Anda di halaman 1dari 17

“IMPILMENTASI PENTADBIRAN BRITISH TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN

VERNAKULAR DI MELAKA PADA 1880-1957”

BAB SATU

1.1 PENGENALAN

Kajian ini dilaksanakan bagi meneliti kesan pelaksanaan dasar British terhadap Sistem

Pendidikan Vernakular di Melaka sebagai lokasi penyelidikan yang dijalankan. Sistem

pendidikan vernakular yang wujud semasa era kolonial British di Melaka adalah Sekolah

Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India dan Sekolah Inggeris.

Kajian ini lebih menumpukan tempoh masa sebelum era kemerdekaan iaitu pada 1880 sehingga

1957. Selain itu, metadologi yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dikategorikan

dalam kajian kuantitatif. Kaedah ini adalah teoritikal dan praktikal serta diskripsitif analisis.

Metadologi ini sememangnya akan menunjukkan hubungan yang wujud iaitu dalam bentuk

kesan terhadap sistem pendidikan vernakular. Kaedah yang saya fokuskan dalam penyelidikan

ini adalah kaedah penyelidikan kepustakaan dan Kajian Lapangan. Kajian ini juga

sememangnya akan memberi gambaran yang jelas mengenai proses kolonial yang dijalankan

oleh British di Tanah Melayu khususnya dalam bidang pendidikan vernakular di Melaka.

Kesan yang akan dianalisis dalam kajian ini terbahagi kepada beberapa sudut penelitian. Di

samping itu, hasil kajian ini juga akan mengisi ruang yang tidak disentuh secara menyeluruh

oleh sarjana Sejarah Pendidikan sebelum ini khususnya dalam penyelidikan sistem pendidikan

vernakular pada era penjajahan British. Penetapan dasar yang diolah oleh British di setiap

negeri jajahannya khususnya di Melaka sebagai negeri-negeri Selat pada ketika itu bukan

sahaja memberi kesan kepada silibus pendidikan yang sedia ada malah mempengaruhi jumlah

murid yang menikmati kemudahan ini.

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Implimentasi penjajahan yang dilaksanakan oleh kuasa kolonial British di Tanah Melayu

merupakan tempias kuasa imperial yang dibawa oleh mereka. Tidak hanya berfokus kepada

mengaut kepentingan ekonomi yang ada di Tanah Melayu malah merampas kuasa

pemerintahan daripada penduduk tempatan sehingga kesemua negeri yang wujud pada ketika

itu dikelompokkan mengikut bidang kuasa presiden yang dilantik. Penjajahan British di Melaka

sebagai Negeri-Negeri Selat telah memberi kesan kepada pembangunan bidang pendidikan

Vernakular. Rekod rasmi yang diperolehi oleh pengkaji mengenai bidang pendidikan yang

disusun atur oleh pihak British di Melaka dapat dilihat dari 4 sudut yang berbeza misalnya

Sekolah Pendidikan Vernakular Melayu, Sekolah Pendidikan Vernakular Inggeris, Sekolah

Vernakular India dan Sekolah Vernakular Cina. Walaupun jika dilihat dari sudut yang nyata,

kepelbagaian kemudahan pendidikan sewaktu kuasa kolonial British bertapak di Tanah Melayu

khususnya di Melaka jelas menunjukkan betapa baiknya penjajah ini, namun pengkaji melihat

perkara ini dari perspektif yang berbeza. Pengkaji dapati bahawa Dasar Pecah dan Perintah,

Kanun Buruh, Rancangan Cheesmen, Laporan Bernie's, Laporan Gwen Wu dan Ordinan

Pelajaran sememangnya memberi kesan kepada sistem pendidikan vernakular di Melaka

sebelum masyarakat berusaha menuntut kemerdekaan daripada kolonial British pada 1957.

Pengkaji juga menafsir dan meneliti dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British di Tanah

Melayu merupakan bukti dan indikator kepada perubahan silibus, peruntukan jumlah murid

yang ditetapkan oleh pihak penjajah serta tenaga pengajar yang disediakan di setiap sekolah

vernakular yang berdaftar dengan kerajaan British pada ketika itu. Walaupun, penyelidikan

dalam sejarah pendidikan di Malaysia sentiasa berlaku perbezaan pendapat dan pandangan

mengenai kesan yang dirasai oleh Negeri-Negeri di bawah kuasa kolonial British sentiasa

dibahaskan bukanlah menjadi penghalang kepada pengkaji untuk melaksanakan penyelidikan

dalam bidang Sejarah Pendidikan. Kepelbagaian pandangan dan intipati kritikan yang
2
dilakukan oleh sarjana dari pelbagai bidang kepakaran masing-masing menjadi tumpuan

utama kepada pengkaji.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Penyelidikan yang difokuskan oleh pengkaji sememangnya menjadi satu permasalahan utama

jika tidak dikemukakan pada bahagian permasalahan kajian. Kajian yang dilaksanakan

sebenarnya berfokuskan kepada sejarah kolonial British yang memberi kesan kepada sistem

pendidikan vernakular di Negeri-negeri Selat khususnya Melaka sebagai lokasi penyelidikan

pengkaji. Permasalahan kajian yang ingin diketengahkan oleh pengkaji ada pentadbiran British

terhadap sistem pendidikan vernakular di melaka membawa kepada 2 sudut penafsiran yang

berbeza. Hal ini menyebabkan pengkaji memberi fokus utama sepanjang menulis hasil

penyelidikan ke arah mengetengahkan dua sisi perspektif yang berbeza iaitu kesan positif yang

dinikmati oleh masyarakat di Melaka sebelum merasai era kemerdekaan dan kesan negatif

seperti merencatkan proses meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat

melalui indikator kemudahan pendidikan.

Buktinya, Darmia Sharif Adam dalam penyelidikan nya berpendapat bahawa

kepelbagaian sistem pendidikan atau lebih dikenali sebagai Pendidikan Vernakular membawa

kepada wujudnya kepelbagaian etnik sebelum dan selepas merdeka kesan daripada pelaksanaan

pembangunan pendidikan yang dimonopoli oleh pihak British di Melaka. Dari sudut tafsiran

lain yang menyatakan bahawa kesan pentadbiran dan penjajahan British di Tanah Melayu

sebenarnya merencatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat merupakan tujuan

dan kesan utama pentadbiran kuasa kolonial ini. Buktinya, Parameswari Krishnan (Tahun

Artikelnya) dalam tajuk penyelidikan (tajuk artikel) berpendapat bahawa Dasar British dan

Jepun sebelum era kemerdekaan yang datang ke Tanah Melayu memberi kesan yang ketara

terhadap kemuafakatan diantara kaum di Tanah Melayu sehingga Jurang Masyarakat pada

3
ketika itu semakin kritikal demi memastikan manfaat ekonomi di Tanah Melayu dikaut secara

rakus oleh kuasa penjajah ini.

Sehinggakan dasar yang diperkenalkan tidak memberi kesan kepada kemajuan

masyarakat malah masyarakat yang menjadi mangsa kepada dasar ini seperti Melayu, Cina dan

India sukar untuk membentuk satu semangat penentangan terhadap kuasa kolonial British. Di

samping itu, pengkaji juga ingin merungkai isu dasar yang di olah oleh kerajaan British di

Tanah Melayu sehingga berpotensi memberi implementasi terhadap sistem pendidikan

vernakular di Melaka sebagai lokasi kajian pengkaji. Misalnya, rekod data berautoriti yang

diperolehi oleh pengkaji menunjukkan bahawa Dasar Pecah dan Perintah, Kanun Buruh,

Rancangan Cheesmen, Laporan Fee Wui, Laporan Bernie's dan Ordinan Pelajaran membawa

perubahan yang ketara terhadap silibus yang terkandung dalam buku teks sekolah vernakular,

kuantiti murid yang perlu dipatuhi oleh setiap sekolah vernakular serta tenaga pengajar yang

ditempatkan oleh pihak pemerintah pada ketika itu.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidikan yang dilaksanakan oleh pengkaji merupakan satu usaha dalam membawa sejarah

pendidikan di Tanah Melayu semasa era penjajahan British sebelum merdeka ke arah

memartabatkan keunikan sistem pendidikan yang pelbagai walhal ianya disebabkan oleh kuasa

British itu sendiri. Meneliti setiap isu dan perkara yang diketengahkan oleh pengkaji, boleh

disimpulkan bahawa:

i. Mengkaji dasar British yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan

British di Tanah Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-negeri Selat.

ii. Mengenalpasti implimentasi British melalui pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan

terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956.

iii. Menganalisis jumlah sekolah dibawah pentadbiran British, kuantiti murid yang

