Anda di halaman 1dari 19

Pengantar Ilmu Sejarah (AJ10103)

Prof. Madya Dr. Bilcher Bala

Tutorial (10:00-11:00)

Soalan 3; Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (1999), “Dalam Sejarah, sumber


itulah yang menentukan pentafsiran dan bukan sebaliknya”. Perincikan
penyataan tersebut.
NAMA NO. MATRIK

ELLSA YUSLINA BINTI SULAIMAN BA18110372

2
1.0 Pengenalan

Muhd Yusof Ibrahim (2016), ilmu sejarah merupakan suatu bidang ilmu
pengetahuan yang kerap mendapat pandangan yang tidak menyenangkan, kritikan
yang sinis malah cemuhan dan anggapan yang yang sepi dan sambutan yang hambar.
Sejarah itu “omong kosong”, “apa guna mempelajari sejarah”, “janganlah diingat lagi
perkara itu sudah menjadi sejarah”, “sejarah hanya mengkaji tentang orang-orang
yang sudah mati”, dan yang palong akhir, “Sejarah sudah berakhir”. dengan
pandangan yang demikian, maka sejarah seolah-olah hanya bermakna pada para
sejarawan sahaja, itu pun bagi mereka yang berminat, rajin berusaha melakukan
penyelidikan dan menghasilkan karya pensejarahan. Bagi sejarawan sejarawan yang
lain pula, mereka hanyalah berkarya sebagai sejarawan yang mengikut imbasan
Arthur Marwick, separa profesional yang menjadi guru, mahaguru atau penutur
sejarah, tanpa berkarya sepenuhnya dalam bidang tersebut yang juga meliputi
penyelidikan dan penulisan itu.

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (1999), “dalam sejarah, sumber itulah yang
menentukan pentafsiran dan bukannya sebaliknya”. Dalam penulisan esei ini, perkara
yang akan dibincangkan ialah apakah maksud sumber dalam konteks sejarah dan
jenis-jenisnya, ciri-ciri dan jenis-jenis pentafsiran sejarah serta beberapa tafsiran
mengenai sejarah daripada beberapa orang tokoh sejarawan yang terkenal. Penulisan
esei ini juga akan memberi penjelasan yang menyokong penyataan Muhd. Yusof
Ibrahim mengenai pentafsiran sejarah berdasarkan sumber.

1
2.0 Asal Usul Sejarah

Perkataan ‘sejarah’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud asal usul
(keturunan), salasilah ataupun peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau.
Ianya juga ditafsirkan sebagai kisah, riwayat, tambo iaitu cerita yang disangka
dongeng bertukar menjadi sejarah sesudah dijumpai bukti-bukti yang
mengesahkannya. Manakala perkataan ‘ilmu sejarah’ berdasarkan rujukan yang sama
iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat didefinisikan sebagai kajian atau pengetahuan
mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu.1 Sedangkan ‘sejarawan’ pula membawa
maksud ahli sejarah. 2
Sejarawan merupakan individu yang mangkaji dan
merungkaikan segala persoalan-persoalan berkenaan masa lampau melalui kajian dan
pengetahuan yang dimilikinya untuk merungkaikan segala persoalan menjadi jawapan
yang disebut sebagai sejarah. Manakala menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia
‘sejarah’ atau erti asalnya pohon membawa riwayat atau asal usul keturunan
(terutama raja-raja yang memerintah), riwayat kejadian masa lampau yang
benar-benar terjadi sebagai contoh Majapahit dan kemerdekaan indonesia. Manakala
‘sejarawan’ pula ialah sebutan kepada orang yang merupakan ahli sejarah.3

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim “Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan
Pensejarahan”, sejarah merupakan suatu fenomena yang berlaku terus-menerus,

1 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, hlm 1411

2 Ibid, hlm 1412

3 Prof. Dr. J. S. Badudu dan Prof. Sutan Mohammad Zain, Kamus Umum Bahasa Indonesia, 1994, hlm 1241

2
sepanjang waktu kehidupan manusia dari dahulu, kini hinggalah masa yang akan
datang.4

