Anda di halaman 1dari 16

Nama:Simon Damian Yacobus

Tingkatan: 3
Kelas:3 rigel
Subjek:Sejarah
Tajuk:Mat Salleh Pahlawan Sebenar Di Bumi Sabah Di Bawah
Bayu

1.0 Tajuk:Mat Salleh Pahlawan Sebenar Di Bumi Sabah Di


Bawah Bayu.

Gambar Mat Salleh

2.0 Pernyataan Masalah


Kecampur tangan kuasa Barat di negara kita dan
perubahan sistem pentadbiran tempatan telah mempengaruhi
penentangan pemimpin tempatan.Hal ini disebabkan,British
telah menghilangkan hak dan kedudukan pemimpin tempatan
ke atas kawasan mereka.

Selain itu,British juga memperkenalkan sistem pentadbiran dan


peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat
tempatan.Bukan itu sahajah,British juga menyulitkan
kehidupan rakyat dengan mengenekan cukai yang melampau
untuk kepentingan mereka sendiri.

Akhir sekali,campur tangan British dalam adat resam tempatan


amat ditentang oleh pemimpin dan rakyat.British memaksa
penduduk tempatan menerima nilai british yang bertentangan
dengan budaya tempatan.

3.0 Persoalan Kajian

3.1 Apakah latar belakang tokoh tempatan yang anda kaji?

Jawapan: Mat Salleh atau Mohammad Salleh dilahirkan di


Inanam Sabah dan beliau berketurunan Bajau dan Suluk.

3.2 Mengapakah tokoh tersebut menentang penjajah british.

Jawapan: Mat Salleh menentang tindakan SBUB yang


mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan
pembesar tempatan kehilangan kuasa.

3.3 Apakah iktibar daripada perjuangan tokoh tempatan.

Jawapan: Tanpa ilmu,pengetahuan kita mudah dipermainkan


oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil
kesempatan.Perpecahan dalam kalangan masyarakat akan
memudahkan musuh-musuh luar menguasai kita. Sikap
mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan
perjuangan untuk memartabatkan bangsa.  Pihak-pihak luar 
hanya akan mengambil kesempatan jika kita berada dalam
keadaan yang lemah. Kita perlu menghadapi musuh dengan
menggunakan kekuatan akal fikiran iaitu  dan bukannya
kekuatan tenaga.

4.0 Objektif Kajian.

Diharapkan daripada kajian lapangan tentang Mat Salleh adalah


Pahlawan Sebenar Di Bumi Sabah Di Bawah Bayu dapat;

4.1 Mengenal pasti latar belakang Mat Salleh.


4.2 Menganlisis cara penentangan Mat Salleh.

4.3 Mengetahui kelemahan dan kekuatan Mat salleh.

5.0 Kaedah kajian

Antara kajian yang saya gunakan bagi menyakan tugasan ini


adalah;

5.1 Kaedah Melayari internet.


Saya turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari
laman web yang berkaitan dengan perkara yang dikaji.
https://sites.google.com/site/sejarahtingkatan2/not
a-bab-7
5.2 Kaedah penyelidikan buku teks.
Kaedah ini mempunyai maklumat yang tepat dan benar.Buku
teks ini ditulis oleh DR Azharudin bin Moahammed Dali,Sejarah
Tingkatan 3,2018,Arif
Corporation Sdn Bhd, Selangor

5.3 Kaedah Audio Visual


Saya telah menonton video tentang Mat Salleh yang telah
membantu dalam kajian.

https://youtu.be/fSJvPqiLErY

6.0 Dapatkan Kajian

6.1 Pengenalan

Kedatangan kuasa barat di negara kita membawa perubahan


kepada sistem pentadbiran tempatan.Perubahan yang berlaku
menyebabkan masyarakat tempatan tidak berpuas hati kerana
sistem pentadbiran tradisional telah dimansuhkan.Di sinilah
titik permulaan masyarakat kempatan mula bangkit menentang
kuasa british.Penentangan tersebut dilakukan dalam pelbagai
cara.
6.2 Latar belakang Mat Salleh

Mohammad Salleh lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat


Salleh,merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam
penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di
Sabah.Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan
sebagai daerah di bawah kekuasaanya.

Mat salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-


beradik daripada suku Bajau dan suluk.ibunya daripada suku
Bajau dan ayah,Datu bulu merupakan pemimpin tempatan
berbangsa Suluk.
Gambar Mat Salleh

6.3 Cara penentangan Mat Salleh

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat


Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris
terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali
lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan
tentera yang lebih besar.

Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota


pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung
Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi.


Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak
dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan
terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang
rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata,
makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga
dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila
dikepung musuh.

Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian


dan Mat Salleh bersetuju walaupun ditentang orang-orangnya.
Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan
daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus
kembali.
Akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat
serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan
pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan
gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Lokasi penentangan Mat Salleh di Sabah


6.4 Kekuatan dan Kelemahan penentangan Mat Salleh

Masyarakat tempatan bangkit menentang British dengan


menggunakan pelbagai strategi.
Kebangkitan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan.Pada
peringkat awalnya masyarakat tempatan menunjukkan
kejayaan sebelum British bertindak balas dengan agresif dan
menghapuskan penentangan masyarakat tempatan.

Pertama sekali,pada pering awal pembesar tempatan


mengecap kejayaan dalam usaha menentang kuasa
Barat.Kejayaan ini dicapai melalui beberapa kekuatan strategi
seperti membina kubu pertahanan,penggunaan teknologi
senjata dan perundangan.

Sebagai contoh,Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat


sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu
serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.

Seterusnya,kebanyakan kebangkitan menentang british hanya


dimenangi oleh masyarakat tempatan pada peringkat
awal penentangan sahaja.Selepas itu,kebangkitan tersebut
dapat ditangkis dengan mudah oleh british.

Ahkirnya,british mengunakan cara Tipu Muslihat untuk


melemahkan perjuangan Mat Salleh.Dalam Rundingan
Perdamaian Menggatal (1898), SBUB membenarkan Mat
Salleh mentadbir daerah Tambunan.Seterusnya, pada tahun
1899, SBUB mungkir janji dan mengambil alih kuasanya di
Tambunan lalu perang tercetus sekali lagi dan menyebabkan
Mat Salleh tertembak dan meninggal dunia.
6.5 Faktor kegagalan penentangan masyarakat tempatan Mat
Salleh.

SBUB menggunakan tipu muslihat untuk melemahkan


perjuangan Mat Salleh.Dalam rundingan di antara Mat Salleh
dan William Cowie pada tahun 1898, SBUB membenarkan Matt
Salleh mentadbir Tambunan.

Malangnya SBUB mungkir janji dan mengambil


alih kuasanya di Tambunan lalu perang tercetus
Sekali lagi dan menyebabkan Mat Salleh tertembak dan
meninggal dunia.

6.6 Kesan penentangan masyarakat tempatan

Pertama sekali,pemerintah dan pembesar tempatan kehilangan


jawatan dan kedudukan.
Selain itu,ramai dibuang negeri dan kehilangan jiwa.

Seterusnya,kedudukan raja dan pembesar melayu diberi


perhatian.British memperkenalkan durbar
Yang memberikan peluang kepada pembesar melayu
menyuarakan pandangan mereka dengan bebas berkaitan
perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

Ahkirnya, dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negeri,bahasa


Melayu menjadi bahasa rasmi persidangan dan menggunakan
tulisan jawi dalam urusan surat-menyurat.

7.0 Kesimpulan dan cadangan.

Melalui kerja kursus ini saya telah mengetahui, Perjuangan


Pemimpin Tempatan Menentang British sangat penting untuk
difahami oleh pelajar kerana ia merupakan asas kepada
perkembangan nasionalisme di Malaysia.

Selain itu,perpaduan amat penting dalam menjayakan sesuatu


perubahan dan transformasi.Manusia yang maju ialah Manusia
yang memiliki ketinggian ilmu,kemahiran dan sikap positif.Kita
hendaklah mencontohi keberanian para pejuang tempatan
yang mempertahankan kedaulatan tanah air.

Kesimpulannya,saya mengharapkan agar semua rakyat


Malaysia memiliki semangat cinta akan negara.Pemimpin dan
rakyat perlu berkerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai
sebuah negara maju.

8.0 Rujukan

1. Buku teks
Buku teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM yang ditulis oleh Dr
Azharudin bin Muhammad Dali Ridzuan bin Hasan dan
Muslimin bin Fazil.Dicetakan pertama pada tahun 2018.

Dicetakkan oleh Arif Corporation Sdn,Bhd

2. Laman Sesawang
Blogspot My Serajah,21 June 2018
http://sigueddy.blogspot.com/p/nota.html

Wikipedia bebas , 21 Ogos 2019

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh
Tripod,24 julai,2019

http://members.tripod.com/xfile_my/bab6.htm

3. Audio Visual
https://youtu.be/Nf3DTZ8DeVg

9.0 Lampiran

Lokasi penentangan Mat Salleh di Sabah


Gambar Mat Salleh

Anda mungkin juga menyukai