Anda di halaman 1dari 14

Pejuang-pejuang di Sabah

DATU TATING

SINOPSIS

Antara tokoh pejuang yang lebih awal merintis perjuangan dalam Negeri Sabah.

Telah tecatat dalam sejarah bahawa Datu Tating adalah merupakan seorang
pahlawan Sulu yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara.

Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan Sulu.

Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan


hubungan rapat dengan pihak kerajaan.

BIODATA

Datu Tating merupakan anak kepada seorang Saudagar dari Tionghua yang
berkahwin dengan Dayang Meria.

Semenjak kanak-kanak lagi, telah tumbuh dibahagian umbun-umbun beliau


seperti batu putih (batu granit) yang dikatakan Tanduk Datu Tating.

Khabarnya, beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam.

Beliau wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih
tersebut dengan menggigitnya (ini adalah khabar yang mahsyur dalam kalangan
keluarga Maharaja Adinda).

Datu Tating ini dikatakan tiada anak atau zuriat.

Keluarga Datu Tating sangat rapat hubungannya dengan keluarga Maharaja


Adinda. Sebab itulah Tanduk beliau telah diamanahkan disimpan oleh
keluarga Mharaja Adinda sehingga kini. (sesiapa yang berminat untuk
melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Mharaja Adinda yang berada di
Semporna)

JALAN CERITA (KEJAYAAN & KESAN KEPADA SABAH & TOKOH PERJUANGAN YANG
SETERUSNYA)

Beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di
Borneo dan Kepualauan Sulu.

Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat di sana apabila


beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina
benteng dan gudang.

Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan


pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John
Robert seolah-olah tidak menghormati bangsanya.

Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak


gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu.

Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan
sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan
suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.

Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau
Blambangan.

Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British


dan hanya mengambil masa selama 7 Jam.

Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian


termasuklah di Tampasuk, Teluk Marudu dan Relau.

PADUKA MAT SALLEH

Sejarah Paduka Mat Salleh


Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan
pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap
penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai
daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku
ajau dan ulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-

adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang
berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.
Perjuangan
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung
di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh
adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai
Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di
Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun
1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat
Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya
menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam
tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni
di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka
tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898,
Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera
yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru,
yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat
daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru
kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia
digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar
kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila
dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh
bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba
mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan
tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat
Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu
menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu
peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, Tugu ini
menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata
North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat
Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang
Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi
pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang
pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan
keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang
dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah
lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan
diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.

Ini adalah kubu peringatan Paduka Mat Salleh.

Sharif Osman (Uthman)


Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Kota Marudu turut melahirkan pejuang-pejuang
yang berjuang untuk menegakkan keadilan serta menghalau kedatangan penjajah
yang cuba untuk menguasai daerah ini sambil mengaut keuntungan hasil bumi kita
yang tidak ternilai banyaknya. Mereka sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk
memastikan daerah ini tidak jatuh ketangan penjajah dan memporak-porandakan
kehidupan masyarakat pribumi.
(a) Latar belakang Tokoh

Syarif Osman (Uthman)merupakan antara tokoh terawal yang berjuang untuk


menentang penjajah.

Wakil kepada Kesultanan Sulu yang mentadbir wilayah Teluk Marudu.

Syarif Osman adalah seorang ketua lanun dan pemberontak di Teluk Marudu
sekitar 1890-1895.

(b) Faktor Penentangan

Kehadiran penjajah di Borneo Utara khususnya di Teluk Marudu telah


mengganggu amalan kehidupan masyarakat setempat di daerah ini.

Pihak British memajak Sabah dari Sultan Sulu dan Brunei.

Permintaannya bagi semua kapal dagang barat yang berdagang di wilayahnya,


iaitu Teluk Marudu agar membayar cukai kepadanya tidak diendahkan oleh
pihak British.

Malah, pihak British dan orang-orang barat mentertawakan dan menghina


Sharif Osman.

Peristiwa Penentangan

Beliau menentang penyerahan Sabah kepada pihak British.

Menentang penceroboh asing di perairan Teluk Marudu.

Menangkap kapal dagang yang enggan membayar cukai kepadanya

Oleh itu, Syarif Osman melakukan beberapa serangan keatas kapal dagang
serta membunuh mereka.

Setelah Berjaya membunuh musuh, beliau akan memenggalkan kepalanya dan


memotong kemaluan mereka sebagai amaran kepada pihak penjajah barat.

Kepala musuh yang dipenggal akan diserahkan kepada orang-orang Sagaih


iaitu orang-orang Dusun dan Dayak yang meganggap kepala musuh sebagai
Hadiah berharga tanda kepahlawanan seseorang.

Kemaluan orang-orang Barat dan pihak musuh pula akan dipotong dan dicucuk
dengan rotan untuk digantung merentangi Sungai Marudu.

Tindakan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak bara tdan mana-mana


musuh yang ingin mencabar kekuatan orang-orang Marudu.

Pihak British telah meminta sokongan Sultan Brunei untuk memerangi Sharif
Osman dan orang-orang Balanini-Illanun yang dianggap Kumpulan Lanun yang
paling berani dan berbahaya di Asia Tenggara

Pangeran Yusop yang bersengketa dengan Rajah Muda Hashim telah


menyokong Shariff Osman.

Pihak pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah meminta tentera
Diraja British di London untuk memerangi Shariff Osman dan membuang arang
yang diconteng di muka kerajaan British.

(d) Kesan Penentangan

Aktiviti pelanun dan perang di laut semakin berleluasa

Sharif Osman dituduh sebagai ketua lanun oleh pihak Barat.

Sharif Osman dicanangkan oleh pihak Barat terutamanya oleh Raja Sarawak,
James Brooke sebagai orang yang kejam dan tidak bertamadun.

Pihak barat juga telah melancarkan perang saraf dengan mengumumkan


kepada rakyat bahawa Shariff Osman adalah Lanun yang jahat "dan bukannya
"Pelindung Rakyat.

Syarif Osman yang berkubu di muara sungai Marudu telah diserang oleh satu
angkatan kapal perang Inggeris yang diketuai oleh Kapten Mundy.

Pertempuran itu menyaksikan kehancuran kubu pertahanan Sharif Osman,


sekaligus beliau turut terbunuh.

Pengikut-pengikut Sharif Osman yang berundur dari kubu itu sempat membawa
jenazah Syarif Osman untuk dikebumikan di luar dari kawasan kubu itu.

Kini, kawasan kubu dan tanah perkuburan Syarif Osman itu telah menjadi satu tanda
sejarah di daerah Kota Marudu. Manakala isteri Syarif Osman, Dayang Cahaya dan
beberapa orang pengikut setia dikatakan melarikan diri ke Sugud menggunakan jalan
darat melalui beberapa perkampungan iaitu kampung Tandek dan kampung Botition.
Tindakan Shariff Osman ini amat memberi malu kepada orang-orang barat.
Penghinaan Shariff Osman tehadap orang-orang barat tidak pernah diterima
dan dialami oleh mana-mana kuasa barat yang menjajah Asia dan belum

pernah mana-mana kuasa dunia dan pemerintah yang berani memotong dan
menggantung kemaluan orang barat di khalayak ramai.
James Brooke

Catatan yang menyebut Syarif Osman sebagai Lanun


Pada hari ini 19.08.1845, satu pertempuran telah berlaku di antara tentera-tentera
Inggeris dan pasukan tentera Syarif Osman di Marudu, Sarawak. Syarif Osman
merupakan salah seorang pembesar dan ketua yang memerintah Marudu. Beliau juga
salah seorang penentang utama James Brooke, di samping Pengeran Yusuf,
Syarif,Sahab Malar dan lain-lain. Serangan ke atas orang-orang Inggeris dilancarkan
melalui jalan laut. Serta Penentangan bertambah hebat apabila tindakan Syarif
Osman mendapat sokongan daripada Syed Yusuf, Perdana Menteri Sultan Brunei
yang juga bencikan campur tangan Inggeris ke atas kubu-kubu Brunei pada bulan
Oktober 1844. Situasi ini menyebabkan James Brooke merasa bimbang dan beliau
berusaha mendapatkan bantuan tentera dari Singapura. Beliau kemudiannya telah
dibekalkan dengan kapal perang dan pasukan tentera diketuai oleh Thomas Cochrane.
Akhirnya pada hari ini pasukan James Brooke ini telah menyerang kubu Syarif Osman
di Marudu dan pertempuran telah berlaku di antara Inggeris dan Syarif Osman. Dalam
pertempuran ini kubu Syarif Osman dapat dimusnahkan dan beliau sendiri telah
terkorban dalam pertempuran itu.

MAT SATOR
Biodata :

Pemimpin suku Kadazandusun di Tambunan

Orang Kanan Mat Salleh

Ketua Leftenan

Sumbangan :

Tokoh perjuangan yang bersama Mat Salleh dalam memperjuangkan hak-hak


mereka serta menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah

Halangan :

Kedatangan pihak SBUB iaitu pihak penjajah

Kejayaan :

Dapat menyerang Inggeris di Kudat pada April 1900 bersama Mat Daud

Mendirikan kubu

KesankepadanegeriSabah :

Mat Sator serta Mat Salleh diserang balik dan Sabah kehilangan tokoh ataupun
seorang pahlawan

