Anda di halaman 1dari 8

K 4.

0 METODOLOGI
990312-08-7615

a
4.0.1 KAEDAH KAJIAN

Penyelidikan merupakan suatu usaha yang dilakukan sama ada secara individu
atau berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ingin dikaji.
Namun begitu penyelidikan yang ingin difahami adalah bergantung kepada ruang
lingkup atau bidang yangdiceburi oleh seseorang penyelidik itu. Penyelidik yang baik

j
adalah mereka yang menggabungkan semua teknik yang ada di dalam ilmu
penyelidikan khas bagi memastikan setiap jawapan atau jalan penyelesaian adalah
bertepatan dan sesuai untuk digunapakai para pengkajilain pada masa hadapan.Bagi
penyelidik yang ingin memastikan setiap hasil mereka adalah tepat, maka beberapa
perkara perlu diikuti agar tidak tersasar dengan jauh, dan teknik penyelidikan juga
perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa samada teknik secara kualitatif atau

i
kuantitatif. Apa yang penting dalam proses pengendalian penyelidikan ini adalah
teknik, kos dan hasil dapatan kerana gabungan semua item ini akan memberi
markahan lebih, dipercayai serta akan member kesan kepada para penyelidik lain di
masa hadapan.

a
Di bawah ini di nyatakan definisi beberapa orang penulis terhadap apa yang
dimaksudkan mengenai penyelidikan bergantung kepada bidang dan ruang tugas yang
mereka sedang alami serta pengertian sebenar yang berbeza latar belakang di antara
penulis ini. Penyelidikan atau kajian merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan
untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Penyelidikan dilaksanakan untuk
mengembangkan ilmu, menguji teori atau mendapatkan maklumat baru tentang

n
sesuatu topik. Penyelidikan juga dijalankan bagi menilai atau membangukan sesuatu
dasar. Hal tersebut, merupakan suatu penelitian atau siasatan secara sistematik
mengenai sesuatu masalah, isu ataupun persoalan. Seseorang penyelidik mungkin
ingin mencari hubungkait antara faktor-faktor tertentu, menentukan jika terdapat
perbezaan antara kumpulan-kumpulan subjek yang dikaji, membuat ramalan ataupun
990312-08-7615

mencari dan mencipta suatu hasil atau benda baru. Penyelidikan boleh dijalankan
sama ada di dalam makmal seperti dalam bidang farmakologi, bioteknologi,
mikrobiologi ataupun di luar makmal (kajian lapangan) seperti dalam aspek dasar
kesihatan dan ubat-ubatan atau farmakoepidemologi. ( Izham Ibrahim, 2004 )

Penyelidikan adalah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia


untuk menambah ilmu pengetahuan baru. Semua penyelidikan berorientasikan satu
atau dua matlamat, pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu
masalah. ( www.penyelidikan.edu.my ) Penyelidikan merupakan suatu usaha dalam
kerja-kerja penyelidikan bagi membolehkan sesuatu tajuk atau perkara dapat diulas
dengan lebih teliti dan berkaitan ( Mahayudin Hj. Yahya, 2008 ) Penyelidikan
merupakan suatu usaha dalam kerja-kerja penyelidikan bagi membolehkan sesuatu
tajuk atau perkara dapat di ulas dengan lebih teliti dan berkaitan. Sesuatu jurnal yang
dihasilkan adalah merupakan kajian bersama di antara JAKIM dan juga institut-
institut pengajiantinggi bagi memastikan suatu kajian yang dilakukan adalah menepati
kehendak persoalan yang dikaji. ( Anan Che Mohd , 2005 )

Sebagaimana yang kita maklum dan ketahui bahawa penyelidikan yang


dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sesuatu perkara dengan lebih jelas
serta juga dapat memperbaharui kajian atau penyelidikan yang telah dilakukan oleh
para penyelidik terdahulu. Dengan ini setiap kajian adalah bersifat “up to date” yang
menbolehkan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahan ini tidak mudah berasa
bosan dengan maklumat yang lapuk dan ketinggalan . Penyelidikan juga adalah
sebagai ilmu baru yang perlu dipelajari agar dapat melaksanakan sesuatu tugas
dengan lebih cepat dan tepat dan sangat efiktif.
990312-08-7615

