Anda di halaman 1dari 18

Nama: Rahul Yogendra

Tingkatan: 3
Kelas: 3 Vega
Subjek: Sejarah
Tajuk: Mat Salleh Pahlawan Sebenar Di Bumi Sabah
Di Bawah Bayu

Nama Cikgu Sejarah: Stella Gindin

1.0 Tajuk: Mat Salleh Pahlawan Sebenar Di Bumi Sabah Di Bawah


Bayu.

Gambar Mat Salleh

2.0 Pernyataan Masalah


Campur tangan kuasa barat di negara kita dan perubahan sistem pentadbiran
tempatan telah mempengaruhi penentangan pemimpin tempatan. Hal ini disebabkan,
British telah menghilangkan hak dan kedudukan pemimpin tempatan ke atas kawasan
mereka.

Selain itu, British juga memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baharu
yang menyusahkan hidup rakyat tempatan. Bukan itu sahaja, British juga menyulitkan
kehidupan rakyat dengan mengenakan cukai pada barang-barang keperluan harian
penduduk tempatan seperti beras.

Akhir sekali, campur tangan British dalam adat resam tempatan amat ditentang oleh
pemimpin dan rakyat. Peraturan baru yang diperkenalkan bercanggah dengan sistem
tradisi dan budaya temptan. Penduduk tempatan dipaksa menerima nilai British yang
bertentangan dengan budaya tempatan dan bercanggah daripada sistem tradisi
penduduk. Antaranya ialah menghapuskan sistem perhambaan dan pengenalan sistem
lesen perahu. Pihak syarikat juga menggunakan penduduk tempatan sebagai buruh
paksa.

3.0 Persoalan Kajian


3.1 Apakah latar belakang tokoh tempatan yang anda kaji?

Jawapan: Mat Salleh atau Mohammad Salleh dilahirkan di Inanam Sabah dan beliau
berketurunan Bajau dan Suluk. Beliau terkenal dengan sifat kepahlawanan dan
keberanian berperang.

3.2 Mengapakah tokoh tersebut menentang penjajah British.

Jawapan: Mat Salleh menentang tindakan Syarikat Berpiagam Utara Borneo ( SBUB)
yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan pembesar
tempatan kehilangan kuasa.

3.3 Apakah iktibar daripada perjuangan tokoh tempatan.

Jawapan: Tanpa ilmu, pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih
maju yang cuba mengambil kesempatan. Perpecahan dalam kalangan masyarakat
akan memudahkan musuh-musuh luar menguasai kita. Sikap mengutamakan
kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan untuk memartabatkan bangsa. 
Pihak-pihak luar hanya akan mengambil kesempatan jika kita berada dalam keadaan
yang lemah. Kita perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal
fikiran iaitu  dan bukannya kekuatan tenaga.

4.0 Objektif Kajian.


Diharapkan daripada kajian lapangan tentang Mat Salleh adalah Pahlawan Sebenar Di
Bumi Sabah Di Bawah Bayu dapat;

4.1 Mengenal pasti latar belakang Mat Salleh.

4.2 Menganlisis cara penentangan Mat Salleh.

4.3 Mengetahui kelemahan dan kekuatan Mat Salleh.

5.0 Kaedah kajian

Antara kajian yang saya gunakan bagi menjayakan tugasan ini adalah;

5.1 Kaedah Melayari internet.


Saya turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman web yang
berkaitan dengan perkara yang dikaji.
https://sites.google.com/site/sejarahtingkatan2/nota-bab-7
https://www.researchgate.net/
http://dhayalannaidu.blogspot.com/p/sejarah-mat-salleh.html

5.2 Kaedah penyelidikan buku teks dan buku akademik.


Kaedah ini mempunyai maklumat yang tepat dan benar. Buku teks ini ditulis oleh DR
Azharudin bin Moahammed Dali,Sejarah Tingkatan 3,2018,Arif Corporation Sdn
Bhd, Selangor.