Menerusi penulisan salah seorang sejarawan Bede “The Ecclesiastical History of


the English People”, beliau berharap dapat membantu perkembangan kepercayaan
terhadap agama kristian dalam kalangan masyarakat. Misalnya, beliau menulis:

Jika sejarah merekodkan perkara serta perlakuan yang baik, maka


masyarakat digalakkan untuk meniru perkara tersebut. Namun jika sebaliknya,
masyarakat digalakkan untuk mengelakkan semua yang berdosa dan memelihara
untuk mengikuti apa yang dia tahu untuk menjadi baik dan menyenangkan
kepada tuhan.5

Hal ini jelas menerangkan bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan manusia
merupakan sejarah. Ia hanya dibezakan antara telah direkodkan atau hanya
tersimpan dalam memori dan ingatan masing-masing serta dijadikan pengajaran
dalam menjalani kehidupan yang akan datang. Dalam hal ini, perkara yang baik dan
mendatangkan faedah serta ‘memori serta kenangan manis’ akan disimpan dalam
ingatan dan segala perlakuan yang baik akan terus diamalkan dalam kehidupan
seharian. Manakala perkara yang kurang baik ataupun ‘sejarah hitam’ akan
ditinggalkan dan dijadikan pengajaran untuk menjadi lebih baik serta berusaha
memperbaiki segala kekurangan untuk masa-masa yang akan datang.

3.0 Sumber Dalam Konteks Sejarah

Dalam penulisan dan pengkajian sejarah, sumber merupakan aspek yang sangat
penting serta mampu menentukan kesahihan sesuatu pentafsiran sejarah itu. Ahli-ahli
sejarawan tidak boleh bergantung kepada teori semata-mata kerana hal ini boleh
menyebabkan sikap bias ataupun berat sebelah pada diri ahli-ahli sejarawan

4 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2016, hlm xii
5 Marnie Hughes-Warrington, Fifty Key Thinkers on History, London and New York, 2000, hlm 1

3
terutamanya apabila mereka hanya berpihak kepada satu-satu teori sahaja dan tidak
bersifat menyeluruh ataupun mengambil kira sisi baik dan tidak baik dalam penulisan
dan pengkajian sejarah yang dijalankan. Oleh itu, sumber memainkan peranan
penting dalam menentukan ketulenan, kesahihan, dan kebenaran sesuatu sejarah
yang dikaji.

Perkataan ‘sumber’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat dalam konsep sejarah
bererti sumber kepada peristiwa-pristiwa yang berunsurkan kebenaran hakiki.6 Muhd.
Yusof Ibrahim (2016), sumber boleh diertikan sebagai kumpulan bahan rujukan bagi
kegunaan penyelidikan dalam mana-mana bidang keilmuan. Hanya bagi sejarawan,
sumber yang diperlukannya ialah sumber yang berhubung kait dengan bidangnya.
Umumnya, dari segi sejarah, sumber itu kerap dibahagikan kepada dua kategori, iaitu
kumpulan sumber utama dan kumpulan sumber kedua. Satu lagi kumpulannya ialah
sumber lisan yang kadangkala boleh dikategorikan sebagai sumber utama ataupun
kedua, iaitu bergantung pada kepentingan dan ketulenan serta kejituannya berhubung
dengan suatu peristiwa yang sedang dikaji dan diselidiki. Satu lagi ialah artifak
(sumber kajian arkeologi) atau tinggalan dari zaman purba dan zaman silam.7

Dalam menulis dan menghasilkan pengkajian sejarah, sumber merupakan aspek


yang paling penting. Seorang ahli sejarawan yang profesional tidak akan membuat
sebarang spekulasi mengenai peristiwa atau sejarah yang dikajinya tanpa merujuk
dan meneliti sumber-sumber yang berkaitan dengan kajian mereka.

