


Pertama.

Faktor segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan


Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh
seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria yang mendapat sokongan
daripada Jerman telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914.
Serbia pula disokong oleh Rusia dan Perancis. Serangan Jerman terhadap Perancis
melalui negara berkecuali iaitu Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain. Oleh
itu, negara Britain turut campur tangan dalam peperangan ini. Britain kemudiannya
meminta bantuan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat melibatkan diri apabila Jerman
menyerang kapal dagang mereka.

6
4. Kesan Perang Dunia Pertama

Dari segi politik, Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan


beraja di Eropah. Persidangan Damai yang diadakan pada bulan Jun tahun 1919
membawa kepada pemeteraian Perjanjian Versailles. Perjanjian ini telah mengubah
peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru. Perjanjian ini juga
membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919. Matlamat utama
penubuhannya adalah untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama
antarabangsa di samping menjamin keselamatan bersama. Keahlian liga ini
termasuk negara-negara berkecuali. Liga ini gagal menjamin kesejahteraan dunia.

Dari segi ekonomi pula, negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan
hutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar.
Pada akhir peperangan, Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$125 bilion
manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion. Ini membawa
kepada masalah inflasi dan pengangguran. Pasaran dunia juga mula diambil alih
oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah
terutama Britain, iaitu sebuah negara industri dunia yang sebelum ini menguasai
peratus perdagangan dunia yang terbesar. Perang Dunia Pertama menyebabkan
Britain kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya.

Kesan sosial dapat dilihat dari segi kehilangan nyawa yang begitu ramai.

5. Huraikan/ Mengapakah/ Terangkan/ Bincangkan faktor-faktor/ punca/


sebab yang menyebabkan berlaku Perang Dunia Kedua 15 markah

Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua juga tercetus disebabkan oleh faktor politik, iaitu
kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama dan
juga perubahan politik yang berlaku di Jerman, Soviet Union, Itali dan Jepun. Dari
segi ekonomi pula perang ini disebabkan kemelesetan yang berlaku pada awal
tahun 1930-an.

Perjanjian Versailles telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan


beberapa orang pemimpin negara terutama Jerman kerana negara itu kehilangan
tanah jajahannya dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi. Di
samping itu, Jerman juga diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya.
Pada masa ini muncul seorang pemimpin baru di Jerman, iaitu Adolf Hitler yang
berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist. Hitler telah
mengingkari Perjanjian Versailles apabila beliau membina sebuah angkatan tentera
yang besar.

Di Rusia, perang saudara telah berlaku. Pihak komunis berjaya mengalahkan


pihak lawan yang dibantu oleh tentera Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan
Jepun. Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia yang

7
kemudiannya dikenali sebagai Kesatuan Republik Sosialis Soviet atau Union of
Soviet Socialists Republics (USSR) pada tahun 1922. Pada tahun 1924, Vladimir
Lenin meninggal dunia dan digantikan oleh Joseph Stalin. Itali dengan pimpinan
Benito Mussolini telah menjajah Habsyah (kini Ethiopia), Itali pula telah menceroboh
Perancis pada tahun 1940.

Di Timur, Jepun muncul sebagai sebuah kuasa yang ingin menguasai negara-
negara di Timur dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara
ini daripada penjajahan Barat.

Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat dan


seterusnya merebak ke bahagian lain di dunia. Amerika Syarikat tidak mampu lagi
menyediakan pinjaman untuk Jerman dan ini menyebabkan Jerman tidak berupaya
membayar hutang peperangan.

Masalah ekonomi ini, menyebabkan negara Eropah lain termasuklah Britain,


Perancis dan Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan. Hal sebaliknya berlaku di
Jerman yang bertindak mengukuhkan ketenteraannya dan menjalankan perluasan
kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi. Perkara
yang sama juga berlaku di Jepun.

Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat
manakala USSR menyerang Poland dari timur. Serangan ini menyebabkan Britain
dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii


pada 7 Disember 1941 dan berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika
Syarikat di Lautan Pasifik. Seterusnya, pihak Jepun menduduki Tanah Melayu
termasuk Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain pada bulan September
1942.

Seperti dalam Perang Dunia Pertama, muncul pakatan yang berasingan.


Amerika Syarikat memilih untuk menyertai Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada
Britain, Perancis dan Soviet Union manakala Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman,
Itali dan Jepun.

Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak


Jerman dikalahkan pada bulan Mei 1945. Kekalahan Jerman telah mengalihkan
perhatian Kuasa Bersekutu kepada Jepun di Asia. Walaupun Amerika Syarikat
memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun tetapi Jepun masih lagi
bersemangat meneruskan perjuangan mereka. Dengan alasan, ingin mengelakkan
tempoh peperangan yang lama dan kehilangan nyawa yang lebih ramai, pada 6
Ogos 1945, Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman, mengarahkan bom atom
yang pertama digugurkan di Hiroshima. Dalam masa yang singkat bandar tersebut
musnah. Dua hari kemudian, bom kedua dijatuhkan di Nagasaki.

8
6. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan/ implikasi/ impak Perang
Dunia Pertama dari segi politik dan ekonomi di Eropah ?

Dari segi politik, Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan


beraja di Eropah. Persidangan Damai yang diadakan pada bulan Jun tahun 1919
membawa kepada pemeteraian Perjanjian Versailles. Perjanjian ini telah mengubah
peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru. Perjanjian ini juga
membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919. Matlamat utama
penubuhannya adalah untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama
antarabangsa di samping menjamin keselamatan bersama. Keahlian liga ini
termasuk negara-negara berkecuali. Liga ini gagal menjamin kesejahteraan dunia.

Dari segi ekonomi pula, negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan
hutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar.
Pada akhir peperangan, Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$125 bilion
manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion. Ini membawa
kepada masalah inflasi dan pengangguran. Pasaran dunia juga mula diambil alih
oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah
terutama Britain, iaitu sebuah negara industri dunia yang sebelum ini menguasai
peratus perdagangan dunia yang terbesar. Perang Dunia Pertama menyebabkan
Britain kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya. Kesan sosial dapat
dilihat dari segi kehilangan nyawa yang begitu ramai.

7. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan/ implikasi/ impak Perang


Dunia Kedua dari segi politik dan ekonomi di Eropah ?

Perang ini telah memecahbelahkan negara-negara di Eropah, meruntuhkan


sistem imperialisme, membentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menubuhkan
negara-negara baru yang merdeka dan menyebabkan Perang Dingin.

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman terbahagi kepada


dua, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Tamatnya Perang Dunia Kedua
memperlihatkan keruntuhan sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi
satu tanah jajahan daripada kuasa-kuasa besar Eropah. Amerika Syarikat telah
memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Indonesia pula mencapai kemerdekaan
daripada Belanda manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain. Negara-
negara baru ini perlu menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi
penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing.

Dari segi sosial, peperangan ini menyebabkan jumlah korban nyawa yang
tinggi dan menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan dan
kedamaian dunia. Ini membawa kepada pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa.

9
8. Apakah maksud blok dunia

Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha


untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. Blok ini
tampil dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi
atau geografi. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan
geopolitik.

9. Apakah maksud Perang Dingin

Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah


tahun 1989 apabila sistem komunis Soviet Union hancur. Perang Dingin berlaku
disebabkan ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Hal ini merujuk pada
persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika
Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Perang ini juga
dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata
secara langsung antara kedua-dua blok ini. Namun, kedua-dua blok ini ingin
membuktikan kekuatan masing-masing. Mereka berusaha menyebarkan pengaruh
dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia melalui
propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.

10. Jelaskan/Huraikan/Terangkan kesan Blok Dunia dan Perang Dingin


terhadap masyarakat dunia. Beri penjelasan anda.

Negara-negara Dunia Ketiga tidak bersekongkol dengan mana-mana negara


daripada blok komunis (negara Dunia Kedua) mahupun daripada blok kapitalis
(negara Dunia Pertama) dan mengamalkan sikap berkecuali. Namun, semasa
Perang Dingin blok komunis dan blok kapitalis ini berusaha mempengaruhi
pegangan negara-negara Dunia Ketiga ini dengan menawarkan bantuan pertahanan
dan ekonomi. Negara-negara Dunia Ketiga ini menjadi rebutan dua kuasa besar,
iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang kemudiannya disertai oleh China.

Kesan Perang Dingin yang paling penting selain pembentukan blok dunia
ialah penubuhan NATO, Pakatan Warsaw dan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara
atau South-East Asia Treaty Organisation (SEATO) serta perlumbaan senjata.
Konflik antarabangsa yang berlaku telah membawa perubahan ketara dari segi
politik, ekonomi dan sosial kepada negara-negara Eropah, Asia, Afrika, Asia Barat,
dan Amerika Latin. Perubahan ini memberikan peluang dan juga cabaran
terutamanya negara-negara baru termasuk Malaysia dalam usaha membina identiti
yang tersendiri. Peluang dan cabaran ini harus ditangani melalui hubungan
antarabangsa dan hubungan serantau yang dapat menjamin kepentingan bersama.

10
11. Apakah perbezaan/ Bandingkan ideologi antara Blok Kapitalis dan Blok
Komunis

Kemunculan Blok Kapitalis dan Blok Komunis ia telah membawa kepada


perbezaan ideologi. Antara perbezaan ideologi dari segi politik ialah Blok Kapitalis
merupakan negara yang demokratik dan pemilihan kerajaan adalah melalui pilihan
raya manakala blok komunis pemerintahnya adalah secara diktator dan hanya Parti
Komunis sahaja yang diiktiraf. Perbezaan dari segi ekonomi ialah, Blok Kapitalis
memberi peluang perniagaan dan pemilikan persendirian manakala Blok Komunis
perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja. Akhir sekali perbezaan dari
segi sosial ialah Blok Kapitalis mengamalkan kebebasan individu sepenuhnya
manakala Blok Komunis kebebasan individu dilindungi dan dikawal.

12. Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan latar belakang pembentukan Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas
Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang
berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi pada
tahun 1946 berpindah ke New York. Pada awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh
51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaannya meningkat
kepada 189 buah negara. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957, setelah
negara kita mencapai kemerdekaan.

Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
Terdapat empat matlamat Piagam PBB. Pertama, menjamin keamanan dan
keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara
anggota. Ketiga, bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan
melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu


menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia dipilih untuk
menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, sekali lagi
Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu
negara itu mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar
pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar
pasukan pengaman ke Bosnia.

Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika


Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia
yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.

11
Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank
antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat
penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang
membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan
membangunkan ekonomi negara-negara tersebut.

Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-


pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain
menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada
Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi


gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan
antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana
Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu,
Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB.
Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi
Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Agricultural Organization (FAO),
kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan
Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang
sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-
Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO).

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1965, 1989 dan 1999. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi
Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB
untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian
tegas dalam mendesak PBB dalam menjalankan usaha menyelesaikan masalah
Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala
Lumpur.

13. Mengapakah PBB gagal dalam usaha mengembalikan keamanan dunia


pada masa kini.

PBB gagal kembalikan keamanan dunia pada masa kini kerana dalam Majlis
Keselamatan yang dianggotai oleh 15 negara , terdapat 5 negara kuasa veto iaitu
USA, Britain , Perancis , Rusia dan China. Ini membolehkan sebarang tindakan dan
keputusan dibuat tanpa merujuk dan mendapat sokongan dari ahli yang lain .
Kewujudan 5 kuasa veto ini juga mengancam keamanan dunia kerana wujud
persaingan kuasa untuk menunjuk kekuatan masing-masing. Lima negara tersebut
juga mempunyai pengaruh dan kuasa ekonomi yang kukuh untuk mengawal apa jua
konflik yang berlaku di dunia. Keadaan ini mewujudkan penindasan kepada negara
dunia yang lain terutamanya Negara-Negara Miskin dan Negara-Negara Dunia
Ketiga.

12
Kegagalan PPB juga dapat dilihat melalui tindakan USA campur tangan
dalam peperangan yang berlanjutan di Gaza. Ini terbukti, PBB tidak mempedulikan
suara majoriti masyarakat antarabangsa yang inginkan kedamaian dengan
mengecam peluasan kuasa Israel terhadap Palastine.

Penindasan dan penghapusan etnik di dunia turut menyumbang kepada


kegagalan PBB mengharmonikan dunia. Rentetan itu, lambakan pelarian kaum
Rohingya melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar, turut memberikan
kesan kepada Malaysia dan negara jiran di Asia Tenggara. Tambahan pula, rayuan
masyarakat Rohingya di negeri Rakhine tidak dilayan, ini bukti jelas kegagalan PBB
dalam menangani isu hak asasi manusia. Kesannya wujud isu pemerdagangan
manusia demi mencari kehidupan yang lebih baik tetapi menyalahi etika
kemanusiaan dan menyalahi undang-undang .

Kesimpulannya, penstrukturan semula pentadbiran dan peranan PBB perlu


dilakukan bagi mengembalikan hak asasi manusia yang dicabuli semoga
kesejahteraan masyarakat dunia terpelihara.

14. PBB telah berjaya mengembalikan keamanan dan kesejahteraan dunia.


Bincangkan

PBB berjaya mengembalikan keamanan dan kesejahteraan dunia kerana ada


matlamat yang jelas untuk menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Ini
dibuktikan dengan penubuhan Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh 15 buah
negara termasuk Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan
keselamatan dunia. Dalam majlis ini terdapat 5 negara kuasa veto iaitu USA, Britain,
Perancis, Rusia dan China. Ini membolehkan sebarang tindakan dan keputusan
dapat dibuat dengan cepat bagi menyelesaikan sesuatu isu. Negara tersebut juga
mempunyai pengaruh dan kuasa ekonomi yang kukuh untuk membantu Negara
Dunia Ketiga yang ditimpa musibah seperti tsunami di Indonesia dan kebuluran di
Afrika.

PBB juga boleh memelihara kesejahteraan dunia kerana mempunyai


Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dikenali sebagai Mahkamah Dunia yang
bertujuan menyelesaikan pertelingkahan antara negara. Secara tidak langsung,
mahkamah ini dapat mengembalikan hubungan baik antara negara anggota apabila
wujud sesuatu perselisihan, seperti mendamaikan kontroversi Pembentukan
Malaysia 1963 .

Pembentukan Majlis Perhimpunan Agung yang bertindak sebagai Parlimen


Dunia juga dapat melahirkan suasana yang harmoni kepada dunia. Ini kerana, setiap
negara diberi satu undi. Keadaan ini dapat memberi keyakinan dan kepercayaan
negara anggota kepada peranan PBB kerana PBB mengikhtiraf negara anggota.
Kesannya, semua ahli akan bekerjasama untuk menyelesaikan konflik antarabangsa
dan berusaha untuk melindungi hak asasi manusia.

13
Sebagai pusat mengharmonikan tindakan negara anggota, PBB
sememangnya dapat melunaskan amanah untuk memelihara ketenteraman dunia
melalui penubuhan Majlis Ekonomi dan Sosial. 54 ahli dilantik bagi tempoh 3 tahun
bagi menguruskan hal-hal ekonomi dan sosial negara anggota. Oleh itu, negara
seperti Afrika dan India dapat menerima bantuan kewangan, perubatan dan misi
kemanusian yang lain.

Hal Ini ditambah pula dengan adanya Sekretariat PBB bagi menguruskan
kerja-kerja pentadbiran yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB. Terbukti, PBB
sebuah organisasi yang sistematik dan mampu melaksanakan tanggungjawab
menjaga kemakmuran dunia kerana bertindak mengikut matlamat yang jelas dan
dianggotai oleh majoriti negara dunia.

15. Faedah yang diterima Malaysia sebagai anggota PBB

Faedah yang diterima oleh Malaysia bila menyertai PBB ialah dari segi
kewangan, tindakan Malaysia untuk menjadi ahli Bank Dunia membolehkan
Malaysia menerima dana bantuan dari bank tersebut untuk menyusun semula dan
membangunkan ekonomi negara dengan menjayakan FELDA. Kesannya dapat
membasmi kemiskinan di luar bandar, seperti di Segi Tiga Jengka Pahang.

Turut memberi manfaat dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dari


USA, Britain dan Jepun. Pelabur ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan kerana membuka operasi dalam sektor perkilangan multinasional di Zon
Perindustrian Bebas di Bayan Lepas Pulau Pinang, seperti Intel, Bosch, Motorola
dan Dell. Oleh itu, pendapatan dan taraf hidup penduduk meningkat. Sekaligus,
dapat memajukan ekonomi negara dengan menyumbang kepada kenaikan KDNK
negara.

Kebaikan yang lain apabila negara kita menjadi ahli Bank Dunia, kita
mendapat bantuan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Ini
membawa kepada kerjasama dan menyertai dalam agensi bidang sains dan
teknologi iaitu UNESCO. Juga penglibatan dalam bidang kesihatan dan perubatan
melalui WHO, serta bidang pengeluaran makanan di bawah FAO.

Sebagai kesimpulan, penglibatan Malaysia dalam agensi PBB ini memberikan


kesan positif untuk membangunkan negara. Bukan sahaja untuk menggalakkan
hubungan berbaik-baik antara negara anggota, sebaliknya tindakan yang proaktif ini
telah mengharumkan imej dan nama baik negara dan dihormati di persada
antarabangsa. Juga dapat menjadi contoh teladan kepada negara membangun dan
negara anggota yang lain.

14
16. Peranan Malaysia dalam PBB untuk membantu menyelesaikan konflik
antarabangsa

Sememangnya Malaysia memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik


antarabangsa antaranya terlibat dalam pasukan pendamai untuk menamatkan
perang saudara di Congo (Zaire). Selain itu, pada 1989 menyertai pasukan
pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
Malaysia juga turut serta dalam pasukan pengaman di Bosnia. Seterusnya, pada
1990-an, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan
Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia begitu komited dalam usaha menjamin
keamanan dunia.

Selanjutnya, Malaysia lantang bersuara menentang Dasar Apartied di Afrika


Selatan. Ternyata, Malaysia amat berpegang teguh kepada prinsip bekerjasama
dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia
tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Bagi membantu menyelesaikan isu alam sekitar global, Malaysia turut


menyarankan Benua Antartika menjadi warisan dunia di bawah hak milik atau kuasa
semua negara. Ini bersesuaian dengan prinsip PBB sebagai pusat mengharmonikan
tindakan negara-negara anggota.

Malaysia juga berjasa kepada PBB kerana pernah menjadi Ahli Majlis
Keselamatan PBB pada 1965, 1989 dan 1999. Kita harus berbangga dengan
pelantikan Tan Sri Razali Ismail sebagai Pengerusi Perhimpunan Agung PBB. Beliau
menjadi wakil khas PBB bagi menyelesaikan politik di Mynmar.

Sebagai kesimpulan, Malaysia sebenarnya mengambil pendirian untuk


menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota dalam semua
tindakan yang dibuat oleh pemimpin negara kita. Tindakan yang bijaksana ini telah
mengharumkan imej dan nama baik negara dan dihormati di persada antarabangsa.

17. (a) Apakah yang akan berlaku sekiranya peperangan dapat dielakkan?

Sebagai seorang pelajar saya mengandaikan sekiranya tiada peperangan


maka keamanan dunia dan kehidupan yang lain berada dalam keadaan harmoni,
berintegriti, kesederhanaan dan tanpa sebarang ancaman dan bahaya. Tanpa
peperangan juga dunia yang penuh dengan masalah, krisis dan konflik akan menjadi
aman.

Sekiranya tiada peperangan bibit peperangan dan segala masalah dapat


diselesaikan maka dunia akan menjadi aman dan damai. Bagi mereka yang lahir
ketika negara dibelenggu penjajahan, keamanan negara sangat besar ertinya, tanpa
peperangan semua ini akan dapat direalisasikan. Tanpa peperangan kesukaran
yang dihadapi contohnya ketika melawan penjajah British, atau semasa peristiwa
kemasukan Jepun ke tanahair akan dapat dielakkan.