Jalancerita :
Mat Sator adalah merupakan pengikut ataupun orang kanan dan juga Ketua Leftenan
Mat Salleh yang bertanggungjawab melindungi Kota Mat Salleh di Tibabar. Beliau juga
seorang pemimpin suku kadazandusun di Tambunan.
Mat Sator mempunyai kubu ataupun yang dikenali sebagai Kota Mat Sator yang
terletak di Kg. Kapayan Lama, Tambunan yang terletak juga berdekatan dengan Kota
Mat Salleh di Tibabar. Seperti yang sedia maklum, Kota ini adalah kubu kedua terbaik
di antara kubu yang pernah didirikan oleh Mat Salleh. Kedudukan Kota ini dikatakan
strategik kerana terletak di tebing sungai Sunsoron yang membekalkan sumber air.
Kota ini merupakan fungsi utama sebagai pusat tinjauan dan singgahsana isteri Mat
Salleh tetapi Kota Mat Sator telah jatuh ke tangan British pada 21 Januari 1900.
Walaupun Kota itu telah musnah namun Mat Sator serta beberapa pengikut beliau

sempat melarikandiri melalui tebing Sungai Sunsuron.Oleh yang demikian, Mat Sator
bersama Mat Daud dapat menyerang Inggeris di Kudat pada April 1900.Namun, pada
Julai 1902, British Berjaya menanamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah
sepenuhnya dan memberi kesan yang mendalam juga terhadap Sabah.

ANTANOM PAHLAWAN ANAK RIMBA BERJIWA BESAR

(a) Latar belakang

Nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom

Ketua kaum Murut di Rundum

Dilahirkan pada tahun 1875

Ketika beliau berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut


menentang SBUB yang menindas kaumnya

(b) Faktor Penentangan


(i) Melarang Membuka Tanah Baru
- SBUB melarang mereka membuka tanah baru
- Merasakan hak mereka diceroboh

- Akibatnya mereka kekurangan beras


(ii) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
- Cukai kepala satu dolar setiap orang
- Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
- Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
- Cukai tangkapan ikan besar
- Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
(iii) Menjadi Buruh Paksa
- Orang Murut dijadikan buruh paksa
- Tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara
Tenom dengan Rundum
(iv) Menzalimi Keluarga
- Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah
tebing sungai
- Mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
- Jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk
dijadikan buruh paksa
(v) Menceroboh Kawasan Hutan
- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan
mengganggu roh nenek moyang mereka
Peristiwa Penentangan
- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
- Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
- Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan
berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
- Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom
bertambah menjadi 900 orang
- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah
rumah bawah tanah
- April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
- Pertempuran berlaku selama 6 minggu
- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
- Penentangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum
(d) Kesan Penentangan
- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
- Pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari
Kimanis hingga ke Keningau

- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan


kebangkitan seterusnya
- Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap
SBUB

TRAGEDI DOUBLE SIX


Tragedi ini merupakan tragedi nahas kapal terbang yang berlakupada 16 Jun 1976 dan
telah melibatkan kehilangan nyawa beberapa orang pemimpin Sabah.
Senarai penumpang yang terkorban adalah seperti berikut :
1. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens (Donald Stephens)
2. Menteri KerajaanTempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong TahinVun
4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk SallehSulong
5. Pembantu Menteri kepada Timbalan KetuaMenteri, Darius Binion
6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Dr. Syed Hussein Wafa
8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh
Hamzah& Ishak Atan
9. Pengawal Peribadi Tun Fuad Stephens, Koperal Said Mohammad
10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
11. Johari Tun Fuad Stephens
Difahamkan bahawa, Tun Fuad Stephens iaitu Ketua Menteri Sabah pada masa itu
menaiki kapal terbang tersebut daripada Labuan untuk balik ke Kota Kinabalu atas
urusan mengenai isu royalty minyak Sabah. Ketika itu, beberapa perjanjian masih lagi
di peringkat perbincangan tetapi malangnya menteri-menteri cabinet juga ketua
menteri telah terkorban dengan tragik.
Pesawat itu merupakan pesawat buatan Australia dan pesawat kecil jenis GAF NOMAD.
Pesawat itu beroperasi dibawah Sabah Air yang berhaluan dari Labuan ke Lapangan
Terbang Kota Kinabalu namun menjunam terpacak di Kampung Sembulan.

Dikatakan pesawat ini telah jatuh akibat menampung terlalu ramai penumpang pada
masa itu. Ini mengakibatkan juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat kerana lebih
muatan.
Malapetaka ini seterusnya dikenali sebagai Double Six sempena tarikh kejadian itu
iaitu pada 6 Jun 1976.
Konspirasi juga telah berlaku pada masa ini, iaitu YM Tengku Razaleigh Hamzah yang
sepatutnya menaiki kapal terbang itu pada minit terakhir telah diajak turun daripada
pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd.Salleh.
Ini kerana untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Bangi, Kudat. Namun,
mereka juga telah diarahkan menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat
kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama berlaku dan sebaik sahaja
mendengar berita buruk ini, mereka telah diterbangkan oleh helicopter tentera ke
Kota Kinabalu.
Sehingga kini banyak persoalan yang telah dikeluarkan dan memberi kesan kepada
Negeri Sabah.
Seperti :
1. Royalti minyak di Sabah yang telah menyebabkan Sabah negeri termiskin di
Negara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai