Anda di halaman 1dari 15

KURSUS:

HSA

3023 ASIA TENGGARA ABAD KE-9 HINGGA 18


PENSYARAH: DR. ADNAN BIN JUSOH
SOALAN: 11 (a)
TAJUK TUGASAN:

Pilih salah satu dan galurkan tentang


kemunculan, perkembangan dan kejatuhan
kerajaan berikut:
(a) Sriwijaya

NAMA:
NOOR FAUZIAH BINTI WAHAB
NO. MATRIK:
D20101037680
Jabatan Sejarah
Fakulti Sains Kemanusiaan

ISI KANDUNGAN

M/S
0

1.0

PENDAHULUAN

2.0

KEMUNCULAN SRIWIJAYA

3.0

PERKEMBANGAN SRIWIJAYA

2
2-4

3.1

Perluasan Kuasa

46

3.1

Faktor- faktor lain Perkembangan

6-8

4.0

KEMEROSOTAN SRIWIJAYA

5.0

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

9 - 12
13
14

LAMPIRAN

1.0

PENDAHULUAN

Sriwijaya merupakan salah-satu kerajaan utama yang muncul di Kepulauan Asia


Tenggara pada kurun ke-7. Sebelum kemunculan Sriwijaya telah wujud kerajaan Funan pada
abad pertama hingga abad ke-6 Masihi diikuti Langkasuka sehinggalah kemunculan
Sriwijaya. Kerajaan Sriwijaya merupakan kerajaan maritim yang yang terkenal di nusantara
pada ketika itu. Kerajaan Sriwijaya yang terletak di Sumatera Tenggara, telah berjaya
mengekalkan kegemilangan politik serta ekonominya di rantau ini selama 6 abad iaitu
sehingga kurun ke-13.1 Walaupun Sriwijaya telah dianggap sebgai pelabuhan entrepot yang
masyur namun sejarah kemunculan nama Sriwijaya masih lagi diperdebatkan. Hal ini
demikian kerana, mengikut sumber China, Sriwijaya disebut sebagai San-fo-che atau Che-lifo-che, manakala sumber Arab pula menyebut Srivijaya sebagai Sarbazza atau Sribuzza
sebagai sebuah kerajaan Zabaj (Jawa).2
Kemakmuran Srivijaya menerusi perdagangan antarabangsa memupuk pertumbuhan
masyarakat yang halus budi dan berkebudayaan yang boleh berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah apabila dibandingkan dengan tamadun India dan China. Mereka sangat menghargai
pemerintahan yang teratur serta urusan perdagangan yang berjalan lancar dan licin.
Pencapaian yang sebegitu hebat tidaklah mudah dilupakan. Nama kehormatan Srivijaya
mungkin telah luput dari fikiran orang-orang Melayu, tetapi kenang-kenangan kepada sebuah
kerajaan yang gagah di Palembang masih berkekalan. Seperti yang dikatakan dalam Sejarah
Melayu;
Maka dihikayatkan oleh orang yang empunya hikayat ini bahawa negeri Palembang itu
yang ada sekarang dahulunya negeri itu terlalu besar, sebuah negeri di tanah Andalas
( Sumatera ), tiada sepertinya3

1 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M)
Sdn. Bhd. Hal. 41

2 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 342.

3 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M)
Sdn. Bhd. Hal. 41

2.0

KEMUNCULAN SRIWIJAYA
Secara umumnya sejarawan berpendapat bahawa kerajaan Sriwijaya telah muncul

