Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Permainan Tradisional
Menurut Kamus Dewan edisi keempat halaman 560, permainan beerti sesuatu yg
digunakan untuk bermain atau sesuatu yang digunakan untuk bermain secara santai.
Manakala tradisional pula didefinisikan sebagai bersifat lama atau mengikut tradisi.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Khazanah
Masayarakat Melayu menyatakan tradisional sebagai sesuatu benda yang dipegang
dan diamalkan secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi. Jadi,
permainan tradisional boleh disimpulkan sebagai sesuatu yang dimainkan oleh orang
dahulu dan dimainkan secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.
Keadaan sosial masyarakat Melayu telah berubah mengikut peredaran masa.
Jika dahulu masyarakat banyak mempengaruhi corak kehidupan yang kuno, kini
segala-galanya sudah berubah. Berlakunya perubahan zaman, banyak nilai-nilai baru
yang dibawa ke dalam kehidupan kita misalnya cara kita bergaul, menguruskan masa,
beriadah dan berhibur semuanya berlainan berbanding zaman nenek moyang kita.
Sungguhpun demikian, sistem sosial masyarakat kini adalah berlandaskan masyarakat
dahulu.
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang
unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk
kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan
ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara
keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan
tradisional yang dipertandingkan. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini
identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi
memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.
Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Permainan
tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian,
bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini
membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari
kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim
menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya
dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan
mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan
keramaian serta pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung
berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi
semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di
antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan
tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing
dan lain-lain.
Tujuan
Tujuan utama permainan tradisonal dimainkan adalah untuk memenuhi masa lapang
dan sebagai permainan santai yang boleh menenangkan diri. Selainitu, permainan
tradisional turut mendorong pemain menggunakan fikiran dalam menyelesaikan
masalah. Contohnya permainan dam dan congkak. Seterusnya permainan tradisonal ini
juga dilihat sebagai platform bagi pemain menggunakan kreativiti masing-masing.
Contohnya permainan wau.

Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu membina


kecergasan pemain dan kemahiran seperti berikut:
a) Kekuatan kardiovaskular
b) Kelenturan
c) Daya tahan otot
d) Kekuatan otot
e) Ketangkasan
f) Imbangan
g) Koordinasi
h) Kuasa
i) Masa tindak balas
j) Kelajuan

Kebaikan
Permainan tradisional ini ternyata permainan yang sangat berfaedah dan boleh
dimainkan untuk memenuhi masa lapang. Ia juga berupaya untuk membentuk
kesihatan emosi yang baik seperti menangani masalah tekanan hidup harian
pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi. Selain itu, permainan
tradisional juga dilihat mampu membentuk komunikasi yang berkesan antara pemain
dan merangsang ukhuwah. Permainan tradisonal juga memudahkan individu untuk
menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat.
Permainan tradisional juga berupaya membentuk kecergasan fizikal dan mental dari
segi :
a) Dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna
b) Membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal

Ia juga terbukti membantu dalam membentuk kecekapan dalam menguruskan badan


(kebolehan mengawal anggota badan dalam pelbagai situasi).
a) Penjagaan postur yang betul
b) Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi
c) Pengaruh rotma dalam pendalian pergerakan badan
d) Koordinasi pergerakan yang cekap
e) Pergerakan merentasi lantai
f) Ruang

Permainan Anjung
Permainan tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah
permainan anjung manakala kategori kedua pula ialah permainan laman. Permainan
anjung bermaksud permainan yang dimainkan di dalam tempat yang tertutup (indoor).
Seperti orang Melayu pada zaman dahulu, permainan anjung dimainkan di serambi
rumah. Permainan ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak dan melampau
seperti permainan laman (Mohd. Ariff Abu Bakar.Permainan Tradisional, 1989).
Permainan anjung juga boleh dikategorikan sebagai permainan yang dimainkan dalam
skala yang kecil. Contoh permainan anjung adalah seperti berikut :
a) Congkak
b) Batu seremban
c) Dam Haji
d) Dam harimau
e) Getah
f) Ceper

Anda mungkin juga menyukai