4
diperuntukkan dalam setiap sekolah vernakular, silibus yang dipraktikkan di dalam bilik

darjah serta tenaga pengajar yang diperuntukkan di Melaka pada 1880 sehingga 1956.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bukan sahaja menjadi salah satu syarat untuk lulus di peringkat sarjana bagi

pengkaji, ianya juga dapat dirungkaikan mengikut beberapa aspek dominan sepanjang proses

penyelidikan di jalankan. Antaranya ialah:

i. Memberi gambaran yang jelas mengenai proses kolonial yang dimonopoli oleh empayar

British di Tanah Melayu khususnya di Melaka yang dikelompokkan dalam Negeri-

negeri Selat. Kajian ini akan menyediakan pelbagai sudut pandangan yang bersifat

fleksibel kepada pengkaji-pengkaji yang berminat mendalami sejarah pendidikan di

Tanah Melayu.

ii. Proses penafsiran data primer dan sekunder yang dilakukan oleh pengkaji mengenai

dasar yang diwujudkan oleh British semasa era kolonial di Tanah Melayu akan

memberi satu sudut penafsiran yang sedikit berbeza dengan kajian sejarah pendidikan

sebelum ini. Walaupun kajian yang difokuskan oleh pengkaji bukanlah berada di

peringkat yang tinggi, namun ianya mampu menjadi satu medium yang berkesan bagi

membawa pengkaji-pengkaji yang berminat dalam bidang Sejarah Pendidikan melihat

dasar yang diolah sebenarnya memberi kesan positif dan negatif kepada masyarakat di

Melaka.

iii. Kajian ini juga turut menjelaskan secara kritis dan adil mengikut ilmu disiplin sejarah

(kritikan dalaman dan luaran) mengenai implimentasi yang dirasai dalam sektor

pembangunan pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956.

iv. Berdasarkan lontaran penjelasan di atas mengenai kepentingan kajian mengenai

Implimentasi British terhadap Sistem Pendidikan Vernakular di Melaka pada 1880-

5
1956 inilah penyelidik merasakan bahawa kajian ini amat penting untuk dijalankan

tanpa hanya berfokus kepada proses dan membelakangkan kesan yang dirasai sepanjang

empayar British berkuasa di Tanah Melayu (Pembangunan Pendidikan)

1.6 SKOP KAJIAN

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji mengenai implimentasi British kepada Sistem Pendidikan

Vernakular di Melaka pada 1880-1956 merupakan satu kajian sejarah pendidikan yang

berkaitan dengan penelitian pembangunan pendidikan di bawah urus tadbir kuasa kolonial

British. Selain itu, lokasi atau tempat kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah Melaka. Hal ini

demikian kerana, kuasa penjelajahan British yang dominan pada awal pemerintahan mereka

lebih berfokuskan kepada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebelum merdeka.

Sistem pentadbiran yang banyak diubah mengikut selera British sememangnya memberi

kesan kepada masyarakat Melaka. Seterusnya, skop masa bagi penyelidikan ini merungkai

implimentasi pentadbiran British pada era Kolonial British iaitu pada 1880 sehingga 1957

sebelum era kemerdekaan Tanah Melayu. Walhal, kuasa kolonial Jepun juga yang turut

bersarang di Tanah Melayu pada 1941 sehingga 1945 sehingga memberi kesan yang amat

ketara dalam sistem pentadbiran, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Namun, pengkaji berpendapat bahawa tingkat keberkesanan isu mengenai implimentasi

ke sistem pendidikan vernakular di Melaka lebih tinggi jika difokuskan kepada satu kuasa

imperial sahaja iaitu kuasa kolonial British. Seterusnya, pengkaji juga akan menghadkan lokasi

sekolah vernakular yang akan merungkai Implimentasi yang diketengahkan. Sekolah

Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India dan Sekolah

Vernakular Inggeris yang wujud dan amat terkesan dengan dasar yang diperkenalkan oleh

British akan dihadkan hanya 3 atau 4 buah sekolah terawal sahaja. Justeru, skop lokasi dan

6
masa yang diketengahkan oleh pengkaji melalui tajuk penyelidikan yang akan dilaksanakan

adalah jelas dan jitu untuk dihadamkan.