pada abad ke-7 iaitu sama ada 650 Masihi ataupun 683 Masihi. Lokasi sebenar kerajaan
Sriwijaya masih lagi diperdebatkan sehingga ke hari ini. Ada yang berpendapat bahawa
Sriwijaya terletak di Kelantan, Semenanjung, manakala yang lain mengatakan Sriwijaya
terletak di wilayah Jambi, Sumatera Timur. Namun demikian sebahagian besar sejarawan
berpendapat bahawa Sriwijaya terletak di Palembang di Tebing Sungai Musi seperti yang
telah dibahaskan oleh G.Coedes.4
I-Tsing melalui dua buah karyanya yang termasyur iaitu Nan-hai Chi-kuei Nei-fa dan
Ta-Tang Hsi-yu Chiu-fa Kao-seng Chuan juga telah menghuraikan bahawa Srivijaya terletak
di Palembang.5 Dalam pelayarannya ke China, I-Tsing telah singgah di Sriwijaya selama
enam bulan untuk mempelajari Sabdawidya iaitu tatabahasa Sansekerta sebagai persiapan
kunjungannya ke India. Maka pendapat I-Tsing ini dapat dipercayai dengan lebih lagi kerana
melihat dengan sendiri dimana letaknya kerajaan Sriwijaya. Prof. Dr. O.W Wolters dari
University of Cornell pada tahun 1978, telah menemukan fragmen seramik China dari abad
ke-9 atau abad ke-10 di Bukit Siguntang yang juga telah digali oleh seorang sarjana iaitu
Bronson. Hasil daripada penemuan ini, Prof. Dr. O.W Wolters berkata, Negeri Srivijaya
memiliki ibu kotanya di Palembang dan bukan di tempat lain. Tambahan pula, terdapat suatu
kesesuaian yang jelas antara bukti-bukti arkeologi dan huraian-huraian I-Tsing.6
Bukti tentang kewujudan kerajaan Melayu purba ini telah diperolehi daripada prasatiprasati yang didirikannya.7 Malah, Rajendracola I, pemerintah kerajaan Cola, selatan India
yang pernah menyerang Sriwijaya pada tahun 1025 Masihi juga telah mendirikan prasasti
4 Ahmad Jelan Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distributors Sdn. Bhd. Hal. 117.

5 Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. Jakarta:
PT Girimukti Pasaka. Hal. 21.

6 Ibid. Hal. 30.


3

yang dikenali sebagai Prasasti Tanjore yang turut menjadi bukti kewujudan Sriwijaya.
Menurut Inskripsi Telaga Batu, Kerajaan Sriwijaya telah diasakan oleh Dapunta Hyan. 8
Pusat pemerintahan Sriwijaya, Palembang, tidaklah begitu strategik sebagai sebuah
pelabuhan. Ini kerana, Palembang terletak agak jauh dari lalu lintas perdagangan di Selat
Melaka yang menyebabkan kapal dagangan jarang melabuh di sana. Menurut O.W. Wolters,
Palembang merupakan sebuah pusat yang hanya melayan penduduk-penduduk yang tinggal
di pantai dan pulau pinggirannya dan hanya diminati oleh pendeta-pendeta Buddha. Pendetapendeta Buddha singgah di di sini untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan
kitab-kitab agama Buddha.9

3.0

PERKEMBANGAN SRIWIJAYA
3.1

Perluasan Kuasa Sriwijaya

Perkembangan pengaruh Sriwijaya di Kepulauan Melayu dapat dilihat apabila


Sriwijaya mula meluaskan pengaruhnya dengan menguasai negara-negara jiranya yang lebih
maju dalam bidang perdagangan. Langkah ini diambil oleh Sriwijaya apabila ia mengakui
masalah ekonomi yang dihapadinya akibat daripada kedudukan yang tidak strategik sebagai
pelabuhan perdagangan antarabangsa. Oleh itu, Sriwijaya telah melancarkan dasar ekspensi
wilayah kekuasaanya dengan menawan negara kota

yang strategik di Selat Melaka,

pertamanya seperti Melayu dan Kedah. Sriwijaya turut menawan kerajaan Malaya (Jambi)
dan juga Minanga (Binanga) pada 682 Masihi.10
7 Di antara prasasti-prasati yang didirikan ialah, Prasasti Kota Kapur(686M), Prasasti Kedukan Bukit(682M),
Prasati Talang Tuwo(684M), dan Prasasti Telaga Batu (686 M). Rujuk gambar rajah.

8 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 342.

9 Ahmad Jelan Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distributors Sdn. Bhd. Hal. 117-118

10 Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. Jakarta:
PT Girimukti Pasaka. Hal. 60.

Salah satu prasasti awal yang dijumpai di Palembang memperingati kejayaan sebuah
angkatan besar pada tahun 682 Masihi yang telah membawa `kemenangan, kuasa dan
kekayaan kepada Sriwijaya. Namun bukan senang untuk Sriwijaya menawan negara-negara
tersebut, kerana dalam prasasti itu turut membayangkan penentangan hebat terhadapnya
kerana terdapat perkataan seperti darah, pertempuran dan kemenangan. Namun Sriwijaya
tetap dapat menekhluk negara-negara tersebut kerana kehandalnnya. Seperti yang dikatakan
oleh Chou Chu-fei bahawa dalm sesuatu peperangan sama ada di daratan atau di laut, tiada
yang handal daripadanya (penduduk Sriwijaya)11
Setelah meluaskan kuasanya di Selat Melaka, Sriwijaya mula memberi perhatian
terhadap negeri-negeri semenanjung pula dengan menawan pelabuhan terpenting
semenanjung iaitu Kedah sekitar 683-684 Masihi. Kemudian, tentera Sriwijaya mengalir
kearah pantai timur semenanjung bagi menawan Ligor, Langkasuka dan Caiya pada akhir
abad ke-7. Dikatakan juga, kerajaan Sriwijaya pada waktu ini telah bergabung dengan
Mataran di Jawa Timur dan diperintah oleh raja dari Dinasti Sailendra yang bernama Sri
Maharaja Wisnu (Sri Maharaja Sanggarama Dhananjaya). 12
Bukan itu sahaja, Sriwijaya turut telah menyerang pulau jawa yang dimuai dengan
penawanan Taruma di Jawa Barat dan sehingga Jawa Tengah pada abad ke-7 Masihi
memberikan kuasa manopoli perdagangan Selat Sunda kepada Sriwijaya. Penguasaan
Sriwijya terhadap Jawa Barat terbukti dengan adanya prasasti Leuwilling, Bogor yang ditulis
dalam Bahasa Kuno. Manakala bukti penakhlukan Jawa Tengah oleh Sriwijaya dapat dilihat
melalui penemuan Prasasti Caanggal di Yogjakarta (732 Masihi) yang turut ditulis dalam
Bahasa Kuno.13
Prasasti Telaga Batu ada menjelaskan bahawa Dapunta Hyang yang memerintah
Sriwijaya pada waktu itu, mempunyai dua orang putera mahkota yang bergelar yuwaraja dan
11 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers
(M) Sdn. Bhd. Hal. 23.

12 Ahmad Jelan Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distributors Sdn. Bhd. Hal. 119.

13 Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. Jakarta:
PT Girimukti Pasaka. Hal. 70-71.

pratiyuwaraja. Bagi mengelak berlakunya perbalahan antara mereka ini, Kerajaan Sriwijaya
yang begitu luas telah dipecah menjadi dua bahagian iaitu satu bahagian di Jawa Tengah yang
kemudiannya diperintah dengan Dinasti Sailendranya. Maka, pemerintahan Sriwijaya dan
Jawa Tengah ini masih dibawah dinasti yang sama tetapi berlainan raja (abad ke-7). Namun
begitu, pada abad ke-8, sewaktu pemerintahan Sanggrama Dhananjaya yang bergelar
wairiwarawirawimardana (pembunuh pewira bangsa) telah menyatukan kembali kerajaan
Sriwijaya.14 Proses perluasaan kuasa kerajaan Sriwijaya seterusnya diteruskan dengan menuju
ke negara-negara Indochina di bawah pemerintahan Sanggrama Dhananjaya. Tentera
Sriwijaya dan Jawa telah menyerang Tongkin (767 Masihi) serta Kemboja dan Champa (787
Masihi).
Kini, Sriwijaya telah menakhluki Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, dan Jawa
yang membolehkan Sriwijaya mendapat kuasa laluan perdagangan yang penting pada ketika
itu seperti Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa dan Laut China Selatan. Dengan ini,
Sriwijaya telah menjadi sebuah kerajaan yang agung di Nusantara pada abad ke-8 Masihi dan
memegang hegemoni perdagangan di kawasan tersebut. Matlamat utama Sriwijaya bukanlah
untuk menguasai sesebuah wilayah itu, akan tetapi adalah untuk menguasai perdagangan
yang pesat di kawasan tersebut. Oleh itu, Sriwijaya tidak menghancurkan wilayah-wilayah
takhluknya bahkan kota-kota itu telah dijadikan pelabuhan dan kota utamanya. Tahun 670
Masihi hingga 1025 Masihi, Sriwijaya telah menjadi kerajaan yang mendominasi segala
perdagangan yang melalui Asia Tenggara.15
Sriwijaya berjaya menguatkuasakan kedaulatannya ke atas kebanyakan bandar
pelabuhan ini, banyak di antaranya kerajaan yang sudah lama didirikan. Ligor (775 Masihi)
mencatatkan Sriwijaya telah memperluaskan kuasanya secara longgar terhadap Semenanjung
Tanah Melayu. Rekod China turut mencatatkan bahawa empat belas kotaraja membayar ufti
kepada Sriwijaya yang dikenal sebagai `raja yang tiada saingannya di Selat Melaka16
14 Ibid. Hal. 72.
15 Ahmad Jelan Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distributors Sdn. Bhd. Hal. 121.