Menurut Qassim Ahmad (1995), “Isu-Isu Pensejarahan; Bab4: Sumber,


Pengesahan Fakta, dan Pentafsiran Sejarah” menjelaskan tanpa sumber yang
memadai yang dapat dipertanggungjawabkan kesahihannya, sesuatu penceritaan
tentang masa lampau sukar sekali dapat dikategorikan sebagai karya sejarah.
Perhatikan misalnya kata-kata E.H Carr ini;

Masa lampau dapat kita fahami hanyalah dalam kaitannya dengan masa kini,
dan kita dapat dengan sepenuhnya memahami masa kini hanyalah dalam
kaitannya dengan masa lampau.

6 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, hlm 1541

7 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2016, hlm 179

4
Dia menyambung,

Membolehkan masyarakat orang memahami masyarakat masa lampau dan


meningkatkan kefahamannya tentang masyarakat masa kini, adalah dua tugas
sejarah.8

3.0.1 Apakah Sumber Utama (primer) ?

Sumber utama merekodkan kata-kata sebenar seseorang yang terlibat atau


menyaksikan peristiwa yang dijelaskan atau seseorang yang mendapat maklumat
daripada individu yang terlibat dalam sesuatu peristiwa yang dikaji. Selain itu sumber
primer juga terdiri daripada keratan akhbar, buku harian, buku nota, surat, wawancara,
dan apa-apa karya yang ditulis oleh orang yang mendakwa mengetahui tentang
sesuatu peristiwa yang bersejarah. Satu lagi sumber utama ialah pernyataan rasmi
oleh organisasi yang ditubuhkan atau orang penting - ketetapan kerajaan, edaran
gereja, platform parti politik, undang-undang, dan ucapan. Sumber utama juga
termasuk sebarang rekod rasmi dan statistik, seperti yang berkaitan dengan kelahiran,
perkahwinan, kematian, cukai, surat ikatan, dan ujian mahkamah.9

Sebagai contoh sumber utama yang menerangkan peristiwa 13 Mei 1969 boleh
diperoleh daripada keratan-keratan akhbar yang terdapat pada masa tersebut selain
ahli sejarah boleh menemu bual saksi-saksi kejadian yang pernah terlibat dan
menyaksikan peristiwa tersebut.

3.0.2 Apakah Sumber Kedua (sekunder) ?

8 Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Pensejarahan (Esei Penghargaan Kepada Dr. R. Sutharalingam,
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1995
9 Jules R. Benjamin, A Student’s Guide to History Edisi Kelapan, Boston. New York, 2001, hlm 6-7

5
Sumber sekunder merekodkan penemuan seseorang yang tidak melihat peristiwa
yang berlaku tetapi yang menyelidiki bukti utama (sumber primer). Kebanyakan buku
dan artikel sejarah jatuh ke dalam kategori ini, walaupun sesetengahnya sebenarnya
adalah bersifat tertier (sumber/bukti tahap ketiga) kerana mereka tidak bergantung
pada bukti utama (sumber primer) tetapi sumber itu sendiri diambil daripada sumber
sekunder.10 Dalam kategori sumber kedua ini, termasuklah buku-buku, majalah dan
juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun esei yang menganalisis semua isu
yang penting.11

3.0.3 Apakah Sumber Lisan ?

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (2016), sumber lisan ialah sumber yang didapati
daripada pertuturan atau perkhabaran seseorang tentang sesuatu peristiwa yang
berlaku. Dalam bentuk asalnya, sumber lisan tidaklah ditulis atau dirakamkan,
melainkan tersimpan di dalam ingatan tokoh yang terlibat atau penyaksi sesuatu
peristiwa itu. Kemudiannya, melalui temu bual, temu duga, perbincangannya dan
sebagainnya dengan tokoh-tokoh yang berkenaan, barulah sumber-sumber tersebut
ditulis atau dirakamkan. Sumber lisan boleh dikategorikan kepada sumber utama dan
kedua. Jika maklumatnya dimuatkan dalam pita rakaman atau rakaman suara maka
ianya menjadi sumber utama. Akan tetapi jika ianya ditulis, maka ia menjadi sumber
utama yang bertulis dan bukan lisan lagi. Manakala bagi sumber lisan kategori kedua
(sumber sekunder) pula merupakan maklumat yang didapati daripada mereka yang
tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan. 12
Manakala menurut James H. Marrison dalam tulisan beliau “A Global Perspective Of
Oral History In Southeast Asia” menulis, sejarah merupakan dialog yang berterusan
antara masa kini dan masa lalu untuk memahami dan merancang masa depan. Bagi
memastikan kualiti dialog ini, setiap sumber mesti diteliti. Masing-masing mempunyai
metodologi dan masing-masing mempunyai analisis kritikal terhadap apa yang telah

10 Ibid, hlm 9
11Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2016, hlm 181
12Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2016, hlm 185-186

6
dilakukan dan bagaimana ia dapat dilakukan dengan betul. Sehingga kini, ahli sejarah
tidak suka menerima apa yang tidak didokumenkan dengan berpendapat "no
document, no history".13

Menurut Rosalyn Ashby, Peter Gordon dan Peter Lee “Understanding History; Recent
Research in History Education”, menulis;

Ciri utama kognisi sejarah yang boleh membawa kepada pemahaman yang
lebih baik mengenai Pemberontakan Bacon melibatkan penilaian status sumber.
Mengetahui sesuatu tentang sifat sumber membantu menempatkannya dalam
pelbagai jenis bukti sejarah yang berbeza boleh digunakan untuk membina
tafsiran peristiwa yang sedang disiasat.14

Manakala menurut Muhd. Yusof Ibrahim “Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah
dan Pensejarahan” menulis;

Hanya dengan melaksanakan kaedah dan teknik yang menyeluruh maka


barulah apa yang kita anggap sebagai kebenaran sejarah dapat diwujudkan. Salah
satu perkara yang ditangani dalam pelaksanaan kaedah dan teknik penyelidikan
sejarah itu ialah sumber-sumber yang didapati boleh memberikan maklumat atau
fakta yang diperlukan.15

Hal ini menjelaskan untuk mencapai suatu kebenaran dalam penkajian sejarah
bergantung kepada keseluruhan kaedah dan teknik penyelidikan sejarah itu sendiri.
Sejarawan perlu sentiasa peka dan teliti dalam menilai sesuatu sumber kerana sesuatu
sumber yang diperoleh mampu memberi fakta dan kebenaran yang diperlukan dalam

13P. Lim Pui Huen, James H. Marrison dan Kwa Chong Guan, Oral History in Southeast Asia; Theory and Method,
Pasir Panjang Singapore, 1998, hlm 1
14Rosalyn Ashby, Peter Gordon dan Peter Lee, Understanding History; Recent Research in History Education,
London and New York, 2005, hlm 2
15Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2016, hlm 177

7
satu kajian sejarah. Melalui sumber jugalah sejarawan boleh memperkukuhkan
penulisannya mengenai kajian sesuatu peristiwa atau sejarah. Penilaian status sumber
juga penting agar sumber boleh dibahagikan kepada beberapa jenis sumber dalam
sejarah seperti sumber utama dan kedua. Dengan mengetahui pelbagai jenis bukti
yang berbeza megikut kepentingan, ketulenan dan kejituannya dapat membantu
sejarawan dalam membina tafsiran peristiwa yang disiasat dengan lebih tepat.

4.0 Apakah Maksud Tafsiran Dalam Sejarah ?

Secara amnya, istilah ini membawa erti penerangan, penjelasan, ulasan, taksiran,
malah kajian terhadap sesuatu keadaan, peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku.
Pentafsir atau jurutafsir dikatakan sebagai “orang yang membuat penjelasan tentang
sesuatu yang tersurat”.

‘Tafsiran’ secara umum menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud
penjelasan (ayat-ayat Quran) manakala kata dasar ‘tafsir’ beerti keterangan dan
penjelasan bukan ayat-ayat Quran (kitab suci) sementara ‘tafsiran’ didefinisikan
sebagai keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan serta ulasan.16 Muhd
Yusof Ibrahim (2016) menjelaskan tafsiran dari sudut sejarah moden dalam ilmu
sejarah, tafsiran itu biasanya dilakukan menurut berbagai-bagai sudut pandangan.
Namun demikian, bagi sejarawan moden, khususnya dari barat yang berpegang
kepada sekularisme, landasan yang asas bagi pentafsiran tidaklah lagi berdasarkan,
mahupun bertitik tolak daripada pegangan keagamaan.17

Sumber, pengesahan fakta, dan ‘pentafsiran sejarah’ merupakan hal yang asas
dan penting dalam pengkaryaan sejarah. Fakta-fakta sejarah adalah tropes yang
mengundang pentafsiran apabila digunakan dan pentafsiran ini mempunyai tujuan
tertentu mengikut sistem kepercayaan atau idea yang mentafsirnya.

16 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Ketujuh, 2016, hlm 1566
17Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2016, hlm 219

8
“Theorists of histography generally agree that all historical narratives contain
an irreducible and inexpugnable elements of interpretation” 18

(White 1992: 51)

4.0.1 Pentafsiran Sejarah Menurut Tokoh-Tokoh Sejarawan Terkenal:

E. H Carr;

Menurutnya, fakta-fakta sejarah hanya akan wujud sekiranya para sejarawan


mahu bercakap, mengkaji dan berhujah mengenainya. Ianya akan ditentukan
oleh mereka dan merekalah yang memulakan sesuatu kisah bersejarah tersebut
apabila ia dinilai secara signifikan dengan pemilihan dan tafsiran yang mempunyai
hubungkait dengan sejarah tersebut.19

R. G Collingwood;

Menurut R. G Collingwood, sejarah merupakan satu bidang sains yang


mengkaji peristiwa yang telah berlaku dan tidak lagi boleh dilihat dan untuk
mengkaji dan membuat inferens “andaian” mengenai peristiwa-peristiwa tersebut,
sumber amatlah penting untuk untuk dijadikan ‘bukti’ (evidence) dalam
menyokong mengukuhkan lagi kajian para sejarawan berkenaan peristiwa yang
telah berlaku.20

Leopold Von Ranke;

Menurut Leopold Von Ranke (1795-1886) dengan teori sejarahnya yang sangat
terkenal, iaitu sejarah haruslah dikaji “seperti sebenarnya ia berlaku” (wei es eigentlich

18Sohaimi Abdul Aziz, Dasyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan, Universiti Sains Malaysia,
Perpustakaan Negara Malaysia, 2014, hlm 40
19 Marnie Hughes-Warrington, Fifty Key Thinkers on History, London and New York, 2000, hlm 26
20 Ibid, hlm 42

9
gewesen). Melalui teorinya itu, beliau menghendaki agar sejarah dikaji berdasarkan
penyelidikan terhadap sumber-sumber yang sah serta bertulis.21

Teori sejarah yang dikemukakan oleh Ranke telah memukau dan mempengaruhi
ramai sejarawan Eropah (Waitz, Giecebretch, Von Sybel, Lord Acton, J.B. Bury) malah
juga Amerika Syarikat (Westmore dan Bancroft). Teorinya juga akhirnya, telah
meyakinkan salah seorang daripada pengikutnya yang menyatakan bahawa “sejarah
adalah sains, tak lebih tak kurang” (J.B. Bury, 1902) yang boleh dianggap kemuncak
dalam perkembangan teori sejarah Leopold Von Ranke.22

4.0.3 Perkembangan Tafsiran Dalam Sejarah

Pada zaman lampau kaedah penyelidikan dalam bidang sejarah yang dijalankan
oleh ahli sejarah adalah bersifat terhad, terbatas, dan tidak secara khusus dan
sistematik. Apa-apa kaedah dan pendekatan yang diamalkan oleh sejarah adalah
berlandaskan kepada aspek pemerhatian sejarah dan budaya dalam sesebuah
masyarakat. Keadaan ini berlaku kepada ahli-ahli sejarawan yang terdahulu seperti
Herodotus, Thucydides, Ibn Khaldun, Tun Sri Lanang dan sebagainya. Begitu juga
Herodotus yang dianggap Bapa Sejarah telah menggunakan proses pengumpulan
maklumat berdasarkan beberapa sumber yang wujud pada masa tersebut seperti
sumber lisan dan pengalaman individu yang terlibat dalam peristiwa Perang Parsi pada
abad ke-5 Sebelum Masihi.23

Namun demikian, bagi sejarawan moden, khususnya barat yang berpegang


kepada sekularisme, landasan yang asas bagi pentafsiran tidaklah lagi berdasarkan,
ataupun bertitik tolak daripada pegangan keagamaan seperti yang dinyatakan oleh

21Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2016, hlm xiv
22 Ibid, hlm xv
23 Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, Shah Alam, Selangor, 2004, hlm 33

10
sejarawan Bede yang berharap dapat membantu perkembangan kepercayaan
terhadap agama kristian dalam kalangan masyarakat. Bagi ahli sejarawan moden,
tafsiran yang ddasarkan unsur-unsur ketuhanan dan juga keagamaan itu lemah dari
segi kesejarahannya, kerana kerap kali tafsiran ini tidak disertakan dengan tafsiran
sumber kemanusiaan yang nyata dan kerap kali pula sesuatu peristiwa itu melibatkan
kuasa yang terletak di luar dari alam nyata yang mereka tidak dapat atau engaan
memahami.

Faktor perubahan masa dan zaman telah menuntut supaya kalangan ahli sejarah
berubah dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam aspek penyelidikan sejarah
dan tidak hanya menfokuskan kepada satu kaedah serta prinsip semata-mata.
Berdasarkan pengalaman dan perkembangan bidang ilmu sejarah maka ahli sejarah
mula memikirkan apakah bentuk-bentuk kaedah yang perlu digunakan semasa
mereka menjalankan penyelidikan sejarah.24

Namun, jika diukur dari sudut takrif pentafsiran sejarah yang diamalkan pada
ketika ini, maka terdapat beberapa kepincangan dalam hasil usaha mereka itu.
Kebanyakan mereka tidak pula dapat dibandingkan dengan sejarawan masa kini,
tambahan lagi mereka bukanlah seperti sejarawan masa kini yang mempunyai
pegangan sekular itu. Namun demikian, sekali-sekala muncul dalam kalangan mereka
pemikir sejarah yang mendahului keadaan pensejarahan yang wujud pada zamannya.
Antara tokoh yang menonjol dari zamannya itu termasuklah Herodotus dan
Thucydides bagi peradaban Yunani puba, St. Augustinus bagi peradaban Nasrani dan
Zaman Pertengahan Eropah, Ssu Ma Chien bagi peradaban kewangasaan China,
Masudi dan Ibn Khaldun bagi peradaban Islam dan Raja Ali Haji bagi peradaban
tradisional Melayu.25

Persoalannya di sini, apakah sejarah yang dimaksudkan sebagai cerita tentang


masa lampau dapat mengungkapkan fakta-faka sebenar mengenai apa..?, siapa..?,
bila…?, di mana…? bagaimana…? dan mengapa…?. Sejarah juga bertujuan untuk
menerangkan bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku. Persoalan-persoalan ini tidak
dapat dijawab dan ditafsir tanpa menggunakan kaedah dan sejarah yang bersifat
sistematik. Apakah ahli sejarah yang terdahulu menulis sejarah tanpa memfokuskan

24 Ibid, hlm 34
25Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2016, hlm 222

11
kepada kaedah yang khusus atau dikenali sebagai tafsiran objektif dikatakan tahap
kebenaran sejarahnya adalah rendah berbanding dengan ahli sejarawan moden yang
banyak menengahkan kaedah dan penyelidikan dalam bidang kajian sejarah.26

5.0 Mengapa Perlu Kritikan Sumber ?

Tidak ramai ahli sejarah yang memahami dan menerima hakikat bahawa sejarah
adalah satu bidang ilmu sosial yang wujud dari tingkah laku dan aktiviti manusia.
Dalam bidang ilmu sejarah, ramai ahli sejarah lebih gemar membuat kritikan terhadap
ahli sejarah yang lain. Kritikan yang dilakukan oleh seseorang ahli sejarah perlulah
bersikap jujur dan bertanggungjawab. Sememangnya amat sukar bagi ahli sejarah
untuk menyatakan sesuatu kebenaran dalam bidang sejarah tetapi ahli sejarah lebih
gemar membuat spekulasi dan andaian-andaian tanpa memberikan jawapan secara
mutlak berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah. Meminjam kata-kata Profesor
Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim;

“Dalam bidang sejarah tidak ada individu yang mengatakan betul atau salah
kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang wujud dalam bidang
sejarah”27

Walaubagaimanapun ahli sejarah bebas memilih peristiwa yang ingin ditafsirkan


dan dari sudut mana mereka ingin tafsirkan. Hanya kita (pembaca) wajib pula
bertanya selanjutnya, apakah tafsiran mereka itu objektif ataupun semata-mata demi
memenuhi sesuatu kepentingan mahupun tuntutan?28

Kritikan dalam bidang sejarah sama ada ke atas sumber-sumber sejarah ataupun
ke atas ahli sejarah perlu dilakukan secara telus dan membina. Bukan keburukan dan
kesalahan yang perlu ditonjolkan tetapi ahli sejarah yang mengkritik perlu bersifat

26 Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, Shah Alam, Selangor, 2004, hlm 34
27 ibid, hlm 35
28 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan Edisi Kedua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2016, hlm 231

12
‘profesional’ dengan memberi penjelasan yang tepat dan boleh diterima oleh kalangan
ahli sejarah yang lain.

E. H Carr ahli sejarawan Marxist mengatakan bahawa sejarawan;

Sebelum anda mengkaji sejarah, kajilah ahli sejarah [dan] sebelum anda
mengkaji ahli sejarah, kajilah persekitaran sejarah dan sosialnya.29

Proses tafsiran sumber merupakan satu proses yang utama dalam bidang
sejarah. Ianya adalah satu langkah yang penting dalam kaedah sejarah kerana kaedah
ini bergantung kepada proses kritikan dan pendedahan sumber kepada ahli sejarah.
Proses tafsiran tidak boleh dijalankan tanpa proses kritikan yang berterusan oleh ahli
sejarah untuk mengetahui apakah data dan maklumat yang terdapat dalam sesuatu
sumber dan dokumen. Proses kritikan juga dilakukan dengan tujuan mengetahui siapa
yang menulis atau dari mana sumber yang dihasilkan supaya ahli sejarah boleh
mempercayai kandungan sumber tersebut.

Ahli sejarah yang sering menggunakan sumber dan terdedah kepada sumber
memblehkan mereka mentafsir sumber dengan baik dan berkesan. Ini menunjukkan
bahawa proses tafsiran adalah satu proses yang amat penting dilakukan oleh kalangan
ahli sejarah supaya mereka dapat mengenal pasti status dan kandungan sumber
dalam penyelidikan. Bagi ahli sejarah yang benar-benar mempunyai kemahiran
mentafsir sumber sejarah, ai tidak akan menolak sesuatu sumber itu secara
sewenang-wenangnya tanpa memberikan alasan dan bukti yang kukuh. Ahli sejarah
yang profesional akan berusaha mengguna dan mentafsir sumber-sumber sejarah
untuk memberikan fakta-fakta sejarah secara tepat dan rasional. Ini kerana matlamat
ahli sejarah merujuk sesuatu sumber sejarah adalah untuk mendapatkan kebenaran
sejarah.