1.7 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Tinjauan kajian lepas melibatkan beberapa bahan rujukan sekunder yang berkaitan dengan

kajian ini. Berikutan itu, tiga aspek utama yang diberi perhatian ialah kajian yang melibatkan

dasar kolonial kuasa luar (Jepun dan British) dalam perkembangan pendidikan di Tanah

Melayu, implimentasi umum yang dirasai oleh masyarakat di negeri jajahan British (Negeri-

negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu)

serta sekolah vernakular yang wujud, jumlah murid yang diperuntukkan serta tenaga pengajar

yang ditempatkan di Sekolah Vernakular yang wujud pada era kolonial.

Misalnya, isu mengenai dasar kuasa luar yang pernah bertapak melaksanakan imperial

di Tanah Melayu sebelum era kemerdekaan pernah diketengahkan oleh Parameswari Krishnan.

Beliau membahasakan isu ini dalam artikel beliau yang bertajuk “Dasar British Dan Jepun

Terhadap Sekolah Melayu Dan Tamil Sebelum Tahun 1957”. Secara keseluruhannya beliau

berpendapat melalui journal ini bahawa dasar pecah dan pemerintahan British di Tanah Melayu

tertumpu kepada aspek ekonomi rantau ini. Sebenarnya, dasar Jepun bukan sahaja bertujuan

untuk ekonomi, tetapi mahu menjadikan semua rakyat Tanah Melayu sebagai warganegara

Jepun dan menghapuskan identiti setiap kaum di Tanah Melayu. Namun, tujuan utama kedua-

dua penjajah itu adalah untuk mengumpul segala hasil bumi tanpa memajukan masyarakat

setempat. Jelaslah bahawa "Beban Orang Putih," iaitu meletakkan segala beban di atas bahu

7
rakyat tempatan dan "Niponisasi," iaitu menjadikan seluruh negara menjadi gaya Jepun, adalah

salah satu taktik British dan Jepun di Tanah Melayu, sekali gus menjejaskan pendidikan

seluruh rakyat untuk kepentingan masing-masing ketika itu. Oleh itu, adalah wajar dan penting

untuk melihat dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British dan Jepun dalam sistem pendidikan

di Tanah Melayu bagi memahami sejarah pendidikan masyarakat ketika itu dan corak

kehidupan. Walaubagaimanapun, artikel ini penting bagi pengkaji melihat niat sebenar kedua-

dua pihak British dan Jepun dalam memperkenalkan pendidikan vernakular (British) dan

pendidikan ala Jepun (Jepun). Namun, secara analitikalnya pengkaji melihat perbincangan

dalam artikel ini bersifat umum dan hanya menyentuh beberapa negeri di bawah pentadbiran

kuasa imperial luar sebelum era kemerdekaan.

Selain itu, journal yang bertajuk “Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan

Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia” yang dikarang oleh Nur Atiqah Tang Abdullah dan

Ong Puay Liu membincangkan latar belakang sejarah pendidikan di negara ini adalah

berdasarkan pendekatan sosiologi yang melihat kepada dokumen seperti Laporan Barnes 1950,

Laporan Fenn Wu 1952, Laporan Pendidikan Razak 1956, dan Laporan Pendidikan Rahman

Talib 1960. Dokumen ini mengkaji aspek komuniti majoriti dan minoriti dalam ruang

pendidikan, menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih

lengkap. Sistem pendidikan vernakular di Malaysia adalah hasil daripada dasar "laissez-faire"

British dan sistem pendidikan berasaskan etnik yang diamalkan oleh pendatang Cina dan India

yang datang ke Tanah Melayu. Sistem ini telah menghasilkan empat aliran bahasa iaitu

Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain.

Sistem ini juga telah menyebabkan berlakunya transformasi masyarakat homogen kepada

masyarakat heterogen yang merangkumi pelbagai etnik dan budaya. Walau bagaimanpun,

artikel ini penting bagi pengkaji merungkai secara terperinci mengenai dokumen rasmi yang

8
menyimpan rekod ruang pendidikan terutamanya pada landasan dasar British yang

mempengaruhi pembangunan sistem pendidikan vernakular.