16 Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn.
Bhd. Hal. 26.

3.2

Faktor-faktor lain Perkembangan Sriwijaya

Sriwijaya menjalinkan hubungan perdagangan dengan kebanyakan negara-negara


terbesar ketika itu seperti Arab, India, Parsi dan China. Tambahan pula, bekalan hasil
tempatan yang tidak putus-putus sama ada untuk pasaran dalam negeri ataupun denhan luar
negara. Buktinya, pada kurun ke-11 di muara Sungai Musi digambatkan pemandangan yang
sibuk dengan sampan kolek beratus-ratus buah yang memuat barang-barang dagangan.
Antara barang dagangan yang diuruskan oleh pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya ialah kayu
gaharu, kapus barus, cendana, gading, timah, kayu sapan, rempah ratus, dan kemenyan. Hasil
eksport sebegini selalunya didagangkan dengan negeri-negeri di sebelah barat seperti Arab,
Parsi dan India. Manakala perdagangan dengan China pula tertumpu kepada hasil seperti
gading, air mawar, kemenyan, buah-buahan, gula, permata, kaca, kapur barus, batu karang,
kain kapas, cula badak, wangi-wangian, dan herba (ubat-ubatan). Dalam pada masa ini, HsinTang-Shu mengatakan yang Sriwijaya mempunyai 14 buah kota perdangangan yang utama.

17

Kerajaan Sriwijaya juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China


turun-temurun. Sriwijaya amat beruntung kerana kedudukan geografinya yang terletak di
jalan dagang maritin ke benua China. Hing Tang Shu ada mencatatkan bahawa, Sriwijaya
telah menghantar utusannya ke China pada tahun 670 Masihi untuk mengirimkan ufti.
Dimana Sriwijaya menggunakan sistem ufti untuk mengiktiraf Maharaja Cina sebagai kuasa
tertinggi. Bukan sahaja memberi ufti, malah pada tahun 1003 Masihi utusan-utusan Sriwijaya
telah ke China untuk memaklumkan bahawa raja mereka telah membina kuil untuk
bersembayang kepada maharaja. Dengan itu, maharaja telah memberi gelaran kepada kuil itu
dan menghadiahkan sebuah loceng. Akan tetapi selepas 742 Masihi, tidak ada lagi utusan
yang dihantar oleh Sriwijaya ke China. Ini kemungkinan kerana perdagangan antara
Sriwijaya dan China telah menjadi begitu erat sehingga tidak perlu lagi sokongan diplomatik,
atauppun Kerajaan Tang pada waktu itu sudah menjadi lemah (O.W. Wolters; 1989; 314).18