15
Tanpa peperangan dapat diramalkan penderitaan masyarakat di Palestin,
Afghanistan, Iraq mahupun di beberapa negara di benua Afrika, maka mereka tidak
akan berasa sedih, marah dan takut.. Tanpa peperangan peristiwa pengeboman
bom atom di Nagasaki dan Hiroshima atau keadaan di Afghanistan dan Iraq
mahupun kezaliman Amerika Syarikat di Bilad-al-Sham, Syria juga tidak akan
berlaku dan dunia akan aman damai dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Jika tidak berlaku peperangan maka banyak masalah dari satu generasi ke
generasi yang lain akan dapat diselesaikan. Tiada peperangan bererti jumlah nyawa
yang terkorban akan dapat dielakkan. Jika tidak berlaku peperangan juga bukan
hanya nyawa manusia tetapi makhluk bernyawa dan tidak bernyawa yang lain juga
dapat diselamatkan.

Tanpa peperangan, kehidupan beberapa nyawa yang lain tidak akan


terumbang-ambing tanpa kepastian. Tanpa berperang tiada bapa yang terkorban
meninggalkan isteri, anak-anak, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain dalam
kesusahan dan kesedihan. Tanpa peperangan kehidupan dalam kemiskinan dan
kebuluran serta kehilangan nyawa juga dapat dielakkan.

Tanpa peperangan kekuatan dalam pelbagai bidang ilmu dan kebijaksanaan


mengurus diri dan negara akan berlaku dengan baik. Tanpa peperangan bererti
tiada senjata, maka maruah dan keamanan negara tidak akan tergadai kerana dan
tidak akan meruntuhkan benteng kekuatan negara.

Tanpa peperangan, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada


perselisihan yang mampu menggugat keselamatan negara dapat dihindari. Ini
kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat akan mewujudkan sebuah
tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah
negara.Tanpa peperangan ancaman dalaman dan luaran untuk campur tangan dan
peluang untuk menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-
terangan dapat dielakkan.

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil." Maka tanpa


peperangan maka sudah pasti dunia akan menjadi seperti apa yang digambarkan di
dalam Al-Quran. Tanpa peperangan pasti akan membawa keamanan dan
keharmonian sesama manusia, kampung halaman malahan negara tidak dirampas
secara zalim, serta negara tidak akan dicerobohi.

(b) Ramalkan situasi dunia sekiranya berlaku Perang Dunia Ketiga

Jika berlaku Perang Dunia Ketiga maka terang-terangan hak asasi akan
dicabuli manakala rakyat akan terus hidup dalam keadaan sengsara. Jika berlaku
peperangan maka manusia akan terus menerus menderita dan terseksa akibat
pencabulan hak kemanusiaan oleh tentera, dan akibatnya ramai yang akan
melarikan diri ke negara jiran untuk mendapatkan perlindungan. Peperangan juga
menyebabkan manusia sukar untuk mendapatkan perlindungan

Peperangan menyebabkan pembunuhan rancak dijalankan dan akibatnya


manusia akan hilang tanpa dapat dikesan, mati tanpa kubur dan nesan. Rumah

16
akan dibakar di hadapan mata, malah ramai yang disembelih tanpa ada belas
kasihan, malah yang lebih dasyat kanak-kanak yang tidak berdosa diikat tangan
mereka dan dibuang dalam sungai. Peperangan juga menyebabkan pembunuhan
etnik terus berlaku.

Perang Dunia Ketiga akan menyebabkan lebih ramai rakyat awam dibunuh
dengan kejam. Seluruh dunia menyifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan
terkutuk, lebih-lebih lagi ia dilakukan pasukan keselamatan yang sepatutnya
menjaga keamanan serta ketenteraman negara.

Senario malapetaka Perang Dunia Ketiga yang melibatkan senjata biologi


yang akan meninggalkan kesan lebih dahsyat. Hal ini tidak memusnahkan kota,
jalan raya dan lapangan terbang Sebaliknya Perang Dunia Ketiga yang
menggunakan senjata biologi akan membunuh manusia. Kesan perang daripada
senjata biologi akan turut mencederakan orang awam dan kesan perang senjata
biologi melibatkan rakyat di seluruh negara. Ramai yang akan mati sementara yang
hidup akan mengalami trauma, depresi dan mungkin sekali cacat seumur hidup.

Perang Dunia Ketiga yang melibatkan senjata nuklear akan menjejaskan


banyak negara. Segala bentuk perusahaan, pembangunan dan ekonomi menjadi
tidak seimbang kerana perancangan sumber manusia sesebuah negara telah
hancur. Pakar-pakar dalam pelbagai sektor mungkin telah cedera ataupun mati.
Yang penting bagi mana-mana negara ialah mencari sumber makanan untuk hidup
dan tidak terlepas perang turut menjejaskan binatang ternakan dan tanaman
pertanian.

Peperangan Dunia Ketiga juga akan menyebabkan berlakunya perlumbaan


senjata. Peluru berpandu LG-118A Peacekeeper merupakan salah satu ICBM yang
digunakan oleh Amerika Syarikat semasa Perang DIngin. Satu ciri utama Perang
Dingin adalah perlumbaan senjata antara Kesatuan Soviet dan NATO, terutamanya
Amerika Syarikat tetapi termasuk juga United Kingdom, Perancis, Jerman Barat, dan
beberapa kuasa Eropah. Perlumbaan ini yang berlaku dalam pelbagai bidang
teknologi dan ketenteraan menghasilkan banyak penemuan saintifik. Kemajuan
revolusioner terutamanya adalah dalam bidang roket yang mendorong perlumbaan
angkasa dan jika berlaku Perang dunia ketiga pastinya masalah ini akan semakin
meruncing.

Jika berlaku perang dunia ketiga pasti senjata yang digunakan dalam
peperangan semakin canggih dan boleh menghapuskan bilangan musuh yang amat
tinggi dalam sekelip mata. Rifle, bom tangan, kereta kebal dan jet pejuang bukan
lagi senjata yang canggih dan digeruni. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima
dan Nagasaki telah membuka tirai senjata moden yang sangat dahsyat kuasa
pemusnahnya. Senjata nuklear, senjata biologi dan senjata kimia adalah hasil
kecanggihan teknologi dalam bidang ketenteraan yang mampu memusnahkan
segala-gala dalam jangka masa pendek. Senjata-senjata tersebut seolah-olah
menjadi kunci bagi gerbang kiamat. Senjata biologi dan senjata kimia, selain senjata
nuklear, adalah antara senjara pemusnah era moden. Penggunaan senjata biologi
seperti Anthrax dan senjata kimia seperti gas saraf dalam peperangan serta
pelbagai serangan keganasan semakin berkembang dan menjadi ancaman

17
terbaharu kepada dunia sejagat. Penggunaan kedua-dua jenis senjata ini banyak
membawa kesan buruk kepada masyarakat dan dunia.Senjata biologi yang
menggunakan bakteria Anthrax, misalnya, membunuh manusia tanpa disedari. Hal
ini demikian kerana bakteria Antrax tidak mempunyai bau dan warna dan dapat
tersebar melalui udara dan meliputi kawasan sasaran yang luas. Keadaan ini
mengakibatkan pelbagai komplikasi buruk. Mangsa akan mati dalam masa yang
singkat dan dalam jumlah yang banyak. Begitu juga halnya dengan senjata kimia
yang juga dapat merebak dengan pantas.

Penggunaan senjata kimia dalam peperangan, khususnya gas saraf, mampu


melumpuhkan dan merosakkan sistem saraf manusia. Gas ini juga dapat
menjelaskan serta menghilangkan terus daya ingatan seseorang. Kewarasan fikiran
mangsa terjejas dengan teruk. Mereka tertawa atau menangis tanpa henti serta tidak
dapat mengawal pancaindera mereka. Ada mangsa yang bertindak ganas dengan
membunuh sesiapa sahaja. Tentera Jerman menggunakan gas ini dalam Perang
Dunia Kedua dalam usaha hendak menghapuskan musuhnya. Sebagai akibatnya,
banyak mangsa menjadi gila dan akhirnya mati.

Selain itu, penggunaan senjata kimia juga dapat menyebabkan berlakunya


mutasi gen. Sebagai contoh, bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki di
Jepun telah mengeluarkan radiasi yang dahsyat dan keadaan ini mengakibatkan
mangsanya mengalami mutasi. Dalam hal ini, genetik atau DNA mangsa akan
berubah dan cacat lalu menyebabkan berlakunya mutasi sel dalam badan. Sebagai
kesan daripada keadaan tersebut, mangsa mudah menghidapi pelbagai penyakit
berbahaya seperti kanser. Anak-anak yang dilahirkan oleh mangsa mengalami
kecacatan anggota malah tidak kurang juga yang terencat akal. Daya tahan mangsa
terhadap penyakit turut merosot dengan teruk dan sesetengah mangsa mengalami
kemandulan. Dengan kata yang lain, senjata kimia mengakibatkan peningkatan kes
kelahiran bayi cacat, kadar mortaliti, dan penyakit kanser untuk jangka masa
panjang.

Penggunaan kedua-dua jenis senjata maut itu juga mengancam keamanan


dunia. Dengan adanya perkembangan teknologi, senjata sedemikian dapat
dihasilkan dengan mudah dan kini semakin canggih pula. Senjata biologi yang
menjadikan bakteria berbahaya sebagai bahan utama dapat dihantar atau
disebarkan melalui pos. Bom-bom kimia pula dapat dihasilkan dengan mudah di
tempat-tempat serangan disasarkan. Kecanggihan ini memudahkan pengganas
antarabangsa menjalankan misi mereka menyerang sesuatu lokasi atau negara.
Keadaan ini mewujudkan kebimbangan manusia sejagat lalu menyebabkan
penderitaan berlarutan.

Selain itu, senjata kimia turut mencemarkan dan merosakkan sistem ekologi
alam sekitar. Senjata kimia “agent orange” yang digunakan tentera Amerika Syarikat
dalam Perang Vietnam telah menyebabkan pokok-pokok kelayuan lalu mati. Hal ini
kemudiannya menyebabkan berlakunya penggondolan hutan dan pencemaran alam
sekitar. Kerosakan ekologi alam sekitar ini pula menyebabkan hidupan liar pupus
manakala kemusnahan hutan telah menjejaskan kawasan tadahan air.

Jelas bahawa penggunaan senjata kimia dan biologi lebih banyak


memudaratkan kehidupan semua makhluk di dunia ini. Banyak mangsa yang

18
berkorban dan mengalami kecacatan manakala alam sekitar tercemar teruk. Oleh
hal yang demikian, penggunaan senjata berbahaya yang merosakkan tamadun
manusia ini wajar diharamkan terus supaya keamanan sejagat dapat diwujudkan.
Untuk melaksanakan pengharaman itu, pertubuhan yang mewakili kepentingan
semua negara di dunia ini perlu menguatkuasakan undang-undang itu tanpa memilih
negara kaya atau negara miskin.

18. Punca/ Sebab /Faktor/ Isu yang menyebabkan berlaku konflik atau
perang pada masa akan datang.

Isu yang perlu dilihat pada masa kini adalah hubungan antara Amerika
Syarikat dan juga negara Iran. Dengan pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani
iaitu Ketua Tentera Elit Quds dalam serangan udara Amerika Syarikat boleh menjadi
punca berlakunya peperangan di masa akan datang. Sikap pemimpin Amerika
Syarikat yang suka campur tangan dalam negara lain boleh mengundang rasa tidak
puas hati yang mana ia menjadi punca kepada berlakunya peperangan. Bagi negara
Amerika Syarikat penciptaan senjata yang lebih moden menyebabkan Amerika
Syarikat boleh menguasai negara lain. Kesimpulannya hubungan antara Amerika
Syarikat dan juga Iran ini boleh menjadi punca berlakunya perang dimasa akan
datang kerana kedua-dua negara ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.

Selain itu peperangan masih berlaku diantara rakyat Palestin dengan Israel.
Peperangan yang tiada kesudahan boleh menyebabkan peperangan berlaku di
masa akan datang. Sebagai contoh Perjanjian Perdamaian antara Israel dan Emiriah
Arab Bersatu (UAE) telah menyaksikan berlakunya hubungan diplomatik diantara
kedua-dua negara ini. Ini boleh menjadi punca ketidakpuasan hati negara Islam
yang lain dan menyebabkan berlakunya peperangan kerana yang dibunuh oleh
Israel adalah umat Islam di Palestin. Dengan adanya hubungan diplomatik ia akan
membawa negara sekitarnya ke arah peperangan di masa akan datang.

Akhir sekali kemunculan golongan pengganas seperti Islamic State (IS) di


dunia antarabangsa boleh menyebabkan berlaku peperangan. Pihak pengganas ini
mengambil kesempatan atas sesuatu peristiwa. Sebagai contoh serangan
pengganas ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat telah
menyebabkan Amerika Syarikat menyerang beberapa buah negara yang lain.
Amerika Syarikat menggunakan alasan memerangani keganasan. Ia juga telah
menimbulkan Islamofobia di negara-negara barat iaitu bermaksud kepada
prasangka dan diskriminasi pada Islam. Dengan menggunakan alasan ini akan
menyebabkan berlakunya peperangan di masa akan datang. Kesimpulannya
dengan adanya prasangka buruk terhadap sesuatu agama dan bangsa ia akan
menyebabkan berlakunya perang di masa akan datang. Kita hendaklah menghindari
perasaan prasangka kepada agama dan bangsa lain.

19
19. (a) Cabaran / rintangan / halangan yang dihadapi oleh pemimpin negara
untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara lain

Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin negara untuk mengukuhkan


kerjasama dengan negara-negara lain ialah pengaruh kuasa barat dalam beberapa
buah negara jiran Malaysia. Sebagai contoh, Singapura lebih memihak kepada
Amerika Syarikat dan Israel sedangkan Malaysia menentang sekeras-kerasnya
kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin. Selain itu, pertikaian tentang
beberapa perkara misalnya antara Malaysia dan Singapura dalam isu bayaran
bekalan air dan menambak pantainya sehingga menjejaskan kawasan perikanan
Malaysia. Isu-isu seperti ini sentiasa mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan
negara-negara jiran. Kesan daripada cabaran ini menyebabkan pemimpin negara
sukar untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara lain.

Seterusnya cabaran yang dihadapi oleh pemimpin negara ialah hubungan


kurang mesra bersama negara jiran akibat isu yang berlaku di antara mereka yang
tidak dapat diselesaikan. Misalnya, tindakan Imigresen Malaysia terhadap nelayan-
nelayan dari Thailand yang ditangkap kerana sering menceroboh kawasan perairan
Malaysia. Hal ini menimbulkan kemelut antara kedua-dua negara tersebut. Selain
itu, masalah tindakan undang-undang terhadap pendatang haram dari Indonesia
dan kes penganiayaan pembantu warga Indonesia oleh majikan Malaysia hampir-
hampir memusnahkan hubungan baik yang telah lama terjalin. Tambahan pula isu
perebutan wilayah yang masih belum selesai seperti perebutan Pulau Terumbu
Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina turut menjadi faktor pengancam
kepada hubungan baik antara Malaysia dan Filipina. Kesimpulannya, isu-isu tersebut
menyebabkan hubungan kerjasama serantau sukar untuk dicapai.

Cabaran yang terbesar untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-


negara lain ialah isu kehilangan pesawat MH370 sejurus berlepas ke Beijing kerana
isu ini telah mengeruhkan hubungan dengan beberapa negara luar. Ketidak puasan
hati masyarakat antarabangsa atas tuduhan ketelusan Malaysia dalam merungkai
rahsia kehilangan pesawat tersebut telah mengurangkan keakraban Malaysia
dengan negara terbabit. Sebagai contoh, warga China yang merupakan penumpang
paling ramai dalam pesawat tersebut sering mempersoalkan tindakan Malaysia
dalam menangani isu terbabit. Hal yang demikian menjejaskan kemasukan
pelancong China ke Malaysia kerana protes mereka terhadap kerajaan Malaysia.
Secara tidak langsung, Malaysia akan kehilangan peluang pelaburan dari negara
berkenaan serta mengurangkan keupayaan daya saing ekonomi Malaysia sebagai
negara berpendapatan tinggi.

(b) Cabaran luar yang boleh menggugat keselamatan negara


Jelaskan cabaran luar yang telah menggugat keselamatan/keamanan
negara kita.

Antara cabaran luar yang dihadapi oleh Malaysia ialah pencerobohan


sempadan negara. Misalnya pencerobohan ruang udara oleh tentera Singapura dan
pencerobohan nelayan dari Thailand, Indonesia dan Vietnam. Hal ini jelas
menunjukkan pertahanan negara mudah diceroboh. Kesan daripada pencerobohan
ini telah menggugat keamanan dan keharmonian negara.

20
Seterusnya cabaran luar yang dihadapi oleh Malaysia ialah pencerobohan
Lahad Datu. Tragedi pencerobohan ini dilakukan oleh pengganas Sulu di Lahad
Datu yang dikaitkan dengan insiden diplomatik antara Malaysia dan Filipina.
Pengganas Sulu ini masuk ke Sabah dengan alasan ingin menuntut Sabah kembali
menjadi wilayah Kesultanan Sulu. Krisis pencerobohan Lahad Datu mula menjadi
tumpuan apabila anggota keselamatan negara ditembak mati oleh pengganas Sulu.
Ekoran daripada pencerobohan ini, individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan
pencerobohan militan Lahad Datu ditahan mengikut Akta Keselamatan (Langkah-
Langkah Khas) 2012. Kesimpulannya, krisis di Lahad Datu ini telah mengorbankan
banyak nyawa dan menggugat ketenteraman rakyat di negara ini.

Selain itu, Malaysia juga turut diancam oleh pengganas Militan Islam (IS).
Kumpulan pengganas ini merancang kekacauan dan serangan berani mati di negara
ini. Tumpuan serangan kumpulan IS ialah bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur. Kumpulan pengganas IS telah merekrut dan melatih sekurang-kurangnya
lapan kanak-kanak Malaysia menjadi pejuang IS di kem Syria dan Iraq.
Kesimpulannya, ancaman pengganas IS ini telah menggugat kestabilan politik
negara.

(c) Cabaran yang dihadapi Malaysia pada abad ke-21 dalam mengekalkan
keamanan Negara

Cabaran yang dihadapi Malaysia pada abad ke-21 dalam mengekalkan


keamanan negara ialah kesulitan untuk membanteras kemasukan pendatang asing
tanpa izin yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan sebagainya. Pihak
polis, tentera dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk menangani isu ini
kerana kemasukan mereka telah menimbulkan pelbagai masalah kepada negara.
Hal ini demikian kerana ada di antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan
penjenayah yang dikehendaki di negara asal mereka. Oleh itu, dengan kehadiran
mereka ini menyebabkan kes-kes rompakan dan pembunuhan meningkat secara
drastik dan mengundang keresahan dalam kalangan rakyat tempatan. Kesannya,
kedatangan mereka menyebabkan keselamatan sosial dan keamanan negara
terancam.

Cabaran kedua ialah pencerobohan sempadan antarabangsa iaitu melalui


udara dan laut. Pencerobohan ini melahirkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia
kerana mengancam keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, pencerobohan
tentera udara Singapura di ruang udara Johor dan pencerobohan nelayan dari
Thailand, Indonesia dan Vietnam. Kesannya, pencerobohan sempadan
antarabangsa membawa ancaman kepada kesejahteraan rakyat.

Cabaran seterusnya ialah penyeludupan di sempadan negara seperti


penyeludupan senjata api. Penyeludupan ini membawa kepada peningkatan
jenayah dalam negara dan ini mengugat keharmonian dan kemakmuran negara.
Contohnya, penyeludupan senjata api secara haram dari Thailand. Selain itu,
penyeludupan beras dan minyak subsidi di sempadan Malaysia- Thailand dan
Sarawak – Kalimantan yang berleluasa menyebabkan kerugian besar kepada

21
negara terlibat selain menjatuhkan ekonomi Malaysia. Hal ini demikian kerana
negara kehilangan pendapatan daripada hasil cukai dan ini memberi impak kepada
pembangunan sosial dan ekonomi. Kesimpulannya, penyeludupan di sempadan
negara menjejaskan hubungan persahabatan di antara negara jiran dan sekaligus
mengancam keamanan Malaysia.

20. (a) Cadangkan langkah/strategi/cara/tindakan/usaha yang perlu


dilakukan oleh pemimpin negara untuk mengukuhkan kerjasama dengan
negara-negara lain

Cadangkan langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan dengan


negara-negara luar.

Antara usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik


dengan negara luar ialah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan
perdagangan dengan semua negara. Kerjasama ini dilaksanakan dengan cara
memberi atau menerima pelaburan dari negara luar. Pelaburan ini dilaksanakan
dengan menyediakan dana modal untuk mengembangkan ekonomi negara.
Contohnya, Amerika Syarikat telah membuat pelaburan di Malaysia dalam bidang
gas dan perhutanan. Kerjasama ekonomi bukan sahaja mengeratkan hubungan
antara negara malah menguntungkan negara yang terlibat.

Dalam bidang sosial, pemimpin negara bergiat aktif menyertai pelbagai


program bersama dengan negara luar. Penyertaan Malaysia mengukuhkan
kerjasama antara negara yang terlibat. Contohnya, Malaysia mengambil bahagian
dalam sukan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan
Olimpik. Malaysia pernah dilantik menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel pada
tahun 1998 dan ini menunjukkan bahawa negara Malaysia diberikan kepercayaan
yang tinggi dikalangan negara yang menyertai sukan tersebut.

Seterusnya, cara seorang pemimpin untuk mengukuhkan kerjasama dengan


negara lain ialah dengan mengadakan rundingan sekiranya mempunyai sebarang
krisis. Perbincangan ini akan mengekalkan persefahaman antara negara-negara ini.
Selain itu, mesyuarat ini akan dapat menyelesaikan masalah secara baik dan
mengelakkan berlakunya konflik antarabangsa. Contohnya, MAPHILINDO telah
ditubuhkan bagi membincangkan tentang penubuhan Malaysia.

Kebijaksanaan pemimpin secara tidak langsung dapat mengukuhkan


kerjasama dengan negara-negara lain. Amalan saling menghormati diterapkan
walaupun berbeza latar belakang, pendapat mahupun budaya agar kerjasama
antara negara semakin utuh. Sehubungan itu, amalan bantu - membantu dapat
memantapkan kerjasama antara negara. Malaysia merupakan negara yang sering
menghulurkan bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dan mengalami
kesusahan. Sebagai contoh, Malaysia bergiat aktif dalam menyalurkan misi bantuan
kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Justeru, kesungguhan Malaysia telah berjaya
mengukuhkan hubungan Malaysia dengan negara luar.

22
(b) Cadangkan langkah/ strategi/cara/tindakan/usaha untuk mengukuhkan
keselamatan negara
Cadangkan langkah/strategi/cara/tindakan/usaha Malaysia dalam
mengekalkan keamanan negara.
Sebagai individu yang cintakan keamanan, kemukakan cadangan anda
untuk mengelakkan peperangan.

Langkah untuk mengukuhkan keselamatan negara ialah mengadakan


kerjasama pertahanan dengan negara jiran. Kerjasama ini dilakukan dengan cara
berganding bahu bagi mencegah pelanggaran undang-undang di sempadan negara.
Hal ini menyebabkan Malaysia bersama-sama negara jiran dapat mengatasi jenayah
yang berlaku di sempadan secara bersama. Contohnya, Malaysia telah mengadakan
kerjasama dengan Filipina bagi membanteras kegiatan militan di perairan Sabah-
Filipina. Justeru, usaha ini dapat membendung masalah jenayah sempadan di
kedua-dua negara secara efisyen.

Selain itu, langkah untuk mengukuhkan keselamatan negara ialah


mengeratkan hubungan dengan negara jiran serta negara-negara dunia yang lain.
Hal ini membolehkan Malaysia bertukar-tukar pendapat dalam semua isu. Oleh itu,
Malaysia dapat bertindak secara sebulat suara dengan negara lain. Contohnya,
hubungan Malaysia dengan ASEAN dan PBB. Peranan Malaysia dalam pertubuhan
antarabangsa mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia di mata dunia.

Sistem pemerintahan yang cekap mampu mengukuhkan keamanan negara.


Pemimpin yang berwibawa mengamalkan sistem demokrasi berparlimen merupakan
asas kekuatan sesebuah negara. Sebagai contoh, Tun Dr. Mahathir Mohamad
dikenali sebagai tokoh yang lantang memperjuangkan keamanan dunia di
pertubuhan antarabangsa. Hal ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
disegani.

Kemajuan ekonomi dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.


Kestabilan ekonomi negara mengelak daripada kebergantungan kepada negara luar
membolehkan negara Malaysia menentukan hala tuju negara mengikut acuan
sendiri. Sehubungan itu, tekanan daripada negara maju seperti Amerika Syarikat
dan China dapat dikurangkan. Maka Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang
berdaulat.

Masyarakat Malaysia yang bersatu padu menjadi asas keamanan negara.


Setiap ahli masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan
keselamatan negara terjamin. Amalan nilai murni dalam kehidupan seperti saling
menghormati perbezaan agama, adat dan budaya kaum lain di Malaysia pemangkin
perpaduan dan intergrasi nasional. Sikap bertanggungjawab dan mengamalkan
prinsip Rukun Negara mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia merupakan benteng
keselamatan negara.

23
21. Apakah langkah-langkah untuk menghalang peperangan masa kini.
Cadangkan langkah-langkah menjadikan Malaysia sebuah negara bebas
daripada konflik antarabangsa

Antara langkah untuk mengelak peperangan dan konflik antarabangsa adalah


dengan mengambil pendekatan berunding dalam menyelesaikan konflik antara
sesebuah negara. Sekiranya langkah ini tidak diambil, kehilangan nyawa tidak
berdosa akan berlaku dalam kalangan masyarakat, apatah lagi nyawa anggota
keselamatan yang menjadi benteng utama mempertahankan tanah air tercinta. Hal
ini demikian kerana melalui perundingan, pemimpin kedua-dua belah pihak boleh
duduk semeja dan berusaha untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi konflik yang
dihadapi. Oleh itu, rakyat tidak akan mengalami kesengsaraan hidup akibat ledakan
bom dan tembakan peluru berpandu.

Langkah seterusnya ialah Malaysia perlu sentiasa mengekalkan hubungan


diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip keterbukaan
dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Dasar keterbukaan yang
diamalkan bermula pada masa Pakatan Murni sehingga kini telah telah banyak
mewujudkan keamanan serta kesejahteraan negara kita. Malaysia tetap
mengutamakan semangat setiakawan dalam sebarang tragedi yang menimpa
negara sahabat misalnya menyumbang bantuan kemanusiaan dalam peristiwa
Tsunami di Acheh. Kesimpulannya, hubungan yang baik dengan semua negara
dengan memainkan peranan semaksimum mungkin mampu melahirkan sebuah
negara Malaysia yang aman dan bebas daripada konflik antarabangsa.

Malaysia juga menyokong segala bentuk usaha untuk memerangi keganasan


di peringkat dunia. Saluran media antarabangsa harus digunakan untuk
membersihkan nama baik Malaysia di mata dunia. Di peringkat dalaman pula,
kerajaan telah mengambil tindakan tegas terhadap individu yang disyaki terlibat
dengan gerakan militan. Oleh yang demikian, kesungguhan yang ditunjukkan oleh
Malaysia telah membuktikan kita menolak segala bentuk keganasan dan
mengutamakan keamanan dunia.

Perpaduan rakyat amat penting kepada sesebuah negara kerana perpaduan


dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara tersebut. Senario tersebut
dapat dikaitkan dengan kemajuan ekonomi negara. Hal ini boleh dijelaskan melalui
peningkatan jumlah pelabur asing yang berminat untuk menjana perniagaan mereka
di Malaysia kerana persekitaran perniagaan yang aman akan mendatangkan
keuntungan yang maksimum kepada mereka.

Masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat ukhuwah yang kukuh juga


telah membawa kepada kemajuan negara. Hal ini bukan sahaja dapat menyumbang
kepada ekonomi negara malah mampu meningkatkan imej negara di mata dunia
kerana masyarakat bersatu padu dan membantu menjana ekonomi negara. Hal ini
juga mampu menarik minat pelabur asing untuk melabur terhadap negara kita
kerana mempunyai kestabilan politik dan negara kita aman damai.

24
Akhir sekali, keamanan negara mahupun antarabangsa boleh dikekalkan jika
layanan yang adil dan saksama diberikan kepada semua pihak. Tamsilnya, di
Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
bertujuan untuk memastikan setiap kaum mendapat hak yang adil dan saksama
untuk menikmati kemakmuran negara.

22. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengekalkan


hubungan baik dengan negara-negara lain. Sejauh manakah usaha
tersebut memberi manfaat/ kepentingan/ faedah/ kebaikan/ sumbangan/
kesan positif kepada negara kita?

Hubungan Malaysia dengan negara luar banyak memberi keuntungan


kepada negara kita. Buktikan.

Jelaskan kepentingan hubungan luar Malaysia dalam memajukan


negara.

Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengekalkan hubungan


baik dengan negara-negara lain. Manfaat pertama adalah dengan mengukuhkan
sistem pertahanan dan keselamatan negara. Keselamatan di sempadan negara dan
di perairan perlu ditingkatkan bagi mengelakkan negara diancam oleh kuasa luar.
Bagi tujuan ini, kerajaan telah bekerjasama dengan negara-negara jiran seperti
Thailand dan Indonesia untuk mengekalkan kedaulatan negara. Kesimpulannya,
banyak manfaat diperoleh daripada jalinan hubungan yang baik antara Malaysia dan
negara-negara lain.

Seterusnya manfaat yang diperoleh Malaysia apabila mengekalkan hubungan


baik dengan negara-negara lain adalah dengan menyelesaikan masalah secara
bersama. Dalam hal ini, masalah boleh diselesaikan secara bersama seperti
masalah pendatang asing tanpa izin, lanun di perairan dan pencemaran. Segala
permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secara rundingan. Hal ini dapat
mengelakkan hubungan yang tegang antara Malaysia dengan negara lain. Intihanya,
Malaysia telah mengambil pendekatan menjalin hubungan yang baik dengan negara
lain supaya wujud kemanan dan keharmonian di negara ini.

