Anda di halaman 1dari 41

F3 SEJARAH

BAB 2

[ THOMAZ SEJARAH ]
MARCH 2023

NAME:
SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

2.1 Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

2.1.1 Latar belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

Pulau Pinang
1. Pulau Pinang merupakan wilayah Kesultanan Kedah dan menjadi tempat
persinggahan pedagang-pedagang dari Lingga yang berdagang dengan
Kedah.
2. Pulau Pinang juga menjadi pelabuhan dagang bagi daerah serantau
terutama dengan Acheh di Sumatera.
3. Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang dan
sering dikunjungi oleh pedagang-pedang Arab.
4. Petempatan Batu Uban dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera pada
tahun 1759. Sultan Kedah menganugerahkan kawasan tersebut sebagai
membalas jasa orang Sumatera membantu Kesultanan Kedah menentang
Siam.

Singapura
1. Singapura ialah wilayah Kesultanan Johor Riau yang meliputi Pahang,
Johor dan gugusan kepulauan Riau Lingga sejak abad ke-16 hingga ke abad
ke-19.
2. Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir oleh Temenggung Abdul
Rahman yang tinggal di Singapura.
3. Sewaktu pentadbiran Temenggung Abdul Rahman, ladang-ladang gambir
diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura.

© THOMAZ SEJARAH Page 1


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

4. Pemerintah Kesultanan Johor Riau ialah Sultan Abdul Rahman yang


bersemayam di Lingga dan mengadakan hubungan baik dengan Belanda.
Melaka
1. Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan Alam Melayu yang unggul
pada abad ke-15.
2. Pada tahun 1511, Kesultanan Melayu Melaka ditawan oleh Portugis.
3. Pada tahun 1641-1824, Melaka menjadi tanah jajahan Belanda setelah
Belanda mengalahkan Portugis dengan bantuan Kesultanan Johor Riau.
4. Belanda menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan hasil bijih timah
dari negeri-negeri Melayu.
5. Belanda mementingkan Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan
utama di Alam Melayu.

2.1.2 Peluasan Kuasa British

Pusat Pengumpulan Barang


1. British memerlukan barangan dari China terutama teh yang mendapat
pasaran baik di Eropah.
2. China mahu emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus sebagai tukaran.
3. British memerlukan pusat untuk mengumpulan barangan tersebut yang
boleh diperoleh di Alam Melayu.

Pelabuhan Persinggahan
1. British memerlukan pelabuhan persinggahan di laluan perdagangan di
antara India dan China untuk dijadikan tempat membaiki kapal,

© THOMAZ SEJARAH Page 2


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta menunggu peralihan


angin monsoon. .
2. Memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik.

Pangkalan Tentera
1. Pangkalan tentera laut British yang terletak di pantai barat India, iaitu di
Bombay sukar mengawal petempatan British di pantai timur India, iaitu di
Madras.
2. British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategik untuk
mempertahankan petempatan di India daripada ancaman tentera Perancis
dan menghadapi saingan Belanda di Alam Melayu.

Kepentingan British di Asia dan Pasifik


1. Pada abad ke-18, British kehilangan Amerika sebagai tanah jajahan. Oleh
itu, British berusaha mengukuhkan laluan perdagangan ke China dan
berusaha meneroka petempatan di kawasan Asia Pasifik.
2. Pada tahun 1770, British berjaya menduduki Australia. Melalui
pendudukan Pulau Pinang, British dapat mengukuhkan kedudukan mereka
di Australia.
3. Kedua-kedua wilayah tersebut penting untuk mendapatkan kelebihan
bersaing dengan kuasa Barat lain, terutama Perancis.

2.1.3 Kronologi Pendudukan British di Pulau Pinang

Perebutan Takhta Kesultanan Kedah

© THOMAZ SEJARAH Page 3


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

1. Berlaku apabila Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik Tunku


Abdullah sebagai raja muda Kedah.
2. Kerabat Diraja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut telah
berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad
Jiwa.
3. Sultan Muhammad Jiwa berusaha memohon bantuan ketenteraan daripada
SHTI untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada serangan Bugis.
4. SHTI menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad
Jiwa. Rundingan gagal apabila SHTI tidak memberikan jaminan akan
melindungi Kedah daripada ancaman musuh.

