Anda di halaman 1dari 12

Tindak Balas Masyarakat

Tempatan Terhadap Kuasa


Asing
(Perjanjian Bangkok 1909)
Nama : Abdullah Fahmi Bin Ismail

Kelas : 3 Ibn Nusair


1.0 Pernyataan Masalah dan Persoalan Kajian
Pernyataan masalah pertama bagi kajian untuk kerja khusus kali ini adalah
untuk pelajar mengkaji apakah tujuan perjanjian Bangkok 1909 dibentuk oleh
British dan juga Siam. Seterusnya apakah kesan terhadap Tindakan British dan
Siam apabila membuat perjanjian Bangkok 1909 juga merupakan pernyataan
masalah yang ingin pelajar kaji. Tatkala itu, pelajar juga menghasilkan kajian ini
kerana ingin mengetahui bagaimanakah pandangan dan reaksi raja-raja Melayu
terhadap perjanjian Bangkok yang telah memberi kesan kepada penduduk di utara
Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.
2.0 Kaedah Kajian
a) Buku Teks
Untuk menghasilkan kajian Sejarah ini, saya merujuk buku teks Sejarah
tingkatan 3 untuk mencari maklumat tentang gambar Raja-Raja Melayu yang
bersidang di Kuala Kangsar,Perak.

b) Carian Internet

Saya juga turut membuat carian di Internet untuk mencari maklumat tentang
latar belakag perjanjian Bangkok 1909, bagaimanakah pandangan dan reaksi raja-
raja Melayu terhadap perjanjian Bangkok dan tujuan British dan Siam membuat
perjanjian Bangkok 1909.
3.0 Objektif Kajian

Objek kajian ini adalah untuk pelajar mengetahui lebih dalam tentang perjanjian
Bangkok 1909 dan kesan-kesannya terhadap masyarakat tempatan. Selain itu
pelajar juga menghasilkan kajian ini untuk mengetahui pandangan dan reaksi raja-
raja Melayu terhadap perjanjian Bangkok. Akhir sekali, pelajar ingin menerangkan
apakah kesan terhadap British dan Siam selepas membuat perjanjian Bangkok
1909.

4.0 DAPATAN KAJIAN


TINDAK BALAS MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA ASING

(Perjanjian Bangkok 1909)

Nama: Abdullah Fahmi bin Ismail

4.1 Latar Belakang Perjanjian Bangkok 1909

10 Mac 1909 – Perjanjian Inggeris-Siam yang juga dikenali sebagai Perjanjian


Bangkok 1909 ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok. Perjanjian diantara
United Kingdom dan kerajaan Siam ini ditandatangani pada 10 Mac 1909 dan
diratifikasikan pada 9 Julai 1909.

Perjanjian itu adalah hasil dari rundingan-rundingan sulit Inggeris -Siam mengenai
masalah-masalah kawasan pengaruh British dan maruah Siam. Pihak Inggeris
khuatir dengan saingan perdagangan dan pengaruh Perancis, Rusia dan Jerman,
sementara Siam pula ingin mendapatkan kembali maruah dan dignitinya yang telah
hilang akibat hak-hak ekstrateritorial yang terpaksa diberikannya kepada kuasa-
kuasa Barat iaitu Perancis dan British.

Oleh kerana Kerajaan Siam merasakan sukar untuk mengawal ekonomi dan
pentadbiran negeri-negeri utara Tanah Melayu yang berlainan bangsa, budaya dan
agama darinya itu dan ingin pula menitikberatkan pembangunan dalam negerinya
sendiri, dan Inggeris pula sanggup melindungi negeri-negeri tersebut maka
persetujuan pun mudah tercapai.

Hasilnya pada tahun 1909 Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani. Dengan


perjanjian itu yang meletakkan Negeri-negeri utara Tanah Melayu-Kedah,
Kelantan, Perlis dan Terengganu (dulunya Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu)
ke dalam kekuasaan British maka seluruh Tanah Melayu termasuk dalam kawasan
pengaruh British sepenuhnya. Bagaimanapun Perjanjian Bangkok ini hanya
disahkan pada 9 Julai 1909 dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

4.2 Butiran Perjanjian Bangkok 1909 adalah seperti


berikut:-
 Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan pulau-pulau
bersebelahan kepada Great Britain.

 Tarikh penyerahan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi


perjanjian.

 Perlantikan Suruhanjaya Bercampur untuk persempadanan Inggeris-Siam.

 Hutang awam wilayah yang diserahkan akan tetap dibayar kepada Kerajaan
Siam.

 Penghapusan bidang kuasa Konsul British di Siam.

 Hak rakyat British di Siam terhadap harta, kediaman dan perjalanan, cukai,
dll.

 Pengesahan perjanjian lama .

