Anda di halaman 1dari 17

SULIT*

Bahagian A
[ 15 markah ]

Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang betul dan buat bulatan pada jawapan tersebut.

1. Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri?
I Biasiswa
II Perumahan
III Pendidikan
IV Perpustakaan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

2.
Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan
kerajaan negeri
Kuasa dikongsi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam
urusan pentadbiran dan perundangan

Penyataan di atas merujuk kepada kerajaan


A. Kesatuan
B. Gabungan
C. Konfederasi
D. Persekutuan

3.
Hilang kelayakan untuk menjadi calon pilihan
Y
raya umum
Y merujuk kepada

I. Banduan
II. Berumur 25 tahun
III. Menjadi warganegara negara lain
IV. Pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan pecah amanah

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

1
SULIT*

4. Yang manakah benar tentang Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan

I. Pungutan zakat
II. Cukai pendapatan
III. Hasil tanah dan lombong
IV. Duti eksport kelapa sawit

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

5. Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong ialah

A. mengisytiharkan darurat
B. memecat Timbalan Yang di-Pertuan Agong
C. memperkenankan pindaan Perlembagaan Persekutuan
D. memperkenankan permintaan untuk pembubaran Parlimen

6. Yang manakah benar tentang Dewan Negara?

I. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang timbalan


II. Kedudukan Dewan Negara tidak tergugat apabila Parlimen dibubarkan
III. Ahlinya mesti mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong
IV. Dewan Negara berkuasa meminda rang undang-undang yang telah diluluskan oleh
Dewan Rakyat

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

7. Antara yang berikut, yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

I. Mempersetujui sesuatu amalan atau upacara Agama Islam


II. Mengubah tatacara persidangan Parlimen
III. Mengubah sempadan negeri
IV. Melantik Jemaah Menteri

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

2
SULIT*

8.
Istilah Takrif
Arahan kepada seseorang untuk
P Alibi I hadir ke mahkamah sebagai saksi
dalam perbicaraan
Bukti menunjukkan seseorang tidak
Q Prima Facie II
berada di tempat kejadian
Bukti yang mencukupi untuk
R Habeas Corpus III
perbicaraan
Perintah yang mengarahkan
S Sapina IV seseorang dalam tahanan
dihadapkan ke mahkamah

Yang manakah padanan yang betul antara istilah kehakiman dan takrifnya.

P Q R S
A I II III IV
B II I IV III
C II III IV I
D III IV II I

9. Antara berikut, yang manakah prinsip tadbir urus terbaik sektor awam?

I. Budi bicara
II. Prestasi
III. Efisien
IV. Etika

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

10. Puan Rahmah ingin menukar status tanah daripada tanah


sawah kepada tanah pembangunan

Proses pertukaran di atas diluluskan oleh

A. Dewan Undangan Negeri


B. Pejabat Tanah dan Galian
C. Pihak Berkuasa Tempatan
D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

3
SULIT*

11. Antara berikut, yang manakah benar tentang unit pentadbiran dan fungsinya?

Unit Pentadbiran Fungsi


I Unit Penyelarasan Pelaksanaan Memberi khidmat perundingan
pengawasan kepada organisasi
kerajaan
II Jabatan Perkhidmatan Awam Menyediakan latihan untuk pegawai
kerajaan
III Unit Perancang Ekonomi Menganalisis kedudukan ekonomi
negara
IV Unit Pemodenan Tadbiran Menyediakan perkhidmatan
Pengurusan Malaysia perundingan pengurusan kepada
jabatan kerajaan

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

12. Yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada
Kerajaan Negeri?

I. Luas kawasan
II. Panjang jalan raya
III. Bilangan penduduk
IV. Jumlah hasil kutipan

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

13. Pembuangan sisa-sisa pepjal


Rumah penyembelihan

Penyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

A. Jabatan Alam Sekitar


B. Pihak Berkuasa Tempatan
C. Jabatan Perkhidmatan Haiwan
D. Perbadanan Pembangunan Bandar

4
SULIT*

14. Yang manakah bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah?

A. Wasiat
B. Penceraian
C. Pengambilan anak angkat
D. Menyebarkan ajaran sesat

15.
Memulihkan keyakinan pelabur asing terhadap perkembangan ekonomi
negara
Memperkukuhkan asas ekonomi negara agar mampu bersaing di
peringkat antarabangsa

Penyataan di atas merujuk kepada peranan

A. Majlis Ekonomi Negara


B. Majlis Kewangan Negara
C. Majlis Tindakan Ekonomi Negara
D. Majlis Penasihat Ekonomi Negara

5
SULIT*

Bahagian B
[ 15 markah ]
Jawab semua soalan.