5.3 Kaedah Audio Visual


Saya telah menonton video tentang Mat Salleh yang telah membantu dalam kajian.

https://youtu.be/fSJvPqiLErY

6.0 Dapatan Kajian


6.1 Pengenalan

Kuasa kuasa barat mula berminat ke atas Pulau Borneo pada Kurun ke XVII.
Kekayaan sumber bumi telah mendorong mereka untuk menguasai Pulau Borneo. Ia
bermula apabila bahagian selatan Pulau Borneo dikuasai oleh Belanda, kesan
perjanjian di antara Great Britain dan Belanda pada tahun 1824.Di Sabah, Alfred Dent
telah memperolehi piagam Diraja dari Kerajaan Baginda Queen Great Britain pada 1
November 1881. Piagam ini memberi kuasa kepada Alfred Dent untuk
menubuhkanSyarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) pada tahun 1882, bagi
mentadbir keseluruhan wilayah Negeri Sabah yang telah dipajakkan oleh Kesultanan
Brunei dan Kesultanan Sulu.
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah memperkenalkan beberapa
perubahan dalam sistem pentadbiran tradisi dan sosio-ekonomi penduduk di Negeri
Sabah. Ini adalah satu langkah yang dilakukan oleh pihak syarikat untuk
mengukuhkan kuasa mereka, dengan mengadakan sistem pentadbiran yang diharap
dapat menyatupadukan penduduk Negeri Sabah. Walaupun pada hakikatnya Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British telah membawa perubahan besar kepada Negeri
Sabah, terdapat juga beberapa perubahan yang dianggap membebankan rakyat. Pihak
syarikat telah mengenakan cukai pada barang-barang keperluan harian penduduk
tempatan seperti beras. Mereka juga mengadakan peraturan baru yang bercanggah
daripada sistem tradisi penduduk seperti tindakan pihak syarikat menghapuskan
sistem perhambaan dan pengenalan sistem lesen perahu.
6.2 Latar belakang Mat Salleh

Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah
dan berketurunan Bajau-Suluk. Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat
adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕuluk. Ibunya daripada suku Bajau dan ayah,
Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan berbangsa Suluk. Abangnya bernama Ali,
sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama
Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di
Pengalaban, Paitan.
Beliau memang terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang.
Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut.
Sebelum kedatangan penjajah, beliau adalah seorang pemimpin tempatan yang
berpengaruh. Kepimpinan beliau meliputi kekuasaan terhadap sistem perdagangan
dan ekonomi penduduk tempatan. Datu Mohammad Salleh mengambil tugas
bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut.
Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas
pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Walaubagaimanapun, kedatangan pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British


telah serba sedikit melemahkan kuasa beliau. Beliau yang selama ini berjuang
mempertahankan hak peribumi tempatan, telah bangkit menentang pihak Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British setelah syarikat British itu bertapak di Negeri Sabah.

Gambar Mat Salleh

6.3 Penentangan Mat Salleh


Penentangan Mat Salleh terhadap SBBU telah berlarutan selama enam tahun iaitu
dari pertengahan tahun 1894 hingga awal 1900. Penentangan ini berlaku kerana
pembaharuan yang dibuat oleh Syarikat berpiagam Borneo Utara British (SBUB)
membebankan rakyat contohnya cukai yang dikenakan pada barang-barang keperluan
harian penduduk tempatan seperti beras tidak dapat diterima oleh penduduk tempatan.
Sebelum kedatangan pemerintah asing, wakil kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu
juga mengutip cukai penduduk tempatan di Sabah. Apabila kedatangan pihak asing,
pemimpin tempatan kehilangan kuasa untuk mengutip cukai. Pihak syarikat British
mengenakan cukai tinggi bagi menampung perbelanjaan mereka membina laluan
keretapi dari Teluk Brunei hingga ke Pelabuhan Cowie, dan juga talian telegraf ari
Labuan hingga ke Sandakan yang bertujuan bagi memudahkan perhubungan mereka
dan juga penduduk tempatan. Dalam membina laluan keretapi dan talian telegraf ini,
di samping mengenakan cukai yang tinggi bagi membangunkan negeri Sabah, pihak
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British juga dikatakan menggunakan penduduk
tempatan sebagai buruh paksa. Sistem buruh paksa ialah satu sistem di mana
sekumpulan orang dipaksa bekerja untuk sebuah syarikat dan sebagainya, dengan
tiada bayaran upah atau gaji. (Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h.
113.)
Pihak SBUB juga mengadakan peraturan baru yang bercanggah daripada sistem
tradisi penduduk seperti tindakan pihak syarikat menghapuskan sistem perhambaan
dan pengenalan sistem lesen perahu. Pihak syarikat juga menggunakan penduduk-
penduduk tempatan sebagai buruh paksa. Peraturan ini sama sekali dianggap
melanggar hak penduduk tempatan. (Sabihah Osman, Datu Paduka Mat Salleh
Pahlawan Sabah, Arkib Negeri Sabah, Kota Kinabalu, 2007, h. 2 – 3. )

Babak permulaan kepada perjuangan Mat Salleh bermula apabila dua peniaga
Dayak dibunuh beberapa penduduk. Seorang kerani di Pulau Jambongan iaitu Haji
Otang mengadu kepada British kononnya penduduk yang membunuh peniaga Dayak
itu adalah pengikut pembesar berkenaan. Turut diadukan adalah sikap Mat Salleh
yang seolah-olah menentang British apabila masih memungut cukai daripada orang
belayar di Sungai Sugut walaupun tugas itu sudah diambil alih British. Aduan itu
menyebabkan British mengeluarkan arahan supaya Mat Salleh ditangkap.
Cara Penentangan Mat Salleh

Pada awalnya Mat Salleh telah membuat rundingan damai tetapi gagal. Setelah
kegagalan percubaan rundingan pertama, Mat Salleh berpendapat bahawa pihak
Syarikat tidak bertanggungjawab dalam melindungi hak penduduk tempatan. Pihak
syarikat cuma ingin mengaut keuntungan dari kekayaan hasil bumi Negeri Sabah.
Beliau telah berusaha mencari jalan penyelesaian secara damai dengan pihak syarikat.
Akan tetapi, usahanya tidak dilayan oleh pihak Syarikat. Pada 29 Ogos 1895, pihak
syarikat bertindak agresif menghantar satu pasukan ke Jambongan untuk menangkap
Mat Salleh dan empat pengikutnya yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dua
orang dari kaum Iban. Apabila Mat Salleh enggan menurut arahan, pihak syarikat
telah bertindak menyerang perkampungan Mat Salleh di Jambongan. Mat Salleh
berjaya melepaskan diri dan pihak syarikat mengumumkan Mat Salleh dan pengikut-
pengikutnya sebagai buruan yang dikehendaki. ( Ranjit Singh, The Making of Sabah
1865 – 1941, h. 193.)
Kejadian ini jelas menunjukkan sebab mengapa Mat Salleh melancarkan
pemberontakan bersenjata menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, iaitu
sebagai tindak balas kepada tindakan agresif pihak syarikat yang telah membakar
kampong halamannya. Dengan ini bermulalah siri pemberontakan bersenjata yang
dilancarkan oleh Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya ke atas pihak Syarikat.
Dalam masa tempoh enam tahun menentang pihak SBBU secara terbuka, Mat
Salleh mengamalkan tatktik gerilla. Buktinya pada tahun 1897, Mat Salleh berjaya
menyerang Pulau Gaya dan Ambong, Kota Belud secara mengejut. Mat Salleh juga
membina kubu pertahanannya di tempat-tempat strategik. Jika pertahanan dikubunya
gagal beliau dan pengikutnya yang lain akan melarikan diri melalui hutan. Selepas
itu, beliau akan membina kubu baharu di tempat lain (Cecilia Leong,1982:118). 
Pergerakan penentangan Mat Salleh meliputi kawasan Geografi yang luas. 
Mat Salleh juga memulakan kempen menentang pihak SBBU yang bermula di
kawasan Lingkabau, Ulu Sugut, Labuk, Ranau dan Paitan. Mereka menerima Mat
Salleh sebagai pemimpin mereka dan bersedia untuk turut serta berjuang bersama
beliau. Kejadian ini menimbulkan perasaan kesatuan setiap penduduk tempatan di
Sabah yang mula melakukan bantahan dengan cara tidak membayar cukai kepada
pihak syarikat. Ini menunjukkan sokongan padu penduduk tempatan terhadap
perjuangan Mat Salleh. Dengan sokongan inilah Mat Salleh dan pengikut-
pengikutnya berjaya melepaskan diri setelah kubu mereka di Limbawan berjaya
ditawan oleh pihak syarikat. Mereka berundur ke Padang di Ulu Sugut, dimana Mat
Salleh mengatur strategi untuk menyerang Pulau Gaya pada 9 Julai 1897. Kejadian ini
telah mencabar kewibawaan pihak syarikat dan menaikkan nama Mat Salleh di mata
penduduk tempatan. Mat Salleh telah dianggap sebagai pahlawan dan pemimpin
pembebasan Negeri Sabah. (Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h.
194.)

