Anda di halaman 1dari 2

Perjanjian pangkor 1874

Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang Besar Perak
tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah
menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:


Raja Muda Abdullah diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu
dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat
Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang
mengenai agama dan adat orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan
hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan
nasihat Residen British. ”
Syarat penuh ialah

1. Raja Muda Abdulah diiktiraf sebagai Sultan Perak.


2. Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan, dibenar mengekalkan
gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah wilayah kecil diserahkan hak
kepadanya.
3. Segala perlantikan pegawai besar lain yang dibuat pada masa Raja Bendahara Ismail
menerima alat kebesaran diraja hendaklah disahkan.
4. Kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri ke atas Larut oleh Al-Marhum Sultan
hendaklah disahkan.
5. Semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua perlantikan hendaklah dibuat atas nama
Sultan.
6. Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorang pegawai
British yang dinamakan Residen. Pegawai ini akan ditauliahkan ke istana Sultan, dan
nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang
menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
7. Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak di bawah Residen
Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut hendaklah
ditempatkan di istana Gabenor Larut.
8. Pembiayaan untuk Residen-Residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah ditentukan oleh
Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan menjadi tanggungjawab pertama daripada hasil Negeri
Perak.
9. Peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan diterima oleh Sultan,
Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan seterusnya daripada
hasil tersebut.
10. Pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia di bawah
nasihat Residen-residen ini.
11. Persetiaan di mana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah diserahkan kepada Great
Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah diselaraskan semula
supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal Persetiaan itu, dan dengan ini
maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu hendaklah diperbetulkan
seperti berikut: Dari Bukit Segari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No. 1 Selat
Melaka, yang salinannya dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga kelaut,
kemudiannya di sepanjang [antai laut ke selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari
Pulau Katta merentang ketimur laut kira-kira sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara,
iaitu ke Bukit Segari.
12. Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk ke sungai
itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan
Province Wellesley (Seberang Perai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya,
seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh
Sultan Perak.
13. Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak dan
keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di
Negeri itu, maka langkah-langkah segara di bawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih
daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang
boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dll., seperti keadaan
sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana
kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawai-pegawai itu dalam hal sedemikian adalah
muktamad.
14. Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat
untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj dan
perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat dan Great Britain
dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan
perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai