Anda di halaman 1dari 5

HARI KRISMAS

PENGENALAN:
Hari Krismas -adalah perayaan terbesar untuk penganut
agama Kristian,
- disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi
memperingati kelahiran (dimana faktanya, tarikh tersebut bukanlah
tarikh kelahiranNya)) Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
-Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan
oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem.
- Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini
menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan
seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang
kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosadosaAdam (original sin).

Adat resam moden perayaan:


-pemberian hadiah,
-sambutan keagamaan di gereja,
- peragaan pelbagai hiasan,
( termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau
lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation).
-Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering
dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas.

Cara-cara Krismas disambut di gereja.


Paparan kelahiran Jesus Chrismas
Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai
oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke
banyak negara lain.
Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil
kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami,
dan logam yang berwarna-warni.

An Advent wreath on the Second Sunday in Advent

Lingkaran Kedatangan
Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi,
dengan lima batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan
pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari
Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan
pohon Krismas.
Pembacaan kitab
Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran
Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang
mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya
Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.
Karol[sunting | sunting sumber]
Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di
dalam suasana nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible
oleh koir dan juga para penganut yang taat.

Sambutan awam dan komersil

Sebatang pokok Krismas gergasi di Lisbon, Portugal

Kawasan sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk
menggantung sepanduk, panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan,
tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling bangunan. Banyak juga bandaraya besar
yang meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam, seperti di Trafalgar
Square di London, Times Square diNew York dan Martin Place di Sydney. Tidak lupa juga
kegiatan amal untuk menyeru warga kota agar menyalurkan sumbangan kepada golongan
yang kurang bernasib baik.
Waktu perniagaan kedai dan pusat beli-belah dilanjutkan sebelum hari Krismas agar orang
ramai diberi lebih banyak masa bagi membeli juadah makanan dan hadiah-hadiah Krismas.
Tingkap kedai sentiasa dihias babak kelahiran Jesus, termasuk di gedung membeli-belah
besar yang mampu menyediakan babak animasi untuk menghiburkan kanak-kanak. Gedung
beli-belah besar juga menyediakan seorang pelakon watak Santa Claus yang duduk di atas
singgahsana untuk mendengar permintaan kanak-kanak pada hari Krismas, di samping
diambil gambar bersama para pengunjung.

Pasar Krismas di Dresden, Jerman.

Perarakan, hiburan jalanan dan konsert Krismas juga diadakan di bandar raya. Sesetengah
pekan mengadakan tradisi nyanyian karol oleh kumpulan koir dan persembahan penghibur
ternama di dewan perbandaran atau di kawasan luar bangunan.

Sambutan seisi keluarga[

Sebuah keluarga berhibur sempena Krismas.

Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan,
bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk
bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah.
Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena
sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding,
pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stoking merah besar pada tempat pendiangan
api.
Pokok Krismas
Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar
hijau menjadi pilihan, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya,
dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan.

Anda mungkin juga menyukai