Anda di halaman 1dari 28

TAJUK:

Proposal Projek Tahun Akhir

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI SABAH DARI TAHUN 1881 HINGGA 1945

KOD DAN NAMA KURSUS:


HSR3023: Penyelidikan Dan Penulisan Sejarah
NAMA PENSYARAH:
Profesor Dr. Hj Ishak Bin Saat
BIL NAMA SEMESTER NO. MATRIKS PROGRAM
1 MOHD RAZLEYSHAM 6 D20181083868 ISMP
BIN ROSLEE SEJARAH
1.0 Pengenalan

Kajian dalam bidang sejarah adalah tidak hanya tertumpu dan terbatas dengan skop kajian

mengenai peristiwa lepas mahupun yang berbentuk biografi tokoh. Hal ini demikian kerana,

boleh dikatakan bahawa perkembangan kajian sejarah kini juga meliputi sejarah yang berkaitan

dengan psikologi sejarah dan sejarah organisasi atau institusi.1 Oleh yang demikian, seiring

dengan perkembangan pendidikan yang telah memperlihatkan perubahan kearah yang lebih baik

menyebabkan satu tinjauan telah dijalankan berkaitan dengan Perkembangan Pendidikan di

Sabah dari tahun 1881 sehingga 1945.

Malaysia merupakan sebuah negara maju yang membentuk keperibadian nasional

mengikut acuannya sendiri. Elemen utama untuk mencapai keperibadian nasional ialah

perpaduan rakyat. Perpaduan rakyat dapat dicapai menerusi pelbagai usaha yang merangkumi

saluran politik, ekonomi dan sosial. Dalam bidang sosial, pendidikan memainkan peranan

penting dalam proses pembangunan bangsa kearah perpaduan rakyat. Begitu juga dengan negeri

Sabah khusunya Sandakan yang menjadi tumpuan dalam kajian ini, pendidikan juga telah

menjadi penyumbang kepada perkembangan aspek politik, ekonomi dan sosial.

Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan

ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur sekiranya tiada

pendidikan. Individu dan kelaurga yang berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan

lebih mudah membuat satu keputusan yang tepat (Wan Hassan 2007). Ikatan silaturahim dalam

keluarga dan masyarakat jug akan menjadi lebih kukuh.2 Pendidikan dalam sesebuah masyarakat

memerlukan sistem nilai yang mampu dikembangkan dan disuburkan supaya wargnya memilika

1
Ismail Said. Perkembangan Sejarah Negara. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Selangor. 2010. Hlm 2
2
Hussin Bin Sarju, Rohani Binti Hamzah&Amirmudin bin Udin. Pendidikan: Matlamat dan fungsinya. Dirujuk
Melalui: http://eprints.utm.my/id/eprint/14919/1/Pendidikan_-_eprint4.pdf . Hlm 1
etika yang tinggi dalam kehidupan. Pendidikan bermaksud satu proses menyampai dan menimba

pengetahuan untuk membangunkan daya intelej dan keyakinan diri manusia. Oleh hal yang

demikian, akan meningkatkan kematangan untuk memberikan pendapat dan berhujah semasa

menjalani kehidupan sebenar.3

Sebelum kedatangan orang Eropah, tidak banyak catatan tentang pendidikan di Sabah,

namun pada tahun 1881 catatan pendidikan di Sandakan telah menunjukkan sedikit perubahan

disebabkan kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Pada tahun 1883, Merupakan

pembukaan sekolah pertama di Sandakan oleh Pihak Misionari Katolik dan sehingga awal abad

ke-20, terdapat tujuh sekolah mission yang diselenggarakan oleh pihak Misionari Roman Katolik

serta Anglika di Sabah. Seterusnya, terdapat perubahan pendidikan selepas perang dunia kedua

yang mana sistem pendidikan atau kurikulum pada ketika itu adalah berdasarkan kepada falsafah

Jepun seperti pengajaran bahasa Jepun adalah diwajibkan dan sebarang pengaruh Barat adalah

tidak dibenarkan. Keadaan telah berubah setelah kekalahan Jepun pada tahun 1945 dan

pendidikan berasaskan barat dilaksanakan semula.4

Boleh dikatakan bahawa sistem pendidikan pada masa sekarang merupakan warisan

daripada sistem pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Amalan dan dasar pendidikan zaman

pemerintahan yang telah mengongkong selama lebih daripada satu abad didapati sukar diubah

corak dan strukturnya, iaitu seakan-akan sudah sebati atau telah menjadi norma masyarakat

negara ini. Ataupun kesukaran dalam proses perubahan mungkin disebabkan masih adanya ciri-

ciri ‘The Old Master’ pada ‘The New Master’ iaitu keengganan sesetengah kalangan masyarakat

3
Ibid. hlm 2-3
4
Sejarah Perkembangan Pendidikan di Sabah. Dirujuk Melalui: http://www.sabah.edu.my/fma008/31.HTML
kita untuk membentuk satu identiti masyarakat baru melalui sistem pendidikan yang

berautonomi5

Perkembangan Pendidikan yang telah berlaku daripada tahun 1881 iaitu pertapakan awal

Syarikan Berpiagam Borneo Utara di Sabah sehinggalah tahun 1945 setelah kekalahan Jepun

telah membawa kepada beberapa fokus utama dalam kajian ini iaitu penerangan berkaitan

dengan latar belakang pendidikan di Sabah yang merangkumi pendidikan formal dan tidak

formal, seterusnya berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Sabah semasa Era Penjajahan

yang merangkumi sistem pendidikan yang dibawa oleh British dan Jepun. Fokus yang terakhir

dalam kajian ini adalah berkaitan dengan penilaian Dasar Pendidikan yang telah diperkenalkan di

Sabah.

2.0 Permasalahan Kajian

Negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang pernah dijajah oleh kuasa British dan juga Jepun.

Melihat kepada aspek pendidikan, pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting dalam

sesebuah negara untuk membina masyarakat yang berkualiti. Kemajuan sesebuah negeri dan

masyarakat adalah bergantung pada aspek pendidikannya, sekiranya dalam sesebuah negeri

aspek pendidikannya baik maka ianya akan menyumbang kepada banyak aspek dalam negeri

tersebut. Seperti kita sedia maklum, Pendidikan bukanlah berkembang dengan sendirinya

melainkan adanya faktor pendorong yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam aspek

pendidikan terhadap sesebuah negara ataupun negeri. Sabah merupakan sebuah negeri yang

pendidikannya telah mengalami perubahan daripada pendidikan yang tradisional iaitu pengajaran

daripada ibu bapa, petua daripada orang-orang tua dan juga berdasarkan kepada kepercayaan

terhadap kepercayaan agama yang mereka pegang pada ketika itu.