1. Nyatakan 3 ciri sebuah negara berdaulat. [3]

2. Senaraikan 2 cara seseorang memperolehi kewarganegaraan Malaysia. [2]

3. Doktrin Pengasingan Kuasa merupakan salah satu ciri Sistem Kerajaan Persekutuan.

a. Nyatakan dua badan yang terlibat dalam doktrin ini. [2]

b. Apakah tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa? [1]

6
SULIT*

4. Dengan merujuk rajah di bawah, jawab soalan-soalan berikut.

STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA

Yang di-Pertuan Agong

Perundangan Eksekutif Kehakiman

Parlimen X Mahkamah Atasan


dan Mahkamah
Rendah
Jemaah Menteri
Dewan Dewan
Rakyat Negara

Kementerian

Jabatan

(Disesuaikan daripada Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia,


INTAN, 2006, halaman 69-73)

a. Nyatakan 3 syarat untuk memegang jawatan X [3]

I.

II. .

III. .

b. Berikan 4 tugas X. [4]

I. ......

II. ..

III. ..

IV. ..

7
SULIT*

Bahagian C
[ 50 markah ]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

1. Daya saing adalah kemampuan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan yang tinggi
secara berterusan dan hal ini dipengaruhi oleh bebrapa faktor. Walau
bagaimanapun terdapat juga kekangan yang menjejaskan daya saing negara kita.
Bincangkan.

2. Hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan yang
menyumbangkan pelbagai kepentingan kepada manusia sejagat. Namun
penerokaannya secara berleluasa akan menimbulkan pelbagai kesan negatif.
Bincangkan.

3. Kenaikan harga bahan api di pasaran dunia telah menyebabkan berlakunya inflasi
di Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain yang turut
mempengaruhi fenomena tersebut. Jelaskan.

SOALAN TAMAT

8
Skema 900/1
Bahagian A
[ 15 markah ]

1 A 6 A 11 C
2 D 7 B 12 C
3 B 8 C 13 B
4 D 9 D 14 D
5 D 10 D 15 C

Bahagian B
[ 15 markah ]
Jawab semua soalan.

1. Nyatakan 3 ciri sebuah negara berdaulat. [3]

I. Mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah


II. Sempadan yang jelas
III. Kerajaan yang berupaya mengawal hal ehwal dalam Negara
IV. Kebebasan mengadakan hubungan dengan Negara-negara luar
(Pilih 3 isi sahaja _ 1Isi 1Markah)
2. Senaraikan 2 cara seseorang memperolehi kewarganegaraan Malaysia. [2]

I. Kuatkuasa undang-undang
II. Pendaftaran
III. Naturalisasi / Kemasukan / Pewarganegaraan / Permohonan
IV. Penggabungan/Percantuman Wilayah
(Pilih 2 isi sahaja _ 1Isi 1Markah)

3. Doktrin Pengasingan Kuasa merupakan salah satu ciri Sistem Kerajaan Persekutuan.

a. Nyatakan dua badan yang terlibat dalam doktrin ini. [2]

I. Pentadbiran / Eksekutif
II. Perundangan
III. Kehakiman
(Pilih 2 isi sahaja _ 1Isi 1Markah)

1
b. Apakah tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa? [1]

Tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa ialah

I. mengelakkan pertindihan bidang kuasa


II. mengelakkan penyalahgunaan kuasa
III. membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh
badan yang lain
(Pilih 1 isi sahaja)

4. Dengan merujuk rajah di bawah, jawab soalan-soalan berikut.

STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA

Yang di-Pertuan Agong

Perundangan Eksekutif Kehakiman

Parlimen X Mahkamah Atasan


dan Mahkamah
Rendah
Jemaah Menteri
Dewan Dewan
Rakyat Negara

Kementerian

Jabatan

(Disesuaikan daripada Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia,


INTAN, 2006, halaman 69-73)

a. Nyatakan syarat untuk memegang jawatan X [3]


I. Ahli Dewan Rakyat
II. Mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat
III. Warganegara Malaysia melalui penguatkuasaan undang-undang

(Nyatakan Semua Isi _ 1Isi 1Markah)

2
b. Tugas X (Perdana Menteri) [4]
I. Menyenaraikan ahli Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
II. Mempengerusikan Kabinet
III. Mengetuai kerajaan dalam menyelesaikan masalah negara
IV. Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
V. Membuat laporan kepada Yang di-Pertuan Agong tentang pentadbiran Negara
VI. Menjadi jurucakap dalam hal ehwal dalam dan antarabangsa
VII. Memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen

(Pilih 4 isi sahaja _ 1 Isi 1Markah)

3
Bahagian C
[ 50 markah ]

Skema Jawapan

Soalan 1:
Daya saing adalah kemampuan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan yang tinggi secara
berterusan dan hal ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Walau bagaimanapun terdapat juga
kekangan yang menjejaskan daya saing negara kita. Bincangkan.

