Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN PUSTAKA

MINI / MINI LIBRARY

BISMILLAHIR RAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Puan Rosnee Binti Abd Rahman ( Penolong


Kanan Pentadbiran ), Encik On Bin Arasad ( Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid ), Puan Noraini Binti Mohd Yasin
( Penolong Kanan Kokurikulum ), Puan Fadzilah Binti Bakar
( Penolong Kanan Petang ), Barisan Guru Kanan
Matapelajaran, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana


dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih diberi ruang dan
peluang untuk berhimpun bersama-sama dalam majlis
Pelancaran Perpustakaan Mini atau Mini Library peringkat
sekolah bagi tahun 2022. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana telah diberikan
penghormatan untuk bersama-sama murid dan guru-guru pada
pagi ini untuk menyempurnakan majlis pelancaran
Perpustakaan Mini atau Mini Library peringkat sekolah ini.
Perpustakaan Mini atau Mini Library yang bertemakan sudut
bacaan di dalam kelas adalah program pusat sumber yang
dilaksanakan di dalam tempoh yang bertarikh 15 Ogos
sehingga 26 September 2022 dan program ini bertujuan untuk
memastikan budaya cinta akan ilmu berjaya dipupuk dalam
kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan
belia selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat yang kaya maklumat. Murid-murid dan guru
boleh mengambil peluang yang diberikan sepanjang tempoh
program tersebut dijalankan untuk menghias dan mewujudkan
Perpustakaan Mini yang penuh dengan maklumat dan selesa
di bahagian sudut kelas masing-masing.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Perpustakaan


Mini atau Mini Library ini memainkan peranan yang amat
penting untuk membentuk masyarakat berbudaya ilmu, gemar
membaca dan berkemahiran membaca sepanjang hayat.
Perpustakaan Mini atau Mini Library juga berperanan untuk
memupuk minat belajar secara kendiri dan melatih pelajar
menggunakan kemahiran mencari maklumat di dalam proses
pembelajaran.

‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’ demikianlah betapa


pentingnya amalan membaca. Sesuatu bangsa itu akan kuat,
kukuh dan perkasa, jika masyarakatnya rajin membaca.
Sesungguhnya menerusi pembacaan kita dapat mendekati
dunia luar dan menerokai dunia tanpa sempadan ini. Buku-
buku atau ensiklopedia dapat membuka ruang horizon kita
kepada ilmu yang lebih luas melampaui ilmu yang terkandung
dalam buku-buku sekolah atau buku-buku teks. Pokok
pangkalnya seseorang itu harus gigih mencari maklumat yang
dapat menolongnya menerokai hidup ini dengan lebih yakin,
selesa dan pada akhirnya akan mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam kehidupan masing-masing.

Sempena dengan Program Perpustakaan Mini atau Mini


Library ini, saya menyeru kepada semua pelajar dan guru-
guru menggunakan sudut bacaan Perpustakaan Mini atau
Mini Library ini dan menyertai program-program dan aktiviti
yang dirancang. Sebelum mengakhiri ucapan ini saya ingin
mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pusat Sumber dan
semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sekian, Waalaikummussalam WBT

Anda mungkin juga menyukai