Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

• Pensejarahan India pada zaman klasik lebih kepada penulisan tentang


mitos serta tentang masyarakat India pada masa itu.
• Bagi zaman pertengahan pula muncul karya yang lebih berunsurkan
keagungan tentang maharaja.
• Zaman tersebut dikenali juga dengan nama zaman Islam
• Zaman Islam hanya dominan sebelum didominasi oleh kerajaan Hindu
seperti kerajaan Gupta dan kerajaan Harsha.
• Pada zaman ini telah terdapat unsur tokok tambah dan lagenda
manakala pada zaman penjajahan karya adalah lebih kepada unsur
bias yang dihasilkan sendiri oleh pihak penjajah yang mana fakta yang
ditulis lebih memihak kepada puak barat terutama British yang
menjajah India.
• Manakala zaman moden pula karya lebih ditekankan mengenai
perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan dan menentang
penjajahan.
Pensejarahan India pada zaman Klasik
• Memaparkan pelbagai unsur kesaktian,dongengan dan lagenda
di dalam karya yang diterbitkan.
• Tumpuan karya ini adalah kepada kisah tersebut yang
bertujuan menuju kepada tahap Nirvana iaitu mendekatkan diri
kepada Tuhan
• Karya yang tertua sekali merupakan kesusateraan Vedik yang
menjadi asas budaya dan agama.
• Selain itu,pengajaran dan moral juga diselitkan dalam tradisi
pensejarahan India
• Contohnya dalam karya Ramayana , Mahabrata , Rig Veda dan
lain-lain.
Epik Ramayana :
• Epik Ramayana dan Mahabrata merupakan sejenis lagenda ,
dongeng , mitos dan cerita mengenai dewa dewi.
• Ia dianggap sebagai Epik yang agung
• Manakala konsep Dharma diberikan penekanan kepada epik
tersebut.
• Valmiki merupakan pencipta dan pengasas kepada Epik
Ramyana yang mengandungi 24 000 seloka-dihasilkan antara
200 S.M hingga 200 M.
• Epik ini mengisahkan tentang Putera Rama dan konflik
perebutan takhta antara baginda dan ibu tirinya,kaikeyei.
• Epik ini dianggap sebagai Dharmasatra kerana menerangkan
prinsip abadi.
• Contohnya,isteri Raja Rama iaitu Sita diabadikan sebagai isteri
yang sempurna.
Epik Mahabrata :
• Disusun oleh Vyasa yang terkandung 24 000 seloka kemudian
bertambah menjadi 100 000 seloka/puisi.
• Epik ini mempunyai puisi yang terpanjang di dunia
• Mengisahkan tentang perbalahan dua kumpulan iaitu Pandava
dan Kauvara yang berebut tampuk pemerintahan Kurukshetra-
berperang dan Pandava yang menang.
• Turut mengisahkan konsep Dharma dan Adharma( Kebaikan
dan kejahatan )
• Konsep seperti Trimurthi iaitu Brahma , Vishnu dan Siva
diberikan penekanan kerana menjalankan fungsi mencipta ,
memelihara dan memusnahkan dunia.
• Karya ini dianggap Ihtihasa , Purana , Dharmasatra ,
Kamasastara dan Moksasastra( Berkenaan cara pembebasan
diri daripada kelahiran semula )
Rig Veda :
• Karya yang menerangkan sistem kasta dalam masyarakat
Hindu
• Unsur Mitos juga diselitkan dalam karya ini
• Ditulis dalam bentuk puisi yang mengandungi 10 buku dan
1028 mazmur dan pujian kepada dewa dewi
• Antara karya tertua dalam kesusasteraan Vedik
• Mazmur terawal terkandung dalam mandala kedua hingga
ketujuh dan dicipta oleh sekumpulan paderi.
Pensejarahan India pada zaman Pertengahan
• Mengalami sedikit peningkatan unsur karya
• Bermula dengan kemasukan karya sejarah tradisi Parsi oleh
masyarakat Islam
• Kemunculan ramai sejarawan yang menghasilkan pelbagai
tulisan sejarah menyebabkan pelbagai karya diterbitkan.
• Contohnya , Ziauddin Barani , Nizamuddin Ahmad dan ramai
lagi
• Tujuan mereka menulis kerana inginkan ganjaran , atas
perintah raja dan lain-lain
• Penulisan mereka banyak terdapat pada zaman Maharaja
Akhbar seperti karya Akhbar Nama dan Ain I Akhbari.
• Karya tersebut meceritakan maharaja , ilmu sosial ,
perundangan serta kepercayaan agama.
• Karya ini menyamataraf antara Raja Akhbar dan Nabi
Muhammad S.A.W kerana penulisnya menolak pendekatan
agama dalam beberapa perkara.
• Raja Akhbar dianggap agung kerana pemerintahan yang
mendokong kebebasan beragama
• Banyak sumbangan Raja yang ditulis oleh Abu Fazl seperti
menyalin semula kitab suci Hindu ke bahasa Parsi dan
menjadikan bahasa Parsi sebagai Bahasa Istana dan
kesusateraan
• Abu Fazl telah mengumpulkan pelbagai rekod dan maklumat
berkenaan kehidupan Raja dan tidak hanya mencatat fakta
sahaja tetapi turut memerihalkan tentang tindakan maharaja
dalam memerintah empayar
Pensejarahan India Pada Zaman Penjajahan
• Bidang pensejarahan telah dikuasai oleh golongan Kolonialis
• Menolak unsur mitos , lagenda , kepercayaan karut dan
bersifat bert sebelah serta bias-kepada penjajah yang
menguasai bidang penulisan pada ketika itu
• Pada zaman ini muncul golongan intelek untuk
memperbetulkan fakta sejarah dan mengembalikan identiti
sebenar India
• Karya yang terkenal pada zaman ini ialah Hukum Manu oleh
Sir W.Jones yang diterjemah kepada b.Inggeris
• Merupakan individu pertama yang bertanggungjawab
membetulkan catatan kebudayaan India sewaktu penjajahan
• Hukum Manu menyokong konsep Dharma(perlakuan yang
baik yang ditetapkan Tuhan)
• Turut menceritkan bahawa Raja telah memelihara undang-
undang suci dengan menghukum orang jahat dan beri ganjaran
pada orang baik
• Manakala karya ‘The History of British Indua’ pula bersifat
bias apabila penulis James Mill mengatakan undang-undang
India tiada ketamadunan
• Beliau menganggap bahawa Eropah adalah lebih baik
berbanding India
• Turut mengatakan bahawa kemajuan perdagangan di India
bukanlah kerana masyarakat India tetapi usaha orang Arab dan
Greek
• Pada zaman ini banyak karya yang bersifat bias ke arah
penjajah
Pensejarahan India Pada Zaman Moden
• Pensejarahan pada zaman ini menolak unsur mitos , lagenda ,
kepercayaan karut dan dongeng
• Menggunakan kaedah yang lebih teliti dan bersifat objektif
• Penyatuan masyarakat lebih diutamakan dan ketepatan fakta
dipentingkan disamping dianalisis serta ditafsir bagi
memastikan tiada unsur bias.
• Fakta akan diteliti dan disiasat bagi memastikan maklumat
yang akan ditulis tidak menyimpang
• ‘Europe Centered’ merupakan salah satu karya pada zaman ini

Anda mungkin juga menyukai