Anda di halaman 1dari 4

2.

TAFSIRAN SEJARAH MENURUT CARR

2.2 Wujud dari Sebuah Interpretasi


Sekiranya kebenaran sains memerlukan ahli sains untuk merungkainya,
sejarah pula memerlukan ahli sejarah untuk menulisnya. Fakta mungkin dilihat
boleh menerangkan sesuatu peristiwa atau perkara namun fakta tetap memerlukan
sejarawan untuk memberi kenyataan dan beberapa penilaian peribadi dalam
sesetengah perkara.1 Menurut Carr dalam bukunya, What is History, fakta hidup
terpisah dari sejarawan namun mereka menjadi fakta-fakta sejarah hanya ketika
fakta tersebut dianggap penting secara historis oleh pemilihan dan pentafsiran para
sejarawan.2
Carr telah membahagikan fakta kepada dua kategori iaitu fakta dari masa lampau di
mana maklumat sejarah tidak dianggap sebagai fakta penting oleh sejarawan dan
fakta sejarah (historical facts) iaitu fakta yang diangkat dan dipilih sebagai penting
oleh sejarawan. Contoh yang paling kerap digunakan Carr bagi meyakinkan hujah
beliau ialah seramai berjuta-juta orang telah menyeberangi Rubicon namun
penyeberangan Rubicon oleh Julius Caesar pada 49SM sahaja yang diangkat oleh
para sejarawan sebagai salah satu fakta sejarah. 3 Carr turut mendakwa bahawa
kenyataan popular Leopold von Ranke iaitu wie es eigentlich gewesen iaitu
sebagaimana sebenarnya berlaku adalah kenyataan yang tidak benar kerana ia
memberi tanggapan bahawa fakta itu sendiri yang mempengaruhi sejarawan untuk
menulis walhal sejarawan yang memilih fakta dari masa lampau yang dianggap
mereka boleh diketengahkan menjadi fakta sejarah. 4
Menurut Carr, dalam mengambil sesuatu fakta atau sumber sejarah, ahli sejarah
seharusnya bersikap pemilih. Kepercayaan kepada wujudnya fakta sejarah yang
1 G. Kitson Clark, The Critical Historian, London: Heinemann Educational Book Ltd, 1967, hlm. 32.
2 E. H. Carr, What is History, England: Penguin Books Ltd, 1987, hlm. 12.
3 Huges-Warrington, Marnie Fifty Key Thinkers On History, London: Routledge, 2000, hlm. 26.
4 E. H. Carr, What is History, England: Penguin Books Ltd, 1987, hlm. 8-13.

tepat, wujud secara tersendiri yang bebas daripada pentafsiran ahli sejarah adalah
karut

semata-mata.5

Pemilihan

dan

pentafsiran

fakta-fakta

sejarah

pula

kebiasaannya bergantung kepada minat dan pengalaman sejarawan. Sekiranya


minat sejarawan tersebut cenderung kepada agama, maka penulisannya dan fakta
yang dipilihnya akan memfokuskan kepada hal-hal keagamaan. Sejarawan juga
terlibat dalam proses berlanjutan bagi menyesuaikan fakta kepada pentafsirannya
dan pentafsirannya kepada fakta-faktanya. Keobjektifan sejarah tidak boleh
ditentukan oleh ketetapan fakta tetapi kepentingannya dari sudut interpretasi yang
dimajukan oleh ahli sejarah.6
Oleh kerana andaian dan pentafsiran ahli sejarah adalah berlainan, ianya telah
melahirkan rumusan-rumusan yang berbeza. Ini membuktikan hujah Carr bahawa
pemisahan mutlak antara subjek dan objek tidak wujud dalam sejarah. Tujuan
sebenar

pengkajian

sejarah

bertujuan

menginterpretasi

fakta

sejarah

bagi

memahami tindak tanduk sesuatu masyarakat. Disebabkan itu, ahli sejarah bukan
semata-mata mencari fakta yang tepat dari sumber yang digunakan tetapi
sebaliknya memilih bukti atau perkara yang boleh menyokong sesuatu interpretasi
atau rumusan mengenai tindak tanduk sesuatu masyarakat. 7 Misalnya, dalam
membuktikan bahawa adanya orang yang menjadi hamba kerana ingin menunaikan
haji, watak Haji Ali telah dipilih di dalam masyarakat Melayu yang telah menjadi
hamba kerana meminjam 50 untuk menunaikan haji.
Jelasnya di sini, Carr ingin mengatakan bahawa pentafsiran sejarah itu wujudnya
daripada sebuah interpretasi yang dibina sejarawan dibantu oleh ilmu bantu sejarah
bagi membuktikan sesuatu fakta itu adalah benar dan diterima masyarakat.
2.3 Dipengaruhi Unsur Nilai
Unsur peribadi atau perwatakan ahli sejarah sememangnya tidak dapat
dikikis dari sejarah. Unsur nilai ini kebiasaanya dipengaruhi oleh persekitaran,
5 Ibid., hlm. 7.
6 David S. Lands & Charles Tilly, History as Social Science, London: Prentice Hall International Inc,
1971, hlm. 13.

7 E. H. Carr, What is History, England: Penguin Books Ltd, 1987, hlm. 9.

pendidikan dan kepentingan ahli sejarah. Fakta sejarah tidak mungkin wujud dalam
keadaan murni kerana ia sentiasa dihias melalui fikiran si pencatat. 8 Collingwood
sendiri dalam kenyataanya mengatakan bahawa perlunya mengkaji ahli sejarah
sebelum

mengkaji

fakta-faktanya.

Tambahan

pula,

untuk

mengetahui

dan

memahami sesuatu peristiwa sejarah, sejarawan bertanggungjawab mengkaji lebih


mendalam mengenai sesuatu peristiwa, dan kadangkala membuat andaian untuk
memenuhi ruang dalam penceritaan sejarah tanpa bukti yang sahih. Jadi, amat
sukar untuk mengatakan sejarah itu bebas sepenuhnya dari unsur nilai. 9
Menurut Carr, menghukum atau mengadili tindakan pelaku sejarah atau peristiwa
perlu dinilai dengan melihat dari perspektif atau pemikiran pelaku atau masyarakat
pada zaman masyarakat tersebut dan bukannya dinilai daripada zaman ahli
sejarah.10 Hal ini kerana, Carr berpendapat bahawa ahli sejarah tidak seharusnya
bertindak sebagai hakim. Menurutnya lagi, ahli sejarah perlu menolak konsepkonsep baik dan jahat dalam membuat pengadilan mengenai sesuatu perisitwa
atau aktor sejarah. Sebaliknya, beliau lebih menggalakkan penggunaan istilah
progresif dan reaksionari dalam memberi sebarang pengadilan. Misalnya, Carr
mengatakan penderitaan para pekerja dari China dalam aktiviti perlombongan di
Afrika Selatan pada akhir abad ke-19 adalah sesuatu yang teruk namun ianya perlu
dianggap sebagai perkembangan progresif kerana aktiviti tersebut telah mendorong
China mengadakan Revolusi Komunis.11
Jelaslah,

Carr

mengakui

bahawa

unsur

nilai

di

dalam

pentafsiran

sejarah

sememangnya tidak dapat dikikis namun beliau dengan tegas menolak unsur
pengadilan moral kerana sejarawan tidak perlu menjalankan tugas hakim yang
menghukum seseorang. Sejarawan hanya perlu mengkaji secara menyeluruh dan

8 Ibid., hlm. 19.


9 David S. Lands & Charles Tilly, History as Social Science, London: Prentice Hall International Inc,
1971, hlm. 43.

10 Huges-Warrington, Marnie Fifty Key Thinkers On History, London: Routledge, 2000, hlm. 29.
11 E. H. Carr, What is History, England: Penguin Books Ltd, 1987, hlm. 81-83.

berimaginasi tinggi dalam memahami perbuatan dan tindak tanduk masyarakat


dalam konteks zaman yang dikajinya tanpa prejudis.
Rujukan
Carr E. H. 1987. What is History. England: Penguin Books Ltd.
Huges-Warrington. 2000. Marnie Fifty Key Thinkers On History. London: Routledge.
Kitson Clark. G. 1967. The Critical Historian. London: Heinemann Educational Book
Ltd.
S. Lands David & Charles Tilly. 1971. History as Social Science. London: Prentice Hall
International, Inc.

Anda mungkin juga menyukai