Selain itu, Malaysia juga dapat menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang
seperti politik, ekonomi dan sosial apabila mengekalkan hubungan baik dengan
negara-negara luar. Misalnya dalam sektor ekonomi, kerajaan telah meningkatkan
industri pelancongan supaya dapat meningkatkan pendapatan negara. Kesannya
Malaysia dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dan kemasukan pelancong
asing ke negara ini akan meningkat. Natijahnya, dengan adanya hubungan baik
dengan negara lain, Malaysia dapat memajukan ekonomi sekaligus imej negara
akan meningkat.

25
23. Sejauhmanakah Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik
antarabangsa?

Buktikan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam usaha mewujudkan


keamanan dunia.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik


antarabangsa. Buktinya negara telah menghantar pasukan pendamai ke negara
yang bergolak di bawah panji-panji PBB. Contohnya sejak tahun 1960, Malaysia
telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara
di Congo (Zaire). Manakala pada tahun 1989, Malaysia telah menyertai pasukan
pengaman PBB di Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
Seterusnya pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke
sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke
Bosnia. Hal ini jelas membuktikan Malaysia begitu komited menyelesaikan konflik
antarabangsa.

Selain itu, Malaysia juga berusaha mengekalkan keamanan serantau dengan


mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau (ZOPFAN) bagi
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Malaysia di
bawah ASEAN berusaha menyelesaikan masalah pencerobohan Vietnam ke atas
Kampuchea pada tahun 1978. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di Kuala
Lumpur. Hasil dari usaha Malaysia ini telah membawa pembentukan sebuah
Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom
Sihanouk. Natijahnya, terbukti Malaysia telah memberi sumbangan yang besar
dalam menangani isu serantau mahu pun antarabangsa.

Di samping itu, Malaysia juga telah berusaha mengekalkan keamanan sejagat


melalui kerjasama antarabangsa dalam aspek sosial. Hal ini terbukti apabila
Malaysia telah menentang Dasar Apartheid yang mengamalkan diskriminasi kaum
yang membezakan taraf dan warna kulit di Afrika Selatan. Selain itu, Malaysia telah
menentang keganasan Israel di Palestin melalui pertubuhan OIC dan PBB.
Kelantangan Malaysia ini telah membawa kepada penganjuran Persidangan
Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. Malaysia juga telah bertegas dalam
isu penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan
antarabangsa mengenai penyalahgunaan dadah diadakan di Vienna, Austria pada
Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan
tersebut. Kesimpulannya, sumbangan Malaysia sangat besar dalam menangani
pelbagai konflik antarabangsa.

26
24. Kesan sekiranya Malaysia tidak menjalin hubungan baik dengan negara
lain.

Kesan pertama jika Malaysia tidak menjalin hubungan baik dengan negara
lain adalah akan menjejaskan keselamatan negara. Negara akan diancam oleh
negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand. Pihak luar akan cuba campur
tangan dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negara. Keadaan dalam negara
menjadi huru-hara dan keselamatan rakyat juga terjejas. Pencerobohan perairan
Malaysia oleh lanun juga menggugat keselamatan negara. Jelaslah bahawa,
kedaulatan negara tergugat jika Malaysia tidak menjalin hubungan baik dengan
negara lain.

Seterusnya kesan yang akan diterima oleh negara ialah tidak akan mendapat
bantuan daripada negara lain jika ditimpa bencana atau wabak penyakit.
Lumrahnya, bila sesebuah negara ditimpa bencana, seperti tsunami dan gempa
bumi, maka negara lain akan turut menghantar bantuan untuk meringankan beban
yang ditanggung oleh negara tersebut. Contohnya, apabila Malaysia dilanda virus
Covid-19 pada tahun 2020, negara China telah menghantar bantuan seperti pelitup
muka dan set PPE kepada Malaysia untuk dibekalkan kepada barisan hadapan.
Tetapi jika Malaysia tidak menjalin hubungan baik dengan negara lain, maka
bantuan tidak akan diterima. Natijahnya, Malaysia perlu menjalin hubungan dengan
negara lain supaya mendapat pelbagai manfaat.

Di samping itu Malaysia tidak dapat menjalankan perdagangan antarabangsa.


Semua produk negara hanya dipasarkan dalam negara sahaja. Kesannya, ekonomi
negara terbantut serta tidak berkembang maju seperti negara-negara lain. Komoditi
utama Malaysia seperti getah dan kelapa sawit tidak dapat dipasarkan di pasaran
dunia sedangkan permintaan dunia sangat tinggi terhadap komoditi utama ini. Selain
itu, Malaysia perlu meluaskan pasaran barangannya. Tetapi jika tiada hubungan
yang baik dengan negara lain maka pasaran barangan Malaysia juga akan terjejas.
Oleh yang demikian, hubungan baik dengan negara lain adalah amat penting bagi
Malaysia.

25. Peperangan masih berlaku abad ini. Buktikan

Pada abad ke-21, peperangan masih lagi berlaku. Hal ini dapat dibuktikan
berdasarkan banyak pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara. Antaranya,
dua kuasa dunia iaitu China dan Amerika Syarikat yang saling tidak sehaluan.
Tekanan berterusan Amerika Syarikat (AS) terhadap China dikhuatiri menyebabkan
kedua-dua negara berada di ambang perang dingin baharu, ditambah pula dengan
ketegangan berkaitan isu COVID-19 dan status Hong Kong. Konflik berpanjangan
antara kedua-dua kuasa besar ini semakin melarat termasuk berkaitan perdagangan
dunia, teknologi, hak asasi dan isu pandemik.

Peperangan juga dapat dilihat melalui pergeseran yang berpanjangan antara


antara Israel dan negara Palestin. Konflik Palestin-Israel telah berlangsung selama
lebih enam dekad. Punca utama konflik Palestin-Israel adalah disebabkan oleh
pertelingkahan agama antara Islam dan Yahudi. Konflik Palestin-Israel ini melibatkan
isu tanah, isu kemerdekaan, isu neokolonialisme, isu keperibadian sesebuah

27
bangsa, isu keadilan dan kemanusiaan sejagat. Konflik semakin ketara akibat
penjajahan Zionis ke atas tanah Palestin. Penempatan haram di Palestin ialah bukti
penjajahan Zionis ke atas negara tersebut. Jelaslah bahawa, konflik yang
berpanjangan sehingga ke hari ini memakan korban yang semakin tingg akibat
keganasan tentera sehingga ramai orang awam terkorban.

Peperangan turut berlaku di negara lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui
melalui pemberontakan Syria atau Perang Saudara Syria. Perang di Syria
melibatkan penentangan terhadap Presiden Syria iaitu Bashar al-Assad. Bashar dan
tenteranya berperang dengan kumpulan-kumpulan pejuang jihad tempatan dan yang
datang dari beberapa buah negara asing selepas penduduk negaranya mula
melakukan tunjuk perasaan antikerajaan pada Mac 2011. Namun pemerintah telah
melancarkan satu siri memerangi para penunjuk perasaan dengan menghantar
kereta-kereta kebal ke bandar-bandar terjejas dengan tunjuk perasaan manakala
pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah mereka. Jelaslah bahawa,
peperangan ini membawa kemudaratan iaitu kehilangan nyawa dan harta benda.

Selain itu, Yaman pula masih terjerumus dalam peperangan walaupun


pemerintahan selama tiga dekad Presiden pertama negara itu, Ali Abdullah Saleh
berjaya ditamatkan pada Februari 2012 selepas setahun rakyat menuntut perubahan
demokratik dilakukan. Beliau menjadi Presiden pertama Yaman yang disatukan
selepas Yamen Utara dan Yamen Selatan bergabung membentuk sebuah negara
bersatu pada tahun 1990. Kebangkitan rakyat yang menuntut pemerintahan
demokratik dilakukan, rasuah dan penyalahgunaan hak asasi manusia dihapuskan.
Beliau kemudian menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Abdrabbuh Mansur Hadi
yang diiktiraf oleh PBB. Peperangan saudara seterusnya tercetus melibatkan
kumpulan Houthi yang menentang pemerintahan Hadi. Malah pergolakan
berpanjangan apabila Arab Saudi pula mengetuai gabungan sembilan negara Arab
melancarkan serangan udara ke atas Yaman. Pada 28 April, 300,000 orang telah
berpindah kerana pertempuran yang semakin meluas. Banyak negara seperti China,
Malaysia, Pakistan, Filipina, Somalia, dan India memindahkan rakyat mereka.
Akhirnya, pada 21 April 2015, Arab Saudi mengumumkan menamatkan operasi
serangan dan memulakan proses politi dan gabungan Arab mengisytiharkan ruang
udara Yaman menjadi kawasan terhad.

26. Malaysia mengamalkan dasar yang menekankan pemeliharaan


keamanan dunia. Berikan penjelasan anda.

Jelaskan peranan Malaysia bagi mengekalkan keamanan dunia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar memelihara


keamanan . Hal ini dapat dilihat apabila Malaysia mengamalkan dasar luar yang
bersifat probarat dan anti-komunis. Bagi membendung ancaman komunis, Malaysia
telah menyertai pertubuhan Komanwel untuk mendapatkan bantuan ketenteraan
daripada Britain, Australia dan New Zealand. Penyertaan Malaysia dalam Komanwel
dapat mengelakkan Malaysia daripada ancaman komunis. Justeru kemanan dunia
amnya dan Malaysia khasnya terus terpelihara.

28
Malaysia juga mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini
disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan, seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya
hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia
(1965). Usaha untuk memelihara hubungan terbukti melalui beberapa perjanjian
seperti perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA)
bersama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO bersama Indonesia dan Filipina serta
ASEAN bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Dasar ini jelas
menunjukkan bahawa Malaysia menekankan pemeliharaan keamanan dunia.

Seterusnya, dasar yang menekankan keamanan juga dapat dilihat melalui


persetujuan negara-negara ASEAN mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Pengisytiharan ini membuatkan
negara-negara ASEAN bebas daripada campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal
politik. Oleh itu, kemanan serantau dapat diwujudkan dan dipelihara.

Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia berubah kepada dasar


berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Dasar ini dapat memastikan
kemanan sejagat dicapai apabila Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan
negara komunis seperti China, Korea Utara, Soviet Union dan Vietnam. Masalah
pelarian Vietnam dapat diatasi dengan kesediaan Malaysia menempatkan kem
petempatan pelarian Vietnam di Pulau Bidong. Usaha Malaysia ini telah berjaya
mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara dan sangat dihormati dunia.