Dari pulau Gaya, beliau berundur ke Labuk dan Paranchangan di Sugut. Walau
bagaimanapun, beberapa percubaan untuk menangkap beliau gagal. Pada November
1897, Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya telah menyerang Ambong lalu berundur
ke kubu beliau di Ranau. Kegagalan pihak syarikat dalam kempen mereka untuk
menangkap Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya membuatkan mereka terdesak.
Serangan pihak syarikat ke atas kubu Mat Salleh di Ranau pada 5 Januari 1898 telah
menyebabkan beliau terpaksa berundur ke Tambunan bersama pengikut-pengikutnya.

Setelah kegagalan kempen-kempen mereka untuk menangkap Mat Salleh dan


pengikutpengikutnya, pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mencari
jalan untuk berunding dengan Mat Salleh. Mewakili pihak syarikat, William Cowie
telah memujuk Sultan Sulu untuk menulis surat kepada Mat Salleh bagi menawarkan
perdamaian dan pengampunan kepada beliau.26 Pihak syarikat juga menawarkan
pentadbiran Daerah Tambunan kepada Mat Salleh. Perundingan berlangsung di antara
kedua pihak pada 19 April 1898 di Palatan, Ulu Menggatal. Sungai Menggatal telah
diserahkan oleh Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin kepada Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British pada 30 Mac 1898. (Tregonning, K.G., Under Chartered
Company Rule, North Borneo 1881 – 1946)

Hasil perundingan ini, kedua-dua pihak bersetuju Mat Salleh mentadbir Tambunan
walaupun terdapat syarat-syarat daripada pihak Mat Salleh yang tidak dipersetujui
oleh Cowie. Akan tetapi, kemudiannya, Mat Salleh tidak mendapat apa-apa hak
seperti yang dijanjikan oleh pihak syarikat dalam rundingan damai itu. Menurut
William Cowie dalam catatannya, pihak syarikat tidak pernah mengemukakan
tawaran berdamai dengan Mat Salleh.29 Ini jelas membuktikan bahawa pihak syarikat
telah mungkir janji walaupun Mat Salleh tidak lagi mengangkat senjata selama beliau
tinggal di Tambunan dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak syarikat. Ini jelas
menyebabkan Mat Salleh dan pengikutnya kembali mengangkat senjata dan bersiap
untuk siri penentangan seterusnya. Beliau telah mendirikan kubu di Kampung Toboh,
Tambunan. (S.A Majeed & Co. Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2007, h. 253.)

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Cowie dan pihak syarikat untuk memujuk
Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya, tetapi gagal. Ini kerana Mat Salleh merasakan
bahawa pihak syarikat tidak serius dalam perundingan ke arah kedamaian. Mat Salleh
dan pengikut-pengikutnya menghendaki supaya pentadbiran pihak syarikat berundur
dari Tambunan. Akibat tiada persetujuan yang dicapai kedua-dua belah pihak, maka
pertempuran bersenjata terus berlaku.

Pada 15 Januari 1900, kubu Mat Sator, orang kanan Mat Salleh telah dimusnahkan
oleh pihak syarikat.31 Pada 27 Januari 1900, Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya
berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir mempertahankan Tambunan, di mana
beliau dikatakan terbunuh.

Lokasi penentangan Mat Salleh di Sabah

6.4 Kekuatan dan Kelemahan penentangan Mat Salleh


Masyarakat tempatan bangkit menentang British dengan menggunakan pelbagai
strategi. Kebangkitan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan. Pada peringkat
awalnya masyarakat tempatan menunjukkan kejayaan sebelum British bertindak balas
dengan agresif dan menghapuskan penentangan masyarakat tempatan.

Pertama sekali,pada perang awal pembesar tempatan mengecap kejayaan dalam


usaha menentang kuasa Barat. Kejayaan ini dicapai melalui beberapa kekuatan
strategi seperti membina kubu pertahanan,penggunaan teknologi senjata dan
perundangan. Sebagai contoh,kubu utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar
ditembusi. Kubu ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat
ditembusi peluru. Kekuatan utama Mat Salleh ialah strategi serangan dan strategi
melepaskan diri dari pihak SBBU. Mat Salleh juga berjaya mempengaruhi penduduk
tempatan yang membolehkan beliau mendapat bantuan maklumat dan pertolongan
dari penduduk tempatan.

Kebanyakan kebangkitan menentang British hanya dimenangi oleh masyarakat


tempatan pada peringkat awal penentangan sahaja. Selepas itu,kebangkitan tersebut
dapat ditangkis dengan mudah oleh British.

Ahkirnya, British mengunakan cara tipu muslihat untuk melemahkan perjuangan


Mat Salleh. Dalam Rundingan Perdamaian Menggatal 1898 SBUB menbenarkan Mat
Salleh mentadbir daerah Tambunan. Seterusnya, pada tahun 1899, SBUB mungkir
janji dan mengambil alih kuasanya di Tambunan lalu perang tercetus sekali lagi dan
menyebabkan Mat Salleh tertembak dan meninggal dunia. Kekalahan Mat Salleh di
kubunya di Tambunan berlaku kerana pihak British mempunyai senjata yang moden
dan apabila Mat Salleh yang ditipu oleh pihak British perjuangannya menjadi lemah.

6.5 Faktor kegagalan penentangan masyarakat tempatan Mat Salleh.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada tercetusnya pemberontakan Mat Salleh
ialah kelemahan kuasa politik pemimpin tempatan akibat kedatangan pihak Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British ke Sabah. Sebelum ini, Sabah berada di bawah
pengaruh kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Akan tetapi, Kekuasaan mereka
keatas Sabah terbukti lemah dan ini memberi peluang kepada pemimpin tempatan
bebas memonopoli kuasa yang ada pada mereka tanpa gangguan dari mana-mana
pihak termasuk kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

Setelah kedatangan pihak British, mereka mula menubuhkan sistem pentadbiran pusat
yang mana, pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang pertama
di Sabah ialah Bandar Kudat, yang dibentuk pada Disember 1881.
Di Kudat, pihak syarikat membentuk sistem pentadbiran yang lebih teratur dan
tersusun. Jalanraya, hospital, dan sekolah-sekolah mula didirikan, sebagai cara untuk
memperbaiki taraf kehidupan penduduk tempatan di Sabah. Pada tahun 1884,
Sandakan telah menggantikan Kudat sebagai pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British.

Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan yang dibawa oleh pihak syarikat sedikit


demi sedikit menghakis kuasa pemimpin tempatan dengan terbentuknya sistem
pentadbiran baru di Sabah. Dengan terbentuknya sistem pentadbiran pusat dan
pengenalan beberapa undangundang baru, kuasa politik pemimpin tempatan semakin
lemah. Misalnya, Akta Peraturan Kampung, atau lebih dikenali sebagai Village
Ordinance. Akta yang diluluskan oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British pada tahun 1891, yang mana sebahagian besar pemimpin-pemimpin tempatan
tidak diiktiraf dan diberi kuasa memerintah oleh pihak syarikat.Akta ini menyebabkan
pemimpin-pemimpin tempatan yang tidak diiktiraf itu kehilangan kuasa dan
kedudukan dalam kalangan penduduk bawahan. Ini menyebabkan sebilangan
pemimpin tempatan mula turut serta menyokong perjuangan Mat Salleh.

6.6 Kesan penentangan masyarakat tempatan

Pemberontakan Mat Salleh menandakan bermulanya kebangkitan semangat


kebangsaan penduduk tempatan di Sabah selepas negeri itu dikuasai oleh syarikat
asing. Sebelum Mat Salleh, tidak pernah berlaku satu pun pemberontakan menentang
penjajah di Sabah. Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya, Mat Sator dan
Kamunta. Kebangkitan Mat Salleh menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British adalah yang pertama dalam sejarah, yang jelas menunjukkan kesatuan
pemimpin dan penduduk tempatan dalam menentang perubahanperubahan yang
dibawa oleh syarikat kepada Negeri Sabah. Ini dibuktikan dengan sokongan daripada
kaum Kadazandusun dan kaum Bajau-Suluk dalam kempen Mat Salleh.

Sempadan Negeri Sabah mula meluas sewaktu kebangkitan Mat Salleh dan
selepasnya. Pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British menggunakan masalah
konflik mereka dengan Mat Salleh sebagai alasan untuk mereka memaksa kesultanan
Brunei dan kesultanan Sulu untuk memajakkan lebih banyak daerah-daerah di Sabah.
Antaranya seperti daerah Inanam dan daerah Menggatal yang pada ketika itu masih
berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Inanam dan Menggatal telah
dipajakkan oleh Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin kepadaSyarikat Berpiagam
Borneo Utara British pada 5 Ogos 1896. Selepas pemberontakan Mat Salleh, pihak
syarikat meminta supaya lebih banyak daerah dipajakkan kepada mereka. Antaranya
seperti daerah Mengkalong, Marintaman, Membakut dan Lawas sekitar tahun 1901
hingga tahun 1905.Sempadan Negeri Sabah kekal hingga hari ini.

Kempen penentangan Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyebabkan pihak


Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mengalami kerugian besar dari segi
perbelanjaan ketenteraan. Selepas berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh, pihak
syarikat terus memperkenalkan lebih banyak cukai baru yang lebih tinggi. Contohnya
seperti cukai kepala, cukai tanaman dan cukai pokok kelapa untuk membuat tuak.
Sistem cukai ini menimbulkan lebih banyak penentangan dari penduduk-penduduk
tempatan di Sabah. Contohnya seperti perjuangan Pak Musa di Membakut,
pemberontakan Rundum yang diketuai oleh Ontoros Antanom daripada kaum Murut,
pada bulan Februari 1915 dan perjuangan Emboh Ali di Kota Belud.

7.0 Kesimpulan dan Cadangan.

Kesimpulan
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian tentang tokoh pejung
tempatan yang bangkit menentang British dinegara kita. Semasa saya menyesaikan
masalah ini,saya telah memperoleh pengetahuan bahawa penduduk tempatan di masa
dahulu telahpun mempunyai sistem pentadbiran dan adat tersendiri. Kedatangan
British dan penglibatan British dalam masyarakat Sabah telah mengganggu sistem ini
dan menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat Sabah. Iktibar yang diperoleh
semasa saya menjalankan kajian ini ialah,semangat juang yang tinggi dan tekal
merupakan contoh nilai yang terbaik yang ditunjukkan oleh para pejuang yang
bangkit menentang kuasa barat demi mempertahankan sistem pendtadbiran,adat dan
maruah masyarakat tempatan.

Oleh itu, saya berpendapat perjuangan seperti ini diperlukan untuk mengingatkan
pihak Barat atau mana mana pihak luar dari Negeri Sabah agar menghormati sistem
dan adat penduduk tempatan. Semangat yang cekal,tabah dan yakin yang ditunjukkan
oleh pejuang Mat Salleh semasa menghadapi cabaran merupakan satu iktibar para
generasi masyarakat tempatan masa kini. Kita hendaklah mencontohi keberanian para
pejuang tempatan yang mempertahankan kedaulatan tanah air.

Selain itu, perpaduan amat penting dalam menjayakan sesuatu perubahan dan
transformasi. Dalam memperjuangkan hak tempatan Mat Salleh telah berpadu dengan
kaum Dusun dan Bajau untuk menentang Pihak British. Semangat perpaduan ini harus
dicontohi.
Pengetahuan, ketinggian ilmu, kemahiran dan sikap positif yang ada pada pejuang
juga harus dicontohi. Sekiranya semua perkara ini ada tentunya manusia atau
masyarakat akan maju dan pihak asing tidak senang mengambil kesempatan.

Cadangan

Masyarakat di Malaysia menghargai setiap jasa dan pengorbanan tokoh


tempatan. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak-pihak Ngo tertentu dan badan
badan kerajaan yang tertentu mengadakan ceramah ksedarantentang jasa
danpengorbanan tokoh. Dengan cara ini, jasa dan pengorbanan tokoh tempatan
tidak mudah dilupai. Selain daripada itu Kerajaan Malaysia perlu membina tugu
peringatan tokoh-tokph perjuangan tempatan. Dengan adanya tugu peringatan ini
bukan sahaja rakyat Malaysia rakyat Malaysia tetapi pelancong asing yang datang
ke negara kita tahu betapa hebatnya tokoh pejuang tempatan menentang
penjajahan. Saya berharap agar setiap individu terutama golongan remaja dapat
menyedari pentingnya jasa dan perjuangan tokoh tempatan. Saya mengharapkan
agar semua rakyat Malaysia khasnya negeri Sabah memiliki semangat cinta akan
negara. Pemimpin dan rakyat perlu berkerjasama untuk menjayakan Malaysia
khasnya Sabah sebagai sebuah negeri yang maju.

8.0 Rujukan

1. Buku teks
Buku teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM yang ditulis oleh Dr Azharudin bin Muhammad
Dali Ridzuan bin Hasan dan Muslimin bin Fazil.Dicetakan pertama pada tahun 2018.
Dicetak oleh Arif Corporation Sdn,Bhd

2. Low Kok On, Citra Wira Rakyat Dalam Legenda Mat Salleh, Pusat Penataran
Ilmu dan Bahasa, Kota Kinabalu, 2001.
3. Datu Paduka Mat Salleh, Pahlawab Sabah ( Hero Of Sabah) (1894-1900)Arkib
Negeri Sabah, 2007
4. Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Percetakan Nan Yang Muda, Kuala
Lumpur, 1982
5. Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941 The Dynamics of Indigenous
Society, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 2003
6. Sabihah Osman, Datu Paduka Mat Salleh Pahlawan Sabah (Hero of Sabah) (1894
– 1900), Arkib Negeri Sabah, Kota Kinabalu, 2007
7. Tregonning, K.G., Under Chartered Company Rule, North Borneo 1881 – 1946,
S.A Majeed & Co. Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2007
8. Wookey, W. K. C., "The Mat Salleh Rebellion". Sabah Museum Journal Vol. VII,
1956

9. Laman Sesawang
Blogspot My Serajah,21 June 2018
http://sigueddy.blogspot.com/p/nota.html

.files.wordpress.com/2015/01/images.jpg

Wikipedia bebas , 21 Ogos 2019

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh

Tripod,24 julai,2019

http://members.tripod.com/xfile_my/bab6.htm

http://dhayalannaidu.blogspot.com/p/sejarah-mat-salleh.html

10.Audio Visual
https://youtu.be/Nf3DTZ8DeVg

9.0 Lampiran
Lokasi penentangan Mat Salleh di Sabah
Gambar Mat Salleh

Anda mungkin juga menyukai