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut
berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan
rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu
kajian. (Kerlinger 1970) Reka bentuk kajian adalah kajian kaedah bagi membolehkan
maklumat diperoleh menjawab masalah kajian yang dibina. Reka bentuk kajian
adalah sebagai keseluruhan rangka kerja penyelidikan bagi menjawab masalah kajian
yang dibina. ( Ustaz Kenali, 2013 )Reka bentuk kualitatif adalah bersesuaian bagi
kajian penerokaan(Crawford & Irving 2009). Reka bentuk kuantitatif sesuai bagi
kajian deskriptif manakalakajian yang bertujuan membuat penjelasan, reka bentuk
eksperimen adalah sesuai diguna. (Robson 2011 )

4.2 SAMPEL KAJIAN

Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah ( PRM ) merupakan satu


prosedur iaitu setiap elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk
dipilh sebagai sampel. ( Safrulmizuan Manatauni, 2011) Seramai 10 pekerja kilang
dan juga 20 orang responden yang mewakili penduduk masyarakat Melayu , India dan
Cina di sekeliling kawasan IGB, Tasek, Ipoh dipilih untuk menjawab borang soal
selidik. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey ( 2000 ), di mana kurang 30
kes minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan
responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab
borang soal selidik.

Responden ini terdiri daripada 10 orang penduduk kaum Melayu, 10 orang


penduduk kaum India dan 10 orang kaum Cina. Daripada 30 orang responden tersebut
990312-08-7615

dibahagi kepada dua mengikut jatina iaitu lelaki dan perempuan. Pembahagian ini
dilakukan mengikut majoriti jatina di kawasan kajian, Selain itu, aspek kaum
responden memainkan peranan penting untuk membandingkan hasilkajian. Aspek
umur juga diberikan perhatian kerana kajian ini merangkumi berbeza umur
mempunyai pandang yang tidak sama di kawasan perindustrian, IGB, Tasek, Ipoh

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian adalah mengumpul data yang dihendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Instrumentasi ialah proses menyediakan alat
mengumpul data. ( Mersulin, 2012 ) Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan
borang pemerhatian.

4.3.1 KAEDAH RUJUKAN

Kaedah rujukan merupakan kaedah yang digunakan untuk memperoleh data dan
rujukan daripada bahan bacaan seperti kamus, buku, surat khabar, jurnal dan juga
bahan internet. ( Hairul, 2012 ) Dalam menjalankan kajian ini, bahan internet
merupakan sumber pertama. Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pelajar
universiti tempatan juga dijadikan sebagai bahan rujukan. Selain itu, pengkaji juga
menggunakan Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2010) untuk mencari maksud dan definisi
sesetengah perkataan yang banyak membantu untuk melakukan kajian ini. Seterusnya,
pengkaji juga merujukan pelbagai laman web tentang kewujudan kawasan
perindustrian akan membawa pelbagai kesan kepada alam sekitar dan penduduk.
Laman-laman web tersebut telah banyak membantu pengkaji untuk merangka soalan
untuk soal selidik dan dapat menulis pengenalan dengan informatif.
990312-08-7615

4.3.2 KAEDAH TINJAUAN

Kaedah tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk


eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam
bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan.
Dua jenis tinjauan yang penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah
timjauan sekolah dan tinjauan komuniti. Tinjauan bermatlamat untuk mengumpul
maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah.Tinjauan digunakan untuk
mengukur pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal
mengapa pembolehubah tersebut wujud. Justeru itu, salah satu tinjauan menjalankan
kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang
sesuatu populasi. Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan, kajian menyeluruh
mengenai sesuatu isu dan masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sample
yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat
dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian.