Malaysia juga menyertai pasukan pendamai Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu (PBB) di Congo untuk menamatkan Perang Saudara dan mewakili pasukan
pengaman PBB bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Penyertaan
Malaysia dalam pasukan pendamai dan pengaman ini membuktikan dasar Malaysia
yang menekankan pemeliharaan keamanan dunia.

Seterusnya, dasar luar Malaysia yang menekankan keamanan juga dapat


dilihat melalui Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), yang bertujuan untuk
mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara. Disamping
menegakkan kedaulatan sesebuah negara. Keamanan dapat dicapai melalui
keanggotaan ini kerana, pertelingkahan antara negara dapat diselesaikan melalui
rundingan dan mendokong prinsip menghormati hak asasi manusia

27. Keadaan politik sering bergolak ketika ini. Bincangkan kesan terhadap
masyarakat sesebuah negara.

Pergolakan politik telah mengancam keselamatan masyarakat dunia


terancam. Masyarakat akan mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Ucapan
provokasi pemimpin akan membakar semangat penyokongnya. Contohnya, ucapan
Aung San Suu Kyi di Myammar telah mencetuskan tunjuk perasaan dalam kalangan
pengikutnya. Tunjuk perasaan jalanan boleh menjatuhkan kerjaaan yang
memerintah. Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pihak yang berkuasa
boleh berlaku. Kesimpulannya, provokasi pemimpin akan menyebabkan
ketidakstabilan politk dalam negara seterusnya menggugat keamanan dan
kesejahteraan masyarakat.

29
Selain itu, pergolakan politik menyebabkan keruntuhan ekonomi pelabur
asing tidak mahu melabur di negara yang dilanda pergolakan. Sebagai contoh,
pelabur-pelabur di Indonesia dan Filipina menarik pelaburan meraka dari negara
tersebut. Akibatnya, sistem ekonomi negara tersebut runtuh dan menyebabkan krisis
ekonomi di kawasan serantau. Keruntuhan ekonomi juga menyebabkan masyarakat
kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran tinggi dalam kalangan masyarakat.
Keadaan ekonomi negara terjejas juga melambatkan pembangunan negara.
Kesukaran ini akan mendorong kepada ketidakpuasan hati rakyat.

Industri pelancongan terjejas akibat pergolakan politik. Industri pelancongan


merupakan sumber pendapatan bagi kebanyakan negara. Serangan pengganas di
Pulau Sipadan menjejaskan industri pelancongan di Sabah. Hal ini menyebabkan
sumber pendapatan dalam industri pelancongan negara telah mengalami
kemerosotan dan memberikan impak negatif terhadap imej negara. Intihanya,
sesebuah kerajaan perlulah memastikan kestabilan politik dalam negara supaya imej
negara terus terpelihara di mata dunia.

Kesimpulannya, pergolakan politik pada hari ini menghalang perpaduan dan


kemajuan negara. Oleh itu semua pihak harus sentiasa mengambil iktibar daripada
pergolakan politik negara luar supaya negara kita aman damai.

28. Kerajaan hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran untuk


meningkatkan ekonomi negara. Cadangkan strategi yang boleh
dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut

Antara cabaran kerajaan Malaysia untuk meningkatkan ekonomi negara pada


hari ini ialah kekurangan modal untuk dilaburkan dalam pembangunan sektor
ekonomi negara. Hal ini menyebabkan negara terpaksa mendapatkan pinjaman
daripada negara luar misalnya daripada China dengan syarat-syarat pinjaman yang
ketat. Di samping itu, spekulasi ketidakstabilan ekonomi Malaysia turut menjadi
cabaran terbesar, ditambah pula dengan masalah Pandemik Covid 19 pada masa
kini. Sebagai contoh, status keberhutangan Malaysia yang serius kesan
ketidakstabilan politik sejak kebelakangan ini telah menyebabkan pelabur luar
negara tidak berminat untuk melabur di Malaysia. Misalnya syarikat-syarikat dari
Jepun seperti Toyota mula mengalihkan lokasi pelaburan dari Malaysia ke Thailand.
Kesannya Malaysia kehilangan sumber pendapatan yang banyak dari sudut peluang
pekerjaan dan penarafan antarabangsa. Kesan daripada situasi ini juga turut
mengurangkan potensi keuntungan yang sepatutnya diperoleh oleh negara kita.

Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi cabaran untuk


meningkatkan ekonomi negara adalah dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi
negara tanpa bergantung sepenuhnya kepada satu kegiatan ekonomi sahaja.
Negara perlu memajukan sektor pertanian, perindustrian, perdagangan dan
pelancongan. Kepelbagaian kegiatan ekonomi mampu mengurangkan kejatuhan
ekonomi negara serta kebergantungan kepada negara luar untuk mendapatkan
pinjaman. Negara kita juga harus memanipulasi sumber alam yang sedia ada dalam
mengatasi masalah tersebut. Rakyat pula perlu didedahkan dengan perniagaan
berasaskan talian agar peluang ekonomi merentas sempadan dapat diceburi oleh

30
lebih ramai rakyat negara ini. Penggunaan e-dagang dan kemahiran pemasaran
secara “Fb-Ads” perlu didedahkan kepada generasi muda agar kita dapat
melahirkan usahawan yang tidak lagi bergantung harap kepada kerajaan semata-
mata.

Cabaran berikutnya ialah nilai mata wang Malaysia yang masih rendah dan
tidak stabil berbanding dengan negara perindustrian yang lain. Sebagai contoh,
Malaysia terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan
komponen penting daripada negara yang mempunyai nilai mata wang yang lebih
tinggi berbanding negara kita seperti pembelian komponen komputer serta kereta
dari Jepun. Kesannya harga barangan keluaran negara akan menjadi lebih mahal
dan terpaksa bersaing dengan negara pengeluar yang lain.

Masalah nilai mata wang tidak stabil boleh diatasi dengan cara negara perlu
mempelbagaikan produk eksport negara dan mempelbagaikan hasil. Hasil daripada
jualan negara yang banyak mampu meningkatkan nilai mata wang negara. Selain
itu, kerajaan juga harus berusaha mengurangkan hutang negara. Hutang negara
yang sedikit mampu melonjakkan nilai ringgit. Kerajaan juga boleh membuat
tambatan nilai bagi mengelakkan kejatuhan nilai ringgit yang berterusan. Contohnya
kerajaan Malaysia pernah menetapkan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika
dengan nisbah 1 USD sama dengan RM 3.80.

Akhir sekali, Malaysia juga masih kekurangan tenaga kerja mahir dalam
beberapa bidang utama negara seperti bidang kejuruteraan telekomunikasi. Hal ini
menyebabkan Malaysia masih ketinggalan dalam inovasi telekomunikasi berbanding
negara-negara maju yang lain. Negara kita masih bergantung kepada barangan
import seperti telefon android dari Korea Selatan, Taiwan serta China yang ternyata
lebih maju daripada negara kita. Kesannya, rakyat Malaysia terpaksa
membelanjakan wang yang banyak untuk membeli barangan tersebut.

Kekurangan tenaga kerja mahir pula dapat diatasi dengan membina lebih
banyak pusat pengajian berteknologi tinggi seperti ADTEC bagi melahirkan tenaga
kerja yang memiliki kemahiran teknologi tinggi. Hal Ini akan dapat meningkatkan
peluang negara untuk menceburi bidang ekonomi berteknologi tinggi dan
mengurangkan kebergantungan kepada buruh mahir daripada negara luar. Hal ini
akan mengurangkan pengaliran wang keluar negara dan akan menstabilkan nilai
mata wang negara.

29.(a) Huraikan iktibar yang anda peroleh daripada kajian anda terhadap
konflik antarabangsa

Iktibar yang saya peroleh daripada konflik antarabangsa ialah kita hendaklah
menanam kesedaran tentang pentingnya keamanan dan saling menghormati antara
satu sama lain agar hak dan kebebasan asasi manusia terpelihara. Oleh itu, kita
hendaklah menghormati kedaulatan negara lain. Negara kita tidak mencampuri
urusan negara-negara di rantau Asia Tenggara demi mengelakkan daripada berlaku
konflik di rantau ini. Tuntasnya, pengamalan sikap saling menghormati dapat
mengelakkan peperangan dan mengekalkan keamanan sejagat.

31
Selain itu, kita hendaklah mengelakkan konflik antarabangsa dengan menjalin
hubungan baik dengan semua negara di dunia. Kita sedia maklum bahawa
peperangan boleh membawa kehancuran dan kemusnahan tamadun manusia.
Sepatutnya perselisihan yang berlaku hendaklah diselesaikan melalui rundingan.
Contohnya, konflik yang berlaku antara negara Iran dan Iraq pada tahun 1980 telah
menyebabkan kedua-dua buah negara tersebut terlibat dalam kancah peperangan
sehingga tahun 1988. Dalam tempoh 8 tahun berperang, beratus ribu nyawa
penduduk yang tidak berdosa telah terkorban. Tegasnya peperangan tidak
membawa keuntungan kepada mana-mana pihak bak kata pepatah ‘menang jadi
arang, kalah jadi abu’ malah isu kemanusiaan menjadi lebih parah.

Selain itu, kita hendaklah bekerjasama dan bertoleransi dalam memantapkan


ekonomi negara. Hal ini kerana, negara yang terlibat dalam konflik antarabangsa
akan berdepan dengan tekanan ekonomi baik dari dalam mahupun dari luar. Pelabur
asing tidak berminat untuk melabur di negara yang berkonflik. Contohnya konflik
antara negara Iran dan kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat yang berlanjutan
terlalu lama telah memberikan kesan terhadap ekonomi kedua-dua buah negara
malah turut memberikan kesan kepada negara sekutu masing-masing apabila
hubungan dagangan dua hala mula dihentikan. Jelaslah bahawa konflik
antarabangsa yang berlaku bukan sahaja memberikan impak terhadap ekonomi
negara yang berkonflik, malah negara-negara lain turut menerima tempias
kemelesetan ekonomi.

(b) Jelaskan iktibar yang diperoleh apabila negara bebas daripada konflik
antarabangsa.

Iktibar yang saya peroleh apabila negara bebas daripada konflik ialah
pemimpin boleh menjalin hubungan diplomatik dengan mana-mana negara tanpa
sebarang kerisauan atau halangan. Hubungan diplomatik yang baik dan bertolak
ansur dapat mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang yang sudah tentu akan
memberikan manfaat untuk semua pihak. Contohnya, jalinan persahabatan dengan
negara serantau melalui ASEAN membolehkan kita menjaga kepentingan bersama
bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan politik melalui kesepakatan dalam
ZOFPAN. Selain itu, kita juga bebas berkongsi kepakaran dalam Pendidikan melalui
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajara ASEAN (SEAMOE) dengan membina
RECSAM di Pulau Pinang. Negara yang mempunyai hubungan baik dengan
Malaysia pastinya bebas berkongsi kepakaran agar dapat memajukan dan
memakmurkan negara masing-masing. Hal ini dapat meningkatkan imej negara di
mata dunia sekali gus memudahkan urusan pentadbiran.

Iktibar yang saya dapat seterusnya ialah pemerkasaan ekonomi. Kemajuan


ekonomi merupakan tunjang bagi sesebuah negara dan pertumbuhannya mestilah
kekal teguh. Jika sesebuah negara menghadapi konflik dengan negara lain, maka
perkembangan ekonomi negara tersebut akan terencat. Misalnya, negara kita
Malaysia boleh menyertai mana-mana blok perdagangan yang sesuai dengan
aspirasi negara kerana negara kita tidak berkonflik dengan mana-mana negara di
dunia seperti penyertaan dalam pertubuhan Negara-Negara Selatan. Malaysia boleh

32
menyertai mana-mana blok perdagangan yang sesuai dengan aspirasi negara
kerana negara kita tidak berkonflik dengan mana-mana negara di dunia. Dalam hal
ini, Malaysia tidak perlu mengambil kira sebarang tekanan dari negara lain yang
berkonflik kerana negara kita mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam
mana-mana konflik antarabangsa. Hal ini menjadikan pertumbuhan ekonomi
Malaysia berkembang secara konsisten.

Iktibar yang seterusnya ialah kita bebas membina negara kita agar terus kekal
aman terutama dari sudut pemerkasaan sektor sosial. Hal ini dikatakan demikian
kerana negara yang dilanda konflik akan menyebabkan rakyat hidup dalam tekanan,
ketakutan dan tidak dapat merasai nikmat kemerdekaan sepenuhnya. Contohnya,
Jepun merupakan sebuah negara yang terpaksa bangun semula selepas dua
bandar utama iaitu Hiroshima dan Nagasaki telah musnah dalam Perang Dunia
Kedua. Ketika itu struktur sosial masyarakat di bandar tersebut amat terjejas, namun
akhirnya mereka bangun dan berusaha untuk membina kembali negara mereka.
Seterusnya negara Jepun tidak lagi aktif dalam mencampuri urusan luar selepas
peristiwa tersebut dan berjaya membina negara bangsa. Jelaslah bahawa jika
sesebuah negara tidak melibatkan diri dalam konflik antarabangsa, maka rakyat
dapat hidup dalam keadaan aman serta pembangunan negara dapat dirancang
dengan baik.

30. Suasana dunia hari ini masih selamat dan aman untuk didiami. Beri
ulasan anda.

Dunia hari ini masih selamat dan aman untuk didiami kerana terdapat
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang memastikan keamanan dunia.
Pertubuhan ini telah ditubuhkan pada tahun 1945 selepas berlakunya perang dunia
kedua. Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara di seluruh dunia. Penubuhan
PBB bertujuan untuk mengelakkan pertikaian, menegaskan hak-hak asasi manusia,
menjamin rasa hormat kepada undang-undang antarabangsa dan memperbaiki taraf
hidup di seluruh dunia. PBB boleh mengambil tindakan terhadap negara yang cuba
mengancam keselamatan dunia. PBB menyediakan bantuan tentera pengaman
kepada negara yang sedang bergolak seperti di Lubnan, Afrika Selatan dan lain-lain.
Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara tersebut dan
mengelakkan persengketaan berlarutan. Kesimpulannya, PBB berperanan
menyelesaikan masalah antara negara secara diplomasi dan sekaligus dapat
mengelakkan peperangan.

Selain itu, dunia hari ini masih selamat dan aman untuk didiami kerana
kebanyakan negara telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
Hubungan diplomatik yang baik antara negara membawa banyak manfaat seperti
menjamin keselamatan negara, pertahanan, sosial, politik dan ekonomi. Kesannya,
pertikaian antara negara dapat diselesaikan secara rundingan dan bukannya melalui
peperangan. Misalnya, pertikaian sempadan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia
di Laut China Selatan dibincang secara bersama antara negara tersebut. Malah

33
keselamatan negara terbabit terjamin dengan kerjasama dari segi ketenteraan.
Negara tersebut boleh melakukan pemantauan bersama bagi memastikan tiada
pencerobohan oleh pengganas. Latihan ketenteraan antara negara juga diadakan
bagi meningkatkan kawalan keselamatan sempadan. Natijahnya, jalinan hubungan
diplomatik telah berjaya menyelesaikan permasalahan yang timbul secara baik.

Di samping itu, dunia hari ini masih selamat dan aman kerana kebanyakan
negara mengutamakan amalan demokrasi dalam memilih pemimpin. Unsur
demokrasi terbukti melalui pilihan raya dan proses membentuk kerajaan atau
pemilihan pemimpin. Pilihan raya dan proses pertukaran pemimpin di dunia masih
berjalan mengikut undang-undang negara tersebut. Hal Ini dapat menyakinkan
rakyat terhadap sistem pemerintahan kerajaan bertambah cekap setiap kali proses
demokrasi dilaksanakan. Rusuhan atau konflik dalam negara dapat dielakkan
disebabkan pemilihan pemimpin dibuat secara adil. Amalan dekmokrasi ini dapat
memastikan urusan dalam negara tersebut dibuat secara telus dan adil.
Kesimpulannya, amalan demokrasi dapat mengelakkan persengketaan di dalam
negara sesebuah negara.

31. Rumusan tentang konflik peperangan dunia (nilai, pengetahuan,


patriotisme, harapan)

Rumusan tentang konflik antarabangsa yang meninggalkan pelbagai


kesan.

Perang Dunia meninggalkan kesan yang besar terhadap dunia dan negara
Malaysia. Antara pengetahuan yang diperoleh ialah faktor tercetusnya perang ini
disebabkan kemunculan nasionalisme yang melibatkan negara kecil di Eropah yang
telah bersatu dan membentuk negara bangsa yang besar, sebagai contoh Itali dan
Jerman. Selain itu, pembentukan sistem pakatan negara-negara Eropah yang terdiri
daripada Perikatan Kuasa Tengah yang merangkumi negara Jerman, Austria-
hungary dan Itali, manakala Pakatan Bertiga pula terdiri daripada Britian, Perancis
dan Russia. Antara kesan terhadap perang yang diperoleh dari segi politik ialah
menamatkan pemerintahan beraja di Eropah manakala dari segi ekonomi pula
berlakunya inflasi.

Dari segi nilai-nilai murni dan patriotisme yang diperoleh pula ialah sikap
toleransi antara negara-negara amat perlu untuk mengelakkan berlakunya
peperangan. Sikap bertolak-ansur perlu dijalin di antara negara-negara di dunia ini.
Tanpa adanya sikap tolak ansur ini, peperangan mungkin akan terjadi. Selain itu,
sikap kerjasama dan saling menghormati antara negara akan mengelakkan
terjadinya peperangan. Dengan tiadanya peperangan membolehkan rakyat
sesebuah negara akan hidup dengan aman dan makmur serta bertambah maju.

Dari segi unsur patriotisme pula, pemimpin perlulah mementingkan hubungan


diplomatik dengan negara-negara luar bagi mengelakkan terjadi peperangan.
Pemimpin negara amat mementingkan hubungan ini supaya dapat memelihara
34
kedaulatan negara dan boleh membangunkan ekonomi serta meningkatan
kehidupan sosial.

Harapan saya agar bangsa dan negara akan kekal berdaulat dan tiada
peperangan yang berlaku terutamanya negara Malaysia dengan negara jiran. Saya
berharap untuk menjadikan negara Malaysia kekal berdaulat dan semangat cinta
akan negara perlulah ditanam dalam diri setiap insan. Dalam hal ini, saya
mengharapkan generasi muda akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
dan kekuatan semangat untuk berdepan dengan cabaran yang mendatang. Saya
juga berharap negara Malaysia akan terhindar daripada terlibat dalam kancah
peperangan.

PANEL PEMBINA MODUL KERTAS 3 SEJARAH SPM 2020 PULAU PINANG

BIL. NAMA SEKOLAH

1 EN. KHAIROL FAIZAL BIN ABDULLAH PP SEKTOR PEMBELAJARAN JPNPP

2 PN. WAN BASTHIAH BINTI HJ ABDUL RAHMAN SMK TAMAN INDERAWASIH


3 PN. SHANTINA BINTI JUSOH SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH

4 Dr. AZIANS BINTI ABU HASSAN SMK GEMILANG


5 PN. CIK SALMIAH BINTI AYOB SM SAINS KEPALA BATAS

6 PN. SURIYANI BINTI LAMIN SMK SUNGAI ARA


7 EN. ABD. RANI BIN HJ.ABD. RAZAK SMK PENANG FREE

8 PN NOR HAFZAN BINTI RAMLI SMK ST GEORGE BALIK PULAU


9 PN. KHAIRUNNIZA BINTI ABDUL HAMID SMK MENGKUANG

10 CIK NURDIYANA BINTI ABDULLAH SMK KEPALA BATAS

11 PN. SITI NORSYIQAH BINTI AZMI SMK BANDAR BARU PERDA


12 PN. ASNAH BINTI BAKAR SMK BAKTI

13 PN. NOOR FISAH BINTI ISMAIL SMK GEMILANG

14 CIK REHANA BINTI MOHAMED MYDIN SMKA AL MASHOOR (L)

35

Anda mungkin juga menyukai