5
Sufean Hussin. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kemenetrian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. 1993. Hlm 5
Seterusnya, kedatangan Penjajah ke negeri Sabah telah membawa banyak perubahan

ataupun kesan yang positif dan negatif dalam aspek pendidikan di Sabah. Permasalahannya

adalah apakah perubahan yang telah berlaku terhadap pendidikan di sabah sebelum kedatangan

penjajah sehinggalah penguasaan penjajah di Sabah daripada British kepada Jepun dan kembali

kepada tangan British. Lantaran daripada kedatangan kuasa luar di Sabah, aspek pendidikan telah

diubah kepada acuan barat disamping penerapan agama yang dibawa oleh penjajah dalam aspek

pendidikan. Hal ini telah membawa kepada pendidikan tradisional kepada pendidikan formal

yang kebanyakkannya membawa pengaruh agama Kristian. Bukan itu sahaja, Dasar pendidikan

Jepun juga pernah diterapkan dalam pendidikan di Sabah semasa perang dunia kedua. Namun

demikian, apakah dasar pendidikan yang telah diperkenalkan dan apakah perbezaan dasar

pendidikan yang telah diperkenalkan oleh British dan Jepun semasa penjajahan di Sabah.

Adakah masyarakat di Sabah dapat menerima perubahan pendidikan yang telah dibawa oleh

kedua-dua negara semasa proses penjajahan di Sabah.

Sejak tahun 1881 sehingga 1945, dalam tempoh tahun tersebut aspek pendidikan di

Sabah telah mengalami banyak perubahan daripada tidak formal kepada pendidikan yang formal.

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah menjajah Sabah dan membawa dasar pendidikan

seperti yang mereka inginkan dan penjajahan Jepun juga membawa dasar pendidikan mereka

tersendiri untuk kepentingan mereka sendiri. Namun persoalannya, adakah perubahan dasar

pendidikan yang dibawa oleh penjajah telah mendatangkan kesan yang positif ataupun negatif

kepada masyarakat Sabah pada ketika itu. Pada masa yang sama, bagaimana pula dengan reaksi

masyarakat terhadap penerapan dasar pendidikan yang di bawa oleh penjajah, adakah masyarakat

sabah pada ketika itu dapat menyesuaikan diri terhadap dasar pendidikan yang dibawa oleh
penjajah ataupun masyarakat Sabah menunjukkan reaksi bahawa mereka tidak menyokong

terhadap perubahan dasar pendidikan semasa era penjajahan di Sabah.

3.0 Objektif Kajian

Setiap penyelidikan yang dilakukan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Tujuan kajian ini

dijalankan adalah untuk mendalami dengan lebih mendalam mengenai Perubahan Sistem atau

corak pendidikan di Sabah. Objektif-objektif yang akan dicapai ialah:

i. Mengenalpasti Latar Belakang Pendidikan Tradisional di Sabah sebelum Era Penjajahan

ii. Mengkaji perkembangan pendidikan di Sabah pada zaman penjajahan dari tahun 1881

hingga tahun 1945

iii. Menganalisis pencapaian perubahan dasar pendidikan di Sabah dari tahun 1881 hingga

tahun 1945

Berdasarkan kepada objektif-objektif yang hendak dicapai ini, adalah diharapkan bahawa hasil

penyelidikan ini dapat memaparkan kebenaran dan ketulenan dalam penghasilan penulisan

sejarah ini supaya boleh dijadikan sebagai rujukan.

4.0 Tujuan Kajian

Setiap kajian yang dilakukan haruslah mempunyai tujuan mengapa kajian tersebut dijalankan.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengumpul, mengkaji dan menganalisis data-data dan

maklumat-maklumat penting yang telah diperolehi melalui dokumen-dokumen dan sumber

sejarah berkaitan dengan Pendidikan yang pernah dilaksanakan di Sabah sebelum era penjajahan

dan semasa era penjajahan. Bukan itu sahaja, kajian ini juga bertujuan untuk memperlihatkan

perkembangan ataupun perubahan dalam sistem atau dasar pendidikan di Sabah yang bermula

dengan pendidikan Tradisional dan seterusnya berlaku perubahan ataupun perkembangan dengan
acuan Barat dan juga Jepun. Berdasarkan dengan skop kajian yang bermula pada tahun 1881

sehingga 1945 ianya akan menunjukkan perkembangan ataupun yang sangat ketara dalam aspek

pendidikan di Sabah yang mana ianya akan membantu para penyelidik lain untuk menjadikan

kajian ini sebagai rujukan dan juga sebagai bahan bacaan umum.

5.1 Kepentingan Kajian

Penyelidikan sejarah adalah sangat memainkan peranan penting dalam mengembangkan lagi

potensi sesuatu perkara atau kajian. Matlamat ini adalah bagi memartabatkan sejarah tanah air

kita sendiri terutamanya fokus kajian ini iaitu negeri Sabah di samping dapat memberikan

peluang kepada kepada masyarakat untuk mengetahui ilmu sejarah dengan lebih baik.

Penyelidikan sejarah adalah penting dalam menjamin kepentingan pendidikan sejarah di institusi

pengajian tinggi. Dari aspek kepentingan kajian ini, adalah diharapkan bahawa ianya dapat

menambahkan penyelidikan ataupun penulisan berkaitan dengan perkembangan pendidikan di

negeri Sabah dalam aspek perubahan dasar pendidikan pada era penjajahan. Pada masa yang

sama ianya dapat menarik minat masyarakat untuk lebih banyak membuat penyelidikan

berkaitan dengan pendidikan di seluruh negeri di Malaysia.

Secara umumnya, kepentingan kajian ini adalah berdasarkan kepada objektif yang ingin

dicapai supaya penemuan yang ditemukan itu dapat menjawab kepada persoalan-persoalan

kajian. Terdapat juga kajian berkaitan negeri Sabah namun kebanyakkannya adalah

membincangkan berkaitan dengan sosioekonomi yang mana sememangnya negeri sabah terkenal

dengan kepelbagaian bangsa dan budaya dan juga sektor ekonomi yang menjadi tumpuan

penjajah satu ketika dahulu. Melalui perbincangan ini, pengkaji akan menjelaskan berkaitan

dengan sistem pendidikan yang pernah dilaksanakan di Sabah dalam aspek pendidikan formal

dan tidak formal.


Di dalam kajian ini, pengkaji turut mengambil inisiatif mengkaji tajuk ini adalah untuk

menjadikannya sebagai altenatif dalam membuat penilaian berkaitan dengan dasar pendidikan

yang pernah dilaksanakan di Sabah dalam tempoh tahun 1881 hingga 1945.

