Anda di halaman 1dari 63

Portugis Belanda British Jepun British

(1511-1641) (1641-1824) (1824-1941) (1941-1945) (1945-1957)


130 tahun 183 tahun 117 tahun 4 tahun 12 tahun
FAKTOR KEDATANGAN

•untuk menguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh pedagang Islam.

•ingin mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur, menyebarkan dan mengembangkan ajaran Kristian.

•tertarik dengan Melaka kerana lokasi dan kedudukan Melaka yang strategik ditengah-tengah laluan antara India dan

China.

PENJAJAHAN

•Portugis telah berjaya menawan Melaka dengan pimpinan Alfonso d’Albuquerque.

•Beliau telah membina kota A Famosa untuk melindungi Melaka daripada serangan terutama serangan daripada

Sultan Mahmud yang cuba mendapatkan semula Melaka.

•Portugis akhirnya tewas apabila waris kesultanan Melayu Melaka di Johor dengan bantuan Belanda berjaya menawan

Melaka pada tahun 1641.


KESAN UTAMA PENINGGALAN PORTUGIS

•kewujudan masyarakat Serani (hasil perkahwinan antara orang Portusis dengan penduduk tempatan)

•pengenalan tulisan Rumi (Roman) dan penyerapan bahasa Portugis seperti ‘jendela’, ‘almari’, ‘tuala’, ‘garfu’, ‘palsu’

dan lain-lain dalam bahasa Melayu.


Kapal-kapal pedagang wajib mebayar cukai 6-10% daripada hasil dagangan

Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang

Portugis memonopoli barang dagang utama (membeli barang dengan harga


rendah dan menjualnya dengan harga tinggi)

Diskriminasi terhadap pedagang Islam


Pentadbiran Belanda:

• Pihak Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timut Belanda atau Vereenigde

OostIndische Compagnie (VOC) pada 20 Mac 1602.

• Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di Betawi (Jakarta) iaitu di Pulau Jawa

Faktor penjajahan:

• Belanda telah menyerang Melaka beberapa kali untuk mengatasi kuasa Portugis.

• Belanda berusaha untuk menghancurkan pelabuhan Melaka bagi menarik pedagang asing

ke Betawi serta menguasi perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.


• Belanda juga cuba untuk menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di negeri-

negeri Melayu.
Pada pertengahan tahun 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor menyerang Portugis untuk menawan Melaka

Selepas berperang selama enam bulan, akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari 1641.

Belanda menggunakan tipu daya mereka untuk menjadi kuasa penjajah baru di Melaka selepas Portugis.

Belanda mendesak Johor menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka hendaklah mendapat
kebenaran daripada Belanda.

Belanda menjadikan Melaka sebagai pengkalan untuk memaksa kapal dagang yang melalui Selat Melaka supaya berdagang di Betawi.

Tindakan Belanda menyebabkan kemasyhuran Melaka sebagai pusat dagangan terkemuka mula merosot dan para pedagang mula beralih ke Betawi .
Tahun Catatan Ringkasan Pendudukan Belanda di Tanah Melayu
1639 Sultan Muzaffar Syah II (Raja Sulong) membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah
di Perak
1640 Belanda menawarkan bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor untuk
menyerang Portugis di Melaka serta menyerahkan negeri Melaka kepada Johor
1641 Belanda mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor (Belanda menipu Johor
dan menjadi penjajah baru di Melaka).

1650 Joan Truijtman menandatangani surat perjanjian dengan Sultan Muzaffar di Perak. Syarat
perjanjian:

Perak mesti menjual timah kepada Belanda dan Aceh sahaja

Perak tidak dibenarkan timah pada orang Eropah dan India

Kerajaan perak hendaklah memberi tanah kepada Belanda untuk mendirikan loji.

Bangunan Stadthuys (penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya serta sebagai
pusat pentadbiran Belanda) dibina di Melaka
1651 Belanda mendirikan loji di Tanjung Putus, Kuala Sungai Perak tetapi dibinasakan oleh orang
Melayu Perak.

1655 Joan Truijtman di hantar sekali lagi ke Perak untuk memperbaharui perjanjian pada 1650
dengan Sultan. Antara tambahan syarat perjanjian:

Kerajaan Perak perlu membayar wang 50,000 rial kepada Belanda sebagai gantirugi loji di
Tanjung Putus yang dimusnahkan

Belanda membuka loji sementara di Kuala Perak
1670 Belanda membina kota kayu di Pulau Pangkor
1757 Belanda mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi
1758 Perjanjian Belanda dengan orang Bugis supaya Klang, Linggi dan Rembau menjual hasil timah
ke Melaka dengan harga ditetapkan Belanda
1786 Sultan Ibrahim (Selangor) menandatangai perjanjian dengan Belanda untuk memberikan
monopoli timah di Selangor kepada Belanda
1795 Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui surat-surat Kewbagi mengelakkan semua
tanah jajahannya jatuh kepada Perancis disebabkan Perang Napoleon di Eropah
Penjajahan Belanda di Tanah Melayu berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian
London) pada 17 Mac 1824.

Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan antara Belanda


dan British di Kepulauan Melayu.

Kesan peninggalan Belanda di Tanah Melayu adalah pembinaan monumen seperti Bangunan
Stadthuys di Melaka dan Kota Belanda (Dutch Port ) di Pulau Pangkor.
Tahun 1600 :

•British membuat persiapan untuk berdagang di Timur dengan menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) atau East

India Company(EIC).

•British ingin mencari pelabuhan baru sebagai pengkalan laut untuk kapal-kapal British yang berlayar di timur Teluk Benggala.

•British telah mula datang ke Kepulauan Melayu pada awal abad ke-17.

•Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah untuk menguasai kekayaan ekonomi Tanah Melayu.

Bermula Penjajahan:

•bermula dengan permohonan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan bantuan Gabenor British di Madras,

India dari ancaman Bugis melalui surat pada 1771.

•permohonan tersebut ditolak oleh British.


•Sultan Muhammad Jiwa menghantar pula seorang utusan ke Acheh bagi menemui pegawai EIC, Franchis Light untuk

menubuhkan pusat perdagangan di Kuala Kedah sekiranya British bersetuju memberi bantuan dan perlindungan kepada

Kedah.

•Franchis Light telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786 setelah memberi jaminan kosong kepada

Sultan Kedah, Sultan Abdullah kerana British tidak bersedia memberi perlindungan kepada Kedah.

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824


Perjanjian Inggeris–Belanda pada 17 Mac 1824 untuk menamatkan persaingan antara Belanda dan British di
Kepulauan Melayu telah memberikan peluang yang besar pada British untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu yang
lain

Bil Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

1 Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka (serta semua jajahan takluknya) kepada
British
2 British mnyerahkan kepentingannya di Bangkahulu (Bengkulen) dan semua kawasan kepunyaaan SHTI
di Sumatera kepada Belanda
3 Belanda menarik balik bantahannya berhubung pendudukan Inggeris di Singapura dan mengiktiraf
British di Singapura (dengan syarat Brtish tidak meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-
pulau di selatan Singapura).

4 Belanda berjanji tidak campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan
pemerintah tempatan di Tanah Melayu.
5 British berjanji tidak campur tangan dan membuat sebarang perjanjian atau persetiaan di Sumatera,
Pulau Karimon, Kepulauan Riau-Lingga dan mana-mana bahagian di selatan
Singapura
6 British dan Belanda bersetuju bekerjasama dalam urusan perdagangan dan menghapuskan kegiatan
lanun
7 Jika mana-mana pihak mengundurkan diri daripada salah satu kawasan, maka pihak satu lagi berhak
menduduki kawasan yang ditinggalkan.
8 Pemerinah anak negeri dibenarkan membuat hubungan secara bebas dengan kedua-dua kuasa dan
sesama pemerintah tempatan
9 Hutang Belanda kepada British akibat Perang Napoleon selesai dengan pembayaran 100,000 paun
(Sepanyol)
KESAN-KESAN PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA
1824
Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh

Kawasan utara dan timur Kepulauan Melayu (termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,
Belanda menguasai kawasan selatan dan barat.
Sabah, Sarawak dan Brunei) dikuasai British

Perpecahan Empayar Johor-Riau

Singapura dan Tanah Besar Johor dibawah kuasa British Kepulauan Riau dibawah kuasa Belanda

Persaingan kuasa antara Belanda dan British semakin sengit

British dan Belanda berselisih faham tentang butir-butir wilayah yang merujuk kepada “sebarang pulau yang terletak diselatan Singapura ”

 Setelah Melaka diserahkan kepada British selepas Perjanjian tersebut, British menguasai tiga tanah
jajahan di sepanjang Selat Melaka iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai di utara, Melaka di tengah dan
Singapura di selatan.

Pada 1826, British telah menyatukan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dibawah satu unit pentadbiran
yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.

NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)


Pengusaan British di Tanah Melayu bermula dengan penempatan British di Pulau
Pinang pada 11 Ogos 1786 dan Singapura pada 6 Februari 1819.

British mempunyai tanah jajahannya yang ketiga apabila Belanda menyerahkan
Melaka kepada British melalui Perjanjian Inggeris Belanda pada 17 Mac 1824.

Ketiga-tiga tanah jajahan British tersebut diletakkan di bawah satu pentadbiran
yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS) pada 1826.

Pada 1832, Pusat pentadbiran NNS di Pulau Pinang dipindahkan ke Singapura.
Pentadbiran NNS ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di Calcutta, India.

Pentadbiran di Melaka dan Pulau Pinang diketuai oleh seorang Residen Kaunselor
yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral NNS di Singapura.

Bermula 1 April 1867, pentadbiran NNS dipindahkan secara rasmi dari India ke
Pejabat Tanah Jajahan di London.

PERLUASAN KUASA: DASAR TIDAK CAMPUR


TANGAN

Sejak penubuhan Negeri-negeri Selat, British tidak berminat untuk campur
tangan dalam hal ehwal negeri Melayu.

Dasar tidak campur tangan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

Bimbang timbulnya konfflik British mempertahankan


British menghadapi Dahagi di dengan Siam yang mendakwa prinsip berkecuali yang India

Negeri-negeri Melayu di utara dipersetujui dalam perjanjian adalah bawah

naungannya. Inggeris-Belanda 1824

Campur tangan akan Akta Pitt yang diluluskan di

meningkatkan kos sekiranya India melarang pegawai berlaku

peperangan British untuk campur tangan.

PERLUASAN KUASA: CAMPUR TANGAN BRITISH


SECARA TIDAK LANGSUNG

British terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan terutama apabila mereka berasa
terancam dari kepentingan perdagangannya sebelum 1874.

Antara peristiwa yang menyebabkan campur
tangan British secara tidak langsung adalah:

Perebutan tahta kesultanan Johor antara Tengku Hussain dengan adiknya


Tengku Abdul Rahman
ning, Abdul Said (Dol Said) terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas penduduk Naning.
di bawah pentadbiran British selepas Melaka menjadi jajahan British melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824.

Penentangan tersebut membawa kepada berlakunya Perang Naning pada 1831-32.

Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam pada 20 Kapal perang British membedil kubu pertahanan di Kuala Terengganu pada 4
Jun 1826 yang membenarkan para pedagang British menjalankan urusannya November 1862 bagi menyekat kemaraan Siam di Terengganu dan Pahang
di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancaman Siam. yang mengancam kepentingan British.

PERLUASAN KUASA: CAMPUR TANGAN BRITISH


SECARA LANGSUNG
 Sebab-sebab campur tangan British di Negeri-negeri Melayu adalah:

Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah menyebabkan harga bijih timah melambung naik.

Kekayaan hasil bumi di Negeri-negeri Melayu terutamanya bijih timah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang serta emas di
Pahang.

Bimbang campur tangan kuasa Eropah yang lain seperti Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Belanda.

Pembukaan terusan Suez pada 1869 yang menghubungkan laut Merah dan Laut Mediterranean telah memendekkan perjalanan dari Britain
ke Tanah Melayu menjadi 14 400 km berbanding mengelilingi Tanjung Harapan di Selatan Afrika sejauh 22 320km.

Perubahan politik dan dasar kerajaan Britain

Desakan golongan pedagang di Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan untuk mengatasi perbalahan dalam kalangan pembesar
Melayu, pergaduhan kongsi gelap Cina dan kegiatan lanun di Selat Melaka.
Tahun Ringkasan Perluasan Kuasa British di Tanah Melayu

1761 Sultan Ibrahim menjalin hubungan dengan pedagang British di Selangor

1771 Syarikat British, Francis Jourdain mendapat kebenaran Sultan Kedah untuk mendirikan loji

1784

Syarikat British, Thomas Forrest mendapat kebenaran untuk mendirikan lebih banyak gudang da n
loji di Kedah

1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan janji kosong kepada Sultan Kedah

1819 Stamford Raffles menduduki Singapura setelah membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahm

dan menyokong Tengku Hussin sebagai Sultan Johor

1824 Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London)

1825 Persetiaan awal antara Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat Siam meluaskan pengaruhnya

Perak dan Selangor


1826
Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam yang membenarkan para pedaga

British menjalankan urusannya di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancam

Siam.

Singapura, Pulau Pinang dan Melaka disatukan menjadi Negeri-negeri Selat

1841 James Brooke mengambil Sarawak.

1874
Perjanjian Pangkor dan campur tangan British di Perak

Campur tangan British di Selangor

Campur tangan British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

1875 Brunei menyerahkan Sabah kepada British

1888 Campur tangan British di Pahang

1896 Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu

1909 Perjanjian Bangkok ditandatangani. Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu d

Perlis kepada British dan membentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


1914 Johor menerima penasihat British

SISTEM RESIDEN

Sistem Residen mula diperkenalkan di Tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.

Perjanjian Pangkor merupakan permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran di
negerinegeri Melayu.

Jawatan Residen’‘ adalah satu strategi British untuk menjaga kepentingan merekadari sudut ekonomi di
Tanah Melayu.

Usaha ini adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu
seperti bijih timah dapat berjalan lancar.

Perlantikan Residen juga merupakan strategi British untuk mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris dan
mengawal pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.

Pegawai-pegawai yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai garis panduan yang rasmi dalam
menjalan tugas. Sebarang masalah yang berlaku diselesaikan mengikut kebijaksanaan dan budi bicara
mereka tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan British.

Kemasukan Residen di Tanah Melayu pada awalnya adalah untuk membantu Sultan/Raja dan pembesar
Melayu mewujudkan keamanan akibat masalah-masalah yang berlaku seperti

(a) perang saudara antara pembesar dalam merebut tahta dan kawasan; (b) pergaduhan antara kongsi gelap; dan (c)
kegiatan lanun di Selat Melaka.

Residen British berperanan sebagai penasihat kepada Sultan/Raja Melayu dalam urusan pentadbiran
kecuali urusan berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran
negeri dan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu

PERUBAHAN YANG BERLAKU DISEBABKAN


PERLAKSANAAN SISTEM RESIDEN
 Antara perubahan yang berlaku disebabkan perlaksanaan sistem Residen
adalah:

Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka

Sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah bagi membicarakan kesalahan yang
dilakukan oleh Penduduk Tanah Melayu

pungutan cukai dan hasil negeri yang dikuasai oleh Sultan/Raja dan pembesar tempatan diambil alih oleh British

sistem penghambaan dihapuskan

British telah membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu

RESIDEN INGGERIS DI NEGERI-NEGERI MELAYU


Tarikh Negeri Residen

November 1874 Perak J.W.W. Birch

Ogos 1874 Selangor J.G. Davidson

1874 Sungai Ujong, Negeri W.I. Tatham

Sembilan

1888 Pahang J.P. Rodger

1895 Negeri Sembilan Martin Lister


Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan

NEGERI SEMBILAN Penentangan penghulu Naning, Abdul Said (Dol Said) terhadap
cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan British ke atas
Dol Said penduduk Naning membawa kepada Perang Naning pada 1831-
32.
PERAK •
Sultan Abdullah dan pembesarnya seperti Dato’ Maharaja Lela,

• Dato’ Sagor bermesyuarat secara sulit dan merancang


Sultan Abdullah
pembunuhan JWW Birch.

Dato’ Maharaja Lela

Pembunuhan J.W.W Birch pada 2 November 1875 oleh

Dato’ Sagor
Pandak Indut dan Seputum atas arahan Dato’ Maharaja Lela.

Pandak Indut •
Pembunuhan J.W.W Birch disebabkan oleh pembaharuan yang

Sepuntum diperkenalkan British di Perak seperti:
(Si Puntum) a) Membatalkan hak pajakan antara Sultan Abdullah
dengan saudagar Lee Cheng dari Singapura dan Birch
menawarkan harga yang lebih tinggi kepada saudagar
tersebut
b) Menghentikan hak memungut cukai bijih timah
c) Menyusun semula sistem cukai
d) Memperkenalkan cukai yang baharu
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP KUASA BRITISH
e) Memperkenalkanundang-undangbaharu

Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan


PAHANG Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua dan

berjaya menawan Temerloh pada 1892 dan Dato’ Bahaman serangan keatas Kuala Tembeling selepas

menawan kubu Jeram Ampai Tok Gajah, pada 1894 disebabkan:

Mat Kilau a) Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad terhadap


British dan Tengku Mahmud
b) Perasaaan tidak puas hati pembesar terhadap elaun ganti rugi atas
kehilangan kuasa apabila British melarang memungut cukai, mengawal
perhambaan, membataskan kerja-kerja kerahan dan hak kekuasaan
sebagai pentadbir keadilan bagi kes jenayah dan sivil tetapi menerima
c) Perasaan tidak puas hati rakyat kerana dilarang memakai keris bersama

baju melayu.

KELANTAN Engku Besar Jeram bergabung dengan Tok Janggut menjalankan kempen menentang

peraturan baru British dan melancarkan serangan serta Haji Mat Hassan bin menawan Pasir
Puteh pada 29 April 1915 kerana:
Munas (Tok Janggut) a) Pengaruh Engku Besar Jeram yang cukai berasa tidak puas hati setelah
kehilangan kuasa memungut cukai dan perlu membayar cukai kepada
British
b) Pengenalan cukai tanah oleh British

PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN


TERHADAP KUASA BRITISH
c)Perasaan Anti-British selaras dengan seruan jihad

PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN


TERHADAP KUASA BRITISH
Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan

TERENGGANU a) Haji Abdul Rahman Limbong dan sekumpulan penduduk

pendalaman di Telemong membuka tanah dan menebas hutan Haji Abdul Rahman
tanpa mendapat kebenaran British pada tahun 1922
Limbong b) 300 hingga 500 orang petani membersihkan tanah milik Tengku Nik
Maimunah (puteri Sultan Zainal Abidin III) setelah mendapat tahu
British akan meberi konsesi tanah kepada saudagar Cina
c) Kebangkitan petani yang digerakkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong

berhimpun di Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong untuk

mengadap Sultan Terengganu bagi memaklumkan kesusahan

mereka apabila British mengancam untuk mengambil

tindakan terhadap petani yang enggan membayar cukai.


Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan
SABAH Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu atau dikenali sebagai Mat Salleh

• (pemimpin di hulu Sungai Sugut) menentang Syarikat Berpiagam


Mat Salleh
Borneo Utara British (SBBU) dengan menyerang Pulau Gaya dan

Antanom
memusnahkan bangunan kerajaan pada Julai 1897 kerana:
a) Pengenalan peraturan baharu oleh SBBU yang membebankan
penduduk
b) Kampung Mat Salleh di Sungai Sugut dibakar
c) Usaha untuk berunding dengan SBBU gagal

Ontoros anak lelaki Antanom atau lebih dikenali sebagai Antanom


(ketua kaum Murut di Rundum) menentang pihak SBBU pada Jun 1914
dan menyerang Pensiangan serta pejabat pegawai daerah Rundum pada
Februari 1915 kerana:
a) Pengenalan peraturan baharu SBBU yang membebankan
penduduk
b) Orang Murut dipaksa menjadi buruh membina jalan di pedalaman

dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum

secara paksa

PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN


TERHADAP KUASA BRITISH
c)SBBU menceroboh hutan untuk membina

PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN


TERHADAP KUASA BRITISH

Negeri/Daerah/Tokoh Peristiwa penentangan


SARAWAK • Rentap (ketua kaum Iban) menentang British dengan menyerang kubu Brooke
di Nanga Skrang dan membunuh Alan Lee, pegawai pasukan Brooke pada 1853
• Rentap kerana:
• Sharif Masahor a) British menganggap orang Iban sebagai lanun
• Datu Patinggi Abdul b)British membina kubu di sungai Skrang untuk mengawasi orang Iban
Ghafur c) British memusnahkan petempatan orang Iban di Sungai Skrang

• Sharif Masahor (Gabenor Sarikei di Sungai Rajang) berpakat dengan Datu


Patinggi Abdul Ghafur menyerang kubu Brooke dan membunuh dua orang
pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox pada Jun 1859 kerana :
a) James Brooke mengambil alih Sarikei daripada Sultan Brunei dan
menggugat kedudukan Syarif Masahor
b)James Brooke membina kubu di Kanowit dan Syarif Masahor menganggap ia
sebagai mengambil alih kuasa
c) James Brooke memecat Syarif Masahor pada 1855 kerana dikatakan campur
tangan dalam pertelingkahan di Mukah.

• Sharif Masahor juga menyerang Kuching pada Februari 1860 tetapi dikalahkan
oleh Charles Brooke.
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)

Kelemahan-kelemahan yang wujud dalam Sistem Residen menyebabkan British mencadangkan agar
Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pusat pemerintahan dengan corak
kerajaan berpusat.

Rundingan untuk membentuk kerajaan pusat tersebut dilaksanakan oleh Sir Charles Mitchell dengan
Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British.

Frank Swettenham dilantik bagi mendapatkan persetujuan daripada keempat-empat negeri tersebut.

Pada 1 Julai 1896, Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani antara pihak Inggeris dengan Sultan/Raja
Melayu di Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan dan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(NMMB).

Frank Swettenham dilantik sebagai Residen General yang pertama dari tahun 1896 hingga 1901.

Residen General merupakan ketua pentadbir bagi kerajaan persekutuan dan berperanan memberi nasihat
dalam semua urusan pemerintahan kecuali urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Sultan/Raja dianggap sebagai ketua negeri.

Kuala Lumpur telah dipilih sebagai ibu negeri NNMB dan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu (DURBAR) antara Sultan/Raja Melayu dengan pegawai British
diperkenalkan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama.

Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada 1909 untuk mengukuhkan lagi penguasaan British ke atas
NNMB.

Pada 1910, Jawatan Ketua Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi diwujudkan bagi menggantikan jawatan

KESAN PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU


BERSEKUTU

Pemusatan kuasa pentadbiran di tangan residen Jeneral di Kuala Lumpur

Kuasa sultan/raja hanya tertumpu pada urusan agama islam dan adat Istiadat Melayu

Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan untuk mengemaskini pentadbiran NNMB

Penubuhan jabatan-jabatan persekutuan menyebabkan pengambilan pegawai British bertambah


Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak jelas dan lebih memihak kepada kerajaan persekutuan

Orang Melayu tidak mendapat keuntungan dalam pembangunan ekonomi dan pentadbiran negeri sebaliknya menguntungkan pengusaha asing

DURBAR tidak berfungsi kerana nasihatnya tidak diikuti oleh residen Jeneral.

Sumber kewangan negeri berkurangan kerana hasil negeri, cukai dan urusan kewangan negeri terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU



Pada 10 Mac 1909, Pihak British dan Siam telah menandatangani satu perjanjian yang
dikenali sebagai Perjanjian Bangkok.

Kerajaan Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis
kepada British dan membentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).

Melalui Perjanjian Bangkok, British telah berjaya melindungi kepentingan mereka di
negeri-negeri Melayu serta menyekat perluasan kuasa Siam.

Pembentukan NNMTB membolehkan British meletakkan seorang penasihat British di
setiap negeri berkenaan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor
Negeri-negeri Selat.

Pada 1914, Sultan Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan British dan
bersetuju menerima penasihat British. Ini menjadikan penguasaan British keatas semua
negeri Melayu lengkap.

Pentadbiran NNMTB berbeza dengan pentadbiran NNMB dimana Sultan/Raja bebas
dalam urusan pentadbiran, manakala penasihat British berperanan sebagai penasihat
dan bukannya sebagai pentadbir seperti di NNMB.

British telah berusaha gigih untuk mengukuhkan kekuasaannya dengan mempengaruhi
NNMTB supaya bergabung dengan NNMB dibawah sistem pentadbiran persekutuan
tetapi gagal.
PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI
1920-1941)

Pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) bermaksud kuasa-kuasa utama berkaitan pentadbiran, sumber kewangan dan perkhidmatan yang dikuasai

oleh kerajaan pusat dikembalikan kepada kerajaan negeri masing-masing.

Desentralisasi berpunca daripada Sultan Idris dari Perak dalam Persidangan DURBAR pada 1903 menyuarakan bantahan ke atas pemusatan kuasa

Residen Jeneral dalam urusan pentadbiran kerajaan NNMB tanpa menerima pandangan Sultan/Raja dan Pembesar negeri.

Dasar pengagihan kuasa ini bertujuan melonggarkan kawalan Residen Jeneral dan kerajaan pusat ke atas Majlis Mesyuarat Negeri serta mengembalikan

setengah daripada kuasa kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

Usaha awal merombak sistem pemusatan kuasa di NNMB dibuat pada 1909 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson melalui penubuhan

Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.


Sultan/Raja Melayu masih tidak mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran.

PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI


1920-1941)

Sultan Idris juga telah mengemukakan isu pengembalian kuasa Sultan/Raja kepada kerajaan

British semasa lawatannya ke England pada tahun 1924.

• Akibat bantahan tersebut, kerajaan British telah memperbaiki sistem pentadbiran NNMB.

• Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Lawrence Guillmard mencadangkan penyusunan semula Majlis Mesyuarat

Perundangan Persekutuan dan mengembalikan semula kuasa kepada Sultan/Raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri.
Pada tahun 1931, Pesuruhjaya Tinggi British yang baru, Sir Cecil Clementi mencadangkan agar

persekutuan yang ada dibubarkan dan diganti dengan sebuah kesatuan yang meggabungkan

semua negeri Melayu (NNS, NMMB dan NMMTB).

• Cadangan tersebut diterima oleh sultan NNMB tetapi dibantah oleh NNMTB dan NNS serta golongan peniaga.

• Cecil Clementi juga menambahbaik desentralisasi dengan meletakkan lebih banyak jabatan kerajaan di bawah kawalan

kerajaan negeri seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.

PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI


1920-1941)

Beberapa perubahan ke atas sistem Persekutuan di Tanah Melayu seterusnya dibuat pada

tahun 1939.
• Perubahan ini adalah kesan daripada tinjauan Setiausaha Tetap di pejabat Tanah Jajahan, Brigedier Jeneral Samuel Wilson,

berkaitan pemusatan kuasa di Tanah Melayu seperti yang dilaporkan kepada kerajaan British pada 1933.

Walaupun beberapa kuasa Sultan/Raja Melayu di kembalikan melalui desentralisasi, namun

matlamat British untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu masih dikawal oleh British.

Desentralisasi merupakan salah satu strategi British untuk memudahkan penguasaan ke atas

negeri-negeri Melayu.

Rancangan desentralisasi ini tergendala apabila Tanah Melayu diserang oleh Jepun pada tahun

1941.

Perang Dunia Kedua bermula di Eropah apabila tentera Nazi Jerman menyerang
Poland pada bulan September 1939.

Jerman seterusnya berjaya menakluki Belanda dan Perancis menjelang pertengahan
1940.
 Perang Dunia Kedua ini melibatkan dua negara Eropah iaitu Jerman dan Itali yang
disebuat Kuasa Paksi dengan Kuasa Berikat iaitu Britain dan Perancis.
 Amerika Syarikat dan Rusia kemudiannya menyertai peperangan ini dengan
menyebelahi pihak Berikat.

Kuasa Berikat/Bersekutu Kuasa Paksi/Pusat

• Britain • Jerman

• Perancis • Austria

• Rusia • Itali

• Amerika Syarikat • Jepun



Peperangan ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat menumpukan perhatian di Eropah

Disember 1941

Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu.

Kehadiran tentera Jepun yang ramai memaksa British untuk berundur.

Jepun bergerak menawan lapangan terbang Kota Bharu.

dan membiarkan tanah jajahan di Asia terdedah kepada serangan tentera Jepun.
8




•Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian dan bergerak ke pantai Timur menuju Kuantan dan ke Selatan

menuju Sungai Perak.

•Pada masa yang sama Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbordi Amerika Syarikat melalui udara.

•Tentera Jepun juga mendarat di Pattani dan Singgora di Thailand dan bergerak ke bahagian barat Tanah Melayu melalui jalan darat. 10
Disember 1941
9 Disember 1941
•Pertahanan laut British menjadi lemah terutamanya apabila kapal tentera laut British
•Pihak Jepun berjaya menawan lapangan terbang
iaitu HMS Prince of Walesdan HMS Repulseyang bertugas untuk mengawasi pantai

Sungai Petani dan Alor Star


Timur Tanah Melayu dibom oleh tentera Jepun

•Pengeboman kapal tentera British membolehkan lebih ramai tentera Jepun tiba di

Tanah Melayu.

11 Disember 1941 12 Disember 1941 16 Disember 1941 24 Disember 1941

• Jepun mengebom •Jitra dan Alor Star dikuasai Jepun. •Jepun menawan Miri, •Jepun menawan Kuching, Pulau Pinang.

•Tentera British terpaksa berundur ke Sarawak Sarawak

selatan.

Januari 1942 Pertengahan Februari 1942 Awal Mei 1942

•Tentera Jepun mula menawan beberapa bandar •Jepun menguasai seluruh •Seluruh negeri Sabah dikuasai utama di Sabah seperti

Labuan, Beaufort, Jeselton Tanah Melayu termasuk tentera Jepun

dan Sandakan Singapura


FAKTOR KEJAYAAN JEPUN

Persediaan perang yang rapi dan teratur oleh Jepun. mereka mengkaji kedudukan pertahanan tentera British di Tanah Melayu

Kelengkapan perang yang canggih disamping semangat juang tinggi untuk Maharaja Jepun

Strategi peperangan yang sesuai seperti menggunakan basikal memudahkan pergerakan

Pakatan kerjasama dengan Siam bahawa Siam tidak akan diserang memudahkan Jepun mendarat di Thailand dan
memasuki Tanah Melayu

British menyangka Jepun akan membuat serangan di Singapura sebagai pusat pertahanan utama British, sebaliknya Jepun
menyerang melalui Kota Bharu dan bahagian utara Tanah Melayu.

Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik perhatian dan sokongan penduduk Asia Tenggara seperti 'Asia untuk Asia'
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
Dasar Jepun memberi layanan baik kepada orang Melayu sebagai usaha menarik sokongan RajaDiskriminasi
raja Melayu
Kaum Pemerintah Jepun memberi peluang kepada pemimpin Melayu memegang jawatan tinggi dalam
pentadbiran Jepun.
• Jepun mengamalkan dasar anti-Cina kesan daripada Peperangan China-Jepun pada 1937.
Sikap orang Cina di Tanah Melayu pada waktu itu masih memberi taat setia kepada negara
China.
• Orang India menerima layanan baik daripada Jepun kerana kerjasama orang India diperlukan
untuk mengusir British di India.
• Dasar diskriminasi menimbulkan kebencian dan syak wasangka orang Cina kepada orang
Melayu.
Kesan Sosial Jepun mengamalkan dasar penjajaran budaya dan memaksa penduduk
tempatan mempelajari bahasa Jepun. Bahasa Jepun dijadikan bahasa perantaraan bagi
menggantikan bahasa Inggeris.
• Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan dan menderita. Perasaan curiga antara satu satu
kaum dengan kaum yang lain timbul akibat dasar diskriminasi Jepun.
• Pemuda yang ditangkap oleh tentera Jepun dijadikan buruh paksa untuk membina landasan
keretapi merentasi hutan yang menghubungkan Siam dengan Burma. Ramai yang mati akibat
penyakit dan kebuluran.
• Negara mengalami masalah kekurangan beras disebabkan sistem perdagangan antarabangsa
yang bermasalah. Kekurangan beras menyebabkan penduduk tempatan bergantung kepada
ubi kayu sebagai sumber makanan
• Taraf kesihatan penduduk tempatan merosot dengan teruk akibat kekurangan zat makanan
dan kurang bekalan perubatan. Keadaan bertambah teruk apabila tentera Jepun merampas

KESAN PENDUDUKAN JEPUN


Kesan Pemerintah Jepun mengambil alih semua kegiatan ekonomi yang dahulunya dikuasai Ekonomi pengusaha
Eropah dan orang Cina
• Penduduk menderita kerana bekalan makanan yang tidak mencukupi dan harga barangan
keperluan melambung tinggi.
• Barangan utama seperti beras dikenakan kawalan yang ketat melalui permit khas.
• Perusahaan bijih timah dan getah merosot dan hampir terhenti disebabkan kerosakan dan
kemusnahan yang berlaku di lombong, ladang dan kilang.
• Nilai mata wang jatuh teruk. Mata wang ‘daun pisang’ diperkenalkan dengan banyak
menyebabkan berlaku inflasi kerana pada masa yang sama berlaku kekurangan barangan di
pasaran.
• Kegiatan ekonomi sara diri digalakkan dengan menanam bahan makanan sendiri seperti ubi
kayu dan keledek bagi menggantikan beras.
Kesan Politik Kemerosotan ekonomi dan kekejaman Jepun menimbulkan kesedaran kepada penduduk untuk
tidak dijajah dan mencapai kemerdekaan.
• Orang Melayu yang mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran yakin
dapat mentadbir negara sendiri
• Penduduk tempatan sedar dengan kelemahan kuasa pihak British apabila dikalahkan oleh
orang Asia.
• Pendudukan Jepun menaikkan semangat nasionalisme. Pasukan Force 136 yang ditubuhkan
oleh tentera Berikat mendapat sokongan penduduk tempatan. Force 136 mendapat kerjasama
Pegawai Daerah Hulu Perak, Kapten Mohd Salleh Sulaiman di Perak dan menamakan pasukan
gerila sebagai Askar Melayu Setia (AMS). Manakala di Pahang, Persatuan Melayu Pahang
membantu Force 136 dan membentuk pasukan sulit yang dinamakan Wataniah.
• Kaum Cina pula menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menubuhkan Malayan Peoples
Anti-Japanese Army (MPAJA) atau yang juga dikenali sebagai “Bintang Tiga” yang dianggap
sebagai gerakan yang mewakili semua kaum (melambangkan tiga kaum utama).
Selepas kekalahan Jerman di Eropah pada 1944, kekuatan Jepun yang menjadi sekutu Jerman mula terancam.

Amerika Syarikat dan Britain menumpukan perhatian untuk mengalahkan Jepun.

Pada pertengahan tahun 1945, Tentera Berikat bersiap sedia untuk menyerang Jepun dan mendapatkan semula
Tanah Melayu tetapi serangan tidak sempat dilakukan kerana Jepun menyerah kalah.

Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu adalah disebabkan oleh Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di
Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945 dan di Nagasaki, Jepun pada 9 Ogos 1945.

Kemusnahan negara Jepun menyebabkan Maharaja Jepun, Maharaja Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 1930 diatas arahan pertubuhan Komunis Antarabangsa yang dipengaruhi Rusia.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk membentuk negara komunis di Tanah Melayu. PKM dikehendaki mendapatkan sokongan orang Melayu dan orang India.

Namun, PKM mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan negara China dengan Jepun. Pada masa pendudukan Jepun,

PKM menjadi kuat kerana mereka bermuafakat dengan British untuk menentang Jepun.

PKM mengatur strategi dengan menubuhkanMalayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA).

Dalam tempoh dua minggu pihak British menduduki semula Tanah Melayu selepas Jepun mengaku kalah, PKM melalui MPAJA atau Binta ng Tiga telah keluar dari
tempat persembunyian mereka di hutan dan merampas senjata tentera Jepun dan Tentera Kebangsaaan India.

PKM menimbulkan huru hara dan menguasai Tanah Melayu. Mereka melakukan penyeksaan ke atas orang Melayu sebagai membalas dendam akibat layanan baik
yang diterima orang Melayu semasa pendudukan Jepun.
Pada September 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha mengawal kumpulan berideologi komunis.

Pentadbiran tentera British atau British Military Administration (BMA) ditubuhkan pada 12 Disember 1945 untuk menghentikan aktiviti MPAJA dan
memaksa pasukan tentera MPAJA tersebut dibubarkan. Namun, PKM tidak diharamkan.

PKM cuba mengukuhkan kedudukannya melalui politik dan bergerak secara terbuka. PKM menyebarkan ideologi mereka ke dalam persatuan sekerja, belia
dan penuntut sekolah serta menghasut kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menyedarkan PKM bahawa perjuangannya untuk membentuk negara komunis melalui politik t idak akan
berjaya.

Apabila Chin Peng mengambil alih pimpinan PKM, gerakan keganasan dilakukan secara terbuka.

Tentera Anti-British Penduduk Tanah Melayu (MPABA) ditubuhkan oleh PKM melancarkan pemerontakan bersenjata.

MPABA menyerang pekerja estet dan lombong, membakar rumah pekerja, membakar bas, menggelincirkan keretapi dan merosakkan jent era lombong
serta membunuh pengurus ladang dan kontraktor buruh di ladang getah.

Pada 12 Jun 1948, PKM membunuh tiga orang pemimpin Parti Kuomintang di Johor dan pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang Eropah dibunuh di Perak.
Ekoran daripada itu, darurat diisytiharkan oleh kerajaan pada 16 Jun 1948 di Johor dan Perak.

Pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Undang-undang Darurat

dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu oleh British. British turut mengharamkan PKM dan semua

pertubuhan di bawah naungannya.

PKM tetap meneruskan kegiatannya melalui gerakan gerila bawah tanah. PKM menubuhkan Min Yuen

dalam kalangan penduduk untuk mendapatkan bekalan makanan, peubatan, kewangan dan maklumat serta

membunuh sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada PKM.


PKM menubuhkan Tentera Pembebasan Bangsa-bangsa Tanah Melayu (Malayan Races Liberation Army) untuk

mendapat sokongan orang India dan Melayu dan meneruskan perjuangan mereka.
Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Namun, PKM masih melakukan pemberontakan bersenjata dengan melancarkan serangan keatas
pasukan konvoi Batalion Pertama Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, Perak pada 17 Jun 1968.

PKM juga memasuki bandar dan melakukan pelbagai kemusnahan termasuk meletupkan jentera dan kelengkapan pembinaan lebuh raya timur -barat
sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan Grik, Perak dan Pasir Putih, Kelantan.

PKM turut mengebom Tugu Negara di Kuala Lumpur dan menyerang pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada 26 Og os 1975.

PKM bertindak kebih agresif dengan melakukan siri pembunuhan ke atas anggota pasukan keselamatan.

Perang gerila oleh PKM yang bermula pada 1968 berpanjangan selama 21 tahun.

PKM akhirnya menerima perdamaian yang ditawarkan oleh kerajaan Thailand dengan kerjasama kerajaan Malaysia pada 2 Disember 19 89.

Berdasarkan perjanjian tersebut, PKM bersetuju menamatkan pemberontakan, memusnahkan senjata mereka dan membubarkan pasukan bersenjatanya.

PKM juga memberi jaminan untuk menghormati undang-undang kerajaan Malaysia dan Thailand.

Anda mungkin juga menyukai