Anda di halaman 1dari 2

TOKOH PERJUANGAN SABAH (MAT SALLEH)

Mat Salleh
Sejarah tak pernah lekang dek zaman. Setiap negera dan negeri mempunyai sejarah
tersendiri. begitu juga negeri Sabah di Bawah Bayu. Sabah mempunyai sejarah tersendiri.
Sabah dahulu kalanya hanyalah sebuah negeri yang dijajah oleh orang inggeris. Namun kini
Sabah telah bebas dari jajahan mereka dan Merdeka pada 16 September 1969 yang kini
dikenali sebagai hari Malaysia. Pada dahulu kala, sabah mempunyai banyak tokoh yang
memperjuangkan dan mendapatkan kemerdekan negeri Sabah dari dijajah.Salah seorang
Tokoh yang memperjuangkan negeri Sabah ialah Mat Salleh.
Mat salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh bin Datu Balu. Mat Salleh yang merupakan
pejuang Sabah yang terkenal dengan memberikan tentangan yang hebat kepada penjajahan di
Sabah.Mat Salleh mempunyai empat orang adik beradik iatu Ali,Mat Salleh,Badin dan
Bolong.Mat Salleh yang berasal daripada suku kaum Suluk Paitan ini juga pernah
mengisytiharkan Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh "Negeri Tambunan" sebagai daerah
kekuasaannya.Ayahnya,Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku
Bajau iaitu dayang bandang berasal dari keluarga Sultan sulu dan berkampung di
Pengalaban,Paitan.
Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan mat Salleh
yang kuat.Tambunan juga merupakan benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin
orang-orang Sabah menentang Inggeris.Pada tahun 1900,kejatuhan kota ini akibat serangan
hebat kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat salleh.Pada
Tahun 1894 pula mMat salleh mengambil alih tugas bapanya sebagai ketua kampung di daerah
Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada
pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui sungai sugut.
inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh. Oleh kerana itu, Inggeris betindak
dan menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu nya di sungai Sugut. Pada
tahun 1896 hingga 1897.Mat Salleh dapat melepaskan diri dari penjajah inggeris. Julai 1897,
Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan kompeni Hindia Timur Inggeris.Antara
tempat yang dibinasakan oleh Mat salleh ialah Pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur
inggeris(diserang dan dibinasakan)Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris(menyerang
dan membakar)-Ambong. Pada Disember 1987, Ingeris menyerang kubu Mat Salleh di ranau
yang kini dekenali sebagai Memorial Park .Banyak askar Mat Salleh terbunuh terbunuh
termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada Bulan Januari1898,Inggeris sekali
lagi menyerang kubu Mat Salleh di ranau dengan angkatan yang lebih besar dan banyak.
Namun, Mat salleh berjaya mengundurkan diri dan membuat kubu pertahanan yang lebih kuat
dan kukuh di kampung Tibabar,Tambunan kerana sangat sukar untuk ditembusi, Kubu pertahan
tersebut diperbuat daripada batu bata,kayu serta buluh yang tidak dapat ditembusi
peluru.Setiap penjuru dikawal, terdapat terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia untuk
meminta bantuan-bantuan senjata ,makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini
dijadikan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kini,Sebuah tugu dibina oleh inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu.Di tugu
peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa inggeris yang bererti Tugu ini menandakan
tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary
pada 1 Februari 1900.Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama 6 tahun

menentang Pentadbiran Charted Company menemui ajalnya.Pada pendapat British, Mat Salleh
dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan Mat Salleh ialah pejuang
kemerdekaan dan seorang Pahlawan.
Oleh itu, generasi zaman sekarang haruslah menanamkan sifat patriotisme dan
cinta akan negara dan negeri sendiri. Bukan senang kita hendak mendapatkan negara dann
negeri yang aman kalau tidak tokoh-tokoh zaman dahulu yang bertungkus lumus
mendapatkannya.Hargai la perjuangan-perjuangan tokoh-tokoh zaman dahulu dan tak kurang
hebatnya tokoh zaman sekarang yang sentiasa mempertahankan negara yang berdaulat ini.
Tanggal 31 ogos merupakan tarikh yang bersejarah buat semua rakyat Malaysia. Dengan tarikh
ini juga la, kita bebas dari jajahan inggeris dan 16 september bagi negari Sabah negeri di
bawah Bayu dan Sarawak Bumi Kenyalang. Daulat Tuanku. ! 1 Malaysia.!

http://bluerians96.blogspot.com/2014/09/tokoh-perjuangan-sabah-matsalleh.html

Anda mungkin juga menyukai