Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 8: BINCANGKAN CIRI-CIRI YANG TERDAPAT DALAM PENULISAN SEJARAH

YANG DIHASILKAN OLEH GOLONGAN ANNALES YANG KEMUDIANNYA MELAHIRKAN


KEPELBAGAIAN SKOP PENGAJIAN SEJARAH.

NURUL HAJJIATUL IZZATI ABD.HILMI (BA18110178)

SUJIE TOMAS@THOMAS (BA18110870)

MUHAMMAD FAIZUL BIN SAMAT (BA18110855)

Aliran sejarah yang dirintis oleh bapa pensejarahan moden iaitu Leopold Van
Ranke telah mengubah landskap pensejarahan khususnya dibarat dengan beberapa
kaedah pensejarahan yang lebih hebat. Namun begitu tidak semua sarjana
bersependapat dengan aliran beliau seperti sekumpulan sarjana dari Universiti
Strasbourg yang menerbitkan jurnal Annales d’histoire economique et sociale pada
tahun 1929. Di Perancis aliran penulisan sejarah Annales yang dipelopori oleh Lucian
Febvre dan Marc Bloch menjadi modal bagi generasi baru penulisan sejarah sosial. 1

Gerakan ini lahir disebabkan rasa tidak puas hati terhadap sejarah tradisional yang
sering menumpukan kepada golongan tertentu sahaja. Jurnal ini menerangkan
kaedah-kaedah yang seharusnya digunakan untuk membuat penyelidikan sejarah
dan cara penyampaian. Aliran ini menolak pensejarahan tradisional yang bagi
pendapat mereka terpesong dari mencari kebenaran mutlak. Aliran ini telah
mengubah ilmu sejarah seperti kaedah yang digunakan agar penulisan sejarah yang
dihasilkan lebih bersifat saintifik dan menyeluruh. Malah ciri-ciri dalam penulisan
sejarah oleh golongan Annales telah melahirkan kepelbagaian skop pengajian
sejarah.

Antara ciri-ciri penulisan sejarah ynag dihasilkan oleh golongan Annales ialah
perluasan tema. Sebelum ini, segala penulisan yang dihasilkan menekankan kepada

1 Kuntowijoyo, Metodologi Sejarah, Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya, 1994, hlm.33


beberapa tema tertentu dan sering menyentuh mengenai tema politik, diplomasi dan
ketenteraan serta ekonomi. Tema yang dihasilkan oleh golongan ini bukan lagi
spesifik kepada sesuatu perkara sahaja. Oleh itu, kemunculan golongan Annales ini
telah merubah segalanya sehingga membawa kepada tema baru iaitu Total History
atau Histoire Totale yang membawa maksud sejarah yang meliputi seluruh aspek
dan lapisan masyarakat

Berdasarkan konteks ini, gerakan Annales bukan lagi hanya menyentuh soal
kehidupan golongan atasan atau golongan bangsawan. Sebaliknya, gerakan ini
menyentuh soal kehidupan golongan minoriti yang berada dalam skop yang kecil.
Tambahan pula aliran Annales cuba untuk mengubah kiblat para sarjana
pensejarahan tradisional yang selama ini cenderung memberi penekanan yang
kepada negara dan individu, sebaliknya kepada entiti keseluruhan sesuatu
masyarakat. Berbanding penulisan sejarah tradisional yang tertumpu kepada sejarah
politik yang mengutamakan peranan-peranan orang atasan serta peristiwa-peristiwa
besar seperti peperangan, revolusi dan hubungan diplomatik. Hal ini menunjukkan
bahawa penulisan sejarah tradisional tidak memandang penulisan dan pengajian
sejarah orang-orang kecil dalam skala mikro ini tidak penting. Berbeza dengan aliran
Annales yang yang bersifat menyeluruh tanpa mendiskriminasikan golongan-
golongan tertentu.

Justeru itu, golongan Annales menyatakan bahawa kehidupan manusia adalah


terdiri daripada pelbagai aspek. Malah sebahagian dari aspek kehidupan ini
merupakan realiti sejarah iaitu perkara yang benar-benar berlaku. Oleh itu, untuk
memperluaskan lagi aspek dalam penghasilan karya, maka terciptalah sejarah yang
bertemakan daripada pelbagai sub displin. Seperti sejarah yang bertemakan
kebijaksanaan atau keintelektualan seorang individu atau sejarah sosial. Sejarah
diuntungkan oleh ilmu-ilmu sosial dan sebaliknya.2 Oleh itu, jelaslah bahawa
perubahan penulisan yang dibawa oleh golongan Annales menjadikan ruang lingkup
penulisan sejarah semakin luas.

2 Kuntowijoyo, Pengantar Ilmu Sejarah, Yogyakarta:Bentang Pustaka, 1995, hlm.108.


KAEDAH INTERDISIPLIN

Kaedah 3interdisiplin merupakan perubahan kedua dalam penulisan sejarah yang berlaku
akibat gerakan Annales iaitu pengenalan terhadap kaedah baru dalam menjalankan
penyelidikan. Seterusnya, kaedah tersebut dikenali sebagai kaedah interdisiplin yang
membawa maksud menggabungkan dua atau lebih disiplin ilmu dalam satu kajian. Kaedah
interdisiplin tersebut terdiri daripada disiplin sejarah yang bergabung dengan disiplin-disiplin
ilmu yang lain seperti disiplin arkeologi, disiplin geografi, disiplin sastera dan lain-lain.
Sebagai contohnya, Fernand Braudel menjadikan disiplin geografi dan disiplin sosiologi
sebagai salah satu pendekatan dalam sejarah. Dengan adanya kaedah interdisiplin, ia
membolehkan pemahaman terhadap sesuatu fakta agar mudah difahami dengan adanya
bantuan daripada disiplin ilmu yang lain.

MEMBENTUK PERSPEKTIF

Perubahan lain dalam penulisan sejarah yang berlaku akibat gerakan Annales ialah berlaku
perubahan dalam membentuk perspektif. Sejarah baru lebih 4
memperlihatkan peristiwa
sejarah yang bermula daripada bawah atau lebih dikenali sebagai History from below.

3 Jurnal RUAS, Volume 15no 1, June 2017, ISSN 1693-3702

4 Jurnal Volume. 4. No 1(126-144) ISSN 1985-496 x. PERSPEKTIF.


Perubahan yang dibawa oleh gerakan Annales ini boleh dikatakan bertujuan untuk
mengangkat martabat golongan bawahan dimana mereka juga turut terlibat sama dalam
sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Seterusnya, golongan ini tidak diambil kira oleh
karyawan terdahulu dalam penulisan mereka kerana menggangap mereka tidak penting dan
tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Golongan bawahan
yang dimaksudkan ialah golongan petani, golongan buruh, golongan wanita dan sebagainya.
Antara kajian yang mengambil kira perspektif masyarakat yang diperintah ialah kajian
tentang revolusi 1789 oleh George Leferve. Kajian ini juga turut mengisahkan mengenai
hubungan golongan aristokorat dengan golongan petani.

Penulisan didalam Aliran Annales lebih kritis dan objektif. Ia lebih tertumpu kepada
penulisan yang mengkaji secara lebih terperinci dan juga mendalam bagi
membuktikan sesebuah pensejarahan secara lebih lengkap lagi dengan sumber-
sumber yang tepat. Pendekatan Aliran Annales mampu menunjukkan perubahan
dalam sesebuah penulisan daripada perkara yang lebih kecil kepada fakta-fakta yang
tepat. Setiap penulisan yang dihasilkan pada Aliran Annales ianya harus merangkumi
sumber rujukan yang sahih contohnya daripada arkib-arkib yang terkenal seperti di
Prancis. Perubahan histiografi terjadi ketika apabila para pemikir kaum Annales mula
berfikir secara lebih maju lagi dalam sesebuah penulisan pensejarahan, Penulis
Annales membuang segala penulisan secara tradisional dengan mengadaptasikan
penulisan yang bersifat kepada pengetahuan. Hal ini kerana penulisan secara
tradisional lebih tertumpu kepada aktiviti seharian dan juga penulisan berlandaskan
fakta yang kurang sahih. Oleh demikiian Aliran Annales membawa kepada corak
pemikiran yang lebih berbeza berbnding dengan penulisan sejarah yang terdahulu.
Aliran Annales. Di Prancis aliran sejarah Annales yang dipelopori oleh Lucien Fevre
dan March Bloch sebagai modal penulisan generasi yang baru dalam penulisan
pensejarahan. Mereka mengkaji mengenai sejarah kajian sosial dan juga ekonomi
bagi mengetahui kedudukan Negara tersebut.5 Mereka menulis tidak berlandaskan
teori tetapi lebih kepada fakta dan contoh-contoh yang terdapat pada ketika itu bagi
menghuraikan segala maklumat yang diperlehi ialah tepat dan boleh dipercayai..