Di samping itu, artikel “Pengaruh Pendidikan Dalam Kepelbagaian Etnik Sebelum

Dan Selepas Merdeka Di Malaysia” yang diterbitkan oleh International Journal Of Law,

Government And Communication (IJLGC) turut membincangkan pengaruh bidang pendidikan

terhadap penyatuan masyarakat di Malaysia dan kenal pasti cabaran yang dihadapi dalam

mewujudkan sistem pendidikan yang berfungsi sebagai agen penyatuan masyarakat. Malah

dalam artikel ini juga turut merungkai fungsi pendidikan iaitu salah satu daripada banyak alat

yang digunakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup semua kumpulan etnik yang

unik kerana ia mengekalkan dua sistem pendidikan yang berasingan, satu di mana kurikulum

kebangsaan diajar dan satu lagi di mana bahasa tempatan digunakan. Ini membolehkan

pelbagai pilihan pendidikan yang dapat memenuhi keperluan setiap individu. Namun, artikel ini

akan menjadi satu rujukan terpenting bagi pengkaji melihat implimentasi dasar yang

dilaksanakan oleh British dalam bidang pendidikan.

Artikel “Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan

Pendidikan di Melaka” yang dikarang oleh Siti Maisarah Othman dan Suffian Mansor turut

merungkai masalah dan cabaran British dalam membangunkan sistem pendidikan di Melaka

dari tahun 1826 hingga 1940-an melibatkan pertembungan pandangan dan perspektif antara

semua kaum di Melaka termasuk Melayu, Cina, India dan Inggeris. Pertembungan stereotaip

ini timbul kerana dasar polarisasi British terhadap semua kaum di Melaka, yang memberi kesan

kepada perkembangan sistem pendidikan British itu sendiri. Polarisasi sistem pendidikan ini
9
menyebabkan setiap kaum ingin mengamalkan sistem pendidikan swasta yang secara tidak

langsung menyebabkan British menghadapi masalah dan cabaran tertentu. Walaupun skop

perbincangan dalama artikel ini terlalu luas, ianya juga penting kepada pengkaji bagi merintis

idea yang berkisarkan tentang pembangunan pendidikan vernakular di Melaka.

Maka berdasarkan sorotan penulisan awal di atas, didapati bahawa masih ada beberapa

kekosongan yang dapat diisi dalam kajian ini iaitu:

i. Ulasan yang terperinci mengenai dasar British yang berfokuskan kepada pembangunan

bidang pendidikan.

ii. Penjelasan dan analisis implimentasi pentadbiran British melalui dasar yang

diperkenalkan terhadap system pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Bagi menghasilkan sistem penulisan yang sistematik dan tersusun, penulis telah menggunakan

metodologi relevan yang berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Metodologi ini telah membantu

penulis menghasilkan satu sistem yang cekap dan berkesan iaitu:

i. Metode Pengumpulan Data

ii. Metode Analisis Data

1.8.1 Metode Pengumpulan Data

Pada fasa awal kajian ini, metode perpustakaan digunakan untuk mencari bahan-bahan

berkaitan dasar pentadbiran British yang diwujudkan untuk pembangunan pendidikan di

Melaka yang akan dibincangkan dalam Bab II. Ini termasuk melihat buku, artikel, makalah

daripada sarjana, dan juga kajian saintifik dan tesis. Beberapa perpustakaan yang terlibat dalam

10
pencarian itu ialah Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya,

Perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaya,

Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Arkib Negara, Arkib Negeri Melaka, Perpustakaan

Awam Melaka dan Muzium Negeri Melaka.

Begitu juga dengan kajian-kajian lain yang melibatkan perbahasan mengenai

implimentasi pentadbiran British terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka yang

dibincangkan pada sorotan kajian sebelum ini.

1.8.2 Metode Analisis Data

Selepas mengumpul semua data yang diperlukan melalui kaedah yang dinyatakan di atas,

pemprosesan dan analisis data dilakukan mengikut kaedah berikut:

i. Metode Induktif

Pendekatan induktif-generatif ini digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul

maklumat secara berterusan bagi menjelaskan masalah yang dikaji dan seterusnya

menyesuaikannya untuk mencari perkaitan antara fakta atau maklumat terkumpul untuk

membentuk idea. Bagi pengaplikasian kaedah dalam kajian ini, beberapa perkara yang

membahaskan dasar British yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era

penjajahan British di Tanah Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-negeri Selat

telah menyebakan berlakunya implimentasi melalui pentadbiran dan dasar yang

diperkenalkan terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956 yang

dibahaskan dalam Bab Dua. Selain itu, hasil analisis jumlah sekolah dibawah

11
pentadbiran British, kuantiti murid yang diperuntukkan dalam setiap sekolah

vernakular, silibus yang dipraktikkan di dalam bilik darjah serta tenaga pengajar yang

diperuntukkan di Melaka pada 1880 sehingga 1956 jelas membuktikan bahawa pengkaji

mengaplikasikan metode ini.

ii. Metode Deduktif

Metode deduktif pula merupakan kaedah menganalisis dan mengolah penulisan

berdasarkan kepada pola berfikir yang mencari pembuktian berasaskan kepada bukti-

bukti umum kepada perkara-perkara khusus. Justeru berdasarkan kepada dasar British

yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan British di Tanah Melayu

khususnya di Melaka sebagai Negeri-negeri Selat telah menyebakan berlakunya

implimentasi melalui pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan terhadap sistem

pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956 yang telah dibentuk pada Bab II, ia

kemudiannya menjadi panduan bagi menganalisis jumlah sekolah dibawah pentadbiran

British, kuantiti murid yang diperuntukkan dalam setiap sekolah vernakular, silibus

yang dipraktikkan di dalam bilik darjah serta tenaga pengajar yang diperuntukkan yang

dikhususkan pada Bab III. Di sinilah metode deduktif ini diaplikasikan yang mana

dengannya, akan memudahkan lagi proses menganalisis, menghurai dan membuat

kesimpulan dengan lebih berhikmah berdasarkan data-data yang berbentuk umum

tersebut. Ini termasuklah dengan kemampuan akal dalam menghuraikan implimentasi

British kepada sistem pendidikan vernakular supaya dapat dinyatakan dengan lebih baik

dan tersusun.

iii. Metode Komparatif

Metode Komparatif ini pula digunakan bagi membuat perbandingan antara

12
sumber-sumber yang diperolehi dan melihat kesinambungan yang mungkin ada di

antara sumber-sumber tersebut. Perbandingan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti

perbezaan dan persamaan, serta mendapatkan maklumat yang benar dan tepat daripada

maklumat-maklumat yang ada. Begitu juga ia digunakan dalam mengenalpasti sekolah

vernakular yang mendapat kesan yang lebih dominan dari institusi vernakular yang lain

semasa era penjajahan British di Melaka.

1.9 PEMBAHAGIAN BAB

Kajian ini telah dibahagikan kepada empat bab. Bab pertama adalah membincangkan

tentang pengenalan kajian yang merangkumi latar belakang masalah dan persoalannya,

objektif, kepentingan, metodologi yang digunakan dalam mengumpul serta menganalisis data,

kajian terdahulu, skop dan pembahagian bab. Perkara-perkara ini penting untuk diketahui

sebagai penerangan awal mengenai kajian yang ingin dilaksanakan oleh penulis.

Bab kedua pula akan memberi penekanan kepada pembahasan mengenai dasar

pendidikan yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan British di Tanah

Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-Negeri Selat . Dalam bab II pengkaji akan

merungkai secara menyeluruh mengenai dasar pentadbiran British dalam pembangunan sistem

pendidikan seperti Dasar Pecah dan Perintah, Kanun Buruh, Rancangan Cheesmen, Laporan

Bernie’s, Laporan Gwen Wu dan Ordinan Pelajaran. Dalam bab ini, pengkaji akan membahas

intipati dasar dan pelaksanaanya di Tanah Melayu khususnya di Melaka.

Selain itu, dalam bab ketiga pengkaji akan menganalisis implimentasi British dalam

bentuk dasar yang diwujudkan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British di Tanah

Melayu merupakan bukti dan indikator kepada perubahan silibus, peruntukan jumlah murid

yang ditetapkan oleh pihak penjajah serta tenaga pengajar yang disediakan di setiap sekolah

13
vernakular yang berdaftar dengan kerajaan British pada ketika itu. Hal ini akan menjadi salah

satu bahagian terpenting bagi melihat bagaimana dasar yang dilihat baik untuk masyarakat

sebenar jika dilihat dari sudut tafsiran yang lain sebenarnya mendatangkan kesan negatif

kepada masyarakat pada ketika itu.

14
Akhir sekali, bab keempat iaitu kesimpulan akan menilai dan merumuskan keseluruhan

kajian berdasarkan empat objektif utama kajian ini. Selain daripada menjawab persoalan-

persoalan yang terdapat dalam objektif kajian, beberapa usul atau cadangan juga akan

dikemukakan bagi menampung sebarang kekurangan khususnya dalam pembelajaran

mahupun penyelidikan sejarah tempatan sekarang.

15
RUMUSAN

16
RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

17

Anda mungkin juga menyukai