Oleh yang demikian, Kajian ini adalah usaha untuk memperlihatkan berkaitan dengan

keberkesanan perubahan dasar pendidikan yang telah berlaku di Sabah. Kajian ini mungkin

menghadapi kelemahan namun pengkaji berusaha untuk meletakkan kajian ini sebagai sandaran

mahupun rujukan tambahan kepada pengkaji lain untuk dijadikan sebagai salah satu bahan

sokongan bagi mendapatkan data-data berkaitan dan pada masa yang sama ianya boleh

dikembangkan lagi untuk mengisi kelemahan dan kelompongan kajian yang berkaitan dengan

pendidikan di Sabah.

5.2 Skop Kajian

Skop kajian bagi kajian ini akan memberi fokus pada perkembangan pendidikan di Sabah

bermula pada tahun 1881 sehingga tahun 1945. Pemilihan tahun 1881 adalah disebabkan pada

ketika itu dilihat bermulanya penguasaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah namun

pendidikan Tradisional iaitu pendidikan tidak formal telah diamalkan oleh Masyarakat Sabah

pada ketika itu. Hal ini menyebabkan pengkaji memilih tahun 1881 sebagai permulaan skop

kajian untuk menjelaskan pendidikan yang menjadi pegangan masyarakat Sabah dalam usaha

mereka mendidik anak-anak mereka yang meliputi pendidikan berasakan agama dan

kepercayaan.

Berdasarkan kepada skop kajian ini juga, tahun 1881 hingga 1945 menunjukkan

kedatangan kuasa asing ke Sabah seperti British dan Jepun. Pada jangka masa ini

memperlihatkan usaha-usaha British dan Jepun mengekalkan kedudukan mereka di Sabah


dengan mengekang pendidikan masyarakat dengan melaksanakan Perubahan pada dasar

pendidikan yang lebih kepada dasar yang diamalkan di negara asal mereka. Pemilihan

pengakhiran tahun 1945 sebagai batasan kajian adalah kerana pada tahun tersebut adalah

bermulanya peralihan kuasa di Sabah daripada British kepada Jepun yang turut membawa acuan

pendidikan mereka sendiri untuk diamalkan dalam dasar pendidikan di Sabah. Bukan itu sahaja,

Sabah menjadi kawasan kajian pengkaji kerana pernah dijajah oleh kuasa luar yang semestinya

meninggalkan banyak kesan kepada masyarakat. Pada masa yang sama, kajian dibuat di Sabah

kerana perkembangan pendidikan yang agak perlahan berbanding negeri lain di Malaysia

menyebabkan pengkaji tertarik untuk melihat reaksi masyarakat Sabah terhadap perubahan

pendidikan yang telah dibawa oleh kuasa asing yang sekaligus memberikan kesan terhadap

pendidikan di Sabah pada hari ini.

6.0 Kaedah Kajian

Dalam setiap penyelidikan, pemilihan metodologi ataupun disebut sebagai sumber atau kaedah

kajian penting untuk mendapatkan maklumat, fakta atau bukti yang akan digunakan dalam

penulisan kajian. Penggunaan dan pemilihan sumber kajian yang perlu melalui beberapa proses

atau tatacara penyelidikan yang sistematik agar kajian dapat disiapkan dengan sempurna. Dalam

usaha untuk memperolehi sumber bagi menjawab objektif dan menyelesaikan persoalan kajian,

pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi sejarah pendidikan di Sabah.

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah daripada sumber primier, sekunder dan

Lisan dalam usaha mendapatkan maklumat. Pengkaji mendapatkan sumber primier daripada

Perpustakaan Wilayah Sandakan yang menyimpan maklumat berkaitan dengan pendidikan di

Sabah. Merujuk kepada sumber sekunder, pengkaji mendapatkan maklumat melalui sumber
rujukan ilmiah dan jurnal-jurnal yang berautoriti yang juga diperolehi melalui Perpusatakaan

Wilayah Sandakan dan juga melalui rujukan secara atas talian.

7.0 Kajian Lepas

Pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak kajian lepas mengenai perkembangan pendidikan di

Sabah mahupun di Malaysia yang terdiri daripada Buku, Jurnal, Artikel dan penulisan tesis

secara langsung ataupun tidak langsung dan antaranya ialah buku yang di tulisa oleh Dayu

Sansalu yang bertajuk ‘Sejarah Perkembangan Pendidikan di Sabah 1881-1981. Dalam penulisan

ini, penulisan membuat kajian tentang perkembangan pendidikan di Sabah bagi setiap daerah

yang terdapat di Sabah. Penulisan tersebut menjelaskan berkaitan dengan pendidikan awal yang

terdapat di Sabah iaitu pendidikan yang tidak formal merangkumi masyarakat yang beragama

islam dan bukan beragama islam. Penulisan menjelaskan berkaitan dengan pendidikan

masyarakat bumiputera islam yang dijalankan di surau dan masjid. Bukan itu sahaja, penulis juga

menyatakan pendidikan masyarakat bumiputera bukan islam. Pendidikan tentang kepercayaan

juga wujud di Sabah iaitu berkaitan dengan kuasa ghaib dan penunggu, kepercayaan konsep

sogit, kepercayaan semangat padi, kuasa komburongo dan Gonding. 6 Penulis juga menjelaskan

pendidikan dalam bidang ekonomi dan politik yang masih tradisional.

Permulaan perkembangan pendidikan di Sabah padaera penjajahan Syarikat Berpiagam

Borneo Utara British dan Jepun. Semasa era penjajahan barat perkembangan sekolah mubaligh

telah berlaku di Sabah yang membawa kepada pembukaan sekolah-sekolah untuk pendidikan

formal. Pada ketika itu wujud sekolah yang mewakili badan gereja seperti katolik, Anglican,

Seventh Day Adventist (SDA).7 Pada masa yang sama wujud juga sekolah bumipuetera islam

6
Dayu Sansalu. Sejarah Perkembangan Pendidikan di Sabah 1881-1981. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2013. Hlm 15-37
7
Ibid. Hlm 65-66
dan sekolah latihan untuk anak ketua bumiputera. Walaupun kedatangan British hanya untuk

mengaut keuntungan namun mereka terpaksa akur dengan cadangan dan permintaan masyarakat

Sabah untuk didirikan lebih banyak sekolah untuk rakyat. Sementara sekolah mubaligh

berkembang, sekolah-sekolah cina juga semakin berkembang di Sabah pada ketika itu

sehinggakan membawa kepada perkembangan sekolah vernakular kerajaan sehinggalah

berlakunya perang antara British dan jepun banyak sekolah-sekolah yang rosak dan musnah

namun telah dibaiki setelah tamatnya perang.8 Semasa pendudukan Jepun di Sabah, pendidikan

terus berjalan namun penerapan dasar dan acuan Jepun telah diperkenalkan dengan melarang

pendidikan yang berunsurkan kebaratan kepada masyarakat Sabah. Penulisan ini mempunyai

maklumat untuk kajian yang akan dijalankan untuk melihat bagaimanakah reaksi masyarakat

Sabah terhadap perubahan pendidikan yang berlaku dan sejauhmana pencapaian dalam

perubahan sistem pendidikan yang berlaku di Sabah.

Dalam penulisan buku Dayu Sansulu yang bertajuk ‘Kadazan Dusun di Sabah:

Pendidikan dan Proses pembangunan 1881-1967’. Penulisan tersebut menjelaskan tujuan

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mengelola Sabah pada tahun 1881. Borneo utara

menjadi protektorat British dengan urusan administratif internal oleh perusahaan sehingga tahun

1946 ketika ia menjadi kolonial sebagai Borneo Utara British. Moto utama adalah ‘Pergo et’ dari

bahasa latin yang bermaksud ‘saya melakukan dan saya mencapai’. Ketua pertama dari

perusahaan adalah Alfred Dent, pada tahun 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee

Moses telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun dan

kemudiannya menjualnya kepada syarikat perdagangan Amerika iaitu American Trading

Company yang dimiliki oleh J.W. Torrey, T.B Harris dan beberapa pedagang Cina.9
8
Ibid. Hlm 108-110
9
Caroline Aegedius. Dasar Pendidikan British di Sabah 1945-1963. Kualam Lumpur, Jabatan Sejarah FSSS, Universiti
Malaya. 2003. Hlm 10-13
Dalam aspek pendidikan, Pada peringkat awal, usaha kearah perkembangan pendidikan

masyarakat bumiputera dan orang islam telah dilakukan oleh W.H Treacher yang merupakan

gabenor pertama Sabah. Treacher telah cuba membuka sekolah agama islam di Sandakan pada

akhir 1881.10 Untuk menarik kemasukan pelajar, beliau telah melantik Syeikh Abdul Dalunan

yang merupakan seorang imam dan guru untuk mengajar agama islam dan bahasa melayu.

Beliau juga telah mendermakan sebahagian gajinya untuk membiayai perbelanjaan sekolah

tersebut dan menyediakan tapak untuk beroperasi. Namun usaha beliau menemui kegagalan

kerana tidak mendapat sambut daripada penduduk islam, mereka khuatir anak-anak mereka

terpengaruh dengan ajaran agama Kristian dan juga disebabkan oleh masalahan kekurangan

kewangan dan kemudahan yang tidak mencukupi. Penulisan ini juga agak berlainan dengan tajuk

pengkaji namun ianya mempunyai perkaitan dalam melihat penerimaan masyarakat kadazan

yang merupakan penduduk bumiputera di Sabah terhadap perubahan pendidikan yang telah

berlaku.

Dalam buku yang ditulis oleh Sufean Hussin yang bertajuk ‘Pendidikan di Malaysia:

Sejarah, Sistem dan Falsafah. Penulis mengemukakan satu gambaran persejarahan ringkas

tentang perkembangan pendidikan di negara ini bagi membentuk kesedaran bahawa urusan

membangun dan memantapkan sistem pendidikan adalah satu urusan yang kompleks dan rumit.

Penulisan ini juga memaparkan usaha pihak penjajah tidak bersungguh-sungguh, iaitu

pembangunan sistem pendidikan di negara ini telah diperkukuhkan oleh usaha-usaha orang

persendirian, masyarakat tempatan dan persatuan-persatuan pendakwah Kristian.11

Dasar Laissez-Faire inggeris dalam bidang pendidikan telah mewujudkan lima jenis

persekolahan dalam zaman pemerintahannya. Jenis-jenis persekolahan tersebut ialah Sekolah


10
Ibid. Hlm 50-52
11
Sufean Hussin. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. 1993. Hlm 1
Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil. Sekolah Inggeris dan

Sekolah Agama Madrasah. Pewujudan lima jenis persekolahan ini dalam sistem pendidikan

dalam zaman pemerintahan Inggeris telah menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem

pendidikan sekarang, khususnya dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional.

Kewujudan sekolah vernakular dalam sisem pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris adalah

dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama.12 Penulisan ini adalah

menceritakan tentang pendidikan di Malaysia dan tidak memfokuskan kepada pendidikan di

Sabah.

Di dalam penulisan artikel Mat Zin Mat Kib yang bertajuk ‘Kristian di Sabah 1881-1994’

menyatakan bahawa kepercayaan penduduk negeri Sabah terutamanya di kawasan pedalaman

sebelum pertapakan agama Kristian adalah lebih kepada animism yang dikenali sebagai Pagan

yang berasaskan kewujudan roh dan makhluk halus iaitu corak pemikiran yang lebih berkisar

kepada semangat atau kuasa ghaib. Pertapakan agama Kristian di Malaysia dan Sabah bermula

dengan sejarah pertapakan orang eropah di Asia Tenggara kerana sesetengah negara

menjalankan aktiviti imperialism melalui perkembangan gereja. Slogan ‘beban orag putih’ iaitu

menjadi tugas bagi mereka untuk mentamadunkan masyarakat bawah jajahan mereka.

Pertapakan awal agama Kristian telah diterokai oleh gereja anglikan yang mula memasuki

Borneo ketika James Brooke memerintah Sarawak dan pada tahun 1883 pendakwahan anglikan

berjaya disebarkan ke Sabah setelah penapakan pertamanya di Labuan disusuli oleh mazhab-

mazhab lain seperti katolik dan protestan.13

Paderi yang datang ke Sabah ini memberikan pendidikan kepada anak-anak peribumi

Sabah selain memberi suntikan semangat untuk menerima perubahan. Usaha yang ditunjukkan
12
Ibid. Hlm 5-7
13
Mat Zin Mat Kib. Kristian Di Sabah 1881-1994. Selangor, Universiiti Kebangsaan Malaysia. 2003. Hlm 10-12
oleh para pendeta memperlihatkan betapa pentingnya pendidikan rasmi sebagai salah satu

kaedah dalam pendakwahan Kristian. Sekolah misi Kristian pertama yang telah ditubuhkan

adalah daripada gereja katolik di Sandakan pada tahun 1883 iaitu Sekolah Rendah St Mary.

Sandakan telah dipilih kerana merupakan pusat pentadbiran SBBU dan terdapat ramai penduduk.

Kemudiannya gereja basel telah menubuhkan sebuah sekolah menengah Inggeris yang pertama

di Sandakan pada tahun 1935. Sekolah misi ini menggunakan dialek kadazan-dusun dalam

pengajaran bermula pada tahun 1908 hingga 1938 bagi menarik minat pelajar. Menurut penulis

juga, mereka diajarkan ilmu kira-kira atau matematik, menjahit, kraf tangan, kesihatan diri dan

keluarga. Mereka juga menggunakan tiga basa pengantar iaitu inggeris, cina dan melayu bagi

mencapai mesej pengajaran-pembelajaran. Menurut penulis juga selepas perang dunia pertama,

para mubaligh tidak lagi dianggap menganggu kestabilan pentadbiran Syarikat Berpiagam

Borneo Utara dan dilaporkan berjasa dalam perkhidmatan khususnya dalam bidang pendidikan.

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Mohd Nor Long yang bertajuk ‘Perkembangan

Pelajaran di Sabah’ juga ada menerangkan berkaitan pendidikan semasa pentadbiran British.

Dalam kajian tersebut, penulis menyatakan bahawa SBUB tidak begitu mementingkan

pembangunan pendidikan di Sabah kerana ia tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.

Mereka lebih berminat membangunkan ekonomi di Sabah. SBUB hanya menyediakan

pendidikan pada peringkat rendah sahaja kerana usaha menyediakan pendidikan tinggi dilihat

tidak memberi keuntungan kepada mereka ditambah dengan masalah kewangan yang dihadapi

menyebabkan perkembangan pendidikan tidak dilakukakan. W. H Treacher merupakan gabenor

pertama Sabah yang cuba membangunkan sektor pendidikan namun menemui kegagalan kerana

tidak mendapat sambutan dan kekurangan dana. 14

14
Mohd Nor Long. Perkembangan Pelajaran di Sabah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982. Hlm 5-7
Di dalam penulisan ini juga menjelaskan usaha yang dilakukan oleh William Pryer yang

merupakan pengasas Bandar Sandakan. Beliau telah membuat tinjauan terhadap masyarakat Cina

dan Islam mengenai keperluan pendidikan masyarakat tersebut. Hasilnya, Sebuah bilik di rumah

setiausaha kerajaan Sabah ketika tu dijadikan sebagai bilik darjah dan mereka diberikan seorang

guru iaitu Encik Yusof untuk mengajar membaca, mengira dan menulis. Masyarakat Eropah

yang berada di Sabah ketika itu ada yang menyokong cadangan tersebut malah sudi menderma

gaji guru tersebut sebanyak $18.00 sebulan. Buku-buku dan bahan mengajar diambil dari

singapura.15 Bagaimanapun sekolah ini hanya menerima 9 orang pelajar dan akhirnya sekolah

yang dibuka pada 9 ogos 1886 ini terpaksa ditutup pada tahun 1887 berikutan kurang sambutan

yang diterima serta alasan yang sama seperti penutupan sekolah lain. Hal ini disebabkan orang

eropah yang lainnya menghantar anak mereka ke sekolah misi yang didirikan oleh mubaligh

Kristian. Selepas itu tiada lagi usaha dilakukan oleh pihak SBUB untuk membina sekolah bagi

orang SIlam dan masyarakat bumiputera kerana melihat tidak ada keperluan bagi masyarakat ini

mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun, pihak SBUB tetap membenarkan dan tidak

menghalang sekolah ditubuhkan di Sabah dan Peranan penubuhan ini dimulakan oleh mubaligh

Kristian.

Penulisan artikel oleh Ho Hui Ling yang bertajuk ‘Pembangunan Sosial di Negeri

Sarawak Pada Zaman Pentadbiran Kilonial British, 1946-1963 membincangkan berkaitan

perubahan pentadbiran dari kuasa Brooke kepada pentadbiran British. Pentadbiran British telah

membawa banyak perubahan di Sarawak terutamanya dalam aspek sosial yang menjadi tumpuan

dalam kajian ini iaitu aspek pendidikan. Selepas Perang Dunia Kedua, pihak kerajaan British,

para mubaligh dan pengelola sekolah cina telah mula berusaha untuk membuka semula sekolah-

sekolah yang terbantutu perkembangnnya semasa perang. Tindakan pentadbiran British bukanlah
15
Ibid. hlm 10
bertujuan memajukan pendidikan untuk penduduk, tetapi ianya adalah disebabkan oleh

penglibatan campur tangan pihak lain seperti mubaligh serta tuntutan masyarakat untuk

mendapatkan pendidikan telah telah menyebabkan penyertaan British dalam menyediakan

kemudahan pendidikan. 16

Dalam penulisan ini fokus terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak adalah selepas

penjajahan Jepun. Penulis menyatakan kehadiran pelajar di sekolah rendah dan menengah

semakin meningkat sejak tahun 1946-1963. Peningkatan bilangan sekolah juga berlaku di

Sarawak pada ketika itu adalah hasil usaha pihak mubaligh dalam kegiatan menyebarkan ajaran

Kristian sambil menjaga kebajikan penduduk Sarawak. Aspek pendidikan di negeri Sarawak di

bawah pentadbiran British telah memperlihatkan berlakunya beberapa perubahan besar antaranya

ialah pihak gereja dan pada mubaligh telah memperluaskan aktiviti mendakwah dan

menyediakan kemudahan pendidikan iaitu membina sekolah inggeris selepas perang di kawasan

luar bandar yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada bumiputera bukan islam. Kesedaran

masyarakat bumiputera selain daripada orang melayu dan melanau terhadap pentingnya

pendidikan telah meningkat selepas perang dan menuntut supaya pendidikan diberi kepada anak-

anak mereka.17 Penulisan ini dengan kajian yang akan dijalankan mempunyai beberapa

persamaan dalam aspek pendidikan iaitu dijajah oleh kuasa asing yang sama dan perubahan

pendidikan yang sama. Hal ini menyebabkan pengkaji melihat penulisan ini sebagai kajian lepas

yang mempunyai maklumat untuk kajian ini kerana perkembangan pendidikan di Sabah dan

Sarawak adalah berbeza.

