Anda di halaman 1dari 8

PENDIRIAN MALAYSIA TERHADAP

ISU ANTARABANGSA
(SINGAPURA)

TUNTUTAN PULAU BATU PUTIH

Pulau Batu Puteh terletak berhampiran


dengan pulau-pulau sekitarnya seperti
Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang
menjadi subjek utama mengenai pertindihan
antara Singapura dan Malaysia.

SEJARAH PULAU BATU PUTIH

Pulau Batu Puteh (bahasa Portugis: Pedra Branca) merupakan sebuah batu tunggul
yang mempunyai keluasan sebuah padang bola sepak, terletak di Selat Singapura
yang menghadap ke arah Laut China Selatan. Rumah Api Horsburgh yang terdapat
di tunggul batu ini dibina oleh pihak British pada 1851.

Singapura merujuk ke atas pulau ini sebagai "Pedra Branca" (yang bermaksud "batu
putih" dalam bahasa Portugis). Dinamakan sebagai batu putih kerana terdapat
sekelompok burung camar laut yang mendiami pulau ini pada masa yang lalu.

TUNTUTAN BERTINDIH

Malaysia memasukkan Pulau Batu Putih dalam


sebahagian daripada perairannya berdasarkan peta
malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1979.
Singapura pula mendakwa Pulau Batu Putih sebahagian
daripada miliknya
Kedua- dua negara bersetuju menyelesaikan masalah
ini diselesaikan melalui Makhamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) pada 6 November 2007 di The
Hague di Belanda.
Malaysia dan singapura melalui melalui menteri luar
masing-masing bersetuju menerima apa-apa
keputusan ICJ.

DELIGASI YANG TERLIBAT


MALAYSIA
Tan SriAbdul Kadir
Mohamad(Ketua) Penasihat
Perdana Menteri

SINGAPURA
Tommy Koh-Duta Kelana

DatukNoor Farida Ariffin-Duta


Malaysia ke Belanda

Chao Hick Tin-Peguam Negara

Tan SriAbdul Gani Patail-Peguam


Negara

S.Jayakumar-T.Perdana Menteri
Singapura

MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ)

Hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi


sejarah sebagai sebahagian dari Johor disahkan, tetapi
keputusan mahkamah 16-ahli, dengan majoriti 12-4,
kebanyakannya berdasarkan aktiviti Singapura selama
100 tahun terakhir. Selain itu ICJ turut mengambil kira
dakwaan Singapura mengenai surat oleh wakil setiausaha
Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai
tiada tuntutan oleh kerajaan Johor berhubung dengan
permilikan Pedra Branca.Hujah Singapura berdasarkan
doktrinterra nullius(tanah yang tidak berpenghuni) atau
pembinaan rumah api tidak menunjukkan Singapura
sebagai tuan asal Batu Puteh, menurut penghakiman ICJ.

Oleh itu singapura diberi kedaulatan


terhadap Pulau Batu Putih manakala
Malaysia diberi kedaulatan Batuan
Tengah.
Status Tubir Selatan ditetapkan
kemudian berdasarkan perairan mana
ia terletak.

Anda mungkin juga menyukai