17 Ibid. Hal. 27.

18 Ibid. Hal. 118.


7

Sriwijaya turut berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan yang mampu bersaing
dengan kerajaan-kerajaan lamanya. Sriwijaya menjadi kawasan persinggahan pendetapendeta dari China untuk menterjemahkan kitab-kitab Buddha. Sehinggakan, kota Palembang
dikatakan adalah kota ilmu dan bukannya kota keagamaan. Disebabkan itulah tiada sebarang
monumen ataupun candi-candi yang ditinggalkan oleh Sriwijaya. I-Tsing turut menyatakan
bahawa kedudukannya sebagai kota ilmu terlalu istimewa beliau mencadangkan sekiranya
ada pendeta-pendeta Buddha Cina hendak berlayar ke India, hendaklah singgah dulu di
Sriwijaya untuk melatih dan belajar bahasa Sanskrit. Dimana dengan kekayaan yang ada,
raja-raja Sriwijaya boleh menaja pengkajian agama serta membiayai yayasan agama. Antara
guru atau pendeta yang terkenal dari India yang turut mengajar di Sriwijaya ialah
Sakyakirti.19 Misalnya, pendeta I-Tsing serta dua lagi pendeta yang diceritakanya dalam
karyanya iaitu pendeta Wu-hing dan pendeta Chih-hung.20 Bukan itu sahaja, malah I-Tsing
juga telah menetap selama 4 tahun (685-689) setelah kembali dari India di Sriwijaya untuk
menterjemahkan kitab-kitab Buddha ke bahasa Cina.21
Sebagai sebuah kuasa maritim yang besar, Sriwijaya turut dilengkapi dengan bilangan
pengangkutan laut yang maxima. Sriwijaya bukan sahaja memiliki angkatan laut yang
besar untuk menjaga wilayahnya, tetapi juga memiliki kapal-kapal perdagangan yang banyak.
I-Tsing sendiri telah menumpang kapal Sriwijaya yang besar-besar dikenali oleh orang Cina
sebagai Kun-lun po (kapal Melayu) yang telah menguasai pelayaran di Teluk Benggala dan
Laut China Selatan.22

19 Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara (Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam). Kuala Lupmpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Hal.96.

20 Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. I-Tsing menceritakan perjalanan dua orang pendeta Cina tersebut seperti
berikut: Wu-hing dan Chih-hung belayar dari Kanton dan sampai di Sriwijaya. Sri Baginda menyambut
mereka dengan upacara besar. Ketika baginda mengetahui bahwa mereka datang dari negeri Putera Dewata
(Cina), baginda sangat menghormati mereka. Dengan menumpang kapal raja, mereka belayar selama 15 hari
menuju ke Malayu. 15 hari berikutnya mereka sampai di Kedah. Pada akhir musim dingin mereka belayar ke
arah Barat untuk pergi ke India. hal. 22.

21 Ahmad Jelan Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distributors Sdn. Bhd. Hal. 123.

22 Ibid. Hal. 123.


8

Selain itu, kesetiaan orang-orang laut terhadap kerajaan Sriwijaya turut menjadi
faktor perkembangan kerajaan ini. Kesetiaan Orang Laut yang tidak berbelah bahagi terhadap
raja memberi kemenangan besar kepada Srivijaya untuk mengawal kegiatan lanun di perairan
sekitarnya. Penguasaan ke atas orang laut ini penting kerana tanpa kawalan mereka akan
merompak kapal yang lalu lalang sebagai mata pencarian. Buktinya, seorang pengembara
Cina iaitu Fa Hsien menyebut setelah belayar ke India pada tahun 413, lautan-lautan yang
dilaluinya penuh dengan lanun dan para pelaut sentiasa berada dalam kebimbangan kerana
ditakuti kapal mereka akan dirompak. Salah satu tempat yang paling berbahaya ialah pintu
masuk di Selatan Selat Melaka. Pengetahuan Orang Laut yang luas mengenai beting karang
dan beting pasir yang berbahaya dan keilmuan yang tinggi dalam keaadaan angin,
membolehkan mereka mengawal jalan-jalan laut dari angkara perompak lanun dan secara
lansung menarik ramai pedagang ke Sriwijaya. Malah Orang-orang laut ini turut menjadi
angkatan tentera laut yang tiada tandingannya. 23

4.0

KEMEROSOTAN SRIWIJAYA

Ibn Khaldun telah mengutarakan Teori Kitaran Hayat yang menjelaskan bahawa
setiap sesuatu itu akan mempunyai tahap kemunculan, perkembangan, kegemilangan dan
akhir sekali tahap kemerosotan. Begitulah juga, Kerajaan Sriwijaya yang agung ini tidak
dapat bertahan lama, kerana mulai tahun pertengahan abad ke-8 bermulalah zaman
kelemahannya. Selepas tahun 742 Sriwijaya tidak lagi menghantar ufti ke China dan berita
tentang Shih-li-fo-shih tidak lagi dicatatkan oleh sejarah Dinasti Tang. 24 Dengan ini, ada para
sejarawan yang berpendapat Sriwijaya tamat pada tahun 750. Namun, kemungkinan
penyataan yang lebih tepat adalah Sriwijaya kini berada dalam tahap kemerosotan, tetapi ia
tidak lagi mengalami kehancuran.25
23 Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.
Hal. 28.

24 Ahmad Jelan Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distributors Sdn. Bhd. Hal. 123.

25 Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara (Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Hal. 97.

Sebenarnya, telah berlaku dua perubahan di dalam kerajaan Sriwijaya, iaitu


perubahan mazhab agama serta perubahan wangsa pemerintahan di Sriwijaya. Catatan
I-Tsing pada abad ke-7 memberitahu bahawa penduduk Sriwijaya pada ketika itu beragama
Buddha Hinayana daripada mazhab Mulasarwastiwardanikaya. Manakala terdapat Prasati
Ligor yang didirikan pada 775 Masihi adalah oleh seorang yang beragama Buddha
Mahayana. Dimana, adanya arca Buddha dari Bukit Siguntang yang coraknya dapat
dikembalikan kepada langgam amarawati dan penemuan arca-arca perunggu yang bercorak
yang bercorak langgam Gupta yang menunjukan adanya agama Buddha Mahayana. 26 Hal ini
demikian kerana seperti pendapat Slamet Muljana, kemungkinan Sriwijaya telah dikuasai
oleh kerajaan Jawa, Mataram yang bermaszhab Mahayana. Hal ini dapat dibuktikan, melalui
catatan sejarah Dinasti Tang yang menyatakan kemunculan utusan dari Jawa (766Masihi779Masihi) setelah ketiadaan utusan dari Sriwijaya. Kekuasaan Mataran keatas Sriwijaya ini
belarutan sehingga ia dibebaskan oleh Balapeturadewa pada pertengahan abad ke-9 Masihi.27
Balaputeradewa telah mewujudkan kembali pemerintahan Dinesti Sailendra di
Sriwijaya. Oleh itu, dalam catatan Dinasti Tang di China, kerajaan ini tidak lagi dipanggil
Shih-li-fi-shih tetapi dipanggil sebagai San-fo-tsi pada 853 Masihi. Pada tampuk
pemerintahan Balaputeradewa, keadaan politik agak tidak stabik sehingga Jambi (Malayu)
cuba memerdekakan dirinya dengan menghantar ufti ke China sebanyak dua kali (853Masihi
dan 871 Masihi). Namun, Sriwijaya dapat menawan semula Jambi. Keadaan ini berlaku
kerana, tenaga emparan (centrifugal) yang menjadi masalah yang berkekalan dalam
masyarakat Melayu akhirnya melemahkan kekuasaan Sriwijaya terhadap negeri-negari
takluknya. Keuntungan yang boleh didapati daripada perniagaan sendiri, menggalakan
negeri-negeri membebaskan diri daripada Sriwijaya.28

26 Wolters, O.W. (1990). Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. (Toh Kim Hui dan Ranjeet Kaur Khaira,
Terjemah) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 86.

27 Ahmad Jelan Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distributors Sdn. Bhd. Hal. 124.

28 Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn.
Bhd. Hal. 31.

10

Sriwijaya turut dapat meguasai kembali laluan perdagangan Selat Melaka.


Perkembangan ini menyebabkan berlaku pengeseran sekali lagi dengan Jawa Timur. Dimana
tentera Jawa pada 992 Masihi telah menyerang Sriwijaya untuk mematahkan monopoli
perdagangan Sriwijaya oleh Raja Dharmawangsa. Selepas itu, Sriwijaya atas pemerintahan
Sri Culamaniwarmadewa, pula menyerang kembali Jawa pada 1016/1017 Masihi untuk
membalas dendam. Dimana dalam serangan ini, Dharmawangsa telah dibakar dan baginda
terbunuh.29
Tidak terhenti disitu sahaja, kerajaan Sriwijaya turut diserang oleh Maharaja
Rajendran I, dari Chola, India. Ini kerana, Sriwijaya sering menganggu kapal-kapal
perdagangan Chola yang tidak mahu singah di pelabuhannya dan mengenakan cukai yang
tinggi ke atas perdagang-pedangang itu. Ini menyebabkan, pada 1025 Masihi, Sriwijaya telah
diserang oleh kuasa laut yang bari di Lautan Hindi, Chola. Dalam serangan ini, kota
Palembang telah hancur dan rajanya Sangramawijayottungawarman telah ditawan. Kekalahan
teruk ditangan Chola ini telah menjatuhkan Sriwijaya.30
Satu lagi perkembangan penting telah berlaku diantara 1079 Masihi dan 1082 Masihi,
apabila pusat kekuasaan beralih dari Palembang ke Melayu di Sungai Jambi. Tambahan
lagi, wilayah-wilayah jajahannya telah mula memerdekahkan diri dan akhirnya dikuasai oleh
Jambi (Malayu). Mengikut catatan utusan terakhir Palembang ke China adalah pada 1079
Masihi dan selepasnya dihantar dari Jambi pada 1082 Masihi. Ini meyakinkan bahawa
Melayu telah menguasai Palembang.
Sejak dari itu, Sriwijaya lebih banyak bergantung pada Orang Laut yang meronda laut
untuk mengekalkan kekuasaan keatas kapal dagang yang lalu lalang di situ. Seorang
pemerhati Cina pada kurun ke-12 menyebut Jika kapal asing yang melalui Sriwijaya tetapi
tidak memasuki pelabuhan, satu pasukan bersenjata akan meniki kapal tersebut dan
membunuh kelasi-kelasinya hingga tidak tinggal seorang dua pun. Jelas kelihatan
kekuasaan Sriwijaya terhahap orang laut turut telah merosot dan banyak kekayaan
terlepas ke tangan orang lain dan bukannya kepada Maharaja. Oleh itu, Sriwijaya terpaksa
merentang rantai besi ke seberang pelabuhan untuk menghalang lanun-lanun masuk ke situ.
Bukan itu sahaja, pelabuhan-pelabuhan di gugusan pulau Melayu yang boleh menjamin
29 Ibid. Hal. 125.
30 Ibid. Hal. 126.
11

keselatan pelabuhan daripada kegiatan lanun telah menjadi pesaing kepada Sriwijaya,
contohnya seperti kota Fo-lo-an. Kedah juga telah menunjukan hasratnya untuk mendapatkan
kebebasan ekonomi serta politik. 31
Pada kurun ke 12-13, Sriwijaya menghadapi tentangan yang semakin hebat dari
negeri-negeri tetangga dan takhluknya. Dimana, Wolthers telah berpendapat bahawa
cabaran ini merupakan faktor tunggal paling utama menyebabkan kejatuhan Sriwijaya. Dasar
negeri China telah berubah dan tidak lagi menyekat perdangan asing tanpa ufti berdagang.
Oleh itu, pedagang swasta China mula berkembang dan mereka tidak lagi ke pelabuhan
entrepot pusat tetapi terus ke tempat-tempat sumber makanan. Ini kerana cara tersebut lebih
menguntungkan sekiranya tidak merujuk kepada Sriwijaya terlebih dahulu.
Sama seperti Kedah, negeri-negeri lain naungan Sriwijaya seperti Kampe, Perlak
dan Pasai turut mengishtiharkan kemerdekaan dan berkembang maju. Dengan ini, kuasa
Sriwijaya keatas Semenanjung merosot. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan kecil negeri
takhluk dan kerajaan saingan yang sering bertambah maju, Sriwijaya kurang berkemampuan
untuk menguatkuasakan pengiktirafan keastasnya sebagai pasaran utama di rantau tersebut.
Tambahan pula pada kurun ke-13, pembesar-pembesar Ligor di Thai mula untuk meluaskan
kuasa mereka dengan kerajaan baru iaitu Ayudhya yag menyerang masuk ke semenanjung
dan mengakibatkan ketegangan selama beberapa kurun.
Sriwijaya pada masa ini telah terlalu nazak. Oleh itu, kedua-dua kerajaan MelayuJambi dan ibu negeri lama di Palembang telah menghantar rombongan yang membawa ufti
dan barang muatan ke China untuk menuntut kembali status. Pada masa ini, China diperintah
oleh Maharaja Ming yang pertama dan beliau telah memulihkan sistem pembayaran ufti serta
melarang perdagangan swasta yang memberi persaingan kepada Sriwijaya. Maharaja Ming
telah mengetahui bagaimana Raja Jawa telah mengahalang utusan-utusan Cina dari sampai ke
Sriwijaya dengan mengumpan mereka supaya singgah di sana dan disana mereka dibunuh.
Maharaja Ming telah naik marah kerana Sriwijaya telah menetang dasar China yang tidak
menggalakan pusat kekuasaan yang banyak. Oleh itu, Maharaja memutuskan untuk
mengukum negeri takhluknya yang memberontak dengan menolak hantaran ufti sama sekali.
Pada tahun 1391, usaha dibuat untuk menghidupkan tututan Palembang sebagai negeri utama
di rantau itu, apabila Rajanya mengistiharkan dirinya bebas dari Jawa dan pertuanan Melayu.
hal ini dianggap keterlaluan oleh Jawa lalu mereka menyerang serta menyingkirkan
31 Ibid. Hal. 32.
12