Pengenalan

Kerajaan Malaysia sentiasa mempertingkatkan daya saing bagi mencapai status mencapai
negara maju pada tahun 2020. Usaha ini dipengaruhi oleh beberapa faktor namun terdapat
juga beberapa kekangan yang melambatkan proses tersebut.

Bil Idea Huraian


Bahagian A : Faktor;

1. Strategi, struktur & tingkat -Memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak


persaingan perusahaan swasta agar berdaya saing
- Kerajaan akan berperanan membantu pihak
swasta
dalam bentuk penggubalan dasar dan peraturan

2. Kepelbagaian sumber -Tenaga kerja mahir, separa mahir dan


mencukupi
dan berilmu pengetahuan
-Bahan mentah mencukupi dan berterusan
-Infrastruktur lengkap dan berkapasiti tinggi
mampu memenuhi sebarang permintaan
-modal mencukupi swasta atau kerajaan
-Ekonomi berteraskan pengetahuan
-Menjadi penentu tinggi @ rendahnya daya saing
sesebuah negara

3. Permintaan domestik/dalam -Permintaan dalam negara terhadap produk


negara tempatan
-pengeluaran meningkat
-mempengaruhi arah perkembangan sektor industri

4. Perkembangan industri hiliran -Kerjasama yang baik dengan syarikat induk


(vendor) -Mampu bersaing di peringkat antara bangsa
-Peningkatan daya saing

5. Peluang- peluang baru -Perkembangan terkini dalam teknologi baru.


perkembangan politik luar negara dan permintaan
asing.
-Membantu syarikat-syarikat berkembang maju

4
6. Dasar-dasar kerajaan -Kemampuan kerajaan menyediakan
modal insan berkualiti, bahan mentah yang
mencukupi
dan infrastruktur yang lengkap
-mampu meningkatkan daya saing negara.
Bahagian B : Kekangan.

7. Kurang pengetahuan -Tidak berpendidikan tinggi.


-Kurang inovatif dan kreatif.

8. Gaji rendah -Kurang motivasi


-menjejaskan prestasi kerja
-tidak dapat memenuhi permintaan.

9. Teknologi rendah -Pengeluaran terhad


-masa kerja panjang
-pengeluaran sedikit

10. Dasar-dasar kerajaan -Dasar dasar yang tidak membantu /


membebankan.
-Mengurangkan minat pelabur / pengeluar.
-Menjadi halangan perkembangan syarikat

11. Sistem penyampaian yang -karenah birokrasi


lemah -tidak mesra pelanggan
-lambat mengatasi masalah yang timbul
-menjejaskan daya saing

12. Kegawatan ekonomi luar dan -Pengangguran


dalam negara -barang tidak mencukup harga mahal
-inflasi

13. Kegawatan politik dalam dan -rusuhan , rampasan kuasa, perang saudara
luar negara -Ketidakstabilan politik
-Aktiviti ekonomi terhenti- kilang tidak beroperasi

14. Kurang tenaga mahir dan -Proses pengeluaran terbantut


separa -pengeluaran terhad
mahir -Tidak dapat memenuhi permintaan dalam dan luar
negara.

5
Nota : Pilih mana-mana 2A + 3B atau 3A + 2B

Soalan 2.
Hampir 70 % bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan yang menyumbangkan
pelbagai kepentingan kepada manusia sejagat. Namun penerokaannya secara berleluasa
akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan

Pengenalan

Hutan menyumbangkan pelbagai kepentingan kepada manusia sejagat. Penerokaan hutan


untuk tujuan pembangunan akan menimbulkan kesan negatif kepada alam sekitar dan
kehidupan.

Bil Idea Huraian


Bahagian A : Kepentingan
1. Habitat hidupan liar - Tempat tinggal
-Sumber makanan
-dapat membiak
-kelangsungan hidup tidak terjejas.

2. Sumber ubat-ubatan dan herba -terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang sesuai
untuk dijadikan ubat tradisional dan moden
-Kacip Fatimah dan Tongkat Ali
-Penawar pelbagai penyakit

3. Mengawal hakisan -Mengikat tanah cengkaman kuat


-Menutupi bumi-memperlahankan larian air
-Mengurangkan hakisan yang boleh
menyebabkan
tanah runtuh

4. Mengimbangi ekosistem -Mengawal keseimbangan persekitaran hutan


-Melakukan proses fotosintisis -membekalkan
sumber oksigen dan menyerap karbondioksida
-Mengawal suhu
-Mengekalkan kelembapan tanah
-Memulihkan kandungan nitrogen dalam tanah

5. Sumber Penyelidikan dan -Pengkajian tentang hutan dapat membantu


Pembangunan pembangunan di tanah tinggi.
-Pengkajian tentang iklim, struktur tanah dan
kepentingannya.
-Sumber dan khazanah hutan mempunyai nilai
Ilmu biodiversity.
-Penemuan spesis-spesis baru.

6
Bahagian B : Kesan Negatif
-Aktiviti penerokaan tanah tanpa kawalan
6. Hakisan tanah -Struktur tanah menjadi longgar- berlaku hakisan

mudah berlaku tanah runtuh.
-Mengancam hidupan dan persekitaran.

-Penyahutanan / penggondolan hutan akan


7. Peningkatan suhu mengubah suhu persekitaran.
-Peningkatan gas karbon diaoksida -
menyebabkan suhu meningkat

8. Pencemaran sumber air -Aktiviti penerokaan menyebabkan air tecemar.


-Lumpur masuk ke dalam sungai-air menjadi
keruh.
-Kualiti air terjejas hidupan akuatik mati
-Sumber air bersih dan protein terjejas

9. Kepupusan flora dan fauna -Penerokaan hutan memusnahkan habitat


haiwan
dan tumbuhan
-menganggu rantaian makanan dan kemandirian
hidupan liar.
-musnah ekosistem hutan
-hidupan liar tidak dapat sumber makanan
-tidak dapat membiak
-hidupan akan pupus.

Nota : Pilih mana-mana 2A + 3B atau 3A + 2B

7
Soalan 3:
Kenaikan harga bahan api di pasaran dunia telah menyebabkan berlakunya inflasi di
Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain yang turut mempungaruhi
fenomena tersebut. Jelaskan.

Pengenalan

Inflasi merupakan satu proses kenaikan harga umum untuk semua barangan secara
menyeluruh dalam pasaran. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi
di Malaysia.

Bil Idea Huraian


Bahagian A (Idea wajib)
1. Kenaikan harga bahan api -Peperangan, bencana alam bekalan
berkurangan
-Sikap pengeluar dan penyimpan stok penimbal
minyak sengaja menyekat pengeluaran
untuk
meningkatkan harga minyak global
-Kenaikan kos pengangkutan & kos pengeluaran
-Pindah pada pengguna naikkan harga barang .
- Inflasi berlaku.
Bahagian B ( Faktor-faktor lain)
2. Bencana alam -Di dalam dan luar negara -
banjir,kemarau,letusan gunung berapi dan
gempa bumi sumber musnah dan berkurangan.
- penawaran barangan dari dalam dan luar
negara berkurangan.
-Con: gandum, beras, kacang soya dan buah-
buahan
-harga meningkat

3. Permintaan luar jangka -Musim perayaan, kenduri kahwin, cuti


sekolah.
-permintaan meningkat terhadap barangan
tepung, gandum , gula, minyak masak.
-Penawaran terhad
-Harga barangan meningkat

4. Sikap pengguna -Pembelian tanpa perancangan beli barang


yang
tidak perlu
-Belanja mengikut nafsu bukan mengikut
keperluan

8
-Pembelian panik khabar angin beli dengan
banyak
-Barangan dalam pasaran habis.
-Mengamalkan gaya hidup mewah
-Menaikkan harga .

5. Sikap peniaga/Pengeluar -Tamak ingin keuntungan berlipat ganda


-Menyorok barangan keperluan
-Memonopoli pengeluaran dan pasaran
-Mendesak kerajaan menaikkan harga barangan
keperluan
-akibat kekurangan sumber inflasi.

6. Kenaikan mata wang asing -Barangan yang diimport menjadi lebih mahal
berbanding ringgit Malaysia -Con: gandum, kacang soya dan beras

7. Kuasa beli pengguna meningkat -Kenaikan gaji, bonus atau kenaikan harga
komoditi pertanian seperti getah dan kelapa
sawit.
-Pendapatan rakyat bertambah berbelanja
lebih.
-Wang banyak mengejar barangan yang sedikit
-Berlaku inflasi

8. Faktor luar negara -Kos bahan mentah, barangan siap yang


diimport dari luar negara meningkat harga
barangan di pasaran tempatan / negara
pengimport meningkat.

Nota: Jawab 1A dan pilih mana-mana daripada 4B ( 1A + 4B )

Anda mungkin juga menyukai