Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal untuk menjadikan panduan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menurut Choong Lean Keow didalam
bukunya Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. FPG menjelaskan ciri-ciri guru yang diperlukan
oleh negara kita. Kandungan Falsafah Pendidikan Guru adalah "Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan budaya negara,menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin".
Selain itu FPG juga digubal berdasarkan 3 elemen Model Konseptual pendidikan Guru
iaitu ketuhanan, kendiri dan kemasyarakatan. Manakala sub-konseptual pula merangkumi
jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Ketuhanan
-Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan
kepada ajaran agama.
Kendiri
-Pembinaaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan
sahsiah murni dan berperkerti mulia.
Kemasyarakatan
-Guru adalah seorang yang berperanan untuk pendidik, memimpin dan agen perubahan.
Dapatlah disimpulakn berdasarkan huraian FPG di atas bahawa guru adalah seorang yang
sangat penting untuk negara ini dan institusi pendidikan guru berperanan untuk melahirkan guruguru mendidikan anak bangsa bagi menjayakan Falsafah Pendidikan kebangsaan.

SEJARAH FALSAFAH PENDIDIKAN


Sejak dahulu sehingga merdeka, masih tiada dokumen formal yang menyatakan secara
eksplisit mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah tersirat dalam kenyataan tentang
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara.
Oleh itu wujud pelbagai interpretasi mengenai falsafah pendidikan walaupun matlamat
dan objektif pendidikan dinyatakan secara jelas dan eskplisit. Oleh yang demikian, interpretasi
yang berlainan ini menyebabkan peringkat pendidikan ada falsafahnya yang tersendiri. Ada
antaranya bersifat humanistic, perkembangan, liberalism, pragmatism dan utilitarian.
Kewujudan pelbagai falsafah ini telah menyebabkan model dan amalan yang tidak
seragam. Ini dapat membuktikan tiada falsafah pendidikan kebangsaan yang jelas yang
seharusnya menjadi pegangan atas segala tindakan dalam sistem pendidikan.
Secara umumnya falsafah pendidikan memberikan perspektif makro untuk sistem dan
bidang pendidikan kerana setiap komponen tidak dilihat secara berasingan tetapi ditinjau dari
segi pertalian antara komponen yang ada secara holistic. Sebenarnya terdapat pertautan antara
FPK dan FPG namun terdapat perbezaan antara keduanya.
FPK berlandaskan kefahaman integrative atau kesepadanan melalui perspektif hubungan
individu dengan unsur-unsur persekitaran social, semula jadi dan tuhan. Sementara FPG pula
menekankan aspek modenisasi individu dan budaya hidup masyarakat. Dengan itu, FPG dilihat
bersifat realism-pragtisme. Kesimpulannya FPG lebih bersifat realitistik dan praktis dalam
konteks masyarakat.

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


Matlamat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk membina insan guru yang
berilmu, berakhlak mulia, kreati dan berdaya tahan sekaligus mampu untuk mendidik pelajar
secara cekap dan berkesan.
Aspek ketuhanan, kendiri dan kemasyarakatan tidak dapat lari dari dalam seorang insan
yang bergelar guru. Dalam aspek ketuhanan, guru mestilah mendidik pelajar dan
mengembangkan ilmu mereka dan mendidik mereka supaya taat dan patuh kepada agama
masing-masing.
Dari segi aspek kendiri, guru haruslah memupuk budaya ilmu dan pembentukan sahsiah
serta daya ketahanan dalam diri pelajar. Tambahan lagi dari segi aspek kemasyarakatan pula
mementingkan guru supanya guru sedari bahawa dirinya sebagai seorang agen perubahan yang
mampu mendidik dan memimpin anak muridnya. Oleh itu, guru memainkan peranan yang
penting dalam usaha memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Guru. Matlamat akan tercapai jika
guru menghayati falsafah tersebut.

PENYATAAN MASALAH
Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai guru. Isu guru
memukul pelajar, guru tidak berdisiplin, guru tidak masuk ke kelas dan pelbagai lagi. Tertimbul
soal adakah guru ini menghayati Falsafah Pendidikan Guru (FPG) tersebut?
OBJEKTIF
1.
2.
3.
4.

Mengenalpasti punca guru tidak menghayati Falsafah Pendidikan Guru.


Mengenalpasti kesan guru yang tidak menghayati Falsafah Pendidikan Guru.
Cara mengatasi masalah guru yang tidak menghayati Falsafah Pendidikan Guru.
Mengenalpasti kesan atau impak Falsafah Pendidikan Guru terhadap negara.

Anda mungkin juga menyukai