6.0 Kesimpulan

Ringkasnya, sejarawan memanglah dianggap sebagai mempunyai kebebasan


untuk mentafsir ataupun menerangkan sesuatu peristiwa mengikut pandangan
masing-masing misalnya dari sudut ekonomi, politik, kemasyarakatan, ideologi dan

29 Ibid 228

13
sebaliknya. Atas hakikat yang demikian maka pentafsiran atau penerangan seseorang
itu mungkin berbeza antara seseorang yang lain. Akan tetapi, yang sebenarnya dia
sebebas yang diharap oleh imaginasinya, apatah lagi oleh perasaan semula jadinya.
Secara prinsipnya dan juga amalannya, dia tidaklah boleh mentafsirkan sesuatu
peristiwa itu semata-mata dengan mengikut kehendak hatinya sahaja. Oleh yang
demikian, sesuatu perkara penting yang harus diperkirakannya sebelum memberikan
tafsirannya ialah sumber yang berkaitan.

Dalam usaha mendapatkan kebenaran sejarah, ahli sejarah perlu bersikap


jujur dan bertanggungjawab terhadap setiap sumber yang dikaji. Kaedah penyelidikan
sejarah juga telah disarankan oleh sejarawan terkenal iaitu Ibn Khaldun. Beliau
berpendapat kaedah penyelidikan sejarah yang diperkenalkan telah membantunya
membuat tafsiran terhadap catatan dan fakta sejarah. Ibn Khaldun akan menilai
sesuatu peristiwa sejarah dan beliau tidak akan menerima terus ataupun menolak
peristiwa tersebut. Tetapi apa yang dilakukan oleh beliau dengan merujuk
peristiwa-peristiwa sejarah kepada aspek-aspek dan syarat-syarat lain seperti
membandingkan dengan ilmu-ilmu sosiologi yang lain. Maka sebab itulah Ibn Khaldun
menyatakan tugas ahli sejarah adalah berat sebelum membuat sesuatu penulisan
tentang sejarah. Ahli sejarah perlu bersikap liberal dan terbuka terhadap
sumber-sumber sejarah yang digunakan sama ada benar dan boleh diguna pakai
ataupun sumber yang palsu. Seharusnya ahli sejarah pada hari ini mencontohi sikap
dan pendirian Ibn Khaldun dalam aspek menilai sumber dan kaedah penyelidikan
sejarah supaya kebenaran sejarah dapat dicapai.

14
Rujukan

__________. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng. 1995. Isu-Isu Pensejarahan (Esei
Penghargaan Kepada Dr. R. Sutharalingam. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang

J. S. Badudu dan Prof. Sutan Mohammad Zain. 1994. Kamus Umum Bahasa Indonesia.
Jakarta: Indonesia

Jules R. Benjamin. 2001. A Student’s Guide to History Edisi Kelapan. Boston: New York

Marnie Hughes-Warrington. 2000. Fifty Key Thinkers on History. London and New York

Muhd. Yusof Ibrahim. 2016. Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan
Pensejarahan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

P. Lim Pui Huen, James H. Marrison dan Kwa Chong Guan. 1998. Oral History in
Southeast Asia; Theory and Method. Pasir Panjang : Singapura,

Rosalyn Ashby, Peter Gordon dan Peter Lee. 2005. Understanding History; Recent
Research in History Education. London and New York

Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam:
Selangor
Sohaimi Abdul Aziz. 2014. Dasyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan.Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia

http://eprints.usm.my/35659/1/MAZLINA_BT_HARUN_(KHK)_(NN24).pdf (diakses
pada 10 Disember 2018)
https://books.google.com.my/books?id=Am2mCQAAQBAJ&pg=PT67&dq=pentafsiran
+sejarah+moden&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjq-P7pzZDfAhUUWX0KHbQ0A6Q
Q6AEIKjAA#v=onepage&q=pentafsiran%20sejarah%20moden&f=false (diakses
pada 10 Disember 2018)

https://books.google.com.my/books?id=fNNmZtcuezYC&pg=PA62&dq=penafsiran+s
umber+sejarah&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwibpKn86ZXfAhWabisKHWipBb4Q6A
EIKjAA#v=onepage&q=penafsiran%20sumber%20sejarah&f=false (diakses
pada 10 Disember 2018)

Anda mungkin juga menyukai