Anda di halaman 1dari 4

RANGKA KARANGAN KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

PENDAHULUAN (PERENGGAN 1)
Tema permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek
moyang kita sejak dahulu lagi
Justifikasi permainan gasing, wau dan congkak
Arahan kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada
rakyat Malaysia
ISI PERTAMA (PERENGGAN 2)
Isi warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya
Huraian warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan
identiti sesuatu bangsa
contoh wau, sepak raga dan congkak tidak dipertahankan
kesan Generasi muda akan berbangga dengan permainan moden
Penegasan merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk
tatapan generasi akan datang.
ISI KEDUA (PERENGGAN 3)
Topik Alat hiburan untuk mengisi masa lapang
Huraian Menghiburkan seseorang kerana permainan menyeronokkan dan
dimainkan secara berkumpulan
contoh permainan congkak dan sepak raga yang perlu dimainkan secara
berkumpulan
kesan mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh
badan seseorang
penegasan menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan
menyihatkan tubuh badan.
ISI KETIGA (PERENGGAN 4)
Topik suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara.
Huraian pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan
budaya warisan yang terdapat di Malaysia.
contoh Permainan wau atau layang-layang
kesan Dapat menarik pelancong dan berlakunya aliran masuk wang tunai
penegasan membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di
Malaysia.
ISI KEEMPAT (PERENGGAN 5)
Topik mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa
Huraian Pelbagai kaum dalam masyarakat dapat bermain secara beramai-
ramai
contoh permainan gasing yang dimainkan oleh pelbagai bangsa dan
budaya. 
kesan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat
penegasan mengukuhkan perpaduan dan menggeratkan silaturrahim dengan
pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
PENUTUP (PERENGGAN 6)
Kesimpulan Memberikan kepentingan kepada rakyat dan negara
cadangan rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya
berganding bahu mengekalkan permainan tradisional
Harapan permainan moden telah menguasai jiwa golongan muda ,permainan
tradisional tetap di hati
Kebaikan-kebaikan Amalan Rumah Terbuka

Rumah terbuka merupakan jamuan bagi meraikan sambutan perayaan


penting seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari
Krismas. Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan apabila tiba musim perayaan,
rumah terbuka diadakan dengan meriah sekali yang bertujuan memupuk
persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Ianya selalu diadakan di dalam dewan, rumah atau padang. Terdapat banyak
kebaikan amalan rumah terbuka.
Antara kebaikan amalan rumah terbuka adalah dapat memberi ruang
untuk berkenalan antara satu sama lain. Hal ini kerana, anggota masyarakat
berlainan kaum berkumpul dalam satu acara perayaan. Contohnya, acara
bersalam-salaman , tegur- menegur dan berbual-bual antara satu sama lain
akan berlangsung semasa rumah terbuka diadakan. Hal ini sekaligus dapat
merapatkan silaturrahim dan dapat beramah mesra. Jelaslah bahawa , amalan
rumah terbuka dapat menambah kenalan daripada kaum lain sekaligus
mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Seterusnya, kebaikan amalan rumah terbuka juga dapat mengenali


budaya pelbagai kaum. Semua anggota masyarakat merayakan perayaan itu
bersama-sama walaupun berbeza latar belakang budaya dan agama , sekaligus
dapat mengenali juadah , adat resam dan pantang larang. Contohnya, orang
India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
dan sebaliknya. Hal ini dapat mewujudkan budaya sihat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum. Ringkasnya, amalan rumah terbuka dapat
mengenali pelbagai budaya kaum dan sekaligus menghormati budaya dan
kepercayaan kaum lain.
Selain itu, kebaikan amalan rumah terbuka juga dapat menikmati
kepelbagaian juadah masyarakat Malaysia. Pelbagai kaum tidak melepaskan
peluang menikmati pelbagai juadah yang enak semasa rumah terbuka
diadakan. Contohnya, ketupat rendang dijamu pada Hari Raya Aidilfitri, buah
limau semasa menyambut Tahun Baru Cina dan maruku dihidangkan semasa
sambutan Deepavali. Apabila budaya ini diamalkan, semua dapat merasai
kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang berbeza. Justeru
itu, amalan rumah terbuka bukan sahaja dapat menikmati kepelbagaian juadah
masyarakat Malaysia, malah ia menjadikan tradisi bangsa terus kukuh untuk
generasi akan datang.

Malahan, amalan rumah terbuka ini juga dapat membentuk kebudayaan


Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Amalan majlis rumah terbuka akan
mewujudkan integrasi budaya antara kaum. Antaranya, pemakaian baju
kurung oleh kaum bukan Melayu dan pemberian angpau semasa amalan
kunjung – mengunjung. Dengan ini kebudayaan kebangsaan Malaysia dapat
diwujudkan. Jelaslah , pembentukan budaya Malaysia semasa rumah terbuka
maka lahirlah masyarakat yang terbuka untuk berkongsi budaya yang positif.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan amalan rumah terbuka


dalam membentuk perpaduan. Semua pihak haruslah bekerjsama bagai aur
dengan tebing untuk mengekalkan dan meraikan amalan rumah terbuka setiap
kali menjelangnya perayaan. Tanpa kerjasama yang padu , usaha membentuk
masyarakat berbilang kaum akan berpecah belah . Semoga dengan adanya
usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan masyarakat yang
cemerlang dan gemilang akan menjadi realiti

Anda mungkin juga menyukai