4.3.3 KAEDAH SOALAN SELIDIK

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia
merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi
tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Bidang perniagaan dan bidang
pendidikan merupakan dua bidang yang kerap menggunakan borang soal selidik ini
dengan kerap. Individu yang membina borang soal selidik ini perlulah
berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar, boleh dipercayai dan tidak
dipengaruhi emosi. Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa
borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji : Kos membina borang
selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat. Pengkaji boleh
memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat.
990312-08-7615

Responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi
melengkapkan borang soal selidik yang diberikan. Soalan tertutup lebih mudah kerana
keseragaman jawapan responden dan ini lebih mudah untuk dianalisis. Kemungkinan
wujud responden tiada nama. Pengkaji boleh mengenal pasti responden yang tiada
nama itu dengan mengenal pasti kepada siapa pengkaji menghantar borang soal
selidiknya. Maklumat prasangka yang kurang berbanding temuramah. Hal ini kerana,
adakalanya penemuramah akan salah tafsir maklumat yang diberikan oleh responden.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan ketiga-tiga bahagian kaedah


soal selidik untuk menganalisis hasil kajian tersebut. Pengkaji telah mengedarkan
borang soal selidik kepada 10 pekerja kilang dan juga 20 orang responden yang
mewakili penduduk masyarakat Melayu , India dan Cina di kawasan perumahan
berdekatan dengan kawasan perindusrian di IGB, Tasek, Ipoh. Tujuannya adalah
untuk mengkaji data yang diberikan oleh responden sama ada positif atau sebaliknya.
Kesemua responden telah dipilih secara rawak mudah.

BoBang soal selidik ini dibahagi kepada tiga iaitu soal selidik kewujudan
kawasan perindustrian terhadap alam sekitar. Bahagian pertama dalam ketiga-tiga
borang soal selidik adalah berkaitan dengan latar belakang responden yang
mengandungi maklumat tentang umur dan tahap pendidikannya. Bahagian kedua pula
mengandungi soalan-soalan pengetahuan am kewujudan kawasan perindustrian
terhadap terhadap alam sekitar dan penduduk. Seterusnya, bahagian ketiga
mengandungi soalan-soalan tentang pengurusan sisa pepejal kilang. Responden
dikehendaki menandakan pada soalan mengikut tahap persetujuan pada penyataan
yang diberikan oleh pengkaji.
990312-08-7615
4.3.4 KAEDAH TEMU BUAL

Temubual dalam penyelidikan kualitatif terbahagi kepada dua bahagian, iaitu


temubual mendalam dan temu bual kumpulan fokus. Temu Bual Mendalam Dalam
membicangkan cara mengumpulkan data dalam penyelidikan kualitatif. Temu bual
mendalam merupakan instrumen yang agak penting. Subtajuk berikut akan
membicangkan definisi temu bual mendalam, kekautan kaedah dan teknik, jenis
temubual mendalam, dan kelemahannya. Definisi Kaedah ini menggunakan penemu
ramah yang menjalankan temu bual yang terperinci berdasarkan garis panduan yang
telah ditetapkan. Apa-apa yang disebutkan oleh responden merupakan data penting
kajian. Tindak balas yang relevan akan dicatatkan kata demi kata. Melalui kaedah ini
seseorang pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas dan sempurna dengan
cara “mendalami” sesebuah topik tertentu. Temubual mendalam ialah temu muka
berulang antara pengkaji dan subjek pengkajian, dalam rangka memahami pandangan
subjek pengkajian mengenai hidupnya, pengalamannya, ataupun situasi sosial
sebagaimana diungkapkan dalam bahasanya sendiri (Taylor dan Bogdan, 1984).
Temubual mendalam adalah percakapan dua arah dalam suasana kesetaraan, akrab
dan informal.

4.3.5 CARA ANALISIS DATA

Data-data dan maklumat-maklumat statistik respomden yang telah diperolehi


melalui borang soal selidik dan permerhatian telah dianalisis supaya dapat
memperolehi hasil kajian yang terperinci dan bersahih Teknik penganalisan data
dibahagi kepada teknik penganalisan data secara kuantitaitf dan teknik penganalisan
data secara kualitatif. Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk
peratusan dan kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer
dari soal selidik yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data
yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data
tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.
990312-08-7615

4.3.6 KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan


untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif
yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku
subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-
sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak
digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains
dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus
dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji


perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan
tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan,
kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu
yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam
penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan
guru pelatih. Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu
kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan
penggunaan serta pensampelan tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai