Anda di halaman 1dari 7

Perjanjian antara Sir Thomas

Stamford Raffles dengan


Sultan Husin dan
Temenggung Abdul Rahman
(7 Jun 1823)

Selepas pertabalan Tengku Husin sebagai Sultan di


Singapura, British masih lagi tidak mempunyai kuasa penuh
ke atas Singapura.

Oleh sebab itu, perjanjian 7 Jun 1823 telah ditandatangani


di antara Stamford Raffles dengan Sultan Husin dan
Temenggung Abdul Rahman.

Perjanjian itu terdiri daripada tujuh perkara dimana salah


satunya adalah penguatkuasaan undang-undang British di
Singapura.

Perkara ke-5 dan ke-6 adalah berkaitan secara langsung


dengan hal perundangan, meliputi kedudukan raja, undangundang adat dan agama Islam.

5th. Under these arrangements their Highnesses will be


relieved from further personal attendance at the court on
every Monday, but they will always be entitled to a seat
on the bench, and to all due respect when they think
proper to attend.
6th. In all cases regarding the ceremonies of religion, and
marriages, and the rules of inheritance, the laws and
customs of the Malays will be respected, where they shall
not be contrary to reason, justice, or humanity. In all
other cases the laws of the British authority will be
enforced with due consideration to the usages and habits
of the people.
Dicatatkan, Sultan tidak lagi memiliki kuasa perundangan, sementara
aturan perundangan yang berhubungan dengan amalan agama,
perkahwinan, pembahagian harta dan adat-istiadat akan tetap
dihormati selagi tidak bercanggah dengan prinsip perundangan
Inggeris.

Manakala, perjanjian tersebut turut membolehkan SHTI


berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau yang
berdekatan dengannya,kecuali di kawasan atau pulau
kediaman Sultan Husin dan Temenggung Abdul Rahman.
Pulau-pulau di sekitar Singapura berperanan dalam
menyediakan perkhidmatan perkapalan tambahan dan
pertahanan bagi Pelabuhan Singapura.
Bunkering, wood, watering dan piloting merupakan antara
pelbagai jenis perkhidmatan perkapalan yang penting yang
telah disediakan di pulau-pulau tersebut sejak awal abad ke19.
Pulau Hantu, Pulau Brani dan Pulau Blakang Mati adalah
antara pulau yang memainkan peranan penting dalam
pembangunan pelabuhan dan juga pertahanan Pulau
Singapura pada tahun 1819 hingga 1930.

Pulau Brani terselamat daripada wabak penyakit epidermic


fever yang melanda penduduknya jauh lebih kurang
daripada yang melanda Pulau Blakang Mati kerana
kedudukannya yang membolehkan ia menerima udara
bersih dari tiupan angin monsun barat daya yang bertiup
berbanding dengan angin monsun timur laut yang
membawa udara yang kotor dan berpenyakit.

Manakala Pulau Blakang Mati pula bebas dari litupan hutan


dengan kawasan tertinggi dikenali sebagai Bukit Serapong
atau Flag Staff Hill. Di puncak bukit inilah pihak British telah
membina signal station. Di stesen ini terdapat beberapa
orang pegawai telah ditempatkan untuk mengawasi kapalkapal yang melalui kawasan perairan berhampiran Pulau
Singapura.

Selain daripada penguasaan ke atas pulau di Singapura,


SHTI membayar sebanyak $1500 dolar Sepanyol kepada
Sultan Husin dan $800 dolar Sepanyol kepada Temenggung
Abdul Rahman setiap bulan.

Di samping itu juga, Sultan dan Temenggung tidak berhak


untuk menerima dan mengutip cukai daripada tongkang
Cina.

Kesan perjanjian terhadap taraf


Singapura

Sultan tidak lagi mempunyai kuasa penuh ke atas


Singapura. Sultan hanya berkuasa tentang hal ehwal adat
istiadat dan agama Islam sahaja.

Pulau-pulau di sekitar Singapura berkembang menjadi


sebuah pusat yang menyediakan perkhidrnatan perkapalan
bagi Pelabuhan Singapura. Sebelum ini pulau-pulau
tersebut hanyalah sekelompok pulau yang serba
kekurangan dari segi sumber semulajadi dan masalah dari
segi kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai