Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Ilmu saintifik atau sains sosial merupakan kajian saintifik terhadap fenomena sosial.
Sains sosial mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell) secara amnya
digunakan untuk pengajian dan pengkajian yang berkaitan dengan manusia dan
masyarakat dalam sesuatu penempatan. Sains sosial merangkumi hanya bidang
termasuk pengajian yang meluas dan tidak mengkaji bidang sains tabii’. Sains sosial
merangkumi pelbagai bidang termasuklah psikologi, sosiologi, sains politik, sejarah
dan antropologi.

Sains sosial menurut Ismail Yusoff “Pengenalan Sains Sosial” merupakan


kompenan ilmu yang penting dan turut membantu mewarnai ilmu-ilmu lain di luar
bidangnya. Oleh sebab itu, mempelajari Sains Sosial, selain menarik, juga amat
diperlukan, kerana untuk memahami dinamik yang terkandung dalam masyarakat
tidak diperoleh dengan lengkap tanpa pengetahuan yang cukup tentang sains sosial.
Sains sosial boleh boleh memberi gambaran yang menyeluruh tentang pelbagai
disiplin ilmu. Dengan cara ini, mereka dapat membina a common sense perspective
yang sekali gus menghindarkan mereka menjadi ‘taksub’ dan ‘hamba’ kepada
pendekatan ilmu itu sahaja. Dan ini juga tentunya akan menyedarkan mereka bahawa
bukan hanya satu jalan malah banyak pendekatan dapat dimanfaatkan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.1

Dalam penulisan ini akan dijelaskan beberapa perkara yang penting mengenai
ilmu sains sosial. Antaranya mengenai maksud penyelidikan saintifik, ciri-ciri
penyelidikan saintifik, maksud dan cara pengumpulan data, dan seterusnya
pengklasifikasian.

1 Ismail Yusoff, Pengenalan Sains Sosial, Sintok: Universiti Utara Malaysia, 2003, hlm xii.

1
2.0 Penyelidikan Saintifik

Penyelidikan saintifik merupakan penyelidikan ilmiah yang menggunakan kaedah


pendekatan saintifik iaitu penyelidikan yang dijalankan secara tersusun, sistematik dan
terkawal. Pendekatan saintifik yang bersikap empiris iaitu penyataan perlu diuji dan
dibuktikan berdasarkan maklumat dan data yang dikumpul bagi memastikan
kebenaran proposisi, hipotesis atau teori. Dalam hal ini, lebih banyak pengujian dan
pengesahan terhadap hipotesis oleh penyelidik atau ahli sains lain. Maka, lebih tinggi
penerimaan hipotesis tersebut. Tujuan utama penyelidikan dijalankan adalah bagi
menyelesaikan masalah yang yang dihadapi atau mencari penyelesaian terhadap
masalah yang timbul. Justeru bagi mencapai objektif penyelidikan secara optimum,
para penyelidik terutamanya dalam bidang sains sosial, perlu memberi perhatian yang
khusus pada subjek terpenting yang dikaji dalam penyelidikan, iaitu manusia.2

3.0 Ciri-Ciri Penyelidikan Saintifik

Terdapat beberapa ciri dalam penyelidikan saintifik. Penyelidikan sebagai proses yang
saintifik iaitu sesuatu penyelidikan itu perlu proses yang teratur, tersusun, dan
mempunyai langkah-langkah yang harus dipatuhi.

3.0.1 Bermatlamat (purposiveness)

Seseorang penkaji yang ingin melakukan sesuatu penyelidikan hendaklah bermula


dengan penetapan matlamat atau tujuan. Ini kerana sesuatu penyelidikan yang

2 Azizi Yahaya, Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan; Teori, Analisis & Interpretasi Data dalam #Bab 2 Etika
Penyelidikan #, Kuala Lumpur, 2006, hlm 14.

2
saintifik mestilah mempunyai tujuan atau matlamat yang jelas. Jika penyelidik tersebut
ingin mengakaji bagaimana komitmen dikalangan pekerjanya dapat ditingkatkan,
maka ia dapat diterangkan dengan pelbagai cara.

Sebagai contoh, komitmen dapat dijelaskan dengan kadar lantik henti yang
rendah, ketidakhadiran yang rendah serta tingkat pencapaian yang tinggi yang mana
kesemuanya akan memberikan kebaikan kepada sesebuah organisasi.

Ini bermakna, fokus kajian ialah untuk mencari faktor-faktor yang boleh
meningkatkan komitmen pekerja di dalam sesuatu organisasi. Segala maklumat
tersebut dapat membantu organisasi menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkesan bagi
meningkatkan komitmen dalam kalangan pekerjanya.

3.0.2 Boleh Diuji (testability)

Setelah mengumpul data dan membuat pembacaan tentang kajian-kajian yang lepas
tentang komitmen dalam organisasi, seseorang penyelidik boleh membangunkan
beberapa hipotesis (andaian awal) tentang bagaimana komitmen pekerja dapat
ditingkatkan di dalam sesebuah organisasi. Hipotesis tersebut mestilah boleh diuji
menggunakan kaedah berstatistik yang bersesuaian.

Sebagai contohnya sekiranya seorang penyelidik membuat hipotesis bahawa


“hubungan yang positif antara peluang untuk naik pangkat dengan darjah komitmen
dalam sesebuah organisasi”. hipotesis mestilah dipastikan supaya dapat diuji apabila
segala maklumat tentang peluang naik pangkat dan darjah komitmen telah dikutip.

Analisis korelasi dapat digunakan bagi menguji sama ada terdapat hubungan yang
positif antara peluang naik pangkat dengan darjah komitmen dalam organisasi atau
sebaliknya.

Walaubagaimanapun, pembentukan hipotesis bukanlah suatu kemestian dalam


penyelidikan. Contohnya, dalam penyelidikan yang berfungsi menyelesaikan masalah
ataupun menunjukkan rumusan yang bijak, penyelidik hanya perlu mengungkapkan
persoalan-persoalan kajian sebagai asas bagi mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah itu.3

3 Azizi Yahaya, Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan; Teori, Analisis & Interpretasi Data dalam #Bab 1
Konsep Pneyelidikan Pendidikan #, Kuala Lumpur, 2006, hlm 13.

3
3.0.3 Kebolehulangan (Replicability)

Masa diperlukan untuk pengumpulan data bukan sahaja pada satu masa
(cross-sectional) tetapi juga untuk mengumpul data sepanjang masa (longitudinal).
Kajian satu masa terbatas sifatnya kerana penentuan perkaitan sebab-akibat
berdasarkan data yang dikumpul pada satu masa. Sebaliknya, kajian sepanjang masa
lebih boleh dipercayai semasa menguji perkaitan sebab-akibat kerana data dikumpul
beberapa kali dalam jangka masa panjang. Perubahan pula dapat dikesan dalam
tempoh yang panjang itu.

Ia membantu pengkaji menjelaskan pelbagai bentuk prinsip sains sosial dengan


lebih nyata dan terperinci. Ia juga membolehkan mereka untuk mengubah, mencabar,
atau menyusun semula tentang prinsip mereka yang sebelum ini hanya berbentuk
hipotesis.

3.0.4 Objektiviti (Objectivity)

Objektiviti timbul dari kata dasar “objektif”. Kamus Dewan memberi maksudnya
sebagai satu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh
perasaan atau prasangka sendiri. Hal ini bertujuan untuk menjadikan pergerakan
penyelidikan dapat diselesaikan dengan baik dan bermaklumat untuk mencari jalan
penyelesaian melalui kebenaran.

Kajian saintifik merupakan kaedah kajian yang mendapatkan maklumat terus


daripada sumber dan pelakunya. Maka degan itu kebenaran daripada hasil kajian tidak
dapat dipertikaikan.

3.0.5 Generalisasi (Generalisability)

Generalisasi biasanya diperoleh di akhir kajian yang memberi gambaran sama ada
kesimpulan kajian yang dihasilkan dapat mewakili (representatif) kepada kumpulan
sampel atau populasi yang berlainan. Hasil kajian yang dilakukan boleh dibuat

4
generalisasi yang baik jika perkara-perkara di atas telah diambil kira sepanjang kajian
dilakukan.

Dalam bidang sains sosial generalisasi boleh digunakan untuk membina satu set
hipotesis bagi menjawab suatu persoalan. E. H Carr melihat hubungan hipotesis dan
dapatan kajian dalam ilmu sains sosial sangat menghampiri aspek generalisasi dan
fakta dalam ilmu sejarah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, generalisasi
merupakan kesimpulan umum tentang sesuatu (peristiwa, fenomena) yang dibuat
tanpa berdasarkan bukti yang lengkap.

4.0 Pengumpulan

Pengumpulan data dalam kajian pengetahuan saintifik memerlukan penggunaan bukti


secara berhati-hati. Pengumpulan data memudahkan cara untuk merancang dan
mendapatkan kajian yang terbaik4. Pengumpulan data penting bagi penyelidik bagi
mendapatkan bukti agar dan statistik bagi mempermudahkan sesebuah kajian
dijalankan. Cara pengumpulan data yang digunakan adalah berdasarkan beberapa
langkah seperti menerusi borang soal selidik, kajian lapangan, temu bual, dan melalui
dokumen atau catatan sedia ada tentang kajian tersebut.

Pengumpulan data melalui borang soal selidik adalah dengan mengedarkan


borang soal selidik yang mempunyai soalan berkenaan kajian kepada responden.
Secara teorinya, soalan yang sama diajukan kepada semua responden akan
mewujudkan banyak jawapan yang berbeza. Keseluruhan borang akan dikumpul
jawapan dari seluruh responden akan mewujudkan statistik atau data tentang kajian
tersebut5. Hasil daripada borang soal selidik ini akan dijadikan data dalam kajian
tersebut. Kaedah ini juga boleh dilakukan tanpa penyelidik bertemu dengan responden
tersebut. Banyak pengkajian menerusi borang soal selidik terhadap responden hanya
menggunakan e-Mail, surat serta langkah menjawab soalan, atau melalui laman sosial
yang tidak memerlukan penyelidik bertemu secara berhadapan dengan responden6.

4 Wendy Olsen, Data Collection Key Debates and Methods in Social Research, Singapore, SAGE
Publications Asia Pacific Pte Ltd, 2012, hlm. 3.

5 Tim May, Social Research, Issues, Methods and process, 1900 Fross Road, Suite 101 Bristol, USA, Open
University Press, 1993, hlm. 66.

6 Keith F Punch, Survey Research The Basics, London, SAGE Publications Ltd, 2003, hlm. 40.

5
Hal ini menunjukkan bahawa pengumpulan data menggunakan kaedah borang soal
selidik juga boleh dilakukan tanpa pertemuan antara pengkaji dengan responden.
Segala hasil yang diperoleh melalui responden tetap boleh digunakan sebagai data
kajian. Namun begitu, setiap cara yang berbeza mungkin akan mempengaruhi hasil
dapatan terhadap kaedah borang soal selidik.

Kajian lapangan pula dilakukan dengan cara penyelidik tersebut datang atau
melawat ke kawasan kajian untuk melihat sendiri kawasan tersebut dan mengumpul
bukti atau data tentang sesebuah kajian. Kajian lapangan merupakan strategi
penyelidikan paling sesuai untuk meneroka bidang kajian. Tujuan dan strategi di sini
untuk mengetahui secara mendalam keadaan sebenar kumpulan atau kejadian
tertentu. Kajian lapangan membolehkan penyelidik menghampiri permasalahan
penyelidikan dengan bebas dan terbuka di samping penekanan pada aspek yang
dianggap penting7. Kajian lapangan membolehkan penyelidik mendapatkan bukti atau
data menerusi sumber utama. Tidak dapat dinafikan, bahan-bahan serta data-data
yang diperoleh daripada sumber utama adalah lebih baik dan tepat. Semakin banyak
bahan dan maklumat yang diperoleh daripada sumber utama, semakin baik
penyelidikan itu8. Melalui kaedah ini, penyelidik akan mencatat atau merekod bukti
yang ditemui di kawasan kajian tersebut. Bukti ini dapat membantu dalam
meningkatkan kualiti kajian yang dilakukan oleh penyelidik tersebut.

Seterusnya melalui kaedah temu bual antara pengkaji dengan responden yang
mempunyai pengetahuan atau maklumat tentang kajian yang dijalankan oleh
penyelidik. Mereka akan memperoleh data yang banyak melalui pengalaman, aspirasi,
pendapat dan perasaan responden mereka 9 . Sesi temu bual ini dilakukan oleh
penyelidik secara berhadapan dengan responden untuk mengajukan soalan-soalan
yang dianggap berkaitan dengan kajian. Penyelidik akan mengajukan soalan yang
disediakannya untuk mendapatkan jawapan yang membolehkan penyelidik melakukan

7 Sulaiman Masri, Kaedah Penyelidikan dan Penulisan, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd, 2005, hlm. 20.

8 Azizi Hj. Yahaya, Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan, Selangor, PTS Publications & Distributors
Sdn Bhd, 2005, hlm. 35.

9 Tim May, Social Research, Issues, Methods and Process, USA, Open University Press, 1993, hlm. 91.

6
hipotesis kajian10 . Kaedah temu bual membolehkan penyelidik mendapatkan data
berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada responen dan dapat mengukuhkan
dapatan. Namun kesahihan data daripada kaedah ini tersebut perlu dikaji terlebih
dahulu bagi mengelakkan kesilapan fakta.

Selain itu ialah kaedah mendapatkan data melalui dokumen atau data sedia
ada yang sudah dicatat. Data yang sudah dicatat adalah berdasarkan kajian orang
sebelumnya terhadap sesuatu kajian tersebut yang dipanggil sebagai data sekunder.
Data sekunder merupakan data terkumpul untuk satu-satu tujuan. Data ini boleh
diperoleh dengan lebih cepat, mudah dan murah 11 . Kaedah pendokumentasian
melibatkan pengumpulan data melalui bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal,
prosiding, majalah, laman sesawang, dan sebagainya12. Dokumen atau catatan ini
boleh didapati di perpustakaan atau mana-mana pusat penyimpanan dokumen atau
data yang diperlukan. Kaedah ini diperlukan untuk mengukuhkan bukti sumber yang
lain dan mendukung kelengkapkan data.

5.0 Pengklasifikasian

Difinisi atau maksud bagi diklasifikasian merujuk Kamus Dwibahasa Oxford Fajar ialah
sesuatu hal atau hasil daripada kajian dibahagikan kepada sesuatu beberapa
kumpulan atau mengikut ciri-ciri tertentu dalam pengelasan yang sudah ditentukan.13
Proses mencari data atau fungsi sesuatu penemuan yang menjelaskan atau
membezakan konsep atau kelas data dengan tujuan untuk menganggarkan kelas
objek tidak diketahui. Dalam klasifikasi data terdapat dua proses yang dijalankan, iaitu
proses latihan dimana Pada proses latihan digunakan dalam set yang telah diketahui
label-labelnya untuk membentuk satu bentuk data dan yang kedua ialah proses

10 Chava Nachmias, Research Methods in the Social Sciences, London, St Martin Press Inc, 1985, hlm.
188.

11 Bhasah Abu Bakar, Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah, Kuala Lumpur, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2007, hlm. 16.

12 Siti Fatimah binti Salleh, The International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society,
Terengganu, Fakulti Pengajian Kontemperori Islam, 2017, hlm. 468.

13 Joyce M. Hawkins, Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, United Kingdom: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 1991, hlm
60-150.

7
menguji dimana Untuk mengetahui ketepatan data yang akan dibina dalam proses
latihan, data digunakan dipanggil ujian pengujian untuk meramalkan data tersebut.
Hal ini merujuk pengumpulan data mengikut tempat-tempat yang bersesuaian dengan
data yang dikumpul bagi mempermudahkan lagi hasil penyelidikan yang dilakukan
oleh para pengkaji. Diklasifikasian sangat penting dalam menjalankan kajian sesuatu
saintifik agar data-data yang dikumpul oleh pengkaji tidak hilang dan tidak
membingungkan dalam dalam menganalisis setiap data yang sudah diklasifikasian.14
tanpa kaedah ini, sudah tentu akan membingungkan para pengkaji dalam melakukan
penyelidikan dan akan menyukarkan atau menyulitkan pekerjaan penyelidikan dengan
data-data yang sudah diperoleh hilang serta bercampur dengan data yang lain yang
sudah didapati dn dikumpul dari bertahun-tahun lamanya.

Contohnya data yang diperoleh hasil daripada sesuatu kajian yang dibuat akan
diklasifikasikan dengan kaedah abjad, nombor dan kronologi agar pengkaji mudah
untuk mengelaskan atau mebezakan data dengan mudah tanpa ada kesilapan atau
kecuaian dalam mengkaji sesuatu saintifik. Ini jelas menunjukan data yang diperoleh
harus dikumpul mengikut tempat yang bersesuaian dengan tidak mencampur adukan
data tersebut. Pencampuran data amat menyulitkan dan akan menyebabkan para
pengkaji akan mengkaji semula atau akan menyalah tafsir data tersebut dengan
sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akan risiko yang akan datang seperti akan
membingungkan para pengkaji lain yang mengkaji kajian tersebut.

Pembolehubah yang digunakan semasa melakukan penyelidikan yang berbentuk


demografi iaitu pengkajian saintifik mengenai populasi manusia akan diklasifikasikan
mengikut ciri-ciri tertentu seperti umur, jantina dan etnik.15

Klasifikasi dokumen adalah penyediaan kategori yang telah ditentukan untuk


membentuk satu dokumen atau data yang belum memiliki kategori. Goller berkata,
Mengelaskan dokumen adalah satu cara untuk menyusun dokumen. 16 kaedah
susunan dan mengelasifikasian amat diterapakan dalam hasil penyelidikan oleh
individu yang melakukan suatu kajian. Dokumen yang mempunyai kandungan yang

14 Paul Oliver, Understanding the Research Process, Great Britain: SAGE Publications Inc, 2010, hlm
146-173.

15 Ibid.

16 Alan bryman, Social Research Methods, United States: Oxford University Press Inc, 2012, hlm 43-85.

8
sama akan dikumpulkan ke dalam kategori yang sama untuk menggelakkan kekeliruan
pada pengkaji serta orang yang akan membaca kajian tersebut.

Oleh itu, orang yang mencari maklumat boleh dengan mudah kehilangan
maklumat data yang tidak berkaitan dengan maklumat yang dicari atau yang tidak
menarik perhatian tercampur dengan maklumat yang sudah tepat bagi hasil
penyelidikan yang dilakukan. Feldman berkata, Peningkatan pesat dalam bilangan
dokumen telah menggalakkan pembangunan kaedah pengelasan secara automatik.17
Kaedah ini boleh diklasifikasikan dengan belajar dari satu set contoh dokumen atau
data yang telah diklasifikasikan sebelumnya.

Sesuatu kajian yang dikaji mempunyai kepercayaan bersama tidak hanya


dirumuskan dengan apa yang baik dan apa yang salah, akan tetapi akan dirumus
sesuatu data tersebut dengan tujuan yang mana dinilai paling baik dalam
banyak-banyak data yang telah dikumpulkan.18 Jelaslah bahawa dengan kaedah yang
telah digunapakai ini seperti pengklasifikasian amat membantu kepada para pengkaji
dalam hasil kajian mereka. Kaedah ini bukan sahaja menjadi sesuatu kebiasaan dalam
hasil kajian tetapi menjadi suatu kepentingan kepada para pengkaji bagi mengelakkan
kesalahan fakta dalam hasil kajian mereka atau tersalah tafsir. Hal ini amat
mengelirukan kepada para pengkaji serta pembaca hasil kajian yang telah didapati
dari pengkaji sebelumnya dimana berlaku pencanggahan pendapat serta berlaku
kelainan fakta. Jesteru, kaedah pengklasifikasian amat penting dalam melakukan
sesuatu kajian saintifik.

17 Ibid.

18 Ibid.

9
6.0 Interpretasi/Tafsiran

Interpretasi adalah pentafsiran menurut Kamus Dewan dan Pustaka yang bermaksud
bentuk keterangan atau penjelasan yang berkaitan dengan makna, tujuan komplikasi
dan sebagainya terhadap sesuatu perkara dalam sesuatu kajian yang telah dikaji oleh
pengkaji. Penjelasan terhadap sesuatu hasil kajian saintifik amat penting bagi
menerang dengan lebih terperinci terhadap sesuatu kajian tersebut bagi bertujuan
memberi kefahaman yang mendalam kepada para pembaca hasil kajian tersebut.

Menurut Mudji, pemahaman data dalam penyelidikan yang kualitatif adalah


perihal dan idea dalam meneroka pengetahuan tentang data atau peristiwa melalui
pemikiran yang lebih mendalam. 19 Hal ini kerana, dengan ada suatu perincian
terhadap pengkajian saintifik akan memberi impak besar dalam pemikiran kepada
pembaca atau penyelidik baharu untuk mengetahui lebih dalam atau lanjut terhadap
sesuatu hasil kajian tersebut.

Interpretasi juga dapat dilihat dan dilakukan terhadap data statistik. Sebagai
contoh, jumlah penduduk berdasarkan jenis jantina. Data-data yang terkumpul hasil
daripada hasil kajian mengenai jantina di suatu kampung dapat ditafsir untuk
mendapatkan fakta yang tepat mengenai jumlah penduduk yang dimana jantina
perempuan berbanding lelaki yang banyak mengikut perancangan keluarga di sesuatu
kampung tersebut. Interprestasi sangat penting dan bergantung kepada sudut
pandangan dan latar belakang seseorang itu yang ingin mentafsir. Hal ini kerana
sesuatu tafsiran mengenai sesuatu kajian saintifik boleh berbeza pendapat kerana
dilakukan oleh orang berbeza. Akan tetapi sudut pandangan ini amat positif kerana
dapat memberi pandangan dengan memahami seseorang pengkaji dari pelbagai
sudut.20

Sesuatu interpretasi dalam kajian saintifik merupakan proses penilaian


maklumat bagi meningkatkan pengetahuan terhadap seseuatu perkara yang berkaitan
pengkajian yang dilakukan oleh pengkaji.21 Ini sangat membantu dalam memahami

19 Bert F. Hoselitz, Panduan Dasar Ilmu-Ilmu Sosial, Kuala Lumpur,: Mazcom Sdn Bhd, 1992, hlm 293.

20 Ibid.

21 E. Jane Davidson, Evaluation Methodology Basic, United Kingdom: SAGE Publications, Inc, 2005 hlm
15-49.

10
kepada para pengkaji yang baharu dalam melakukan kajian yang baru dalam merujuk
hasil-hasil kajian terdahulu.

11
Interpretasi atau tafsiran ini dibuat adalah bertujuan mengelakkan
berlakunya salah faham dalam suatu penyelidikan khususnya dalam penggunaan teori
dan falsafah.22 kesalahan fahaman sangat tidak patut berlaku kepada hasil kajian
kerana sesuatu kajian saintifik mengambil masa yang lama untuk mendapat
keputusan yang tepat dan dibukukan untuk menjadi sumber rujukan kepada para
pelajar atau pengkaji yang baharu dalam melakukan penyelidikan yang baru.

Terlalu banyak maksud interpretasi yang diutarakan oleh para pengkaji dari
pelbagai sudut dan maksud seperti interpretasi dari segi undang-undang, sejarah,
data kajian, muzik, peta dan sebagainya akan tetapi membawa pengertian yang sama
iaitu mentafsir sesuatu untuk menerangkan.

Jelaslah sesuatu pentafsiran data yang dilakukan oleh para pengkaji


terhadap data ataupun hasil kajian adalah untuk membuat para pembaca memahami
dengan terperinci terhadap sesuatu pengkajian. Ini dapat membantu para pengkaji
lebih memahami dengan hasil-hasil kajian yang dilakukan oleh para pengkaji
terdahulu.

22 Wendy Olsen, Data Collection: Key Debates and Methods in Social Research, Great Britain: SAGE
Publications Inc, 2012, hlm 76-82.

12
7.0 Kesimpulan

Ketiga-tiga penyelidikan saintifik ini iaitu pengumpulan, pengklasifikasian dan


interpretasi berkait rapat dalam pengkajian saintifik. Dalam pengkajian saintifik terlalu
banyak kaedah yang diperlukan bagi membentuk hasil kajian yang sempurna yang
dipandang dunia dengan hasil kajian tersebut. Hal ini membuktikan pengkaji tersebut
sangat peka dalam hasil pengkajian yang dilakukan.

Selain itu, sangat penting dalam sesebuah kajian yang dilakukan untuk
menggelakkan berlaku unsur salah tafsir. Setiap aspek perlu dititikberatkan oleh para
pengkaji untuk membuat sesuatu hasil kajian. Jesteru, Setiap aspek ini perlu dipatuhi
oleh para pengkaji dalam membuat kajian saintifik serta proses penyelidikan agar
penyelidikan tersebut mempunyai pengisian yang teratur dan sistematik bagi
membuktikakan hasil kajian yang sempurna.

Oleh itu, para pengkaji tidak seharusnya memandang ringan terhadap ketiga
ciri-ciri penyelidikan saintifik ini bagi bertujuan melahirkan sifat pengkaji yang sebenar
seperti pengkaji-pengkaji terdahulu. Jelas dengan adanya ketiga-tiga ciri iaitu
pengumpulan, pengklasifikasian dan interpretasi tersebut dapat membentuk
penyelidikan saintifik yang sistematik serta sempurna.

13

Anda mungkin juga menyukai