Anda di halaman 1dari 7

SOALAN OBJEKTIF TINGKATAN 3

BAB 1

1. Gambar berikut menunjukkan mata wang Terengganu.

Mata wang tersebut dikenali sebagai


A duit putih C duit kijang
B duit bunga D duit logam

2. Maklumat berikut berkaitan pendidikan formal dalam masyarakat Melayu.


• Mempunyai sukatan pelajaran
• Dilaksanakan secara kelas
• Diawasi oleh mudir
Maklumat tersebut merujuk kepada
A pondok C sekolah agama di masjid
B madrasah D institusi pendidikan di istana

3. Portugis mempelopori aktiviti penjelajahan ke Asia pada penghujung abad


ke-15 dan awal abad ke-16.
Apakah komoditi yang menjadi matlamat penjelajahan kuasa Barat pada
abad tersebut?
A bijih timah C rempah-ratus
B kain sutera D perak dan emas

4. Bagaimanakah Revolusi Perindustrian yang tercetus di Eropah


mempengaruhi dasar imperialisme Barat?
I. Mendapatkan barangan mewah
II. Memerlukan bekalan emas dan perak
III. Memerlukan bekalan bahan mentah berterusan
IV. Mendapatkan kawasan pasaran untuk hasil kilang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

5. Berdasarkan dialog di bawah, apakah sumbangan yang dimaksudkan oleh


John?

Sumbangan Ferdinand de Lesseps


telah membantu mempercepatkan
John perjalanan ke Asia Tenggara
A ciptaan telegraf C pembukaan Jalan Sutera
B ciptaan kapal wap D pembinaan Terusan Suez

6. Slogan berikut digunakan oleh kuasa-kuasa Barat di rantau Asia Tenggara.


• Beban Orang Putih
• Tugas Menyebarkan Tamandun
Mengapakah slogan tersebut digunakan?
A mewajarkan penjajahan kuasa Barat
B mentamadunkan masyarakat tempatan
C memajukan ekonomi rantau Asia Tenggara
D membasmi kemiskinan masyarakat bumiputera

7. Pilih kemaraan kuasa-kuasa Barat lain yang membimbangkan British kerana


dapat menggugat pengaruhnya di Tanah Melayu.
I. Perjanjian Sulit antara Perancis dengan Siam
II. Usaha Jerman mendapatkan Pulau Langkawi
III. Cubaan Amerika Syarikat bertapak di Terengganu
IV. Penguasaan Belanda di Kepulauan Hindia Timur
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

8. Peristiwa berikut berkaitan kerajaan Britain.


• Kepimpinan kerajaan Britain diambil alih Parti Konservatif
• Lantikan Andrew Clarke menggantikan Gabenor Harry Ord
Apakah kesan peristiwa tersebut kepada negeri-negeri Melayu?
A Negeri-Negeri Selat dibentuk
B dasar campur tangan diperkenalkan
C Persekutuan Tanah Melayu dibentuk
D dasar tidak campur tangan diamalkan

9. Strategi manakah yang digunakan oleh Belanda untuk meluaskan kuasa di


negara kita?
I. Pajakan
II. Manipulasi
III. Perjanjian
IV. Serangan fizikal
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

10. Antara yang berikut, strategi yang manakah digunakan oleh Stamford Raffles
dalam usaha mendapatkan Singapura untuk British?
A ugutan C manipulasi
B pajakan D serangan fizikal

11. Siapakah yang mengetuai pemerintahan dalam sesebuah kerajaan Melayu?


A Sultan C penghulu
B pembesar D kerabat diraja
12. Terdapat tiga aspek yang mempengaruhi kestabilan sesebuah negara
berkaitan hubungan dengan negara luar.
Antara yang berikut yang manakah tidak berkaitan dengan aspek tersebut?
A ekonomi C sosial
B politik D budaya

13. Apakah peranan Ibu Soko dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan?
I. Menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan
II. Sebagai lambang perpaduan masyarakat
III. Menjadi pakar rujuk berkaitan undang-undang
IV. Terlibat dalam pemilihan dan pelantikan Buapak
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

14. Kaedah tradisional yang digunakan dalam aktiviti perlombongan bijih timah
dan emas ialah
A kaedah kapal korek C kaedah pam kelikir
B kaedah melampan D kaedah lombong dedah

15. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem cukai?