 Ratifikasi dalam tempoh empat bulan.

Sempadan baharu British dengan Siam

4.3 Tujuan British Memeterai Perjanjian Bangkok 1909


Tujuan British memeterai perjanjian ini adalah kerana pihak Inggeris khuatir
dengan saingan perdagangan dan pengaruh Perancis, Rusia dan Jerman. Apabila
perjanjian ini dimeterai, British dapat memastikan laluan perdagangan di antara
India dan China berada dalam keadaan selamat.

Kerajaan British berjanji akan menolong Siam menentang sebarang cubaan asing
untuk bertapak di Negeri-Negeri Melayu Utara. Jaminan itu terkandung dalam
Perjanjian Rahsia pada April 1897. Dengan jaminan itu, Siam mula mengukuh
cengkamannya ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara. Selain untuk mengelak kuasa-
kuasa Eropah lain bertapak di situ, iajuga bertujuan untuk menyelamatkan orang-
orang Melayu daripada keganasan Siam.

Tujuan Siam Turut Memeterai Perjanjian Bangkok 1909

Siam juga turut memeterai perjanjian Bangkok 1909 kerana Siam ingin


mendapatkan kembali maruah dan dignitinya yang telah hilang akibat hak-hak
ekstrateritorial yang terpaksa diberikannya kepada kuasa-kuasa Barat iaitu Perancis
dan British. Oleh kerana Kerajaan Siam merasakan sukar untuk mengawal
ekonomi dan pentadbiran negeri-negeri utara Tanah Melayu yang berlainan
bangsa, budaya dan agama darinya itu dan ingin pula menitikberatkan
pembangunan dalam negerinya sendiri, dan Inggeris pula sanggup melindungi
negeri-negeri tersebut maka persetujuan pun mudah tercapai.

Hasilnya pada tahun 1909 Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani. Dengan


perjanjian itu yang meletakkan Negeri-negeri utara Tanah Melayu-Kedah,
Kelantan, Perlis dan Terengganu (dulunya Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu)
ke dalam kekuasaan British maka seluruh Tanah Melayu termasuk dalam kawasan
pengaruh British sepenuhnya. Bagaimanapun Perjanjian Bangkok ini hanya
disahkan pada 9 Julai 1909 dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

4.4 Pandangan dan Reaksi Raja-Raja Melayu Terhadap


Perjanjian Bangkok 1909
 

Gambar di atas merupakan gambar Raja-Raja Melayu melakukan persidangan atau


Durbar di Kuala Kangsar, Perak pada Julai 1897. Oleh kerana Perjanjian ini dibuat
tanpa pengetahuan Sultan Negeri- Negeri Melayu Utara, sudah tentulah ianya
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Semasa majlis penyerahan
itu berlangsung, Sultan Abdul hamid membuat bantahan kepada Williamson wakil
kerajaan Siam. Menurut baginda, sempadan baru antara Kedah dan Siam harus
ditentukan mengikut kriteria sempadan yang sedia ada. Putera Damrong sebelum
itu telah memberitahu baginda akan sempadan baru antara Kedah dan Siam seperti
mana yang terdapat dalam protokol sempadan Perjanjian Bangkok 1909. Baginda
Sultan amat murka kepada Siam sehingga baginda pernah menyatakan tidak akan
memaafkan pihak yang menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.[

Sultan Abdul Hamid

Begitu juga reaksi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke IV baginda kecewa


dengan British menyerahkan Wilayah Tabal kepada Siam yang dihuni kira-kira
15,000 orang Melayu. Apabila Tabal berada di bawah Siam sebilangan penduduk
di situ berhijrah ke Kelantan. Sementara itu, reaksi Sultan Terengganu turut
terkejut dan berasa marah apabila mengetahui butir-butir perjanjian tersebut
daripada August Katz yang melawat sultan bagi tujuan pelaburan di negeri
baginda. Raja-raja Negeri-Negeri Melayu yang lain berasa murka akan perjanjian
ini.

Sultan Terengganu Sultan Muhammad IV

4.5 PANDANGAN TERHADAP TINDAKAN BRITISH DAN SIAM


MEMETERAI PERJANJIAN BANGKOK 1909
kedua-dua pihak iaitu British dan Siam jelas mementingkan status dan keuntungan
masing-masing dalam mewujudkan perjanjian ini. Keengganan British dan Siam
ini menimbulkan masalah dan kesan berpanjangan kepada negeri-negeri Melayu
bersekutu yang kini sebahagian dari Malaysia dan Wilayah Patani, Setul, Yala
menjadi Wilayah Thailand. Melihat kepada Protokol Sempadan itu jelas bahawa
perjanjian itu bukan sahaja memindahkan Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis
kepada pemerintahan British tetapi jugak membuat penyesuaian besar kepada
sempadan negeri yang sedia ada ketika itu. Perjanjian ini telah mengubah keluasan
tanah-tanah negeri terbabit. Dapat dikatakan juga bahawa tujuan perubahan itu
dibuat adalah bagi maksud untuk memindahkan seluruh lembah sungai kepada
negeri-negeri tertentu.Umpamanya, penjuru sungai Reman di bawah kawalan Siam
yang terletak dalam lembah sungai Perak telah diserahkan kepada Perak. Walau
bagaimanapun, pembuat sempadan gagal mengambilkira pertimbangan yang sama
sehubung dengan negeri Kelantan-Patani sebaliknya Sungai Golok telah dijadikan
sempadan antarabangsa. Kesannya Kelantan kehilangan wilayah tabal (sekarang
dikenali Tak Bai) kerana wilayah ini telah ditukarkan dengan daerah Reman.Kesan
seterusnya Negeri-Negeri Melayu Utara kehilangan beberapa Wilayah penting dan
strategik seperti Kedah kehilangan Wilayah Sadaow, Setul, Pulau Terutau dan
Pulau-Pulau sekitarnya. Perlis pula kehilangan wilayah Pujoh. Wilayah Pujoh
terletak di sebelah utara Sungai Perlis adalah di bawah jagaan Penghulu mukim
Kuala Perlis. Penghulu Kuala Perlis dan Pujoh terakhir ialah Penghulu Muhammad
Said Bin Haji Awang yang turut ditugaskan bersama-sama Pegawai Suruhanjaya
Sempadan yang dibentuk di bawah Artikel 3 Perjanjian Bangkok 1909.[23] Kelantan
kehilangan wilayah Tabal. Perjanjian ini telah membuatkan banyak negeri-negeri
Melayu di utara telah pun hilang wilayah asalnya secara melampau. Raja-Raja
Melayu turut amat murka apabila mengetahui butiran-butiran perjanjian Bangkok
1909 dan terkejut akan tindakan melulu pihak British dan Siam kerana mereka
melakukan perjanjian tanpa pengetahuan Sultan Negeri-Negeri Melayu utara.
Perjanjian ini telah banyak memberikan kesan buruk terhadap penduduk tematan.
Ianya juga menjejaskan ekonomi dan keamanan Negeri-Negeri Melayu Utara buat
seketika.
Jata Kerajaan Siam 1873-1910

4.6 RUMUSAN

Kesimpulannya, perjanjian British dan Siam iaitu Perjanjian Bangkok 1909


mempunyai kebaikan dan keburukan-keburukannya yang tersendiri. Sultan-Sultan
mendapat penasihat British yang berperanan sebagai penasihat Sultan dalam semua
perkara kecuali agama dan adat istiadat Melayu. Tetapi perjanjian ini telah
menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dikuasai sepenuhnya oleh Britain dan
hubungan dengan negeri Siam terus terputus. Dari kajian-kajian yang telah
dilakukan, kitab oleh belajar bahawa kita tidak perlu membuat perjanjian dengan
orang-orang yang bukan Islam kerana didalam diri mereka penuh dengan tipu
daya dan muslihat. Kita perlulah mengambil iktibar tentang sejarah perjanjian
Bangkok ini. Saya berharap negara kita Malaysia akan menjadi lebih maju di masa
hadapan dengan menitik beratkan Amanah memegang teguh kepada sesuatu
perjanjian.
5.0 RUJUKAN

1) Buku

a) Nama penulis : Lotfi Ismail, 1988 Sejarah Malaysia 1400-1963

Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

2) Internet

a) https://pekhabar.com/h-i-d-s-perjanjian-britain-siam-1909/

b) https://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Inggeris-Siam_1909

c) http://img.astroawani.com/2016-08/61470898440_anglosiam.jpg

d) http://anyflip.com/iqnoa/rpzt/

e)https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org
%2Fwiki%2FSultan_Muhammad_IV&psig=AOvVaw2sJPz-
uR3ZH99P_4lUF_SI&ust=1672303421849000&source=images&cd=vfe&ved=0CBA
QjRxqFwoTCPC1uvD1m_wCFQAAAAAdAAAAABAE

f) https://scontent.fpen1-2.fna.fbcdn.net/v/t1.18169-
9/20767897_1220875474683447_9031671701578256552_n.jpg?stp=cp0_dst-
jpg_e15_p320x320_q65&_nc_cat=104&ccb=1-
7&_nc_sid=2d5d41&_nc_ohc=hvGtaxCUrg4AX-ttP82&_nc_ht=scontent.fpen1-
2.fna&oh=00_AfCPPo909x8eUXNp1bfy3CWHUuL8fEriF3WM7XUunY2JEg&oe=63D
37213

Anda mungkin juga menyukai