16
Ho Hui Ling. Pembangunan Sosial Di Negeri Sarawak Pada Zaman Pentadbiran Kolonial British, 1946-1963. Jurnal
Sarjana Jilid 24, Bilangan 2. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Dirujuk melalui:
ejournal.um.edu.my/index.php/SARJANA/article/download/10371/7378/20761 . 2009. hlm 86-87
17
Ibid. Hlm 88-89
Kajian lain yang menyentuh berkaitan pendidikan adalah penulisan oleh Parameswari

Krishnan, J Hinduja Jayer Raman, Said Darkasi dan Rohini Krishnan dalam jurnal yang bertajuk

‘Dasar British dan Jepun Terhadap sekolah Melayu dan Tamil Sebelum tahun 1957’ menjelaskan

bahawa semasa penjajahan British sekolah Melayu dan Tamil mempunyai dasarnya sendiri iaitu

untuk semata-mata membolehkan buruh tamil terus bekerja di ladang tanpa pulang ke negara

asal mereka selepas tamat kontrak. Sekolah vernakular tamil dan melayu hampir berhadapan

dengan masalah yang sama tanpa mengira dari segi kemudahan bangunan sekolah, tahap

pendidikan, guru yang tidak bertauliah atau terlatih, kehadiran kanak-kanak ke sekolah,

ketiadaan bantuan atau sokongan seperti sekolah cina yang lain. Manakala, semasa pendudukan

Jepun pula, keadaannya berbeza di mana hampir kesemua sekolah telah mewajibkan penggunaan

bahasa Jepun dan memansuhkan semua bahasa lain.18

Dalam jurnal tersebut dijelaskan berkaitan Dasar Pendidikan British iaitu Pecah dan

Perintah yang diaplikasikan hampir dalam setiap aspek kehidupan masyarakat tempatan bagi

membolehkan British menguasai semua ekonomi Tanah Melayu. British telah memperkenalkan

sistem pendidikan vernacular atas beberapa tujuan utama. Antaranya ialah untuk mengelakkan

peningkatan taraf hidup masyarakat Tanah Melayu, mengekalkan buruh secara berasingan dan

tanpa perpaduan, mudah memerintah orang yang kurang sempurna, menjayakan niat ekonomi

Briitsh dan memajukan kawasan sawah padi bagi mendapatkan makanan utama. 19 Semasa

pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sistem pendidikan yang diterapkan adalah dasar

Niponisasi iaitu dasar penjepunan terhadap Tanah Melayu. Akibatnya, semua penduduk tanpa

mengira latar belakang kaum, termasuk juga melayu dan india berhadapan kesengsaraan,

18
Krishnan,P. jayer Raman, J.H, Darkasi, S & Krishnan, R. Dasar British Dan Jepun Terhadap Sekolah Melayu Dan Tamil
Sebelum Tahun 1957. Jurnal Kinabalu Bil. 26(2), 253-276. Dirujuk Melalui:
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2778/1830 . 2020. Hlm 256
19
Ibid. Hlm 257-258
penyeksaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Melalui sistem pendidikan ini, penekanan

akan diberikan kepada aspek berkait dengan disiplin, pembentukan akhlas dan taat setia kepada

maharaja Jepun serta kepatuhan penduduk kepada pentadbiran Jepun. 20 Penulisan ini mengulas

berkaitan dengan dasar yang diperkenalkan di Tanah melayu dan ianya juga mempunyai

perbezaan dengan negeri Sabah yang pada ketika itu belum menyertai Tanah Melayu atau

Malaysia seperti hari ini.

Penulisan lain yang mengkaji berkaitan pendidikan ialah dalam artikel yang bertajuk

‘Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke arah perpaduan Nasional’

yang ditulis oleh Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. Dalam kajian tersebut latar belakang

pendidikan di Malaysia dijelaskan iaitu pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan kepada

pelajaran agama islam dengan menggunakan kitan suci Al-Quran. Setelah berlaku penjajahan

British, pendidikan berteraskan pendidikan inggeris telah dilaksanakan di mana sekolah-sekolah

aliran inggeris mengajar menggunakan bahasa inggeris.hal ini telah memberikan cabaran kepada

orang melayu kerana pada ketika itu majoriti orang melayu tidak mahir dalam menggunakan

bahas Inggeris. Hal ini ditambah dengan dasar yang dibuat oleh British untuk menyekat

kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di sekolah inggeris kerana mereka bimbang jika

orang-orang melayu belajar dengan baik ianya pasti akan mengugat kedudukan British di Tanah

Melayu.21

Penulisan ini juga menjelaskan berkaitan dengan dasar pendidikan terutamanya sistem

persekolahan dan pelaksanaan yang dibawa oleh British tidak membawa kesan yang positif,

20
Ibid. hlm 269-270
21
Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan Ke Arah
Perpaduan Nasional. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Dirujuk Melalui:
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/436 . 2011. Hlm 33-34
terutamanya dalam aspek perpaduan dan pelaksanaannya yang mempunyai banyak kelemahan

kerana British hanya mementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja.

Kewujudan sekolah vernakular oleh British menyebabkan hubungan mereka semakin renggang.

Layanan yang tidak adil juga berlaku kerana sekolah vernakular Melayu dan Tamil terhad untuk

sekolah rendah sahaja manakala sekolah vernakular Cina mendapat keistimewaan melalui

sekolah rendah 6 tahun, Junior Middle (3Tahun) dan Senior Middle (3tahun).22 Lulusan untuk

sekolah melayu juga hanya sekadar memenuhi keperluan manusia yang paling rendah.

Penulisan artikel oleh Arba’iyah Mohd Noor yang bertajuk ‘Perkembangan Pendidikan

Islam di Kelantan’, institusi pengajian pondok merupakan institusi yang istimew kedudukannya

dalam masyarakat Melayu Tradisional, terutamanya masyarakat Kelantan. 23 Penulisan ini juga

mempunyai sedikit maklumat berkaitan kajian yang akan dijalankan kerana pendidikan

berasaskan agama islam juga wujud di Sabah. Menurut penulis, pendidikan di Kelantan sangat

terkenal dengan pendidikan yang berlandaskan agama islam seperti sistem sekolah pondok yang

mana telah berlaku peningkatan dan perkembangannya di Kelantan. Kemerosotan sekolah

pondok ini juga berlaku pada tahun 1945 disebabkan perubahan-perubahan dalam perkembangan

pelajaran di Kelantan.24 Namun demikian, menurut penulis jurnal ini, perkembangan sistem

pendidikan berbentuk persekolah juga berlaku di Kelantan seperti Sekolah Agama.

Perkembangan sekolah-sekolah agama di bawah majlis dari tahun 1917-1940 menunjukkan

berlakunya peningkatan dalam sistem persekolahan agama di Kelantan. Keadaan ini

menyebabkan Kelantan terkenal dalam pendidikan agama. Hal ini dinyatakan sendiri oleh

penasihat British ketika itu:

22
Ibid. Hlm 35
23
Arba’iyah Mohd Noor. (2008). Perkembangan Pendidikan Islam di Kelantan.Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah
1675-0594. Dirujuk Melalui: http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/3650 . 2008. Hlm 69
24
Ibid. hlm 73
“… This reputation of Kota Bharu as the Centre of Mohammedan learning has been well

known as far south as when I was serving there 10-15 year ago.”25

Penulisan lain yang mengulas berkaitan dengan pendidikan adalah daripada penulisan

artikel oleh Ramli Saadon, Khairi Ariffin dan Isha Saat yang bertajuk ‘Perkembangan

Pendidikan Orang Melayu di Mlaya Sebelum Kemunculan Western-Type-Education. Penulisan

ini menjelaskan berkaitan dengan pendidikan Informal dalam masyarakat Melayu yang

dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap pertama merupakan proses sosialisasi kebiasaanya

akan-anak akan dimarahi, ditegur, didenda dan disuruh berjanji supaya tidak mengulangi

kesalahan yang telah dilakukan. Pada tahap kedua pula merupakan peringkat anak-anak

meningkat ke alam keremajaan atau peringkat dewasa dan pada peringkat ini ibu bapa

menggunakan cara diplomasi dengan memberi nasihat dan teguran secara baik kepada anak-

anak. Pendidikan ini juga merangkumi peraturan kemasyarakatan dan bersikap lebih

bertanggungjawab.26

Penulisan ini juga menjelaskan berkaitan dengan pendidikan institusi agama terhadap

orang melayu. Ianya bermula dengan kemasukan islam di Melaka dan perkembangan peradaban

Kerajaan Melayu Melaka menjadikan agama islam dapat disesuaikan dan diasimilasikan dalam

kepercayaan beragama dalam kalangan orang Melayu yang sebelum ini di bawah pengaruh

kepercayaan Hindu dan Buddha.27 Perkara ini membawa kepada wujudnya pengajian sekolah

pondok yang merupakan institusi paling awal dan sehinggalah kedatangan kolonial British,

sekolah pondok ini masih wujud dan populariti institusi ini mendapat reaksi yang kurang

25
Ibid. Hlm 76
26
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat. Perkembangan Pendidika Orang Melayu di Malaya Sebelum
Kemunculan Western-Type-Education. Jurnal Perspektif Jil. 8 Bil, 2(79-96). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Dirujuk Melalui: https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/download/1744/1270/ . 2019. hlm80-81
27
Ibid. Hlm 83-84
menyenangkan hati pihak pentadbir kolonial British. hal ini menyebabkan pada penghujung abad

ke-19, kerajaan kilonial British juga menyediakan sekolah rendah yang bersifat sekular untuk

anak Melayu terutama di sebelah pantai barat dan selatan Tanah Melayu. Tetapi, kebanyakan ibu

bapa tidak menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah berkenaan kerana takur terpengaruh

dengan ajaran Kristian.28

Penulisan Awang Had Salleh yang bertajuk ‘Pelajaran Dan Perguruan Melayu di Malaya

Zaman British’, Awang Had Salleh mengupas persoalan sistem pendidikan dan latihan perguruan

di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Penulisan ini merupakan satu kajian terhadap

pertumbuhan sekolah-sekolah melayu yang diikuti dengan penubuhan maktab-maktab perguruan

bagi menyediakan tenaga pengajar untuk sekolah-sekolah tersebut. Dala penulisan ini juga,

tinjauan dibuat terhadap perspektif sejarah perkembangan pelajaran Melayu, matlamat dan

tujuan pelajaran melayu yang tersurat dan tersirat , sikap dan konsep pegawai-pegawai yang

bertanggungjawab menjalankan polisi pelajaran Melayu serta faktor-faktor yang tidak dirancang

tetapi mampu menimbulkan fenomena-fenomena yang diluar dugaan dari maktab perguruan

Sultan Idris. Penulisan ini juga mempunyai perkaitan berkaitan kajian yang akan dijalankan

dimana ianya memperlihatkan perkembangan pendidikan yang diusahakan oleh masyarakat di

Tanah Melayu dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan dan kesedaran masyarakat di

Tanah Melayu pada ketika itu. Dalam penulisan yang lain yang bertajuk ‘Sekolah Melayu,

Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah’ Menurut beliau, meskipun sikap dan prejudis orang

Melayu tidak dapat dinafikan kebenarannya. Namun beberapa perkara lain harus juga diberi

perhatian, beliau melihat salah satu sebab mengapa orang Melayu menanam prasangka terhadap

pendidikan moden (secular) yang cuba diperkenalkan oleh Pihak British ialah berpunca daripada

kegagalan ppihak penjajah memahami citarasa orang Melayu. Memperkenalkan unsur baru dari
28
Ibid. Hlm 85-86
barat dalam satu amalan pendidikan yang telah diamalkan sejak sekian lama iaitu mementingkan

pendidikan Al-Quran tentulah tidak mudah diterima. 29 Hal ini juga berlaku di Sabah apabila

reaksi masyarakat terhadap pembukaan sekolah oleh British untuk masyarakat tidak mendapat

sambutan yang baik.

8.0 Pembahagian Bab

29
Awang Had Salleh. Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah. Kertas Kerja Konvensyen Sejarah
Negeri Kedah. Kedah Darulaman. 1981. Hlm 16
Penulisan kajian ini dibahagikan kepada lima baba tau lima bahagian secara keseluruhannya dan

setiap bab mempunyai tema yang membentuk fokus pengkajian untuk mencapai objektif dan

menjawab persoalan kajian. Untuk membentuk pemahaman yang jelas dan mudah difahami,

pengkaji juga membincangkan bab-bab pengkajian mengikut kronologi masa yang tepat dan

mempunyai pekaitan yang jelas dalam setiap bab.

Bab 1: Pengenalan

Bab pertama merupakan pendahuluan atau pengenalan bagi kajian ini yang mana ianya akan

membentangkan pengenalan umum mengenai tajuk dan konteks yang akan dibincangkan

sepanjang kajian. Dalam bab pertama ini, pengkaji akan memasukkan beberapa aspek kajian

yang akan memberikan gambaran awal secara menyeluruh. Antara aspek kajian tersebut adalah

meliputi aspek pengenalan, permasalahan kajian, objektif kajian, tujuan kajian, kepentingan

kajian, skop kajian, kaedah kajian, kajian lepas, pembahagian bab dan kesimpulan. Namun

begitu, pembahagian bab tidak dijelaskan secara terperinci tetapi hanya diterangkan secara

ringkas untuk gambaran awal. Bab pertama ini juga penting kerana bahagian pendahuluan

merupakan garis panduan atau arah tuju yang membawa penyelidik untuk emncapai matlamat

objektif kajian yang dikaji.

Bab 2: Mengenalpasti Latar Belakang Pendidikan Tradisional di Sabah sebelum Era

Penjajahan

Dalam bab yang kedua, pengkaji akan menerangkan mengenai latar belakang pendidikan

tradisional di Sabah sebelum Era Penjajahan. Pengamalan pendidikan tradisional oleh

masyarakat Sabah akan diterangkan dengan lebih jelas dalam bab ini. Hal ini demikian bagi

mengenalpasti sistem pendidikan masyarkat Sabah sebelum penjajahan kuasa asing di Sabah.
Pendidikan berasaskan agama islam dan kepercayaan dalam masyarakat Sabah akan diterangkan

sebelum pengkaji menerangkan perubahan pendidikan yang berlaku selepas kedatangan kuasa

asing.

Bab 3: Mengkaji perkembangan pendidikan di Sabah pada zaman penjajahan dari tahun

1881 hingga tahun 1945

Bagi bab ketiga pula, pengkaji akan membincangkan mengenai perkembangan

pendidikan di Sabah pada zaman penjajahan dari tahun 1881-1945. Dalam bab ini akan

menerangkan berkaitan dengan perubahan dasar pendidikan yang dibawa oleh penjajah iaitu

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan juga Jepun. Pengkaji akan menerangkan berkaitan

pembukaan atau penubuhan sekolah yang membawa kepada pendidikan secara formal kepada

masyarakat Sabah. Pada masa yang sama, bab ini juga akan menjelaskan kepekaan penjajah

dalam pengurusan aspek pendidikan di Sabah.

Bab 4: Menganalisis pencapaian perubahan dasar pendidikan di Sabah dari tahun 1881

hingga tahun 1945

Bab 4 ini akan menganalisis pencapaian perubahan dasar pendidikan di Sabah dari tahun 1881

hingga tahun 1945 dalam pelbagai aspek dan sudut pandangan pengkaji. Pengkaji akan

menjelaskan berkaitan dengan sumbangan atau kesan setelah perubahan dasar pendidikan

dilakukan semasa penjajahan British dan Jepun di Sabah. Analisis ini dibuat dalam pelbagai

sudut mahupun sudut yang positif ataupun negatif berlandaskan bukti atau maklumat yang

dikemukakan dalam kajian ini.


Bab 5: Kesimpulan

Bab 5 merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini dimana pengkaji akan membuat rumusan

berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan. Kesimpulan yang dibuat adalah berkaitan dengan

keseluruhan perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam bab kedua, ketiga dan keempat yang

akan memperlihatkan tahap keberjayaan penyelidikan dalam mencapai kehendak objektif kajian

dalam mengkaji tentang ‘Perkembangan Pendidikan di Sabah Pada Tahun 1881 hingga tahun

1945.
9.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dapat kajian ini akan memberi suatu maklumat baharu kepada

masyarakat untuk melihat sejauhmana perkembangan pendidikan yang terancangan dengan baik

akan membawa perubahan yang baik kepada masyarakat. Melalui kajian ini juga pendedahan

kepada masyarakat berkaitan dengan kedatangan kuasa asing menjajah negara akan membawa

banyak perubahan antaranya ialah aspek pendidikan yang menjadi fokus dalam kajian ini.

Selain itu, kajian ini juga akan membuka mata masyarakat berkaitan dengan kesan

kedatangan penjajah iaitu British dan Jepun yang telah meninggalkan kesan yang sangat

mendalam kepada negeri Sabah pada hari ini. Seperti kita sedia maklum, kedatangan penjajah

adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan ekonomi yang ada di negeri Sabah pada ketika

itu, namun demikian, pihak penjajah tidak terlalu memberikan fokus dalam membuat perubahan

dalam aspek pendidikan dengan bersungguh-sungguh tetapi melakukannya sekadar sambil lewa

semata-mata untuk mengambil hari rakyat sahaja.

Oleh yang demikian, diharap melalui kajian ini ianya dapat membuka mata atau

menimbulkan kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan kepentingan menjaga

kemerdekaan dan keamanan negara daripada kuasa penjajah yang mana hanya mementingkan

diri sendiri tanpa mempedulikan hak rakyat tempatan yang sepatutnya mereka perolehi daripada

tampuk pemerintahan.
10.0 Rujukan

Arba’iyah Mohd Noor. 2008. Perkembangan Pendidikan Islam di Kelantan. Jurnal Malaysia dari

Segi Sejarah 1675-0594. Dirujuk Melalui:

http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/3650

Awang Had Salleh. 1981. Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah. Kertas Kerja

Konvensyen Sejarah Negeri Kedah. Kedah Darulaman

Caroline Aegedius. 2003. Dasar Pendidikan British di Sabah 1945-1963. Kualam Lumpur,

Jabatan Sejarah FSSS, Universiti Malaya.

Dayu Sansalu. 2013. Sejarah Perkembangan Pendidikan di Sabah 1881-1981. Dewan Bahasa

Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ho Hui Ling. 2009. Pembangunan Sosial Di Negeri Sarawak Pada Zaman Pentadbiran

Kolonial British, 1946-1963. Jurnal Sarjana Jilid 24, Bilangan 2. Universiti Malaya. Kuala

Lumpur. Dirujuk melalui:

ejournal.um.edu.my/index.php/SARJANA/article/download/10371/7378/20761

Hussin Bin Sarju, Rohani Binti Hamzah&Amirmudin bin Udin. Pendidikan: Matlamat dan

fungsinya. Dirujuk Melalui: http://eprints.utm.my/id/eprint/14919/1/Pendidikan_-

_eprint4.pdf

Ismail Said. 2010. Perkembangan Sejarah Negara. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Selangor

Krishnan,P. jayer Raman, J.H, Darkasi, S & Krishnan, R. 2020. Dasar British Dan Jepun

Terhadap Sekolah Melayu Dan Tamil Sebelum Tahun 1957. Jurnal Kinabalu Bil. 26(2),
253-276. Dirujuk Melalui:

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2778/1830

Mat Zin Mat Kib. 2003. Kristian Di Sabah 1881-1994. Selangor, Universiiti Kebangsaan

Malaysia

Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. 2011. Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar,

Cabaran, dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional. Universiti Sains Malaysia,

Pulau Pinang. Dirujuk Melalui:

https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/436

Mohd Nor Long. 1982. Perkembangan Pelajaran di Sabah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka

Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat. 2019. Perkembangan Pendidika Orang Melayu di

Malaya Sebelum Kemunculan Western-Type-Education. Jurnal Perspektif Jil. 8 Bil, 2(79-

96). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Dirujuk Melalui:

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/download/1744/1270/ .

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Sabah. Dirujuk Melalui:

http://www.sabah.edu.my/fma008/31.HTML

Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kemenetrian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai