Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Pulau Batu Puteh (bahasa Portugis: Pedra Branca) (juga ditulis Pulau Batu Putih mengikut ejaan
baru Bahasa Melayu) merupakan sebuah batu tunggul yang mempunyai keluasan sebuah padang
bola sepak, terletak di Selat Singapura yang menghadap ke arah Laut China Selatan. Rumah Api
Horsburgh yang terdapat di tunggul batu ini dibina oleh pihak British pada 1851.

Singapura merujuk ke atas pulau ini sebagai "Pedra Branca" (yang bermaksud "batu putih"
dalam bahasa Portugis). Dinamakan sebagai batu putih kerana terdapat sekelompok burung camar
laut yang mendiami pulau ini pada masa yang lalu.

Pulau Batu Puteh terletak berhampiran dengan pulau-pulau sekitarnya seperti Batuan
Tengah dan Tubir Selatan, yang menjadi subjek utama mengenai pertindihan
antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh
milik Singapurasementara Batuan Tengah milik Malaysia [1] [2] [3] Status Tubir Selatan pula akan
ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.

B. Pulau Batu Puteh


Melayu

B. Pedra Branca
Inggeris

B. Cina

(Pinyin bijio)

B. Tamil

Kelebihan fizikal

Pulau Batu Puteh memiliki keluasan 2,000 m, dan semasa air surut diukur, panjangnya ialah 137 m.
Ia tidak termasuk Batuan Tengah, yang mana kedua-dua batu tunggul terletak 0.6 nmi (1.1 km) di
selatan pulau yang dimiliki oleh Malaysia, dan Tubir Selatan, batu yang timbul semasa air surut
sahaja, 2.1 nmi (3.9 km) ke selatan yang mana pemilik sebenar masih dalam penentuan.

Sejarah

Kerajaan Negeri-negeri Selat merasakan perlu membina rumah api di Pulau Batu Puteh pada 1847.
Kapten James Horsburgh dari Scotland, British kemudiannya membina Rumah Api Horsburgh pada
1847-1851 selepas mendapat kebenaran daripada Sultan Johor pada 1844. [6] Seorang
hidrografer Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk melukis peta kedalaman kawasan perairan ini.
Perairan sekitar batuan ini pertama kali memiliki rekod pelayaran yang diterbitkan seawal 1953.
Pelayar Belanda Johann van Linschoten kemudian merekodkan Pulau Batu Puteh sebagai "di mana
kapal datang dan pergi ke dan dari China lalu dalam bahaya dan sebahagiannya meninggalkannya"
("where ships that come and go to and from China pass in great danger and some are left upon it").
Batuan ini mendapat nama semasa sekumpulan burung camar laut singgah di atasnya.

Kesultanan Johor Darul Ta'zim

Rakyat Malaysia khususnya di negeri Johor Darul Ta'zim mendakwa bahawa Pulau Batu Puteh
adalah sebahagian daripada jajahan takluk kesultanan DiRaja Johor bersandarkan
kepada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos, 1824 yang secara
jelas menggariskan persempadanan kedaulatan Kesultanan DiRaja Johor yang masih digunapakai
hingga ke hari ini.
Surat kebenaran yang telah diberikan oleh Temenggung dan Baginda Sultan Johor kepada pihak
Inggeris di Singapura untuk membina Rumah Api Horsburgh pada 25 November1844 juga
membuktikan penguasaan dan kedaulatan Kesultanan DiRaja Johor di perairan tersebut. Mengikut
surat kebenaran tersebut, pembinaan serta operasi rumah api telah dibenarkan 'berdekatan dengan
Titik Romania' atau di mana-mana yang bersesuaian. [8]
Almarhum Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail ketika merasmikan pembukaan
persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 Jun, 2008 menegaskan bahawa pulau
berkenaan bukan milik Singapura sebaliknya hak milik kerajaan Johor Darul Ta'zim. [9]
"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak
Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula
pulau milik Johor itu," titah baginda.
Kes pelanggaran kapal

Batuan ini dianggap mempunyai risiko bahaya kepada kapal layar yang melaluinya. Sebagai contoh,
antara 1824 dan 1851, terdapat sekurang-kurangnya 25 kemalangan kapal yang melibatkan
pelanggaran batu ini. Antara 2000 dan 2004 terdapat dua laporan mengenai kemalangan kapal.
Pada 4 Januari 2003, sebuah kapal perang Tentera Laut Singapura, RSS Courageous telah
berlanggar dengan kapal dagang Belanda, ANL Indonesia sepanjang 293.5 m berhampiran pulau ini
di perairan Selat Tebrau, Johor Darul Ta'zim. [10] Tiada kecederaan dilaporkan di pihak kapal dagang
tersebut yang hanya mengalami kerosakan ringan.[11] Namun tiga krew kapal perang Tentera Laut
Singapura telah terkorban, lapan tercedera dan seorang krewnya hilang. Krew kapal tentera laut
Singapura tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian serta kemalangan yang telah berlaku

PERTINDIHAN WILAYAH

Wilayah ini menghadapi pertindihan antara Singapura dan Malaysia sejak 1979 yang mana Malaysia
menerbitkan peta yang memaparkan batuan ini berada di dalam sempadannya. Kes ini telah
ditangani oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa supaya mendapat kata putus. Pada 23 Mei 2008,
Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura,
tetapi Batuan Tengah kepada Malaysia. Manakala status Tubir Selatan yang terletak lebih ke
selatan akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak

Tuntutan bertindih mengenai Pulau Batu


Puteh
Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada
tahun 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan Pulau Batu
Puteh di dalam perairan wilayahnya. Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik
terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7
batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang) [1].
Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian
Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu
nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali
tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi
kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut
hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya
mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.
Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api
tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia
atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta
kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada
kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.
Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut
semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia. Sikap
berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan
semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di
dalam penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa [2] yang akhirnya
dengan persetujuan 12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura
sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula
akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak

Perjalanan Kes

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menetapkan untuk mendengar kes pertikaian antara
Malaysia dengan Singapura berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan
Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge), yang terletak di perairan luar pantai Johor,
pada 6 November 2007 di The Hague, Belanda.
Pendengaran bermula dengan ucapan pembukaan oleh kedua-dua pihak sebelum penyampaian
hujah lisan oleh Singapura pada hari pertama.
Singapura diberikan empat hari (6-9 Nov) untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama,
sementara Malaysia diberikan giliran pada minggu berikut iaitu pada 13-16 Nov 2007.
Ini diikuti dengan hujah lisan dua hari pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 Nov dan
Malaysia pada 22 dan 23 Nov.[4]
Keputusan penghakiman hanya diumumkan pada 23 Mei, 2008.

Delegasi Singapura

Pelbagai bukti sokongan telah dikemukakan seperti peta, gambar-gambar, dan rakaman suara telah
dikemukakan oleh pasukan Singapura yang diketuai oleh:

Tommy Koh - Duta Kelana di Kementerian Luar Republik Singapura. Beliau juga merupakan
profesor undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura.
Chao Hick Tin - Peguam Negara.
S. Jayakumar - Timbalan Perdana Menteri Singapura

Delegasi Malaysia

Ketua Delegasi Malaysia ialah:


Tan Sri Abdul Kadir Mohamad- Duta Kelana, juga Penasihat Perdana Menteri mengenai Hal
Ehwal Luar Malaysia. Beliau akan menjadi wakil Malaysia bagi kes itu.
Datuk Noor Farida Ariffin - Duta Besar Malaysia ke Belanda, bertindak sebagai wakil bersama.
Tan Sri Abdul Gani Patail - Peguam Negara, ketua pasukan undang-undang.
Delegasi Malaysia turut disertai oleh:

Sir Elihu Lauterpacht - profesor Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge


James Crawford - profesor Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge
Nicolaas Jan Schrijver - profesor Undang-undang Antarabangsa Awam, Universiti Leiden
Marcelo G. Kohen - profesor Undang-undang Antarabangsa, Graduate Institute of International
Studies, Geneva
Penelope Nevill, pensyarah Downing College, Universiti Cambridge.

Hakim

Ada 16 hakim yang telah mengundi bagi menentukan kedudukan kes ini:

Awn Shawkat Al-Khasawneh


Raymond Ranjeva

Shi Jiuyong
Abdul G. Koroma
Gonzalo Parra Aranguren
Thomas Buergenthal

Hisashi Owada
Bruno Simma
Peter Tomka
Ronny Abraham

Kenneth Keith
Bernardo Sepulveda Amor
Mohamed Bennouna
Leonid Skotnikov

Christopher S.R. Dugard - Hakim ad hoc dilantik oleh Malaysia.


Pemmaraju Sreenivasa Rao - Hakim ad hoc dilantik oleh Singapura.

Presiden ICJ Hakim Rosalyn Higgins tidak layak menjadi hakim kerana pernah mewakili Singapura.
Surat Temenggung Johor

Pada 25 November 1844, surat kebenaran membina Rumah Api Horsburgh telah diberikan oleh
Temenggung dan Sultan Johor. Pembinaan operasi rumah api dibenarkan 'berdekatan dengan
Titik Romania' atau di mana-mana yang sesuai. Pulau Batu Puteh ini berdekatan dengan Titik
Ramunia tersebut. Dana dari pihak swasta telah dikumpulkan sejak 1836 untuk membina rumah
api itu.

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Profesor Shunmugam Jayakumar yakin surat ini berada
disimpan oleh kerajaan Johor atau waris Sultan Ali atau Temenggong berkenaan. Pihak arkib
Singapura telah berusaha mengesannya tetapi tidak berjumpa.

Operasi Rumah api dari Singapura

Semua sistem rumah-rumah api ditadbir oleh Negeri-negeri Selat / Penempatan Selat iaitu di
stesen Singapura, Melaka atau Pulau Pinang. Sejak 1912 Persekutuan Tanah Melayu turut
menyumbang kos operasi rumah api apabila swasta enggan membiayai rumah-rumah api itu.

Rumah api yang lain termasuklah di Pulau Pisang, Pulau Undan, Cape Ricardo, Muka Head dan
Pulau Rimau. Operasi dari Singapura tidak berubah dan diteruskan tanpa sebarang masalah.

Tentera Laut Malaya kemudian dinamakan Tentera Laut Diraja Malaysia bertanggungjawab
terhadap Singapura sehingga 1975 apabila Singapura mempunyai tentera lautnya sendiri. Tentera
Laut Diraja Malaysia terus beroperasi di pangkalan Woodland, Singapura sehingga 1980-an
tanpa sebarang masalah. Woodland hanya diserahkan kepada Singapura pada 1997.

Sebelum dan selepas pembentukan tentera laut Singapura, pasukan British dan Malaysia
berterusan mengawal perairan Selat Melaka, Laut China Selatan, termasuk Pulau Batu Puteh.

94,000 kapal melalui Selat Melaka pada 2004 dan akan meningkat kepada 141,000 buah pada
2020. Pada 16 November 1971, tiga negara yang intim iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura
sepakat untuk menguruskan Selat Melaka.

Anehnya kini Singapura agresif mengubah karakter dan penampilannya di Pulau Batu Puteh.

Pada 1969 Malaysia secara rasmi meminda wilayah pentadbiran daripada 3 kepada 12 batu
nautika. Tentunya termasuk Pulau Batu Puteh. Tetapi Singapura tidak pula protes. Hanya sejak
1986, Singapura menghantar kapal tentera laut mengawasi Pulau Batu Puteh dan meronda 24
jam. Sebelum itu tidak ada rondaan 24 jam. Sejak itu nelayan Johor berada dalam bahaya,
dihalau dan mungkin diancam dan ditembak jika 'menceroboh'. Pihak Malaysia tidak mengambil
pendekatan konfrontasi terhadapi situasi tegang itu. Kemudian Malaysia dapat tahun Singapura
telah menempatkan peralatan komunikasi tentera sejak 1977 lagi.
Peta Malaysia 1979

Pada 20 Disember 1979, Kementerian Luar Malaysia menghantar telegram kepada semua Misi
Asean tentang keputusan Malaysia untuk mengeluarkan peta baru. Peta baru tidak bermaksud
tuntutan baru, tetapi hanya petunjuk mengenai hak Malaysia di perairan laut wilayah dan
pelantar benua Melaysia berdasarkan perjanjian-perjanjian sedia ada dan perundangan
antarabangsa. Malaysia telah memaklumkan peta Malaysia 1979 kepada 7 negara jiran iaitu
Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan China. Semua 7 negara ini telah
membantah kerana Malaysia cuba mengubah status quo.[1]

Pada 21 Disember 1979, mesyuarat pertama antara Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian luar
Malaysia dengan Pesuruhjaya Tinggi Singapura. Namun ketika itu masih tidak ada bantahan dari
Singapura.

Pada 13 Mei 1980, Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia ketika itu ada memberi
maklum balas terhadap kenyataan Lee Kuan Yew berhubung dokumen yang disimpan oleh
Singapura. Tetapi sehingga kini dokumen definitif itu tidak ditunjukkan di mana-mana
mahkamah [2].

Pada 14 Februari 1980, Singapura membuat bantahan rasmi menuntut Pulau Batu Puteh sebagai
miliknya. Nota ini yang mencetuskan pertikaian. Tarikh kritikal ini penting dari sudut undang-
undang persempadanan. Selepas tarikh ini, Singapura tidak lagi bertindak secara normal
berbanding fungsinya sebagai pengendali rumah api [3].

Singapura hanya menuntut Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge)
hanya selepas 6 Februari 1993.

Surat Gabenor Butterworth

Surat Gabenor Butterworth yang dirujuk dalam Perjanjian Crawfurd tidak terdapat di mana-mana arkib
Malaysia. Malangnya 1994 Singapura enggan membenarkan pihak Malaysia akses ke arkib di negara
tersebut. Surat ini dirujuk sebagai 'Letters of Native Rulers'.

Dokumen bertulis

Singapura tidak mengemukakan sebarang dokumen bertulis. Sebaliknya Malaysia


mengemukakan 7 dokumen bertulis itu :
1. Surat dari Residen British di Singapura pada 10 Januari 1824 kepada pentadbiran di India
mengenai jajahan Johor.
2. Perjanjian Crawfurd antara Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan
Temenggung Johor yang berlangsung pada 1824. Artikel II Perjanjian Crawfurd
menyatakan Sultan dan Temenggong Johor menyerahkan kawasan berupa perairan, selat
dan pulau-pulau terletak 10 batu dari pantai.
3. Surat Crawfurd bertarikh 3 Ogos 1824 yang mengiktiraf kedaulatan Johor ke atas pulau-
pulau kecil dalam longkungan 10 batu dari Singapura.
4. Surat Crawfurd pada 1 Oktober 1824
5. Laporan Presgrave (Edward Presgrave) bertarikh 5 Disember 1828 mengenai kegiatan
lanun di Selat Melaka serta sempadan empayar Johor termasuk di Pulau Batu Puteh
6. Peta tahun 1842 yang disediakan atas arahan kerajaan Belanda.
7. Rencana dalam Singapore Free Press pada 25 Mei 1843 menyebut Pulau Batu Puteh
antara pulau dikaitkan dengan kegiatan lanun terletak di bawah kuasa kerajaan Johor.
8. Surat-surat antara Gabenor Butterworth dengan Sultan dan Temenggong Johor pada 1944
berhubung cadangan pembinaan rumah api di pulau-pulau di muara Laut China Selatan.

Berkongsi Selat Melaka dan Laut China Selatan

Sejak sekian lama Malaysia, Indonesia dan Singapura berkongsi perairan dan pengurusan di Selat Melaka
dan Laut China Selatan. Secara geografi, dan sejarah kolonial British, Malaysia dan Singapura juga
berkongsi dalam banyak perkara.

Implikasi keputusan penghakiman

Malaysia pemilik asal Pulau Batu Puteh

Hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi sejarah sebagai sebahagian dari Johor disahkan,
tetapi keputusan mahkamah 16-ahli, dengan majoriti 12-4, kebanyakannya berdasarkan aktiviti
Singapura selama 100 tahun terakhir. Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaan Singapura mengenai
surat oleh wakil setiausaha Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai tiada tuntutan oleh
kerajaan Johor berhubung dengan permilikan Pedra Branca. [1] Hujah Singapura berdasarkan doktrin
terra nullius (tanah yang tidak berpenghuni) atau pembinaan rumah api tidak menunjukkan Singapura
sebagai tuan asal Batu Puteh, menurut penghakiman ICJ.

Reaksi kerajaan Malaysia


Keputusan itu dianggap situasi menang-menang oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Rais
Yatim ketika ditemuramah secara langsung sejurus selepas keputusan diumumkan. Sementara
itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini seimbang dan memihak kepada
Malaysia. Keluasan Singapura tentunya akan bertambah 22 batu nautika. Bagaimanapun
perundingan lanjut akan diteruskan kerana kedua negara mempunyai hak dan kedaulatan untuk
terus beroperasi pada kedua kawasan yang berdekatan.

Baginda Sultan Johor pula ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri
Johor pada 19 Jun, 2008 menegaskan bahawa pulau berkenaan bukan milik Singapura sebaliknya
hak milik kerajaan Johor. [1]

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan
hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk
mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

Reaksi rakyat Malaysia

Kes ini telah membuka mata semua pihak tentang peri pentingnya pihak berwajib untuk
mendokumentasi secara teratur, tersusun dan selamat segala sejarah serta rekod-rekod penting
kerajaan. Semua kakitangan kerajaan juga disarankan agar lebih teliti dan berhati-hati dalam
menyedia dan menandatangani sebarang dokumen bagi pihak kerajaan [1]. Ini dengan tujuan
untuk memelihara kewibawaan kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan pihak-pihak yang
terdahulu.

Kerajaan Malaysia disarankan agar lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang perjanjian
dengan pihak berkuasa Singapura. Terma dan syarat-syaratnya perlulah diperhalusi agar tidak
berat sebelah dan akhirnya hanya merugikan seperti kes Tuntutan bertindih mengenai Pulau Batu
Puteh ini. Dalam kebanyakan perjanjian antara Malaysia dan Singapura yang sering mencetuskan
ketegangan diplomatik termasuklah berkaitan harga air mentah, tanah KTM Bhd; pengeluaran
wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta pemindahan Kompleks Kastam dan Imigresen di
Tanjung Pagar.

Sentimen rakyat juga terutamanya di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia juga sudah
semakin berubah. Walaupun diketahui rakyat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah di
antara penyokong kuat parti pemerintah, namun kini sudah ada asas untuk mereka meragui dan
mencurigai kewajaran pelaksanaan Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan
Iskandar; sebelumnya SJER) oleh pihak kerajaan [2] [3]. Berdasarkan perjalanan kes Tuntutan
bertindih mengenai Pulau Batu Puteh yang memihak kepada Singapura, penglibatan berlebih-
lebihan Singapura di kawasan terbabit dikhuatiri akhirnya akan hanya mengulangi kisah tuntutan
kedaulatan yang berskala lebih besar daripada republik berkenaan dikemudian hari
Hubungan diplomatic

Hubungan diplomatik di antara kerajaan Malaysia dan Singapura dijangka terus terjalin erat meskipun
ada waktu pasang dan surutnya. Perdana Menteri serta Menteri Luar Malaysia berulang kali cuba
mengingatkan rakyat agar menerima apa juga keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Pihak kerajaan cuba untuk menyakinkan rakyat supaya menerima bulat-bulat keputusan
penghakiman ini dengan alasan sebarang keputusan yang diputuskan oleh ICJ tidak boleh dirayu lagi.

Kepentingan dokumentasi

Sejak dari dahulu lagi Singapura telah menjadi pusat pentadbiran British dan sekaligus
mempunyai kelebihan. Banyak sekali media cetak, penerbitan dan filem yang bertapak di
Singapura berbanding dengan Kuala Lumpur sehinggalah Singapura berpisah dari Malaysia.

Lantaran itu Singapura mempunyai kelebihan memiliki pelbagai dokumen seperti rekod, surat-
surat perjanjian, peta lama, buku-buku klasik, nota catatan , diari dan laporan syarikat dan
laporan kerajaan. Semua bahan bertulis ini menjadi bahan artifak yang sahih dan terbukti
berguna kepada Singapura untuk menguatkan hujah mereka.

Malaysia juga ada institusi sejarah seperti Arkib Negara , Jabatan sejarah dan muzium. Tetapi
Malaysia pernah berhadapan dengan kebakaran bangunan yang menyimpan rekod lama.

Sempadan maritim

Sebelum ini nelayan Johor dihalang daripada mendekati serta menangkap ikan di perairan
tersebut. Singapura juga sejak 1986, mengawal ketiga-tiga fitur itu sebagai kawasan mereka
dengan tidak membenarkan sesiapa masuk tanpa kebenaran mereka. Malaysia sama sekali tidak
membantah atas semangat setiakawan ASEAN [1].

Dengan keputusan ini, para nelayan kembali bebas bagi melakukan aktiviti perikanan di kawasan
Batuan Tengah dan Tubir Selatan, sebaik sahaja persempadanan perairan kedua negara
ditetapkan. Walaupun boleh dikatakan keputusan Mahkamah Antarabangsa memberi separuh
kemenangan kepada Singapura dengan mendapat Pulau Batu Puteh, kemenangan Malaysia ke
atas Batuan Tengah dan kemungkinan besar juga kedaulatan ke atas Tubir Selatan bermakna
sempadan maritim Singapura kini hanya terbatas kepada Batu Puteh sahaja.

Tubir Selatan yang terletak dalam lingkungan 12 batu nautika Batuan Tengah milik Malaysia.
Besar kemungkinan Tubir Selatan juga menjadi milik Malaysia kerana ini. Jika Tubir Selatan
ditentukan milik Malaysia, kerajaan Malaysia boleh mendapat 12 batu nautika lagi bagi kawasan
maritimnya. Ini selari dengan Artikel 13(1) UNCLOS 1982 yang menganggap objek seperti
Tubir Selatan adalah juga tanah semulajadi, lalu berhak mendapat 12 batu nautika sebagai
sempadan maritimnya [2].

Dengan keputusan ini juga sebarang kemalangan, jenayah laut, aktiviti lanun dan sebagainya di
Batu Putih pula hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa Singapura. Ini termasuklah aktiviti
pelayaran dan aliran kapal kargo dan kapal tangki dari Laut China Selatan ke Selat Melaka.

1. Perenggan 20. Spotlight on Batu Puteh. New Straits Times. 2 Januari 2003. Dicapai 10
Disember 2006.
2. Hujah keenam Singapura gulung hujah Batu Putih. Utusan Malaysia. 21 November
2007
3. Perenggan 3 Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan
Malaysia. Utusan Malaysia. 24 Mei 2008
4. Pertikaian Batu Puteh Di ICJ Bermula 6 Nov. Bernama. 2 November 2007. Dicapai 13
November 2007.
5. John Hall-Jones (1983), The Thomson Paintings: Mid-Nineteenth Century Paintings of
the Straits Settlements and Malaya, Singapore: Oxford University Press, p. 67 .
6. Terra nullius En:Wikipedia
7. Articles 12 Singapore's presence is with Johors consent. Utusan Malaysia. 14
November 2007
8. Noraini Abd. Razak Malaysia kemuka dokumen Pulau Batu Putih milik Johor. Utusan
Malaysia. 15 November 2007.
9. Nor Faridah A. Rashid. Singapura Dakwa Tuduhan Malaysia Tidak Berasas Bernama.
19 November 2007.
10. Perenggan 19. Singapura bersandar tanggapan. Utusan Malaysia. 14 November 2007
11. Perenggan 4. Singapura bersandar tanggapan. Utusan Malaysia. 14 November 2007
12. 1953 Johor letter 'hands' island to Singapore, New Strait Times, 23 Mei 2008
13. Perenggan 1. Sultan Johor Akan Ikhtiar Kembalikan Kedaulatan Pulau Batu Puteh
Bernama. 19 Jun 2008.
14. Perenggan 2. Check documents before signing, Negri MB says. The Star 30 Mei 2008.
15. Ruhanie Ahmad, Datuk. BATALKAN ISKANDAR MALAYSIA (WPI)? kudakepang.
27 Mei 2008
16. abeemonster. Wilayah pembangunan Iskandar (WPI) TranungKite Online. 21 Mei.
17. wilayahpembangunaniskandar. Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Putih? WPIs
Weblog. 24 Mei 2008.
18. A Voice. The Pulau Batu Puteh Case: A Strategic Disaster for Malaysia Another Brick
In the Wall. 25 Mei 2008.
19. Deva Ridzam, Opinion: Taking heed of the lesson bitterly learnt, New Straits Times, 29
Mei 2008
20. Liew-Ann Phang, "Batu Puteh bukan sebuah pulau tetapi batu", The Sun, 28 Mei 2008
Perdebatan status Batu Puteh

Menurut pendapat pakar maritim, Pulau Batu Puteh] atau Pedra Branca bukan sebuah pulau tetapi
batu. Pakar maritim Datuk Dr Abu Bakar Jaafar memberi pendapat pulau didefinisikan sebagai
kawasan semulajadi yang lebih tinggi dari laut dan dikelilingi air serta boleh menampung habitat
secara semulajadi. Pulau Batu Puteh menurutnya bukan pulau kerana menurut definisi Artikel 121
Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS), batu yang tidak
boleh menampung habitat manusia atau ekonomi sendiri tidak mempunyai zon esklusif ekonomi

RUJUKAN

1. Noraini Abd. Razak. Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan
Malaysia. Utusan Malaysia. 24 Mei 2008.
2. Panjat^ "ICJ menyerahkan kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura". Channel NewsAsia. 23-05-
2008. Dicapai pada 23-05-2008.
3. Panjat^ "Mahkamah menyerahkan pulau kecil kepada Singapura". BBC. 23-05-2008. Dicapai pada
23-05-2008.
4. Panjat^ "Kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge
(Malaysia/Singapore)". Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 23-05-2008.
5. Panjat^ Wong, May (06-11-2007). "Latar belakang di Pedra Branca". Channel NewsAsia.
6. Panjat^ "Significant Scots : James Horsburgh". Electric Scotland. Dicapai pada 07-11-2007.
7. Panjat^ "Batu Putih milik siapa". Utusan Malaysia. 03-11-2007.
8. Panjat^ "Islands 'part of Johor Sultanate'". New Straits Time. 14-11-2007.

1. Perenggan 1. Sultan Johor Akan Ikhtiar Kembalikan Kedaulatan Pulau Batu Puteh Bernama. 19 Jun
2008.
2. Panjat^ "Kapal perang Tentera Laut Singapura berlanggar dengan kapal dagang". People's Daily. 04-
01-2003.
3. Panjat^ "Collision at sea : RSS Courageous berlayar kembali Pangkalan Tentera Laut Changi".
Menteri Pertahanan Singapura. 04-01-2003.
4. Panjat^ "Incident at sea : The RSS Courageous story". Channel NewsAsia. 04-04-2003. Diarkibkan
daripada original pada 2003-06-24.
5. Panjat^ Ng Keng Yong v Public Prosecutor, High Court (Singapore), 13 Ogos 2004. Dijumpai pada 7
November2007.
6. Panjat^ Perenggan 3 Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan
Malaysia. Utusan Malaysia. 24 Mei 2008
7. Panjat^ Liew-Ann Phang, "Pulau Batu Puteh bukan pulau tetapi batu", The Sun, 28 Mei 2008
BUKU

Hall-Jones, John (1995). The Horsburgh Lighthouse. Invercargill, N.Z.: John Hall-
Jones. ISBN 0473032058 (pbk.) Periksa nilai |isbn=: invalid character (bantuan).
Pavitt, J.A.L. (1966). First Pharos of the Eastern Seas : Horsburgh Lighthouse. Singapore:
Donald Moore Press.
Thomson, J.T. (John Turnbull) (1852). Account of the Horsburgh Light-house, Erected on Pedra
Branca, near Singapore. Singapore: G.M. Fredrick.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuntutan_bertindih_mengenai_Pulau_Batu_Puteh

https://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Puteh

Anda mungkin juga menyukai