Menurut l. Von. Ranke pada abad ke-19, penulisan tidak lagi dilakukan secara
konvensional. Segala penulisan dilakukan dengan memandang segala aspek positif
dalam bentuk deskriktif dan naratif, Aliran annals juga bertujuan merubah gaya
pemikiran masyakrakat pada ketika itu yang lebih tertumpu gaya pemikiran
tradisional. Aliran Annales lebih menekankan kepada objektiviti atau ketepatan dalam
menerima sesuatu fakta. Hal ini menunjukkan Aliran Annales memfokuskan kepada
objektif utama terhadap setiap penulisan pensejarahan dengan menggunakan
beberapa sumber yang sahih untuk dijadikan fakta bagi membuat penyelidikan dan
pemahaman yang tepat. Aliran Annales lebih kepada pancaindera yang mampu
membuktikan sesebuah kebnaran fakta tersebut. Aliran Annales tidak bersetuju
dengan sejarah tradisioanal yang mempunyai percampuran antara fakta, mitos,
lagenda dalam karya yang dihasilkan. Hal ini bagi mengelakkan penipuan dalam
sesebuah penghasilan karya, kerana penulisan berlandaskan teori adlah kurang tepat
berbanding dengan rujukan mengenai sumber. Hal ini disebabkan teori itu sentiasa
berubah-ubah sekiranya individu yang menjalankan penyelidikan adalah orang
berbeza. Hal ini secara tidak langsung mampu memberi kesan yang negatif dalam
penulisan. Aliran Annales juga menyatakan bahawa objektiviti dapat mendorong
sejarawan menghasilkan penulisan karya yang bermutu tanpa adanya unsur bias
atau bersikap berat sebelah terhadap sesuatu pihak. Hal ini bertujuan bagi
mengelakkan unsur-unsur penipuan dan bagi mengelakkan penulisan yang mengikut
perasaan dalam pengkaryaan sama ada bagi pihak penulis mahupun pembaca.
Maklumat yang tepat mampu memberikan fahaman yang jelas kepada audiens
dengan fakta-fakta yang boleh diterima pakai oleh masyarakat.

5Peter Buke. 2015. The French Historical Revolution: The Annales School 1929-2014: Polity Press.
United Kingdom. Hlmn 23-28.
Kesimpulan

Walaupun golongan Annales ini ditentang oleh golongan sejarah tradisional namun
kewujudan gerakan Annales telah membawa kepada satu perubahan positif yang
sangat besar dalam dunia penulisan dan disiplin agama itu sendiri. Aliran Annales
telah membuktikan gaya pemikiran masyarakat tradisioanl yang berfikir berlandaskan
teori dan juga dari sumber-sumber seperti mitos, lagenda dan sebagainya. Hal ini
secara tidak langsung memberi gaya pemikiran yang baharu terhadap sejarawan
dalam membuat penulisan yang lebih tepat. Dengan adanya gerakan Annales ini
juga telah menyebabkan disiplin sejarah menjadi satu disiplin ilmu yang bersifat
global dengan adanya kaedah interdisiplin. Kaedah interdisiplin diterapkan dalam
gaya penulisan pensejarahan bagi membuktikan kesahihn sesebuah sumber untuk
dijadikan rujukan pada peringkat global. Dapat juga disimpulkan bahawa sejarawa
yang beraliran Annales lebih bersikap terbuka dari pelbagai aspek contohnya dari
aspek kaedah pengumpulan sumber serta pendekatan yang digunakan bagi
memudahkan penulisan dan pemahaman kepad

RUJUKAN

Anwasry. 2010. Pengantar kajian interdisiplin.


Answasary.wordpress.com/2010/01/26/kajian-interdisipliner. Diakses pada 6 Mei
2019.

Baerwald T.J (2010). Prospect for Geography as an Interdiciplinary Discipline. Annals


of The American Geographers, volume 100 number 5, pp. 493-501

Jurnal Volume. 4. No 1(126-144) ISSN 1985-496 x. PERSPEKTIF. Diakses pada 6 Mei


2019.

Anda mungkin juga menyukai