Anda di halaman 1dari 17

Penjajahan Kuasa

Asing (British)
Pengajian Malaysia (MPU 2163)
Kedatangan British (1)
• Peringkat awal kemasukan ke Tanah
Melayu, pedagang British didorong oleh
pedagangan sumber asli dan ekonomi
• Lama-kelamaan membawa mereka kepada
campur tangan politik
• Sekitar 1730-an, semakin ramai pedagang
British di Tanah Melayu
Kedatangan British (2)

• Sultan Ibrahim (Selangor) mempunyai


hubungan baik dengan pedagang British
• Pada 1761, empat buah kapal pedagang
British tiba di Kuala Selangor
• Awalnya merupakan faktor penyumbang
pertumbuhan perdagangan Selangor
• Datang berdagang kain dan candu dari
India, serta membeli timah orang Melayu
Kedatangan British (3)
• ‘Kumpulan Perdagangan Madras’ ditubuhkan
kumpulan pedagang British
• Francis Light dan James Scott turut
menganggotainya & mempromosikan pusat
perdagangan negeri-negeri Melayu
• Tahun 1778, dicatatkan sebanyak 62 buah
kapal British tiba
• British semakin menggiatkan usaha
memonopoli timah terutamanya di Selangor
dan Perak
Keadaan semasa negeri-negeri Melayu
• Pada abad ke-18 dan 19, bijih timah menjadi hasil
keluaran utama Tanah Melayu
• Keadaan semasa negeri-negeri Melayu tidak aman:
berlaku perebutan takhta & perebutan daerah
kekuasaan dalam kalangan putera raja
• Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap
Cina (Perang Larut)
British memonopoli timah
• Belanda mula berundur sedikit demi sedikit akibat
kekurangan pengaruh & kekalahan dalam Perang
Napoleon
• British mengukuh dominasi, mendagangkan
lebih 6,000 pikul timah dari Perak setiap tahun
• Walter Sewell mematerai perjanjian dengan Sultan
Selangor dan Perak dalam usaha monopoli timah
• Pedagang British lain mengorak langkah ke
negeri Melayu lain, termasuk Kedah
• Turut memonopoli hasil bijih, lada hitam dan
gading gajah
British mengeksploitasi negeri (P. Pinang)
• British mula mendirikan gudang dan loji, mengawal
perdagangan bijih timah
• British merancang mendirikan pangkalan perdagangan
mereka:
o Francis Light bertemu Sultan Abdullah pada 1784, sewaktu
baginda menghadapi konflik politik dengan Siam & Bugis
o Baginda bersetuju dengan memberi syarat bantuan
ketenteraan kepada kerajaan Kedah sekiranya diserang Siam
• Rentetan kukuhnya pengaruh mereka, Francis Light
berjaya menduduki Pulau Pinang
• Bendera Union Jack dinaikkan di P. Pinang pada 1786
British mengeksploitasi negeri (Singapura)
• Tengku Husin bertelagah dengan Raja Jaafar
(ketika itu Yang Di-Pertuan Muda Johor)
• Raja Jaafar menyingkirkan Tengku Husin dari
takhta kesultanan Johor-Riau pada 1812
o British ambil kesempatan dengan menawarkan
Tengku Husin untuk ditabalkan sebagai Sultan
Singapura & Johor
o Sebagai balasannya, British dibenarkan membuka
pangkalan tentera & pangkalan perdagangan di
Singapura
o Stamford Raffles menduduki Singapura pada 1819
British menguasai negeri-negeri Melayu
• Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani
pada 1824 (Perjanjian London 1824)
• Perjanjian menyatakan bahawa kepulauan
Melayu dibahagikan kepada dua kawasan
antara British dengan Belanda
o Utara Nusantara (Singapura ke atas & Borneo) =
British
o Selatan Nusantara (kepulauan Indonesia) =
Belanda
Negeri-Negeri Selat
• Apabila British berjaya menduduki Tanah Melayu,
mereka membuat pentadbiran negeri-negeri Melayu
dengan nama NNS pada 1826
• Gabungan ini diketuai oleh Gabenor British
• Pada 1867, NNS dianggap sebagai Koloni British
(Crown Colony) dan pentadbirannya diletakkan di
bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
• Majlis Mesyuarat Undangan di London membantu
Gabenor di NNS
British campur tangan
• Di Perak:
o Perebutan takhta antara Raja Yusof, Raja Ismail & Raja
Abdullah
o Pergaduhan antara kumpulan pelombong bijih timah Cina
(Perang Larut)
o British memanggil putera-putera raja serta pemimpin kongsi
gelap Cina ke meja rundingan (Perjanjian Pangkor 1874)
➢Kumpulan pelombong Cina bersetuju untuk berdamai
➢Takhta Sultan Perak diberi kepada Sultan Abdullah.
Bersetuju menerima Residen British untuk menasihati
Sultan dalam pentadbiran negeri
➢JWW Birch dilantik sebagai Residen Perak yang pertama
British campur tangan
• Di Selangor:
o British menggunakan alasan ‘rompakan lanun’ untuk merujuk
kepada kutipan cukai oleh pembesar Melayu
o Berlaku pertempuran antara pedagang British yang ‘dirompak
lanun Melayu’
o Andrew Clarke arahkan tentera British mengepung dan menyerang
pantai Selangor
o AC memanggil Sultan Abdul Samad untuk rundingan
➢ British melantik seorang pegawai tadbir di Selangor
➢ Kemudian British melantiknya sebagai penasihat rasmi Sultan
British campur tangan
• Di Sungai Ujong:
o Perbalahan antara Datuk Kelana & Datuk Bandar
untuk kuasa kutipan cukai bijih timah
o Datuk Kelana ditawarkan perlindungan British, baginda
menerimanya & diiktiraf British sebagai pemerintah sah
Sungai Ujong
o British mengadakan perjanjian dengan Datuk Kelana
untuk melantik Penolong Residen untuk menasihati
baginda
British campur tangan
• Di Pahang:
o Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan
Mansur
o Wan Ahmad mengisytihar dirinya Sultan Pahang, Wan Mansur tidak
berpuas hati & merancang serangan pada tahun 1884
o Wan Ahmad meminta bantuan British, serangan berjaya dipatahkan
o British mencadangkan kepada baginda untuk menerima seorang
Residen British. Cadangan ditolak
John Pickersgill Roger o British terus mendesak, akhirnya pada tahun 1887, perjanjian
dimaterai, Residen British dilantik untuk Sultan Pahang
Apa fungsi Residen?
• Jawatan Residen satu strategi British mengawal
pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu
• Residen sebagai ‘penasihat’ Sultan: Jawatan pembesar-
pembesar Melayu dikekalkan tetapi harus patuh kepada
pandangan Residen
• Matlamat sistem Residen:
o Menggubal dan melaksanakan sistem perundangan
o Mewujudkan sistem pungutan cukai yang teratur
o Mengeksplotasi hasil alam negeri-negeri Melayu
Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar 1), Kuala Kangsar 1897
Penjajahan Kuasa Asing

✓ Portugis
✓ Belanda
❖ British
• Jepun
• Komunis

• *Bersedia: Pengenalan pejuang & perjuangan mereka

Anda mungkin juga menyukai