Anda di halaman 1dari 3

Sejarah penubuhan Johor dan asal-usul nama tempat

ROSSA CALLA 11:31 PG


14
SHARES
Facebook Google+TweetWhatsApp

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab Jauhar yang bermaksud Permata
Berharga . Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah da
tang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada s
uatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau Gangganu oleh or
ang-orang Siam yang bermaksud Batu Permata .
Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawa
n oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta keraj
aan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Joho
r telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.
Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda tela
h ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran Seri Maha
raja Johor . Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya m
embawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan
pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1
841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. P
embinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas
membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai Bapa Pembangunan Jo
hor .
Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah s
ebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.
Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Ada yang berpunca
daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang be
rasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit)
atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh t
empatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berl
aku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang be
rlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan
kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.
Batu Pahat
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air
tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Ker
ja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) d
i bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesa
n pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Pe
rigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Band
ar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada pangkal jeram , kerana
terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar t
ersebut.
Muar

Muar lahir daripada perkataan muara iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penemp
atan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkena
l sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlind
ung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura se
telah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian
pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pemb
esar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan muak
n mu-aru (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.

(jemu da

Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempen
a nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa it
u Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai ge
laran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda
dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

Mersing
Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh
Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan i
ni berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer S
ingh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat
itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dar
a bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kera
na Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal
menantunya.
Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang
berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya ba
pa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap ker
as hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan me
nyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam
lagu Seri Mersing.
Segamat
Nama Segamat berasal dari ungkapan kata segera amat atau segar amat . Kata-kata itu l
ahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Me
laka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa d
iusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampa
inya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman P
ortugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandila
h di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, Segar amat rasa badan ini kata-kata
Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menama
kan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.
Pontian
Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata Perhentian . Perhentian yang dimaksud
kan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bag
i kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang meny
ebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintas
i kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat
perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Band
ar utama bagi daerah Pontian.
Kota Tinggi
Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di t
ebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis ya

ng berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya d


i Melaka pada tahun 1511.
Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora
Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lag
i. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan
lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar
Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.
Tangkak
Nama Tangkak timbul daripada tang merangkak . tang berasal dari perkataan tentang yak
ni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tu
juh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit
Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah le
mbut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rem
bia.
Kluang
Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pema
kan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan l
ain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun
mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang
ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang
kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang
pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang
-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.

Anda mungkin juga menyukai