pemberontakan itu. Pada masa itu, seperti yang tercatat dalam rekod Ming 1397, Jawa telah
memusnahkan Sriwijaya. akibatnya, Sriwijaya telah hancur lebur sama sekali.32

5.0KESIMPULANNYA
Secara kesimpulannya dapatlah disimpulkan disini bahawa, Sriwijaya merupakan
salah satu kerajaan yang berjaya meluaskan serta mengekalkan kedaulatan kuasanya bagi
tempoh masa yang lama. Peluasan kuasa yang dilakukan terhadap negeri-negeri yang
berpotensi memajukan bidang perdagangannya telah menigkatkan taraf Sriwijaya menjadi
sebuah kerajaan yang tidak tandingannya di Sumatera pada masa itu.
Hubangan perdagangan dengan negara-negara yang besar serta hubungan diplomati
dengan negara China yang dijalinkan oleh Sriwijaya mampu menegakan lagi kedudukannya.
Sriwijaya turut telah berkembang maju menjadi sebuah pusat ilmu yang menjadi tempat
persinggahan pendeta-pendeta Buddha. Keselamatan perdagangan di perairan Selat Melaka
turut terjamin melalui kesetiaan yang ditunjukkan oleh Orang-orang Laut. Faktor-faktor ini
telah meningkatklan nama baik Sriwijaya serta mendorong kepada kemujuannya.
Namun, setiap yang diatas pasti akan menurun kembali sebagai satu hukum dunia.
Begitulah Sriwijaya mula merosot apabila berlaku beberapa transformasi terhadap agama
anutan serta pemerintahanya. Dimana, Sriwijaya yang beragama Buddha Hinayana telah
bertukar ke agama Buddha Mahayana. Namun Sriwijaya tidak jatuh terus disitu. Tetapi
keadaan huru-hara yang berlaku disebabkan negeri-negeri naungannya yang mula hendak
memerdekakan diri mereka serta serangan daripada Raja Chola serta Kerajaan Melayu telah
memburukkan lagi keadaannya.
Akhir sekali, tanpa diduga saat kehancuran Sriwijaya tetap hadir apabila, tampuk
pemerintahan beralih dari Palembang ke Jambi. Namun ia tidak bertahan lama dan berlaku
konflik sekali lagi yang menyebabkan Jawa menghancurkan terus Sriwijaya dari muka bumi.
Walaubagaimanapun, pencapaian yang begitu mudah tidak mungkin dapat dilupakan.
Sriwijaya masih dikenag. Tambahan lagi, dengan kemunculan kerajaan unggul Kesultanan
Melayu Melaka pada 1400 Masihi yang dikatakan sebagai warisan dari Sriwijaya.

32 Ibid. Hal. 36
13

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara :Sebelum dan
Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Ahmad Jelan Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publication dan Distributors Sdn. Bhd. Hal.
Andaya, B.W., & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan
Publishers (M) Sdn. Bhd.
Dobby, E.H.G. (1979). Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harrison, B. (1966). Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Harrison, B. (1968). South-East Asia: A Short History. New York: St. Martins Press
Kathitithamby, J., & Villiers, L. (Editor). The Southest Asian Port and Polity: Rise and
Demise. Singapura: Singapura University Press.
Muhammad Yusoff Hashim. (1990). Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek
tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nia Kurnia Sholihat Irfan. (1983). Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan
Perkembangannya. Jakarta: PT Girimukti Pasaka.
Pra Seminar Penelitian Sriwijaya. (1978). Projek Penelitian dan Penggalian Purbakala
Departemen P & K. Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya.
Williams, L. E. (1979). Saoutheast Asia: A History. New York: Oxford University Press.
Wolters, O.W. (1990). Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. (Toh Kim Hui dan
Ranjeet Kaur Khaira, Terjemah) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14

Anda mungkin juga menyukai