Ancaman Siam
1. Semasa pemerintahan Sultan Abdullah (1778-1798), Siam menuntut
kembali penghantaran bunga emas daripada kerajaan Kedah yang terhenti
semasa Perang Siam-Burma.
2. Sultan Kedah berasa tergugat lalu memohon bantuan SHTI.Baginda
menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan kepada SHTI dengan syarat
mendapatkan bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada ancaman
Siam.
3. Baginda meminta Francis Light, iaitu pedagang persendirian untuk
menyampaikan syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India.

© THOMAZ SEJARAH Page 4


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

Tipu Helah Francis Light Menduduki Pulau Pinang


1. Francis Light berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat Sultan Kedah.
2. Sultan Abdullah menawarkan Francis Light membuka petempatan di Pulau
Pinang pada tahun 1786. Tawaran ini dibuat sementara menunggu jawapan
daripada SHTI.
3. Francis Light menamakan P ulau Pinang sebagai Prince of Wales
Island.Petempatan mereka pula dinamakan Georgetown bersempena dengan
nama Raja England.
2.1.4 Pengukuhan kuasa British di Pulau Pinang Melalui Perjanjian

1. Pada tahun 1786, Siam menakluk Patani dan mengancam Kesultanan


Kedah.
2. Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan SHTI.
3. SHTI enggan memberikan bantuan ketenteraan kerana tiada perjanjian
ditandatangani dengan Sultan Kedah.
4. Setelah menyedari tertipu dengan muslihat Francis Light, Sultan Abdullah
menghimpunkan angkatan perang di Seberang Perai untuk mengambil
semula Pulau Pinang.
5. Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British pada
tahun 1791.
6. Perjanjian ini secara rasmi mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang.
7. Pada tahun 1800, George Leith, Gabenor Pulau Pinang mendesak Sultan
Kedah, Sultan Dhiauddin (1798-1804) menandatangani perjanjian dengan
British.

© THOMAZ SEJARAH Page 5


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

8. Perjanjian ini membolehkan British menduduki Seberang Perai.


Pendudukan ini penting sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian
bagi membekalkan sumber makanan kepada penduduk di Pulau Pinang.

2.1.5 Peluasan Kuasa British d i Singapura

British dapat menduduki Melaka dan Betawi, iaitu tanah jajahan Belanda
berikutan tercetusnya Perang Napoleon di Eropah.Selepas Perang Napoleon
tamat, British terpaksa memulangkan semula petempatan tersebut kepada
Belanda. British menugaskan Stamford Raffles dan William Farquhar mencari
pelabuhan baharu untuk memecahkan penguasaan Belanda di Alam Melayu, di
samping berusaha menduduki Singapura.

Kepentingan Singapura kepada British


1. Pulau Pinang terletak di utara Selat Melaka manakala Bangkahulu berada di
luar laluan utama perdagangan Alam Melayu.
2. Kebanyakan kapal dagang berlabuh di pelabuhan Betawi,Riau dan Lingga
yang berada di bawah pengaruh Belanda.
3. British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan
Belanda di Alam Melayu.
4. Kedudukan Singapura di bahagian Semenanjung Tanah Melayu dapat
mengawal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda.
5. Singapura boleh memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil
ekonomi Alam Melayu.

© THOMAZ SEJARAH Page 6


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

2.1.6 Pertapakan British di Singapura

Stamford Raffles dan William Farquhar tiba di Singapura pada bulan Januari
1819. Pihak British kemudiannya mengadakan perjanjian awal dengan pentadbir
Singapura, iaitu Temengung Abdul Rahman untuk membenarkan British
mendirikan petempatan di Singapura. Temenggung Abdul Rahman menegaskan
bahawa perjanjian tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Sultan Abdul
Rahman iaitu pemerintah Sultan Kesultanan Johor Riau.

Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau


bagi mendapatkan pengesahan sultan setelah menyedari Sultan Abdul Rahman
mempunyai hubungan baik dengan Belanda.

1. Sultan Mahmud Shah III mempunyai dua orang putera, iaitu Tengku
Hussein, putera sulung dan Tengku Abdul Rahman, putera bongsu.
2. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat.
3. Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan di
Lingga.
4. Tengku Hussein tidak hadir semasa Almarhum Sultan dimakamkan kerana
berada di Pahang.
5. Tengku Abdul Rahman ditabalkan sebagai Sultan Johor Riau.
6. Mendapat pengiktirafan daripada orang Bugis dan Belanda.
7. Tengku Hussein yang diketepikan telah berundur dan menetap di Riau.

2.1.7 Perjanjian Mengukuhkan Kuasa Britidh di Singapura

Perjanjian 6 Februari 1819

© THOMAZ SEJARAH Page 7


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan


Temenggung Tengku Abdul Rahman.
Kesan
1. Petempatan British di Singapura diiktiraf.
2. British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13 Februari 1819.
3. William Farquhar (1819-1823) dilantik sebagai Residen pertama Singapura.

Perjanjian 2 Ogos 1824


Residen Singapura, John Crawfurd (1823-1826) menandatangani perjanjian
dengan Sultan Hussein dan Temenggung Tengku Abdul Rahman.

Kesan Perjanjian
1. Singapura diserahkan kepada British untuk selama-lamanya.
2. Sultan dan Temengung hilang kedaulatan ke atas Singapura.
3. Sebagai ganti, Sultan dan Temenggung diberi bayaran pampasan dan pencen
bulanan seumur hidup.

2.1.8 Peluasan Kuasa British di Melaka

A. Menamatkan Pertikaian British dan Belanda Berkaitan Singapura


British
1. Berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat.
2. Bertekad mempertahankan kedudukan Singapura.
3. Yakin Singapura menjadi pelabuhan bebas dan pangkalan tentera yang
penting di Alam Melayu.

© THOMAZ SEJARAH Page 8


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

Belanda
1. Mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya.
2. Menuntut British berundur dari Singapura.
3. Bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi,
pelabuhan utama Belanda di Alam Melayu.

B. Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah


1. Kedudukan Belanda berdekatan dengan Britain.
2. British mengambil pengalaman semasa Perang Napoleon, Perancis
menjadikan Belanda sebagai pangkalan menyerang Britain pada tahun 1795.
3. Belanda perlu berbaik-baik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di
timur semasa Perang Napoleon.

C. Penyelesaian untuk Perdamaian


1. Belanda dan British mahu mengelakkan peperangan yang pernah berlaku
pada abad ke-17 dan ke-18.
2. Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin
lemah selepas Perang Napoleon.

Kesan Pakatan British dan Belanda


1. Termeratainya Perjanjian London 1824 atau perjanjian Inggeris-Belanda
1824.

© THOMAZ SEJARAH Page 9


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

2. Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara


dua kuasa Eropah tersebut demi menjaga kepentingan masing-masing di
Alam Melayu.
3. Melalui perjanjian ini, British dapat menguasai Melaka apabila berlaku
pertukaran wilayah antara British dengan Belanda.

2.2 Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu

Antara Syarat Perjanjian London 1824


British Belanda
1. Berundur dari Sumatera. 1. Mengiktiraf petempatan British
2. Menyerah Bangkahulu kepada 2. Menyerahkan Melaka dan jajahan
Belanda. takluknya kepada British.
3. Tidak membuka petempatan baharu 3. Tidak membuka petempatan
di Kepulauan Riau Lingga dan baharu di Tanah Melayu.
kepulaun lain di selatan Singapura.

2.2.1 Kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu

Perjanjian London 1824 dibuat tanpa merujuk Raja-raja Melayu sebagai


pemerintah kerajaan Alam Melayu.

A. Pembahagian Alam Sekitar kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat


1. Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan
wilayah pengaruh Belanda di Alam Melayu.
2. British dan Belanda hanya mementingkan kepentingan mereka terjamin dan
meminggirkan kedaulatan kerajaan-kerajaan Alam Melayu.

© THOMAZ SEJARAH Page 10


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

3. Mewujudkan entiti geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu


di bawah pengaruh British.
4. Wilayah pengaruh Belanda dikenali sebagai Hindia Timur Belanda.

B. Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau


Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda menamatkan keunggulan
empayar Kesultanan Johor Riau yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu
Melaka. Pemerintahan wilayah kekuasaan Kesultanan Johor Riau yang luas
meliputi Johor, Pahang, Singapura dan Kepulaun Riau Lingga telah berpecah
belah.

B1. Singapura menjadi Tanah Jajahan British


1. Johor dan Singapura diperintah oleh Sultan Hussein Muhammad Shah dan
Temenggung Abdul Rahman berada di bawah pengaruh British.
2. Pada Ogos 1824, Sultan dan Temenggung didesak menandatangani
perjanjian menyerahkan Singapura kepada British.
3. Sultan Hussein Muhammad Shah meninggalkan tempat persemayamnya di
Kampung Gelam, Singapura dan berpindah ke Banda Hilir Melaka. Baginda
mangkat pada tahun 1835 dan dimakamkan di Melaka.
4. Pemerintah Johor kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan Johor ke
Johor Bahru.

© THOMAZ SEJARAH Page 11


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

B2. Berakhir Kesultanan Riau Lingga


1. Kepulauan Riau Lingga diperintah oleh Sultan Abdul Rahman dan berada di
bawah pengaruh Belanda.
2. Pada tahun 1911, institusi Kesultanan Riau Lingga dihapuskan oleh
Belanda.
3. Wilayah Riau Lingga kemudiannya diperintah secara langsung oleh Belanda
melalui Residen Riau.

B3. Pengisytiharan Kedaulatan Pahang


1. Perpecahan Kesultanan Johor Riau berlaku apabila Bendahara Tun Ali di
Pahang cuba membebaskan Pahang daripada Kepulauan Johor Riau
berikutan pengukuhan kuasa Barat di Singapura dan Johor serta pergolakan
di Riau Lingga.
2. Pada tahun 1853, dengan muafakat pembesar Pahang, Bendahara
mengistiharkan Pahang sebagai negeri yang bebas dan berdaulat.
C. Selat Melaka di bawah Penguasaan British
1. Perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British kerana
memiliki tiga pelabuhan strategik, iaitu Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura.
2. Pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka peluang kepada British
untuk meluaskan kuasa ke negeri-negeri Melayu.

Info Ekstra:
1. Perjanjian London 1824 membelakangkan Raja-raja Melayu dan pembesar
tempatan dibuktikan melalui sepucuk surat yang ditulis oleh Bendahara Tun

© THOMAZ SEJARAH Page 12


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

Ali kepada Sultan Riau Lingga, Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV (1841-
1857).
2. Surat tersebut menyatakan bah awa Perjanjian London 1824 berada di luar
pengetahuan Bendahara Tun Ali.
3. Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV teramat murka dengan perjanjian
tersebut apabila diketahui oleh baginda.

2.3 Pembentukan Negeri-negeri Selat

2.3.1 Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum


Pembentukan Negeri-Negeri Selat

Pulau Pinang (1786-1826)


1. Peringkat awal, ditadbir oleh Francis Light sebagai Pesuruhjaya yang
bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral British di India.
2. Pada tahun1787, memperoleh status pelabuhan bebas dan menguasai
perdagangan dengan negeri-negeri Melayu.
3. Perdagangan dikuasai oleh pedagang persendirian.
4. Pada tahun1805, dinaik taraf menjadi Presidensi keempat selepas Benggala,
Madras dan Bombay di India.
5. Seorang gabenor dilantik sebagai ketua pentadbir Pulau Pinang.

Singapura (1819-1826)
1. Ditadbir oleh Residen yang bertanggungjawab kepada Leftnan Gabenor
British di Bangkahulu, Sumatera.
2. Pada tahun 1823, diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas.

© THOMAZ SEJARAH Page 13


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

3. Menjadi pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpulkan hasil Alam


Melayu untuk diperdagangkan dengan China.

Melaka (1824-1826)
1. Melaka ditadbir oleh Residen Konsular.
2. Sistem Kapitan diterus kan bagi mewujudkan keamanan dalam komuniti
kaum.
3. Suku-suku kaum diletakkan di bawah seorang ketua kaum yang berperanan
sebagai penegak undang-undang.
4. Bagi masyarakat luar bandar, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada
penghulu.

2.3.2 Negeri-negeri Selat 1826

Kepentingan Pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British


1. British dapat menguasai keseluruhan Selat Melaka sebagai laluan utama
perdagangan di Alam Melayu.
2. Taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat berjaya menarik kedatangan
pedagang tempatan dan kapal-kapal dagang dari Alam Melayu serta
pedagang luar dari Alam Melayu seperti Arab, India, China, Eropah dan
Amerika.

© THOMAZ SEJARAH Page 14


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

3. Negeri-negeri Selat menjadi pusat pengumpulan hasil-hasil dari Alam


Melayu terutama bijih timah untuk mengimbangi perdagangan British
dengan China serta menyaingi pelabuhan-pelabuhan Belanda di Alam
Melayu.
4. Negeri-negeri Selat menjadi pintu masuk bagi buruh luar untuk
mempercepatkan pembangunan ekonomi British. Hal ini juga menyebabkan
kewujudan masyarakat berbilang kaum di Negeri-negeri Selat.
5. Penanaman modal oleh pelabur luar menyebabkan perkembangan negeri-
negeri Selat berlaku dengan pantas.

2.3.3 Hubungan Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu

Negeri-negeri Selat
1. Memerlukan hasil ekonomi negeri-negeri Melayu untuk memajukan
perdagangan.
2. Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah di negeri Melayu.
Negeri-negeri Melayu
1. Memerlukan pelabuhan Negeri-negeri Selat untuk memperdagangkan hasil
ekonomi.

© THOMAZ SEJARAH Page 15


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

2.4 Pentadbiran Negeri-negeri Selat

2.4.1 Negeri-negeri Selat di bawah Kerajaan British di India (1826-1867)

Pentadbiran Negeri-negeri Selat pada mulanya diletakkan di bawah Syarikat


Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India. Selepas SHTI dibubarkan, pentadbiran
Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah India Office (Pejabat India).

Negeri-negeri Selat di bawah SHTI (1826-1857)


1. Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor.
2. Residen Konsular dilantik membantu Gabenor menjalankan pentadbiran.
3. Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran utama.
4. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura kerana lebih
strategik dan maju berbanding dengan Pulau Pinang.

Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat India (1858-1867)


1. Undang-undang British dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat.
2. Pemberontakan yang berlaku di India menyebabkan Pejabat India tidak
mampu mentadbir Negeri-negeri Selat dengan baik.
3. Pejabat India tidak memberikan perhatian yang sewajarnya bagi melindungi
pedagang Negeri-negeri Selat.
4. Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri
Selat.

© THOMAZ SEJARAH Page 16


SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT SKOR A+

2.4.2 Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat Tanah Jajahan (1867-1946)

Faktor Pemindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat ke Pejabat Tanah


Jajahan London
1. Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan di India yang
meluluskan undang-undang bagi Negeri-negeri Selat.
2. Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang
dan pertenglingkahan kumpulan Cina di Negeri-negeri Selat.
3. Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang
Negeri-negeri Selat menggantikan mata wang Dolar Sepanyol.
4. Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat
menjejaskan kemakmuran taraf pelabuhan bebas.
5. Pejabat India menjadikan Negeri-negeri Selat tempat buangan banduan
menjejaskan imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan.

© THOMAZ SEJARAH Page 17


BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

BAHAGIAN A

1. Jadual berikut berkaitan dengan kewujudan pelabuhan di negara kita.

Pelabuhan Pernyataan

X Pelabuhan awal yang dibuka di Pulau


Pinang.

Apakah pelabuhan X tersebut ?


A Batu Upih

B Batu Uban

C Pantai Batam

D Pantai Acheh

2. Lokasi berikut pernah berada di bawah pentadbiran Temenggung Abdul Rahman ?

Singapura

Apakah tanaman yang diusahakan ketika itu ?

A Padi

B Kelapa

C Gambir

D Lada hitam
3. Apakah peranan Melaka semasa berada di bawah pentadbiran Belanda?

A Pusat pengumpulan hasil laut

B Pusat pengumpulan hasil hutan

C Pusat pengumpulan bijih timah

D Pusat pengumpulan rempah ratus

4. Mengapakah SHTI enggan membantu Sultan Abdullah apabila Kedah diancam Siam?

A Tiada perjanjian ditandatangani

B Tidak mahu menentang Siam

C Menyokong tindakan Francis Light

D Merancang untuk menghapuskan Kedah

5. Mengapakah British berminat untuk mendapatkan Seberang Perai ?

I Mengawal kuasa sultan

II Menjadi benteng pertahanan

III Memerlukan tanah pertanian

IV Menyebarkan agama Kristian

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6. Bagaimanakah British berjaya menduduki Pulau Pinang ?


A Membuat pajakan

B Melalui tipu helah

C Pakatan dengan Bugis

D Perjanjian dengan pembesar Kedah

7. Jadual yang berikut berkaitan dengan perang di Eropah.

Tahun 1793 – 1814

Perang Perang Napoleon

Apakah kesan perang tersebut terhadap negara kita ?

I Pembentukan Negeri-negeri Selat

II Pendudukan British keatas Singapura

III Menyebabkan rakyat hidup senang dan mewah

IV Menyebabkan negara menjadi maju dan ekonomi berkembang

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

8. Apakah peristiwa yang di manipulasikan oleh Stamford Raffles untuk membolehkan


beliau menduduki Singapura ?

A Kedudukan Singapura

B Kemerosotan Johor

C Kelemahan Belanda

D Perwarisan takhta Johor


9. Rajah yang berikut menunjukkan masalah yang wujud dalam Kesultanan Melayu ?

Kesultanan Melayu Masalah

Kesultanan Perak Perebutan takhta

Kesultanan Johor Riau Pewarisan takhta

Apakah kesan daripada masalah tersebut terhadap Kesultanan Melayu ?

A Penjajahan Siam

B Pembahagian kuasa

C Kebangkitan rakyat

D Kehilangan wilayah ditadbir

10. Pada abad ke-19 timbul pertikaian yang menyebabkan hubungan antara British
dengan Belanda di Alam Melayu semakin tegang.

Apakah sebab berlaku pertikaian tersebut ?

A Pendudukan British di Singapura

B Pemasalahan perairan Selat Sunda

C Krisis kewangan Belanda semakin sengit

D Kegagalan Belanda membanteras ancaman lanun

11. Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa berikut ?

• Berakhirnya Kesultanan Riau Lingga


• Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau
A Perjanjian London 1824

B Perjanjian Surat-surat Kew

C Perjanjian Sultan Hussein dengan John Crawfurd

D Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles

12. Jadual yang berikut berkaitan dengan perjanjian antara Belanda dengan British ?

Tahun 1824

Perjanjian Perjanjian London

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut terhadap Alam Melayu ?

I Perak diisytiharkan negeri yang bebas

II Belanda menguasai kawasan Selat Melaka

III Perpecahan Empayar Kesultanan Johor - Riau

IV Barat membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu


Belanda dan British

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

13. Mengapakah Belanda menamatkan pertikaian dengan British meskipun membantah


pendudukan British di Singapura ?

A Tidak mendapat sokongan rakyat

B Berkongsi kekayaan dengan British

C Bersetuju memecahkan Empayar Johor

D Tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan selepas Perang Napoleon


14. Apakah jawatan awal yang disandang oleh Francis Light di Pulau Pinang ?

A Residen Jeneral

B Residen Konsular

C Pesuruhjaya British

D Penguasa pelabuhan

15. Apakah kepentingan Negeri-negeri Selat terhadap Negeri-negeri Melayu ?

A Menyediakan pelabuhan

B Membekalkan bijih timah

C Mempunyai hasil pertanian

D Menjamin kedaulatan negeri Melayu

16. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Negeri-negeri Selat yang berpusat di Pulau
Pinang?

A Residen
B Gabenor
C Residen Jeneral
D Pesuruhjaya British
17. Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat
Tanah Jajahan British di London. Apakah status Negeri-negeri Selat berikutan
pemindahan tersebut?

A Tanah jajahan India


B Tanah jajahan British
C Negeri-negeri merdeka
D Negeri naungan British
18. Tindakan berikut telah dilakukan oleh pentadbir British.

Menggabungkan wilayah X dengan Borneo


Utara pada tahun 1890

Apakah X ?

A Sulu

B Brunei

C Labuan

D Pulau Cocos

19. Pejabat India telah mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat.

Apakah kesan terhadap tindakan tersebut ?

A Meluaskan pasaran

B Menjejaskan kemakmuran

C Menghalang pertelingkahan

D Meningkatkan perdagangan

20. Apakah sumbangan Mohammad Eunos Abdullah ke atas Negeri-negeri Selat?

A Memilih Gabenor India

B Mengetuai Pejabat India

C Menjadi Residen Konsular

D Menganggotai Majlis Perundangan


BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI – NEGERI SELAT

TINGKATAN 3
SP: 7.2.1
TAJUK : 7 Menjelaskan
SK : 7.2 –
TEMA : Kedatangan Campur Tangan Dan perluasan kuasa
Pentadbiran Negeri-
Kuasa Asing Penjajahan Kuasa British di Pulau
Negeri Selat
Barat Pinang,Singapura
dan Melaka

1 Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi
oleh pedagang-pedagang Arab
(Buku teks m.s 30)

(a) Senaraikan dua peranan Batu Uban .

(i) .……………………………………………………………………………………………….

(ii) .……………………………………………………………………………………………….
(2 markah )

(b) Mengapakah British memerlukan pelabuhan persinggahan di Pulau Pinang?

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

(c) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang diperoleh British apabila memilih
Batu Uban sebagai pelabuhan utama mereka?

……………………………………………………………………………………………......

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

9
TINGKATAN 3
SP: 7.2.2 Menghubungkaitkan
TAJUK : 7 SK : 7.2 – Perjanjian London 1824
TEMA : Kedatangan Campur Tangan Dan Pentadbiran dengan kesannya terhadap
Kuasa Asing Penjajahan Kuasa Negeri-Negeri Alam Melayu.
Barat Selat K7.2.8 Memahaskan iktibar
yang diperolehi

2 Persaingan kuasa –kuasa Barat di Alam Melayu membawa kepada perancangan British dan
Belanda untuk membuat pembahagian kawasan pengaruh masing-masing. Akibatnya terhasil
Perjanjian London yang telah dtandatangani pada 1824.
(Buku teks m.s 42)

(a) Nyatakan syarat –syarat Perjanjian London bagi kuasa Barat berikut:

(i) British

……………………………………………………………………………………………….

.……………………………………………………………………………………………….

(2 markah )
(ii) Belanda

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

(b) Terangkan kesan Perjanjian London terhadap Alam Melayu

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(3 markah)

(c) Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa Perjanjian London

……………………………………………………………………………………………......

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(3 markah)

10
TINGKATAN 3
SP: 7.2.3 Membincangkan
TAJUK : SK : 7.2 pembentukan Negeri-Negeri
Campur tangan dan Pentadbiran Selat
TEMA : Kedatangan
Penjajahan Kuasa Negeri- K7.2.5 Kepentingan sifat
Kuasa Asing
Barat Negeri Selat berwaspada dalam membuat
keputusan

3 Rajah berikut merupakan bendera Negeri-negeri Selat.

Bendera Negeri-negeri Selat

(Buku teks m.s 47)

(a) Senaraikan dua buah Negeri-negeri Selat

(i) .……………………………………………………………………………………………….

(ii) .……………………………………………………………………………………………….
(2 markah )

(b) Mengapakah British menubuhkan Negeri-negeri Selat?

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

(c) Jelaskan pengajaran yang anda peroleh kesan daripada strategi British
membentuk Negeri-negeri Selat.

……………………………………………………………………………………………......

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

11
12
BAB 2 : PETADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

SOALAN ESEI - TINGKATAN 3


TAJUK 7 : SK : 7.2
TEMA : SP:
Campur Tangan dan Pentadbiran Negeri-
Kedatangan Kuasa Asing 7.2.1
Penjajahan Kuasa Barat negeri Selat

1. (a) i. Jelaskan latar belakang Pulau Pinang sebelum peluasan kuasa British. (3 markah)

ii. Terangkan latar belakang Singapura sebelum peluasan kuasa British. (3 markah)

(b) Huraikan faktor-faktor peluasan kuasa British di Pulau Pinang (6 Markah)

(c) Beri cadangan anda bagi memajukan sektor ekonomi negara? (8 Markah)

SOALAN ESEI - TINGKATAN 3


TAJUK 7: SK : 7.2 -
TEMA : SP:
Campur Tangan dan pentadbiran Negeri-
Kedatangan Kuasa Asing 7.2.1 & 7.2.2
Penjajahan Kuasa Barat negeri Selat

2. “Stamford Raffle dan William Farquhar telah menduduki Singapura. (ms. 38)

(a) i. Nyatakan kepentingan Singapura kepada British. (3 markah)


ii. Jelaskan strategi Stamford Raffles untuk menguasai Singapura (3 markah)

(b) Bincangkan kesan perjanjian London terhadap Alam Melayu. (6 Markah)

(c) Huraikan iktibar yang dipelajari daripada strategi peluasan kuasa barat ke (8 Markah)
negara kita.

SOALAN ESEI - TINGKATAN 3


TAJUK : SK : 7.2 -
TEMA : SP:
Campur Tangan dan Pentadbiran Negeri-
Kedatangan Kuasa Asing 7.2.3 & 7.2.4
Penjajahan Kuasa Barat negeri Selat

3. “Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826 terdiri daripada gabungan negeri Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka” (ms 47-49)

(a) Jelaskan kepentingan negeri-negeri Selat kepada pihak British. (6 Markah)

(b) “Pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke pejabat (6 Markah)
Tanah Jajahan London’

Mengapakah pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dilaksanakan?

(c) Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada penubuhan negeri-negeri Selat. (8 Markah)

5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Anda mungkin juga menyukai