A sewaan yang dikenakan ke atas tanah yang diguna pakai
B bayaran yang dikenakan terhadap pekerja dan pengusaha
C pajakan yang dikenakan terhadap hasil pengeluaran
D bayaran yang dikenakan terhadap hasil pengeluaran

16. Mengapakah Alam Melayu menjadi sasaran utama kedatangan kuasa-kuasa


Barat?
A mempunyai rempah-ratus C mempunyai buruh yang diperlukan
B mempunyai penduduk yang ramai D mempunyai hubungan dengan kuasa
Eropah

17. Kekayaan dan kemakmuran di Alam Melayu mengundang kedatangan kuasa-


kuasa Barat.
Manakah kuasa Barat yang bukan berasal dari Eropah?
A Sepanyol C Portugis
B Belanda D Amerika Syarikat

18. Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan pada tahun 1602.


Apakah tujuan penubuhan tersebut?
A mencari pelabuhan di Timur C mencari peluang perniagaan
di Timur
B menguasai pentadbiran di Timur D memonopoli perdagangan di Timur

19. Mengapakah pusat pengumpulan barang penting bagi kuasa-kuasa Barat?


A menukar barangan dengan penduduk peribumi
B menukar barang dengan pedagang China
C mengumpul barang sebelum dijual kepada peribumi
D memastikan barangan cukup untuk diniagakan
20. Mengapakah kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba dating ke Alam Melayu
pada abad ke-17 dan abad ke-18?
A Revolusi Perindustrian C persaingan kuasa-kuasa Barat
B pelabuhan persinggahan D memerlukan barangan mewah

21. Apakah kepentingan pembukaan Terusan Suez terhadap kuasa Barat?


A dapat membawa muatan yang banyak
B dapat menghubungi ejen di Asia Tenggara
C dapat mempercepat urusan perdagangan
D dapat sanjungan yang tinggi daripada negara lain

22. Apakah fungsi penciptaan telegraf kepada kuasa-kuasa Eropah?


A mempercepat perjalanan kapal dagang
B memudahkan urusan perniagaan di Eropah
C membolehkan ahli perniagaan menghubungi ejen
D memudahkan berita disebarkan ke serata dunia

23. Apakah kuasa Barat yang berusaha untuk bertapak di Terengganu?


A Amerika Syarikat C Perancis
B Sepanyol D Jerman

24. Mengapakah Indochina menjadi sasaran utama perluasan kuasa Perancis di


Asia Tenggara?
A menyaingi kuasa British di Tanah Melayu
B menyaingi kuasa Belanda di Hindia Timur
C membina terusan di Segenting Kra
D mendapatkan bahan mentah dari China

25. Apakah strategi yang dilaksanakan oleh Portugis untuk menjatuhkan


pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
A berdiplomasi C berperang
B berbincang D perjanjian

26. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah manipulasi?


A permuafakatan atau kerjasama antara dua pihak
B menggunakan tipu muslihat terhadap sesebuah pihak
C perjanjian antara satu pihak dengan pihak lain dalam sesuatu hal
D tindakan mengambil kesempatan atas sesuatu perkara untuk mencapai
tujuan

27. Apakah strategi yang tidak digunakan oleh Belanda untuk menguasai negara
kita?
A serangan fizikal C perjanjian
B manipulasi D pakatan

28. Apakah antara syarat yang dipersetujui dalam Perjanjian Inggeris-Belanda


pada 1824?
I. Bangkahulu diserahkan kepada Belanda
II. British menerima Melaka sebagai tukaran
III. British dan Belanda memiliki Melaka dan Bangkahulu
IV. British dan Belanda bebas keluar masuk ke wilayah tersebut
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

29. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa pendudukan British di


Pulau Pinang?
A jangan mudah mempercayai pengaruh luar
B sentiasa bersikap jujur dengan kuasa luar
C bebas memilih sesiapa yang disukai
D setiap kuasa luar memiliki sifat terpuji

30. Untuk menjatuhkan Portugis di Melaka, Belanda mengadakan pakatan


dengan
A SBUB C British
B Johor D Perancis

31. Bagaimanakah Sarawak dan Sabah mengurus peraturan hidup dan undang-
undang dalam masyarakat?
A melalui undang-undang bertulis
B merujuk kepada Hukum Kanun Melaka
C berdasarkan hukuman yang ditentukan oleh tuai rumah
D berdasarkan hokum adat yang diamalkan secara tradisi

32. Senarai berikut berkaitan sistem timbangan emas dan perak yang digunakan
oleh orang Melayu.
• 12 saga = 1 mayam
• 16 mayam = 1 bungkal
Sistem timbangan ini diambil oleh orang Melayu daripada
A pedagang Arab C pedagang Eropah
B pedagang India D pedagang China

33. Gambar berikut menunjukkan karya agung masyarakat Melayu.

Apakah yang dapat diperkatakan terhadap bahasa Melayu di Alam Melayu


berdasarkan buku tersebut?
A Bahasa Melayu menjadi Bahasa ilmu
B Bahasa Melayu Bahasa rasmi pedagang
C Bahasa Melayu tersebar luas ke negara Eropah
D Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua terpenting selepas bahasa
Inggeris

34. Mengapakah negara kita mempunyai sistem pentadbiran yang stabil?


A negara kita kaya dengan hasil bumi
B kebijaksanaan pemerintah yang mentadbir negara
C negara kita mengamalkan sistem pemerintahan beraja
D perkembangan dan kegemilangan kegiatan keintelektualan

35. Rajah berikut menunjukkan sistem pemerintahan beraja.

Dalam sistem pemerintahan beraja, tugas X adalah untuk mentadbir jajahan


atau daerah.
Apakah tujuan sultan memerintahkan X sebagai pentadbir jajahan atau
daerah?
A untuk menyampaikan arahan daripada raja
B untuk membantu pentadbiran dan malaksanakan perintah raja
C untuk melengkapkan susun lapis dalam sistem pemerintahan beraja
D untuk menjaga keamanan, kemakmuran, kestabilan dan membantu
mengukuhkan kedaulatan negeri

36. Siapakah berhak melantik Yamtuan Besar dalam hierarki pemerintahan di


Negeri Sembilan?
A Buapak C Ibu Soko
B Undang D Anak Buah

37. Apakah tujuan pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatic dan


perdagangan dengan Belanda dan British?
A sebagai pelantik pemerintah tempatan sebagai raja
B untuk meluaskan pegaruh dan melindungi negara daripada ancaman
kuasa Barat yang lain
C untuk mengukuhkan kuasa pemerintah tempatan daripada ancaman kuasa
Barat yang lain
D untuk memakmurkan British dan Belanda bahawa Alam Melayu
mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi

38. Rajah berikut menunjukkan sistem pemerintahan yang terdapat di negara


kita.
X

Sistem Kesukuan Sistem Kesultanan


Sistem pemerintah X dalam rajah tersebut ialah

A Sabah C Sarawak
B Melaka D Negeri Sembilan

39. Apakah faktor kemuncak kemakmuran negara yang menjadikan negara kita
terkenal di persada dunia suatu masa dahulu?
A perkembangan keintelektualan dan persuratan
B hasil galian diperdagangkan ke seluruh dunia
C pelabuhan negara kita menjadi tumpuan para pedagang di seluruh dunia
D masyarakat yang kreatif dan berkemahiran tinggi untuk menjana pendapat
Ekonomi negara

40. Apakah jawatan pembesar yang dilantik oleh sultan untuk menguruskan
pelabuhan?
A Bendahara C Syahbandar
B Laksamana D Temenggung

Anda mungkin juga menyukai